You are on page 1of 8

DAPATAN KAJIAN

Secara umumnya kilang MAMEE yang kami lawati menghasilkan mee segera yang
muncul sebagai penyelesaian yang bijak kerana kesibukan penduduk ketika ini. Hal ini
kerana, mee segera yang dihasilkan adalah murah, senang untuk disajikan dan
penyediaannya tidak mengambil masa yang panjang. Oleh yang demikian, kumpulan kami
menjalankan lawatan industri untuk mengetahui proses penyediaan dan produk yang telah
dihasilkan oleh kilang MAMEE tersebut.

Antara produk yang telah dikeluarkanoleh kilang mamee ialah Corntoz, Nutrigen,
MAMEE mee segera.

Secara keseluruhannya, terdapat lapan proses yang perlu dilalui sebelum produk
akhir berjaya dihasilkan. Proses pertama yang perlu dilalui ialah proses pencampuran. Di
dalam proses ini tepung, air dan campuran tertentu dicampur secara serta-merta untuk
dibentuk menjadi doh tepung. Proses ini dilakukan dibawah kelembapan tertentu dan
campuran tertentu yang tidak boleh didedahkan kepada pengetahuan umum kerana faktor
keaslian produk. Proses pencampuran ini dilakukan di dalam tong pencampuran selama 20
minit. Sebanyak 200 kg tepung digunakan semasa proses ini.

Proses pencampuran yang sedang dijalankan


Proses seterusnya ialah proses pemanjangan doh yang telah dihasilkan. Mesin
pemanjangan ini secara umumnya untuk meratakan doh dan mencapai ketebalan yang
diingini. Semasa proses ini doh ditekan untuk proses pemanjangan doh menjadi bentuk segi
empat tepat seperti bentuk kertas akan tetapi mengikut saiz lebar mesin yang digunakan.
Kelebaran mesin dan jenis mesin yang digunakan semasa proses ini tidak didedahkan kerana
faktor tertentu. Ketebalan doh tersebut dikurangkan sehingga berada pada julat 1mm.

Proses pemanjangan

Setelah doh melalui proses pemanjangan, doh melalui penstukturan. Proses ini
berlaku dalam bentuk zigzag. Tekstur mee dibentuk ketika proses ini .Hal ini kerana,
bentuk stuktur yang digunakan adalah berbentuk zigzag. Proses ini bertujuan untuk
memudahkan doh untuk menjalani proses yang akan datang. Doh dilalukan pada penekan
yang berbentuk kerinting. Setelah proses pengubahan tekstur, mee akan diproses untuk
ditarik dan dilentur serta proses pelembutan. Mee perlu ditoskan di bawah air sejuk terlebih
dahulu.
Proses penstukturann

Proses pengewapan mee berlaku apabila mee yang melalui proses terdahulu melalui
pengewap. Proses ini berlaku selama lebih kurang 1 minit di mana wap tepu direnjiskan
terhadap mee. Proses ini dilakukan bertujuan untuk memasak doh mee secara separa
sebelum proses memasak doh yang sebenar dilakukan. Hal ini kerana untuk mengurangkan
kandungan air yang terdapat pada mee dan mengurangkan keberangkalian mee untuk
rosak. Dengan ini kos penghasilan dapat dikurangkan. Dengan melalui proses ini mee akan
lebih mudah untuk dimasak pada proses pemasakan .
Proses pengewapan

Proses penarikan berlaku apabila mee diletakkan di dalam ruangan yang dipenuhi air
yang dipanaskan pada suhu tertentu. Ketika proses ini, proses penarikan dilakukan untuk
menambahkan tekstur mee dan mee akan menjadi leb elastik dan kenyal.

Proses seterusnya ialah proses pemotongan. Mee dipotong dengan panjang dan
berat bersih yang telah ditetapkan oleh kilang. Ini juga bergantung kepada jenis produk yang
akan dihasilkan. Proses selanjutnya ialah proses memasak. Mee akan dijalankan dan
dimasukkan ke bakul pemasak dan mengalami pemasakan penuh dimana mee akan
direndamkan secara keseluruhan dan dilitupi oleh bahan pemasak. Suhu yang digunakan
ketika proses ini adalah 180 untuk mee segera. Manakala dalam penyediaan produk
mamee monster suhu yang digunakan adalah lebih tinggi di dalam julat 380. Suhu yang
digunakan bergantung kepada produk akhir yang ingin dihasilakan.
Proses pemotongan mamee mee cawan segera

Proses memasak

Proses penyejukan merupakan proses kedua terakhir, di mana mee yang telah
dimasak disejukkan secara serta-merta. Hal ini kerana, untuk memastikan tekstur mee dapat
dikekalkan dan mee dapat disejukkan secara sempurna sebelum mengamai proses
pembungkusan. Jika mee berada dalam keadaan yang panas, balutan yang telah dibuat akan
rosak dan akan menyukarkan proses pembungkusan yang dilakukan secara manual oleh
pekerja menjadi sukar. Selain itu, proses ini dapat menjimatkan masa proses
pembungkusan dan mengurangkan kos dan masa penghasilan sesuatu produk.

Mee mengalami proses penyejukan

Proses pembungkusan merupakan proses terakhir yang perlu dilalui oleh mee
sebelum menjadi produk akhir. Mee yang telah dimasak akan dilalukan kepada pengesan
untuk mengesan sekiranya terdapat bendasing seperti serpihan besi atau sebagainya pada
produk akhir sebelum dibungkus. Sekiranya terdapat bendasing produk akan ditolak. Produk
yang ditolak kebiasaanya akan digunakan sebagai makanan kepada ternakan tertentu
sebagai rancangan tambahan syarikat untuk mengelakkan kerugian dan menjana
pendapatan. Ketika proses ini juga paket sup dan bahan perasa diletakkan ke dalam
bungkusan sebelum produk dilakukan ke mesin pembalut untuk dibalut. Setiap produk yang
dikeluarkan oleh kilang mamee mempunyai bungkusan yang berlainan. Sebanyak 300
pekerja diperlukan semasa proses ini yang dilakukan secara 3 waktu bekerja yang berbeza.
Proses pembungkusan secara manual

Laluan mee ketika proses pembungkusan yang melibatkan mesin dan pekerja
Secara keseluruhannya mengambil masa selama 30minit yang bermula dengan
proses pencampuran dan berakhir dengan proses pembungkusan. Manakala, seramai 400
pekerja diperlukan untuk keseluruhan kerja. Pekerja bekerja di dalam 3 waktu kerja yang
telah ditetapkan oleh pihak pengurusan untuk memastikan produk dihasilkan menepati
masa dan mengikut permintaan yang diterima. Kebiasaan permintaan yang diterima 1 bilion
paket. Setiap seksyen di setiap laluan proses pembungkusan mempunyai seramai 30
pekerja.

Sekiranya terdapat masalah teknikal seperti mesin tidak berfungsi, juruteknik akan
melakukan proses membaik pulih yang memakan masa selama lebih kurang 3-5 minit.
Manakala dari sudut sumber kuasa sokongan, kilang ini menggunaka kuasa penjana yang
boleh menampung seluruh proses pembuatan produk. Masalah pembaziran doh dapat
dielakkan. setiap seksyen di dalam kilang mempunyai sekurang-kurangnya seorang
juruteknik kualiti yang memakai pakaian seragam berwarna putih. Disamping itu, setiap
lauan mempunyai dua orang penilai juruteknik kualiti

You might also like