You are on page 1of 4

MINIT TAKLIMAT

PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN


KALI PERTAMA TAHUN 2014

Tarikh : 25 Ogos 2014

Masa : 1.00 2.45 petang

Tempat : Bengkel KH Sekolah Kebangsaan Perpaduan

Kehadiran : Rujuk Lampiran


Tidak Hadir : Rujuk Lampiran

Agenda 1:
UCAPAN ALUAN
1 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat menghadiri taklimat
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) .Pengerusi juga turut
mengingatkan mengenai kepentingan guru memahami PBPPP.
Tindakan : semua guru

AGENDA 2:
2 LATAR BELAKANG PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN ( PBPPP )
2.1 Memaklumkan bahawa PBPPP dibangunkan adalah untuk menggantikan beberapa penilaian
sedia ada di KPM digabungkan menjadi satu instrumen penilaian untuk kepelbagaian
penggunaan.

2.2 Memaklumkan PBPPP adalah penilaian baharu memberi fokus kepada elemen
pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta
mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

2.3 Memaklumkan Pembangunan instrumen PBPPP berdasarkan Standard Prestasi yang selaras
dengan Government Transformation Programme 2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 iaitu pada Anjakan 4 (Transformasi Keguruan Sebagai Profesion
Pilihan) dan 5 (Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap
Sekolah).

2.4 Memaklumkan Konsep Asas PBPPP akan dinilai oleh dua Pegawai Penilai berasaskan
Instrumen Generik dan Fungsional serta Keberhasilan seterusnya dibahagikan kepada tiga
kategori Prestasi iaitu:
a. Prestasi Tinggi (90 100)
b. Prestasi Sederhana (60 89.9)
c. Prestasi Rendah (0 59.99)

2.5 Memaklumkan Penilaian yang sedia ada yang berkuat kuasa di KPM pada tahun ini masih
dilaksanakan seperti biasa contohnya LNPT dan PBPPP akan dilaksanakan sepenuhnya
pada tahun 2015 apabila diluluskan.
Tindakan : semua guru

1
AGENDA 3:
3 JAWATANKUASA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN
3.1 Memaklumkan Jawatankuasa PBPPP terdiri dari Pengerusi, Setiausaha, Tiga Ahli
Jawatankuasa dan seorang Urus setia. Urus setia hanya berperanan dalam aspek
pengkeranian dan tiada kuasa mengundi.

3.2 Memaklumkan bagi Jawatankuasa peringkat sekolah rendah,organisasinya dalah seperti


berikut :
Pengerusi : Guru Besar
Setiausaha : Penolong Kanan Pentadbiran
Ahli : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Penolong Kanan Ko-
kurikulum,Penolong Kanan Petang
Urus Setia : Pembantu Tadbir
Tindakan : semua guru
AGENDA 4
4 PEGAWAI PENILAI ( PP) DAN PEGAWAI YANG DINILAI (PYD)
4.1 Memaklumkan Penilaian adalah fleksibel iaitu sistem penilaian yang tidak terikat kepada
sesuatu kaedah penilaian semata-mata. Penilaian ini dijalankan berdasarkan perkara-perkara
yang berikut :
a) Kesesuaian Masa : pagi/ petang/ malam. (bergantung kepada majlis/ program)
b) Kesesuaian Tempat : bilik darjah/ makmal/ padang.
c) Kepelbagaian Kaedah : semakan bahan/ temu bual/ pencerapan/ pemerhatian.

4.2 Memaklumkan proses penilaian PBPPP ini melibatkan dua PP, iaitu Pegawai Penilai Satu
(PP1) dan Pegawai Penilai Dua (PP2). Penilaian mesti dijalankan oleh PP yang mempunyai
hubungan kerja dengan PYD.Pemberian markah antara kedua-dua PP kepada PYD adalah
sulit. PP1 dan PP2 tidak boleh berbincang dalam proses pemberian markah PYD.

4.3 Memaklumkan pelantikan atau penetapan PP perlu berdasarkan kriteria yang ditetapkan
seperti yang berikut:
a) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang PYD dan mempunyai
kemahiran menilai secara objektif.
b)Sekurang-kurangnya satu gred lebih tinggi daripada pegawai yang dinilai atau
Ketua Organisasi/ Penyelia.
c) Tiada hubungan kekeluargaan terdekat melalui pertalian darah atau
perkahwinan antara PP dan PYD.

4.4 Pegawai Yang Dinilai (PYD) merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah
dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
Tindakan : semua guru

AGENDA 5:
5 INSTRUMEN DAN WAJARAN
2
5.1 Memaklumkan konsep instrumen adalah :
a)Dimensi merupakan perkara pokok atau bidang utama pekerjaan yang hendak
dinilai dan boleh diukur. Dimensi menggambarkan konstruk yang hendak
dinilai.
b) Elemen ialah bahagian-bahagian bidang utama pekerjaan yang hendak dinilai
dan boleh diukur. Elemen adalah pembolehubah bagi sesuatu Dimensi
(Konstruk).
c) Aspek adalah bidang tugas dan tanggungjawab yang dinilai dalam satu tempoh
yang ditetapkan. Aspek merupakan perincian tentang perkara yang dinilai
dalam sesuatu elemen.

5.2 Memaklumkan Komponen Instrumen PBPPP terbahagi kepada tiga iaitu Generik,
Fungsional dan Keberhasilan.

5.3 Memaklumkan Komponen Generik bermaksud semua PPP dinilai berdasarkan dimensi,
elemen dan aspek yang sama.

5.4 Memaklumkan Komponen Fungsional bermaksud semua PPP dinilai berdasarkan


pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tugas masing-masing.

5.5 Memaklumkan komponen Keberhasilan bermaksud semua PPP dinilai berdasarkan


peningkatan berasaskan bidang tugas. (Kumpulan PdP dan PTA).

5.6 Memaklumkan wajaran markah penilaian bagi instrumen PBPPP adalah seperti berikut :
a) Komponen generik mempunyai 3 dimensi iaitu
D1 Dimensi Profesionalisme (20%),
D2 Dimensi Tugasan Tambahan (10%)
D3 - Dimensi Penglibatan (10%)
b) Komponen fungsional mempunyai 1 dimensi iaitu Dimensi Kemahiran (60%)
c) Komponen keberhasilan (100%)

5.7 Memaklumkan jumlah keseluruhan wajaran adalah 100% di mana komponen generik dan
fungsional sebanyak 90% sementara komponen keberhasilan adalah sebanyak 10%.

Tindakan : Semua guru


AGENDA 6 :
6 SISTEM E-PRESTASI
6.1 Memaklumkan bahawa Aplikasi/ Modul e-Prestasi dibangunkan di bawah peluasan Sistem
Maklumat Guru(SMG).

6.2 Memaklumkan bahawa Modul E-Prestasi ini boleh dicapai dalam laman sesawang
http://apps.moe.gov.my/smg/10/

6.3 Memaklumkan ciri-ciri utama E-Prestasi ini iaitu capaian secara dalam talian melalui
Internet, boleh dicapai menggunakan pelayar web utama, boleh dicapai pada bila-bila masa
tertakluk kepada takwim penilaian yang ditetapkan oleh BPPK, tiada pendaftaran pengguna
diperlukan dan pengiraan markah PYD adalah secara automatik.

6.4 Memaklumkan modul-modul uatama dalam E-Prestasi adalah :


a) Pelantikan JK PBPPP di Peringkat Sekolah
3
b) Penetapan PP1 dan PP2 bagi PYD
c) Penilaian oleh PP1 & PP2
d) Penyelenggaraan;
- Pelaporan
- Pelarasan Markah
- Semula Kata Laluan
e) Sub Modul Slip Keputusan
Tindakan : semua guru

Taklimat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

..................................................................... ...................................................
(ENCIK SYAMSUL RIDZUAN BIN SURBAINI) ( HAJI KHARUDDIN BIN OMAR )
Setiausaha Taklimat PBPPP Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Perpaduan . Sekolah Kebangsaan Perpaduan .