You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura,


Sisiran Indahpura 36/6, Tel : 07-6625622 (Pengetua)
Taman Indahpura, : 07-6625625 (Pejabat Sekolah)
81000 Kulaijaya, Johor. : 07-6625626 (Pejabat Asrama)
Fax : 07-6625623

Email : smpk_vokaindahpura@yahoo.com.my

Blog : http://www.smpkvip.blogspot.com

Ruj. Kami : JEA8014/100-9/4/2( )


Tarikh : 6 September 2012

Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/ Tuan/Puan,

PENGHARGAAN ATAS SUMBANGAN TAJAAN MAJLIS HI TEA UNTUK MENGISI TABUNG


PIBG SMPK VOKASIONAL INDAHPURA, KULAIJAYA, JOHOR.

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Disertakan bersama-sama ini adalah resit yang bernombor __________ sebagai


pengesahan pemberian sumbangan melalui ___(CEK /TUNAI/TAJAAN
MAKANAN/BARANGAN) bernilai RM__________ untuk menjayakan program Majlis Hi Tea
untuk Tabung PIBG SMPK Vokasional Indahpura, Kulaijaya, Johor.

3. Dengan ini, pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Tan
Sri/Puan Sri/Dato/Datin/ Tuan/Puan memberikan sumbangan dan tajaan serta sokongan bagi
menjayakan program ini. Diharapkan pihak Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/ Tuan/Puan akan
sentiasa memberikan sokongan yang padu pada masa akan datang kepada pihak PIBG SMPK
Vokasional Indahpura, Kulaijaya, Johor.

4. Keprihatinan dan jasa baik yang Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/ Tuan/Puan telah berikan
amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(AZMAN BIN SAMSURI)


Yang Dipertua,
PIBG SMPK Vokasional Indahpura, Kulaijaya, Johor.