You are on page 1of 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

JURNAL REFLEKTIF

MINGGU KESEBELAS

(17 April 2017 21 April 2017)

Masalah:

Setelah sebelas minggu saya menjalani praktikum, saya telah menjalankan kajian
terhadap masalah yang dihadapi oleh murid pada pembelajaran yang lalu
termasukla ketika disekolah-sekolah sebelum ini iaitu masalah menghasilkan corak
menggunakan stensil. Masalah tersebut ialah :

i. murid tidak dapat menghasilkan corak sepatutnya,


ii. tidak mampu menjana idea baru dalam menghasilkan corak yang kreatif
menggunakan motif yang telah dibuat.
iii. murid juga mengambil masa yang lama dalam menghasilkan grid untuk
penghasilan corak terancang. Hal ini telah mengakibatkan tempoh masa
pembelajaran menjadi tidak cukup untuk murid menyiapkan kerja mereka.
iv. Penggunaan stensil yang diperbuat daripada kertas tebal juga memberi
masalah kepada murid apabila melakukan aktiviti catan atau capan mahupun
teknik gosokan pada stensil kertas tersebut. Hal ini kerana, kertas tersebut
mudah dan cepat koyak dan mengakibatkan murid berasa tidak berminat
untuk meneruskan aktiviti tersebut, bahkan sekiranya diteruskan, maka hasil
yang diperoleh akan tidak kemas dan comot.

Oleh yang demikian, satu kajian telah dilaksanakan kepada murid Tahun 5 yang
saya ajari. Sepanjang kajian tersebut, saya menjalankan dua peringkat iaitu
sebelum dan selepas, di mana peringkat sebelum adalah murid menjalankan
aktiviti mencorak dengan menghasilkan stensil menggunakan kertas tebal dan
penghasilan grid secara manual iaitu membuat ukuran terlebih dahulu sebelum
mencantumkan titik-titik ukuran tersebut. Hamper 89% daripada murid tidak
dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang diberikan..

Analisis:

Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:

1) Kualiti kertas.
2) Cara membuat grid.
3) Jenis motif.
4) Cara susunan motif.

Cadangan :

1) Menggunakan inovasi baharu kepada murid agar mereka tidak lagi berasa
tidak semangat untuk menghasilkan corak yang menarik.

2) Penggunaan stensil grid untuk memudahkan kerja-kerja murid ketika


menghasilkan corak.
3) Penghasilan pelbagai reka motif untuk diaplikasikan oleh murid dalam proses
penghasilan karya.
4) Penghasilan motif pelbagai saiz untuk diaplikasikan oleh murid dalam proses
penghasilan karya.

Tempoh Masa:

Penambahbaikan akan diteruskan oleh guru pendidikan seni visual dari semasa ke
semasa dalam tempoh persekolahan.

You might also like