You are on page 1of 5

PENDAHULUAN

Membangunkan modal insan adalah misi nasional. Sektor pendidikan diyakini


mampu melahirkan modal insan yang berkualiti seperti mana yang dihasratkan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Para pendidik di negara ini sentiasa berusaha
melahirkan insan yang berkebolehan, bekerja dengan cemerlang, berkomunikasi dan
berinteraksi dengan berkesan, berkebolehan menggunakan ICT dengan baik, berupaya
berfikir secara kreatif dan kritis, mampu bertindak secara rasional, mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat, di samping mampu menjadi pemimpin dan pengurus yang
berintegriti. Hal ini selari dengan Visi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
SEJAUH MANAKAH SISTEM PENDIDIKAN KINI DAPAT MERIALISASIKAN VISI DI
ATAS?

Implikasi daripada visit tersebut pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
menjalankan Projek Rintis Sekolah Bestari selama tiga tahun. Sembilan puluh (90) buah
sekolah rintis telah dipilih untuk peringkat percubaan ini. Sehubungan daripada itu, kes
Sekolah Bestari telah diperluaskan lagi ke sekolah pedalaman serta sekolah kurang murid
bagi melaksanakan inovasi Information and Communication Technology (ICT).
Walaubagaimanapun, terdapat kekangan dalam melaksanakan sekolah bestari akibat
daripada kurang capaian internet di sekolah-sekolah pedalaman. Seperti yang di terbitkan
dalam akhbar Berita Harian Namun begitu Capaian internet masih menjadi kekangan
kepada hasrat Kementerian Pendidikan untuk memaksimumkan penggunaan teknologi
pendidikan di semua sekolah di Malaysia. (Minarni Mat Saad, 2017) Dalam akhbar tersebut
juga menyatakan bahawa kementerian akan mengatasi masalah ini Menteri Pendidikan,
Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kementerian tidak berdiam diri dan mengambil inisiatif
untuk meningkatkan capaian internet di sekolah terutamanya di kawasan luar bandar.
Katanya, Kementerian Pendidikan sedar bahawa penggunaan ICT di sekolah tidak begitu
meluas seperti diharapkan dan usaha dipertingkatkan untuk memastikan ICT digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Minarni Mat Saad, 2017).

Seterusnya visi KPM telah memberi impak terhadap bidang Pendidikan Teknik dan
Vokasional (PTV). PTV telah diberikan tumpuan yang penting oleh KPM kerana melalui
PTV negara dapat melahirkan tenaga kerja yang mahir, separa mahir dan profesional. Oleh
itu, berlaku transformasi pendidikan vokasional yang bermula sejak tahun 2013.
Walaubagaimanapun, aliran ini kurang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
Institut Pendidikan Tinggi seperti yang dinyatakan dalam Utusan Online Pelajar aliran ini
juga dikira kurang berpeluang untuk ke menara gading jika dibandingkan dengan
sebahagian rakan-rakan mereka daripada aliran akademik yang akan memasuki kelas
matrikulasi atau tingkatan enam selepas menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) (Utusan Online, 2011). Bagi mengatasi masalah tersebut, kedudukan aliran
tersebut telah dilonjakkan ke peringkat diploma Pengumuman sistem baru pendidikan
vokasional oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah
melonjakkan kedudukan aliran tersebut dalam sistem pendidikan negara. Transformasi ini
telah menjanjikan kelulusan hingga ke peringkat diploma secara jalan pintas melalui
perwujudan Kolej Vokasional (KV) selepas tingkatan tiga. (Utusan Online, 2011).
SIFAT DAN KUALITI PROFESIONAL GURU

Walaubagaimanapun, guru yang mempunyai sifat dan kualiti profesional amat


diperlukan bagi membantu merialisasikan visi KPM. Antaranya ialah guru bertindak sebagai
pembentukan nilai atau role model nilai (Fiza, 2010). Hal ini merupakan kriteria penting
bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir Kour, (2007) guru harus membentuk
murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi.
Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru
seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan
murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu
bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan
kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak
langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng, (2003) guru yang
beriltizam akan menjadi suri teladan kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru
berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-
amalannya di dalam bilik darjah.

Selain itu, guru juga harus memiliki sifat kecindan (Hishamuddin, 2011). Hal ini akan
membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Dengan adanya
gelak ketawa dalam bilik darjah akan membuatkan guru tersebut disukai dan sering didakati
oleh murid-muridnya. Perhubungan guru dengan murid akan terjalin erat dan ini sangat baik
dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Dengan sifat sedemikian, guru dapat
menjadikan pelajarannya lebih menarik dan berkesan

Seterusnya, guru haruslah peka dengan segala perkembangan pendidikan. Craft


(2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu
peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini. Guru yang profesional juga sentiasa
mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan
pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru. (Sang M. S., 2007),
menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran
menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan matematik dan
pedagogi pengajaran masa ini disamping membimbing murid-murid menggunakan internet
sebagai p&p. Selain itu, guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik
darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan
pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi word processing,
spreadsheet, database, desktop publishing, dan graphing (Dr Ranbir Kaur, 2007).
RUMUSAN

Oleh itu, guru adalah agen terpenting dalam merealisasikan visi KPM disamping
merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharungi cabaran di tahap
yang lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang dibentangkan iaitu guru
perlulah bertindak sebagai role-model, mempunyai sifat kecindan, dan peka dengan segala
perkembangan pendidikan mampu meyediakan generasi muda untuk menghadapi
kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global,
kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai
keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Sebagaimana yang ditegaskan
oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak
manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.
Rujukan

Utusan Online. (2011, September 19). Didapatkan Juai 10, 2017, daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0919&pub=Utusan_Malaysia&sec
=Rencana&pg=re_03.htm

Fiza. (2010, Mac). Blogspot. Didapatkan 07 10, 2017, daripada Permata Pemulihan:
http://permatapemulihan.blogspot.my/2010/03/

Hishamuddin. (2011, September 29). Didapatkan 07 10, 2017, daripada Slide Share:
https://www.slideshare.net/HishamuddinJabar/profesionalismedanakautabilitiguru

Minarni Mat Saad. (2017, Januari 26). BH ONLINE. Didapatkan Julai 12, 2017, daripada
http://www.bharian.com.my/node/240231

Sang M. S. (2007). Tutor. Didapatkan Julai 10, 2017, daripada http://www.tutor.com.my/