You are on page 1of 33

BIOLOGI

TINGKATAN
4
BAB 2: STRUKTUR SEL DAN
ORGANISASI SEL
TAJUK: Struktur sel tumbuhan dan haiwan
KONSEP:

Penggunaan mikroskop cahaya dengan teknik yang betul


Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap
Hanya struktur tertentu sahaja yang boleh dicerap di bawah mikroskop
cahaya
Pelajar boleh melukis rajah dengan baik dan kemas dan juga boleh
melabel dengan lengkap

Objektif:

Untuk menyedia dan memeriksa slaid sel tumbuhan dan sel haiwan.

Pernyataan Masalah:

Adakah sel tumbuhan dan sel haiwan mempunyai bentuk yang tetap?

Pembolehubah:

1. Pembolehubah Dimanipulasi : Sel tumbuhan dan sel haiwan (sel pipi)

2. Pembolehubah Bertindakbalas: Bentuk yang tetap

3. Pembolehubah Malar : Bilangan titik larutan

Pernyataan Hipotesis:

Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap, tetapi tidak untuk sel haiwan.

Bahan dan Radas:

Bawang besar, larutan iodin, air suling, slaid kaca, sisip kaca,
mikroskop cahaya, penitik, jarum bedah, kertas turas, sel pipi,
pencungkil gigi, larutan metilena biru.

MODUL AMALI SAINS 1


BIOLOGI
4 TINGKATAN
Teknik:

1. Memerhati dan merekod struktur sel tumbuhan dan sel haiwan


dengan menggunakan mikroskop.
2. Melukis dan melabel struktur pada sel tumbuhan menggunakan
mikroskop.

Kaedah:

1. Dapatkan daun sisik dari bawang dengan menggunakan pisau.


2. Dengan menggunakan forsep, siat epidermis lutsinar dari permukaan
dalam daun sisik bawang.
3. Letakkan setitik air di tengah slaid kaca dan tempatkan epidermis di atas
titik air itu.
4. Dengan menggunakan jarum bedah, tutup specimen dengan sisip kaca
pada sudut 450 .
5. Tambahkan setitik larutan iodin ke atas satu sisi sisip kaca. Letakkan
kertas turas pada sisi yang satu lagi untuk membenarkan larutan iodin
merebak ke seluruh epidermis
6. Gunakan kertas turas untuk menyerap larutan iodin yang berlebihan.
7. Periksa slaid di bawah mikroskop menggunakan kanta objektif kuasa
rendah kemudian menggunakan kuasa tinggi
8. Lukis epidermis dan label struktur sel yang boleh dicerap. Rekodkan
pembesaran yang diguna.
9. Ulangi langkah di atas dengan sel haiwan di mana pelajar perlulah
membersihkan mulut mereka dahulu.
10. Menggunakan pencungkil gigi pelajar menggores di bahagian dalam
mulut untuk mendapatkan sel pipi.
11. Pencungkil gigi diketuk ke atas satu slaid kaca.
12. 1 titik larutan metilena biru dititiskan ke atas slaid kaca tersebut.
13. Dengan menggunakan jarum bedah, spesimen ditutup dengan sisip kaca
pada sudut 450.
14. Kertas turas diletakkan pada satu sisi untuk menyerap larutan yang
berlebihan.
15. Slaid tersedia diperiksa di bawah mikroskop .
16. Rajah sel pipi dilukis, dilabel dan direkodkan ke dalam jadual.

2 MODUL AMALI SAINS


BIOLOGI
TINGKATAN
4
Keputusan:

Lukisan dan label rajah sel tumbuhan dan sel haiwan menggunakan
mikroskop.
Jenis sel Struktur sel yang dilihat di bawah mikroskop

Sel tumbuhan

Sel haiwan/ sel pipi

Perbincangan:

1. Adakah sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap.

2. Apakah struktur-struktur yang boleh dicerap di bawah mikroskop cahaya?

3. Apakah fungsi larutan iodin dalam eksperimen ini?

4. Daripada pencerapan anda, berapakah lapisan membrane yang


mengelilingi sel tumbuhan?

5. Namakan satu sel tumbuhan lain yang boleh digunakan untuk


menggantikan sel bawang dalam aktiviti ini.

Kesimpulan:

Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap.

Nota:
Pastikan pelajar melukis menggunakan pensil yang tajam
Lukisan mestilah licin dan garisan tidak bertindih
Garis label lurus dan tidak bersilang.
Label pada dua sisi, atas atau bawah.
Boleh dijadikan amali untuk pentaksiran PEKA
Pemerhatian struktur sel haiwan boleh dibuat dengan sedikit
penyesuaian pada bahan dan juga kaedah

MODUL AMALI SAINS 3


BIOLOGI
4 TINGKATAN
BAB 3: PERGERAKAN BAHAN
MERENTASI MEMBRAN
PLASMA
TAJUK: Kesan larutan hipotonik, hipertonik dan
isotonik ke atas sel tumbuhan
KONSEP:

Dalam larutan hipotonik, air akan meresap ke dalam sap sel (vakuol pusat)
secara osmosis. Vakuol akan memanjang dan mengembang, sitoplasma
dan membran plasma akan menolak ke arah luar ke dinding sel. Sel akan
mengalami kesegahan; saiz sel akan bertambah

Dalam larutan hipertonik , air akan meresap keluar dari sap sel (vakuol
pusat) secara osmosis. Vakuol dan sitoplasma kehilangan air dan
mengecut. Sel menjadi kurang segah dan layu; saiz sel mengecil

Dalam larutan isotonik, air meresap masuk dan keluar dari sap sel adalah
pada kadar yang sama. Sel berada dalam keadaan normal

Objektif:

Menentukan kepekatan larutan sukrosa yang isotonik kepada sap sel silinder
ubi kentang

Pernyataan Masalah:

1. Apakah kepekatan larutan sukrosa yang akan dapat menetapkan panjang


silinder ubi kentang?
2. Apakah kesan kepekatan larutan sukrosa ke atas panjang / jisim silinder ubi
kentang?

Pembolehubah:

1. Pembolehubah Dimanipulasi:

Kepekatan larutan sukrosa

4 MODUL AMALI SAINS


BIOLOGI
TINGKATAN
4
2. Pembolehubah Bertindakbalas:

Perubahan panjang silinder ubi kentang

3. Pembolehubah Malar:

Jenis ubi kentang // isipadu larutan // masa rendaman // panjang asal


silinder ubi kentang

Pernyataan Hipotesis:

1. Apabila larutan sukrosa adalah hipotonik, panjang / jisim silinder ubi


kentang bertambah
2. Apabila larutan sukrosa adalah isotonik, panjang / jisim silinder ubi kentang
tidak berubah.
3. Apabila larutan sukrosa adalah hipertonik, panjang / jisim silinder ubi
kentang akan berkurang
4. Apabila kepekatan larutan sukrosa bertambah, maka panjang / jisim silinder
ubi kentang akan berkurang.

Bahan dan Radas:

Ubi kentang, air suling, larutan sukrosa 0.1M, 0.2M, 0.3M, 0.4M, 0.5M dan
0.6M, kertas turas,penebuk gabus, piring petri, jam randik, pembaris.

Teknik:

1. Mengukur dan merekod panjang akhir silinder ubi kentang menggunakan


pembaris.
2. Mengukur dan merekod jisim akhir / perubahan jisim silinder ubi kentang
menggunakan neraca

Kaedah:

1. Sediakan enam piring petri dan labelkan dengan P, Q, R, S, T dan U.


2. Piring petri P disi dengan 10 ml air suling, piring petri Q diisi dengan 10ml
larutan sukrosa 0.1 M, piring petri R diisi dengan 10ml larutan sukrosa
0.2M, piring petri S diisi dengan 10 ml larutan sukrosa 0.3M, piring petri T
diisi dengan 10 ml larutan sukrosa 0.4M dan piring petri U diisi dengan 10
ml larutan sukrosa 0.5M.

MODUL AMALI SAINS 5


BIOLOGI
4 TINGKATAN
3. Penebuk gabus ditekan ke dalam ubi kentang dan silinder ubi kentang
diperolehi dengan cara menolak silinder dalam penebuk gabus dengan
menggunakan batang kaca.
4. Silinder-silinder ubi kentang dipotong sepanjang tepat 5.0cm
5. Silinder-silinder ubi kentang dilap dengan kertas turas dan jisim ditimbang
dan direkodkan dengan menggunakan neraca.
6. Satu silinder ubi kentang direndam ke dalam setiap piring petri yang
berlabel selama 30 minit.
7. Selepas 30 minit, silinder ubi kentang dikeluarkan dari piring petri dan
lapkan dengan menggunakan kertas turas.
8. Panjang / jisim akhir silinder ubi kentang diukur dengan pembaris / neraca
9. Semua keputusan direkodkan dalam jadual keputusan
10. Plotkan graf kepekatan larutan sukrosa melawan perubahan panjang /
jisim silinder ubi kentang.

Keputusan:

Piring Kepekatan Panjang silinder ubi kentang


petri larutan Asal Akhir Perubahan
sukrosa (cm) (cm) panjang
(M) (cm)
P 0.0 5

Q 0.1 5

R 0.2 5

S 0.3 5

T 0.4 5

U 0.5 5
Jadual 1

Perbincangan:

6 MODUL AMALI SAINS


BIOLOGI
TINGKATAN
4
1. Plotkan graf perubahan panjang melawan kepekatan larutan.
2. Bagaimana anda menentukan kepekatan sukrosa yang isotonic kepada sap
sel ubi kentang daripada graf yang telah anda lukis?
3. Terangkan hubungan di antara kepekatan larutan sukrosa dan perubahan
panjang silinder ubi kentang.
4. Terangkan perbezaan perubahan panjang silinder ubi kentang dalam piring
petri P dan U.
5. Berdasarkan graf yang anda lukis, berapakah kepekatan sap sel bagi
silinder ubi kentang?

Kesimpulan:

1. Apabila larutan sukrosa adalah hipotonik, panjang / jisim silinder ubi


kentang bertambah
2. Apabila larutan sukrosa adalah isotonik, panjang / jisim silinder ubi kentang
tidak berubah.
3. Apabila larutan sukrosa adalah hipertonik, panjang / jisim silinder ubi
kentang akan berkurang
4. Apabila kepekatan larutan sukrosa bertambah, maka panjang / jisim silinder
ubi kentang akan berkurang.

Nota:

Eksperimen ini boleh juga digunakan untuk menunjukkan kesan kepekatan


larutan yang berbeza ke atas sel tumbuhan. Selain dari mengukur panjang akhir
silinder ubi kentang, guru boleh meminta merasa tekstur silinder ubi kentang;
sama ada pejal atau lembut. Perubahan tekstur ini disebabkan sel itu mengalami
kesegahan atau telah mengalami plasmolisis.

MODUL AMALI SAINS 7


BIOLOGI
4 TINGKATAN
BAB 3: KOMPOSISI KIMIA DALAM SEL
TAJUK: Kesan Suhu Ke Atas Kadar Tindakbalas
Enzim
KONSEP:
Peningkatan suhu akan meningkatkan tenaga kinetik molekul enzim dan substrat
seterusnya meningkatkan kadar tindakbalas enzim.
Secara umumnya, kadar tindakbalas enzim akan meningkat sebanyak dua kali
ganda bagi setiap peningkatan 10 oC sehingga mencapai suhu optimum 37 oC
hingga 40 oC.
Selepas suhu optimum, kadar tindakbalas enzim akan menurun.
Pada suhu 60 oC enzim akan mengalami denaturasi dimana struktur enzim akan
berubah bentuk dan tidak dapat bertindakbalas dengan substrat menyebabkan
kadar tindakbalas enzim tidak berlaku.

Objektif:

Untuk mengkaji kesan suhu ke atas kadar tindakbalas amilase liur.

Pernyataan Masalah:

Apakah kesan suhu yang berlainan ke atas kadar tindakbalas amilase liur?

Pembolehubah:

1. Pembolehubah Dimanipulasi: Suhu

2. Pembolehubah Bergerakbalas: Kadar tindakbalas enzim

3. Pembolehubah Dimalarkan: Isipadu ampaian kanji / kepekatan ampaian


kanji / pH / Isipadu amilase / kepekatan amilase

Pernyataan Hipotesis:

Semakin tinggi suhu semakin tinggi kadar tindakbalas enzim amilase sehingga
mencapai suhu optimum.

8 MODUL AMALI SAINS


BIOLOGI
TINGKATAN
4
Bahan dan Radas:

Bikar, tabung uji, termometer, picagari, penitis, rod kaca, jam randik, jubin
berlekuk, kukus air, 1% ampaian kanji, air liur, larutan iodine, ais kiub, dan air
suling.

Teknik :
Mengukur dan merekod masa yang diambil untuk hidrolisis kanji dengan
lengkap menggunakan jam randik.

Kaedah:

termometer
Tabung uji
Larutan

Air
iodin
rendaman
pada 28oC Jubin
putih
2 ml air liur berlekuk
5 ml
ampaian
kanji
Rajah 1

1. Untuk memperoleh larutan air liur (amylase liur):-


a. Kumur mulut dengan air suam dan kumpulkan air liur sebanyak
5 ml.
b. Tambahkan 5 ml air suling dan kacau.
2. 5 ml 1% ampaian kanji dimasukkan ke dalam tabung uji berlabel A1, B1, C1,
D1 dan E1 masing-masing dengan menggunakan picagari.
3. 2 ml larutan air liur dimasukkan ke dalam tabung uji berlabel A2, B2, C2, D2
dan E2 menggunakan picagari.
4. Tabung uji A1 dan A2, B1 dan B2, C1 dan C2, D1 dan D2, E1 dan E2
masing-masing direndam dalam kukus air pada suhu 0 oC, 28 oC, 37 oC,
45 oC dan 60 oC.
5. Tabung uji ini dibiarkan selama 5 minit.
6. Sementara itu, titiskan 2 titis larutan iodin pada setiap lekuk pada jubin putih
berlekuk.
7. Selepas 5 minit rendaman, ampaian kanji dalam tabung uji A1 dituangkan
ke dalam tabung uji A2 yang mengandungi larutan air liur. Campuran ini
dikacau dengan menggunakan rod kaca. Jam randik dihidupkan serta
merta.

MODUL AMALI SAINS 9


BIOLOGI
4 TINGKATAN
8. Dengan menggunakan penitis, setitis campuran daripada A2 diletakkan
pada larutan iodine di lekuk yang pertama pada jubin putih. Lekuk pertama
dianggap 0 minit.
9. Ujian iodin diulang setiap 10 minit. Penitis mesti dicuci setiap kali mengambil
sampel. Masa yang diambil untuk hidrolisis kanji menjadi lengkap (selepas
larutan iodin tidak berubah menjadi biru tua apabila ditambah larutan kanji)
direkodkan.
10. Langkah 7 hingga 9 diulang bagi tabung uji B1, C1, D1 dan E1.
11. Termometer digunakan untuk memastikan suhu kekal mengikut kehendak
eksperimen.
12. Keputusan direkodkan dan graf suhu melawan kadar tindakbalas enzim
diplotkan.

Keputusan:

Kadar
Masa yang diambil untuk hidrolisis kanji
tindak
Tabung Suhu lengkap (minit)
balas
uji ( 0C)
(min-1)
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
A1 0
B1 28
C1 37
D1 45
E1 60
Jadual 1

Perbincangan:

a. Nyatakan dua pemerhatian yang boleh dibuat berdasarkan keputusan


eksperimen.

b. Nyatakan satu inferens berdasarkan setiap pemerhatian yang dibuat di (a).

c. Berdasarkan graf yang diplot, terangkan perkaitan antara kadar tindakbalas


enzim amilase dengan suhu.

d. Berdasarkan kepada keputusan eksperimen, definisikan secara operasi


maksud enzim.

e. Jika satu set eksperimen yang berlainan disediakan pada suhu rendaman
air 70oC, ramalkan masa yang diambil oleh enzim untuk menghidrolisiskan
kanji dengan lengkap. Berikan alasan untuk ramalan anda.

f. Seorang pelajar sedang menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesan

10 MODUL AMALI SAINS


BIOLOGI
TINGKATAN
4
pH ke atas aktiviti enzim Pepsin. Radas dan bahan yang digunakan adalah

termometer kukus air ampaian albumen picagari


kertas pH jam randik larutan Pepsin tabung
uji
Kelaskan radas dan bahan berdasarkan fungsinya.

Kesimpulan:
Semakin tinggi suhu semakin tinggi kadar tindakbalas enzim sehingga suhu
optimum.

Nota:

a. Untuk mendapat suhu 0oC, gunakan ais kiub.


b. Bagi menghasilkan larutan amilase liur, isipadu air suling yang ditambah
mestilah sama dengan isipadu air liur yang dikumpulkan.

BAB 6: NUTRISI
MODUL AMALI SAINS 11
BIOLOGI
4 TINGKATAN

TAJUK: Kandungan Nutrien Dalam Makanan

KONSEP:

Kandungan nutrien dalam sampel makanan yang berlainan boleh ditentukan


dengan menjalankan ujian makanan.
Sebahagian makanan adalah kaya dengan sumber nutrien seperti kanji, gula
penurun, protein, lemak dan Vitamin C.
Dalam menentukan kandungan Vitamin C, ujian pelunturan warna
Diklorofenolindofenol (DCPIP) digunakan.
Jika isipadu jus buah adalah sedikit untuk melunturkan warna DCPIP, maka
kandungan atau peratus vitamin C dalam jus tersebut adalah tinggi.
Kepentingan vitamin C adalah untuk mengelakkan kita daripada mendapat
penyakit kulit seperti skurvi.

Objektif:

Objektif eksperimen ini adalah untuk mengkaji kesan kandungan/ peratus


Vitamin C di dalam jus limau nipis, jus oren dan jus buah nenas.

Pernyataan Masalah:

1. Apakah kandungan / peratus Vitamin C di dalam jus limau nipis, jus oren
dan jus buah nenas?
2. Adakah jenis jus buah yang berlainan mengandungi kandungan / peratus
Vitamin C yang sama ?

Pembolehubah:

1. Pembolehubah Dimanipulasi:
Jus limau nipis, jus oren dan jus buah nenas
Jenis Jus buah (yang berlainan / berbeza)

2. Pembolehubah Bertindakbalas:
Kandungan / kepekatan Vitamin C
Peratus Vitamin C

3. Pembolehubah Malar:
Isipadu larutan DCPIP
Pernyataan Hipotesis:

12 MODUL AMALI SAINS


BIOLOGI
TINGKATAN
4
1. Jus limau nipis mengandungi .kandungan / peratus / kepekatan Vitamin C
yang lebih tinggi daripada jus buah nenas dan jus oren.
2. Jus buah yang berlainan akan mengandungi peratus Vitamin C yang
berlainan.

Bahan dan Radas:

Radas:
Botol spesimen, picagari berjarum(1ml dan 5 ml), bikar, penapis, papan
pemotong, dan pisau
Bahan:
Larutan Diklorofenoindofenol(DCPIP), asid askorbik, jus limau nipis, jus buah
nenas dan jus oren, air suling .

Teknik:

1. Mengukur dan merekod isipadu jus buah yang melunturkan warna larutan
DCPIP.
2. Mengira kandungan / peratus Vitamin C menggunakan formula berikut:
Isipadu larutan asid askorbik X 01%
Isipadu jus buah

Kaedah:

1. 1 ml larutan DCPIP disukat menggunakan picagari 1 ml dan diletakkan ke


dalam botol spesimen.
2. 5 ml larutan 0.1% asid askorbik diukur menggunakan picagari 5 ml .
3. Hujung jarum picagari diletakkan ke dalam larutan DCPIP.
4. Asid askorbik dititiskan setitik demi setitik ke dalam larutan DCPIP
sehinggalah warna larutan DCPIP meluntur. Jarum picagari digunakan untuk
mengacau larutan DCPIP sehinggalah warna luntur.
5. Isipadu asid askorbik yang melunturkan warna DCPIP direkod dan
dicatatkan.
6. Eksperimen ini diulangi sekali lagi untuk mencari nilai purata.
7. Langkah 1 hingga 7 diulangi untuk jus limau nipis, jus buah nenas dan jus
oren.
8. Isipadu jus buah yang melunturkan larutan DCPIP direkod dan dicatatkan
dalam Jadual.
9. Peratus Vitamin C dihitung menggunakan formula berikut:
Isipadu asid askorbik X 0.1%
Isipadu jus buah

MODUL AMALI SAINS 13


BIOLOGI
4 TINGKATAN
10. Kesemua keputusan yang diperolehi direkod dan dicatatkan dalam jadual
11. Rajah eksperimen adalah ditunjukkan seperti di bawah:

5ml 5
5ml m
Larutan 0.1% l
4
Askorbik asid m
m
4 l
l
3
3 m
l
2
2 m
l
1
1 m
l

Rajah 1
Keputusan:

Jenis Jus Isipadu jus buah yang melunturkan Peratus Kepekatan


Buah larutan 1ml DCPIP (ml) Vitamin C Vitamin C
(%) (mgml-1)
1 2 Purata
0.1% asid
askorbik 1.0 2.00
Jus Limau
Nipis 3.2 3.0
Jus buah
Nenas 4.9 4.9

Jus Oren 5.0 5.2


Jadual 1

Perbincangan:

14 MODUL AMALI SAINS


BIOLOGI
TINGKATAN
4
1. Apakah inferens untuk eksperimen ini?
2. Nyatakan kaedah untuk diimplementasikan kepada setiap pemboleh ubah
berikut:
a) Pembolehubah dimanipulasikan
b) Pembolehubah bergerak balas
c) Pembolehubah dimalarkan
3. Kenapa kita tidak boleh menggoncang tabung spesimen dengan kuat semasa
larutan asid askorbik dan jus buah ditambah kepadanya?
4. Nyatakan langkah berjaga-jaga dalam eksperimen tersebut di atas.
5. Kenapa jarum picagari mesti terendam ke dalam larutan DCPIP?
6. Terangkan hubungan di antara Vitamin C dengan isipadu jus buah yang
digunakan untuk melunturkan larutan DCPIP

Kesimpulan:

1. Jus limau nipis mengandungi .kandungan / peratus / kepekatan Vitamin C


yang lebih tinggi daripada jus buah nenas dan jus oren.
2. Berlainan jus buah mengandungi berlainan Vitamin C.

Nota:

Vitamin C adalah asid askorbik yang melunturkan warna larutan


DCPIP.
Larutan DCPIP tidak boleh digoncang dengan kuat kerana ini akan
menyebabkan oksigen dari udara akan mengoksida dan menurunkan
larutan asid askorbik. Ini menyebabkan isipadu jus buah untuk melunturkan
larutan DCPIP akan bertambah. Maka kandungan / peratus Vitamin C
dalam jus buah tersebut tidak dapat diukur dengan tepat.
Begitu juga, jarum picagari mestilah terendam di dalam larutan DCPIP
supaya tiada oksigen dari udara yang akan mengoksidakan dan menurun
larutan asid askorbik.
Jus buah juga perlu disimpan di dalam peti sejuk supaya kadar
pengoksidaan oleh oksigen di udara berkurang atau tidak berlaku. Ini akan
mengekalkan kandungan Vitamin C di dalam jus buah tersebut.
Jika semakin banyak isipadu jus buah digunakan untuk melunturkan larutan
DCPIP, maka kandungan / peratus Vitamin C adalah rendah / kurang/
sedikit.

MODUL AMALI SAINS 15


BIOLOGI
4 TINGKATAN
BAB 6: NUTRISI
TAJUK: FOTOSINTESIS
KONSEP:

Daun adalah organ fotosintetik kebanyakan tumbuhan hijau. Fotosintesis berlaku


di dalam kloroplas yang terdapat di bahagian sel-sel mesofil dan sel-sel
pengawal pada stoma. Fotosintesis adalah proses di mana tumbuhan hijau
membuat makanan atau gula (glukosa) dengan kehadiran air, cahaya
matahari , kepekatan karbon dioksida dan klorofil.
Faktor-faktor utama yang mempengaruhi kadar fotosintesis adalah :
Keamatan cahaya
Kepekatan karbon dioksida
Suhu

Objektif:

Mengkaji kesan keamatan cahaya ke atas kadar fotosintesis

Pernyataan Masalah:

1. Apakah kesan keamatan cahaya ke atas kadar fotosintesis?


2. Bagaimanakah keamatan cahaya memberi kesan ke atas fotosintesis?

Pembolehubah:

1. Pembolehubah Dimanipulasi:
Keamatan cahaya /
Jarak tumbuhan Hydrilla kepada mentol

2. Pembolehubah Bertindakbalas:
Kadar fotosintesis /
Bilangan gelembung gas terhasil dalam masa 5 minit

3. Pembolehubah Malar:
Jenis tumbuhan /
Kepekatan larutan natrium hidrogen karbonat /
Masa diambil untuk mengira bilangan gelembung gas

16 MODUL AMALI SAINS


BIOLOGI
TINGKATAN
4
Pernyataan Hipotesis:
1. Semakin tinggi keamatan cahaya , semakin tinggi kadar fotosintesis.
2. Semakin jauh jarak radas kepada mentol, semakin rendah kadar fotosintesis

Bahan dan Radas:


Bahan:
Tumbuhan Hydrilla, air suling, larutan natrium hidrogen karbonat
Radas:
Gunting / pisau cukur, sumber cahaya/ mentol (60 watt), pembaris, jam randik, klip
kertas, tabung didih, silinder penyukat, kaki retot dengan pemegang.

Teknik:
Rekod bilangan gelembung gas yang dibebaskan dalam masa lima minit
menggunakan jam randik. //
Kira kadar fotosintesis menggunakan formula berikut :
Bilangan gelembung gas
masa
Kaedah:
1. Batang tumbuhan Hydrilla dikerat sepanjang 5cm.
2. 50 ml air suling disukat menggunakan silinder penyukat dan dituangkan ke
dalam tabung didih.
3. Tumbuhan Hydrilla diletakkan ke dalam tabung didih dengan keratan
batangnya menghala ke atas atau diletakkan klip kertas untuk menegakkan
tumbuhan tersebut.
4. Tabung didih diapitkan dengan tegak kepada pemegang kaki retot
5. 5 ml larutan 0.2% natrium hidrogen karbonat disukat menggunakan silinder
penyukat dan dituang ke dalam tabung didih.
6. Mentol dengan kuasa 60 watt sebagai sumber cahaya diletakkan pada
jarak 30 cm daripada tumbuhan Hydrilla.
7. Radas eksperimen adalah ditunjukkan seperti dalam Rajah 1 di bawah:

MODUL AMALI SAINS 17


BIOLOGI
4 TINGKATAN
8. Suis mentol dibuka untuk menyalakan mentol.
9. Bilangan gelembung gas dikira dalam masa 5 minit menggunakan jam
randik dan direkodkan.
10. Langkah 6 hingga 9 diulangi untuk jarak mentol daripada tumbuhan Hydrilla
sejauh 40 cm, 50 cm dan 60 cm.
11. Semua keputusan direkodkan ke dalam Jadual .

Keputusan:

Jarak antara
tumbuhan Hydrilla dan
sumber cahaya (cm) 30 40 50 60

Bilangan gelembung
dibebaskan dalam
masa 5 minit
Keamatan cahaya
(cm-1)

Jadual 1
Perbincangan:

1. Apakah inferens untuk eksperimen ini?


2. Nyatakan kaedah untuk diimplementasikan kepada setiap pembolehubah
berikut:
Pembolehubah dimanipulasikan
Pembolehubah bergerak balas
Pembolehubah dimalarkan
3. Ramalkan apa akan berlaku kepada bilangan gelembung gas yang
dibebaskan dalam masa 5 minit, sekiranya jarak mentol kepada tumbuhan
Hydrilla adalah 40 cm dan kuasa mentol adalah 40 watt?
4. Nyatakan langkah berjaga-jaga dalam eksperimen tersebut di atas.
5. Lukiskan graf bilangan gelembung gas yang dibebaskan menentang
keamatan cahaya.
6. Berdasarkan kepada eksperimen ini, nyatakan takrifan secara operasi
fotosintesis

18 MODUL AMALI SAINS


BIOLOGI
TINGKATAN
4
Kesimpulan:

1. Semakin tinggi keamatan cahaya , semakin tinggi kadar fotosintesis


2. Semakin jauh jarak radas kepada mentol, semakin rendah kadar fotosintesis

Nota:

Langkah berjaga-jaga dalam eksperimen ini adalah:

a) Batang tumbuhan Hydrilla yang dipotong hendaklah sentiasa menghala


ke atas supaya gelembung gas dapat keluar dengan banyak dan jelas
dilihat.

b) Tabung didih boleh direndam dalam sebuah bikar berisi air supaya suhu
persekitaran sentiasa sama.

c) Mentol hendaklah menghala terus kepada tumbuhan .

d) Setiap bacaan gelembung gas boleh diambil sebanyak dua atau 3 kali
dan nilai purata dicatatkan .

e) Larutan Natrium hidrogen karbonat membekalkan gas karbon dioksida


yang diperlukan oleh tumbuhan untuk eksperimen fotosintesis.

f) Keamatan cahaya adalah berkadar songsang dengan jarak mentol


kepada tumbuhan Hydrilla.

MODUL AMALI SAINS 19


BIOLOGI
4 TINGKATAN
BAB 7 : RESPIRASI
TAJUK : Komposisi Oksigen dan Karbon Dioksida
dalam Sampel Udara Berbeza
KONSEP:

Tiub-J boleh digunakan untuk menganalisis sampel udara sedutan dan udara
hembusan dengan membandingkan kandungan karbon dioksida dan oksigen.
Larutan kalium hidroksida digunakan untuk menyerap karbon dioksida
manakala larutan kalium pirogalat akan menyerap oksigen.
Walau bagaimanapun, larutan kalium pirogalat juga boleh menyerap karbon
dioksida. Oleh sebab itu, larutan kalium hidroksida perlu digunakan terlebih
dahulu sebelum larutan kalium pirogalat digunakan kerana larutan kalium
hidroksida hanya menyerap karbon dioksida.

Objektif:

Mengkaji perbezaan komposisi oksigen dan karbon dioksida dalam sampel udara
yang berbeza

Pernyataan Masalah:

Adakah komposisi oksigen dan karbon dioksida berbeza dalam sampel udara yang
berbeza?

20 MODUL AMALI SAINS


BIOLOGI
TINGKATAN
4
Pembolehubah:

1. Pembolehubah Manipulasi :
Jenis sampel udara /
Udara makmal komputer, udara hembusan, udara ekzos kenderaan

2. Pembolehubah Bertindakbalas :
Panjang akhir turus udara /
Peratus kandungan karbon dioksida dan oksigen dalam sampel
udara

3. Pembolehubah Malar :
Masa rendaman /
Suhu air paip /
Tiub J /
Kalium hidroksida dan kalium pirogalat

Pernyataan Hipotesis:

1. Semakin tercemar sampel udara (yang digunakan), semakin tinggi peratus


kandungan gas karbon dioksida dan semakin rendah peratus kandungan gas
oksigen di dalamnya /
2. Udara makmal komputer mengandungi kandungan oksigen lebih tinggi dan
kandungan karbon dioksida lebih rendah berbanding dengan udara hembusan
dan udara ekzos motosikal

Bahan dan Radas:

Larutan kalium hidroksida, larutan kalium pirogalat, tiub-J, tabung didih, tiub getah,
pembaris meter, takung air

Teknik:

Merekod panjang akhir turus udara menggunakan pembaris meter

Kaedah:

1. Setiap sampel udara dikumpulkan dengan menggunakan beg plastik (yang


kedap udara) secara berasingan:
Beg plastik A : Udara dalam makmal komputer
Beg plastik B : Udara hembusan

MODUL AMALI SAINS 21


BIOLOGI
4 TINGKATAN
Beg plastik C : Udara dari ekzos kenderaan
2. Skru pada tiub-J diputarkan mengikut arah jam hingga ke hujung.
3. Hujung tiub-J yang terbuka dimasukkan ke dalam takung air dan skru diputar
melawan arah jam perlahan-lahan sehingga air memasuki tiub sepanjang 5
cm.
4. Tiub-J dialih dari air dan hujung terbuka dimasukkan ke dalam beg plastik A
yang mengandungi udara dalam makmal komputer. Skru pada tiub-J diputar
melawan arah jam sehingga turus udara dalam tiub sepanjang 10 cm.
5. Turus udara dalam makmal komputer yang telah diperangkap dalam tiub-J
direndamkan dalam takung air pada suhu 28C (suhu bilik) dan skru diputar
melawan arah jam untuk menyedut masuk air yang akan memerangkap turus
udara di dalam tiub-J.
6. Skru diselaraskan supaya kedudukan turus udara berada di tengah-tengah
tiub.
7. Tiub-J kemudiannya direndamkan ke dalam air paip selama 5 minit dan
panjang turus udara diukur, x cm
8. Putar skru mengikut arah jam untuk mengeluarkan air daripada tiub-J
sehingga turus udara berada 1cm dari hujung tiub-J.
9. Hujung tiub-J yang terbuka direndam dalam larutan kalium hidroksida dan
skru diputar melawan arah jam untuk menyedut masuk larutan kalium
hidroksida ke dalam tiub-J sepanjang 2cm
10. Tiub-J dikeluarkan dari larutan dan turus udara dan kalium hidroksida
digerakkan ke hadapan dan ke belakang beberapa kali untuk memastikan
turus udara bercampur dengan larutan kalium hidroksida
11. Tiub-J kemudiannya direndamkan ke dalam air paip selama 5 minit dan
panjang turus udara diukur, y cm.
12. Kalium hidroksida dikeluarkan daripada tiub-J sehingga turus udara berada
1cm dari hujung tiub-J. Kemudian larutan kalium pirogalat disedut sepanjang
2cm.
13. Turus udara dan kalium pirogalat digerakkan ke hadapan dan ke belakang
beberapa kali untuk memastikan turus udara bercampur dengan larutan
kalium pirogalat.
14. Tiub-J direndamkan semula ke dalam air paip selama 5 minit dan panjang
turus udara diukur, z cm.
15. Langkah 2 hingga langkah 14 diulangi ke atas sampel udara hembusan dan
udara dari ekzos motosikal.

22 MODUL AMALI SAINS


BIOLOGI
TINGKATAN
4
Keputusan:

Udara dalam Udara Udara dari


Sampel Udara makmal hembusan ekzos
komputer kenderaan
Panjang turus udara (awal), x cm

Panjang turus udara selepas dirawat


dengan larutan kalium hidroksida, y cm
Panjang turus udara selepas dirawat
dengan larutan kalium pirogalat, z cm
Panjang turus udara selepas
penyerapan karbon dioksida, (x y) cm
Panjang turus udara yang selepas
penyerapan oksigen, (y z) cm
Peratus karbon dioksida dalam sampel
udara
(x y) cm x 100%
x cm
Peratus oksigen dalam sampel udara
(y - z) cm x 100%
x cm
Jadual 1
Perbincangan:

1) Berdasarkan keputusan, nyatakan dua pemerhatian yang dapat dibuat tentang


kesan campuran larutan kalium hidroksida dan larutan kalium pirogalat dengan
turus udara.

2) Nyatakan dua inferens berdasarkan pemerhatian di (1)

3) Huraikan hubungan di antara kualiti udara dengan kandungan gas karbon


dioksida dan kandungan gas oksigen di dalamnya.

4) Berdasarkan keputusan eksperimen itu, nyatakan maksud udara bersih yang


baik untuk proses respirasi.

5) Nyatakan bagaimanakah cara mengendalikan pemboleh ubah-pemboleh ubah


berikut:
a) Pemboleh ubah dimanipulasi
b) Pemboleh ubah bergerak balas
c) Pemboleh ubah dimalarkan

MODUL AMALI SAINS 23


BIOLOGI
4 TINGKATAN

Kesimpulan:

Udara dari ekzos kenderaan mempunyai kandungan karbon dioksida yang paling
tinggi dan oksigen yang rendah berbanding dengan sampel udara dalam makmal
komputer dan udara hembusan

Nota:

Langkah berjaga-jaga:

1. Kedua-dua larutan kalium hidroksida dan kalium pirogalat bersifat mengkakis


dan boleh merosakkan kulit atau pakaian jika tertumpah.
2. Jangan menyentuh tiub-J dengan jari semasa mengukur panjang turus udara
kerana haba dari badan akan menyebabkan udara dalam turus udara
mengembang
3. Larutan kalium hidroksida mesti digunakan terlebih dahulu sebelum larutan
kalium pirogalat kerana larutan kalium hidroksida hanya menyerap karbon
dioksida.

24 MODUL AMALI SAINS


BIOLOGI
TINGKATAN
4
BAB 7: RESPIRASI
TAJUK: Respirasi Anaerobik
KONSEP:

Respirasi anaerobik berlaku dalam keadaan sel kekurangan atau ketiadaan


oksigen
Ia berlaku dalam sitoplasma sel
Respirasi anaerobik dalam sel haiwan (contoh: sel otot) akan menghasilkan asid
laktik dan sedikit tenaga (150kJ)
Respirasi anaerobik dalam sel tumbuhan (contoh: sel yis) akan menghasilkan
etanol, karbon dioksida dan sedikit tenaga (210kJ)

Objektif:

Untuk mengkaji kesan respirasi anaerobik dalam yis

Pernyataan Masalah:
Apakah perubahan air kapur dan suhu larutan glukosa apabila yis hadir?

Pembolehubah:

1. Pembolehubah Dimanipulasi : Kehadiran yis


2. Pembolehubah Bertindakbalas : perubahan air kapur dan suhu larutan glukosa
3. Pembolehubah Malar : Isipadu larutan glukosa

Pernyataan Hipotesis:
Dengan kehadiran yis, air kapur menjadi keruh dan suhu larutan glukosa bertambah.

Bahan dan Radas:

Bahan:
5% ampaian yis, 5% larutan sukrosa, minyak parafin dan air kapur

Radas:
Tabung didih, tabung uji, penutup dengan tiub penghubung, silinder penyukat dan
bikar

Teknik:
MODUL AMALI SAINS 25
BIOLOGI
4 TINGKATAN
1. Mengukur dan merekodkan perubahan suhu menggunakan termometer
2. Memerhati dan merekodkan perubahan warna pada air kapur

Kaedah:
Tiub penghantar Tiub penghantar
Termometer

penutup

Tabung uji Tabung Tabung uji


A didih B

Minyak
Air Air
parafin
kapur kapur

Set A Set B

5 ml ampaian yis 5 ml air suling + 5 ml


+ 5 ml larutan glukosa larutan glukosa yang
yang dididihkan dididihkan

Rajah 1

1. Larutan glukosa dipanaskan untuk menyingkirkan oksigen terlarut dan


kemudian disejukkan.
2. Tabung didih A diisi dengan 5 ml ampaian yis dan 15 ml larutan glukosa yang
telah dipanaskan.
3. Tabung didih B pula diisi dengan 15 ml larutan glukosa yang telah
dipanaskan.
4. Satu lapisan minyak parafin ditambah ke dalam kedua-dua tabung didih untuk
melapisi kandungan di dalamnya.
5. Penutup dengan tiub penghubung disambungkan kepada tabung didih
masing-masing.
6. Hujung tiub penghubung diletakkan ke dalam tabung uji yang mengandungi 2
ml air kapur.
7. Suhu awal kandungan kedua-dua tabung uji direkodkan.
8. Radas yang telah dipasang dibiarkan selama 1 jam.
9. Suhu akhir tabung uji direkodkan dan perubahan pada air kapur diperhatikan
selepas 1 jam.
10. Penutup dibuka dan gas yang dibebaskan daripada tabung uji dikenal pasti.
11. Keputusan direkodkan dalam Jadual 1.
26 MODUL AMALI SAINS
BIOLOGI
TINGKATAN
4
Keputusan:

Tabung didih A B
Awal Akhir Awal Akhir
eksperimen eksperimen eksperimen eksperimen
Suhu (C)
Air kapur
Bau
Jadual 1
Perbincangan:
1. Apakah inferens untuk eksperimen ini?

2. Terangkan bagaimanakah pemboleh ubah-pemboleh ubah dikendalikan


semasa eksperimen ini dijalankan.
a) Pembolehubah dimanipulasikan
b) Pembolehubah bergerak balas
c) Pembolehubah dimalarkan

3. Senaraikan bahan-bahan yang dihasilkan daripada respirasi anaerobik

4. Apakah proses yang terlibat dalam respirasi anaerobik?

5. Apakah yang menyebabkan perubahan pada air kapur sehingga berubah dari
jernih kepada keruh?

6. Apakah fungsi tabung didih B dalam eksperimen ini?

7. Kenapakah tabung didih diisi dengan minyak?

Kesimpulan:

Dengan kehadiran yis, air kapur menjadi keruh dan suhu larutan glukosa bertambah

Nota:
a) Selepas dipanaskan dan disejukkan semula, larutan glukosa ditutup dengan
lapisan minyak parafin untuk mengelakkan udara / oksigen melarut ke dalam
larutan glukosa
b) Selepas 1 jam, larutan glukosa dalam tabung didih A kelihatan keruh dan
berbuih, manakala larutan glukosa dalam tabung didih B kekal jernih dan tidak
berbuih
c) Perubahan keadaan jernih air kapur menjadi keruh menunjukkan kehadiran gas
karbon dioksida
d) Kenaikan suhu menunjukkan berlaku pembebasan tenaga,
e) Bau etanol mengesahkan berlakunya respirasi anaerobik dalam tabung didih A

MODUL AMALI SAINS 27


BIOLOGI
4 TINGKATAN
BAB 8: EKOSISTEM DINAMIK
TAJUK:Ekologi Populasi
KONSEP:

1. Ekologi populasi merujuk kepada kajian tentang saiz populasi dan faktor-
faktor yang mempengaruhi saiz populasi
Saiz populasi sesuatu habitat yang dinamik bergantung kepada kadar
kelahiran, kadar kematian, kadar pindah masuk (imigrasi), kadar pindah
keluar (emigrasi) dan keadaan abiosis yang sesuai seperti bekalan makanan.
Manakala iklim yang buruk, kesesakan, persaingan, pemangsaan dan
parasitisme akan mengurangkan siz populasi.
Persampelan ialah satu kaedah ekologi untuk mengumpul, menghitung dan
membuat pemerhatian terhadap beberapa individu secara rawak bagi
mendapatkan gambaran keadaan yang wujud dalam populasi yang sebenar.
Kaedah persampelan digunakan untuk mendapat maklumat kuantitatif
tentang taburan organisma dalam sesuatu komuniti.
Kaedah persampelan kuadrat sesuai digunakan untuk mengambil sampel
tumbuhan atau organisma lain yang tidak bergerak alih.

Objektif:

Mengkaji peratus litupan tumbuhan spesies A dan B dengan menggunakan kaedah


persampelan kuadrat.

Pernyataan Masalah:

Apakah peratus litupan tumbuhan spesies A dan B dalam kawasan padang bola
sekolah?

Pembolehubah:

1. Pembolehubah Dimanipulasi:
Jenis spesies tumbuhan/ spesies A dan B

2. Pembolehubah Bertindakbalas:
Peratus litupan tumbuhan

3. Pembolehubah Malar:
Saiz kuadrat

28 MODUL AMALI SAINS


BIOLOGI
TINGKATAN
4
Pernyataan Hipotesis:

Peratus litupan tumbuhan spesies A lebih tinggi daripada tumbuhan spesies B


dalam padang bola sekolah.

Bahan dan Radas:

Bahan: Tumbuhan spesies A dan B

Radas: kuadrat 1mx1m, pen dan buku nota

Teknik

Merekod luas setiap spesies A dan B dengan menggunakan kuadrat 1mx


1m // mengira peratus litupan dengan menggunakan formula

Jumlah peratus litupan spesies X 100%


Bilangan kuadrat X luas satu kuadrat

Kaedah:

1. Padang bola sekolah dipilih sebagai tempat kajian


2. Saiz kuadrat 1m x 1m digunakan
3. Kenalpasti spesies A dan B
4. Kuadarat dilempar secara random dalam padang bola
5. Luas litupan setiap spesies A dan B dihitung// bilangan individu tumbuhan
setiap spesies bagi setiap kuadrat dihitung
6. Jika lebih dari separuh setiap petak dalam kuadrat dilitupi, luas spesies
tumbuhan itu dihitung.
7. Langkah 5-6 diulang untuk sembilan kuadrat
8. Luas litupan setiap spesies A dan B bagi setiap kuadrat direkod dan dicatat
dalam jadual.
9. Peratus litupan spesies A dan B dikira dengan menggunakan formula

Jumlah peratus litupan spesies X 100%


Bilangan kuadrat X luas satu kuadrat

MODUL AMALI SAINS 29


BIOLOGI
4 TINGKATAN
Keputusan:

Spesies Luas spesies tumbuhan dalam Jumlah Peratus


tumbuhan kuadrat luas luas
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 spesies litupan
tumbuhan (%)
(m2 )
A

Jadual 1

Perbincangan:

1. Bagaimana mendapat luas spesies tumbuhan lebih tepat?

2. Tumbuhan yang manakah mempunyai luas litupan yang lebih tinggi?

Kesimpulan:

Peratus luas litupan tumbuhan A lebih tinggi daripada tumbuhan B dalam kawasan
padang bola

Nota:

1. Kaedah persampelan kuadrat sesuai digunakan untuk mengambil sampel


tumbuhan atau organisma lain yang tidak bergerak alih.
2. Saiz kuadrat yang digunakan adalah bergantung kepada saiz, taburan dan
kepadatan tumbuhan yang hendak dikaji.
3. Bilangan kuadrat yang tinggi menyebabkan anggaran saiz populasi lebih
tepat

30 MODUL AMALI SAINS


BIOLOGI
TINGKATAN
4
BAB 9: EKOSISTEM TERANCAM
TAJUK: Pencemaran air
KONSEP:

Pencemaran boleh ditunjukkan oleh nilai BOD


BOD dirujuk kepada keperluan oksigen biokimia
Nilai BOD boleh ditunjukkan oleh masa yang diambil untuk melunturkan
warna biru larutan metilena biru
Jika air sangat tercemar, masa untuk metilena biru menjadi jernih paling cepat
BOD tinggi menunjukkan tahap pencemaran tinggi, kandungan oksigen
terlarut rendah dan kandungan mikroorganism tinggi.

Objektif:

Menyiasat tahap pencemaran beberapa sampel air dari sumber yang berbeza

Pernyataan Masalah:

1. Bagaimanakah tahap pencemaran beberapa sumber air yang berbeza?


2. Adakah sumber air yang tercemar akan melunturkan warna metilena biru lebih
cepat?

Pembolehubah:

1. Pembolehubah Manipulasi:
Sumber air

2. Pembolehubah Bertindakbalas:
Masa yang diambil untuk melunturkan warna larutan metilena biru
/ tahap pencemaran air.

3. Pembolehubah Malar:
Isipadu sampel air/isipadu larutan metilena biru

Pernyataan Hipotesis:

Lebih cepat masa pelunturan warna metilena biru, maka semakin tercemar sumber
air.

MODUL AMALI SAINS 31


BIOLOGI
4 TINGKATAN
Bahan dan Radas:

Larutan metilena biru (0.1%), sampel air sungai, air longkang, air telaga dan air
suling. Botol reagen 250 ml dengan penutup, picagari, jam randik, almari , bikar
50ml, silinder penyukat.

Teknik:

Mencatat masa pelunturan warna metilena biru menggunakan jam randik.

Kaedah:

1. Sampel air diambil dari empat sumber yang berbeza.


2. Botol reagen dilabelkan P, Q, R, dan S.
3. 100 ml air sungai disukat menggunakan selinder penyukat dan diisi ke dalam
botol reagen P.
4. Dengan menggunakan picagari, 1ml larutan metilena biru ditambah ke dasar air
sungai di dalam botol reagen P dan ditutup dengan segera
5. Botol reagen tidak boleh digoncang.
6. Jam randik ditekan sebaik sahaja larutan metilena biru dimasukkan ke dalam
sampel air.
7. Radas diletakkan di dalam almari gelap dan diperiksa dari masa ke masa.
8. Masa yang diambil larutan metilena biru untuk menjadi jernih direkodkan.
9. Langkah 1 hingga 8 diulang dengan menggunakan sampel air longkang, air telaga
dan air suling dalam botol reagen Q, R dan S.
10.Keputusan direkodkan dalam jadual di bawah.

Keputusan:
Botol reagen Sumber air Masa pelunturan warna metilena biru
(ml) (min)
P Air sungai

Q Air longkang

R Air telaga

S Air suling

Jadual 1

Carta bar dilukiskan untuk menjelaskan keputusan eksperimen.

32 MODUL AMALI SAINS


BIOLOGI
TINGKATAN
4
Perbincangan:

1. Mengapa botol reagen tidak boleh digoncang selepas dicampurkan larutan


metilena biru?

2. Sampel yang manakah mengambil masa paling cepat untuk melunturkan


warna metilena biru?

3. Sampel yang manakah mengambil masa paling lama untuk melunturkan


warna metilena biru?

4. Apakah hubungan di antara masa pelunturan warna metilena biru dengan


nilai BOD?

5. Nyatakan hubungan di antara masa pelunturan warna metilena biru dengan


tahap pencemaran sampel air.

6. Kaitkan nilai BOD dengan kandungan oksigen terlarut dan populasi


mikroorganisma dalam sampel air.

Kesimpulan:

Lebih cepat masa pelunturan warna metilena biru, makin tercemar sumber air.

MODUL AMALI SAINS 33