You are on page 1of 1

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KELIMA

1. MASALAH
Pada minggu kelima, saya telah menghadapi masalah disiplin dalam kelas dan paling utama
sekali ialah 2K. Murid tidak memberi perhatian dan suka mengingkar arahan guru dalam
kelas. Hal ini telah menyebabkan guru terpaksa mengambil masa untuk menegur dan
menarik perhatian murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pada
masa yang sama, guru terpaksa menyingkatkan masa yang diperuntukkan untuk aktiviti
kelas kerana masa diambil untuk teguran dan nasihat.

2. ANALISIS
Menurut Tajul Arrifin(1990), masalah kemerosotan akhlak dan disiplin pelajar sering
tertimbulkan. Masalah ini sekaligus membawa gambaran negative kepada sistem pelajaran
ini. Punca utama masalah ini ialah penekanan konsep pelajaran yang keterlaluan kepada isi
pelajaran, lulus periksa, pengkhususan yang terhad dan menumpukan kepada
perkembangan intelek dan kemahiran semata-mata. Persoalan pembinaan sikap, akhlak dan
disiplin diabaikan. Masalah ini tertimbul berpunca daripada beberapa orang murid yang tidak
memberi kerjasama dan langsung tidak menghormati guru dalam kelas. Murid-murid ini
langsung tidak peduli teguran dan nasihat yang diberi oleh guru. Hal ini telah menyebabkan
proses pengajaran dan pembelajaran terganggu.

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
- Saya akan membuat pemerhatian dan penerokaan untuk mengenal pasti sebab murid
tidak mendengar serta menghormati guru di samping tidak member kerjasama semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam kelas.
- Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru besar untuk cara
mengatasi masalah disiplin ini

4. TEMPOH MASA
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengawalan kelas penting bagi
memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tanpa gangguan.
Sekiranya masalah ini masih tidak dapat diatasi secepat mungkin, sudah tentu gangguan
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas akan terus berlaku.

5. PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan meminta kerjasama guru pembimbing saya untuk memberi penilaian tentang
kejayaan saya di samping meminta pandangan daripada rakan saya.

6. TINDAKAN SUSULAN
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan merancangkan aktiviti yang
dapat menarik perhatian murid di samping memastikan semua murid dalam kelas telah
bersedia untuk belajar sebelum guru memulakan pengajaran dan pembelajaraan topik
pembelajaraan hari tersebut.