You are on page 1of 8

PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA

BAHASA JIWA BANGSA

1. Bahasa Melayu merupakan bahasa perantara negara ini sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka pada abad ke-15.
2. Bahasa Melayu digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat-menyurat,
perundangan dan kehakiman di negeri-negeri MelayuTidak Bersekutu, Jabatan Polis dan
sebagainya sebelum Perang Dunia Kedua.
3. Proses pemilihan dan penetapan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah melalui
kesepakatan dan tolak ansur dalam kalangan kesemua kaum di negara ini.
4. Perkara 152 Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan bagi negara. Bahasa Melayu mestilah
digunakan untuk maksud-maksud rasmi. Namun, bahasa selain bahasa Melayu tidak dilarang
untuk digunakan.
5. Peruntukan Perkara 150 (6A) dengan jelas menyatakan bahawa walaupun dalam keadaan
darurat, hal-hal yang berhubung dengan bahasa melayu adalah dilindungi oleh perlembagaan.
6. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 juga memperuntukan bahasa Melayu sebagai satu-satunya
bahasa rasmi tunggal.
7. Ianya menjadi medium penyatuan bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum serta
lambang jati diri dan identiti nasional.

1
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA

AGAMA

1. Perkara 3 agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi agama lain boleh dianuti
secara aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan.
2. Perkara 3 (2) Raja atau Sultan ialah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing. Yang
di-Pertuan Agong akan bertindak sebagai Ketua Agama Islam bagi Pulau Pinang, Melaka,
Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Labuan, Kuala Lumpur) bagi
mewakili Raja-Raja.
3. Bahagian I, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memaktubkan agama Islam sebagai
agama bagi Persekutuan, tetapi agama lain boleh dianuti secara aman dan harmoni.
4. Majlis Agama Islam ditubuhkan di setiap negeri berdasarkan undang-undang negeri.
Majlis Agama Islam berperanan untuk menasihati Raja mengenai hal ehwal agama Islam.
5. Perkara 11(4) memberi kuasa kepada undang-undang negeri dan undang-undang
Persekutuan untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau
kepercayaan agama lain tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam.
6. Perkara 12(2) memperuntukan kuasa kepada Persekutuan atau sesuatu negeri untuk
menubuhkan atau menyenggara Institusi Islam serta membiayai perbelanjaan dalam
mengadakan atau membantu ajaran Islam seperti;
a. perwarisan (berwasiat atau tidak berwasiat)
b. munakahat (pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah dll )
c. wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat
d. adat istiadat Melayu
e. zakat fitrah dan baitulmal
f. masjid atau tempat solat awam
g. mengadakan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam terhadap
rukun Islam (kecuali perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan)
h. keanggotaan, susunan dan tatacara Mahkamah Syariah
i. mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan dalam kalangan penganut
agama Islam.

2
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA

KEWARGANEGARAAN,
1. Hak kewarganegaraan diperolehi secara;

1.1 Kuatkuasa Undang-Undang


1.2 Pendaftaran
1.3 Permohonan Kemasukan (Naturalisasi)
1.4 Pencantuman Wilayah

1.1 KEWARGANEGARAAN SECARA KUASA UNDANG-UNDANG


SITUASI SYARAT KELAYAKAN
warganegara persekutuan 1957 memperoleh kewarganegaraan secara pendaftaran atau
naturalisasi
lahir antara 31 ogos 1957 oktober 1962 ibubapa warganegara atau pemastautin tetap
lahir di persekutuan pada atau selepas bapa warganegara atau berkhidmat dengan kerajaan persekutuan
kemerdekaan kelahiran didaftar dengan pejabat konsul persekutuan

1.2 KEWARGANEGARAAN SECARA PENDAFTARAN


SITUASI SYARAT KELAYAKAN
isteri dan anak warganegara masih berkahwin dengan warganegara bermula bulan oktober 1962
bermastautin di Persekutuan selama 2 tahun sebelum permohonan
dan berniat untuk terus bermastautin di persekutuan selama 2 tahun
sebelum permohonan dan berniat untuk terus bermastautin di
Persekutuan
berkelakuan baik
seseorang yang berumur kurang didaftar oleh ibubapa atau penjaga jika salah satu pihak tersebut
daripada 21 tahun perupakan warganegara
seseorang yang berumur 18 tahun membuktikan permastautinan di Persekutuan selama 5 tahun
atau lebih dan lahir di Persekutuan daripada 7 tahun sebelum permohonan
sebelum hari merdeka berniat menjadi pemastautin tetap Persekutuan
memiliki kemahiran bahasa melayu mudah
berkelakuan baik
seseorang yang berumur 18 tahun bermastutin di persekutuan malaysia sebelum hari malayisa
dan bermastautin di sabah dan selepas hari malaysia, bermastautin di persekutuan selama 7 daripada
sarawak pada hari malaysia 10 tahun sebelum permohonan

1.3 KEWARGANEGARAAN SECARA KEMASUKAN NATURALISASI

3
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Antara syarat untuk warganegara asing yang berumur 1 tahun ke atas untuk menjadi warganegara malaysia
ialah;
individu tersebut telah menetap di persekutuan malaysia 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh
permohonan
berniat menjadi pemastautin tetap persekutuan malaysia
tingkah laku baik
berpengetahuan dalam bahasa melayu

1.4 KEWARGANEGARAAN SECARA PENCANTUMAN WILAYAH

Diberi kepada penduduk Singapura,Sabah ,Sarawak yang anggotai Persekutuan Malaysia pada
16.9.1963

2. DUA SEBAB INDIVIDU HILANG HAK KEWARGANEGARAAN

a. individu itu menolak kewarganegaraannya


b. apabila terlucut atau dilucutkan oleh Perlembagaan Malaysia sekiranya individu tersebut
melakukan sesuatu tindakan yang bertentangan dengan kehendak Perlembagaan seperti
c. tidak lagi berminat untuk mengekalkan kewarganegaraan dengan menjadi warganegara
asing
d. tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapannya
e. telah bermastautin di negara asing selama lebih daripada 5 tahun secara berterusan dan
tidak pernah melapor atau mendaftar di Pejabat Konsul Persekutuan

4
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA

HAK ASASI

1) Istilah "kebebasan Asasi" diguna pakai dalam Perlembagaan merujuk hak asasi yang diberikan
pada rakyat. Bahagian II, perkara 5 hingga 13 dalam Perlembagaan Persekutuan, Peruntukkan
9 hak asasi :

1. Perkara 5 Kebebasan diri


2. Perkara 6 Keabdian dan kerja paksa dilarang
3. Perkara 7 Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuatkuasa kebelakang dan
perbicaraan berulang
4. Perkara 8 Kesamarataan
5. Perkara 9 Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
6. Perkara 10 Kebebasan bercakap,berhimpun dan berpersatuan
7. Perkara 11 Kebebasan beragama
8. Perkara 12 Hak terhadap pendidikan
9. Perkara 13 Hak terhadap harta

2) Semua rakyat berhak dapat perlindungan dan kesamarataan di sisi undang-undang


3) Perlembagaan tidak menyekat kebebasan dan pergerakan individu kecuali atas faktor
keselamatan, kesihatan awam dan hukuman
4) Jika individu ditangkap,dia hendaklah diberitahu sebab dia ditangkap dengan segera & dia
dibenarkan untuk membela diri
5) Jika individu didakwa,dia perlu mendapat perbicaraan yang adil.
6) Tertuduh tidak boleh dituduh dengan tuduhan yang sama kali kedua sekiranya telah dilepaskan
& dibebaskan oleh mahkamah atas tuduhan yang sama.
7) Isu sensitif berkaitan agama,bahasa kebangsaan,hak istimewa orang melayu dan kedudukan
raja-raja Melayu dilarang untuk dibincangkan secara terbuka.Tujuan adalah demi menjaga
perpaduan dan keharmonian hidup masyarakat Malaysia.
8) Pergerakan individu dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak adalah tertakluk kepada undang-
undang imigresen negeri terbabit seperti yang telah dipersetujui ketika pembentukan
Persekutuan Malaysia 1963.

5
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA

HAK ISTIMEWA ORG MELAYU, BUMIPUTERA SABAH


SARAWAK

1. Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak


peruntukan khas ini memberi pertimbangan kepada golongan berkenaan bertujuan untuk
menyamaratakan status pendidikan dan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak dengan kaum-kaum lain.
kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, seperti rizab khas
bagi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan atau latihan khas, lesen dan
permit perniagaan, diberi melalui Perkara 153 perlembagaan.

2. Bidang Peruntukan Hak Istimewa Dalam Perlembagaan Malaysia

2.1 Perkhidmatan awam - Perkara 153 (2)


perizaban jawatan di dalam sektor awam bagi orang Melayu serta Bumiputra Sabah dan
Sarawak
YDPA atas nasihat Jemaah Menteri bertanggungjawab untuk menentukan perizaban jawatan di
dalam sektor awam bagi orang Melayu serta Bumiputra Sabah dan Sarawak.
Kuota atau perizaban ini diadakan bagi mengimbangi pola kakitangan awam dalam sektor
awam yang didominasi oleh orang asing sebelum dan pada awal tahun-tahun kemerdekaan.
Kebanyakan jawatan rendah dalam pentadbiranTanah Melayu semasa penjajahan British
dipegang oleh golongan kaum lain terutama orang India dan Sri Langka yang boleh bertutur
bahasa Inggeris. Jawatan tinggi pula dipegang oleh pegawai-pegawai British.

2.2 Ekonomi - Perkara 153 (6)


memberi kelulusan permit atau lesen perniagaan dan perdagangan kepada orang Melayu
mengikut kadar perizaban
hendaklah diberi bantuan untuk menjalankan usaha-usaha dagang dalam sektor ekonomi dan
industri

2.3 Pendidikan - Perkara 153 (2)

6
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA

pemberian biasiswa
bantuan dan keistimewaan pelajaran;
latihan atau kemudahan khas Lain-lain

2.4 tanah rizab Melayu - Perkara 89 Perkara 90


pengecualian undang-undang yang ada berkenaan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka
serta berkenaan tanah pegangan Melayu diTerengganu.

2.5 Rejimen Askar Melayu Perkara 8 (5)(f)


Mengehadkan pengambilan kemasukan dalam perkhidmatan Rejimen Askar Melayu kepada
orang Melayu.
Namun, kemasukan ke rejimen tentera yang lain adalah terbuka kepada semua kaum di
Malaysia dan tiada sekatan dikenakan.

7
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA

KONTRAK SOSIAL

1. Maksudnya Bentuk permuafakatan yang ulung antara rakyat dan pemimpin bagi 3 kaum utama iaitu
(Melayu,Cina dan India) yang mewakili parti UMNO,MIC dan MCA yang dimeterai menerusi
Perlembagaan Persekutuan.

Melalui permuafakatan sosial, penggantian beri-memberi (quid pro quo) berlaku antara orang
Melayu dan orang bukan Melayu.
Orang Melayu sedia ubah tanah asal tumpah darah keturunan mereka menjadi tanah perkongsian
bersama cina dan india.
Orang Melayu setuju berikan hak kewarganegaraan berdasarkan prinsip JUS SOLI kepada orang
bukan Melayu.
Sebagai balasan, Cina & India setuju unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan persekutuan
termaktub iaitu :
-kedudukan istimewa orang melayu
-kedudukan agama islam
-bahasa melayu
-kedudukan Raja-Raja Melayu dikekalkan dalam perlembagaan

2. Tanpa kontrak sosial,Tanah Melayu tak mungkin berjaya capai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana-
pihak British jadikan permuafakatan tersebut sebagai prasyarat kemerdekaan.

3. Kontrak sosial- asas yang jadikan Malaysia sebuah negara merdeka di bawah sistem pemerintahan
Demokrasi Berparlimen Raja Berpelembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan

4. Selain menjadi anak kunci kepada perpaduan antara kaum seperti termaktub dalam perlembagaan