You are on page 1of 1

AMALAN TEMPAHAN BILIK PENGINAPAN DALAM TALIAN MELALUI LAMAN WEB

BOOKING.COM DI KALANGAN PENGGUNA DI JALAN OYA,SIBU SARAWAK.

ABSTRAK

Objektif kajian pengkaji ialah mengenal pasti punca-punca mendorong tempahan bilik
pengenapan dalam talian melalui laman web booking.com dalam kalangan pengguna di Jalan
Oya ,Sibu Sarawak. Pengkaji juga mengkaji masalah-masalah tempahan bilik penginapan dalam
talian melalui laman web booking.com dalam kalangan pengguna di Jalan Oya,Sibu Sarawak.
Lokasi yang dipilih oleh pengkaji adalah di Jalan Oya,Sibu Sarawak kerana didapati semakin
ramai pengguna menempah bilik penginapan dalam talian. Pengkaji telah menggunakan kaedah
soal selidik,pemerhatian,temubual dan kaedah rujukan. Sebanyak 30 orang responden dipilih
untuk menjawab boring soal selidik dan 3 orang informan dipilih untuk ditemubual.
Berdasarkan dapatan kajian, sebab utama yang mendorong pengguna membuat tempahan bilik
penginapan dalam talian melalui laman web booking.com ialah tempahan bilik penginapan
melalui lamna web booking.com tidak mempunyai had masa manakala masalah tempahan bilik
penginapan melalui laman web booking.com ialah terdapat penerangan hotel yang tidak jelas
dalam laman web booking.com. Kesimpulannya, amalan membuat tempahan dalam talian perlu
diubahsuaikan supaya pengguna dapat menikmati perkhidmatan dengan lebih selesa.

You might also like