OBJEKTIF PENGAJARAN TAJUK 2

TAJUK 2

OBJEKTIF PENGAJARAN

PENGENALAN
Peranan utama sekolah adalah memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran pula membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Hasil yang ingin dicapai itu termasuklah dari aspek intelek, emosi, rohani dan jasmani. Bagi memastikan hasil pembelajaran tercapai, seseorang guru haruslah melaksanakan penilaian seperti yang dijelaskan dalam Tajuk 1. Penilaian adalah amat penting untuk membantu pengajaran dan pembelajaran, malah ia dapat memberi manfaat dari segi penyediaan objektif pengajaran. Perubahan tingkah laku pelajar yang ingin dicapai, disebut sebagai “objektif pengajaran”. Perubahan ini boleh dicapai melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara tersusun dan rapi. Seterusnya, kemajuan/perubahan pelajar perlu dinilai dari masa ke masa. Penilaian berterusan ini akan menentukan tahap keberkesanan pengajaran guru dan juga pembelajaran pelajar. Ini jelas menunjukkan wujudnya hubungan antara objektif pengajaran, pengajaran, pengukuran dan penilaian.

OBJEKTIF
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan maksud objektif pengajaran; 2. Membezakan empat domain-domain kognitif, afektif, psikomotor dan sosial; 3. Membicarakan objektif-objektif domain kognitif, afektif, psikomotor dan sosial; dan; 4. Merumuskan objektif pengajaran dengan pengukuran dan penilaian.

PETA MINDA

OBJEKTIF PENGAJARAN

Objektif Kognitif

Objektif Afektif

Objektif Psikomotor

20

OUM

TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN

2.1

OBJEKTIF PENGAJARAN

Setiap jurulatih pasukan badminton negara mempunyai rangka latihan dan carta perkembangan pelatih di bawah kendalian masing-masing. Setiap latihan mempunyai objektif pengajaran yang ingin dicapai dan sasaran yang telah ditetapkan oleh persatuan terbabit. Pada pandangan anda, adakah objektif pengajaran ini merupakan suatu kemestian dikalangan pendidik? Tugas para pendidik ialah menggubal kurikulum supaya matlamat sesuatu program pendidikan itu sesuai dengan keperluan sesebuah negara, masyarakat dan ahlinya. Guru pula, sebagai pelaksana, perlu menentukan objektif pengajaran dan berusaha supaya objektif ini mampu dicapai oleh pelajar-pelajarnya. Contoh objektif pengajaran ialah seperti berikut: • • • • • Pelajar dapat menyatakan sebab-sebab berlakunya Perang Dunia Pertama. Pelajar dapat menjelaskan cara merumuskan karangan. Pelajar dapat menyebut bunyi vokal dan konsonan. Pelajar dapat melukis peta Malaysia. Pelajar dapat menyenaraikan lima haiwan berdarah panas.

Rajah 2.1 menunjukkan hubungan antara sukatan pelajaran dengan objektif pengajaran, pengalaman pendidikan dan prosedur penilaian. Hubungan ini jelas menunjukkan sukatan pelajaran mengawal semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang meliputi penentuan objektif pengajaran, pengalaman pendidikan di dalam dan di luar bilik darjah serta penilaian hasil pengajaran dan pembelajaran. Guru, yang berhadapan dengan dan memahami pelajar-pelajarnya, berupaya menentukan objektif pengajaran yang sesuai untuk mereka berasaskan sukatan pelajaran yang ditetapkan. Seterusnya, selepas objektif pengajaran ditentukan, guru perlu menentukan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk pelajar-pelajarnya mencapai objektif tersebut. Akhirnya, berasaskan objektif pengajaran dan pengalaman pendidikan, guru perlu merancang dan melaksanakan prosedur penilaian terhadap hasil pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada penilaian yang dijalankan akan memberi maklum balas kepada guru tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (pengalaman pendidikan), tahap kebolehcapaian objektif pengajaran bagi setiap pelajar dan juga kewajaran sukatan pelajaran. Ini dapat dilihat dalam Rajah 2.1 di bawah:

OUM

21

kita boleh terima objektif pengajaran sebagai hasil pembelajaran maksimum bagi sesuatu kelas.1: Perkaitan antara sukatan pelajaran dengan pengajaran Para pendidik kini lebih berminat menggunakan “objektif pembelajaran” daripada “objektif pengajaran”.OBJEKTIF PENGAJARAN TAJUK 2 Rajah 2. Misalnya. terutama semasa mengukur hasil pembelajaran. Sekiranya kita ingin membezakan antara dua objektif ini. Objektif pengajaran dan objektif pembelajaran pada asasnya adalah sama. apakah langkah-langkah yang mampu anda jangkakan boleh berlaku dan bagaimanakah anda mengatasinya? 22 OUM . guru dan pelajar dapat mendalami pengetahuan. sekiranya semua pelajar dalam kelas mempunyai keupayaan yang sama. tujuan pengajaran “Pelajar dapat membaca peta” didapati tidak jelas. Penyataan objektif pengajaran merupakan pemerihalan tentang tingkah laku pelajar yang diingini. Sebahagian pendidik mendapati objektif pengajaran dalam bentuk tujuan pengajaran adalah kurang jelas. terdapat dua pemikiran berkait dengan persoalan sama ada objektif pengajaran perlu dinyatakan dalam bentuk tujuan pengajaran atau dalam bentuk tingkah laku pelajar. Mereka percaya objektif pengajaran hanya perlu dinyatakan dalam betuk tujuan pengajaran. sementara objektif pembelajaran adalah hasil pembelajaran bagi seseorang pelajar atau kumpulan pelajar dalam kelas yang sama keupayaan. Dengan itu. Justeru. penyataan objektif pengajaran amatlah penting kepada guru dan pelajar agar pengajaran dan pembelajaran sentiasa mengarah kepada pencapaian objektif ini. Sebahagian pendidik pula berpendapat objektif pengajaran tidak seharusnya dinyatakan dalam bentuk tingkah laku pelajar. Dari tujuan tersebut. memperbaiki atau menghapuskan tingkah laku semasa dan melatih tingkah laku ini sehingga ke peringkat pelajar itu dapat mempamerkan tingkah laku yang diingini pada satu tahap yang memuaskan dalam keadaan tertentu. menguasai kemahiran dan mengubah sikap berkaitan dengan perkara yang dipelajari. pengalaman pendidikan bermaksud mengadakan satu siri persekitaran yang membolehkan pelajar mempelajari tingkah laku baru. maka objektif pengajaran adalah sama dengan objektif pembelajaran. Mengikut Krathwohl (1971). Sekiranya terdapat kelemahan dalam sesebuah objektif pengajaran tersebut. adakah membaca peta bermaksud pelajar dapat menyenarai dan menjelaskan semua simbol atau dapat menjelaskan maksud yang terkandung dalam peta. Selain itu.

Pada pandangan anda. sebagai pelengkap. pembentukan objektif pengajaran bergantung kepada tiga (3) domain domain objektif pengajaran. Rajah 2. iaitu Domain Sosial seperti dalam Rajah 2. Domain Afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar. domain-domain ini melibatkan perkara-perkara berikut: • • • • Domain Kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar. iaitu Domain Kognitif.TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN Antara manfaat objektif pengajaran ialah menyedarkan semua pihak yang terlibat dalam pendidikan bahawa segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan itu tidak dilakukan secara sambil lewa atau sewenang-wenangnya. Proses penguasaan ini melibatkan perkembangan pengusaaan dan kemahiran. Objektif pengajaran menggariskan dengan jelas arah pengajaran dan memberi panduan kepada penggubal soalan peperiksaan dari segi bentuk dan kandungannya.2 berikut. Lazimnya. Domain Psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar. Bagaimanapun. 2. Sebaliknya. adakah proses ini berlaku kepada semua pelajar? OUM 23 .2: Domain objektif pengajaran Secara ringkas. Domain Sosial melibatkan perkembangan perhubungan sosial pelajar. tujuan dan matlamat tertentu. modul ini menambahkan lagi satu domain. Domain Afektif dan Domain Psikomotor.2 OBJEKTIF DOMAIN KOGNITIF Sebagai seorang pelajar. anda sudah pasti melalui tahap-tahap tertentu untuk menguasai sesuatu ilmu baru yang sedang dipelajari. segala aktiviti ini mempunyai tujuan yang jelas untuk mencapai objektif.

Aspek tingkah laku yang diutamakan pada peringkat ini ialah dari segi daya ingatan. idea.3 berikut. prinsip. Keupayaan pada semua aras yang lebih tinggi memerlukan keupayaan mengingat. yang bermula dengan tahap yang mudah dicapai kepada tahap yang sukar dicapai seperti Rajah 2. Adakah sesuatu pengetahuan tersebut secara semulajadi diketahui oleh manusia atau ia merupakan sesuatu yang perlu dipelajari? Objektif pertama Domain Kognitif ialah Pengetahuan (Knowledge). 1. 1986). Aspek kognitif menjadi fokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Rajah 2.3: Taksonomi objektif Domain kognitif Bloom Idea pengelasan mengikut kategori tersebut dicadangkan dalam mesyuarat jawatankuasa pemeriksa kolej semasa menghadiri Konvensyen Persatuan Psikologi Amerika di Boston pada tahun 1948 (Bloom et al. pendapat. membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang dan dijalankan dengan lebih sistematik dan berkesan.OBJEKTIF PENGAJARAN TAJUK 2 Perkembangan pemikiran adalah suatu proses yang mengambil masa yang lama. 1989). iaitu cara berfikir. Perkembangan pemikiran pelajar berlaku dengan pesat sewaktu mereka bersekolah sejajar dengan pertumbuhan dan perkembangan fizikal mereka. iaitu mengingat adalah pra syarat untuk menguasai pemikiran yang lebih tinggi. Pemeringkatan pengetahuan ini pula boleh dibahagikan kepada beberapa tahap seperti berikut: 24 OUM .. Peringkat yang lebih rendah akan dicapai terlebih dahulu. diikuti peringkat selanjutnya yang lebih susah. Taksonomi Objektif Domain Kognitif Bloom membahagikan domain kognitif ini kepada enam (6) peringkat. Berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan pelajar. merasa dan bertindak. maka penyusunan objektif mengikut keupayaan dari mudah kepada yang lebih susah. yang bermaksud keupayaan mengingat fakta. Pengetahuan Cuba anda fikirkan bagaimanakah manusia memperoleh pengetahuan. prosedur dan peristiwa yang berlaku (Abu Bakar Nordin.

Ciri-ciri soalan berasaskan pengetahuan ialah: i. Perkataan yang biasa digunakan ialah seperti siapa. pengetahuan tentang perkaitan antara fakta tertentu seperti tokoh. peristiwa atau punca maklumat. B. atau istilah tertentu dalam mata pelajaran sains. lazimnya. jika guru hanya mengajar pada peringkat pengetahuan sahaja. C. seperti “fotosistesis”. guru seringkali membina soalan pada peringkat pengetahuan sahaja. Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru. Justeru. simbol tertentu dalam matematik. Amalan ini memberi gambaran kepada pelajar bahawa fungsi pendidikan ialah semata-mata tertumpu kepada aspek pengingatan fakta sahaja. bila. yang meliputi pengetahuan tentang proses. v. misalnya. aliran. soalan pada peringkat pengetahuan perlu mempunyai aras ketepatan yang sama seperti yang diberikan semasa pengajaran. dijemur berjemur terjemur menjemur OUM 25 . di mana. beri definisi. D. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada betul atau salah. seperti mengetahui prinsip dan generalisasi dan mengetahui teori dan struktur. iii. Selain istilah. (b) (c) Dalam konteks pembinaan soalan ujian. Seterusnya. soalan jenis ini penting kepada pelajar untuk membuat pertalian. apa. teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. ii. Walaupun begitu. Pengetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu. Guru juga tidak wajar membina soalan berasaskan pengetahuan yang baru. Soalan memerlukan pelajar menggunakan proses mental untuk mengingat pengetahuan yang diminta.TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN (a) Pengetahuan tentang sesuatu perkara yang khusus. berkait dengan istilah yang berbentuk perkataan atau simbol. Contohnya. penjenisan. iv. Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan dengan pengajaran guru. adalah pada peringkat ini. Contoh soalan peringkat Pengetahuan ialah: Pelancong Barat lebih suka………………………di bawah matahari. maka soalan juga harus berkait dengan pengetahuan yang disentuh sahaja. A. peristiwa penting pada tahun 1511 dalam sejarah Melaka dan tahun 1957 di Negara kita. pemeringkatan. Keadaan ini sebenarnya tidak menggalakkan pelajar berfikir dengan mendalam. Misalnya. seperti “>”. Prinsip umum bagi sesuatu soalan ialah soalan itu dibina berasaskan apa yang diajar kepada pelajar. yang tidak disentuh dalam pengajaran.

Memerlukan bahan atau alat komunikasi untuk diterjemah. nyatakan dalam perkataan anda sendiri 26 OUM . bezakan. Setelah sesuatu idea/mesej itu difahami. tafsiran dan ekstrapolasi. mengubah bentuk komunikasi yang panjang kepada bentuk komunikasi yang lebih pendek/ringkas dengan makna yang sama. Menafsir idea/mesej yang disampaikan dalam bentuk tersurat atau tersirat. ii. maksudnya disampaikan semula dalam perkataan pelajar itu sendiri. bandingkan. Kefahaman Dalam kehidupan seharian. iv. Misalnya. Perkataan yang kerap digunakan dalam soalan ialah seperti huraikan. Apakah yang anda lakukan ketika itu? Adakah terdapat beberapa cara terbaik yang anda rasakan boleh membantu untuk memahami keadaan tersebut? Objektif kedua Domain Kognitif ialah Kefahaman (Comprehension).OBJEKTIF PENGAJARAN TAJUK 2 2.1: Aspek Kefahaman (a) Menterjemah Menterjemah bentuk komunikasi asal kepada bentuk baru dengan tidak mengubah makna asal. Pelajar menyatakan kefahaman mereka dalam ayat atau perkataan mereka sendiri. Misalnya. (b) Menafsir (c) Mengekstrapolasi Ciri-ciri soalan berasaskan kefahaman adalah seperti berikut: i. Soalan memerlukan penggunaan proses mental berkait dengan kefahaman. Pengetahuan/maklumat asas telah diajar/diberi kepada pelajar. kita sering menghadapi keadaan apabila kenyataan-kenyataan yang kita kemukakan telah disalahtafsirkan oleh orang lain. murid dapat menafsir data dalam bentuk carta kepada bentuk tulisan/ huraian. Pemahaman juga boleh dibahagikan kepada aspek-aspek berikut: Jadual 2. lisan atau simbol tertentu. nyatakan. ditafsir atau diektrapolasikan. iii. Pelajar boleh menjelaskan kefahaman mereka dalam bentuk tulisan. v. yang bermaksud keupayaan pelajar menjelaskan pengetahuan secara yang bermakna. misalnya terjemahan. Mengekstrapolasi maklumat iaitu pelajar dapat membuat telahan/ inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi/diterima.

iv. prosedur dan kaedah am untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. soalan pada aras ini bertujuan menentukan sama ada pelajar dapat memilih pengetahuan yang bersesuaian dan menggunakannya dengan betul dalam menyelesaikan masalah yang baru. Misalnya. murid dapat mengaitkan ciri-ciri fotosintesis dengan kehidupan manusia. Objektif ketiga Domain Kognitif ialah Aplikasi (Application). malah juga mampu mengaplikasikan peralatan ketenteraan tersebut secara professional dan terlatih. ii. Menentukan had setakat mana prinsip itu boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah baru. Menentukan kesesuaian sesuatu prinsip untuk digunakan dalam menyelesaikan masalah baru dengan memberikan alasan. Menyebut semula satu masalah lama untuk menentukan prinsip yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah baru. hukum. B. D. prosedur dan kaedah am dalam situasi khusus dan situasi am (Abu Bakar Nordin. Menurut Bloom (1971). selain dapat menyelesaikan masalah yang diberikan guru dalam bilik darjah. hukum. difaham dan digunakan. C. prinsip atau teori yang perlu diingati. Menentukan prinsip yang sesuai dalam menyelesaikan masalah yang baru. 27 OUM . Pada peringkat ini. kaedah. teori. pelajar perlu benar-benar memahami konsep. Dalam konteks pembinaan item ujian.1986). Pengajaran dan penilaian peringkat aplikasi juga sepatutnya menekankan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. prinsip. prinsip.TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN Contoh soalan pada peringkat Kefahaman: Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada penyataan di bawah: “Fahrin pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang sakit. Pada pandangan anda. iii. Ke manakah Fahrin pergi? Apakah tujuan Fahrin pergi ke hospital? Siapakah yang pergi ke hospital? Fahrin berada di hospital? Aplikasi Keputusan kerajaan untuk menaiktarafkan sistem pertahanan negara melalui pembelian peralatan tentera yang moden dan terkini. bagaimanakah semua ini menjadi kenyataan? Cuba anda aplikasikan pula dalam sistem pendidikan negara.” A. pelajar dikatakan menguasai peringkat Aplikasi. hukum. teori. sekiranya mereka dapat: i. 3. Pengabstrakan ini mungkin dalam bentuk idea. yang bermaksud keupayaan menggunakan konsep. Aplikasi dalam konteks ini bermaksud menggunakan sesuatu yang abstrak dalam situasi tertentu. memerlukan bukan sahaja tenaga pakar yang mahir dari segi teori. Keupayaan menggunakan ilmu dalam menyelesaikan masalah baru yang berkaitan dengannya menjadi petunjuk sama ada pelajar telah menguasai ilmu dalam mata pelajaran berkenaan.

28 OUM .” Manakah antara yang berikut membantu mempercepatkan pengeringan pakaian itu? I. II. Contoh soalan peringkat Aplikasi ialah: “Azah menyidai pakaian yang telah dibasuh di ampaian. Soalan melibatkan tiga (3) frasa. Soalan hendaklah berkaitan dengan masalah dalam situasi baru yang tidak sama dengan masalah yang dibincang dalam bilik darjah. I dan II sahaja I dan III sahaja C. selesaikan.1 Sediakan satu jadual yang menunjukkan kata kerja perlakuan yang sesuai untuk objektif Domain Kognitif peringkat Pengetahuan. vi. menyelesaikan masalah. Soalan menggunakan proses mental aplikasi. kira. Perkataan yang sering digunakan ialah gunakan. Mendung IV. buat. peringkat Analisis menekankan kepada keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur tersebut bagi sesuatu dokumen/kes yang diberikan. yang bermaksud keupayaan memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur tersebut. Menjelaskan fenomena baru dengan menggunakan prinsip yang dipelajari. ii. iii. Sejuk Berangin III. Analisis Objektif keempat Domain Kognitif ialah Analisis (Analysis). pilih. dalam situasi baru. Justeru. Menelah apa yang akan berlaku dalam situasi baru dengan menggunakan prinsip yang dipelajari. iaitu menggunakan prinsip.OBJEKTIF PENGAJARAN TAJUK 2 v. Ciri-ciri soalan berasaskan aplikasi ialah: i. Kefahaman dan Aplikasi. Panas A. Memberi justifikasi/alasan tentang keputusan/tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah baru dengan menggunakan prinsip yang dipelajari. III dan IV sahaja Latihan 2. B. iv. vii. 4. II dan IV sahaja D.

iv. Situasi masalah mestilah baru. ii. bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari. atau hipotesis dengan kesimpulan. Pelajar dapat mengenal pasti prinsip organisasi dan mencorakkan rangka keseluruhan dokumen. Pelajar dapat menggunakan kriteria yang relevan. apakah faktor. Soalan menggunakan proses mental analisis. iv. Analisis hubungan ialah keupayaan pelajar menentukan hubungan antara unsur-unsur yang terdapat dalam komunikasi. Pelajar dapat menelah apa yang akan berlaku atau sifat yang tidak dinyatakan dengan jelas. ciri-ciri analisis adalah seperti berikut: i. sama ada analisis unsur. dokumen atau bahan yang hendak dianalisis perlu ada pada pelajar. menyusun unsur mengikut sebab. iii. OUM 29 .2: Jenis-jenis Analisis (a) Analisis unsur Analisis unsur ialah keupayaan pelajar menentukan unsurunsur yang terdapat dalam sesuatu dokumen. Analisis prinsip ialah keupayaan pelajar mengenal pasti prinsip organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan. Misalnya. tidak biasa atau berbeza dengan situasi semasa pengajaran. pelajar dikehendaki menentukan perkaitan antara bukti-bukti. Misalnya. pelajar dapat mengenal pasti pendekatan yang digunakan oleh penyanyi tertentu bagi menarik minat penonton. Perkataan yang kerap digunakan ialah seperti mengapa. buktikan. akibat dan urutan untuk menentukan corak dan susunan bahan dalam sesuatu dokumen. iii. v. pada peringkat Analisis juga penghakiman turut berlaku. pandangan.kenapa. Secara ringkas. buatkan rumusan. frasa dan kenyataan dalam satu set dokumen. Pelajar dapat mengelaskan perkataan. bukti dengan hipotesis. Soalan memerlukan fikiran kritik. sikap dan konsepsualisasinya. hubungan atau prinsip organisasi. Misalnya. Ciri-ciri soalan berasaskan analisis ialah: i. ii. iaitu: Jadual 2. Situasi.TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN Selain itu. tetapi pada peringkat yang lebih rendah daripada peringkat penilaian. analisis terbahagi kepada tiga (3) jenis. pelajar dikehendaki mencari bukti-bukti dalam sesuatu dokumen untuk menyokong kesimpulan yang diberikan. pendirian. (b) Analisis hubungan (c) Analisis prinsip Menurut Bloom (1971).

Misalnya. tersusun menyeluruh. Misalnya. iaitu sintesis yang menghasilkan cadangan melalui andaian. Samad Said. Setiap novel akan memperlihatkan perkembangan watak dan perwatakan yang cuba diperhalusi serta disintesiskan dalam keseluruhan novel. Tekaan calon dibantu oleh penentu khusus. Sintesis terbahagi kepada tiga jenis. iaitu sintesis yang menghasilkan satu himpunan perlakuan. Sintesis himpunan. (b) Sintesis himpunan (c) Sintesis cadangan 30 OUM .3 : Jenis-jenis Sintesis (a) Sintesis penyampaian Sintesis penyampaian.OBJEKTIF PENGAJARAN TAJUK 2 Contoh soalan peringkat Analisis: Penulis sebuah buku tentang penilaian dalam pendidikan menyatakan calon akan memperoleh jawapan yang betul sebanyak 50 peratus dalam ujian benar-palsu dengan cara meneka. Pada pandangan anda. 5. Calon meneka secara membuta tuli. Sintesis cadangan. novel Kuntum Tulip Biru oleh Aena Wati atau novel Merpati Putih Terbang Lagi oleh Khadijah Hashim dan sebagainya. bagaimanakah penulis mampu menggarap sesuatu karya tersebut sehingga berjaya mengangkatnya ketahap yang lebih tinggi? Objektif kelima Domain Kognitif ialah Sintesis (Synthesis). pelajar dapat mengemukakan teori yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. yang bermaksud keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih berstruktur. C. D. menarik minat atau menunjukkan perasaan marah. iaitu sintesis yang menghasilkan bentuk penyampaian dengan tujuan tertentu seperti menghibur. Calon meneka dengan bijak. analisis dan hubungan yang abstrak. Tekaan calon dibantu pengetahuan separa dan penentu khusus. Pilih andaian berikut yang mungkin dibuat oleh penulis: A. menghuraikan. Sintesis Pernahkah anda membaca beberapa novel-novel yang berada di pasaran seperti novel Salina oleh A. Misalnya. B. pelajar dapat menyampaikan perbahasan dengan hujah yang menarik. Pelajar perlu menggabungkan sesuatu struktur daripada yang tidak jelas kepada satu struktur atau perkara yang lebih jelas. iaitu: Jadual 2. pelajar dapat menyusun kandungan pelajaran untuk persediaan peperiksasan.

tuliskan. ii. bahan dan sebagainya. yang bermaksud keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui pelajar. hasilkan. Menghasilkan komunikasi unik dalam bentuk penulisan esei. Bentuk soalan objektif atau esei memerlukan masalah yang kreatif. Pelajar membuat pertimbangan tentang nilai sesuatun idea. iii. tugas atau situasi hendaklah baru kepada pelajar atau berbeza dengan daripada semasa pengajaran. RM 55. D. puisi. Memberikan kebebasan kepada calon menjawab sama ada dari segi isi atau masa. menunjukkan barang yang dibeli oleh Raju. Raju mempunyai RM 345.00 dan selepas membeli barangan di atas. penyelesaian. C.00 Berapakah harga sehelai baju yang dibelinya itu? A.25 RM 82. v. vii. atau lukisan. Pertimbangan dibuat berdasarkan 31 OUM . ii. hasil kerja. B. Soalan tidak perlu terperinci kerana ia akan membataskan kreativiti. Ciri-ciri soalan berasaskan sintesis ialah: i. vi.50 6. Hasilnya dinilai oleh “pengguna” seperti pembaca atau pemerhati. Soalan sesuai dengan proses mental sintesis. Penilaian Objektif keenam dan terakhir Domain Kognitif ialah Penilaian (Evaluation). iii. bentuk penghasilan sintesis adalah seperti berikut: i.00 RM 76. Perkataan yang kerap digunakan ialah seperti ramalkan. iv. Menghasilkan sebuah perancangan atau set operasi.50 RM 152. Contoh soalan pada peringkat Sintesis ialah: Barang Topi Baju Kuantiti 1 2 Harga RM12. yang tidak lengkap. Menghasilkan penerbitan satu set hubungan abstrak seperti membentuk hipotesis.50 Jadual di atas. Masalah.TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN Menurut Bloom (1971). baki wangnya ialah sebanyak RM 180. cadangkan apa akan berlaku.

III dan IV Latihan 2. sama ada bermutu atau sebaliknya. Islam menjadi agama rasmi. Soalan penilaian dibentuk berdasarkan tiga (3) bahagian. memuaskan. Amalan tradisi dihapuskan. berkesan. II dan IV I. III dan IV II. Misalnya. taksirkan. Situasi perkara yang hendak dinilai mestilah baru dan tidak pernah disentuh semasa pengajaran.2 Sediakan satu jadual yang menunjukkan kata kerja perlakuan yang sesuai untuk objektif Domain Kognitif peringkat Analisis. dengan membandingkannya dengan hasil kerja lain. apakah kesannya kepada kerajaan Melaka pada kurun ke-15? i. D. Istana menjadi tumpuan para intelektual. B. Perkataan yang biasa digunakan ialah seperti pertimbangkan. tentukan. v. II dan III I. Mutu penilaian boleh dibandingkan dengan penilaian pakar. Contoh soalan pada peringkat penilaian ialah: “Kedatangan Islam ke Melaka telah disambut dengan baik oleh pemimpin dan rakyat Melaka” Berdasarkan penyataan di atas. Soalan menguji proses mental peringkat penilaian. ii. iv. Ciri-ciri soalan berasaskan penilaian ialah: i. Sintesis dan Penilaian. arahan tindak balas dan kriteria yang digunakan. pelajar dapat menilai satu hasil kerja. C. I. iii. A.OBJEKTIF PENGAJARAN TAJUK 2 piawaian tertentu seperti tepat. buruk dan lain-lain. iaitu apa yang hendak dinilai. pertahankan. baik. 32 OUM . iii. ii. iv. Tulisan Arab dijadikan tulisan jawi.

Objektif Domain Afektif mempunyai hubungan dengan perasaan.4: Objektif domain afektif OUM 33 . maka persekitaran ini sedikit sebanyak akan membentuk perasaan. Selepas seseorang itu melalui pelbagai pengalaman dalam hidupnya. serentak dengan perkembangan insan itu sendiri dalam pelbagai perkara.3 OBJEKTIF DOMAIN AFEKTIF Bagaimana anda membentuk objektif Domain Afektif? Sebagai insan kita semua mempunyai perasaan. Rajah 2. (3) Penilaian. Begitu juga sebaliknya. (1988). seperti yang diutarakan oleh Bloom et al. dia akan mempunyai pandangan atau sikapnya tersendiri terhadap sesuatu perkara yang dialami. (4) Organisasi dan (5) Perwatakan. sedih.TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN 2. penghargaan dan nilai. sikap. minat. kecewa dan sebagainya. Dari segi praktiknya. guru jarang menulis objektif ini dalam buku rekod pengajaran berbanding objektif kognitif. Ini berlaku kerana ketidakwujudan prosedur dan alat yang benar-benar sesuai untuk mengukur pencapaian objektif afektif. emosi. yang ditulis dalam bentuk perlakuan pelajar. sikap dan nilai adalah perkara yang dipelajari dan berkembang dari masa ke masa. (2) Gerak Balas. terharu. Jika kita berada dalam persekitaran yang sihat. Perasaan. Ada ketikanya kita merasa gembira. objektif Domain Afektif boleh dikelaskan mengikut peringkat penghayatan daripada yang paling rendah kepada yang paling tinggi. Seperti juga objektif Domain Kognitif. iaitu: (1) Penerimaan. sikap dan nilai yang positif.

gerak balas ini mungkin juga berlaku disebabkan oleh arahan orang lain. misalnya. Selepas kesedaran. seperti membersihkan kawasan sekolah. yang bermaksud seseorang akan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima disebabkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. iaitu: 34 OUM . Penerimaan Objektif pertama Domain Afektif ialah Penerimaan (Receiving). individu berkenaan akan mula bertindak secara terhad. Terdapat tiga (3) jenis nilai ini. yang bermaksud kesediaan seseorang/penerima untuk menerima sesuatu yang ingin disampaikan. Seterusnya. Objektif kedua Domain Afektif ialah Gerak Balas (Responding). yang bermaksud seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. keadaan kehidupan. sejauhmanakah muzik mampu digunakan dalam sistem pendidikan untuk mewujudkan gerak balas di kalangan para pelajar? 2. yang boleh dianggap sebagai motivasi luaran. penerima sedar akan irama. selepas individu berkenaan mempunyai motif tersendiri. Bagaimanapun.OBJEKTIF PENGAJARAN TAJUK 2 1. Tindak balas ini akhirnya akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. iaitu cuba membezakan setiap rangsangan yang diterima. Motif ingin tahu tentang sesuatu boleh menyebabkan seseorang itu bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima. lirik lagu. individu berkenaan akan menunjukkan kesediaan untuk menerima. Pada pandangan anda. Nilai/motif ini. Misalnya. kita sedikit sebanyak akan cenderung untuk memberi gerak balas terhadap alunan muzik yang terhasil melalui di saluransaluran radio. Contoh objektif peringkat ini ialah pelajar dapat membezakan aktiviti luar bilik darjah daripada aktiviti formal dalam bilik darjah. Peringkat ini bermula dengan kesedaran penerima. dia akan bertindak balas sendiri. akan menjadi landasan kepada setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh individu berkenaan. menunjuk minat terhadap aktiviti di luar bilik darjah yang menyebabkan individu berkenaan bertindak balas bagi menghasilkan kepuasan padanya. 3. Pada peringkat awalnya. Gerak balas yang terhasil ini berbeza di antara individu dengan individu yang lain berdasarkan kesesuaiannya. Gerak Balas Kadangkala di bawah sedar. iaitu individu berkenaan tidak “menjauhkan” diri daripada rangsangan yang diterima. Penilaian Objektif ketiga Domain Afektif ialah Penilaian (Valuing).

5: Domain afektif organisasi OUM 35 .3 Sediakan satu jadual yang menunjukkan kata kerja perlakuan yang sesuai untuk objektif Domain Afektif peringkat Penerimaan. (b) Pemilihan nilai tertentu (c) Komitmen Latihan 2. Pemilihan nilai tertentu. yang bermaksud seseorang itu boleh menyusun semua nilai yang diterimanya kepada satu sistem yang lebih praktikal. Gerak Balas dan Penilaian 4. Ini dapat dilihat melalui analogi Rajah 2.4 : Jenis-jenis Penilaian (a) Penerimaan semua nilai Penerimaan semua nilai. Penyusunan nilai-nilai ini terbahagi kepada dua peringkat. iaitu memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan kepada perlakuannya dan sanggup mempertahan kepercayaan ini daripada sebarang cabaran. Komitmen. iaitu memilih nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada individu tersebut yang menjadi landasan kepada perlakuannya. mengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian antaranya.TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN Jadual 2. iaitu pertama. dan keduanya menyusun nilai-nilai ini hingga menjadi satu sistem nilai/kepercayaan. Organisasi Objektif keempat Domain Afektif ialah Organisasi (Organization).5 di bawah: Rajah 2. pelajar dapat menerima peraturan sekolah dan seterusnya dapat mengawal diri mengikut peraturan tersebut. Contohnya. iaitu menerima semua nilai yang terdedah kepada individu tersebut yang menjadi landasan kepada perlakuannya.

4 OBJEKTIF DOMAIN PSIKOMOTOR Pernahkah anda terfikir bagaimanakah anda menguasai satu-satu kemahiran yang melibatkan pergerakkan fizikal yang juga dikenali sebagai psikomotor anda seperti bersukan. dan (b) sistem nilai tersendiri.4 Sediakan satu jadual yang menunjukkan kata kerja perlakuan yang sesuai untuk objektif Domain Afektif peringkat Organisasi dan Perwatakan. iaitu mempunyai falsafah atau prinsip hidup tersendiri. yang bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.6 berikut: Rajah 2. Perwatakan Objektif kelima dan terakhir Domain Afektif ialah Perwatakan (Characterization). Pada kebiasaannya. misalnya dapat membuat keputusan mengikut keadaan. individu berkenaan akan kekal memegang sistem nilai berkenaan. menari atau menunggang motosikal? Bagaimana anda membentuk objektifobjektif Psikomotor ini? 36 OUM . seseorang itu akan memperlihatkan: (a) perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu. 2. tanpa berasaskan perasaan atau sogokan.6: Domain afektif perwatakan Latihan 2. Pada peringkat ini. Ini boleh dilihat melalui analogi dalam Rajah 2.OBJEKTIF PENGAJARAN TAJUK 2 5.

Sebagai mana dalam domain kognitif dan afektif.TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN Psikomotor adalah kemahiran berkaitan pergerakan anggota fizikal seseorang. kanakkanak diasuh untuk menguasai pergerakan yang biasa dilakukan dalam kehidupan harian dan juga pergerakan baru dalam senaman. pelajar dapat mengingat pergerakan tersebut (persediaan mental) dan dengan itu bersedia untuk melakukannya. (3) Pergerakan Terkawal. yang bermaksud seseorang itu bersedia secara mental. seperti memerhati pergerakan “rejaman” dalam permainan bola tampar. (4) Pergerakan Mekanistik. (5) Pergerakan Kompleks. Persediaan Objektif kedua Domain Psikomotor ialah Persediaan (Set). misalnya. seseorang itu akan dapat mengingat pergerakan motor (motor movement) berkaitan dengan pergerakan yang dilihat. melalui pemerhatian terhadap sesuatu pergerakan. Pada peringkat prasekolah dan sekolah rendah. Contoh objektif pengajaran peringkat Persepsi ialah “Pelajar dapat menjelaskan cara pemain melakukan “rejaman” dalam permainan bola tampar”. kemahiran menggelecek dalam permainan bola sepak.5: Objektif domain psikomotor 1. Melalui pemerhatian ini. emosi dan fizikal untuk melakukan sesuatu pergerakan. Guru-guru pendidikan jasmani memberi sentiasa memberi tumpuan kepada pengawalan pergerakan anggota dalam pengajaran dan latihan. OUM . Contoh 37 2. daripada mudah kepada susah. apabila pelajar melihat pergerakan “rejaman” dalam permainan bola tampar. Misalnya. dia akan ingat cara bagaimana pemain melakukan “rejaman” tersebut. iaitu: (1) Persepsi. domain psikomotor turut mempunyai hierarki tersendiri. (6) Pergerakan Suaian dan (7) Pergerakan Ciptaan. (2) Persediaan. mereka dilatih untuk menguasai kemahiran khusus yang jarang dilakukan dalam kehidupan harian. Rajah 2. Persepsi Objektif pertama Domain Psikomotor ialah Persepsi (Perception). seperti memerhati pergerakan “rejaman” dalam permaian bola tampar. Misalnya. Di samping itu. yang bermaksud seseorang itu mempersepsikan satu pergerakan tertentu. Simpson (1972) mengemukakan tujuh peringkat objektif domain psikomotor.

Misalnya. yang bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan baru secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu. iaitu berjaya melakukan pergerakan ini sendiri. yang bermaksud seseorang itu dapat melakukan pergerakan awal berkaitan kemahiran yang ingin dipelajari. yang bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan yang ingin dipelajari secara mahir dan yakin. Latihan 2. pelajar berjaya melakukan pergerakan “rejaman” dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin semasa bola rendah”. Pergerakan Suaian Objektif keenam Domain Psikomotor ialah Pergerakan Suaian (Adaptive Response). Contoh objektif pengajaran peringkat Pergerakan 6. Contoh objektif pengajaran peringkat Pergerakan Mekanistik ialah “Pelajar dapat meniru cara melakukan “rejaman” dalam permainan bola tampar”. Pergerakan ini biasanya dilakukan secara peniruan dan cuba jaya. Pergerakan Terkawal dan Pergerakan Mekanistik. iaitu berjaya meniru pergerakan pemain.5 Sediakan satu jadual yang menunjukkan kata kerja perlakuan yang sesuai untuk objektif Domain Psikomotor peringkat Persepsi. 7. Contoh objektif pengajaran peringkat Pergerakan Terkawal ialah “Pelajar dapat melakukan pergerakan awal cara melakukan “rejaman” dalam permainan bola tampar”. Pergerakan Ciptaan Objektif ketujuh dan terakhir Domain Psikomotor ialah Pergerakan Ciptaan (Originative Response). Misalnya. pelajar berjaya melakukan pergerakan “rejaman” baru dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin semasa bola rendah”. tanpa meniru pemain. pelajar berjaya melakukan pergerakan “rejaman” dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin. Contoh objektif pengajaran peringkat Pergerakan Sesuaian ialah “Pelajar dapat melakukan “rejaman” dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin semasa bola rendah”.OBJEKTIF PENGAJARAN TAJUK 2 objektif pengajaran peringkat Persediaan ialah “Pelajar dapat menjelaskan cara melakukan “rejaman” dalam permainan bola tampar”. 5. 3. pelajar berjaya melakukan pergerakan “rejaman” dalam permainan bola tampar seperti yang perhatikan. yang bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu. Contoh objektif pengajaran peringkat Pergerakan Mekanistik ialah “Pelajar dapat melakukan “rejaman” dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin”. 38 OUM . Misalnya. pelajar meniru bagaimana pemain melakukan pergerakan “rejaman” dalam permainan bola tampar. Persediaan. 4. Pergerakan Mekanistik Objektif keempat Domain Psikomotor ialah Pergerakan Mekanistik (Mechanistic Response). yang bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan yang kompleks secara cekap dan licin. Misalnya. Pergerakan Terkawal Objektif ketiga Domain Psikomotor ialah Pergerakan Terkawal (Guided Response). Misalnya. Pergerakan Kompleks Objektif kelima Domain Psikomotor ialah Pergerakan Kompleks (Complex Response).

murid dengan guru atau murid dengan orang tua.6: Objektif domain sosial OUM 39 . Rajah 2. Dettmer (1997) mencadangkan satu domain khusus untuk hubungan/tingkah laku sosial. kita dapati proses/ aktiviti dalam bidang hubungan sosial tidak diberi perhatian sewajarnya. Domain ini terdiri daripada lapan peringkat objektif. Sehubungan itu. Latihan 2. iaitu Domain Sosial.TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN Sesuaian ialah “Pelajar dapat melakukan “rejaman” baru dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin semasa bola rendah”. iaitu: (1) Berhubung.6 Sediakan satu jadual yang menunjukkan kata kerja perlakuan yang sesuai untuk objektif Domain Psikomotor peringkat Pergerakan Kompleks. hubungan murid dengan murid. (2) Berkomunikasi.5 OBJEKTIF DOMAIN SOSIAL Adakah objektif-objektif pengajaran yang telah dibincangkan itu mencukupi? Selain proses/aktiviti yang berlaku dalam tiga domain utama ini. Pergerakan Suaian dan Pergerakan Ciptaan. (3) Melibatkan Diri. (7) Memulakan dan (8) Menukar. (5) Bekerjasama. Contohnya. 2. (4) Berunding. (6) Menghakim.

Berkomunikasi Objektif kedua Domain Sosial ialah Berkomunikasi (Communicating). Rajah 2. tingkah laku berbincang menunjukkan seseorang itu ingin membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi kumpulannya. seperti ingin bertanya tentang sesuatu. kontak mata merupakan permulaan kepada “perkenalan” yang berakhir dengan berlakunya sesuatu komunikasi. Di sini. yang bermaksud seseorang itu cuba berkomunikasi dengan seseorang lain. Berhubung Objektif pertama Domain Sosial ialah Berhubung (Relating). yang bermaksud seseorang itu cuba menunjukkan tingkah laku membuat kontak (contact) terhadap seseorang lain. Melibatkan Diri Objektif ketiga Domain Sosial ialah Melibatkan Diri (Participating). yang bermaksud seseorang itu secara sukarela mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti berkumpulan. Contoh objektif pengajaran peringkat Berhubung ialah “Pelajar menyedari kehadiran seseorang lain”. Di sini. tingkah laku ingin bertanya itu menyebabkan orang kedua turut bertindak untuk berkomunikasi. 3. 40 OUM . Di sini. seperti berbual-bual dengan beberapa orang lain. Contoh objektif pengajaran peringkat Melibatkan Diri ialah “Pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan”.7: Melibatkan diri 4. yang bermaksud seseorang itu boleh membuat perbincangan dengan ahli-ahli kumpulan tentang sesuatu isu/masalah yang timbul.OBJEKTIF PENGAJARAN TAJUK 2 1. Contoh objektif pengajaran peringkat Berunding ialah “Pelajar cuba menjelaskan sesuatu isu/masalah supaya penyelesaian yang baik dapat dicapai dengan segera”. seperti membuat kontak mata (eye contact). Contoh objektif pengajaran peringkat Berkomunikasi ialah “Pelajar cuba berkomunikasi dengan seseorang lain melalui bahasa isyarat”. iaitu cuba memberi atau menerima mesej. tingkah laku berbual akan menggalakkan ahli kumpulan turut mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. 2. Berunding Objektif keempat Domain Sosial ialah Berunding (Negotiating). seperti berbincang untuk membuat sesuatu keputusan. Di sini.

Di sini. Contoh objektif pengajaran peringkat Berkerjasama ialah “Pelajar dapat menguruskan ahli-ahli kumpulan untuk menjayakan projek”. seperti berkerjasama untuk membersihkan kawasan sekolah. yang bermaksud seseorang itu dapat memulakan sesuatu aktiviti berkumpulan yang baru. Contoh objektif pengajaran peringkat Memulakan ialah “Pelajar berjaya mencadang dan melaksanakan projek baru bersama ahli-ahli kumpulannya”. tingkah laku mengadakan perkhemahan menunjukkan seseorang itu ingin melihat ahli-ahli kumpulannya mendapat pengalaman baru. Rajah 2. tingkah laku meleraikan pertengkaran menunjukkan seseorang itu ingin mengekalkan keharmonian di kalangan ahli-ahli kumpulannya. tingkah laku berkerjasama menunjukkan seseorang itu ingin semua ahli sama-sama menyelesaikan projek/masalah yang dihadapi. yang bermaksud seseorang itu dapat bertidak untuk mendamaikan sesuatu keadaan apabila terdapat perbezaan pendapat. Di sini. Contoh objektif pengajaran peringkat Menukar ialah “Pelajar berjaya mendorong ahli-ahli kumpulannya membersihkan kawasan sekolah setiap minggu “. yang bermaksud seseorang itu boleh berkerjasama dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjayakan sesuatu projek. tingkah laku mendorong ahli-ahli kumpulan mencintai alam sekitar menunjukkan seseorang itu ingin melihat ahli-ahli kumpulannya hidup dalam persekitaran yang lebih harmoni. OUM . 41 8. Memulakan Objektif ketujuh Domain Sosial ialah Memulakan (Initiating). yang bermaksud seseorang itu berupaya menukarkan gaya hidup ahli-ahli kumpulan kepada gaya hidup baru. seperti berkhemah di tepi sungai. 6.8: Menghakim 7. Contoh objektif pengajaran peringkat Menghakim ialah “Pelajar dapat menyelesaikan perbalahan di kalangan ahli-ahli kumpulan”. Di sini. Menghakim Objektif keenam Domain Sosial ialah Menghakim (Adjudicating).TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN 5. Menukar Objektif kelapan dan terakhir Domain Sosial ialah Menukar (Converting). seperti meleraikan satu pertengkaran. Di sini. seperti mencintai alam sekitar. walaupun terpaksa menghadapi risiko tertentu. Bekerjasama Objektif kelima Domain Sosial ialah Berkerjasama (Collaborating).

GLOSARI Objektif Pengajaran Dinyatakan dalam bentuk penyataan yang jelas bagi sebagai panduan kepada guru dalam memilih kaedah dan pendekatan dalam pengajaran di bilik darjah. UJIAN 2 1. Terbahagi kepada empat domain iaitu kognitif. Domain Psikomotor dan Domain Sosial. agar keputusan yang diperoleh benar-benar tepat dan sebarang tindakan susulan akan tepat dan selaras. Berikan tiga (3) peringkat objektif Domain Afektif. Tajuk seterusnya akan membincangkan tentang penyediaan Jadual Penentu Ujian (JPU) yang diharapkan dapat memberi panduan kepada penggubal soalan ujian. afektif. Melibatkan perkembangan intelek pelajar. Domain Kognitif Domain Afektif Domain Psikomotor Domain Sosial UJIAN 1 1. psikomotor dan social. Penetapan dan penentuan objektif pengajaran yang jelas akan dapat membantu guru dalam menyediakan alat pengukuran yang berkesan dan sesuai bertepatan dengan objektif penilaian yang ditetapkan. Melibatkan perkembangan sikap dan nilai. 2. Tajuk ini telah menjelaskan tentang peringkat-peringkat objektif pengajaran bagi Domain Kognitif.OBJEKTIF PENGAJARAN TAJUK 2 RUMUSAN Penggubalan alat pengukuran memerlukan perancangan yang rapi. Domain Afektif. Jelaskan maksud objektif “Analisis” dalam Domain Kognitif. Jelaskan apakah Domain Sosial. 42 OUM . Berikan contoh perlakuan yang sesuai bagi tiga (3) peringkat objektif Domain Sosial di atas. Senarai dan jelaskan tiga (3) peringkat objektif Domain Sosial. Melibatkan perkembangan hubungan/tingkah laku sosial pelajar. Melibatkan perkembangan kemahiran dan kebolehan fizikal. 3. teliti dan sistematik. 2. bagi memastikan soalan ujian yang digubal itu memiliki kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Jelaskan pertalian antara objektif pelajaran dengan penilaian. 3.

P. (1971). Classroom testing: Construction. The Psychomotor Domain. & Detmer.S. Boston: Pearson. Madaus.TAJUK 2 OBJEKTIF PENGAJARAN RUJUKAN Abu Bakar Nordin. B. G. (2004). Hanna. Mokhtar Ismail. B. Hutchinson. K. Krathwohl.A. Taksonomi objektif pendidikan. Masia. New blooms for established fields. (1987). Talented..F. P. Presented at annual conference of the Kansas Association for Gifted. Kementerian Pendidikan Malaysia. vol.B. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.. buku pedoman 1: Domain kognitif (ed.5. Dettmer. (1972). Simpson. J. (1995). Bloom. E. Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah.A.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. New York: Harper and Row Publisher. and Creative. Penilaian di bilik darjah. Assessment for Affective Teaching: Using ContextAdaptive Planning. (1989).S. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. D.S. Raminah Haji Sabran (1991)..S..j. Washington. Handbook on formative and summative evaluation of student learning. Bloom.S.E Peacock Publisher Inc. Penilaian kendalian sekolah. OUM 43 . Developing scale in affective domain.R. B. Occasional papers no. G. (1997). Pusat Perkembangan Kurikulum. 3. Illinois: F. Bloom. B. DC: Gryphon House.T. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hasting. (1965).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful