You are on page 1of 25

TUGASAN

SEMESTER SEPTEMBER 2015

KOD KURSUS EEM 432

NAMA KURSUS ISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN MORAL

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR xxxxxxxxxxx

xxxxxxx
NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK xxxxxxxxx

PUSAT xxxxxxxxxxxx
PEMBELAJARAN

0
ISI KANDUNGAN
Perkara
BAHAGIAN A
Soalan: Artikal Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di
Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Melaka, oleh Zainuddin Sharif dan Norazmah Mohamad Roslan,
Universiti Mara.
1.0 Tujuan Kajian
2.0 Kaedah Yang Digunakan Untuk Mengumpul Data Kajian
3.0 Bagaimanakah Teori Sosial Menerangkan Masalah Remaja
4.0 Dapatan umum Kajian
5.0 Kaitkan Implikasi Kajian Ini Kepada Pengajaran Pendidikan Moral Sekolah
Rendah.

BAHAGIAN B
Soalan: Isu Moral Semasa di Sekolah Rendah

1.0 Definisi Buli di Sekolah


2.0 Faktor-faktor mempengaruhi masalah buli.
3.0 Cara-cara menangani masalah buli di sekolah dan dalam masyarakat.
4.0 Bagaimana pendidikan moral dapat mengatasi kes buli di sekolah.
5.0 Rumusan

1
BAHAGIAN A

1.0 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi


remaja terlibat dalam masalah sosial di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh yang terletak
di negeri Melaka. Seramai 86 orang pelajar dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini
menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi dua
bahagian iaitu Bahagian A mengenai demografi responden dan Bahagian B mengenai
respon responden terhadap aspek persoalan kajian. Terdapat empat persoalan kajian yang
diutarakan dalam kajian ini iaitu faktor diri sendiri, latar belakang keluarga, pengaruh
rakan sebaya dan permasalahan persekitaran sekolah.
Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan
mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bohsia, hamil
luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan,
gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah
kepada mat rempit.
Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Fenomena gejala sosial
ini, perlu ditangani segera kerana penglibatan remaja dalam masalah sosial semakin
serius dalam masyarakat.. Jika tidak ditangani segera dikhuatiri gejala sosial ini akan
berlarutan dan menjadi masalah yang sukar untuk dibendung memandangkan remaja
merupakan aset kekayaan semulajadi negara dan berperanan penting dalam mencorakkan
masa depan politik, ekonomi dan menyumbang kepada kemajuan negara.

2.0 Kaedah Yang Digunakan Untuk Mengumpul Data Kajian

Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajiannya.


Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data atau kaedah kaedah kajian adalah
cara yang digunakan dalam pengumpulan data, sedangkan alat pengumpulan data atau
instrument kajian adalah alat bantu yang digunakan dalam pengumpulan data Dalam
kajian kali ini penyelidik menggunakan kaedah soal selidik. Kaedah soal selidik
merupakan satu set soalan dalam bentuk soalan dan item dalam bentuk tulisan. Ia
merupakan satu set alat yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat bagi

2
tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian. Sehubungan itu penyelidik
menggunakan borang soal selidik ini dengan kerap. Dalam kajian ini dua bahagian
instrument telah digubal iaitu Bahagian A yang mengandungi demografi responden dan
Bahagian B mengenai respon responden terhadap aspek persoalan kajian. Namun
menurut Gillham (2000) terdapat beberapa sebab mengapa borang soal selidik menjadi
pilihan pengkaji. Antara sebab yang menjadi pilihan adalah kerana kos membina borang
selidik murah dan masa yang diperumtukkan adalah singkat. Selain itu, pengkaji juga
akan memperolehi data atau maklumat yang lebih ramai dan cepat. Di samping, memberi
ruang kepada responden untuk melengkapkan borang dengan masa dan tempat yang
sesuai. Maklumat dan prasangka yang kurang berbanding dengan teknik temuramah.
Tetapi ada juga beberapa kelemahan dengan pemilihan kaedah soal selidik ini antaranya
kemungkinan ada responden yang menjawab soal selidik sambil lewa dan tidak semua
orang mahu menjawab soal selidik yang diberikan.
Kaedah soal selidik yang digunakan adalah alat ukur yang paling popular dalam
kajian tinjauan manakala temu bual dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang
diperolehi. Soal selidik yang dijalankan kebiasaannya digunakan oleh penyelidik oleh
penyelidik itu sendiri. Walau bagaimanapun soal selidik yang sedia ada dan soal selidik
penyelidikan terdahulu yang telah melalui proses pengesahan juga digunakan.
Berdasarkan kajian ini pengkaji menggunakan ciri ciri instrument yang baik iaitu sesuai
dengan kesediaan responden, format instrument yang sistematik, arahan yang jelas, surat
dan dokumen disertakan bersama instrument kajian dan sebagainya. Di samping itu
penyelidik juga menyediakan item-item soalan dengan menggunakan skala empat mata
untuk memperoleh jawapan daripada responden. Skala empat ini terdiri daripada
pemberat yang berlainan iaitu sangat setuju, setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju.
Bagi memastikan kebolehpercayaan item-item soal selidik, penyelidik
menggunakan kaedah kajian rintis sebelum menjalankan kajian sebenar. Kajian rintis
dijalankan untuk mengenalpasti kelemahan- kelemahan yang terdapat dalam soal selidik.
Kajian telah dijalankan kepada 20 orang responden yang terdiri daripada populasi kajian.
Prosedur kajian dimulakan dengan perbincangan bersama penyelia masalah yang dikaji.
Setelah semua berjalan lancar barulah kajian akan dilakukan dan hasil dapatan kajian
akan dianalisis dengan sebaik-baiknya.

3
3.0 Bagaimanakah Teori Sosial Menerangkan Masalah Remaja

Teori ini merupakan teori yang paling tua dalam menerangkan perkembangan
remaja. Zaman remaja biasanya dikaitkan dengan perubahan pada fizikal dan kematangan
serta perubahan-perubahan biokimia. Oleh itu, ramai ahli psikologi yang berpegang
kepada teori ini dengan mengatakan bahawa tingkah laku sosial remaja boleh diramal
dari proses-proses fizikal. Pendekatan ini juga menekankan bahawa proses-proses biologi
adalah menjadi penyebab atau faktor yang menggerakkan perubahan-perubahan
tingkahlaku sosial di zaman remaja menurut Suzana, (2002).
Menurut Hall (1904) , perkembangan remaja dilihat sebagai tidak berubah dan
universal dan kesannya terhadap persekitaran adalah minima. Sesetengah tingkah laku
buruk remaja seperti suka bertengkar, mencuri dan sebagainya itu tidak dapat dielakkan
kerana ia telah berakar umbi dalam diri manusia. Hall (1904), juga telah memperkenalkan
konsep storm and stress yang melihat zaman remaja sebagai tempoh masa yang penuh
huru-hara, penuh cabaran, pemberontakan terhadap autoriti orang dewasa dan perubahan
fizikal, intelektual dan sosial. Hall berpendapat bahawa ibu bapa mestilah berlembut dan
bersifat permissif kerana kanak-kanak biasanya bersifat agresif. Mereka berkelakuan
begitu sebagai satu langkah untuk melegakan emosi mereka dan apabila mereka dewasa,
semua tingkah laku itu akan hilang begitu sahaja.

4.0 Dapatan umum Kajian


Penyelidik telah menjalankan kajian ini dengan menggunakan analisis kajian
taburan untuk melihat frekuensi dan peratusan responden terhadap setiap item dalam soal
selidik yang dilakukan. Analisis kajian taburan adalah terbahagi kepada dua bahagian
iaitu, analisis A dan analisis B. Analisis bagi bahagian A mempunyai tiga kategori iaitu,
taburan responden berdasarkan umur, taburan responden berkaitan dengan tahap
pendidikan, dan taburan responden berdasarkan pekerjaan ibu bapa atau penjaga.
Manakala analisis bagi bahagian B pula melibatkan dua kategori iaitu, faktor latar
belakang diri sendiri remaja yang terlibat dengan masalah sosial dan kedua ialah faktor
latar belakang keluarga remaja yang terlibat dalam masalah sosial.

4
Analisis A
i) Taburan Responden Berdasarkan Umur.
Responden yang berumur 17 tahun adalah responden paling ramai terlibat
dalam gejala ini iaitu, seramai 31 orang remaja (36%), diikuti dengan responden
yang telah berumur 19 tahun seramai 16 orang remaja atau (18.6%), responden
yang berumur 16 tahun seramai 15 orang atau (17.4%), responden yang berumur
15 tahun seramai 11 orang atau (12.8%), responden yang berumur 18 tahun
seramai 8 orang atau (9.3%), dan responden yang berumur 20 tahun adalah
seramai 5 orang remaja atau (5.8%).

ii) Taburan Responden Berdasarkan Tahap Pendidikan.


Taburan responden berdasarkan tahap pendidikan telah menunjukkan
bahawa ramai remaja yang berkelulusan Sijil Pelajran Malaysia (SPM) telah
terlibat dalam gejala tersebut bilangannya iaitu, seramai 48 orang remaja atau
(55.8%), menunjukkan kes tersebut agak tinggi. Bilangan responden yang kedua
ramai terlibat ialah pelajar yang berkelulusan PMR iaitu seramai 31 responden
atau ( 36.0% ) dan remaja yang terakhir terlilibat didalam kegiatan ini adalah
murid-murid Tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR iaitu, seramai 7 orang
atau ( 8.1% ) manakala lain-lain responden yang tidak memiliki pendidikan tidak
diperolehi data atau didapati tidak ada.

iii) Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan Ibu Bapa/Penjaga.


Taburan responden berdasarkan pekerjaan ibu bapa atau penjaga. Hasil
daripada kajian penyelidik mendapati ibu bapa yang bekerja sendiri adalah
responden yang paling ramai iaitu, 29 orang atau (33.7%,) selepas itu diikuti oleh
ibu bapa/penjaga sebagai respondon yang bekerja sebagai kakaitangan kerajaan
seramai 28 orang atau (32.6%). Selain daripada itu, ibu bapa/penjaga sebagai
responden bekerja di syarikat swasta adalah seramai 17 orang atau (19.8%) dan
selebihnya adalah dari kategori lain iaitu berjumlah seramai 12 orang atau (14%)

5
Analisis B
Maklumat tentang faktor penglibatan pelajar terhadap gejala sosial,
penyelidik telah membahagikan kepada empat tahap persetujuan bagi setiap item
kepada dua bahagian iaitu menyatakan setuju dan tidak setuju. Bahagian setuju
mereka yang menyatakan setuju akan meletakkan huruf (S) dan mereka yang
sangat setuju akan menyatakan huruf (SS), manakala mereka yang tidak setuju
akan menyatakan (TS) dan kepada mereka yang menyatakan sangat tidak setuju
akan meletakkan huruf ( STS).

i) Faktor Latar Belakang Diri Sendiri Remaja Yang Terlibat Dengan Masalah
Sosial.
Penyelidik telah membuat analisis kajian dan mendapati bahawa remaja
yang terlibat dengan gejala sosial adalah mereka yang mempunyai keinginan yang
tinggi untuk mencuba dan melakukan sesuatu yang tidak pernah mereka lakukan.
Selain daripada itu, penyelidik juga mendapati para remaja inginkan kebebasan
tentang sesuatu perkara yang mereka mahu lakukan. Penganalisis mendapati
bahawa kedudukan tentang peratusan bagi kedua-dua aspek yang dinyatakan
adalah agak tinggi, ini adalah disebabkan ramai remaja yang menyatakan setuju
(S) dan sangat setuju(SS) iaitu 80.2% tentang kebebasan dalam melakukan setiap
perkara yang mereka inginkan. Walau bagaimanapun ada juga remaja yang tidak
setuju dengan pendapat tersebut iaitu seramai 19.8% sahaja. Ditinjau dari sudut
item-item dalam soal selidik, penyelidik telah mendapati bahawa remaja lebih
berpihak kepada setuju (S) dan sangat setuju (SS). Pelajar-pelajar yang kerap
mengingkari arahan daripada ibu bapa dan ahli keluarga adalah seramai 73.3%,
walau bagaimanapun terdapat juga pelajar yang masih mematuhi arahan ibu bapa
dan ahli keluarga ini dapat dibuktikan seramai 26.7% Dari aspek kerohanian dan
gangguan emosi yang berpanjangan, penyelidik telah mendapati bahawa lebih
separuh daripada pelajar setuju dan sangat setuju, buktinya ialah seramai 58.2%.
Situasi ini masih terdapat sebilangan pelajar yang mengamalkan ajaran agama
serta jarang mengalami gangguan emosi iaitu seramai 41.8%. Dari aspek pelajar
suka bergaul dengan kumpulan remaja yang kerap mengamalkan gaya hidup yang

6
tidak sihat, pelajar yang setuju dengan amalan tersebut adalah seramai 57.0%
manakala pelajar yang tidak setuju dengan amalan itu adalah seramai 43.0%.
Mereka ini tidak suka bergaul dengan kumpulan remaja yang mengamalkan gaya
hidup yang tidak bermoral. Aspek remaja tiada matlamat untuk hidup dan tidak
mementingkan masa hadapan, penyelidik mendapati bahawa ramai pelajar yang
telah terlibat dengan pelbagai masalah sosial adalah mempunyai matlamat hidup
serta mementingkan masa hadapan mereka. Justeru itu setelah dianalisis ternyata
bilangan mereka adalah seramai 75.6%, manakala pelajar yang bersetuju tiada
matlamat hidup serta kurang mementingkan masa hadapan mereka telah
dibuktikan dengan dapatan hanya seramai 24.4% sahaja. Aspek harga diri yang
rendah, pengkaji mendapati bahawa ramai pelajar yang tidak bersetuju tentang
tanggapan harga diri mereka adalah rendah. Tanggapan ini dapat dibuktikan
dengan dapatan seramai 66.3% pelajar tidak bersetuju. Namun masih mencapai
33.7% pelajar menggangap harga diri mereka adalah rendah. Berdasarkan faktor
latar belakang diri sendiri remaja yang terlibat dengan masalah sosial, pengkaji
mendapati bahawa pengaruh yang kuat kepada remaja terlibat dalam masalah
sosial ialah keinginan yang tinggi mahu mencuba sesuatu yang baru, selain itu
inginkan kebebasan tentang apa yang mereka mahu lakukan, perasaan marah
apabila kehendak mereka dihalang, mereka juga kurang mengamalkan ajaran
agama yang boleh meningkatkan moral serta suka bergaul kepeda kumpulan
remaja yang mempunyai gaya hidup yang kurang sihat.
ii) Faktor Latar Belakang Keluarga Remaja Yang Terlibat Dalam Masalah Sosial.
Penganalisis telah mendapati bahawa latar belakang keluarga bukan
merupakan faktor utama pelajar terlibat dalam masalah sosial. Fakta tersebut
adalah merujuk kepad jadual 7 yang menyatakan hanya 16.3% sahaja pelajar yang
menjawab setuju mengenai sikap ibu bapa mereka kurang baik di rumah.
Manakala pelajar yang tidak setuju dengan kenyataan tersebut seramai 83.7%.
Pelajar yang tidak setuju tentang ibu bapa yang mengambil berat tentang
pelajaran anak-anak mereka adalah seramai 79.1%, manakala pelajar yang setuju
dengan tanggapan tersebut hanya 20.9% sahaja.
Mengenai pegangan serta amalan agama oleh ibu bapa pelajar, didapati

7
pelajar yang menyatakan tidak setuju ibu bapa mereka dikatakan jarang
menunaikan perintah Allah adalah seramai 79.1%, manakala pelajar yang setuju
dengan tanggapan ibu bapa mereka jarang menunaikan perintah Allah hanyalah
seramai 20.9%. Mengenai tanggapan ibu bapa yang berpendapatan rendah yang
menyebabkan keperluan mereka tidak dapat ditunaikan, pelajar yang tidak setuju
adalah seramai 72.0.%, sahaja manakala bilangan pelajar yang setuju tentang
tanggapan tersebut adalah seramai 28.0%. Sehubungan dengan tanggapan ibu
bapa pelajar yang dikatakan telah membeza-bezakan anak, pilih kasih, dan
sebagainya ini menunjukkan bilangan pelajar yang tidak setuju seramai 60.5%,
manakala bilangan pelajar yang setuju tentang sikap ibu bapa mereka yang pilih
kasih, tidak berlaku adil terhadap anak-anak mereka adalah seramai 39.5% sahaja.
Selain itu, suasana rumah tangga yang kurang menarik kepada anak-anak
seperti seringkali berlaku pertengkaran suami isteri, tidak aman dan sebagainya
telah menimbulkan ketegangan didalam rumah dan masalah seterusnya
menyebabkan anak-anak remaja keluar rumah kerana bosan. Mereka melibatkan
diri dalam gejalah-gejalah sosial yang tidak sihat. Berdasarkan situasi tersebut
penyelidik telah mendapati bilangan pelajar yang tidak setuju adalah seramai
60.5% dan pelajar yang setuju dengan kenyataan tersebut seramai 39.5%. Ibu
bapa yang jarang memberi motivasi, sokongan serta pujian terhadap sesuatu yang
dibuat oleh anak-anak mereka, penyelidik mendapati bilangan pelajar yang tidak
setuju adalah 59.3% manakala bilangan pelajar yang setuju terhadap sikap ibu
bapa mereka seramai 40.7%.
Di samping itu, sikap ibu bapa yang jarang berada di rumah dan selalu
sibuk dengan tugas mereka telah menunjukkan bilangan pelajar yang tidak setuju
adalah 58.1% manakala pelajar yang setuju dengan kenyataan tersebut seramai
41.9%. Mengenai sikap ibu bapa yang kurang berkomunikasi tentang keperluan
dan masalah lain yang dihadapi oleh anak-anak mereka mendapati bilangan
pelajar yang setuju adalah seramai 41.9%, manakala bilangan pelajar yang tidak
setuju dengan kenyataan tersebut seramai 58.1%. Selain daripada itu ibu bapa
yang dikatakan mempunyai sikap terlalu tegas, dan seringkali memberi hukuman
agak keras terhadap anak-anak mereka yang melakukan kesalahan, penyelidik

8
mendapati bilangan pelajar yang setju adalah seramai 43.0%, manakala bilangan
pelajar yang tidak setuju dengan kenyataan tersebut adalah seramai 57.0%.
Oleh itu berdasarkan item-item soal selidik yang telah dijalankan untuk
memastikan kesahihan oleh penyelidik, didapati ibu bapa pelajar yang
terlibat telah melaksanakan tugas mereka sebagai ibu bapa yang
bertanggungjawab. Kenyataan tersebut dapat dibuktikan melalui soal selidik yang
dibuat iaitu hampir keseluruhan jawapan yang dikemukakan oleh pelajar yang
terlibat adalah majoriti tidak setuju tentang soalan-soalan yang dikemukakan.
Walau bagaimanapun terdapat juga kelemahan-kelemahan yang berlaku terhadap
tindakan ibu bapa kepada anak-anak mereka, namun secara keseluruhan faktor
latar belakang keluarga bukanlah penyumbang utama berlakunya gejala sosial di
kalangan anak-anak mereka.

5.0 Kaitkan Implikasi Kajian Ini Kepada Pengajaran Pendidikan Moral Sekolah Rendah.

Berdasarkan kajian ini, penyelidik telah mendapati bahawa terdapat empat faktor
yang telah mempengaruhi pelajar remaja terjerumus dalan pelbagai masalah sosial.
Faktor tersebut adalah latar belakang diri sendiri, latar belakang keluarga, pengaruh rakan
sebaya dan terdapat permasalahan persekitaran sekolah. Pelajar tersebut didapati sangat
sensitif dan mudah terpengaruh dengan pelbagai masalah sosial.
Sehubungan dengan itu, faktor utama responden terlibat dalam masalah sosial
adalah disebabkan oleh latar belakang diri sendiri. Penyelidik juga mendapati apabila
mereka berada dalam usia muda, perubahan dari segi pemikiran dan keadaan sekeliling
mereka adalah sangat sensitif. Mereka inginkan kebebasan, mereka juga mempunyai
keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru dan yang tidak pernah mereka lakukan.
Keadaan ini telah mendorong mereka melakukan sesuatu perbuatan diluar kawalan.
Apabila implikasi kajian ini dikaitkan dalam pendidikan moral, faktor-faktor yang
telah mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial perlulah diberi perhatian dan
penekanan. Pengajaran guru haruslah menekankan tentang empat belas nilai murni yang
terkandung dalam standard pengajaran moral agar gejala-gejala yang kurang sihat dapat
dibendung. Murid-murid di peringkat sekolah rendah umpama Melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Sehubungan itu setelah remaja, nilai-nilai murni yang telah diterapkan

9
ke dalam diri mereka semakin matang kerana nilai-nilai tersebut adalah seiringan dengan
tahap perkembangan fizikal dan mental. Situasi tersebut adalah disebabkan oleh
perubahan fizikal dan fisiologi.

BAHAGIAN B

Isu Moral Semasa di Sekolah Rendah.

1.0 Definisi
Buli Masalah buli yang berlaku pada masa kini bukan sahaja melibatkan pelajar lelaki
malahan remaja perempuanpun tidak terkecuali. Seperti yang berlaku baru baru ini empat orang
remaja perempuan telah menampar dan memukul seorang pelajar perempuan yang lebih kecil
hanya kerana berebutkan seorang lelaki. Kes ini benar-benar berlaku di salah sebuah sekolah
yang terdapat di tanah air kita. Perkara ini juga telah disiasat dan pelajar yang terlibat juga turut
direman untuk membantukan siasatan. Masalah buli adakalanya amat memeningkan bagi guru-
guru di sekolah.
Masalah buli adalah disebabkan keganasan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pelajar,
remaja mahupun kanak-kanak. Tidak lama dulu di sekolah saya telah mendapati seorang pelajar
tahun empat telah memaksa beberapa orang pelajar tahun dua untuk memberi makanan padanya.
Disebabkan takut kena pukul pelajar tahun dua setiap hari membeli makanan untuk pelajar tahun
empat tanpa memikirkan itu adalah masalah sosial buli. Masalah buli sememangnya telah lama
berlaku dikalangan pelajar, cuma baru baru ini ia semakin parah kerana kes buli kadang-kadang
sengaja mereka viralkan di laman sesawang.
Kes buli yang sering diperkatakan akhir akhir ini menunjukkan peratusan yang semakin
meningkat saban tahun. Samada tingkah laku buli itu secara langsung atau tidak langsung, ciri
penting tentang buli ialah ugutan berlaku secara berterusan, mewujudkan satu pola gangguan
fisikal dan psikologi (Batsche & Knoff, 1994;Olweus , 1993). Di kebanyakkan negara barat dan
eropah bentuk buli yang paling banyak berlaku ialah buli bahasa (Hoover, oliver & Thompsom,
1993) iaitu buli dengan panggilan ejekan. Selain itu terdapat juga buli seperti peras ugut dan buli

10
fizikal.
Masalah buli ini harus dibendung daripada terus berleluasa. Semua pihak harus
bekerjasama menggembeling tenaga agar masalah buli ini tidak terus menjadi bisa yang mampu
mengundang masalah sosial yang utama dikalangan remaja khasnya remaja di Malaysia.

Buli bermaksud satu set tingkah laku yang mana dilakukan secara sengaja dan
menyebabkan kemudaratan secara fizikal serta psikologi penerimanya(Smith dan Thompson,
1991). Tingkah laku buli termasuklah tindakan-tindakan yang bersifat mengejek, penyisihan
sosial dan memukul.
Pelakuan buli telah dikenal pasti sebagai salah satu saluran dalam rantaian perlakuan
ganas daripada zaman kanak-kanak kepada alam kedewasaan. Pemangsaan remaja di sekolah
mungkin merupakan salah satu tingkah laku awal yang menyumbang kepada perkembangan
jangka panjang pola tingkah laku anti sosial, dan ianya boleh juga menjadi perintis kepada
tingkah laku anti sosial dan jenayah. Perlakuan buli dan pemangsaan di sekolah telah dikenal
pasti secara universal sebagai perosak psikologi, sosial dan perkembangan kanak-kanak menurut
Farrington (1993).
Selain itu, Banks(2000) juga telah menghuraikan perlakuan buli sebagai
mempersendakan, menghina, mengancam, memukul, mencuri dan serangan-serangan langsung
yang dimulakan oleh seseorang atau lebih terhadap mangsa. Huraian ini jelas bersesuaian
dengan definisi buli yang disebut sebagai keinginan untuk mencederakan atau meletakkan
seseorang kepada situasi tertekan. Perlakuan buli adalah tingkah laku agresif yang dikategorikan
sebagai ketidakseimbangan julat tingkah laku yang luas seperti panggilan nama yang bersifat
menghina, peras ugut , perlakuan ganas , fitnah , penyisihan daripada kumpulan, merosakkan
harta benda orang lain dan ancaman verbal. Berdasarkan ulasan ulasan di atas dapatlah
dirumuskan bahawa buli ialah sejenis tingkah laku keganasan dalam bentuk fizikal dan
psikologikal yang dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan individu yang lain tidak berupaya
untuk mempertahankan dirinya dengan niat untuk menyakiti, mengancam, menakutkan atau
meletakkannya dalam keadaan yang tertekan secara sengaja.
Kamus Dewan Edisi keempat juga turut mendefinisikan buli sebagai perbuatan
mempermain-mainkan orang, kebiasaannya orang yang lemah dengan tujuan untuk menggertak,
mencerderakan, ataupun menakutkan orang tersebut. Dalam erti kata lain buli adalah perbuatan

11
mengasari orang yang lemah untuk memperlihatkan kekuatan dan keganasan seseorang. Kes buli
seperti ini tidak hanya berlaku dalam golongan dewasa, malah telah berlaku sejak peringkat awal
sekolah iaitu prasekolah. Selalunya perbuatan buli melibatkan sekumpulan pelajar dan mangsa
hanya keseorangan mempertahankan diri. Beberapa punca telah dikenal pasti telah menyumbang
kepada permasalahan ini.
Setelah selesai membicarakan definisi buli di atas marilah kita huraikan kes tersebut
dengan lebih mendalam lagi. Berdasarkan pemerhatian saya dalam sekolah mahupun luar
sekolah budaya buli telah meningkat dari semasa ke semasa. Antara faktor-faktor yang
menyumbang kepada masalah buli adalah kurangnya didikan agama. Negara yang kian pesat
membangun menuntut rakyatnya bekerja keras untuk memenuhi keperluan anak.

2.0 Faktor-faktor mempengaruhi masalah buli.

Baiklah marilah kita kupas mengapa kes buli berlaku di sekolah. Ramai pihak yang telah
meletakkan kesalahan ini di atas pundak iibu bapa, kononnya kegagalan dalam mendidik anak
yang menyebabkan anak-anak terlibat dengan gejala sosial hingga ada yang menyarankan
sebelum berkahwin pihak yang hendak berkahwin harus menghadiri kursus berkaitan dengan
kekeluargaan. Namun begitu, berbagai tindakan dan usaha pemantapan kerohanian telah
disediakan kepada pasangan pengantin sebagai persediaan melayari rumah tangga tetapi hingga
ke hari ini usaha tersebut tidak menampakkan hasil yang benar-benar mujarab untuk menangani
masalah ini. Pokok pangkal masalah ini adalah lebih kepada individu itu sendiri dan
persekitaran tempat tinggalnya.
Selain ibu bapa, guru-guru juga sering dipersalahkan kerana tidak dapat mendisiplinkan
pelajar mereka di sekolah. Daripada asyik menyalahkan satu sama lain kita ketahui dulu apakah
punca punca sebenarnya masalah buli ini di sekolah. Setelah beberapa video buli yang menjadi
viral di laman laman sosial kita tahu bahawa tenatnya masalah buli ini dalam masyarakat kita
pada hari ini.
Punca punca yang telah dikenal pasti yang menjadi penyebab terkuat adalah pengaruh
rakan sebaya. Jika diperhatikan kejadian membuli melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya
usia mereka adalah sebaya. Tekanan rakan sebaya akan mendorong terpengaruh untuk mengikut

12
tingkah laku rakan mereka yang suka membuli. Faktor lain ialah dari segi bentuk badan atau
fizikal seseorang pelajar. Sudah semestinya pelajar yang berbadan tegap dan besar akan merasa
lebih berani dan ingin menunjukkan kuasanya kepada rakan- rakannya yang berbadan kecil.
Remaja atau pelajar yang berbadan kecil akan selalu menjadi mangsa buli pelajar-pelajar yang
berbadan besar dan tegap ini. Kebiasaannya kes seperti ini berlaku di sekolah rendah dan
menengah rendah.
Antara faktor kuat yang berkaitan dengan masalah buli adalah kurangnya didikan agama.
Negara yang pesat membangun menuntut rakyatnya bekerja keras untuk memenuhi keperluan
hidup. Di dalam mengejar hal dunia, ibu bapa terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk mendidik
anak-anak. Bagi keluarga yang berpendapatan tinggi, hal penjagaan anak diserahkan kepada
pembantu rumah yang sudah pastinya berasal dari negara asing. Ibu bapa seharusnya sedar
penerapan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak lebih berkesan jika dididik dari awal. Ibu bapa
yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing tidak mempunyai masa terluang untuk
berkomunikasi dan memahami anak-anak mereka. Kelemahan institusi kekeluargaan
menyebabkan anak-anak dibiarkan bebas dan kurang pemantauan daripada ibu bapa. Kesannya
ibu bapa gagal memberikan didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-
anak mereka. Ada antara pelaku-pelaku kegiatan buli ini menganggap perbuatan mereka sekadar
hobi sahaja. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat yang semakin maju dan
berpendidikan tinggi tidak melahirkan insan yang bergikiran waras. Jadi di sinilah kelemahan
sistem pendidikan di negara kita yang melahirkan insan yang bijak tetapi sahsiahnya kosong.
Seterusnya faktor lain yang menyebabkan masalah buli adalah kerana keadaan pelajar
yang berasa kurang selamat ketika berada di sekolah dengan berbuat demikian dia akan berasa
lebih diberi perhatian supaya dapat melindungi dirinya daripada perkara yang tidak diingini
berlaku kepadanya. Pelajar yang berperasaan begini kerap berasa curiga dan tidak selamat berada
di sekolah dan untuk mengatasi perasaan ini, mereka mula membuli pelajar yang junior atau
pelajar yang lebih kecil tubuh badannya. Kejayaan membuli ini akan menunjukkan mereka kuat,
berkuasa dan tidak mudah digertak.
Kajian lain juga menyatakan ianya adalah disebabkan pihak sekolah dan kementerian
yang terlalu menekankan program-program bercorak akademik. Tujuan program ini adalah untuk
melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. Namun aspek pendidikan
sosial agak dipinggirkan. Maka lahirlah pelajar yang bijak akademik tetapi menjadi pembuli

13
ketika di sekolah. Misalnya pelajar yang bersekolah di sekolah berasrama penuh yang mana
keputusan peperiksaannya amat baik tetapi menjadi pembuli. Justeru itu, di samping aktiviti
akademik sekolah juga seharusnya menyediakan premis untuk para pelajar mendalami hal-hal
sosial agar insan yang keluar kelak menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani.
Selain itu, faktor guru yang menyebabkan pelajar merasa tersisih. Misalnya ada segelintir
guru yang hanya suka memberi kata pujian kepada pelajar yang bijak dan pandai hingga
mengabaikan perasaan pelajar yang lemah. Pelajar yang lemah akan rasa terpinggir dan rasa diri
tidak diberi perhatian oleh guru-guru di sekolah. Akhirnya akan menyebabkan perasaan cemburu
dan berdendam di kalangan pelajar yang tidak pandai. Jalan pintas adalah dengan membuli
pelajar pelajar yang sering mendapat perhatian daripada guru-guru ini. Dalam perspektif yang
berbeza pula, peraturan sekolah yang lemah turut menyebabkan masalah buli dalam kalangan
pelajar kian bermaharajalela dan kini merebak dengan pantas bagaikan virus epidermik. Keadaan
ini terjadi apabila terdapat sesetengah pihak sekolah pada hari ini lebih mementingkan
pencapaian akademik dan beroreintasikan peperiksaan. Bagi mereka pencapaian kecemerlangan
pelajar dari aspek akademik menjadi kayu pengukur kepada prestasi kecemerlangan sekolah.
Sekiranya hal ini sudah terjadi pasti pihak sekolah hilang fokus untuk menangani kes-kes
pelajar sekolah dan tidak menganalisis kesalahan pelajar yang dilaporkan seperti kes buli yang
kian hari kian bernanah di persekitaran sekolah. Pihak sekolah juga tidak mengenakan peraturan-
peraturan dan hukuman yang tegas kepada pelajar yang melakukan keganasan pelajar lain dan
sikap pihak sekolah ini dapat diumpamakan seperti singa hilang taringnya. Sebagai hal yang
berlaku baru- baru ini kes buli rakan di SMK Sematan yang menjadi viral di laman sosial dan
kini sedang dalam siasatan memukul dan menampar rakan sebaya tanpa ada rasa simpati.
Kejadian ini membuktikan bahawa kumpulan pelajar ini memandang enteng dan tidak gerun
dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Sehubungan dengan itu, impian
melahirkan pelajar yang holistik seperti yang diimpikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
adalah mimpi semata-mata sekiranya gejala gengsterisme semakin berleluasa dalam kalangan
remaja yang rata-ratanya merupakan pelajar sekolah. Bukan itu sahaj kepercayaan ibu bapa
terhadap pihak sekolah juga turut terjejas. Jadi jelaslah kepada kita bahawa ketidak tegasan
peraturan dan sikap pihak sekolah juga merupakan masalah buli berlaku di kalangan remaja
semakin sukar diatasi.

14
Faktor seterusnya adalah kesibukan para guru di sekolah juga dikatakan menjadi punca
kepada masalah buli ini. Guru- guru dan guru besar tidak mempunyai masa yang mencukupi
untuk mengawasi dan mendisiplinkan pelajar kerana dibebani dengan tugas-tugas sampingan
yang banyak. Misalnya pelajar yang melakukan buli selalunya pada masa rehat, masa balik dari
sekolah, ketika berada di asrama dan kadang-kadang masa guru tiada di sekolah iaitu ketika
guru- guru sibuk dengan tugas lain seperti menyertai sukan, hantar pelajar bertanding,
perkhemahan dan tugas-tugas sampingan lain yang banyak menyebabkan guru kekurangan masa
bersama pelajar. Kekurangan penjagaan dan pengawasan ini menyebabkan pelajar mempunyai
masa dan ruang untuk membuli rakan sebaya yang lemah dan berbadan kecil. Peluang dan ruang
ketiadaan guru menyebabkan mereka si pembuli ingin menunjukkan kuasa kepada mereka yang
kelihatan lemah.
Buli juga disebabkan oleh pelakuan yang agresif. Faktor persekitaran ini membabitkan
sikap ibu bapa dan masyarakat yang kurang disiplin hingga menyebabkan penerapan nilai-nilai
ini dalam diri para remaja. Selain itu, pengaruh media massa seperti filem-filem yang berunsur
ganas, drama, video dan sebagainya tanpa bimbingan ibu bapa ketika menonton rancangan ini
menyebabkan pelajar mengikuti aksi-aksi yang mereka tonton dari filem atau video berkenaan.
Internet juga tidak terkecuali dalam mempengaruhi aksi kanak-kanak dan pelajar dari melakukan
aktiviti buli. Media massa kini menjadi pemangkin budaya negative ini. Pelbagai genre filem dan
drama bersiri luar negara yang disiarkan di televisyen yang mana sering memaparkan budaya
asing yang sememangnya kontras dengan budaya tempatan. Program-program yang diimport
dari negara barat berunsurkan aksi-aksi ganas. Terdorong dengan perasaan ingin mencuba aksi-
aksi yang dipaparkan pelaku buli akan bertindak ke atas mangsanya tanpa memikirkan padah
yang bakal mereka perolehi.
Selain itu, masalah buli juga adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya. Lazimnya
golongan pembuli berfikiran kurang matang dan gagal membezakan baik buruknya sesuatu
tindakan. Sebaliknya mereka sentiasa terikut-ikut akan perangai dan tindakan rakan sebaya.
Apabila individu itu tersalah memilih rakan , mereka kemungkinan besar akan terjebak dengan
gejala buli ini. Di samping itu, keadaan akan bertambah buruk dengan sifat ego mereka yang
tidak mahu kalah setelah dicabar rakan sebaya. Terdapat juga rakan-rakan yang suka
memprovokasi individu tersebut sehingga tindakan pembuli di luar kewarasan otaknya.
Buli juga melibatkan emosi para pelajar. Pelajar-pelajar sekolah menengah yang sedang

15
meniti alam remaja mudah terbawa-bawa dengan emosi terutamanya yang bersifat negatif.
Sesetengah pelajar atau remaja mempunyai emosi dan ego yang tinggi manakala yang lain pula
mempunyai perasaan rendah diri. Selain emosi rendah diri terdapat juga remaja yang mempunyai
latar belakang masalah emosi yang melampau-lampau. Masalah yang timbul dalam keluarga
ataupun kerja menyebabkan tekanan yang membebankan seseorang individu. Akibatnya tidak
dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan kekurangan pengetahuan dalam menangani
tekanan telah menyebabkan mereka hilang kawalan ke atas emosi mereka. Seterusnya mereka
akan bertindak membuli orang lain sebagai salah satu cara bagi melepaskan tekanan. Sesetengah
pembuli mengaku bahawa mereka berasa gembira dan puas hati selepas berbuat demikian.
Kurangnya hubungan komunikasi antara pelajar dengan orang dewasa menjadi faktor
penyumbang kepada tingkah laku buli. Perlakuan membuli yang berlaku di sekolah adalah
perkara yang lumrah berlaku di kalangan pelajar. Golongan ini sedang mengalami proses menuju
kedewasaan dan mula hendak mengenali isu isu yang berhubung dengan bahasa, hak asasi,
pengaruh dan penegakan prinsip. Proses ini menyebabkan mereka mudah terjebak dengan
perlakuan yang ganas dan agresif sebagai satu cara fizikal untuk mengawal emosi.
Berdasarkan teori erikson peringkat kelima iaitu peringkat remaja berlaku pada usia 13
hingga 19 tahun. Di negara kita usia ini adalah usia pelajar pada peringkat sekolah menengah.
Proses memasuki alam remaja ini adalah satu transisi yang sangat rumit bagi sesiapa sahaja.
Krisis identiti kerap berlaku pada peringkat ini. Krisis identiti ini timbul daripada kekeliruan
peranan. Remaja keliru tentang siapa diri mereka sebenarnya dan bagaimanakah kehidupan
mereka pada masa hadapan.
Sebelum masalah ini menjadi semakin serius atau parah dalam masyarakat kita , langkah-
langkah yang sewajarnya harus kita ambil untuk mengatasi masalah ini. Langkah yang lebih
efektif perlu ibu bapa dan masyarakat ambil bersama bagi membendung masalah ini. Ibu bapa ,
guru, dan pihak berwajib harus mencari alternatif yang lebih produktif bagi memastikan anak-
anak mereka tidak terlibat dengan gejala buli ini. Selain itu, kita juga harus memikirkan nasib
mangsa buli kerana mereka bukan sahaja mendapat kecederaan fizikal malah menjejaskan emosi.
Usaha membanteras gejala buli perlu ditangani dengan segera bagi melahirkan masyarakat yang
harmoni dan sekaligus menjamin kesejahteraan negara.

16
3.0 Cara-cara menangani masalah buli di sekolah dan dalam masyarakat.

Terdapat berbagai-bagai langkah yang efektif bagi membendung masalah ini. Jika kita
teliti punca asal sesuatu masalah itu kita pasti tahu cara mengatasinya begitu juga masalah sosial
buli ini. Tangani punca utama iaitu pihak ibu bapa. Ibu bapa harus ada pendidikan dalam
mendidik anak-anak. Kukuhkan jati diri dan penuh dada dengan ilmu pengetahuan tentang
peranan dan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa sebelum melangkah ke fasa
perkahwinan. Mana mana agama pun di dunia yang suka kepada keganasan oleh itu seseorang
yang ingin berkahwin harus mempunyai ilmu agama yang kukuh agar dapat menurunkannya
kepada zuriat yang bakal dilahirkan nanti. Setelah besar kukuhkan lagi dengan ilmu agama yang
mantap. Sekira mereka mendapat didikan agama yang cukup sedikit sebanyak mereka tahu yang
masalah buli itu mendatangkan kemudaratan kepada penerimanya. Jika mencederakan orang
secara fizikal mahupun mental mereka sedia maklum perkara tersebut adalah dosa. Ilmu agama
yang cukup diharap dapat membendung sedikit sebanyak masalah buli ini dari terus bernanah
dalam masyarakat kita.
Selain itu pihak ibu bapa juga harus bekerjasama dengan guru jika ingin membendung
masalah buli ini berlaku di sekolah. Kekuatan di rumah sahaja tidak mencukupi jika ibu bapa dan
pelajar itu sendiri tidak ada kesedaran tentang kerjasama jika berlakunya kes buli terhadap
seseorang. Misalnya seorang pelajar itu telah dibuli biarpun dia dari keluarga yang baik baik,
cukup didikan agama , bijak dan pandai membawa diri tapi jika tidak tahu menangani masalah
apabila dibuli juga akan menyebabkan masalah kepada dirinya dan pihak sekolah.
Peranan yang diperlukan di sini adalah guru, ibu bapa dan pelajar. Pelajar perlu ada
kesedaran memberitahu guru atau ibu bapa tentang kewujudan masalah berkenaan. Sebagai
pendidik guru harus melatih para pelajar untuk mengenal pasti kes dan seterusnya mengajar
mereka untuk melaporkan kes tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab. Misalnya apabila
berada di sekolah pelajar harus berani melaporkan kepada pihak guru,manakala jika berlaku di
persekitaran perumahan harus berani memberitahu ibu bapa atau ketua masyarakat yang
bertanggungjawab di situ. Tanpa laporan dari sesiapa pihak guru, ibu bapa dan badan badan
yang bertanggungjawab tidak tahu kes berkenaan wujud atau tidak dikawasan seliaannya atau
anaknya.

17
Selain itu PRS iaitu Program Pembimbing Rakan Sebaya merupakan konsep dan kaedah
yang baik untuk dilaksanakan oleh semua sekolah. PRS akan menjadi mata dan telinga kepada
pelajar yang kena buli. PRS juga harus diberi tanggungjawab untuk mengenal pasti isu tersebut
dan memberi laporan kepada kaunselor sekolah untuk tindakan lanjut. Ahli PRS juga boleh
memberi bantuan emosi awal kepada mangsa yang terlibat. Selain itu, ibu bapa juga harus diberi
pendedahan terhadap tanda tanda mangsa yang dibuli. Penerangan tentang bagaimana untuk
memahami dan memberi sokongan emosi terhadap anak-anak mereka yang menjadi mangsa buli
juga harus diberi penekanan. Oleh itu pihak sekali lagi ditekankan agar pihak guru memberi
latihan dan bimbingan kepada semua ibu bapa pelajar supaya tidak takut dan mendiamkan diri
jika terkena buli.
Peranan pihak guru besar atau pentadbir sekolah. Pihak pentadbir khasnya guru besar dan
guru guru umumnya, harus peka mengenai masalah ini. Para guru harus memahami konsep,
faktor yang menyebabkan buli, tempat kejadian buli, dan aspek yang berkaitan. Jika guru berjaya
mengesan kes buli yang berlaku di sekolah dengan lebih awal dan mengambil berat akan
masalah buli ini nescaya kes tersebut tidak akan menjadi lebih parah. Misalnya kes itu berlaku di
dalam kelas tempat guru itu sedang mengajar, guru perlu menghentikannya segera serta
mengambil tindakan dan maklumat serta butiran. Buat laporan dan hantar laporan kepada pihak
pentadbir supaya insiden itu direkodkan dan diambil tindakan yang sewajarnya.Sebagai pihak
pentadbir seharusnya segera mengambil tindakan yang selanjutnya berdasarkan peraturan yang
telah sedia ada. Apabila perkara ini terus diambil tindakan masalah ini tudak akan berlanjutan
dan berhenti secepat yang boleh. Oleh itu, besarlah harapan kita agar semua guru peka dan bijak
menguruskan masalah buli ini dengan kadar yang segera. Jangan dibiarkan ia berkulat dan
bernanah barulah berusaha untuk ditangani itu sudah terlambat.
Peranan pelajar juga harus diambil kira. Semua pelajar harus mendapat pendedahan
tentang isu yang berkaitan dengan buli. Pendedahan perlu diberikan daripada aspek definisi, ciri-
ciri mangsa, kesan . hukuman dan implikasi isu buli. Pendedahan awal terhadap isu buli akan
memudahkan para pelajar mengenal pasti si pembuli, mangsa buli dan akan menjadi pembuli.
Jika pelajar faham situasi buli masalah ini akan menjadi lebih mudah. Selain itu, pelajar
digalakkan untuk menanamkan sikap proaktif terhadap isu buli di sekolah. Guru-guru harus
kreatif menggalakkan pelajar untuk meluahkan perasaan mereka melalui apreasi seni, esei, dan
perbahasan tentang isu buli. Secara ironisnya pelajar yang bermasalah dapat meluahkan

18
kemarahan dan perasaan mereka dengan cara yang berfaedah dan tidak mencederakan sesiapa.
Bahkan mungkin dengan cara sebegitu mereka akan lebih dihormati dan tidak mustahil ia
menjadi sesuatu permata yang bernilai bagi sekolah kerana bakat terpendam mereka telah
dicungkil dan dipamerkan dengan ruang yang betul. Oleh itu, guru-guru harus bijak dan kreatif
mengenal pasti dan menangani kes buli di sekolah.
Para pelajar yang berkemungkinan dibuli harus diberi teguran dan perlu mengelakkan diri
daripada menyerang balas pembuli seperti mengadu hal itu kepad orang luar yang tiada kaitan
dengan sekolah dan ibu bapa. Perkara ini akan menjadi lebih besar dan mengundang bahaya
yang lebih besar lagi apabila orang luar masuk campur. Perkara yang berlaku di dalam sekolah
hendaklah diselesaikan di sekolah juga. Dengan kata lain pelajar yang berisiko untuk dibuli perlu
mengelakkan diri daripada duduk bersendirian. Galakkan pelajar berkenaan bergerak dalam
kumpulan agar peluang untuk si pembuli membuli tiada langsung.
Seterusnya, peranan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah hendaklah diperhebatkan.
Hal ini demikian kerana di sesetengah sekolah, guru kaunseling sibuk membuat kerja lain
daripada berjumpa dengan pelajar bermasalah untuk menyelesaikan masalah mereka. Pelajar
pula tidak mahu berjumpa dengan guru kaunseling kerana mereka tidak yakin dengan
kemampuan dan kebolehan guru tersebut. Oleh itu, guru bimbingan dan kaunseling harus
memainkan peranan yang lebih aktif. Mereka hendaklah mengesan dan memberikan kaunseling
motivasi kepada pelajar yang selalu dibuli. Biasanya, mangsa buli tidak mahu berkongsi
masalah mereka dengan orang lain kerana takut. Dengan ini, guru bimbingan dan kaunseling
dapat memulihkan semangat mangsa buli. Mereka juga akan lebih yakin untuk melaporkan kes
yang dihadapi. Akhirnya, pihak sekolah dapat mengambil tindakan yang tegas kepada pelajar
yang terlibat.
Rentetan daripada itu tindakan disiplin dan undang-undang ke atas pempuli hendaklah
dikaji dan dimurnikan semula. Ini adalah kerana tindakan yang dikenakan ke atas mereka pada
masa sekarang tidak menakutkan untuk mereka meneruskan pelakuan buli. Pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia mungkin boleh bekerjasama dengan pihak polis untuk menangani masalah
ini. Pembuli yang ditangkap mungkin boleh dipenjara atau disuruh melakukan kerja kerja
kemasyarakatan selama tempoh tertentu. Tindakan ini bertujuan untuk menakutkan pembuli
yang lain. Setiap pembuli sewajarnya dikenakan hukuman yang setimpal seperti dihantar ke
pusat pemulihan akhlak atau digantung persekolahan untuk memberi kesedaran kepada orang

19
ramai. Hal ini demikian kerana terdapat kes buli yang berakhir dengan kematian. Ini
mencerminkan kes buli ini amat serius jika dibiarkan tanpa tindakan yang sewajarnya. Si
pembuli akan terus bermaharajarela mencari mangsanya. Tindakan mengampunkan pembuli
dengan alasan mereka masih muda dan tidak sesuai dikenakan hukuman penjara haruslah dikaji
semula bagi kes-kes buli yang ekstrem kerana zaman kian berubah.
Selain daripada itu, buli siber juga wujud oleh itu pelajar harus mengehadkan aktiviti
yang berkaitan dengan laman sosial. Sekurang-kurangnya dapat memahami aspek buli melalui
siber seterusnya mengelakkan diri daripa menjadi mangsa buli.
Langkah untuk mengatasi gejala buli dari aspek murid adalah sikap murid. Di mana
murid itu sendiri perlu sedar pentingnya menjaga keamanan dan menyayangi sesama insan
biarpun berlainan saiz, agama dan keturunan demi kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Di
samping perlu mempunyai jati diri yang tinggi supaya tidak mudah hanyut dengan gejala negatif
yang boleh merosakkan masa depan. Murid atau remaja harus sedar dan tanggungjawab dan
tujuan utama datang ke sekolah adalah untuk belajar bukan mendatangkan masalah kepada ibu
bapa dan diri sendiri.

4.0 Bagaimana pendidikan moral dapat mengatasi kes buli di sekolah.


Pendidikan Moral dapat mengatasi masalah buli kerana dalam pendidikan Moral nilai-
nilai murni diterapkan dengan terperinci dan diajar secara efektif kepada pelajar. Setiap nilai-
nilai murni diajar untuk membentuk moral yang baik kepada setiap pelajar.
Contohnya dalam pembelajaran koperatif. Guru akan menggunakan kaedah koperatif
bagi menerapkan nilai kerjasama dalam diri pelajar agar perasaan saling bantu membantu akan
wujud. Guru akan membahagikan murid kepada 2 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 4
ke 5 orang ahli dan mempunyai kebolehan yang pelbagai. Guru akan memberikan dilema kepada
setiap kumpulan dan dua soalan berbeza untuk setiap kumpulan. Contohnya Dilema Kamal.
Kamal dan Johan bersahabat baik dan mereka tidak pernah bergaduh. Mereka saling
menghormati antara satu sama lain. Tambahan mereka semakin rapat sejak 4 tahun lagi.
Walaubagaimanapun, Johan mempunyai satu tabiat buruk yang kurang disukai oleh Kamal iaitu
dia gemar terlibat dalam masalah buli. Kadang-kadang Johan berjaya mempengaruhi Kamal
untuk bersama-sama membuli pelajar yang lebih pasif dan lebih kecil. Kamal telah berazam
untuk tidak terlibat lagi dengan kegiatan buli Johan. Kerana menurutnya buli adalah perkara

20
yang tidak baik tambahan dia mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran
memandangkan UPSR tidak lama lagi dan dia mahu mendapat keputusan yang cemerlang, tetapi
Johan sering mendesak Kamal untuk menyertai kegiatannya jikalau tidak Johan akan
memutuskan persahabatan mereka. Kamal menghadapi dilemma yang mana mahu menjadi
pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dan mahu meneruskan persahabatan dengan John.
Setiap kumpulan akan diberi 2 soalan berbeza dan jawapan yang bersesuaian dengan
soalan untuk dilekatkan pada jadual yang disertakan. Contoh soalan pertama kumpulan satu ialah
Haruskah Kamal menolakkan ajakan Johan? Kenapa?. Jawapan yang disertakan ditulis dalam
satu ayat berasingan. Jawapannya seperti berikut. Harus menolak ajakan Johan kerana dikenakan
hukuman atas tindakan tersebut. Jikalau mematuhi peraturan akan mendapat kesan yang positif.
Perlu tolak ajakan sebab pelajaran lebih penting kepada mereka untuk berjaya dalam hidup.
Kamal perlu menjadi contoh yang baik kepada Johan.
Soalan kedua untuk kumpulan satu ialah Perlukah Kamal menasihati Johan supaya
jangan terlibat dengan aktiviti buli di sekolah lagi? Mengapa? Jawapannya ialah Kamal perlu
menasihati Johan supaya tidak terlibat dalam buli kerana mereka bersahabat baik. Perbuatan
membuli adalah menyalahi peraturan dan undang-undang sekolah. Seseorang yang melanggar
undang-undang merupakan seseorang yang tidak bermoral.
Seterusnya soalan satu untuk kumpulan dua ialah Haruskah Kamal mengikut kehendak
Johan untuk membuli kerana bimbang persahabatan mereka terputus?. Contoh jawapan berbunyi,
Kamal tidak perlu mengikut Johan tetapi dia perlu menasihati Johan supaya tidak terlibat dalam
kes buli lagi serta titik beratkan soal pelajaran dan sahsiah diri agar menjadi pelajar yang berjaya
dan berakhlak mulia. Kamal perlu bersikap lebih prihatin terhadap Johan sebagai sahabat baik.
Soalan kedua untuk kumpulan dua ialah perlukah Kamal menasihati Johan supaya tidak terlibat
dalam masalah buli lagi. Contoh jawapannya , mencuba untuk menjadi seseorang yang baik dan
prihatin kepada orang lain. Perlu menasihati Johan supaya berubah ke arah yang lebih baik serta
menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana kawan adalah rakan yang paling tepat untuk
mengajak ke arah kebaikan.
Setelah mereka berjaya melengkapkan jadual dengan jawapan yang disertakan dan
menampalkan pada bahagian yang disediakan, setiap kumpulan akan membentangkan jawapan
yang diperolehi serta melakonkan dialog spontan berdasarkan soalan dan jawapan yang
disertakan sebagai pengukuhan. Kumpulan lain akan memberi pandangan sama ada jawapan dan

21
lakonan yang dipersembahkan bertepatan dengan soalan yang diberikan.
Setelah selesai perbentangan kumpulan, guru akan menyoal tentang kesan daripada
dilema tersebut. Apakah perasaan mereka sekiranya mereka berada pada situasi Kamal dan
Johan. Perlukah mereka melakukan buli terhadap orang lain dan apakah kesannya pada diri dan
masa depan pelaku buli dan orang yang dibuli. Jika situasi berlaku kepada mereka apakah
tindakan yang perlu mereka ambil untuk mengatasi masalah tersebut. Guru meminta beberapa
orang murid menyatakan kesan buruk tindakan buli kepada diri kita dan mangsa buli.
Pendidikan Moral dapat mengatasi masalah buli ini jika murid mengambil iktibar
daripada dilema yang diterangkan dan dapat berfikir akan kesan buruk terhadap tindakan yang
salah, kesan tersalah pilih dan terlalu mengikut kehendak orang lain tanpa memikirkan kesan ke
atas diri dan masa depan. Murid perlu selalu diingatkan akan kesan buruk sesuatu tindakan
negatif yang diambil ke atas diri, keluarga dan masa depan sendiri. Murid juga perlu selalu
diingatkan tentang apa yang mereka dapat apabila mengamalkan sikap yang baik dan tidak
menyalahi undang-undang sama ada peraturan di rumah, di sekolah ataupun di tempat awam,
kenapa peraturan disediakan dan mengapa ia perlu dipatuhi. Semuanya bertujuan untuk
melindungi seseorang daripada melakukan sebarang kesalahan yang boleh memudaratkan diri
mereka sendiri dan orang lain. Oleh itu, kita harus bijak berfikir sebelum melakukan sesuatu agar
kita dapat menghindari segala kejahatan dan ingatlah kita sebagai pelajar datang ke sekolah
dengan nawaitu untuk menimba ilmu dan mendapat keberkatan daripadaNya. Jadi jangan
sesekali melakukan buli kepada orang yang kecil, lemah dan muda daripada kita. Sentiasalah jadi
contoh dan teladan yang baik kepada semua orang.

5.0 Rumusan
Kesimpulannya, masalah ini perlu ditangani dengan segera kerana jika gejala ini menjadi
semakin serius, mangsa buli akan berdepan dengan pelbagai risiko termasuklah boleh
menghilangkan nyawa. Lebih-lebih lagi, kebanyakan kes buli berlaku di kawasan sekolah yang
merupakan institusi formal untuk kita menjana modal insan yang bakal memimpin negara pada
masa depan. Kita tidak mahu melahirkan generasi muda yang kejam, dan suka menindas orang
lain untuk kepentingan diri sendiri. Dengan ini diharapkan, semua pihak seperti ibu bapa guru-
guru sekolah, masyarakat, dan pihak berkuasa perlu bekerjasama menangani masalah ini. Tanpa
kerjasama dan penglibatan semua pihak masalah buli ini sukar dibendung. Lebih-lebih lagi kita

22
sebagai ibu bapa dan guru- guru harus peka dengan masalah dan perubahan tingkah laku serta
fizikal anak anak yang berada di bawah peliharaan kita. Dengan tindakan yang sedemikian kita
dapat mengetahui punca dan mengenal pasti punca masalah ini dari awal. Pengetahuan yang
awal dapat mencegah dari berlakunya kes buli yang serius hingga ada yang boleh menyebabkan
kehilangan nyawa dan menyebabkan mangsa buli mengalami tekanan mental seumur hidup.
Oleh itu sama-samalah kita mencegah dan menangani masalah moral buli ini dikalangan anak-
anak didik dan persekitaran kita.

23
Rujukan;

Daripada Jurnal Seminar Pendidikan 2005 Pakulti Pendidikan, UTM,15 Okt 2005

Gejala Buli. Oleh: Azneezal Ar-Rashid Bin Mohd Ramli, Nora Binti Mislan, dan Siti
Mislia Binti Selamat.

Daripada Jurnal

Alsaker, FD dan Valkanover, S (2001). Early diagnosis and prevention of


Victimization in kindergarten in J Juvonen & S Graham (eds), Peer harassment in
school, Guilford Press, New York, 175-195.

Daripada Jurnal

Anda de dan Diane. (1999), The Evalution of a Skill-Based Violence Prevention


Program for High School Adolescents. Social Work in Education, v21 n3 p137-49.

Daripada Kamus Dewan

Edisi Ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Daripada Jurnal

Staub. E. (1999). The roots of evil: Social conditions, culture, personality, and basic
human needs. Personality and Social Psychology Review, 3, 179-192.

Daripada Jurnal

Batsche, G. M dan Knoff, H. M. (1994). Bullies and their victims: Understanding a


pervasive problem in the school. School Psychology Review, 23, 165-174.

24