You are on page 1of 27

JAWAPAN Latihan Eksklusif - Tatabahasa & Rumusan

TATABAHASA
Soalan 1
a)
1) Menyalahi
Maksud:
- Tidak mematuhi peraturan (undang-undang dan sebagaiya), tidak
menyetujui, membantah, menentang.
Contoh Ayat:
- Kita perluah mengelakkan diri daripada menyalahi undang-undang jalan
raya agar tidak disaman.

Menyalahkan
Maksud:
- Menganggap salah/ tidak mengakui.
Contoh Ayat:
- Jangan selalu menyalahkan orang lain atas kesilapan yang telah kita
lakukan.

2) Mengotori
Maksud:
- Menyebakan keadaan yang tidak bersih pada sesuatu.
Contoh Ayat:
- Tumpahan minyak daripada kapal yang karam itu mengotori pantai Morib.

- Mengotorkan
Maksud:
- Menyebabkan menjadi tidak bersih.
Contoh Ayat:
- Pelajar di kelas itu mengotorkan bilik darjah dengan membuang sampah
merata-rata.

3) Menghiasi
Maksud:
- Menyebabkan kelihatan lebih cantik atau elok.
Contoh Ayat:
- Gambar-gambar yang cantik menghiasi dinding biliknya.

Menghiaskan
Maksud:
- Mencantikkan (mengindahkan) dengan sesuatu.
Contoh Ayat:
- Kakak menghiaskan manik yang berwarna-warni pada bajunya.

b)
1. Cikgu Ali menyatakan bahawa gelagat tiga orang pelajar itu jelas bertentangan
dengan tatasusila sebagai pelajar sekolah.
2. Cikgu Siti menyatakan bahawa beliau akan mendapatkan pita video yang
merakamkan gelagat ketiga-tiga orang pelajar tersebut.

berdasarkan pada – berdasarkan/ berdasar pada Keterampilan – penampilan . calun – calon Semak – menyemak 3. Cikgu Ali menjelaskan bahawa pihaknya perlu bertindak dengan tegas terhadap mana-mana pelajar yang melanggar disiplin.3. 5. mereka bakal berdepan dengan hukuman yang berat. 4. 6. memotongkan – memotong diagehkan – agihkan 2. Cikgu Ali menjelaskan bahawa kesemua itu akan disiasat bagi mendapat gambaran sebenarnya insiden yang terjadi. Cikgu Siti meyatakan bahawa pihaknya akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Disiplin pada petang nanti. beristirehat – beristirahat Mengisikan – mengisi d) 1. Beliau menjelaskan bahawa pihaknya memandang serius kejadian yang membabitkan tingkah laku pelajar di sekolah. kuatnya – lebatnya Antara sebab-sebab – antara sebab 3. penghawa dingin – penyaman udara Pekerja-pekerja – pekerja 2. Cikgu Siti menjelaskan bahawa jika Jawatankuasa Disiplin berpuas hati bahawa tingkah laku ketiga-tiga orang pelajar tersebut melanggar tatasusila sebagai pelajar sekolah. c) 1.

Merempuh/ melintasi/ menembusi. hujan lebat yang melanda kampung itu pun reda.Manjelang waktu senja.e) 1. . . Umpama duduk di atas daun/ seperti duduk di dalam duri. . Mulai berkurang/ hampir berhenti. 2. Buang yang keruh ambil yang jernih.Menempuh/ mengharung. Bersedia dengan ikhlas hati/ rela. 3. .Tangisan kanak-kanak itu masih belum reda kerana kesakitan yang dialaminya. .Emak reda dengan pemergian adik ke luar negara untuk menyambung pengajiannya.Menebang (menebas) banyak-banyak. Semakin kurang/ berkurangan/ tidak menghebat lagi.Kereta-kereta hampir reda melalui lebuh raya itu pada waktu malam. Redah Maksud: . Soalan 2 a) 1) Reda Maksud: . Contoh Ayat: . . . Hampir habis/ hampir kurang/ kurang. . . Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

. .Dia merendamkan kakinya hingga paras lutut untuk menanggalkan lumpur yang telah kering.Serak/ garau (suara).my .Rupa muka (wajah). Contoh Ayat: . .cikgusuguz. www.Suaranya menjadi parau kerana batuk selama seminggu.Saya redah berpuluh-puluh kilometer dengan mengayuh basikal untuk sampai ke Thailand. .Contoh Ayat: .Lantai pondok di kebun Pak Ali sama paras walaupun dibina menggunakan buluh.Saya redah semak-samun yang ada di belakang rumah untuk dijadikan kebun sayur. .Aras/ had.com.Rata/ tidak tinggi/ rendah.Paras yang cantik perlu dihiasi dengan tingkah laku yang sopan.“Jangan redah masuk ke bilik abang tanpa izinnya. Parau Maksud: .” kata emak kepada adik. . 2) Paras Maksud: . Contoh Ayat: .

Bahagian (daripada sesuatu) /potong/ penggal. .Tali kelat yang digunakan untuk menumbangkan pokok yang besar itu digulung dengan kemas. Contoh Ayat: . Contoh Ayat: .Bunyi kerat yang bising di dapur rumah itu rupa-rupanya berpunca daripada seekor tikus. . . .Rasa hampir-hampir pahit (seperti rasa pinang). . .Lekat/ susah dibuka (mata kerana terlalu mengantuk).Tulang belakang tubuh manusia ada tiga puluh tiga kerat semuanya. 2) Ayat pasif dengan ganti nama diri kedua. . barulah mereka berhenti berbual.Apabila mata mereka telah mula kelat. . Kelat Maksud: .Peserta itu melagukan beberapa kerat syair dalam pertandinagan peringkat akhir.3) Kerat Maksud: .Nenek suka mengunyah sirih pada waktu lapang walaupun rasanya kelat.Tali untuk menarik layar kapal/ menumbangkan pokok yang ditebang.Bunyi seperti tupai mengunggis benda yang keras. . b) 1) Ayat pasif dengan ganti nama diri pertama.Beberapa kerat sahaja antara pejuang itu yang sanggup berkorban untuk mempertahankan kampung halamannya. 3) Ayat pasif dengan ganti nama diri ketiga.

. c) 1) pamiran – pameran Berada – diadakan 2) mempertahan – mempertahankan Jatidiri – jati diri 3) juru ukur – juruukur Perluasan – keluasan d) 1) di kota atau desa – di kota atau di desa. Di samping – di sisi 2) dimasyhurkan – dinobatkan/ diisytiharkan Daripada – oleh 3) Persembahan – Pementasan Mengisahkan tentang – mengisahkan e) 1) Rambut sama hitam hati lain-lain. 2) Menegakkan benang basah/ bertikam lidah/ bertegang leher. 5) Ayat pasif dengan ganti nama diri ketiga.4) Ayat pasif songsang. 3) Mencurah air di daun keladi/ carik-carik bulu ayam. lama-lama bercantum juga. 6) Ayat pasif dengan ganti nama diri kedua.

.Kumpulan orang yang merupakan suatu kesatuan untuk mengejarkan sesuatu. .Bahagian yang (ter)utama daripada sesuatu.Berharta.Diri (sendiri) .Satu dasar baharu akan diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan dalam menambah baik sistem pendidikan sedia ada. .Tubuh jasad (manusia) . pertubuhan.4) Biduk lalu (berlalu) kiambang bertaut/ Air dicincang (dicencang) tiada putus/ Air ditetak tiada akan putus/ Buang yang keruh ambil yang jernih.Badan adik calar-balar selepas terjatuh di padang yang penuh dengan rumput berduri itu. (Terima tiga peribahasa yang menunjukkan situasi berbeza) Soalan 3 a) 1) Badan Maksud: . kaya.Ada (di) atau terdapat di sesuatu tempat atau dalam sesuatu keadaan. Contoh Ayat: . . .Agensi. Contoh Ayat: . 2) Dasar Maksud: .Beberapa buah badan kebajikan telah mengambil inisiatif untuk mengutip dana bagi membantu mangsa banjir tempoh hari.

murah.Kerja-kerja mendalamkan dasar sungai akan dijalankan oleh pihak Jabatan Perparitan dan Saliran sebelum tibanya musim hujan. . dan lain-lain). .Tidak banyak. bongkak). kecil.Kurang baik (mutu dan lain-lain) .Beberapa buah rumah yang berada di kawasan rendah telah ditenggelami air dalam kejadian banjir di kampung saya. . 2) Anda telah menghabiskan masa dan tenaga untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. .Tidak mahal (harga).Keadaan jalan yang rosak disebabkan oleh penggunaan minyak tar yang berkualiti rendah. nista. . kecil. baik hatinya.Tidak maju lagi. asib.Tidak jauh jaraknya dari bawah. . 3) Pegawai imigresen telah menahan rakyat asing yang masuk secara haram ketika bot mereka tiba di Pantai Samudera. tidak tinggi (lawan tinggi). .Tidak nyaring. hina. tidak angkuh (sombong. tidak istimewa.Tidak mulia (budi hati). .Rendah hati. 3) Rendah Maksud: . b) 1) Sambutan rumah terbuka semasa perayaan dapat mengeratkan hubungan mesra antara rakyat pelbagai kaum. . pangkat. sedikit (pendapatan dan lain-lain). .Tidak tinggi atau tidak penting (kedudukan. perlahan (suara dan lain-lain). lembut. . Contoh Ayat: .(Taraf) permulaan. suka merendahkan diri.

2) Alah bisa. biar basah/ usaha tangga kejayaan/ alang-alang berminyak. 3) Alang-alang berdakwat. biar sampai hitam/ alang-alang berhuma. . di situ ada jalan/ genggam bara api biar sampai jadi arang/ alang-alang menyeluk pekasam. d) 1) merempuh – menempuh Di – pada 2) angkasa raya – angkasa lepas Dibanggakan oleh kami – kami banggakan 3) meninggikan – memartabatkan/ mengangkat Berbagai – pelbagai/ berbagai-bagai e) 1) Masa itu emas. biar sampai menjadi/ alang-alang mandi. tegal biasa. biar licin/ di mana ada kemahuan. biar sampai ke pangkal lengan.Krim Mendapatkan – didapati/ terdapat/ kedapatan.c) 1) sulong – sulung Dirisaukan – merisaukan 2) kerinting – keriting Mencucikan – mencuci 3) Kerim.

Contoh Ayat: .Budi bahasa. dan sebagainya).Remaja yang terbiar akan mudah rosak akhlaknya. tabiat.Setiap pelajar harus mempunyai iltizam dalam mencapai sesuatu kejayaan akademik. 2) akhlak Maksud: . . 3) iltizam Maksud: .Ada permulaan yang tiada pengakhiran (berkenaan masa. kehidupan. komitmen.Keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu. . Contoh Ayat: .Usaha pengembangan bahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah disertai oleh iltizam daripada kerajaan sendiri.Kehidupan akhirat adalah kehidupan yang abadi. kenangan. Contoh Ayat: .Pernyataan berupa persetujuan (perjanjian) yang menyebabkan seseorang (sesuatu pihak) terikat (berazam) untuk melakukan sesuatu. kelakuan. .Soalan 4 a) 1) abadi Maksud: .

Pak Mail dan Mak Jimah tidak mempunyai zuriat walaupun sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga. 6) zuriat Maksud: .Keturunan.Kita memerlukan istirahat yang cukup dalam kehidupan. b) 1) subjek – Seseorang juruterbang prediket – sering berhadapan dengan cabaran dan risiko. Contoh Ayat: . benih.4) istirahat Maksud: . Contoh Ayat: .Keadaan atau suasana santai.Bersifat menyeluruh dan sempurna. anak atau anak cucu. 5) syumul Maksud: . Contoh Ayat: .Undang-undang Islam yang bersifat syumul dan universal perlu dihayati oleh umat Islam sendiri. baka. 2) subjek – Kerjaya ini prediket – menuntut keberanian juruterbang .

c) 1) pelusuk – pelosok penceroboh – pencerobohan 2) bandaraya – bandar raya padatan – kepadatan 3) hulu balang – hulubalang jaminan – menjamin d) 1) dokumentasi – dokumentari video klip – klip video 2) Yang Berhormat – Yang Amat Berhormat ke.mampu menerbangkan pesawat tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat. 6) subjek – Juruterbang yang berkemahiran prediket .3) subjek – Kemahiran memandu kapal terbang prediket – lebih sukar daripada memandu kenderaan lain 4) subjek – Cara pengendaliannya prediket – amatlah berbeza.kepada 3) Hadiah – Bintang/ Pingat dianugerahkan oleh beta – beta anugerahkan . 5) subjek – Mereka prediket – perlu menjalani latihan khas di pusat latihan penerbangan.

com. dimakan. hampir keseluruhannya. 3) Gunting dalam lipatan/ Duri dalam daging/ Api dalam sekam. dibelanjakan.Soalan tesis Geografi saya belum habis dibentuk. dan lain-lain) . 2) Alang.cikgusuguz.Selesai (siap.my .Kesemuanya (segalanya. Soalan 5 a) 1) habis Maksud: . dibuang. akhirnya hinggap di belakang kerbau juga/ Setinggi-tinggi terbang bangau.(apa hendak dikatakan) kerana. .Banyak bahagiannya.e) 1) Ikan pulang ke lubuk/ Belut pulang ke lumpur berapa tinggi terbang bangau. sekaliannya. hinggap ke bubungan juga/Tak sungguh seluang melaut akhirnya balik ke tepi juga. keseluruhannya). sesudah itu (dalam pertanyaan).Tidak ada yang tinggal (kerana sudah digunakan. diperlukan (berkenaan wang. ditumpukan.Paling (yang) ter… .Selepas. . setelah.Jadi (jadinya). sebahagian besarnya. berakhir. kalau begitu.Digunakan. . tamat.Saya habis makan semua makanan di atas meja itu. dan lain-lain untuk sesuatu). Contoh Ayat: .alang mandi biar basar/ Alang-alang berminyak biar licin/ Mati-mati minyak biar licin/ Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. dimusnahkan. . . . masa.sudah). www. .

.matian. Contoh Ayat: . . mati. panjangnya. Kuat serta luas kawasan pemerintahan atau jajahannya dan dihormati oleh negeri lain.Terlalu sangat. Tidak kecil (ukurannya). Amat penting. . . . dengan tidak tersekat (terbatas) Contoh Ayat: . perusahaan dan sebagainya). Menelan belanja yang banyak dan ramai bilangan jemputannya (kenduri. luasnya. berkuasa (berjawatan dan sebagainya).Hingga habis (terkorban dan sebagainya) semuanya. .Mereka bersumpah akan berjuang habis-habisan mempertahankan tanah air ini. . Banyak . Ukuran (lebarnya. 2) besar Maksud: . dengan sepenuh kemampuan (tenaga. . tugas).Lambakan barangan tiruan dari luar negara di pasaran tempatan menjadi masalah utama yang perlu dibanteras habis-habisan. dan lain-lain). . .India dan China membawa pengaruh besar kepada kebudayaan setempat. Mempunyai kegiatan yang meluas dan hasil pengeluarannya tinggi (berkenaan syarikat.Kejohanan ini menarik penyertaan jaguh besar seperti Tiger Woods. (hajat. berpengaruh. niat. kesungguhan dan lain-lain).habis-habisan Maksud: . Penting. . majlis). Sukar diatasi.

. Dengan cara yang besar (sambutan majlis). Meluas dan bersungguh-sungguh.Gudang itu mengadakan jualan secara besar-besaran. Contoh Ayat: .Setelah cukup segala persiapan.Tidak susah atau sukar. 3) mudah Maksud: .my .com. Ali dan Siti pun berkahwin dalam suatu majlis besar-besaran.Budak-budak muda mudah benar terpengaruh. www. Banyak dan luas pasarannya. . senang. . Dalam bilangan yang banyak. . . diharapkan supaya.Dengan harapan supaya (terhindar daripada kemalangan dan lain-lain). Contoh Ayat: .Senang diperdaya (perempuan) tidak kuat imannya. . . mudah-mudahan Maksud: .cikgusuguz.Soalan ujian pada kali ini adalah lebih mudah berbanding ujian yang lepas. gampang. moga-moga. .(biasanya pada akhir ayat dan lain-lain) demikianlah hendaknya.besar-besaran Maksud: .Cepat atau lekas sekali (menjadi dan lain-lain).

5) Rakyat boleh memanfaatkan teknologi.Mudah-mudahan dia sudi memaafkan saya. . 4) Bidang ini menampung keperluan makanan negara.Mudah-mudahan pada masa akan datang kita akan dapat mempelajari lebih banyak ilmu alam.Contoh Ayat: . 3) Bidang ini dimajukan dalam sektor pertanian. 2) Bidang bioteknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya. 6) Rakyat boleh menambahkan pendapatan. c) 1) mengagehkan – mengagihkan terbakar – kebakaran 2) snooker – snuker dipendekkan – memendekkan 3) mengembleng – menggembleng pro-aktif – proaktif d) 1) keelokan – kesedapan/ kelazatan/ keenakan dibuat oleh saya – saya buat 2) bila – apabila . b) 1) Malaysia merupakan negara yang mempraktikkan bioteknologi.

4) Kalau kail panjang sejengkal. 5) Kalau takut dilambung ombak. biar sampai jadi arang. memasukkan – menjaringkan 3) membincangkan tentang – membincangkan/ berbincang tentang ditempuhi – dihadapi e) 1) Bukit sama didaki. susah hati. 3) Kalau tak dipecahkan ruyung.Baginda mempunyai berpuluh-puluh hulubalang dan lasykar. lautan dalam jangan diduga.Kelasi yang terlibat dalam tragedi bahtera karam itu berjaya diselamatkan. hujan batu di negeri sendiri. . 6) Hujan emas di negeri orang. lebih baik negeri sendiri. manakan dapat sagunya. murung. lurah sama dituruni. sedih. jangan berumah di tepi pantai. 2) Bahtera – kapal besar Contoh Ayat: . kesal hati. Soalan 6 a) 1) Lasykar – askar serdadu Contoh Ayat: . 3) Masyghul – berasa dukacita kerana sesuatu. sebal hati. 2) Genggam bara api.

takhta Contoh Ayat: Sultan Maarof sedang bertitah di atas singgahsana. 5) Gering – sakit. 2) Ayat aktif tak transitif.Contoh Ayat: Baginda berasa sungguh masyghul apabila dimaklumkan bahawa puteri baginda sedang gering. 5) Ayat aktif transitif. Contoh Ayat: Muar juga adalah tempat terletaknya satu-satunya makam kesultanan Melaka iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah. 4) Makam – kubur (digunakan untuk orang yang dihormati seperti nabi. 4) Ayat aktif transitif. para wali. C) 1) pra-bayar – prabayar meletakan – meletakkan . 3) Ayat aktif transitif. b) 1) Ayat aktif tak transitif. 6) Ayat aktif tak transitif. 6) Singgahsana – kerusi kerajaan (tempat raja bersemayam). keluarga diraja dan lain-lain). uzur Contoh Ayat: Laksamana berasa sedih kerana baginda sultan sedang gering.

2) letrik – elektrik memperkukuhkan – memperkukuh 3) antara bangsa – antarabangsa dijalin – terjalin d) 1) di – pada(tatabahasa) berulang-ulang – berturut-turut (kata/istilah) 2) komuniti – komoditi (kata/istilah) golongan para – golongan/ para (tatabahasa) 3) dikerat – dipotong/ digunting (kata/ istilah) teramat panjang sangat – teramat panjang/ panjang sangat (tatabahasa) e) 1) Bagai aur dengan tebing/ bulat air kerana pembetung bulat manusia/ kata kerana muafakat.my . 3) Seperti kacang lupakan kulit/ Seperti ulat lupakan daun.com. www.cikgusuguz. 2) Di mana ada kemahuan di situ ada jalan/ rajin dan usaha tangga kejayaan/ kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Guru mempelbagaikan teknik pengajaran (bercerita. 7. Guru menggunakan medium teknologi maklumat/ internet/ peralatan multimedia dalam pengajaran. Isi Tersurat (Kepentingan mempelajari subjek Sejarah): 1. Sukatan pelajaran/ kurikulum subjek Sejarah dipinda/ diperbaharu.Mendidik aspek kemasyarakatan seseorang. Mewujudkan rasa kebersamaan dalam kalangan ahli keluarga.cara menyuburkan minat pelajar terhadap subjek Sejarah): 1. Menjana pemikiran yang rasional atau matang antara kaum. 3. (1 aspek sahaja – 0 markah) 8. 5. 10. Menyemai semangat patriotisme (yang jitu dalam kalangan generasi muda). Menjana pemikiran yang rasional dan matang antara kaum (di negara kita). 9. Guru menggunakan kaedah pengajaran terkini/ baharu/ berbeza. 3. . 6. dan sebagainya). 2. 4.Petikan membincangkan kelebihan/ keistimewaan/ kemaslahatan/ keperluan/ faedah/ manfaat/ kebaikan/ kesan positif/ mustahaknya mempelajari subjek Sejarah. Isi Tersirat (Cara.JAWAPAN RUMUSAN Soalan 1 Pendahuluan . Melahirkan sikap toleransi (dalam diri rakyat negara ini). dan negara. 2. bahasa.Mengajak pengkajinya mengambil iktibar demi masa depan. masyarakat. Merangsang semangat ingin tahu dalam diri pelajar. Mencetuskan semangat untuk mengetahui sejarah bangsa. Memangkinkan perasaan dan tindakan (semua warga) untuk mempertahankan negara. 11. 4. lakonan. Memupuk semangat perpaduan (dalam kalangan generasi muda).

. . .Pemahaman sempit pelajar tentang kepentingannya. . semua pihak hendaklah memperkasakan subjek Sejarah agar dapat membina identiti negara bangsa Malaysia yang cemerlang/ demi kesinambungan pembangunan agama. Media massa menyiarkan bahan-bahan/ rancangan sejarah dengan lebih menarik. pameran.Mereka dipaksa membaca dan mengingati banyak fakta yang berulang- ulang (sejak tingkatan satu hinggalah lima). 8. Soalan 2(a) 1) Maksud menentukan jatuh bangun: . bangsa dan negara. Memastikan/ Menetapkan kejayaan/ prestasi/ pencapaian.Kaedah pengajaran yang tidak berkesan dan membosankan. 6. Sekolah menjemput tokoh sejarah berkongsi pengalaman.Lahir generasi buta sejarah/ memandang remeh sejarah negara.Anggapan kerjaya yang berkait dengan sejarah tidak menjamin masa depan. Memastikan/ Menetapkan berjaya atau gagal. 2) Sebab-sebab subjek Sejarah sering diabaikan oleh pelajar: .Kesimpulannya. Sekolah mengadakan pelbagai program pendidikan bertemakan sejarah (kuiz. Kesimpulan . pertandingan esei. . (Terima dua isi sahaja) 3) Kesan sekiranya subjek Sejarah tidak dipentingkan: . Memastikan/ Menetapkan maju mundur. dan sebagainya). .Tidak lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. . 5. Program lawatan ke tempat-tempat penting/ bersejarah diadakan. 7.

Melahirkan masyarakat yang tidak patriotik.Muncul generasi yang akan melakukan kesilapan seperti generasi terdahulu.Petikan membincangkan cara-cara untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. . 4.Melahirkan generasi yang tidak mempunyai jati diri. 6. 2. Kerajaan wajar mengadakan kempen yang berkesan. . 7. 3. Pihak yang bertanggungjawab pula sepatutnya mempamerkan bahasa kebangsaan pada papan tanda tanpa mencampuradukkannya dengan penggunaan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. 8. . Peningkatan kualiti wacana nasional perlu dilestarikan. Memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Pakar-pakar bahasa dan pihak media perlu membantu rakyat menguasai bahasa Melayu dengan sebaik-baik mungkin. Mengukuhkan dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan semua kaum. Sekolah memainkan peranan utama dalam memastikan penggunaan bahasa yang tepat dan betul dalam kalangan pelajar dan guru-guru.Perpaduan/ keamanan negara tergugat. . 5. . Mewujudkan peraturan agar bahasa asing tidak mengatasi kedudukan dan kepentingan bahasa kebangsaan. Isi Tersurat (Langkah-langkah memantapkan penggunaan bahasa Melayu): 1.Matlamat untuk melahirkan generasi yang bermartabat mulia/ berdaya maju tidak tercapai. . (Terima tiga isi sahaja) Soalan 3 Pendahuluan .

. Sikap masyarakat yang memandang rendah terhadap bahasa Melayu. Soalan 4 (a) 1) Maksud rangkai kata memberikan imej yang positif ialah: . Golongan profesional tidak selesa menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi. . Rakyat lebih selesa menggunakan bahasa pasar semasa berkomunikasi/ menggunakan bahasa rojak. semua pihak perlu bersungguh-sungguh untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi agar bahasa Melayu mampu menjadi bahasa perpaduan.Kesan penjajahan Inggeris dan arus globalisasi yang melanda telah meminggirkan kedaulatan bahasa kebangsaan.Matlamat menjadikannya sebagai bahasa ilmu masih belum tercapai. Kesimpulan . . . Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. 5.Menampilan kesan/ impak/ citra yang baik/ diterima masyarakat. 2) Sebab-sebab bahasa Melayu perlu dimartabatkan.Usaha memantapkan penggunaan bahasa Melayu dengan bersungguh- sungguh dapat meningkatkan jati diri rakyat.Kesimpulannya. dan agama. Kempen yang diadakan tidak bersungguh-sungguh. Isi Tersirat (Kekangan yang dihadapi): 1. budaya. 4. 3. 9. Ahli akademik digalakkan lebih banyak menulis dan diberi ruang untuk memberikan pendapat di media. 2.

6. Menjauhkan diri daripada gejala sosial yang tidak sihat. Remaja akan lebih terarah dalam soal kehidupan. Membantu perkembangan psikologi remaja. 3) Usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh pihak sekolah dalam memartabatkan penggunaan bahasa Melayu ialah: . Membentuk golongan remaja menjadi lebih matang. dan mempunyai keyakinan dalam pergaulan. berketerampilan. Mendedahkan remaja kepada aspek kerohanian. Berekreasi merupakan terapi fizikal semula jadi untuk mengekalkan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda.Meletakkan papan-papan tanda di kawasan sekolah dalam bahasa Melayu yang betul. Mengelakkan remaja daripada terjebak dalam aktiviti tidak sihat yang boleh merosakkan masa depan mereka. 7. . . 9. 4. 3. Soalan 5 Pendahuluan . Menyihatkan badan dan memberikan kesihatan yang baik dan minda yang cerdas. . Mendidik remaja agar lebih terbuka dari segi minda dan pergaulan.Mengadakan kursus tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam situasi formal kepada guru dan kakitangan sekolah.Mengadakan aktiviti kokurikulum yang melibatkan pertandingan- pertandingan dalam bahasa Melayu. 10. 5. Meningkatkan motivasi diri.Petikan membincangkan kebaikan/ kelebihan/ keperluan berekreasi dalam kalangan remaja di negara ini.Mewajibkan perhimpunan dan acara rasmi dijalankan dalam bahasa Melayu. Isi Tersurat (Kepentingan Berekreasi): 1. menilai diri serta menghargai usia remaja dengan sebaik-baiknya. . 2. 8.

Pusat kelihatan menyediakan pelbagai peralatan senaman moden. .Mengadakan Hari Kokurikulum. . Kurangnya tempat berekreasi/ kawasan yang terhad. Berekreasi aktiviti yang memenatkan.Kerajaan juga telah membina banyak pusat sukan tertutup. 5. .Taman untuk berekreasi disediakan di setiap kawasan perumahan. Kurangnya galakan daripada ibu bapa. 2. .Melaksanakan kempen di sekolah.Aktiviti berekreasi dalam kalangan remaja perlu digalakkan agar generasi remaja yang berkualiti dan seimbang dapat dilahirkan. 6. Kurangnya kemudahan rekreasi. . iaitu 1 Murid 1 Sukan. 3. Persekitaran tidak menyeronokkan dan tidak menghiburkan. . 4. Kesimpulan . Isi Tersirat (Kekangan untuk berekreasi): 1. 2) Usaha-usaha oleh pihak kerajaan dan swasta untuk menggalakkan rakyat berekreasi ialah: . Soalan 6(a) 1) Maksud rangkai kata menuju alam kedewasaan ialah: . 3) Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan para pelajar berekreasi ialah: . Berekreasi aktiviti yang membuang masa.Memberikan anugerah-anugerah/ penghargaan.Ke arah/ mengarah/ menghala/ dunia/ bidang/ lingkungan kematangan.Mengadakan pertandingan sukan dan permainan. .Mengadakan sukan tahunan.

.cikgusuguz.my WhatsApp 019 6626 057 .Menubuhkan kelab/ persatuan yang baharu.com. Cikgu Suguz www. .Mengaktifkan semula kelab yang sedia ada.