1.

0 Pengenalan

Murid berkeperluan khas adalah mereka yang istimewa dan perlukan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang berbeza daripada murid tipikal. Di Malaysia, pendidikan murid berkeperluan khas
diletakkan di bawah Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkataan
“disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud
kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan
perkataan (Jamila K.A. Mohamed, 2006). “Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak dan
mereka menghadapi masalah dalam memperoleh kemahiran bahasa seperti kemahiran lisan,
kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Orang disleksia seringnya cenderung menggunakan
otak kanan. Cara berfikir dan belajar mereka berlainan. Mereka berbakat kreatif atau seni, walaupun
mereka lemah dalam kemahiran bahasa, logik, turutan dan struktur (Gavin Reid, 2011). Kassan, Z.
dan Abdullah, S. (2010) pula berpendapat bahawa cara orang disleksia memerhati dan berfikir boleh
dianggap satu “anugerah” dan bukannya satu masalah. Kanak-kanak berkeperluan khas termasuk
kanak-kanak disleksia juga memerlukan pendidikan yang sempurna dan berkesan dalam
memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan yang bermakna. Kanak-kanak disleksia yang
dikatakan mempunyai masalah dalam pembelajaran sebenarnya mereka mempunyai gaya
pembelajaran yang unik dan tersendiri. Oleh yang demikian, mereka memerlukan bahan bantu belajar
yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran mereka yang tidak sama dengan bahan yang
disediakan untuk kanak-kanak lain.

2.0 Masalah yang dihadapi oleh murid Disleksia dalam pembelajaran kemahiran bahasa

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu, terdapat tiga kemahiran yang
perlu dikuasai oleh murid iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis dan juga kemahiran lisan
(Khairuddin Mohammad, 2001). Kemahiran-kemahiran ini juga digunakan dalam PdP mata pelajaran
lain. Ciri-ciri yang terdapat pada seorang disleksia dan tingkah laku mereka dalam menguasai
sesuatu kemahiran menyebabkan mereka tersalah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau
lembab. Oleh yang demikian, pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mereka berasa rendah
diri. Jika masalah ini tidak dikenal pasti dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan gangguan
emosi seperti kemurungan, masalah tingkah laku seperti melawan, kecelaruan tingkah laku serta
rendah pencapaian akademik menyebabkan keciciran sekolah. Oleh yang demikian, dalam konteks
pendidikan, kemahiran-kemahiran bahasa adalah penting untuk dikuasai oleh setiap murid bagi
membolehkan mereka mendapat kebaikan daripada setiap komponen dalam kurikulum pembelajaran
di sekolah yang disediakan untuk mereka.

Oleh yang demikian. Husin.1 Masalah dalam kemahiran lisan Apabila seseorang bertutur. sukar melakukan sesuatu tugas mengikut urutan. kelihatan seperti tidak mendengar atau tidak mempedulikan. ‘p’ – ‘q’. Mereka tidak boleh mengeja perkataan asas dan mudah yang seharusnya boleh dieja mengikut tahap umur mereka. terutamanya perkataan yang tidak biasa digunakan. saya. seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. mereka teragak-agak walaupun mereka menggunakan jari untuk menolong mereka membaca. murid-murid disleksia menghadapi pelbagai masalah. mereka akan menghadapi masalah mematuhi arahan yang diberi oleh guru. Perkembangan pertuturan dan bahasa yang lambat menyebabkan mereka mengalami kesukaran menguasai kemahiran bahasa. Pengeliruan huruf akan menyebabkan kemahiran mengeja kanak-kanak lemah dan ejaan mereka sering tidak konsisten.2 Masalah dalam kemahiran membaca Membaca merupakan kunci bagi pemerolehan ilmu pengetahuan.’m’ – ‘n’. Dari segi pertuturan pula. Apabila mereka membaca. Selain itu. Antaranya. Akhirnya. mereka menghadapi kesukaran untuk bertutur dan mengeluarkan atau memilih perkataan yang sesuai semasa bercakap bagi menyampaikan sesuatu maksud. apabila membaca mereka tidak menghiraukan tanda baca dan suka menambah perkataan pada bacaannya. Contohnya. mereka suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat untuk membaca sendiri kerana abjad-abjad akan kelihatan terbalik. murid-murid disleksia lebih mahir dalam kemahiran lisan berbanding kemahiran menulis dan membaca. ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar. perbendaharaan kata yang mudah seperti kuku. ‘y’ – ‘g’ – ‘j’. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan bertutur. Dari segi mendengar. Mereka sukar memahami dan menggunakan teks bacaan. ‘h’ – ‘n’ dan ‘b’ – ‘d’. 2. terutamanya jika arahan tersebut terlalu panjang. Kadangkala cara membaca mereka seperti mereka gagap. . terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti ‘t’ – ‘h’ dan ‘f’ – ‘v’. Hal ini kerana. ‘u’ – ‘n’. Menurut Sheila Devaraj & Samsilah Roslan (2008) kelemahan mengeja akan memberi kesan terhadap kemahiran membaca dan menulis. ‘c’ – ‘e’. Namun. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik. Semasa membaca. Hal ini akan menyebabkan mereka kelihatan seperti tidak berhati-hati apabila mengeja (Kamarudin Hj. Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang sangat penting dalam semua mata pelajaran terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Mereka juga akan menghadapi kesukaran dalam menyusun sesuatu mengikut susunan. mereka lambat dalam memproses maklumat yang diterima. intonasi mereka akan turun dan naik mengikut gerak hati mereka. Murid disleksia sering tidak dapat membaca walaupun mereka mempunyai IQ yang tinggi atau sama dengan murid tipikal.2. 1998). Contohnya. Selain itu. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti: ‘m’ – ‘w’. Mereka juga sering melangkau baris semasa membaca dan salah sebut perkataan. Menurut Harry Ayers (2006) disleksia merujuk kepada masalah persepsi dalam otak yang menyebabkan kesukaran membaca dan menulis bahasa.

contohnya ‘kelapa’ dan ‘kepala’. Tambahan pula. Selain itu. Melalui tulisan juga manusia dapat menikmati keindahan bahasa iaitu melalui penulisan yang indah dan penulisan yang banyak memberi maklumat. Tulisan adalah lambang-lambang bunyi yang diwakili oleh perkataan-perkataan yang ditulis. iaitu dapat menggunakan kedua belah tangan untuk menulis. “sa yasu kab ola” dan sebagainya. Contohnya. mereka tidak dapat pindahkan fikiran mereka daripada otak kepada tangan. mereka menggabungkan suku kata secara terbalik. Malah. 2. akan seringkali membaca dari kanan ke kiri (Ott.3 Masalah dalam kemahiran menulis Tulisan dan bacaan mempunyai hubungan yang rapat dan saling melengkapi. ‘bahu’ dan ‘buah’. ‘lagu’ dan ‘gula’ serta sebagainya.ayah dan lain-lain perkataan yang mudah tidak dapat dieja dalam usia sembilan tahun. Terdapat juga murid disleksia yang menjarakkan perkataan dengan salah. contohnya ‘kuda’ menjadi ‘daku’ dan juga salah menyusun abjad dalam perkataan. sering menggunakan perkataan yang ganjil seperti mjeik. 2006). mereka juga tidak akan menjarakkan perkataan dalam sebuah ayat. pojktc dan lain-lain lagi.0 Strategi dan kaedah PdP kemahiran lisan. Mereka keliru antara perkataan yang hampir sama. mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan serta tulisan mereka amat sukar dibaca dan tidak kemas. iaitu dari kanan ke kiri dengan bentuk abjad yang tidak jelas. Justeru. kebanyakkan anak disleksia adalah ambidextrous. sesuatu kaedah atau strategi mengajar haruslah mempunyai peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. membaca dan menulis Menurut Deidre Martin & Carol Miller (2003) mengatakan bahawa. P. ‘Pada masa yang sama’ akan menjadi ‘Dapa sama yang masa’. “nam say aali”. Mereka sukar menulis atau memindahkan maklumat ke atas kertas. Seterusnya. Mereka akan menekan pencil semasa menulis. mereka menghadapi masalah dalam menggunakan tanda baca atau huruf besar seperti memulakan huruf kecil dipermulaan ayat dan sering campurkan huruf besar dengan huruf kecil dalam sebuah perkataan. Di samping itu. mereka sering mengigit jari atau pen dan tenung buku seperti tidak faham. “namasayaali”. murid-murid ini juga sering kali keliru dengan huruf atau bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata. . “sayasukabola” dan sebagainya. Mereka menulis lebih lambat berbanding dengan rakan sebaya mereka. Sewaktu menulis. Hal ini kerana. kanak-kanak disleksia tidak suka menulis. Tambahan pula. Contohnya.. contoh ‘kain’ dan ‘naik’. Terdapat banyak strategi yang boleh dilakukan dan diamalkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutamanya untuk diaplikasi kepada murid disleksia agar mampu membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid disleksia. apabila mereka menulis dan mengeja apa yang difikirkan. Contohnya. Hal ini kerana. seperti ‘kasut’ menjadi ‘kusut’. Mereka akan menulis terbalik. Kadangkala mereka perlu fikir begitu lama susunan huruf sehingga mereka lupa apa yang mereka sedang cuba menulis. 3. Selain itu. agar ia mampu mengubah prestasi seseorang murid kearah yang lebih baik dari segi akademik mahupun kendiri.

cara terbaik untuk membantu murid-murid disleksia dalam penguasaan bahasa ialah melalui komputer. Nessy Learning Programme iaitu kemahiran mengeja dan Hairy Phonic iaitu melatih untuk memperbaiki sebutan. Murid-murid ini juga boleh dibekalkan . penggunaan muzik dan lagu serta latihan berbentuk padanan yang melibatkan visual. Perwakilan huruf mengaitkan imej-imej yang sentiasa ditemui pada kehidupan harian seperti binatang. Contohnya huruf A diwakilkan dengan simbol grafik ayam.olah berada pada situasi guru yang sedang mengajar dengan begitu realistik. 2003).1 Kaedah Perisian komputer dan pita rakaman Antara kaedah yang paling sesuai digunakan untuk membantu murid disleksia adalah penggunaan bahan elektronik seperti perisian komputer. Kaedah ini akan memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada pelajar untuk mengenal huruf A berbanding dengan penggunaan teks semata-mata. malahan keberkesanannya adalah dua kali lebih baik daripada pembelajaran melalui kaedah tradisional. Oleh yang demikian.nessy. Penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu berupaya meningkatkan lagi keupayaan murid dalam menguasai bahasa tersebut. buah-buahan. keberanian dan ekspresif serta dapat meningkatkan pemprosesan bahasa dan daya ingatan. multimedia dapat menggalakkan kanak-kanak belajar membaca. Antara kebaikan kaedah perisian komputer ini ialah dapat meningkatkan aspek tingkah laku. ia dilihat lebih berkesan apabila diselitkan suara agen pedagogi yang seolah. kelajuan. Proses pembelajaran perisian ini banyak menggunakan grafik dalam menyampaikan maklumat untuk membina pengetahuan pelajar tentang perwakilan sesuatu huruf. Penerangan huruf ini juga disertakan dengan pergerakan animasi agen pedagogi yang bertindak seperti guru yang mengajar. Sehubungan itu. tumpuan.3. pendekatan berasaskan permainan. perkembangan kognitif kanak-kanak juga turut dilihat meningkat menerusi penggunaan warna dan bunyi dalam sesuatu perisian serta aktiviti yang menyentuh aspek audio akan merangsang tindak balas dan meneguhkan ingatan murid-murid (Munir dan Halimah Badioze Zaman. membaca dan menyebut (Jamalludin Harun. Di samping itu. Antara contoh permainan yang terdapat di dalam laman web ini ialah. Baharuddin Aris & Zaidatun Tasir. Pembelajaran berasaskan komputer memberi kesan yang berfaedah dan signifikan terhadap murid-murid yang bermasalah pembelajaran terutamanya murid disleksia. wujud kesan yang positif dalam peningkatan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid disleksia dari aspek ketepatan. pita rakaman dan sebagainya untuk meningkatkan kemahiran bahasa dalam kalangan murid disleksia. anggota badan manusia dan sebagainya. Aspek reka bentuk perisian multimedia yang telah diintegrasikan ke dalam perisian adalah seperti penggunaan animasi dalam pembelajaran. dimana komputer mampu menyebut sesuatu perkataan dengan tepat apabila diperlukan. Menurut Munir dan Halimah (1998). Malaysia juga turut menghasilkan software yang boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak disleksia iaitu Perisian Phonics Tutor Software Disleksia Visual. Latihan. 1998). laman web www.com ini memberikan kemudahan kepada guru-guru dan ibu bapa dalam mengajar kanak-kanak disleksia di mana terdapat permainan yang boleh memperbaiki kelemahan mereka untuk mengeja. Perisian komputer yang dihasilkan ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Mari Belajar. Selain itu juga. bahasa lisan dan komunikasi. Mari Bernyanyi dan Permainan.

kemudian. murid membaca perkataan yang ditulis dan aktiviti ini perlu diulang sehingga menjadi tabiat. Hal ini demikian. murid menyebut perkataan tersebut dengan kuat menggunakan mulut. Menurut Carol A. morfologi. kinestetik (pergerakan) dan testile (sentuhan). kemudian. Ott. murid melihat perkataan menggunakan mata.Grosser (2005) terdapat 6 aspek dalam pembelajaran menggunakan kaedah multisensori iaitu kesedaran fonologi. (2006) kaedah multisensori dalam mengajar bacaan terdapat beberapa langkah. audio (pendengaran). murid menulis perkataan tersebut menggunakan tangan dan pada masa yang sama menyebut huruf dalam perkataan tersebut. P. Menurut. Memang tidak dapat dinafikan bahawa komputer dan elektronik gadjet yang lain berpotensi memberikan faedah jika digunakan dalam PdP bahasa Melayu. sintaksis dan semantik.dengan pita rakaman yang boleh merekod sebutan perkataan yang mudah dan ringkas agar mereka boleh didengar pada masa lapang. Teknik multisensori untuk kanak-kanak disleksia diperkenalkan oleh Dr Samuel Torrey Orton pada pertengahan tahun 1920-an (Sarah Bailon. Kaedah multisensori boleh digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan . Teknik mulltisensori atau pelbagai deria merupakan salah satu teknik pengajaran yang melibatkan pelbagai deria kanak-kanak seperti visual (penglihatan). kaedah ini dapat meningkatkan perbendaharaan kata serta dapat membetulkan sebutan sesuatu perkataan. pembinaan suku kata. Kaedah ini kemudian dikenali sebagai kaedah multisensori untuk rawatan disleksia. 3.Spafford & George S. gabungan bunyi dan simbol. Menurut kamus dewan. Beliau kemudian bekerjasama dengan Anna Gillingham dan menghasilkan Kaedah Orton-Gillingham. Kesimpulannya.2 Kaedah multi sensori Teknik multisensori merupakan satu kaedah yang dapat mempercepatkan proses kanak-kanak untuk mengenal huruf dan membaca terutamanya kanak-kanak yang mengalami disleksia. Kaedah multisensori semasa mengajar kanak-kanak disleksia bukan sahaja menggunakan pelbagai deria malahan menjadikan pembelajaran bertambah seronok dan bermain selain mengurangkan tekanan. multi bermaksud pelbagai dan sensori bermaksud deria. pembangunan sebuah perisian multimedia bagi pembelajaran kemahiran bahasa merupakan satu usaha yang seharusnya digalakkan. 2002). Pertama sekali. Erik van Diepen & Richard Prettyman. seterusnya..

aktiviti yang pengkaji akan laksanakan untuk membantu mengatasi masalah kekeliruan huruf kanak- kanak adalah salah satunya membuat huruf dengan menggunakan doh melalui aktiviti ini melibatkan penggunaan deria kanak-kanak seperti deria penglihatan. Deria sentuhan dan pergerakan amat penting dalam sesuatu pengajaran yang bermakna selaras dengan deria penglihatan dan pendengaran. Merujuk kepada belajar melalui kepekaan deria Frobel. Oleh kerana kanak-kanak tidak dapat berfikir secara abstrak. deria pendengaran. Kaedah fonik digunakan pada tahap bacaan mekanis. Bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan teknik multisensori contohnya dalam membina huruf-huruf blok dengan menggunakan kertas pasir dan menggunakan bahan-bahan timbul. Murid menulis perkataan Murid membaca perkataan yang dilihat yang ditulis Teknik multisensori ini merupakan salah satu teknik pengajaran yang dapat meningkatkan daya sensori murid-murid disleksia. Teknik multisensori lebih berkesan daripada kaedah fonetik. huruf menggunakan kertas pasir dapat digunakan. . deria sentuh secara tidak langsung dapat membantu otak murid-murid disleksia untuk memahami dan menterjemahkan perkara yang dipelajari dalam bentuk yang lebih konkrit. Sesuatu pengajaran yang baik haruslah melibatkan kepelbagaian deria yang ada dalam diri murid. maka mereka memerlukan bahan konkrit dan pengalaman sebenar bagi memahami sesuatu perkara. Kaedah ini lebih menekankan amalan membuat latih tubi tentang penyebutan bunyi huruf. Teknik multisensori menjadi lebih berkesan jika input sensori seperti penggunaan cahaya yang terang. 3. Ini adalah kerana pengajaran dengan menggunakan teknik multisensori dapat merangsang penggunaan deria seperti deria penglihatan. deria rasa.3 Kaedah fonik Guru boleh menggunakan kaedah fonik untuk mengajar dan melatih murid dalam penguasaan aspek bahasa iaitu mengenal huruf dan juga bunyi-bunyi huruf. hidu dan sentuh. Kesimpulannya.

Murid diminta untuk berdiri di hadapan cermin. 3. Sebagai contoh da + da disebut terus sebagai {da} + {da} dan seterusnya disebut sebagai {dada}. murid juga dapat menghafal huruf dan bunyinya dengan betul melalui cara sebutan yang betul. guru akan menunjukkan cara menyebut yang betul kepada murid sambil menghadap cermin. P. guru akan menyebut huruf yang ditunjukkan kepada murid di hadapan cermin. Keadaan ini bertujuan agar murid belajar untuk menyebut huruf. guru menggalakkan murid disleksia untuk menggunakan komputer untuk menaip agar tidak berkeliru dengan perkataan yang hampir sama seperti ‘b’ dan‘d’. Amalan ini membolehkan mereka yang baru belajar membaca melalukan latihan sebutan perkataan- perkataan baru. 4.5 Strategi lain yang boleh digunakan Bagi mengajar ejaan dan kosa kata dengan mudah. Guru akan memerhati dan mendengar sebutan murid. guru boleh menggunakan teknik membaca secara berirama supaya dapat menarik minat murid tersebut. Kemudian guru menunjukkan kad huruf yang ingin disebut contohnya huruf A. Murid-murid dilatih menyebut huruf secara terasing dan kemudiannya menggabungkan dengan bunyi-bunyi huruf lain untuk membentuk suku kata dan perkataan. Guru boleh menggantikan kemahiran menulis dengan kemahiran menaip. Contohnya. Murid- murid disleksia lebih suka belajar dengan irama kanak-kanak “nursery rhymes” (Hodge. suku kata ataupun perkataan dengan cara yang betul tanpa ada kesalahan. guru perlu dudukkan murid-murid tersebut di hadapan kelas. Tindakan ini dilakukan berulang kali dengan kad huruf yang lain. Di samping itu. Kaedah fonik ini sesuai diajar kepada murid- murid disleksia kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya. ayat-ayat dan kurang memberi tumpuan kepada nama huruf iaitu hanya menekankan hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Oleh itu. Seterusnya. tulisan guru mestilah terang dan jelas serta memberi masa yang lebih kepada murid-murid disleksia untuk menyelesaikan kerja mereka.0 Rumusan . Hal ini kerana. Banyakkan penglibatan kanak-kanak dalam kemahiran lisan dan kurangkan aktiviti seperti membaca secara mekanis dan menulis karangan yang panjang. frasa. 2000). Selain itu. murid dikehendaki mengulang semula apa yang telah disebut oleh guru sambil memandang cermin.4 Kaedah cermin Kaedah cermin iaitu menggunakan cermin sebagai bahan bantu mengajar bagi murid-murid disleksia serta ditambahkan dengan kad huruf. 3.suku kata.L. Oleh yang demikian. guru hendaklah bercakap dengan suara yang tenang dan jelas serta memberi arahan yang jelas dan ringkas. Kaedah ini sangat membantu guru dalam sesi pembelajaran. sama ada betul ataupun tidak. Sekiranya murid tersilap. guru boleh menggunakan pelbagai jenis marker pen dengan pelbagai warna dan ditambah dengan gambar grafik. Ini dapat membantu kanak-kanak untuk lebih mengingati ejaan yang diajar. Kemudian. agar murid dapat mengenal huruf dan juga bunyi tersebut tanpa ada kekeliruan terhadap huruf-huruf yang lain..

Z. New York. pelakon Tom Cruise. Dyslexia and Reading Difficulties. London. Erik van Diepen & Richard Prettyman (2002). Gavin Reid (2011).Grosser (2005). (2010). Sebenarnya. New York: Routledge.htm Jamalludin Harun.Bhd. (2006).com/library/classroom. dan Abdullah. Hodge. Inc. P. Dyslexia. Literasi Bahasa Melayu. Di muat turun pada 10 Julai 2017. S. PTS Professional Publishing Sdn. New Zealand. Kassan. (2006). kemahiran membaca dan kemahiran menulis. An A to Z Practical Guide to Learning Difficulties. Continuum International Publishing Group. murid-murid yang mengalami masalah disleksia ini menghadapi masalah untuk mengikuti PdP serta lemah dalam penguasaan kemahiran bahasa seperti kemahiran lisan.L. Menggalakkan Kanak-kanak Belajar Membaca Berbantukan Multimedia. Advances In Psychiatric Treatment: Multisensori Therapy In Psychiatric Care. Husin. Orlando Bloom dan ahli politik Lee Kuan Yew adalah orang yang mengalami masalah pembelajaran disleksia tetapi masih boleh berjaya. Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Kamarudin Hj. Jurnal Dewan Bahasa. Ott.rcpsych. Kuala Lumpur.Sebagai kesimpulannya. (2003). Baharuddin Aris dan Zaidatun Tasir. Dyslexia the Gift Web site: http://www.dyslexia. (1998). Khairuddin Mohammad (2001). Selangor: Penerbitan Multimedia. Munir dan Halimah Badioze Zaman. . Pembangunan Perisian Multimedia. Dimuat turun pada 7 Julai 2017 dari Davis Dyslexia Association International. David Fulton Publishers. orang-orang terkenal seperti Albert Eistein. (2000). Thomas Edison. United States of Amerika. Sarah Bailon. Harry Ayers (2006). Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa. masalah ini bukanlah menjadi halangan untuk murid tersebut berjaya dalam kehidupan jika gurunya memberikan dorongan dan sokongan yang sepenuhnya.0 Rujukan Carol A. Shah Alam.A. Oxford Fajar Sdn.Mohamed. Teaching Children with Dyslexia. Speech and Language Difficulties in the Classroom. Leonardo da Vinci. (1998). Pendidikan Disleksia. http://apt. David Fulton Publishers.Spafford & George S. Bhd. 5.org. Pearson Education. P. A Dyslexic Child in the Classroom. Bhd. Hal ini kerana. Deidre Martin & Carol Miller (2003). Kuala Lumpur: Venton Publishing Jamila K. penulis Hans Christian Anderson.

6.Bhd.Sheila Devaraj & Samsilah Roslan (2008). PTS Professional Publishing Sdn. Apa itu Disleksia? Kuala Lumpur.0 Lampiran Kaedah multisensori Kaedah menggunakan perisian komputer Penggunaan deria sentuhan .

.Contoh tulisan murid disleksia Keliru dengan huruf yang sama bentuk.

Kaedah hands on Membentuk huruf dengan doh. .