You are on page 1of 7

GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

TUGAS PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

Bertanggungjawab Kepada Guru Besar, dan SK. Dato’ Laksamana Raja
Mahkota, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan Di Dalam Merancang,
Menyelaras, Melaksana Dan Mengambil Tindakan Susulan Ke Atas Perkara-
Perkara Berikut:

1. Pentadbiran Umum
a) Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Khas
Sekolah.
b) Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, Kokurikulum dan Kewangan
peringkat sekolah.
c) Menyediakan takwim kelas pendidikan khas bersama dengan guru-
guru pendidikan khas.
d) Memberikan taklimat kepada pihak pentadbir sekolah, guru-guru
aliran perdana dan guru-guru pendidikan khas (yang baru khasnya)
tentang pengurusan kelas pendidikan khas.
e) Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat Penolong Kanan /
Penyelaras Pendidikan Khas bersama Jabatan Pelajaran Negeri Perak
dan Pejabat Pelajaran Daerah kepada pihak pentadbir sekolah dan
guru-guru pendidikan khas.
f) Mempastikan fail-fail kelas pendidikan khas seperti berikut disediakan
dan sentiasa dikemaskini.
g) Mengadakan perjumpaan bulanan dengan semua guru pendidikan
khas.
h) Menguruskan perjumpaan guru pendidikan khas dengan ibu bapa /
penjaga murid pendidikan khas.
i) Mengendalikan aduan ibu bapa / penjaga bersama-sama dengan guru
pendidikan khas.
j) Merancang, melaksana dan menyelia Program Inklusif (jika ada).
k) Merancang , melaksana dan menyelia Program Disleksia (jika ada).
l) Mempastikan aktiviti kokurikulum kelas pendidikan khas
dilaksanakan.
m) Mempastikan semua guru dan murid pendidikan khas serta PPM
berada di perhimpunan pagi pada setiap hari (tertakluk kepada
amalan sekolah dan keupayaan murid pendidikan khas).

2. Pengurusan Kurikulum
a) Menyediakan satu peraturan kelas pendidikan khas dan
mendapatkan persetujuan daripada pihak pentadbir sekolah sebelum
diedarkan kepada ibu bapa / penjaga.
b) Mempastikan suasana kelas pendidikan khas kondusif untuk
pengajaran dan pembelajaran.
c) Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk
menyediakan jadual waktu mengikut opsyen sebelum sesi
persekolahan tahun semasa berakhir.
d) Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan
Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing (u.p. Pegawai Khas
Pendidikan Khas).
e) Menyediakan jadual pencerapan dan mencerap pengajaran guru
pendidikan khas mengikut jadual.
f) Mempastikan Buku Persediaan Mengajar dan Rancangan Pengajaran
Individu (RPI) sentiasa berada bersama dengan guru pendidikan khas
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan dikemaskini.
g) Mempastikan rekod prestasi dan laporan pencapaian akademik murid
pendidikan khas dikemaskini sebelum diedarkan kepada ibu bapa /
penjaga.
h) Menubuhkan Jawatankuasa Inklusif untuk menginklusifkan murid
pendidikan khas yang berpotensi untuk belajar di kelas aliran
perdana.
i) Berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk
mendaftarkan murid pendidikan khas yang bersedia untuk menduduki
peperiksaan awam.
j) Merancang pembelian BBM untuk kegunaan guru-guru pendidikan
khas.
k) Memastikan Ketua Panitia melengkapkan Fail Panitia masing-masing.

3. Pengurusan Ko-kurikulum
a) Merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum kelas pendidikan khas
sepanjang tahun seperti sukan, kelab atau persatuan dan pasukan
beruniform.
b) Mendaftarkan kelab atau persatuan dan unit beruniform murid pendidikan
khas dengan pihak-pihak yang berkenaan (rujuk kepada Penolong / Guru
Kanan Kokurikulum sekolah untuk prosedur pendaftaran).
c) Mendokumentasikan segala perkara yang berkaitan dengan kelab atau
persatuan dan unit beruniform seperti pendaftaran, peraturan, bayaran
tambahan, pakaian, masa perjumpaan dan lain-lain. Semua dokumen ini
hendaklah disimpan di dalam Fail Kokurikulum Pendidikan Khas.
d) Memastikan guru penasihat menyediakan kertas kerja untuk aktiviti-
aktiviti kokurikulum yang dirancang.
e) Memastikan guru-guru penasihat menyediakan surat, dokumen dan
membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi melaksanakan
setiap aktiviti kokurikulum.
f) Memastikan guru-guru penasihat mendapatkan kebenaran daripada ibu
bapa / penjaga murid pendidikan khas sebelum aktiviti dijalankan.
g) Memastikan guru-guru penasihat menyediakan laporan bagi setiap aktiviti
kokurikulum yang telah dilaksanakan.
h) Memastikan semua laporan aktiviti kokurikulum dimasukkan ke dalam
Fail Kokurikulum Pendidikan Khas.

4. Pengurusan Kewangan Pendidikan Khas
a) Mempastikan peruntukan Geran Perkapita (PCG) kelas pendidikan khas
tahun berikutnya dituntut berdasarkan enrolmen 31 Oktober tahun
semasa.
b) Mempastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG kelas pendidikan khas
tahun semasa dibuat apabila terdapat pertambahan bilangan murid
pendidikan khas (mengikut syarat pekelilingan kewangan semasa).
c) Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak
pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas supaya peruntukan
PCG pendidikan khas dapat dibelanjakan dengan cekap.
d) Mendapatkan penyata akaun daripada Bendahari Program Pendidikan
Khas untuk mengetahui baki peruntukan PCG kelas pendidikan khas pada
setiap bulan untuk dimaklumkan kepada semua guru pendidikan khas.
e) Mempastikan Guru Kelas Pendidikan Khas mendapatkan surat kuasa
mengutip bayaran tambahan persekolahan dan buku resit daripada
Pengetua / Guru Besar sebelum mengutip yuran.

5. Pengurusan Hal Ehwal Guru/PPM Pendidikan Khas

a) Mencalonkan nama guru pendidikan khas yang belum mengikuti kursus
pendedahan pendidikan khas kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-
masing (u.p. Pegawai Khas Pendidikan Khas) supaya mereka dapat
dihantar berkursus.
b) Mempastikan semua guru pendidikan khas di bawah penyeliaannya
mendapat bayaran insentif mengajar kanak-kanak cacat.
c) Mempastikan semua guru pendidikan khas di bawah penyeliaannya tidak
disalahgunakan oleh pihak pentadbir sekolah.
d) Mempastikan bilangan guru dan PPM mencukupi mengikut bilangan kelas
dan murid.

6. Pengurusan Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas
a) Mempastikan murid pendidikan khas dinilai sepanjang tempoh
percubaannya (bersama dengan semua guru pendidikan khas) dan
keputusannya dicatatkan dalam Lampiran A : Borang Pengesahan
Penempatan (Rujuk Lampiran 2). Lampiran A yang telah dilengkapkan
mesti dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Perak bagi tujuan pengesahan
penempatan (jika sesuai) atau dilanjutkan tempoh percubaan (tidak sesuai
atau dilanjutkan tempoh percubaan).
b) Menghantar permohonan kemasukan dan pertukaran murid pendidikan
khas ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing (u.p. Pegawai Khas
Pendidikan Khas) untuk dipanjangkan ke Unit Pendidikan Khas, Sektor
Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Perak.
Bagi pertukaran sekolah, setelah diluluskan permohonannya, pastikan Fail
Peribadi Murid dan segala dokumen murid berkenaan dihantar ke sekolah
baru.
c) Mempastikan semua murid pendidikan khas berdaftar dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan Kad Orang Kurang Upaya
(OKU).
d) Mempastikan setiap murid pendidikan khas mempunyai buku akaun Bank
Simpanan Nasional (BSN).
e) Mempastikan borang permohonan segala jenis bantuan kewangan bagi
semua murid pendidikan khas yang layak menerimanya diproses dan
dihantar sebelum tarikh tutup.
f) Mempastikan murid-murid pendidikan khas (pembelajaran) yang mengikut
program inklusif mendapat pinjaman buku teks.
g) Mempastikan sekolah mengeluarkan Sijil Berhenti kepada murid-murid
pendidikan khas yang berhenti sekolah atau yang tamat persekolahan.
h) Mempastikan ibu bapa / penjaga yang ingin melanjutkan tempoh
persekolahan anak mereka yang berumur melebihi 19 tahun membuat
permohonan secara bertulis kepada Menteri Pelajaran Malaysia.
Permohonan ini hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Khas, Sektor
Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Perak.

7. Pengurusan Data Pendidikan Khas
a) Mempastikan Data Operasi PPKI dan laporan status program pendidikan
khas dikemaskini dan dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-
masing sebelum atau pada 27 haribulan setiap bulan.
b) Memastikan data online dikemaskini mengikut tarikh yang ditetapkan
c) Mempastikan salinan laporan status program pendidikan khas disimpan di
dalam Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas.

8. Pengurusan Stok/Inventori Pendidikan Khas
a) Mempastikan barangan yang dihantar ke kelas pendidikan khas oleh
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Unit
Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan
Pelajaran Negeri Perak diletakkan di dalam kelas pendidikan khas.
b) Mempastikan alatan untuk kelas pendidikan khas tidak disalahgunakan
oleh mana-mana pihak.
c) Menyemak Buku Stok dan Fail Kad Harta Modal yang disediakan oleh
Guru Stok,

9. Guru Mata Pelajaran
a) Menganggotai Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran yang diajar.
b) Mendapatkan dan menyimpan maklumat Sukatan Pelajaran, Huraian
Sukatan Pelajaran, Buku Panduan, Buku Kerja dan senarai Bahan Bantu
Mengajar ( BBM ) bagi mata pelajaran yang diajar.
c) Melengkapkan Buku Persediaan Mengajar setiap hari mengikut format
yang ditetapkan.
d) Menjalankan P&P mengikut jadual waktu,
e) Menanda dan merekod latihan / kerja rumah yang dibuat oleh murid bagi
mata pelajaran yang diajar.
f) Menggubal soalan penilaian, menjalankan ujian penilaian, menanda
kertas soalan dan merekod markah murid bagi mata pelajaran yang diajar
dalam Buku Rekod Mengajar Guru dan bilik data sekolah.
g) Melapor prestasi pencapaian murid bagi mata pelajaran yang diajar.
h) Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR
1.1 Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibu bapa dan
penjaga kedua kepada semua murid
1.2 Sentiasa melertakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam
semua bentuk tindakan dan keputusan yang dibuat.
1.3 Semua guru perlu melayan pelajar dengan adil, saksama,
bertimbangrasa dan kasih sayang.
DASAR 2 : KEMASUKKAN PELAJAR
2.1 Program Pendidikan Khas Integrasi ini menerima kemasukan
pelajar dari pelbagai kaum tanpa sekatan
2.2 Setiap maklumat pelajar akan didaftarkan ke dalam buku rekod
pendaftaran dan ke dalam Sistem Maklumat Murid (SSM)
2.3 Setiap pelajar akan ditempatkan di kelas-kelas berdasarkan
prestasi akademik.

DASAR 3 : DISIPLIN MURID
3.1 Murid yang sering melanggar peraturan sekolah, akan
dihadapkan ke Lembaga Disiplin Sekolah.
3.2 Ibu, bapa atau penjaga murid yang dihadapkan kepada
Lembaga Disiplin Sekolah akan dipanggil untuk hadir ke
sekolah.
3.3 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat dan
Bimbingan” dalam menangani permasalahan disiplin murid.
3.4 Ibu, bapa atau penjaga kepada murid yang tidak hadir ke
sekolah, perlu memaklumkan atau menulis surat kepada pihak
sekolah.
3.5 Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari
berturut-turut dikira ponteng sekolah.

DASAR 4 : KESELAMATAN MURID
4.1 Keselamatan murid akan sentiasa dilindungi sepenuhnya
sepanjang mereka berada di kawasan sekolah pada waktu
persekolahan.
4.2 Ibu, bapa atau penjaga, yang ingin membawa murid keluar
perlu meminta kebenaran daripada Guru Besar dan menulis
nama di dalam Buku Kebenaran Keluar yang terletak di Pejabat.
4.3 Semua murid dilindungi dengan Skim Insurans Takaful
Malaysia.

DASAR 5 : KESIHATAN MURID
5.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan murid sentiasa baik
melalui program-program yang dirancang seperti:
i. Pemeriksaan Gigi dan Mata
ii. Pemeriksaan Kesihatan
iii. Program RMT
iv. Program Susu 1Malaysia.
v. Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan.
vi. Ceramah dan Kempen.
5.2 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan daripada ibu, bapa /
penjaga.
5.3 Penjaga akan dihubungi sekiranya murid didapati tidak sihat
semasa berada di sekolah.
5.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital,
tanpa menghubungi penjaga terlebih dahulu terhadap kes-kes
yang kronik.
5.5 Pihak sekolah akan berusaha membantu murid-murid yang
mempunyai masalah Kesihatan.

DASAR 6 : KEBAJIKAN PELAJAR
6.1 Murid-murid yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa
dibantu melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di
peringkat sekolah.
6.2 Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa
yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan/sumbangan
kepada murid di sekolah ini.
6.3 Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi murid yang
bermasalah demi menjaga maruah murid tersebut.

MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN
SAHSIAH MURID PPKI SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ LAKSAMANA
RAJA MAHKOTA, 36000 TELUK INTAN, PERAK.

Kecemerlangan sesebuah organisasi dan sekolah banyak
bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal
berkaitan disiplin, sahsiah dan kemenjadian muri-murid PPKI.
Sehubungan dengan itu, Unit Pengurusan Hal Ehwal Murid dan
sahsiah murid PPKI telah menetapkan beberapa matlamat yang
perlu dilaksanakan dan dicapai. Matlamat-matlamat tersebut
adalah:

a. Mempastikan murid PPKI mempunyai data maklumat peribadi
yang lengkap dan kemaskini
b. Mempastikan murid PPKI sentiasa mematuhi peraturan sekolah
dan terlibat bersama-sama dengan program sekolah.
c. Mempastikan murid PPKI mengamalkan “BUDAYA HIDUP SIHAT”
d. Mempastikan murid PPKI mendapat layanan yang adil dan
sempurna dari guru-guru dan seluruh warga SK. Dato’
Laksamana Raja Mahkota.
e. Mempastikan murid PPKI tidak terlibat dengan kegiatan-
kegiatan yang tidak bermoral seperti:
i. Ponteng sekolah
ii.Merokok
iii. Pergaduhan
iv. Kelakuan lucah
v. Buli
vi. Kurang ajar dan biadap
vii. Vandalisme
viii. Mencuri
ix. Dadah dan minuman keras
x.Gangsterisme dan lain-lain
f. Mempastikan murid PPKI yang bermasalah ekonomi dan
pembelajaran mendapat sokongan yang sewajarnya.
g. Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti
yang dirancang bersama-sama.
h. Mempastikan murid PPKI sentiasa menjaga keselamatan diri,
keluarga dan harta benda sekolah.
i. Menggalakkan Warga PPKI sentiasa berusaha menjaga maruah,
disiplin dan menaikkan nama sekolah.

STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHIAH MURID PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI).