You are on page 1of 5

1.

Model Pengembangan Gerlach dan Ely

Model pembelajaran Gerlach dan Ely merupakan suatu model pengajaran yang sistematik.
Model ini menjadi suatu garis panduan proses pembelajaran kerana dalam model ini
diperlihatkan keseluruhan proses pembelajaran yang baik, sekalipun tidak menggambarkan
secara terperinci setiap komponennya. Dalam model ini juga diperlihatkan hubungan antara satu
elemen dengan yang lain.

Model yang dikembangkan oleh Gerlach dan Ely (1971) dimaksudkan sebagai panduan
perancangan pengajaran. Perkembangan sistem instruksional menurut model ini melibatkan
sepuluh unsur seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah..

Menetukan strategik
Menentukan pembelajaran
isi kandungan

Menentukan
kumpulan pelajar
Menilai Ciri-
ciri pelajar
Pembahagian masa Penilaian

Menetukan Menentukan ruang


Objektif
pembelajaran

Pemilihan sumber
Analisis
maklum
balas
ELEMEN-ELEMEN DALAM MODEL GERLACH DAN ELY

1. Menentukan objektif pembelajaran (specification of object)

Dalam model ini, guru harus menentukan objektif pembelajaran dalam mereka bentuk
pengajaran. Tujuan pembelajaran harus bersifat jelas (tidak abstrak dan tidak terlalu luas)
dan agar mudah diukur dan dinilai.

2. Menentukan isi kandungan (specification of content)

Isi kandungan perlulah sesuai dengan bidang s, sekolah, tingkatan dan kelasnya, namun
ianya harus sesuai dengan tujuan yang hendak dicapainya. Pemilihan isi kandungan
haruslah spesifik agar lebih mudah, jelas dan dapat dibandingkan dengan isi kandungan
yang lain.

3. Menilai ciri-ciri pelajar (Assesment of Entering behaviors)

Penilaian pelajar boleh ditentukan dengan ujian diagnostik. Pengetahuan tentang


kemampuan awal pelajar ini penting bagi seseorang guru agar dapat memberikan aktiviti
yang tepat; tidak terlalu sukar dan tidak terlalu mudah. Pengetahuan tentang kemampuan
awal juga berguna untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan, misalnya apakah
aktiviti yang perlu disediakan.

4. Menentukan strategik (Determination of strategy)

Menurut Gerlach dan Ely, strategik merupakan pendekatan yang digunakan pengajar
dalam menyampaikan maklumat, memilih sumber-sumber, dan menentukan aktiviti
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan perkataan lain, pada tahap ini
guru harus menentukan cara untuk mencapai tujuan instruksional dengan sebaik-baiknya.
Dua bentuk umum tentang pendekatan ini adalah berntuk eksopose (espository) yang
lazim dipergunakan dalam kuliah-kuliah tradisional, biasanya lebih bersifat komunikasi
satu arah, dan bentuk inkuiri (inquiry) yang lebih mengutamakan penglibatan pelajar
dalam proses pembelajaran.

5. Menentukan kumpulan pelajar (Organization of groups)

Setelah menentukan pendekatan, guru harus menentukan bagaimana kumpulan pelajar


akan diatur. Pendekatan yang melibatkan kegiatan pembelajaran kendiri dan bebas
(independent study) memerlukan pengorganisasian dengan pendekatan yang memerlukan
banyak perbincangan dan penglibatn aktif pelajar dalam ruang yang kecil atau luas.

6. Pembahagian masa (Allocation of times)

Pemilihan strategi dan teknik untuk menentukan pembahagian masa yang lama atau
singkat bagi sesuatu aktiviti. Guru harus menentukan pembahagian masa dalam
mengagihkan aktiviti pembelajaran di dalam kelas.

7. Menentukan ruang (Allocation of space)

Sesuai dengan tiga alternatif kumpulan pelajar seperti pada no.5, lokasi ruang ditentukan
dengan menjawab apakah tujuan belajar dapat digunakan secara lebih efektif dengan
belajar kendiri dan bebas, berinteraksi antara pelajar, atau mendengarkan penjelasan dan
berkomunikasi dengan guru.
8. Pemilihan sumber (Allocation of Resources)

Pemilihan media ditentukan mengikut tahap dan kesesuaian pelajar. Guru hendaklah
menyediakan sumber yang sesuai bagi membolehkan murid dapat menggunakan sumber
dengan lebih berkesan. Gerlach dan Ely mambahagi media sebagai sumber pembelajaran
ini ke dalam lima katergori, antaranya

(a) manusia dan benda nyata,

(b) media visual

(c) media audio

(d) media cetak

(e) media display.

9. Menilai hasil belajar (evaluation of performance)

Proses pengajaran dan pembelajaran adalah interaksi antara pengajar dan pelajar,
interaksi antara pelajar dan media instruksional. Umumnya, pembelajaran adalah
perubahan tingkah laku yang berlaku pada diri pelajar pada akhir proses pengajaran dan
pembelajaran. Semua usaha kegiatan pengembangan pengajaran dan pembelajaran di atas
boleh dikatakan berhasil atau tidak setelah tingkah laku akhir pembelajaran tersebut
dinilai. Instrumen penilaian dikembangkan atas dasar rumusan atau tujuan dan harus
dapat mengukur keberhasilan secara benar dan objektif. Oleh sebab itu, tujuan
instruksional harus dirumuskan dalam tingkah laku pembelajaran pelajar yang dapat
diukur dan dapat dinilaikan.
10. Menganalisis maklumbalas (analysis of feedback)

Analisis maklum balas merupakan tahap terakhir dalam pengembangan sistem


instruksional ini. Data maklum balas yang diperoleh dari penilaian, ujian, pemerhatian,
mahupun tanggapan-tanggapan tentang usaha-usaha instruksional ini menentukan,
apakah sistem, teknik, mahupun media yang digunakan dalam proses pengajaran tersebut
sesuai untuk objektif yang ingin dicapai atau masih perlu penambahbaikan.

Kelebihan model pengembangan desain instruksional pembelajaran Gerlach dan Ely:

1. Sangat teliti dalam merancang dan melaksanakan pembelajaran


2. Sesuai digunakan untuk semua kalangan pelajar

Kekurangan model pengembangan desain instruksional pembelajaran Gerlach dan Ely:

1. Prosedur rekabentuk pembelajaran yang agak panjang


2. Ciri-ciri pelajar tidak dititikberatkan
3.

Kesimpulan

Pendekatan pembelajaran menekankan pada gaya bagaimana menyampaikan sesuatu topik yang
meliputi: ciri-ciri, pendekatan, teknik, kaedah dan prosedur pengajaran yang memberikan
pengalaman (Vermon S. Gerlach dan Donald P. Ely, 1980). Model Gerlach dan Ely ini sangat
sesuai dengan matapelajaran sejarah, sehingga dijadikan sebagai panduan untuk membuat
perencanaan pembelajaran sejarah.

Rekabentuk pengajaran diatas merupakan model pengajaran yang paling sesuai digunakan
dalam pembelajaran sejarah, kerana langkah-langkahnya sangat lengkap dan spesifik disamping
itu, model ini juga tidak memiliki batasan tertentu sehingga dapat digunakan dari semua
kalangan.