You are on page 1of 1

Obesiti dan Pemakanan Sihat.

Obesiti ialah suatu keadaan dimana berat badan seseorang melebihi had yang di
tentukan oleh pakar kesihatan. Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan
seseorang itu obesiti . Terdapat ramai murid-murid yang memasuki kategori obesiti
sekarang.
Tabiat pemakanan yang tidak seimbang seseorang itu salah satu cara yang
menyebabkan berat badan menaik secara mendadak. Cara pemakanan yang betul
adalah dengan mengikut sistem pemakanan pyramid. Sistem ini mengajar kita untuk
melebihkan makanan sayur-sayuran dan buah buahan untuk menjaga kesihatan
kita. Sayur sayuran dan buah buahan juga tidak akan jadikan badan kita gemuk
kerana tiada karbohidrat.
Selain itu, kita juga perlu pastikan memakan- makanan seperti daging , telur dan
susu yang menjaga tumbesaran supaya kita membesar dengan sihat. Makanan
berkarbohidrat pula perlulah mengikut cara kehidupan kita. Contohnya jika seorang
murid itu sentiasa cergas jadi makannya perlu menambahkan pengambilan
makanan berkarbohidrat . Tetapi jika seseorang murid ini langsung tidak cergas dan
selalu duduk sahaja pengambilan karbohidrat perlu dikurangkan.
Faktor lain yang menyebabkan seseorang obesiti ialah tekanan jiwa. Kadang
kadang seseorang murid berasa tertekan apabila di biar bersendirian ataupun selalu
dimarah oleh ibu bapa. Orang dewasa pun selalunya berasa tertekan dengan kerja
mereka ataupun cara mereka hidup.Ini menyebabkan mereka teringin untuk makan
pada waktu yang tertentu.
Mereka juga selalunya suka makan makanan ringan , burger dan makanan yang
digoreng. Mereka juga sering meminum minuman ringan. Makanan ini
mengandungi karbohidrat yang tinggi. Ini akan menyebabkan berat badan menaik.
Cara yang senang untuk menangani masalah obesiti ini ialah melalui bersenam
selalu supaya segala karbohidrat dapat di gunakan oleh badan. Selain itu, kita juga
mesti mengikut cara pemakanan yang sihat mengikut kadar pyramid makanan.
Jika kita iukt langkah langkah di atas , sudah pasti kita akan pulang ke keadaan
yang biasa dan tidak akan di gelar sebagai seorang yang obesiti.