You are on page 1of 18

Salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang

arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan


sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini
ialah Arnab Dengan Buaya.
Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah
seekor daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Sahabat
handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu
memuji kecantikan gigi arnab ini.
Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu
menjadi semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah
yang tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain
mula menjauhkan diri daripadanya. Pada suatu hari, arnab
itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya sedang
berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani
mendekati buaya itu.
Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga
begitu cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut. Kata
buaya itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira.
Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau? Tanya
buaya itu lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil
tersenyum, arnab berkata, Engkau mesti banyak makan sayur-
sayuran dan jangan makan daging.
Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. Bolehkah
engkau tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak,
kata buaya lagi.
Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu
memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah
lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada
kali ini. Sekian, terima kasih.
Salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi
serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah Penebang Kayu Dengan
Anaknya.
Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang
penebang kayu yang miskin . Penebang kayu itu
mempunyai seorang bapa yang telah tua lagi uzur dan
seorang anak. Pada suatu hari, penebang kayu itu
bercadang untuk menghantar bapanya ke dalam hutan
dan membiarkannya tinggal di situ.
Bagaimana nanti kalau jiran tetangga kita
menanya tentang ayah? tanya isteri penebang kayu.
Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di
tokong untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya, kata
penebang kayu itu. Penebang kayu dan isterinya tidak
sedar bahawa percakapan mereka telah didengari oleh
anak mereka.
Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pecan
untuk membeli sebuah bakul yang besar. Sebaik sahaja
waktu senja, penebang kayu itu pun memasukkan
bapanya ke dalam bakul tersebut.
Apa yang kamu cuba lakukan? tanya bapanya.
Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana
kami miskin dan sentiasa sibuk.Kami ingin membawa
ayah ke tempat yang selamat. Di sana, ayah akan dijaga
dengan baik, kata penebang kayu itu sambil memikul
bakul tersebut. Orang tua itu berasa sedih dan
mengerti maksud anaknya. Penebang kayu itu pun
memikul ayahnya berjalan kearah hutan.
Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada
pandangan, anak penebang kayu itu menjerit, Ayah,
jangan lupa bawa balik bakul itu semula!
Mengapa? tanya penebang kayu itu kehairanan.
Ayah, kata anak penebang kayu itu dengan lembut,
Apabila ayah tua kelak, saya akan gunakan bakul itu
untuk memikul ayah pula.
Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh
bergerak. Dia tunduk sambil berfikir. Selepas beberapa
ketika, dia pun berkata kepada anaknya. Marilah kita
pulang ke rumah.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya
pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para


hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi
serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah Puteri Sulung Dan Puteri
Bongsu.
Pada suatu ketika dahulu, Raja Ambun mempunyai
puteri kembar yang amat cantik. Puteri Bongsu yang
begitu cantik dikatakan berdarah putih dan amat
disayangi oleh raja.
Kecantikan Puteri Bongsu yang berdarah putih
telah sampai kepengetahuan Raja Tinggi. Raja Tinggi
pun menghantar rombongan untuk meminang Puteri
Bongsu. Raja Ambun menjadi serba salah. Kalau
pinangan itu ditolak, tentu akan berlaku peperangan.
Tetapi, kalau pinangan itu diterima, baginda akan
dukacita sepanjang hayat kerana baginda amat kasih
kepada Puteri Bongsu.
Akhirnya, Raja Ambon telah menukarkan Puteri
Bongsu dengan Puteri Sulung. Rancangan ini tentu
berjaya, kata seorang pembesar. Raja Tinggi tidak
pernah melihat Puteri Bongsu. Kita suruhlah Puteri
Sulung mengaku yang dia bernama Puteri Bongsu,
Akhirnya pinangan Raja Tinggi itu pun di terima.
Raja Tinggi pun berkahwin lah dengan Puteri
Sulung yang disangkanya Puteri Bongsu itu. Pada suatu
hari, jari Puteri Sulung telah terluka akibat terkena
pisau. Luka itu berdarah dan darahnya berwarna merah.
Raja Tinggi berasa terkejut kerana darah itu tidak
berwarna putih.
Dinda mesti berkata benar, siapakah dinda
sebenarnya? tanya Raja Tinggi sambil menghunus
kerisnya. Puteri Sulung menggeletar. Adinda ialah
kakak kepada Puteri Bongsu,
Raja Tinggi amat murka. Rupa-rupanya beta telah
ditipu! Kita akan serang negeri Ambun, kata Raja
Tinggi dengan garangnya.
Akhirnya, Raja Tinggi pun menghantar tentera
untuk menundukkan negeri Ambun.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya
pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para


hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi
serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah Ampai-ampai Dan Puteri
Laut.
Pada zaman dahulu, ada seorang hamba Raja Laut
yang sangat setia kepada rajanya. Namanya Ampai-
ampai. Ampai-ampai telah ditugaskan oleh raja untuk
menjaga puteri baginda yang sangat cantik.
Pada suatu hari, puteri itu pergi bermain-main di
tepi pantai bersama beberapa orang dayang. Pada
ketika itu sebuah kapal besar yang dimiliki oleh seorang
putera raja yang kacak telah berlabuh di tepi pantai itu.
Putera raja terpesona melihat kecantikan puteri Raja
Laut. Puteri Raja Laut pun demikian juga apabila
terlihat putera raja yang gagah perkasa dan kacak itu.
Putera raja telah memujuk puteri Raja Laut supaya
menaiki kapalnya yang sedang berlabuh itu. Setelah
memberi isyarat kepada dayang-dayangnya, puteri itu
pun naik ke kapal putera raja. Putera raja mengerahkan
kelasi-kelasinya supaya menaikkan layar dan segera
belayar meninggalkan pantai itu.
Pada waktu itu, Ampai-ampai baru tersedar. Dia
berlari menuju ke pantai tetapi kapal itu sudah pun
meninggalkan pantai. Ampai-ampai pun pulang ke istana
lalu menceritakan kejadian itu kepada Raja Laut.
Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil
sebatang kayu lalu memukul tubuh Ampai-ampai
sehingga remuk dan hancur tulangnya. Setelah itu Raja
Laut menbuangkan Ampai-ampai ke tepi laut.
Engkau jangan naik ke darat sebelum puteri beta
pulang kepada beta, titah baginda.
Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan
akhirnya tersangkut pada ranting-ranting kayu di tepi
pantai. Itulah sebabnya Ampai-ampai tidak bertulang
hingga sekarang ini dan sepanjang masa tersidai pada
ranting-ranting kayu di gigi air. Kononnya, dia akan
menunggu di tempat begitu sehingga Puteri Raja Laut
itu lalu di situ dan pulang kepada ayahandanya.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada
kali ini. Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para


hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi
serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah Perempuan Muda Yang
Berani.
Pada suatu masa dahulu, negeri Tiku diperintah
oleh Raja Tua. Baginda telah menyuruh rakyatnya
membuat sebuah perahu yang besar. Setelah perahu itu
siap, baginda pun telah mengadakan upacara untuk
melancarkan perahu itu ke laut. Rakyat negeri itu telah
dikerahkan untuk menolak perahu ke laut tetapi
anehnya perahu itu sedikit pun tidak bergerak dari
tempatnya. Raja Tua sangat hairan lalu memanggil anak
angkatnya Balun yang tahu akan bermacam-macam ilmu.
Balun pun mengambil dupa dan mengasap kemenyan.
Setelah jampi dibaca dan seluruh perahu diasapnya,
Balun pun berkata Perahu ini tidak akan dapat
diturunkan jika tidak digalang dengan tubuh manusia.
Tetapi yang menjadi galangan itu mestilah anak atau
saudara tuanku. Orang lain tidak boleh!
Mendengar kata-kata Balun itu, semua orang
menjadi gempar. Tidak ada seorang pun anak kerabat
raja yang hendak mengorbankan nyawanya untuk
pelancaran perahu tersebut.
Dalam keadaan hiruk pikuk itu, seorang perempuan
muda yang sedang mengandung tampil ke hadapan
perahu. Dia ialah anak saudara kepada Raja Tua.
Perempuan muda itu berbaring di atas tilam dan bantal
yang dibentangkan di haluan perahu. Semua rakyat dan
kerabat diraja menangis melihatkan perempuan muda
yang begitu berani mengorbankan nyawanya demi
kepentingan Raja Tua.
Apabila semua sudah sedia, Balun pun
mengambil tujuh batang lidi dan rapat ke perahu itu.
Setelah membaca jampi, perahu itu pun ditolak ke laut.
Sekali lagi telah berlaku keanehan. Dengan mudah,
perahu itu dapat ditolak ke dalam air.
Semua orang yang berkumpul bersorak
kegembiraan. Raja Tua berlari-lari mendapatkan anak
saudaranya dan mendapati anak saudaranya itu tidak
mendapat apa-apa kecederaan. Oleh kerana
keberaniannya, Raja Tua telah menurunkan semua harta
pusaka kepada anak saudara perempuannya itu.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada
kali ini. Sekian, terima kasih.
Salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi
serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah Harimau Yang Tamak.
Pada suatu hari, Maharaja Singa telah
mengisytiharkan kepada penghuni rimba bahawa mereka
boleh menyembahkan satu kehendak mereka kepada
baginda. Binatang-binatang dalam hutan itu pun
mengadap Maharaja Singa. Masing-masing membawa
permintaan. Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh
baginda.
Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja
Singa itu, timbullah rasa tamak di hati harimau. Aku
mesti minta supaya rezeki aku lebih murah daripada
sekarang. Aku tidak mahu makan tiga kali sehari.
Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari. Kalau aku
dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih
kuat daripada Singa.
Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi
mengadap Maharaja Singa.
Hah! Engkau datang juga, Harimau? tegur Singa.
Apakah kehendak engkau? Harimau terkejut
mendengar suara Singa yang bengis itu. Hatinya
berdebar-debar.
Patik Patik mahu makan tujuh tujuh kata
Harimau tergagap-gagap.
Tujuh apa? sergah Maharaja Singa lebih keras.
Tujuh hari sekali! jelas Harimauu terketar-ketar.
Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di
hutan ini akan kabulkan permintaan engkau. Mulai hari
ini, engkau akan dapat rezeki tujuh haru sekali, kata
Singa.
Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah
cakap. Dia hendak mengatakan tujuh kali sehari tetapi
dia telah tersebutkan tujuh hari sekali.
TuankuPatikPatik
Sudah! potong Maharaja Singa. Tiap-tiap
binatang hanya boleh mengemukakan satu permohonan
sahaja. Permohonan engkau tadi telah pun beta
kabulkan.
Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh
hari sekali. Itulah sebabnya perut Harimau selalu
kempis dan badannya tidak bermaya. Demikianlah
kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih.
Salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan
sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini
ialah Arnab yang Pemalas.

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor


arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa
bersama-sama.
Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, Mari kita
buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita
ada tempat berteduh.
Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,
jawab arnab.
Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan
arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.
Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah
begini,kata tupai.
Ya, betul kata awak, jawab arnab.
Pagi esok kita akan buat sarang, kata arnab lagi.
Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab
menbuat sarang.
Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,
kata tupai.
Tapi bukan sekarang, jawab arnab.
Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari
makanan. Saya sungguh lapar! Tupai menggeleng-geleng melihat
sikap sahabatnya itu.
Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah
kuyup kerana tiada tempat berteduh.
Alangkah baiknya jika kita ada sarang, kata tupai.
Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah
seperti ini sewaktu hujan.
Arnab yang pemalas itu tidak menghiraukan rungutan
sahabatnya. Kita tunggu esok sahajalah, kata arnab.
Kawan-kawan yang saya kasihi, jangan kita bersikap malas
seperti arnab itu. Sekian, terima kasih.
Salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi
serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah Kerbau Balar.

Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau


balar. Warna kulitnya merah, tidak hitam seperti
kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang
berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh
kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan
bersama dan tidur sekandang.
"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau
yang lain itu.
Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana
mereka selalu disisihkan.
Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar
itu mendengar tuan mereka akan menangkap mereka.
Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang
merah.
Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu
tersesat ke tempat orang menyembelih kerbau. Kerbau
balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau
bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah
mereka apa yang sebenarnya terjadi.
Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua
ekor kerbau balar itu melarikan diri ke hutan. Kerbau-
kerbau yang lain semuanya di sembelih.
Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu
kedua-duanya menjadi kerbau liar yang susah untuk
ditangkap lagi.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya
pada kali ini. Sekian, terima kasih.
KAWAN YANG TIDAK JUJUR
Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai
sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai.
Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang
cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan
terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie
bagi mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala
kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan
Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka
terserempak dengan seekor singa.
Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik
mendapat idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia
berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. Kamu
tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa
itu,kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. Hai, Encik
Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan
keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati
dagingnya yang lazat itu di sana, kata Joe dengan
lemah lembut. Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi,
kau mesti bertindak cepat! jawab singa dengan garang.
Joe kembali menemui Ronnie. Singa itu tak mahu makan
kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan
menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu
masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah.
Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu
menjadi makanan singa.

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU


Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal.
Ia bernama Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya
kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka.
Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan
menjerit, Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Ikan-
ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-
celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu.
Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang
garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.
Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony
menjerit, Jerung! Jerung! Namun Tony sungguh nakal.
Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakan-
rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony,
walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada
suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia
ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba
muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony
tidak menyedari kehadiran jerung itu. Jerung! Jerung!
Bersembunyi cepat! Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu
lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak
menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka
mereka cuba mepermain-mainkanya. Baiklah, kamu
semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah
kamu semua mempermain-mainkan aku! jerit Tony.
Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak
sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.

BUJANG TERBOYOI
Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana. Si
isteri baru sahaja melahirkan seorang anak lelaki.
Mereka menamakannya Bujang Terboyoi. Malangnya,
ahli nujum menilik bayi itu boleh mendatangkan bencana.
Sultan menitahkan dia dibuang ke dalam hutan.
Si ibu amat sedih. Dia membawa anaknya merentas
hutan Mereka mendaki tujuh gunung. Bujang Terboyoi
berlagu memujuk ibunya.
Tinggalkanlah saya di sini, mak. Tuhan ada
bersama-sama saya. Pergilah emak pulang. Doakanlah
saya. Maafkanlah saya, katanya Si ibu amat terharu
tetapi apalah dayanya Anak ecilnya itu terpaksa
ditinggalkan. Bujang Terboyoi membesar di dalam hutan.
Dia menjadi pemuda yang gagah dan tampan. Pada suatu
malam, Bujang Terboyoi bermimpi bahawa kedua-dua
ibu bapanya amat merindukannya.
Pada pagi esoknya, Bujang Terboyoi keluar menuju
ke istana. Dalam perjalanan, dia berjumpa bermacam-
macam binatang. Singa, gajah dan ular menghalang
perjalanannya. Namun semuanya kasihan akan Bujang
Terboyoi. Bujang Terboyoi hidup sendiri. Bujang
Terboyoi hendak mencari ibu bapanya.
Singa mengajarnya menjadi tangkas. Harimau
mengajarnya ilmu melawan musuh. Gajah mengajarnya
ilmu untuk menjadi kuat. Ular pula menghadiahkannya
sebentuk cincin sakti.
Tidak lama kemudian, Bujang Terboyoi sampai di
istana. Semua yang melihatnya hairan. Mereka
tertanya-tanya siapakah pemuda kacak itu? Putera dari
manakah gerangannya?
Bujang Terboyoi memohon menghadap Sultan.
Sultan memperkenankan permohonannya . Baginda
bertanya akan hajat Bujang Terboyoi.
Patik ingin menjaga kedua-dua orang tua ini,
tuanku. Patik kasihan melihat mereka, kata Bujang
Terboyoi. Dia menunjuk kea rah sepasang suami
isteri,pekerja istana.
Silakanlah, beta tiada halangan, titah sultan.
Bujang Terboyoi membawa mereka ke air terjun. Dia
memandikan dan melangirkan mereka pakaian yang
indah-indah. Dia member mereka makan makanan yang
lazat-lazat. Kemudian, bujang Terboyoi menggosok-
gosok cincin saktinya. Tiba-tiba terdiri sebuah istana
yang amat cantik. Kedua-dua orang tua itu amat
terperanjat. Dengan segera Bujang Terboyoi melutut di
kaki mereka.
Sayalah anak ayah dan ibu. Sayalah Bujang
Terboyoi. Ampunkanlah saya ibu dan ayah, kata Bujang
Terboyoi dengan terharu. Kedua-dua ibu bapanya amat
gembira. Mereka menangis kegembiraan.
Sultan menjodohkan Bujang Terboyoi dengan
puterinya. Apabila sultan mangkat, Bujang Terboyoi di
tabalkan menjadi raja.