You are on page 1of 6

Miskonsepsi dan kesilapan dalam algoritma matematik boleh berlaku kepada murid

sekolah rendah. Miskonsepsi dan kesilapan ini perlu dibetulkan supaya murid dapat
mengikuti pelajaran matematik dengan baik dan berkesan.

Soalan : Anda dikehendaki mengenalpasti tiga miskonsepsi dan / atau kesilapan
yang berlaku pada murid sekolah anda. Buktikan miskonsepsi / kesilapan tersebut dan
bincangkan cara pembetulannya.

Pengenalan.

Sukatan Pelajaran KBSR Matematik menekankan pelajar menguasai kemahiran
yang melibatkan operasi-operasi +, -, x, ¸ . Operasi-operasi itu merupakan asas kepada
menguasai kemahiran-kemahiran lain dalam matematik. Matapelajaran matematik
merupakan salah satu matapelajaran teras yang wajib untuk dipelajari oleh setiap
murid. Ini kerana matapelajaran matematik merupakan salah satu matapelajaran yang
penting dalam menyediakan murid dengan kemahiran saintifik mengira untuk
pembangunan negara ke arah sains dan teknologi pada masa akan datang. Ia selaras
dengan cabaran yang ke-6 yang menyatakan bahawa “untuk mewujudkan masyarakat
yang saintifik dan progresif, yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang
tinggi dan memandang jauh ke hadapan serta menjadi penyumbang kepada tamadun
saintifik dan teknologi masa depan” (Jabatan Perdana Menteri, 1991).

Tidak dinafikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seringkali terdapat
masalah di mana murid tidak dapat mengikuti rentak dan kaedah pengajaran guru.
Sesetengah murid pula tidak berminat untuk belajar dan lantas tidak memberi tumpuan
ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Namun, secara puratanya,
terdapat persamaan antara masalah-masalah yang dihadapi. Mereka berpendapat
bahawa selalunya masalah ini timbul apabila para pelajar menghadapi tekanan, sama
ada tekanan daripada keluarga, tekanan daripada guru, mahupun tekanan yang
dicorakkan oleh para pelajar sendiri.

Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik dan
guru matematik menunjukkan ada pelbagai sebab murid melakukan kesilapan dalam
pengiraan bahagi. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar kepada murid perlulah
diterangkan konsep disebaliknya.

II. puluh. kepercayaan bukan saintifik (nonscientific beliefs) 8. penerangan yang salah mengenai definisi dan kaedah (definition and method incorrectly explained) Punca-punca Kesilapan dalam soalan Ujian Bulanan Kertas 2 Matematik Tahun 3 Sk Taman Desaminium. ribu. ribu. terlalu memudahkan (oversimplification) 3. Tidak berhati-hati atau cuai. pandangan/idea pengetahuan sedia ada (pre-conceive notion). Membaca soalan dengan cepat dan sekali imbas sahaja. puluh. I. terlalu menggeneralisasikan (overgeneralization) 2. Tidak menulis sifar di tempat yang sepatutnya atau mengelakkan / tertinggal menulis sifar. dan puluh ribu serta tidak menulis nombor mengikut sa. salah faham (misunderstanding) 6. Tidak menguasai nilai tempat sa. salah maklumat (misinformation) 7. Kes-kes ganjil di mana a) simbol tambah disertakan b) menulis titik perpuluhan dan titik di sebalik sifar . ratus. ratus.Antara miskonsepsi yang sering berlaku di kalangan murid ialah 1. dan puluh ribu. 4. III. kepercayaan kepada yang lebih terkenal (popular beliefs) 10. salah mengenalpasti (misidentifying) 5. salah faham konsep (conceptual misunderstands) 9.

c) mendarab untuk mendapatkan jawapan d) tidak tahu sifir IV. Cadangan cara pembetulan 1. baik dalam kes murid yang cerdik mahu pun yang lemah . Tidak menulis sifar di tempat yang sepatutnya atau tertinggal sifar . Contoh ( soalan no 14) 2. Ada juga yang terlalu yakin dengan jawapan yang mereka beri hingga tidak menyemak jawapan sebelum menghantar kertas soalan. Apabila murid ini ditanya mengapa berlaku kesilapan. Murid cuai dalam menulis satu angka maka jawapan menjadi salah. Tidak berhati-hati atau cuai Keadaan ini wujud di dalam semua kes. mereka menyatakan bahawa. Murid membuat kesilapan disebabkan kecuaian. Ia terjadi kerana murid terlalu gopoh untuk menghabiskan soalan hingga melakukan kecuaian ketika memberi jawapan. mereka berlumba-lumba hendak menghabiskan soalan secepat mungkin. Tidak membaca soalan dengan berhati-hati (malas membaca cerita yang melibatkan nombor lebih daripada satu digit).

. Contoh: ( soalan no 4 ) 3. Tidak membaca soalan Murid didapati tidak membaca soalan dengan berhati-hati. berikut adalah beberapa cadangan bagi mengatasinya. tidak tahu sifir dan tidak membaca dengan lebih teliti. Ada juga murid yang tidak suka membaca soalan panjang atau merasa terlalu sukar hendak faham soalan panjang. Segolongan murid tidak tahu membaca dan menghadapi masalah membaca walau pun perkataan yang tidak melibatkan matematik.Tidak menulis sifar boleh dikategorikan kepada dua kesilapan iaitu terhindar daripada menulis sifar kerana dianggap tidak bernilai atau tidak diperlukan. Contoh: ( soalan no 18 ) Memandangkan jenis kesilapan yang kerap dilakukan oleh murid terdiri daripada tiga punca iaitu cuai.

Pada peringkat awal pengenalan operasi bahagi fakta asas bahagi ini hendaklah ditekankan. Selepas selesai mengira semakan jawapan boleh dibuat iaitu mendarab jawapan dengan pembahagi. Sentiasa merujuk kepada sifir ketika mengajar operasi bahagi 1 x 7 =7 2 x 7 = 14 . puluh. Murid boleh diminta melafazkan sifir darab tertentu sebelum permulaan kelas bagi mengingat kembali sifir itu. ribu. Murid mesti cekap dalam operasi darab dan cekap menggunakan sifir darab. ratus. 2. Guru perlu memastikan murid menguasai kemahiran seperti nilai tempat sa. Menyemak jawapan dijadikan amalan murid. puluh ribu serta menulis nombor mengikut nilai tempat dan sifir darab. 3.1. 24 ÷ 3 = 8 Guru jelaskan apabila didarab jawapan dengan pembahagi akan menghasilkan yang dibahagi. Secara ringkasnya Semak: Jawapan x pembahagi = yang dibahagi 8 x 3 = 24 4. Membanyakkan latihan darab juga dapat membantu ke arah ini. Lebih tumpuan harus diberi kepada operasi bahagi yang asas dengan nombor ringkas.

9 x 7 = 63 5. Ini dapat mengelakkan murid mengeluarkan nombor-nombor terlibat dan melakukan operasi bahagi tanpa membaca soalan. murid perlu membaca dengan teliti bagi mempastikan langkah pengiraan serta operasi yang terlibat. . Guru perlu kemukakan pelbagai masalah yang melibatkan operasi bahagi dan juga operasi bercampur . Apabila operasi bercampur terlibat.