You are on page 1of 1

UJIAN LISAN BERKUMPULAN – DIALOG.

ISU – PUNCA-PUNCA MASALAH JEREBU BERLAKU DI MALAYSIA.

_____________________ : Masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami oleh negara kita saban tahun.
Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana acap
kali melanda negara ini. Marilah sama-sama kita bincangkan apakah yang dimaksudkan
dengan jerebu?

_____________________ : Jerebu berlaku apabila kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu,
habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Di Malaysia tahap kualiti udara
ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah
IPU 101-400. Namun, realitinya keadaan udara yang berjerebu di negara kita amat
membahayakan kesihatan rakyat.

____________________ : Ooohhh begitu. Baru saya faham apa itu jerebu. Apakah pula punca jerebu berlaku di
Negara ini ?

_____________________ : Sebenarnya, masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia sendiri iaitu
pertamanya melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan
kesan terhadap alam sekitar. Contohnya, asap tebal hampir menjadi masalah
tahunan kepada Singapura dan Malaysia, selalunya bermula pada pertengahan tahun
apabila peladang di Indonesia membersihkan ladang secara murah dengan
membakarnya. Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia mengalami masalah jerebu
yang membimbangkan.

____________________ : Saya setuju dengan pendapat kamu. Apakah faktor-faktor lain yang menyumbang kepada
kejadian jerebu?

___________________ : Pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan
perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu turut menjadi punca utama
jerebu. Sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara dan telah
mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang
banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan
dari kilang mereka. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang
yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun
ke udara. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah
Klang.

_____________________ : Betul tu. Apakah yang dapat kamu simpulkan dengan topik perbincangan kita pada hari
ini?

___________________ : Saya simpulkan bahawa semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing
untuk mengatasi masalah jerebu ini. Usaha ini sangat penting demi menjamin
kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. sebelum terlambat, sebelum nasi
menjadi bubur, , pihak kerajaan terutamanya perlu mengorak langkah drastik bagi
mengatasi masalah jerebu ini dari terus-menerus menghantui negara