You are on page 1of 1

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KELAPAN

1. MASALAH
Pada minggu kelapan, saya telah menghadapi masalah murid tidak memberi perhatian dan
tidak berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Hal ini telah
menyebabkan pengajaran dan pembelajran di dalam kelas tidak dalam disampaikan secara
efektif. Pada masa yang sama, murid dalam kelas tidak dapat dikawal kerana mereka tidak
berminat mengikuti kelas ini.

2. ANALISIS
Menurut Ee Ah Meng (1990), komponen utama dalam kemahiran menarik perhatian awal
murid ialah dengan mewujudkan motivasi. Guru perlu tahu bahawa dirinya sendiri merupakan
sumber rangsangan yang kompleks yang mempunyai berbagai sifat dan tingkah laku. Cara
guru bercakap, tersenyum dan memberikan tindak balas yang berlainan terhadapo tingkah
laku murid sebenarnya juga merupakan suatu rangsangan. Masalah ini tertimbul kerana
murid tidak mempunyai minatdan motivasi untuk mengikut pengajaran dan pembelajaran
guru dalam kelas. Didapati murid dalam kelas hanya berminat kepada aktiviti mainan dan
aktiviti yang tidak memerlukan latihabn atau soalan. Apabila murid tidak berminat terhadap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan oleh guru, objektif pembelajaran
tidak dapat disampaikan dengan berkesan. Pada masa yang sama, murid tidak akan
mendengar arahan atau memberi perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas kerana tidak berminat.

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
- Saya akan mempelbagaikan bahan bantu mengajar saya supaya dapat menarik
perhatian murid untuk mengikut pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
- Saya akan merancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
tahap dan minat murid dalam kelas.
- Saya akan memberikan motivasi kepada murid untuk merangsang dan mewujudkan
minat murid untuk mengikut pengajaran dan pembelajaran serta menyertai aktiviti yang
dijalankan dalam kelas.

4. TEMPOH MASA
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin kerana adalah penting untuk
mewujudkan minat murid untuk mengikut pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin, sudah tentu objektif-objektif yang
telah dirancangkan tidak dapat tercapai sepenuhnya.

5. PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan meminta kerjasama guru pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan
saya di samping meminta pandangan daripada rakan saya.

6. TINDAKAN SUSULAN
Semasa merancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya akan merancangkan
aktiviti yang sesuai dengan tahap murid serta dapat menarik minat murid. Saya juga akan
mempelbagaikan bahan bantu mengajar supaya dapat meningkatkan minat murid.