You are on page 1of 7

LATAR BELAKANG

- Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang British di sarawak


- dilahirkan tahun 1800
- nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud penggoncang dunia
- Rentap juga digelar Raja Darat
- merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas

Faktor Penentangan
- Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang Iban di Sungai
Skrang sebagai lanun
- James Brooke mendirikan kubu di Sungai Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban
- tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang mencetuskan
kebangkitan Rentap

Peristiwa Penentangan
- 1853 Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang
- pasukan Rentap berjaya dan seorang pegawai British iaitu Allan Lee terbunuh
- kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban
- 1854 James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar
perkampungan Rentap
- pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu
- perjuangan Rentap mendapat sokongan padu penduduk Iban dan digelar Raja
Ulu
- tahun 1857 James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk
menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok
- Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu
supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok
- Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan yang kukuh
- tahun berikutnya Charles Brooke sekali lagi cuba menyerang Bukit Sadok tetapi
gagal
- kata-kata semangat Rentap dalam penentangan ini adalah Bawalah semua
meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah
- tahun 1863 James Brooke mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di Bukit
Sadok
- pertempuran berlaku selama sebulan dan Rentap tewas
- James Brooke membakar kubu dan rumah pengikut Rentap
- James Brooke menggunakan meriam Bujang Sadok untuk menentang Rentap
- Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi Bujang Timpang Berang untuk
menentang pasukan Brooke
- Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru tetapi Rentap
meninggal dunia

SHARIF MASAHOR
LATAR BELAKANG
Nama sebenar ialah Sayyid Mashhur bin Muhammad Al-Shahab
-Seorang pahlawan Melayu terkenal Hadhrami keturunan [2] dalam Sarikei, Sarawak, Malaysia
semasa era Brooke Rajah Putih di negeri itu.