Topik  Pemerolehan

2 Bahasa

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan definisi psikolinguistik,
2. Menghuraikan teori-teori yang berkaitan dengan pemerolehan
bahasa; dan
3. Mengaplikasikan teori pemerolehan bahasa dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.

 PENGENALAN
Bidang pemerolehan bahasa (dalam bidang psikolinguistik), diperkenalkan
dengan tujuan meneliti bagaimana proses pemerolehan bahasa kanak-kanak
berlaku, terutamanya pada peringkat awal kanak-kanak dan sekolah rendah.
Pada peringkat awal kanak-kanak, proses pemerolehan bahasa perlu diberi
perhatian yang serius. Ini adalah kerana pada tahap inilah kanak-kanak mula
mempelajari kemahiran bahasa seperti ejaan, sebutan dan bacaan. Kegagalan
guru atau penjaga memberikan perhatian yang utama terhadap pemerolehan
bahasa mungkin akan menyebabkan kanak-kanak menghadapi masalah buta
huruf, pertuturan dan menulis.

2.1 DEFINISI PSIKOLINGUISTIK
Sebelum kita mempelajari konsep pemerolehan bahasa kanak-kanak, eloklah kita
memahami terlebih dahulu apa itu ilmu psikolinguistik. Psikolinguistik
merupakan bidang antara disiplin, iaitu antara psikologi dan linguistik. Psikologi
adalah satu bidang ilmu yang menumpukan pengkajian kepada dua perkara
utama, iaitu yang berkaitan dengan jiwa manusia (akal budi) dan perilaku atau

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PEMEROLEHAN BAHASA  37

tingkah laku manusia. Linguistik pula ialah bidang yang mengkaji bahasa secara
saintifik.

Menurut Aitchison (1978), „psikolinguistik boleh ditakrifkan sebagai kajian
tentang bahasa dan akal budi. Ilmu ini menyelidik apa-apa yang berlaku dalam
akal budi manusia apabila seseorang memperoleh, memahami, menghasilkan
dan menyimpan unsur-unsur kebahasaan.‰

AKTIVITI 2.1
1. Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu memperoleh
bahasa? Bincangkan.
2. Bincang dengan rakan anda, tentang takrifan psikolinguistik
yang menggabungkan ilmu psikologi dan ilmu linguistik.

2.2 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Pada umumnya, terdapat dua aliran teori pemerolehan bahasa yang terkenal
iaitu aliran Behaviorisme (Perlakuan) dan aliran Mentalisme (Kognitif).
Kedua-dua aliran ini telah berkembang pesat khususnya di Amerika Syarikat
dan Eropah dan sering bersaing dalam menjelaskan bagaimana seseorang itu
memperoleh bahasa. Kajian saintifik dalam bidang pemerolehan bahasa telah
dimulakan sejak kurun ke-16 lagi, oleh Tiedmann, seorang ahli biologi Jerman
pada tahun 1787. Charles Darwin pengasas teori evolusi turut menjalankan
kajian dalam bidang pemerolehan bahasa pada tahun 1877, dan diikuti oleh
kajian Preyer pada tahun 1882.

Berikut dijelaskan secara ringkas tentang teori-teori tersebut khususnya
berkaitan tokoh-tokoh teori, prinsip asas teori dan bagaimana teori ini dapat
menjelaskan seseorang itu mempelajari bahasanya.

2.2.1 Teori Behaviorisme
Dalam ilmu psikolinguistik, terutama berkaitan dengan konsep pemerolehan
dan pembelajaran bahasa, terdapat satu teori khusus iaitu Teori Pelaziman. Teori
Pelaziman terbahagi kepada dua jenis utama, iaitu Pelaziman Klasik (Pavlov)
dan Pelaziman Operan (Thorndike dan Skinner).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

(a) Teori Pelaziman Klasik Teori ini dipelopori oleh Ivan Petrovich Pavlov (1849 – 1936) (rujuk Rajah 2. tingkah laku pelajar dinilai sebelum memulakan pengajaran. Pavlov telah memilih seekor anjing untuk melaksanakan kajian beliau. Anjing tersebut dikurung di dalam satu kandang khas dengan kelengkapan loceng.38  TOPIK 2 PEMEROLEHAN BAHASA Mari kite bincang tentang teori-teori ini dengan lebih lanjut. Dalam bentuk pendekatan kelakuan (behaviour).1) iaitu seorang sarjana dari Rusia. Rajah 2. Rajah 2. Teori ini juga menekankan pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkah laku.1: Ivan Petrovich Pavlov Bagi mengkaji tabiat manusia. Pembelajaran memerlukan penyusunan rangsangan (stimulus) dalam persekitaran supaya pelajar dapat memberikan tindak balas dan diberikan pengukuhan atau peneguhan. Perhatikan Rajah 2.2 yang menggambarkan suasana kajian tersebut. Teori ini menekankan sifat kelakuan atau tabiat semula jadi.2: Model kajian Pavlov Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) .

tetapi anjing tidak memberi sebarang tindak balas (tidak mengeluarkan air liur kerana tiada makanan). TOPIK 2 PEMEROLEHAN BAHASA  39 Berikut dinyatakan bagaimana kajian ini dilaksanakan: (i) Anjing memberikan tindak balas iaitu mengeluarkan air liur apabila melihat makanan (lihat Rajah 2. Anjing terangsang bahawa setiap kali loceng dibunyikan. (ii) Loceng dibunyikan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) . (iii) Loceng dibunyikan dan makanan diberikan kepada anjing.3). Rajah 2. makanan akan diberikan.4 menyatakan tiga konsep penting dalam Teori Pelaziman Klasik. Kajian ini membuktikan bahawa tindak balas akan terhasil akibat rangsangan. Anjing memberikan tindak balas dengan mengeluarkan air liur.3: Tindak balas anjing dalam kajian Pavlov Berikut adalah Konsep Penting Teori Pelaziman Klasik: Rajah 2. Anjing memberikan tindak balas dengan mengeluarkan air liur. (iv) Loceng dibunyikan tanpa makanan.

Oleh itu. (ii) Diskriminasi Diskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak bagi rangsangan yang lain. tetapi tidak pada bunyi selain loceng. kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Kamal juga menjadi risau setiap kali ujian Fizik akan diadakan.4: Konsep-konsep Teori Pelaziman Klasik Sekarang mari kita lihat konsep-konsep tersebut dengan lebih lanjut.40  TOPIK 2 PEMEROLEHAN BAHASA Rajah 2. Dalam kes Kamal. bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tak terlazim (diberi makanan). Kamal menjadi risau setiap kali ujian Matematik akan diadakan. lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) . (i) Generalisasi Dalam Teori Pelaziman Klasik. Dalam kajian Pavlov. Dalam hal ini. didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja. Misalnya. Berdasarkan kajian terhadap anjing. (iii) Penghapusan Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. dia tidak akan menjadi risau jika mengambil ujian Geografi atau ujian Sejarah. kerisauan dalam satu mata pelajaran (Matematik) telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran (Fizik). istilah generalisasi digunakan bagi menunjukkan maksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut amat berbeza berbanding mata pelajaran Sains.

5. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) . Berdasarkan kajian di atas. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan. Rajah 2. dapat disimpulkan bahawa dalam sesuatu proses pembelajaran akan berlaku perkara yang berikut iaitu berlakunya proses penghapusan. dan pemulihan serta-merta (b) Teori Pelaziman Operan Teori Pelaziman Operan merupakan penerusan daripada Teori Pelaziman Klasik. dan proses pemulihan serta- merta. Teori ini dipelopori oleh Thorndike dan Skinner. pembelajaran semula. pembelajaran semula.5: Proses penghapusan. Ini dapat diperhatikan di dalam Rajah 2. TOPIK 2 PEMEROLEHAN BAHASA  41 tersebut untuk mengeluarkan air liur.

Beliau menggunakan seekor kucing sebagai bahan kajian beliau. (rujuk Rajah 2. (vi) Teori R-G menjadi asas tiga hukum Thorndike iaitu:  Hukum Kesediaan (HK). (ii) Ganjaran dan denda merupakan dua faktor penting dalam membantu pembelajaran manusia.6) berpendapat bahawa: (i) Manusia belajar menggunakan kaedah cuba jaya. ganjaran dan denda amat penting dalam proses pembelajaran. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) . (iv) Motivasi.42  TOPIK 2 PEMEROLEHAN BAHASA Edward Thorndike Rajah 2. (iii) Pembelajaran manusia berlaku mengikut hubungan antara rangsangan dan gerak balas. seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2. (v) Beliau mengemukakan teori perikatan dikenali sebagai Teori R-G (Rangsangan dan Gerak balas).  Hukum Latihan (HL).7.6: Edward Thorndike Menerusi teori ini. dan  Hukum Kesan (HK). Thorndike (1874 – 1949).

(iii) Pelbagai reaksi: apabila terpijak selak pintu.1 menjelaskan antara prinsip Pelaziman Operan mengikut Thorndike. Kesan yang menyeronokkan meningkatkan pertalian Prinsip kesan antara ransangan dan gerak balas.1: Prinsip-prinsip Pelaziman Operan Prinsip-prinsip Penerangan Kesediaan dari segi psikomotor. Ini dinamakan kaedah cuba jaya.7: Model kajian Thorndike Berikut dinyatakan bagaimana kajian ini dilaksanakan: (i) Kucing diletakkan di dalam sangkar dan makanan diletakkan di luar sangkar. Berikut adalah prinsip-prinsip Utama Pelaziman Operan (Thorndike): Jadual 2. efektif. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) . Jadual 2. (iv) Kucing tersebut akan melakukan kaedah cuba jaya sekiranya dikurung semula ke dalam sangkar itu. (ii) Kucing bertindak melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari kurungan sangkar. sangkar itu terbuka. Latihan yang diulang-ulang untuk meningkatkan Prinsip latihan kemahiran atau penguasaan terhadap isi pembelajaran. TOPIK 2 PEMEROLEHAN BAHASA  43 Rajah 2. kognitif sebelum Prinsip kesediaan memulakan sesuatu pembelajaran.

beliau telah memperkenalkan istilah Perlakuan Lisan. iaitu kajian terhadap tingkah laku. iaitu inovasi falsafah sains yang dikenali sebagai behaviorisme radikal.44  TOPIK 2 PEMEROLEHAN BAHASA Burrhus Frederic Skinner Rajah 2.8). Beliau merupakan seorang Profesor Psikologi di Universiti Harvard dari 1958 sehingga persaraan beliau pada tahun 1974.8: Burrhus Frederic Skinner Seorang lagi tokoh penting dalam teori Pelaziman Operan ialah Skinner (rujuk Rajah 2. Melalui kajian beliau. Beliau merupakan behavioris Amerika. yang kemudiannya telah menyaksikan pengaruh yang besar dalam bidang psikologi dan pendidikan. Beliau merupakan seorang penulis prolifik yang menerbitkan 21 buku dan 180 artikel. penulis. Skinner mengasaskan teori Pelaziman Operan. Nama penuh belia ialah Burrhus Frederic Skinner (20 Mac 1904 – 18 Ogos 1990). Berdasarkan kaji selidik 2002. Sumbangan besar beliau dalam psikologi ialah kejayaan beliau mencipta perakam kumulatif untuk mengukur kadar maklum balas sebagai sebahagian daripada kerja-kerja beliau yang sangat berpengaruh. ahli falsafah sosial dan penyair. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) . Skinner telah disenaraikan sebagai salah seorang ahli psikologi yang paling berpengaruh pada abad ke-20. Beliau juga menubuhkan sekolah sendiri tentang penyelidikan uji kaji psikologi. pencipta.

9. Pelaziman operan meningkatkan kebarangkalian pengulangan sesuatu gerak balas. Rajah 2.  Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan dalam aktiviti P&P di dalam bilik darjah. kajiannya menunjukkan pelaziman operan organisma bertindak balas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran.  Teori pelaziman operan boleh diperkuat dan dihapuskan jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan.9: Model kajian Skinner Implikasi penting yang diperoleh melalui kajian ini ialah:  Tingkah laku haiwan di dalam kotak boleh dikawal dan gerak balasnya boleh diperhatikan dan direkod. Peneguhan biasanya dapat menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku. Perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah. TOPIK 2 PEMEROLEHAN BAHASA  45 Teori Pelaziman Operan (Skinner) Menurut Skinner (1953). Prinsip-prinsip yang terhasil ialah: Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) . Bagaimana kajian ini dilaksanakan? Skinner telah menggunakan seekor tikus putih sebagai bahan kajian beliau. Perhatikan Rajah 2.

Teori ini juga menekankan konsep ganjaran iaitu apabila sesuatu organisma/individu berjaya melakukan apa-apa yang diminta (seperti mengeja/mengira). tidak dapat mengenali huruf-huruf vokal dan konsonan bahasa Melayu. Berdasarkan teori ini. pemerolehan bahasa kanak-kanak boleh dilakukan dengan cara latih tubi atau diulang-ulang. maka kanak- kanak tersebut akan dapat mengenal dan mengingat kesemua huruf tersebut. Bagaimanapun jika proses latih tubi dilakukan. Misalnya.46  TOPIK 2 PEMEROLEHAN BAHASA (i) Pengukuhan Positif Pengukuhan positif memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan diulangi atau diperkuatkan lagi. Contohnya: Perlakuan Negatif Akibat/kesan Tingkah laku Masa Hadapan Murid tidak memberi Guru tidak Murid semakin tidak perhatian terhadap menegur murid memberi perhatian terhadap P&P di dalam kelas P&P guru. Menurut ahli-ahli teori ini. Konsep ini boleh dilihat melalui kajian Pavlov terhadap anjing atau tikus di dalam sangkar. dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Contohnya: Perlakuan Positif Akibat/kesan Tingkah laku Masa Hadapan Murid menghasilkan Guru memuji Murid akan menghasilkan karangan yang murid lebih banyak karangan yang bermutu bermutu (ii) Pengukuhan Negatif Pengukuhan negatif ialah rangsangan serta-merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. maka ganjaran pelbagai bentuk seperti pujian atau hadiah akan diberikan kepada individu tersebut. Tegasnya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) . murid-murid sekolah rendah atau awal kanak-kanak. (iii) Dendaan Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. iaitu memberikan rangsangan-rangsangan tertentu kepada organisma dan mendapatkan gerak balas atau tindak balas tertentu kepada organisma secara berulang kali. sesuatu tabiat boleh dilazimkan menerusi proses latih tubi.

2: Rumusan Teori Pelaziman Operan Teori Rumusan Rangsangan Guru menyediakan BBM untuk menarik perhatian murid. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) . Kaedah abjad yang dilakukan di sekolah rendah menekankan pada peringkat paling awal murid dikehendaki menghafal kesemua 26 huruf dari a hingga z. Sebagai kesimpulannya. Pengulangan Pengulangan P&P boleh dilakukan jika murid belum menguasai P&P /Latih tubi tersebut.2 menyatakan rumusan teori Pelaziman Operan. Ganjaran Ganjaran dalam pelbagai bentuk seperti pujian. TOPIK 2 PEMEROLEHAN BAHASA  47 Pendekatan latih tubi banyak dilakukan di peringkat sekolah rendah terutama dalam proses mengeja/membaca dan menulis. hadiah dan sebagainya. dan ganjaran diberikan di mana sesuai atau perlu. Kemudian guru akan mengajar pula membaca frasa (rangkai kata) dan seterusnya ayat. kumpulan kecil dan juga di kalangan individu. Selepas murid-murid dilatih tubi membaca suku kata-suku kata yang pelbagai.  A+yam = Ayam. makan. dan  Na+si = Nasi. Jadual 2. Murid dikehendaki membaca atau mengeja suku kata ini dalam kumpulan besar. Gerak balas Murid yang terangsang dengan BBM akan memberi respons (misalnya perhatian sepenuhnya terhadap P&P). Misalnya:  Sa+ya = Saya. Peneguhan Berlaku apabila murid sudah menguasai P&P atau objektif tercapai. ayam dan sebagainya. guru akan mencantumkan pula beberapa suku kata tadi menjadi perkataan mudah seperti saya. nasi. Jadual 2.  Ma+kan = Makan. Semua peringkat pengajaran yang dilalui oleh murid adalah menggunakan konsep latih tubi. Kemudian guru menggabungkan huruf konsonan dan vokal untuk membentuk pelbagai suku kata.

Fakta-fakta ini menyebabkan ramai penyelidik bahasa membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak telah dilengkapi dengan alat khas semasa mereka lahir ke dunia. Mereka percaya bahawa proses penguasaan bahasa pertama tidak daripada kosong tetapi apa-apa yang perlu dilakukan oleh kanak-kanak hanyalah mengadaptasikan prinsip atau aturan rumus nahu semula jadi (innate grammar) yang telah sedia ada dalam otak mereka dengan ciri-ciri dan sistem linguistik bahasa ibunda mereka. Aliran teori ini telah memainkan peranan yang besar dalam ilmu linguistik termasuklah aspek pemerolehan bahasa kanak-kanak. morfologi.blogspot.com/2011/02/noam-chomsky-what-about- here. sintaksis dan semantik dikuasai dengan pantas oleh kanak-kanak walaupun pengajaran formal pada keseluruhannya tiada.html Proses pemerolehan bahasa pertama memperlihatkan banyak perkara yang menakjubkan.48  TOPIK 2 PEMEROLEHAN BAHASA SEMAK KENDIRI 2. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) .10) pada tahun 1960-an. Rajah 2.2. 2.2 Teori Kognitif Teori ini telah diperkenalkan oleh Noam Chomsky (rujuk Rajah 2. Sistem-sistem bahasa.10: Noam Chomsky Sumber: http://chrisknipp. iaitu fonologi.1 Jelaskan persamaan dan perbezaan antara Teori Pelaziman Klasik dengan Teori Pelaziman Operan.

misalnya bahasa Melayu dan bahasa Inggeris memiliki sistem nahu yang sama. Perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak bukanlah mempelajari sistem-sistem bahasa pertama.11. Hal ini berlaku kerana otak bayi tersebut sudah ada set bahasa sejagat atau universal yang memudahkannya mengadaptasikan bahasa-bahasa lain. seorang bayi berbangsa Jepun jika dipelihara keluarga angkatnya di Arab Saudi. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) . mereka hanya perlu mengadaptasikan rumus dengan apa yang didengar dan dipelajari. Sebagai contoh. Antara konsep penting tersebut dinyatakan di dalam Rajah 2. Kanak-kanak dapat menguasai pelbagai rumus nahu bahasa ibunda dengan mudah adalah disebabkan oleh kewujudan alat pemerolehan bahasa semula jadi dalam otak mereka. TOPIK 2 PEMEROLEHAN BAHASA  49 Menurut teori ini. Sifat keuniversalan ini memperkukuh lagi hujah mereka bahawa semua manusia sudah memiliki rumus bahasa dalam otak sejak dilahirkan. Apabila kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda mereka. tetapi merupakan proses menyesuaikan (adaptasi) pengetahuan bahasa semula jadi yang berada dalam otak dengan sistem-sistem bahasa pertama mereka. iaitu SKKO (subjek-kata kerja-objek). kita perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Teori ini juga menekankan konsep nahu universal iaitu semua manusia tanpa mengira bangsa sudah memiliki set bahasa dalam otak mereka sejak dilahirkan. proses pemerolehan bahasa adalah mudah dan tidak memerlukan latih tubi sebagaimana yang ditegaskan oleh aliran Behaviorisme. Dengan kata lain. alat pemerolehan bahasa membantu kanak-kanak dalam usaha memahami pelbagai konsep yang berada dalam persekitaran mereka. maka bayi tersebut apabila dewasa akan berbahasa Arab dan tidak boleh atau tidak akan tahu berbahasa Jepun. Situasi ini juga membolehkan seseorang kanak-kanak berlainan bahasa dapat menguasai bahasa lain jika mereka berada atau dipelihara sejak kecil dalam situasi bahasa yang lain. Mereka menegaskan bahawa banyak bahasa memiliki sifat universal. Teori Kognitif Piaget Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget.

mencapai. (a) Skema Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. memegang. serta menggerakkan tangan dan kaki. memandang. Oleh itu. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindak balas dengan persekitarannya. (c) Akomodasi Merupakan suatu proses tentang struktur kognitif yang mengalami perubahan. seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal.50  TOPIK 2 PEMEROLEHAN BAHASA Rajah 2. mari kita lihat konsep-konsep tersebut satu persatu. kanak. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baharu yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Contohnya. Contohnya. Bagi gerakan memegang. kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. merasa. kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baharu baginya berkenaan "sebiji epal". Jean Piaget menganggap perubahan ini Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) . bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti jari ibu. sewaktu dilahirkan. Oleh itu.kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekali gus merasanya. (b) Asimilasi Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperoleh dengan skema yang sedia ada. Melaluinya. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperoleh.11: Konsep-konsep Teori Kognitif Piaget Sekarang. bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap.

perubahan daripada satu peringkat ke peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Rajah 2. Menurut beliau lagi.12:Tahap-tahap perkembangan kognitif Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) . Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan tentang apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran. Oleh yang demikian. kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Contohnya. Tanpa pengalaman tersebut. beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur (rujuk Rajah 2.12). (d) Adaptasi Adaptasi merupakan satu keadaan yang wujud keseimbangan antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baharu dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu. TOPIK 2 PEMEROLEHAN BAHASA  51 sebagai suatu proses pembelajaran. Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul pada tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui.

Kebanyakan tingkah laku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pembelajaran. tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baharu.2 Tahun) Pada tahap ini. (ii) Sebulan hingga empat bulan (Reaksi asas sekular) Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya.52  TOPIK 2 PEMEROLEHAN BAHASA Mari kita bincang tahap-tahap tersebut dengan lebih lanjut. penyesuaian. bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. pandangan. pergerakan mata dan sebagainya. bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca bunyi. 1974). Dengan itu. menyentuh dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. (a) Tahap 1: Sensorimotor (Dari Lahir . penyusunan. Bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat. Dalam perkembangan sensorimotor ini. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan. Pada tahap ini. Bayi dapat Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) . gerakan tangan (genggaman dan sebagainya). sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan menyenangkannya atau memberinya keseronokan atau. Contohnya. (iii) Empat hingga lapan bulan (Reaksi sekular kedua) Pada tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan pemerhatian yang lebih. dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan pada tahap pertama. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan adalah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja. Jika mendengar sesuatu bunyi. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. terdapat enam subtahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu. (i) Dari lahir hingga satu bulan (Refleks) Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan.

Pada tahap ini. Contohnya. (iv) Lapan hingga 12 bulan (Reaksi koordinasi) Reaksi koordinasi dikatakan sebagai masa pengukuhan iaitu keadaan yang wujud sebelum ia disesuaikan antara satu sama lain. TOPIK 2 PEMEROLEHAN BAHASA  53 melakukan tingkah laku baharu seperti mengambil sesuatu barang lalu menggerakkannya. kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. Contohnya. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol dalam permainan. Kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumah tangga. Di tahap ini. (b) Tahap 2: Praoperasi ( 2-7 Tahun) Menurut Piaget. ia akan berbunyi. perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Contohnya. apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan. bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada dalam sesuatu situasi baharu. perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai berada pada tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Contohnya. kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian. dari segi kualiti. (v) 12 bulan hingga 18 bulan (Reaksi sekular ketiga) Pada ketika ini. Contohnya. bayi boleh membuat tanggapan tentang objek di dalam tangannya. penemuan makna baharu melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. Pada ketika ini. mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengetahui atau mengenali barang tersebut. pemikiran kanak-kanak masih lagi pada tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Pada waktu ini. Bayi sudah mengetahui sebab dan akibat sesuatu keadaan berlaku. Bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dengan cara yang mudah. Namun begitu. pemikiran kanak-kanak Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) . Hal ini. (vi) 18 bulan hingga dua tahun (Penggambaran pemikiran awal) Berlakunya kombinasi mental iaitu kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik.

Bagi tahap ini. Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting seperti yang diterangkan di dalam Jadual 2. (ii) Melalui latihan yang berulang. kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana.54  TOPIK 2 PEMEROLEHAN BAHASA adalah egosentrik di mana di dunia ini.3 di bawah. Bayangan Satu proses yang menyebabkan sensasi menjadi statik. tegang. ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) . dan  Tahap Praoperasi ( 4-7 tahun ). Kecerdasan pada tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku. keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja. mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran mereka. (iii) Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku. Ingatan Satu proses pembinaan. rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil. Piaget telah bahagikan kepada dua subtahap iaitu:  Tahap Prokonseptual ( 2-4 tahun). Jadual 2.3: Tiga Fenomena Utama Mental Fenomena Penerangan Pengamatan Suatu proses iaitu kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental. Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak- kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu: (i) Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira. pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Pada tahap prakonseptual. Selain itu.

Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egosentrisme'. menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi terhadap objek lain tetapi tidak boleh beroperasi terhadap operasi atau proses pemikirannya sendiri. isi padu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah. Mereka faham akan konsep-konsep nombor. susunan dan padatan. kanak-kanak pada tahap ini sudah boleh menulis Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) . kanak- kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang terjadi pada tahap praoperasi. Ini berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. berat. 'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan identiti diri'. Dengan itu. Mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. TOPIK 2 PEMEROLEHAN BAHASA  55 perhatian terhadap hubungan antara peristiwa yang berbeza. (c) Tahap 3: Operasi Konkrit ( 7 . makna hidup dan sebagainya. Justeru. Pada tahap ini. tumbuhan dan sebagainya. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. (d) Tahap 4: Operasi Formal (11 Tahun Ke Atas) Pada tahap ini. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. mereka boleh menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak. kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa pertimbangan bagi sesuatu masalah. Dari segi pemerolehan bahasa. kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan. Inhelder dan Piaget (1958). Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah sedikit demi sedikit mereka sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak. ketuhanan. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah. Walau bagaimanapun. 'konsep sebab-akibat'. iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan atau keadaan fizikal sesuatu objek.11 Tahun) Tahap ketiga Piaget ini dikenali sebagai tahap operasi konkrit. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi kekurangan pada tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) . Pada pendapat anda.  Terdapat dua teori pelaziman iaitu: – Pelaziman Klasik. 2. dan – Pelaziman Operan. Nyatakan perbezaan antara Teori Behaviorisme dan Teori Mentalisme tentang pemerolehan bahasa kanak-kanak. Pemerolehan bahasa perlu diberikan penekanan supaya tidak timbul masalah buta huruf apabila murid-murid memasuki alam sekolah menengah. dan – Aliran Mentalisme (Kognitif). otak kanak-kanak sudah boleh beroperasi hampir sepenuhnya dari segi keupayaan berbahasa.2 1. Maknanya.  Teori Pelaziman menekankan pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkah laku.  Terdapat dua aliran teori pemerolehan bahasa yang terkenal iaitu: – Aliran Behaviorisme (Perlakuan).  Linguistik pula ialah bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik. AKTIVITI 2. adakah anda pernah mengamalkan kedua- dua teori ini di dalam bilik darjah? Bincangkan. Penerangan di atas telah menjelaskan secara teorinya cara kanak-kanak memperoleh bahasa pertama mereka.  Psikologi adalah satu bidang ilmu yang menumpukan pengkajian kepada dua perkara utama.  Teori Mentalisme menekankan konsep nahu universal iaitu semua manusia sudah memiliki set bahasa dalam otak mereka sejak dilahirkan. iaitu yang berkaitan dengan jiwa manusia (akal budi) dan perilaku atau tingkah laku manusia.56  TOPIK 2 PEMEROLEHAN BAHASA frasa-frasa dan juga karangan yang ringkas.

Fatah Hasan. Teori-teori pembelajaran. Kuala Lumpur: Thinker LibraryÊs. Memahami psikologi pembelajaran. (2002). Mohd Salleh Lebar. Johor Baharu: UTM. (1988). (1992). Psikologi personaliti individu. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM) . Petaling Jaya: Fajar Bakti. Abu Zahari Abu Bakar. (1999). Petaling Jaya: Fajar Bakti. Amir Awang. Shah Alam. (1986). Azlina Abu Bakar @ Mohd. Memahami psikologi. Karisma Publications Sdn. Bhd. TOPIK 2 PEMEROLEHAN BAHASA  57 Burrhus Frederic Skinner Piaget Edward Thorndike Psikolinguistik Ivan Petrovich Pavlov Teori Behaviorisme Noam Chomsky Teori Mentalisme Pemerolehan bahasa Ab. Penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran.