Kesan migrasi dalaman penduduk di Taman Rembau Permata, Chembong Kesan migrasi yang berlaku di Taman saya telah

memberi kesan positif dan kesan negative. Antaranya kesan-kesan yang dapat dilihat ialah… Kesan positif: 1) Penduduk bertambah – Migrasi dalaman yang berlaku ini telah menyebabkan bilangan penduduk di Taman Rembau Permata telah meningkat walaupun terdapat penduduk yang telah berhijrah. Ini diseimbangkan dengan factor malanjutkan pelajaran , kemudahan asas dan ikut keluarga. Walaubagaimanapun, penduduk di taman saya masih stabil dan masih lagi ada kawasan yang berpenghuni. 1) Hasil pertanian tambah – Migrasi yang berlaku ini telah menyebabkan hasil pertanian telah bertambah disebabkan oleh pertambahan penduduk dan pertambahan kegiatan pertanian kerana ini telah menambahkan hasil pengeluran seperti kelapa sawit dan lain lain… Kesan negative: 1) Masalah social – Hal ini disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing yang dibawa datang ke sini untuk bekerja dlm sector pertanian dan perindustrian. Keadaan ini juga telah menambahkan penduduk di kawasan kajian saya. Mereka ini menimbulkan masalah social seperti kes pecah rumah dan menganggu anak gadis. 1) Pengangguran/persaingan mendapatkan peluang pekerjaan – Oleh kerana terlalu ramai penduduk di kalangan penduduk di kawasan sekitar dan warga asing telah menyebabkan persaingan dlm mendapatkan peluang pekerjaan di taman saya. Apabila berlaku, masalah persaingan ini akan menyebabkan berlakunya masalah pengangguran. 1) Struktur penduduk berubah – Migrasi luar Bandar ke Bandar yang berlaku di kawasan kajian saya telah menyebabkan struktur penduduk berubah. Ini kerana kebanyakkan penduduk yang berhijrah adalah golongan belia atau pemuda terutama lelaki. Keadaan ini telah menyebabkan golongan ini berkurang dan kanak –kanak bertambah. Masalah ini menyukarkan penduduk melakukan sebarang aktiviti kerana kekurangan tenaga muda yang kuat. Dapatan kajian Definisi migrasi; – Secara umumnya migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan, kawasan negeri/ Negara atau sempadan antarabangsa. Tajuk bagi kerja khusus ini membincangkan tentang migrasi dalaman. Dlm konteks ini, migrasi ialah perpisahan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain. Cnthya penduduk dari Kuala lumpur ke Rembau ataupun dari Seremban ke Rembau. Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk di Taman Rembau Permata. Bagi memastikan kawasan kajian saya ini selamat daripada masalah , beberapa tindakan telah dibuat iaitu: 1) Wujud rukun tetangga – Rukun tetangga ini perlu di wujudkan di kawasan kajian saya untuk memastikan kawasan kajian saya daripada masalah social seperti pecah rumah. Giliran bertugas dan jaga malam perlu dilakukan supaya keadaan taman sentiasa terkawal terutama pada waktu malam . 1) Wujudkan peluang pekerjaan – Bagi mengatasi penangguran dan persaingan mendapatkan pekerjaaan, pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk. Keadaan ini penting bagi mengatasi masalah social yang diwujudkan kepada mereka yang tidak mempunyai peluang pekerjaan . 1) Meningkatkan kemudahan kesihatan dan pendidikan – Pihak kerajaan atau AJK Taman perlulah memastikan kemudahan kesihatan dan pendidikan dpat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Keadaan ini sangat penting bagi memastikan golongan muda atau belia tidak berpindah atau meninggalkan kawasan ini & berhijrah ke Bandar. Penerapan

Saya sebagai penduduk Taman Rembau Permata berasa bangga kerana melalui langkah-langkah yang dilakukan dapat mengurangkan maslah-malsah yang dihadapi. Saya juga amat mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjaga kawasan ini daripada sebarang masalah . semangat kerjasama dan saling menolong perlu ada.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful