You are on page 1of 2

ACARA LONTAR PELURU GAYA PERRY O’BRIEN

Fasa Lakuan :

1. Fasa persediaan
 Peserta mengambil posisi mulaan dengan belakangnya menghadap ke arah lontaran dan
berdiri di bahagian belakang bulatan
 Sebagai persediaan, pelontar haruslah membongkokkan badannya ke hadapan dan pada
masa yang sama membengkokkan kaki kanan yang berada di hadapan

2. Fasa lungsuran
 Untuk memulakan lungsuran, kaki kiri ditendang ke atas dan ke belakang arah lontaran
 Dengan menggerakkan badan melintasi pertengahan bulatan, diikuti serta merta dengan
meluruskan kaki kanan
 Kaki kanan melungsur atas tapak kaki yang rata ke tengah bulatan. Kaki kiri diletakkan
serta merta dekat papan penahan tanpa mengubah kedudukan bahagian atas badannya
 Badan pelontar ketika ini masih di dalam keadaan condong
 Semasa melungsur, menyentuh bahagian atas lengkungan besi atau papan penahan akan
membatalkan lontaran

3. Fasa kilasan badan
 Kilaskan bahagian pinggang dan mula menolak tangan kanan ke hadapan sambil
menyilangkan badan
 Kaki kanan menggerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan
 Bahu menghadap ke hadapan
 Kaki diluruskan dengan tepat dan badan diangkat dan mengilas badan
 Lungsuran dan kilasan mestilah satu pergerakan yang bersambung dan licin. Ini bererti
bahawa peserta tidak berhenti selepas lungsuran tetapi ia akan terus mengilaskan badannya
sebelum tamat lunsuran
 Perbuatan tersebut akan memberi lajak dan tekanan yang berlebihan untuk mencapai
balingan yang cukup kuat dan kencang

4. Fasa lontaran dan fasa ikut lajak
 Apabila kilasan badan itu selesai, badan menghadap ke arah lontaran
 Kaki yang melungsur (kaki kanan yang di belakang) menolak dengan kuat sehingga badan
terangkat dan melentik
 Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula
dengan menggunakan bahagian bahu diikuti pula dengan tangan yang memegang peluru
 Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan
dengan kuat
 Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar
 Peluru ditolak dari kedudukan atas bahu
 Lontaran hendaklah dibuat dalam bulatan atau kawasan lontaran dan peluru mesti
mendarat di dalam kawasan mendarat. Lontaran yang keluar dari kawasan mendarat dikira
batal

5. Fasa pemulihan
 Tukar dengan pantas kaki belakang di bawa ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama
kaki hadapan di bawa ke belakang untuk memindahkan berat badan
 Fleksi lutut kaki hadapan

BORANG PSIKOMOTOR LONTAR PELURU PENTAKSIRAN KOMPREHENSIF BIL SKOR LATIHAN KEMAHIRAN 5 4 3 2 1 Fasa Permulaan (Latihan) 1 Teknik Pegangan (Latihan) 2 Kedudukan Tangan (Latihan) 3 Kedudukan Kaki (Latihan) Fasa Melungsur 4 Posisi Kaki (Latihan) 5 Posisi Badan (Latihan) Fasa Kilasan Badan 6 Posisi Badan/Kilasan Dan Pusingan (Latihan) 7 Posisi Tangan Dominan (Latihan) 8 Posisi Kaki (Latihan) 9 Bahu (Latihan) 10 Kaki Diluruskan (Latihan) 11 Badan Diangkat (Latihan) Fasa Lontaran 12 Posisi Tangan Dominan (Latihan) 13 Posisi Kaki (Latihan) 14 Asas Gerak Kaki (Latihan) 15 Lontaran (Latihan) Fasa Ikut Layak 16 Posisi kaki (Latihan) 17 Posisi tangan (Latihan) Fasa pemulihan 18 Posisi Kaki (Latihan) .