You are on page 1of 12

CADANGAN PEMBINAAN BANGUNAN BENGKEL DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF

IKM BESERI, PERLIS.

RINGKASAN PROJEK

1.0 NAMA PROJEK

Cadangan Merekabentuk, Membina dan Menyiapkan bangunan baru dua


blok tambahan Bengkel Kimpalan dan Bengkel Elektrik Domestik dan
Industri di Institut Kemahiran MARA, Kota Kinabalu, Sabah.

2.0 TUJUAN RINGKASAN PROJEK

Memberi penerangan dan maklumat mengenai konsep serta keperluan bagi


membolehkan para arkitek dan perunding untuk penyediaan pelan-pelan
yang diperlukan untuk rekabentuk dan pembinaan.

3.0 OBJEKTIF PROJEK

3.1 Menyediakan kemudahan prasarana yang cukup untuk proses


pengajaran dan pembelajaran (P&P). Melengkapkan kemudahan agar
aspek kebajikan dan disiplin pelajar tidak diabaikan.

3.2 Memberi kemudahan ruang kerja amali yang mencukupi kepada


pengajar teknikal dan pelajar khususnya dalam melaksanakan proses
Pengajaran dan Pembelajaran bagi Seksyen Enjin Diesel Seksyen
Transmission, Seksyen Wheel Alignment, Seksyen Fuel Injection
Pump, Seksyen Air-Conditioning, Seksyen Pneumatic and Hydraulic,
Seksyen Project Design dan Seksyen Final Project

3.3 Mewujudkan persekitaran yang dinamik, harmoni untuk memenuhi


kesinambungan rohani dan jasmani pelajar dan pengajar.

3.4 Melengkapkan kemudahan di dalam IKM agar dapat menarik minat


pelanggan (pelajar lepasan SPM) untuk menyertai latihan kemahiran
MARA dan menambah enrolmen pelajar agar perlaburan yang telah
dibuat kerajaan dapat dimanfaatkan.

4.0 TAPAK PROJEK

4.1 Projek ini akan dibangunkan di atas sebahagian tanah sedia ada No.
P.T 1799 yang berkeluasan 35 ekar. Built up Area bagi pembinaan
bengkel dianggarkan seluas 4200 m2.

4.2 Lokasi tapak yang dicadangkan adalah di padang B. Lokasi ini


bersesuaian kerana berdekatan dengan bengkel lain yang sedia ada
(sila rujuk lampiran 1).

5.0 SKOP KERJA

5.1 Skop semua perunding adalah seperti terkandung di dalam surat


perlantikan/ tawaran/ perjanjian. Antaranya ialah:

5.1.1 Menyediakan pelan dan rekabentuk arkitektur, Sivil dan


Struktur, Mekanikal dan Elektrikal, lanskap dan lain-lain yang
berkenaan bersesuaian dengan keperluan dan kehendak
enduser.
5.1.2 Menyelaras dan membuat perancangan terhadap kelulusan
pihak berkuasa dan lain-lain badan yang terlibat.

5.1.3 Menasihatkan pengguna akhir dalam menyediakan


kemudahan-kemudahan untuk keperluan akan datang.

5.1.4 Mendapatkan maklumat berkenaan keperluan bengkel


mengikut kursus yang telah dicadangkan termasuk membuat
lawatan ke pusat-pusat berkaitan.

5.1.5 Lain-lain perkara seperti yang terkandung dalam surat


perlantikan dan perjanjian.

5.2 Para perunding perlulah mengambil inisiatif sendiri untuk membuat


kajian terhadap institut-institut pengajiaan awam dan swasta sediada
agar dapat diaplikasikan dalam rekabentuk bangunan ini. Melalui
kajian seperti ini diharapkan perunding dapat menghasilkan
rekabentuk yang menarik, praktikal dan berfungsi dengan baik.

6.0 KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG PERLU DISEDIAKAN

6.1 Pembinaan bangunan bengkel ini bertujuan untuk menempatkan 10


Seksyen utama yang merangkumi seksyen-seksyen berikut:

i. Seksyen Enjin Diesel


ii. Seksyen Transmission & Undercarriage
iii. Seksyen Wheel Alignment
iv. Seksyen Fuel Injection Pump
v. Seksyen Air-Conditioning
vi. Seksyen Pneumatic and Hydraulic
vii. Seksyen Engineering Material
viii. Seksyen Project Design
xi. Seksyen Final Project & PKM
x. Seksyen Inkubator

6.2 Kemudahan yang dikemukakan ini boleh diubah berdasarkan kepada


cadangan yang dipersetujui bersama.

7.0 KONSEP REKAAN DAN PEMBINAAN.

7.1 Bengkel ini akan menjalankan kursus dalam bidang Teknologi Automotif
yang akan turut menerima peserta latihan dari agensi-agensi luar
(kerajaan dan swasta) selain dari pelajar KKTM / IKM. Oleh yang
demikian rekabentuk kolej seharusnya menggambarkan ciri-ciri moden
dengan nilai estatik yang baik dan ekonomik.

7.2 Penggunaan tapak secara bijak pada kawasan dibangunkan sahaja bagi
menjimatkan kerja tanah tetapi harus terancang mengambil kira
pembangunan masa akan datang dengan rekaan dan pembangunan
terancang untuk pembesaran.

7.3 Selaras dengan dasar kerajaan dalam teknologi pembinaan, perunding


digalakkan untuk mempertimbangkan kepenggunaan IBS dan Bangunan
Teknologi Hijau (Green Technology Building) serta mengikut kehendak
MS ISO 1525.

7.4 Susunatur bangunan adalah logik, praktikal dan efektif selaras dengan
kehendak enduser dari segi hierarki dan susunan tetingkat bangunan.
Mempunyai sistem zoning dan hubungan antara tempat yang teratur dan
kemas.
7.5 Bersesuaian dengan aspek kegunaan, pergerakan, keselamatan dan
keselesaan pelatih. Mesra kepada komuniti (pelatih dan kaki tangan)
dan orang luar (pelawat, ibu bapa, orang awam, pihak industri) dari segi
aliran / laluan pengguna ke destinasi.

7.6 Mesra alam dan impak kepada alam sekitar yang minima.
Mengimbangkan ruang kerja dan alam sekitar serta mudah dan murah
untuk senggaraan.

7.7 Memberi keselesaan kepada pengguna dengan mengambilkira


pencahayaan, pengudaraan, keselamatan, bunyi dan juga penjimatan
tenaga berpandukan kepada UBBL.

8.0 REKABENTUK

8.1 Struktur asas pembinaan bengkel ini adalah berkemasan dinding


(wall finishes) manakala lantai dan rasuk adalah jenis konkrit tetulang
di mana setiap pintu masuk bengkel disediakan dari jenis collapsible
door separa automatik dengan mengambil kira faktor-faktor berikut :

i. Rekabentuk yang mudah tetapi efektif dan menarik


ii. Mudah untuk diselenggara
iii. Menarik dan memaparkan nilai-nilai ekstatik dan identiti
tersendiri
iv. Memberi keselesaan kepada pengguna dengan mengambilkira
pencahayaan, pengudaraan, keselamatan, bunyi dan juga
penjimatan tenaga berpandukan kepada UBBL.
v. Ukuran keluasan ( P * L * T ) dan suasana ruang yang sesuai
dan selesa dengan mengikut kehendak EPU untuk semua
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
9.0 LAIN-LAIN

9.1 Berpandukan kepada senarai semak Do & Dont yang disediakan


oleh BKT dalam memenuhi keperluan pengguna.

9.2 Susun atur bilik-bilik mestilah mengikut kesesuaian dan


memudahkan pengguna.

9.3 Merujuk kepada institusi-institusi dan badan-badan yang dikenal pasti


sesuai dan terlibat dalam bidang kursus yang dicadangkan untuk
menyediakan spesifikasi bengkel.

9.4 Keperluan yang dimaklumkan dari masa ke semasa seperti yang


dimaklumkan oleh pengguna.

10.0 JADUAL KEMUDAHAN (SCHEDULE OF ACCOMODATION)

Rujuk lampiran 2.

11.0 PENUTUP

Berdasarkan kepada ringkasan projek di atas pihak perunding adalah


dikehendaki menyediakan beberapa alternatif pelan konsep susunatur
bangunan dan perspektif mengikut keadaan muka bumi tapak dan
kehendak-kehendak tersebut beserta dengan cadangan bertulis mengenai
konsep yang dipilih, untuk diteliti oleh Bahagian Kemahiran dan Teknikal
dan seterusnya dimajukan untuk kelulusan Jawatankuasa Piawaian dan
Kos MARA (JKPK ).
SENARAI SEMAK KEPERLUAN (Do and Dont)

BIL PERKARA

Konsep Rekabentuk/Susun atur Bangunan

1 Rekabentuk bangunan Rekabentuk moden dan terkini tidak terlalu ortodok dan
memaparkan ciri-ciri teknologi. Merujuk kepada institut pengajian swasta untuk
rujukan rekabentuk (cth Lim Kok Wing, dll)

2 Rekaan adalah dari jenis yang mudah disenggara, ekonomi dan bercirikan
green technology.

3 Susunan bangunan harus mengambil kira kepada pembangunan masa akan


datang.

4 Bangunan-bangunan disusun secara bijak, lojik dan mengikut zon agar kerja
tanah tidak perlu dilaksanakan pada keseluruhan tapak. Bagaimanapun perlu
ambil kira kepada akses kenderaan pembinaan pada masa akan datang.

5 Bangunan disusun secara kompak agar laluan pejalan kaki berbumbung


disediakan secara minima.

6 Pertimbangan untuk menggunakan IBS pada blok-blok dengan rekaan tipikal


(kuarters, asrama). Perunding perlu menjalankan kajian pada rekaan-rekaan
IBS sedia ada di pasaran sebagai satu cara melaksanakan IBS tanpa kos yang
terlalu tinggi.

7 Penggunaan flat roof, butterfly roof, rc gutter dan encased RWDP tidak berapa
digalakkan disebabkan sukar untuk disenggara disamping mutu kerja yang tidak
terjamin

Bengkel

1 Konsep bengkel - boleh dibesarkan utk kegunaan masa depan dengan


menambah keluasan lantai.

2 Untuk dua blok bersebelahan, mengambil kira keperluan utk bangunan tersebut
dipasang bumbung utk masa depan.

3 Bengkel mempunyai sub-stor untuk menempatkan alat pertukangan dll.


4 Bengkel menggunakan pintu dari jenis manual/motorized foldable panel atau
roller shutter dengan sistem spring dengan pintu single leaf di sebelahnya.

5 Ruang memunggah barang di stor pusat perlu ambil kira untuk menyediakan
platform untuk tujuan memunggah.
6 Konsep bengkel - bilik terbuka besar tanpa dinding. Bagaimanapun pastikan
peruntukan provisional sum untuk dinding bengkel dan makmal diadakan.

7 Ramp disediakan di roller shutter pintu besar bengkel. Ramp dan pintu diletak
pada jalan bukan untuk rumput.

8 Bengkel pastikan rekaan struktur mencukupi untuk menampung beban untuk


mesin-mesin berat.
9 Stor pusat adakan ruang lapang untuk letak barang-barang besar

10 Bilik kompressor & gas perlu diletak di luar dari bangunan bengkel

11 Ada tempat basuh tangan di bahagian luar bengkel.


12 Kawasan bengkel Kejuruteraan Awam mempunyai satu kawasan lapang yang
agak terlindung (supaya tidak mencacatkan pemandangan) untuk tujuan
penghantaran barang latihan seperti pasir dan batu dan untuk tujuan latihan.

13 Ruang utk kerja luar Bengkel Kejuruteraan awam mempunyai water tap utk
tujuan bancuh simen dsb.
14 Kawasan bengkel kejuruteraan elektrik perlu kawasan lapang untuk tujuan
latihan underground cable dan lain-lain keperluan masa depan seperti generator
set dan lain-lain.

15 Sekurang-kurangnya sebuah rumah contoh dibina mengikut spesifikasi yang


ditetapkan oleh BPL(K) untuk tujuan pengajaran kursus Kejuruteraan Elektrikal.

16 Blok Elektrikal perlu satu ruang dengan double volume untuk penempatan wiring
bay dan overhead training.

17 Bengkel Chargeman ada keperluan utk cable trench bg switch board training
dan genset
18 Bengkel Automatif perlu mempunyai ruang yang besar utk menempatkan spray
booth, mesin allignment kereta dll

19 Bengkel Automatif mempunyai garaj besar utk tujuan latihan selenggaraan


kenderaan berat (jika perlu)

20 Rekabentuk mesti ada kemudahan laluan/masuk untuk peralatan/mesin di


bawah dan tingkat atas (mesin CNC boleh mencapai besar 9 (H) &9 (W)
21 Protective coating Bengkel seperti epoxy paint, JOTA FLOOR dengan garisan
keselamatan, machine box dll.

22 Bengkel menggunakan sistem pendawaian trunking / busduct untuk


memudahkan penempatan mesin. Alternatif menggunakan trenches untuk laluan
kabel juga boleh dipertimbangkan

23 Mempertimbangkan alternatif untuk melaksanakan pemasangan punca kuasa


(isolator dan socket outlet) di luar kontrak pembinaan bagi mengelakkan
pembaziran.
24 Menyediakan extra GI pipe sleeves untuk road crossing submain cable agar
boleh digunakan untuk masa akan datang.

25 Menyediakan ruangan pada cable tray untuk kerja peningkatan akan datang
(75%)

26 Centralized air compressor untuk kegunaan mesin CNC atau menyediakan bilik
kompressor untuk keperluan mesin CNC di bengkel Kejuruteraan Mekanikal.

27 Water point (tanpa fitting) dalam bengkel CNC utk keperluan mesin (cth- coolant,
Elektrolit utk EDM) dan juga setiap makmal.

28 Setiap makmal mempunyai sistem ventilasi AC atau menyediakan AC point utk


kegunaan masa depan.
29 Makmal ACAD dan komputer mempunyai kemudahan network printing.
Sediakan network point dan power point utk plotter atau printer.

30 Makmal-makmal perlu menyediakan underfloor trunking & junction box untuk


setiap workstation. Setiap workstation perlu disediakan 2 nos 13A SO, 1 point
network. Workstation pengajar perlu ada 3 nos 13A SO, 1 point network

31 Shoptalk mempunyai dinding sekeliling half glass.