Professional Documents
Culture Documents
html
ii. Pada pendapat anda, apakah kelebihan yang dimiliki oleh seseorang yang mahir dalam seni dalam seni
pertahanan diri? [3 m]
- Dapat mempertahankan diri ketika dalam bahaya
- Dapat membantu orang lain yang dalam kesusahan
- Dapat melatih diri agar lebih berdisiplin
- Dapat meningkatkan keyakinan diri
- Akan lebih dihormati / disegani/ tidak dibuli
iii. Huraikan satu perwatakan Tuk Wali yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu perwatakannya
yang lain daripada keseluruhan drama itu yang tidak terdapat dalam petikan. [4m]
Satu perwatakan Tuk Wali berdasarkan petikan:
- Tuk Wali seorang yang berani
Cth: Tuk Wali berani mengacukan pistol kepada dua orang yang
menyerangnya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan 2
RIPIN: Wak masuk hutan minggu lepas?
TUK WALI:
RIPIN:
TUK WALI:
.RIPIN:
TUK WALI: .
RIPIN: .
TUK WALI:.
RIPIN: Masya-Allah! Semuanya diajar, wak? (m.s.190)
ii. Pada pendapat anda, mengapakah perubatan tradisional seperti menggunakan tumbuhan herba masih
diamalkan oleh masyarakat kini?
Perubatan tradisional seperti menggunakan tumbuhan herba masih diamalkan kerana....
- Kos yang murah berbanding perubatan moden
- Sebahagian tumbuhan herba mudah didapati di mana-mana
- Dapat menyembuhkan penyakit yang tidak dapat diubati secara perubatan moden
- Ada perubatan tradisional yang diiktiraf/mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan
Malaysia
- Pengalaman lalu/testimonial menggunakan perubatan tradisional berkesan
iii. Jelaskan satu perwatakan Tuk Wali berdasarkan petikan dan satu perwatakan Tuk Wali berdasarkan
keseluruhan drama. [4m]
Perwatakan Tuk Wali berdasarkan petikan:
- Seorang yang percaya pada pantang larang
Contohnya: Tuk Wali berpegang kuat pada pantang larang ketika masuk ke hutan agar pokok-pokok hutan dapat
kekal sehingga ke anak cucu
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan 3
TUK WALI: (Bangun dan mengingati sesuatu) Di rumah Haji Kodri tadi aku tau aku memang sengaja dimalukan.
Aku malu, Umi! Malu! (m.s.200)
i. Apakah yang dimaksudkan oleh Tuk Wali dengan mengatakan Aku tau mereka Cuma jadikan Si Piee tu
kambing hitam! dalam petikan di atas? [2m]
- orang kampung menjadikan Piee, anak tiri Tuk Wali sebagai alat untuk mempersendakan Tuk Wali dari segi
tingkah laku sehinggalah setiap perbuatannya.
ii. Sekiranya anda anak murid yang paling rapat dengan Tuk Wali, nyatakan
tindakan-tindakan yang patut anda lakukan untuk menjernihkan keadaan. [4m]
- memberikan galakan dan sokongan kepada Tuk Wali
- menasihati Tuk Wali supaya jangan mudah berkecil hati dengan kata-kata orang
- menaikkan semangat Tuk Wali supaya meneruskan perjuangan mengangkat ilmu
persilatan
- meyakinkan orang kampung bahawa tanggapan negatif mereka terhadap Tuk
Wali adalah tidak benar
iii. Berikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan dua persoalan lain yang terdapat dalam
keseluruhan drama. [3m]
Dalam petikan:
- pandangan negatif masyarakat terhadap dunia persilatan
Cth:.
Keseluruhan drama:
- cabaran dan kekangan mempertahankan warisan budaya
Cth:
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh-contoh soalan dan jawapan KBAT
i. Pada pendapat anda, mengapakah kita digalakkan agar mencari penyelesaian secara berhemah apabila
berlaku sesuatu pertelingkahan?
- dapat mengelakkan perasaan dendam antara pihak yang terlibat
- dapat mengelakkan kematian atau kecederaan terhadap mana-mana pihak
- dapat mengekalkan perhubungan antara pihak yang bergaduh
- untuk mengekalkan semangat perpaduan
ii. Sekiranya anda ialah siak, adakah anda akan mengajak Tuk Wali beradu tenaga di gelanggang? Berikan
empat alasan anda.
Ya kerana:
- Tuk Wali telah menampar cucu saya
- bertindak bersendirian
- tidak mempunyai belas kasihan kepada remaja
- sudah takbur dan bongkak dengan kehebatannya
Tidak kerana:
- tindakan Tuk Wali adalah betul
- boleh diselesaikan menerusi muafakat
- perbuatan cucu adalah salah dan perlu diberikan pengajaran
- dia tidak melakukan perbuatan yang melulu.
iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk memelihara hutan di negara kita? Kemukakan tiga
pendapat anda.
- mewujudkan hutan simpan yang tidak boleh diteroka
- memperkasakan pasukan penguat kuasa dalam usaha menjejaki penceroboh hutan
- meningkatkan jumlah denda dan hukuman kepada pembalak haram
- melaksanakan usaha penanaman pokok hutan selepas balak ditebang
vi. Pada pendapat anda, mengapakah silat tradisional semakin kurang digemari oleh anak remaja
sekarang?
- kerana anak muda sekarang gemar aktiviti yang lebih lasak seperti ragbi dan futsal
- bagi mereka yang meminati seni mempertahankan diri, mereka lebih cenderung memasuki kelab tekwando atau
karate
- kurangnya tempat yang menawarkan latihan silat tradisional disebabkan kekurangan jurulatih mahir.
vii. Tuk Wali seorang tokoh yang memperjuangkan seni silat tradisional. Pada pendapat anda, mengapakah
sejak akhir-akhir ini seni silat tradisional kurang digemari oleh masyarakat?
- kerana mendapat persaingan daripada seni silat dari luar seperti tekwando dan karate
- orang yang mahir mengajar seni silat tradisional makin kurang
- seni silat tradisional tidak memberikan gred terhadap pencapaian aklinya, tidak seperti tekwando yang
memberikan ahlinya tali pinggang biru, hijau, hinggalah tali pinggang hitam
viii. Pada pendapat anda, mengapakah Tuk Wali melawan kumpulan perompak itu? Berikan tiga alasan anda.
- kerana dia mempunyai sifat keberanian yang tinggi
- Tuk wali mempunyai ilmu persilatan yang hebat
- Tuk wali yakin bahawa dia mampu menewaskan mereka.