You are on page 1of 3

kali ni aku nak share pengajaran seni yang aku dah buat dengan anak anak murid aku

di tahun 3.
sebenarnya pengajaran ni aku buat awal tahun. tajuk pertama iaitu menggambar : buah epal dan
oren. tajuk yang simple dimple.

dari segi warna, aku fokuskan pada ton warna dan campuran warna asas. aku ajar anak anak ni
mengenal campuran warna dan lapisan warna. bagi mereka yang kurang asas seni, mesti akan
warnakan epal dengan satu warna sahaja, kan? warna apa lagi kalau bukan warna merah makngah

warnakan lapisan
itu. kaler paling win. kali ni aku ubah sikit. caranya mudah je.

pertama dengan warna kuning. kemudian
lapisan kedua warnakan dengan warna merah.
buat pengulangan sampai warna tu nampak
blending nya.
dari segi lukisan, aku tak sediakan template. aku ajarkan anak anak melukis step by step. sebesar
besar kertas lukisan. dari segi psikologi, lukisan yang besar, jelas, dan memenuhi hampir keseluruhan
ruang kertas melambangkan yakin diri seseorang kanak kanak. cuma tu lah.. dari segi penggunaan
pemadam semasa melukis, masih out. habit murid memang suka memadam, padam, dan padam.
takpelah nak. kita belajar perlahan lahan, ya.

dari segi teknik, aku gunakan glazing dalam bentuk melengkung/lengkungan. aku perasan anak anak
ni suka guna teknik pelbagai arah. serabut dan menyebabkan buah epal tak nampak 3D. psikomotor
halus masih belum berapa menjadi mungkin. tujuan aku guna teknik ni adalah untuk melembutkan
tangan, membina psikomotor halus dan kesedaran ruang dan bentuk dalam diri murid.

dari segi media, aku gunakan oil pastel. oil pastel lebih lembut, pekat, terang dan menjimatkan masa.
lagipun lebih senang nampak campuran warna berbanding guna media kering yang lain.

okay. tak perlu buang masa lagi.. ni beberapa hasil karya murid yang berjaya aku snap. moga
bermanfaat sebagai bahan rujukan.