Ciri-Ciri Dan Potensi Diri

Guru Berkesan Dalam Merealisasikan Pendidikan Cemerlang
"If they aren't learning...then you aren't teaching." ~ Anon Pendahuluan Antara persoalan yang sering timbul di benak kita ialah mengapakah berlaku prestasi sebuah sekolah itu lebih baik daripada sebuah sekolah yang lain? Apakah pula faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya senario demikian? Atau adakah perbezaan yang wujud itu disebabkan 'nasib' semata atau kurangnya usaha-usaha melakukan perubahan dan penambahbaikan yang berterusan (Kaizen) kerana tidak wujudnya misi (mission), visi (vision), komitmen (committment) atau contoh ikutan (role model), sama ada dari aspek diri individu atau pihak pengurusan sekolah yang boleh mencetuskan inspirasi dan halatuju (direction) yang jelas, betul dan tepat. Ramai orang inginkan kemajuan, peningkatan, kecemerlangan dan kegemilangan seterusnya apa yang kita namakan sebagai kejayaan. Kejayaan pula berlaku dalam banyak bentuk sama ada kejayaan peribadi, kejayaan organisasi atau pun kejayaan kelompok dan komuniti. Phillip Van Hooser (1998) mendapati bahawa ada tiga unsur penting dalam menentukan kejayaan. Tiga unsur ini berkait rapat antara satu sama lain dan ianya digelar sebagai "Triangle of Success" (yang merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap). Ilmu Pengetahuan: Apakah pengetahuan? Adakah pengetahuan sahaja sudah cukup? Phillip Van Hooser menyatakan bahawa pengetahuan bukan dimanifestasikan oleh sijil dan diploma, ia juga bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal. Kemahiran: Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar. Sikap: Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak (desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yan tertentu bagi melaksanakan perkaraperkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkah-

y Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. y Taat dan setia terhadap perkhidmatannya. y Bermoral teguh. tidak berbelah bahagi. semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap orang pelajar. y Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik. y Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid. nilai. berketrampilanm. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri. y Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. kepercayaan. berimej. kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi dengan jayanya. Dato' Dr. y Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas. guru. iklim. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yan berkesan dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang? . y Menampilkan watak terpuji. y Kaya ilmu. Cabaran kita ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati (complacency) dan terlalu yakin (overconfidence) sewaktu kita mengembangkan satu atau lebih unsur-unsur di atas. Guru Berkesan Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. y Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa. pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu). berperibadi mulia. y Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. y Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.laku dan perbuatan maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa. Didapati juga individu-indidvidu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap. Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem. Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam organisasi? Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat kurang memiliki ciri-ciri tersebut. berpersonaliti sihat dan serba boleh. y Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu. y Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan. bebas pendirian. berakhlak mulia. y Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut: y Bersikap profesional. kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. mempertahankan martabat profesionnya. y Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral.

and then to be understood) y Sinergi (Synergize) y Tajamilah mata gergaji (Sharpen the Saw) Memenangi Peribadi Dalam hubungan interpersonal kita sentiasa berinteraksi dengan orang-orang di dalam organisasi rasmi kita iaitu sekolah di mana personaliti dan perwatakan memainkan peranan dan pengaruh yang kuat terutama ke atas anak didik kita dan juga rakan sejawatan. "Di dunia ini benda-benda tidak berubah. Stephen Covey (1989) dalam bukunya "The Seven Habits of Highly Effective People" menyatakan ada dua tahap proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status 'orang-orang yang paling berkesan' iaitu tahap 'memenangi peribadi' dan 'memenangi publik'. Apa jua tindakbalas/tindakan yang diambil bergantung kepada sedar-diri (selfawareness)." Garfield pula berkata. kemudian minta difahami (Seek first to understand. Kita perlu menganjak paradigma. pengarang buku "The One Minute Manager" menyatakan bahawa kita lumrahnya liat dan sukar menerima perubahan. dan di ruangan 'kebebasan memilih' inilah pula manusia . setiap orang mempunyai satu ruang untuk membuat pilihan. y Setiap orang mempunyai toleransi yang berbeza terhadap perubahan kendatipun kepada mereka yang memiliki tahap toleransi yang tinggi akan ada satu titik di mana perubahan tidak berupaya ditanggungi. Beliau menyatakan bahawa. Tiga tabiat (habit) yang fundamental bagi seseorang memenangi diri peribadi adalah: y Jadilah Proaktif (Be Proactive) y Mulai dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the End in Mind) y Buat dahulu perkara pertama (Put First Things First) Bagi memenangi publik (dalam hubungan interpersoal) tabiat (habit) yang perlu diamalkan adalah: y Fikirkan Menang/Menang (Think Win/Win) y Fahami dahulu. kecuali ada orang yang mengubahnya. Oleh itu sebelum berlakunya sebarang tindakbalas.Untuk menjadi guru berkesaan kita perlu berubah. Mengubah Diri Mengubah Sikap Plato berkat. y Selali pun perubahan telah berlaku kita secara fitrahnya mahu meletakkan perkaarapperkara kembali kepada keadaan asalnya. imaginasi. "Kemenangan yang utama dan pertama ialah menakluki diri. Antara rangsangan (stimulus) dan tindakan (response) terdapat satu ruang di mana kita boleh membuat pilihan. bukan kepada perkara-perkara yang akan kita dapat . Peribadi yang positif dan kuat mudah memberi kesan dan pengaruh serta dapat menjalin hubungan interpersonal yang baik dan harmonis. y Bila memikirkan perubahan kita sering fikirkan perkara-perkara yang kita kena kepaskan. Ken Blanchard. dan perubahan yang paling berat dan paling sukar ialah perubahan diri peribadi. hati nurani (conscience) dan keazaman-diri (independent will) setiap individu itu. kita perlu melakukan lonjakan quantum dengan merobah dan meruntuh tembok penghalang yang pertama dan utama iaitu Menolak Perubahan (Resist Change)." Jelas sekali perubahan tidak terjadi tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya.

b. seluruh cara hidup atau cara bekerja . .kebolehan menjana sesuatu di dalam minda yang melangkaui realiti semasa. Ringkasnya apakah kita mahukan 'husnul khatimah' atau pun 'su'ul khatimah'. Hussein Mahmood (1993) dalam bukunya "Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah" berkata. Oleh itu sekolah dan guru-guru perlu pertamanya melakukan sesuatu bagi menghapuskan atau mengurangkan faktor-faktor dalaman sekolah yang menyekat kemajuan pelajaran pelajarnya. segala apa juga usaha untuk memajukan sekolah. Pencapaian matlamat sekolah. di peringkat sekolah pada keseluruhannya." Sesungguhnya kecemerlangan bukan terjadi secara begitu sahaja tanpa faktor-faktor yang menggalak dan merangsang setiap guru dan pelajar berusaha mencapai matlamat dan kepuasan kendiri yang tinggi setelah bekerja keras. a. but a habit. Ciri kedua memenangi peribadi ialah 'mulai dengan gambaran akhir di dalam minda' yang bererti setiap kita dapat melihat diri di akhir episod hidup kita sama ada kemajuan dalam kerjaya atau kejayaan peribadi dan keluarga. mengutamakan prioriti tindakan serta tidak suka menanggguh kerja. Hati nurani (consceince) pula merupakan kesedaran dalaman (suara hati) terhadap salah dan betul. Excellence. iaitu pelajaran dan pencapaian akademik para pelajar. Akhir sekali ialah satu anugerah kepada 'kemerdekaan' dan keazaman diri -. Usaha-usaha memperbaiki kemajuan dan sekaligus kecemerlangan pendidikan di sekolah mestilah berfokuskan pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah. benar dan palsu. Di samping sedardiri ini manusia juga dianugerahkan imaginasi -. Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan keadaan sekolah demikian. kemungkinan matlamat yang sepatutnya dicapai tidak dicapai. is not an act. "Walau bagaimanapun . terhadap prinsip-prinsip yang mengawal tingkah-laku serta kesedaran wujudnya harmoni antara pemikiran dan tindakan. Semua ini perlukan perubahan sikap dan kepercayaan para guru (termasuk pelajar-pelajar). Insya Allah setelah tiga unsur penting ini kita kuasai maka tidaklah sukar untuk menjadi seorang yang lebih berkesan baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru yang cemerlang mahupun sebagai seorang ahli organisasi yan boleh menjadi role model kepada orang-orang lain. Jika tidak. then.sebenarnya memiliki 'anugerah istimewa' iaitu sedar-diri -. Dan ciri ketiga ialah buat dahulu perkara pertama (Put First Things First) yang maksudnya kita mengamalkan 'pengurusan masa' yang kemas dan sistematik.yang dikatakan budaya sekolah serta sistem-sistem tertentu yang menghalang kejayaan sekolah perlu dikaji semula dan diperbetulkan segera. "We are what we repeatedly do.satu kebolehan bertindak berdasarkan sedar-diri dan bebas daripada segala bentuk pengaruh." Menurut beliau usaha untuk memajukan sekolah hendaklah berfokuskan.keadaan setiap orang sedar situasi sekeliling dan juga implikasi terhadap tindakbalas yang mungkin diambilnya. berkorban masa dan tenaga yang bukan sedikit. Pendidikan Cemerlang Aristotle berkata.

Satu Penilaian dan Cadangan Pembaharuan menyebut faktor-faktor berikut sebagai penghalang kepada peningkatan dan dengan itu mstilah dibasmi dan dielakkan: y Visi bersama tidak dijelaskan dan tidak dihayati oleh setiap anggota. y Anggota yang masih tidak mahu berubah dari 'zon selesa'. Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle (1989) menyebut bahawa "The positive approach to discipline focuses 20% on what went wrong. Salah satu aspek penting menempa kejayaan ialah pendekatan positif terhadap disiplin dalam hubungan meningkatkan mutu kerja. malah menguasai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru.c." Yang demikian kita seharusnya menumpukan lebih perhatian dan tenaga kepada aspek "next time" ini dan sekaligus menghapuskan segala amalan.Do . y Pemimpin organisasi tidak terlibat dan tidak ikut serta untuk membuat perubahan. dan akhirnya mutu output iaitu pencapaian anak didik di dalam penilaian dan peperiksaan. y Terlalu cepat mengisytiharkan kemenangan. mutu pengajaran dan pembelajaran. dan d.Check . Untuk mencapai matlamat ini guru-guru mestilah mempunyai kesedaran diri yang tinggi bahawa apa jua faktor yang memghalang hendaklah dibanteras di samping membuat perubahan pendekatan. y Tiada kemenangan jangka pendek yang boleh diraya atau dibanggakan oleh organisasi menyebabkan hilang momentum untuk berubah dan anggota yang kecewa akan memasuki kumpulan yang menolak perubahan.Act). Kajian terhadap Program Peningkatan Kurikulum dasn Kemajuan Pendidika (PKKP) Jabatan Pendidikan Pahang. strategi dan teknik serta secara berfikir yang positif. and 80% on what could be different next time. y Cepat berpuas hati atau puas hati yang melampau. . Membentuk atau mewujdukan budaya baru bagi menggantikan budaya yang sedia ada melalui (b) atau memperkukuhkan budaya yang didapati produktif. Menggerakkan segala tenaga di sekolah dan di luar sekolah ke arah pencapaian matlamatmatlamat sekolah melalui kepemimpinan pengetua. y Tiada usaha yang lebih atau tiada pengorbanan. Oleh itu tugas dan tanggungjawab serta komitmen guru juga haruslah bertambah dan meningkat dari sebelumnya dan ini sudah tentu memerlukan satu sikap baru dan 'pandangan baru' dalam menempa kecemerlangan pendidikan secara keseluruhannya. Satu daripada pendekatan dan konsep yang boleh diamalkan ialah Shewhart Cycle atau lebih dikenali sebagai PDCA (yakni Plan . y Sikap tidak cakna. Menempa Kejayaan Persekolahan dan pendidikan hari ini bukan sahaja menuntut para guru menyempurnakan tugas dan tanggunjgjawab mereka dalam mempastikan setiap anak didik menguasai tulis baca dan mengira. Edisi Kedua (1999). y Mesyuarat/perbincangan mengenai strategi yang terlalu kurang. tabiat dan tingkah-laku negatif yang merugikan semua orang.

penilaian bagi melihat keberkesanannya atau pun sebab-sebab mengapa ianya tidak mencapai objektif yang ditentukan. kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu. pencerapan pengajaran guru dalam bilik darjah dibuat atau tidak. kokurikulum. pembetulan dibuat atau tidak. diagnosis mata pelajaran dibuat atau tidak dan jika dibuat tindakan susulan dibuat atau tidak. dan mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan. Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah. Inilah aspek paling penting dan kritikal kerana pada peringkat inilah yang menentukan kejayaan setiap perancangan itu. tindakan yang amat penting seterusnya ialah mengambil tindakan. Do (Buat) : Semua yang telah dirancang mesti dilaksanakan sepenuhnya. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan keanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma. Check (Semak) : Semakan amat penting kerana setiap perancangan dan pelaksanaan perlukan. serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan. Apa makna dan apa gunanya jika perancangan tinggal pernacangan sahaja? Soal balik diri sendiri apakah perancangan yang kita buat telah semuanya dilaksanakan? Lihat kembali Folio B dalam Program PKKP selama ini sudahkah dibuat sebagaimana dirancang? Jujurlah kepada diri sendiri. mengubah stail berfikir dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat. nah inilah puncanya mengapa kita begitu sukar mengatasi kelemahan dan kemerosotan. cari mana silapnya dan cari siapa culpritnya (afritnya). Penutup Menjadi guru berkesan. atau ikut sahaja kerana ramai orang lain buat begitu.Plan (Rancang) : Semua aktiviti (sekolah. buat sesuatu secara tangkap muat. Act (Bertindak) : Setelah semakan dibuat dan jawapannya diketahui sama ada ianya positif atau sebaliknya. . dan jika belum. dan dihantar mengikut masanya atau tidak? Satu cara berkesan memastikan sistem semakan yang praktikal ialah dengan mewujudkan satu Senarai Semak Komprehensif yang melibatkan semua perancangan aktiviti di sekolah. keputusan mesyuarat guru atau mesyuarat panitia mata pelajaran dibuat atau tidak. kelas. Cari puncanya. sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. atau laporan-laporan berkala yang diminta oleh JPNP dan PPD dibuat atau tidak. bimbingan dan kaunseling malah amaran dan tindakan selanjutbya sekali pun jika sudah sampai kepada tahap yang serius dan kritikal. Adakah puncanya kerana sikap manusia atau sistem dan prosedur atau tidak jelas bidang tugas? Tindakan seterusnya memastikan tidak berulang lagi perkara-perkara tidak memuaskan ini dan personnel yang terlibat mestilah disedarkan melalui nasihat. zon dan daerah) mestilah dirancang dengan rapi. teguran. Banyak kerja guru-guru kita perlu disemak dengan teliti dan rapi seperti buku latihan murid diperiksa atau tidak. Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam. Elakkan sekali-kali mentaliti ad-hoc.

" Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan. . New York. Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Hussein Mahmood (1993) Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Florida. Satu Penilaian Dan Cadangan pembaharuan. John (1998) Back to the Future . Australia. Phillip (1998) Triangle of Success. beliau menyebut. Ocala. Stephen R. Dato' Abdul Shukor Abdullah di dalam perutusan Hari Guru 1999. Anne Fox & Associates. USA. kaum guru sekalian hendaklah menampilkan watak terpuji. Van Hooser. (1989) The Seven Habits of Highly Effective People. Van Hooser Associates. Oleh itu pada setiap masa.Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah. Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. berimej. sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi. Simon and Schuster.Management of Change. merungut dan menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata. berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yang unggul." Rujukan Covey. orang yang optimistik melihat semuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju. Dewan Bahasa dan Pustaka. ____________ (1999) Program Peningkatan Kurikulum Dan Kemajuan Pendidikan (Edisi Kedua). Fox. Kuala Lumpur. menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful