ABSTRAK Penulisan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan persepsi pelajar terhadap kefahaman mengenai kaedah penulisan Rasm

Uthmani. Seramai 40 orang responden yang teridiri daripada pelajar Maahad Tahfiz Baitul Marhabbah yang terletak di Seksyen 27, Shah Alam telah terlibat dalam kajian ini yang dipilih secara rawak . Pelajar dikehendaki memberi respon kepada sejumlah 5 indikator yang berkaitan dengan amalan pengajaran Tilawah al-Quran berdasarkan kaedah penulisan Rasm Uthmani. Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhan amalan pengajaran Tilawah al-Quran melalui kaedah penulisan Rasm Uthmani berada pada tahap baik. Manakala tahap amalan pengajaran berdasarkan komponen menunjukkan komponen permulaan pengajaran Rasm Uthmani berjalan dengan baik. Implikasi kajian ialah guru perlu sentiasa mempertingkatkan kemahiran pengajaran dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani yang mereka miliki dengan cara yang paling efektif agar pelajar dapat menguasai Tilawah Al-Quran dengan berkesan dan menguasai kaedah penulisan Rasm Uthmani dengan baik dan lancar. Objektif kajian adalah seperti berikut; i) Mengetahui sistem pembelajaran Al-Quran melalui kaedah penulisan Rasm Uthmani yang sesuai bagi pelajar Maahad Tahfiz ii) Mengenalpasti kaedah pembelajaran tilawah Al-Quran dan meninjau sejauhmana kefahaman pelajar-pelajar mengenai kaedah penulisan Rasm Uthmani yang paling berkesan. iii) Mendalami permasalahan yang sering dihadapi oleh pelajar Maahad Tahfiz dalam pembelajaran dan kefahaman dengan kaedah penulisan Rasm Uthmani dalam menghafaz alQur'an. iv) Mencadangkan satu bentuk penyelesaian yang berkesan kepada permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tahfiz dalam meningkatkan pencapaian pembacaan AlQuran dan kefahaman mengenai kaedah penulisan Rasm Uthmani.

1

3 = (Kurang Setuju). Skala Likert tersebut terdiri daripada lima kategori skor iaitu 1= (Sangat Tidak Setuju). Bahagian C pula menguji kefahaman responden dalam memahami kaedah penulisan Rasm Uthmani manakala bahagian D juga menguji kefahaman responden mengenai hukum menggunakan kaedah Rasm Uthmani. 60% hingga 79% adalah sederhana dan 40% hingga 59% adalah rendah . Aspek penting dalam kajian ini ialah mengenai pengamalan responden dalam kaedah Rasm Uthmani. Untuk tujuan analisis data juga. Manakala 10% hingga 39% adalah yang paling rendah. kajian ini mengkategorikan skor peratus kepada tiga bahagian. 2 . Kajian ini melibat seramai 40 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahfiz dan juga beberapa orang guru untuk mengetahui respon terhadap pengamalan Rasm Uthmani. Data ini dibuat dengan merujuk skor kekerapan dan juga peratus.Metodologi Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik. 4 = (Setuju) dan 5 = ( Sangat Setuju). Kesemua item soalan yang dibentuk menggunakan format skala Likert bagi memudahkan proses penyelidikan yang dijalankan. 2 = ( Tidak Setuju). Item-item yang ini digunakan untuk menguji pengamalan responden dalam Rasm Uthmani. Bahagian E pula untuk menilai dan mengetahui sejauhmana pengamalan responden terhadap Rasm Uthmani. Format tersebut bertujuan untuk memberi kemudahan kepada responden bagi membuat pilihan jawapan secara tepat dan fleksibel. Proses analisis data pada bahagian ini dilakukan bagi mendapatkan hasil kajian secara lebih terperinci berdasarkan setiap satu item soalan yang dikemukakan. Bahagian B pula untuk mendapatkan maklumat responden mengenai kepentingan Rasm Uthmani. Bahagian A adalah untuk menguji pengetahuan responden terhadap pengertian Rasm Uthmani. iaitu 80% hingga 100% ialah tinggi. Soal selidik ini dibahagikan kepada 5 bahagian dan mengandungi 22 item .

5 12.5%) bahawa mereka memahami pengertian Rasm Uthmani juga dikenali sebagai Rasm Mushaf. Peratus ( % ) STS TS KS S 0 0 25 50 0 0 0 0 0 0 0 0 25 0 0 62.5 37. Manakala bagi item 5 menunjukkan peratusan yang sederhana bagi skala kurang setuju. Bagi item 4 peratusannya adalah sederhana iaitu 62.5 62.5 % responden bersetuju bahawa pengertian Rasm Uthmni adalah suatu ilmu yang membincangkan tentang kaedah penulisan serta pembentukan lafaz. 05.5 25 SS 25 37. Jadual 2 : Taburan peratus kepentingan Rasm Uthmani Item 01. 02. 05. 04.5 12. Pernyataan Rasm Uthmani bersifat tauqifi bukan taufiqi Rasm Uthmani menjadi sebahagian rukun bacaan Al-Quran Dapat memelihara dari kesalahan dalam penulisan al-Quran Ditulis mengikut bacaan rawi serta mutawatir Berdasarkan tulisan Al-Quran yang asal Peratus ( % ) STS TS KS S 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 50 0 0 0 70 0 0 0 55 SS 100 100 50 30 45 Pada jadual 2 diatas menunjukkan hasil analisis mengenai kepentingan Rasm Uthmani kepada pelajar.5 Taburan peratusan bagi item 3 adalah tinggi . 03. Ini menunjukkan lebih ramai responden menyatakan setuju ( 87. Peratusan yang tertinggi dicatat pada skor sangat setuju iaitu 100% pada item 3 . Pernyataan Pembentukan ( taswir) Lafaz / perkataan melalui penggabungan huru-huruf Hijaiyah Ia merupakan Ilmu Kitabah ( Penulisan) yang dikenali dengan ilmu Rasm Diistilah juga sebagai “ rasm Mushaf” Ilmu yang membincangkan tentang kaedah penulisan serta pembentukan lafaz/kalimat Rasm Uthmani apa sahaja yang berkaitan dengan penulisan jenis-jenis khat. Ini menunjukkan responden tidak bersetuju dengan pengertian Rasm Uthmani dikaitkan penulisan jenis-jenis khat.5 87. 03. Jadual 1: Taburan peratus pengertian Rasm Uthmani Item 01.5 37. 02. 04.Dapatan Kajian Dapatan kajian yang diperolehi akan ditunjukkan di dalam bentuk jadual seperti dibawah. Walau bagaimanapun tidak ada responden yang menyatakan skala sangat tidak setuju dan tidak setuju bagi kelima-lima item.

5% sahaja responden kurang setuju dengan kaedah penulisan Rasm Uthmani yang ditulis berbeza-beza dan cara bacaan. peratusannya adalah paling rendah iaitu hanya 12.5 0 0 0 100 SS 37. Manakala pada item 5 menunjukkan skor peratusan yang rendah iaitu 45% bagi skala sangat setuju. 04.5 17. analisis menunjukkan responden setuju dengan item ini. Pada keseluruhannya semua responden mengetahui mengenai kepentingan mempelajari Rasm Uthmani. 05. Secara dasarnya. Item 01. Pernyataan Kaedah Hazf ( pembuangan/pengurangan) diguna pakai di dalam penulisan Rasm Uthmani Kaedah Ziyadah merangkumi huruf Alif. Ia menunjukkan peratusan yang paling tinggi berbanding dengan item yang lain. 03. huruf Wau dan huruf Ya Kaedah al-Ibdal menggantikan huruf kepada huruf yang lain Kaedah wajah qiraat ditulis berbeza-beza dan cara bacaan masing-masing Maksud al-Dabt dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani bermaksud menjaga sesuatu Peratus ( % ) STS TS KS S 0 0 0 100 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 12.5 Paparan jadual 3 adalah berkaitan dengan kefahaman responden terhadap kaedah penulisan Rasm uthmani yang menjadi amalan responden dalam menghafal Al-Quran. Item 2 mencatatkan peratusan yang tinggi iaitu sebanyak 100%.1dan 2.5 0 Pada keseluruhannya . Seramai 40 orang responden telah memilih skala setuju bagi item 1. Jadual 3: Taburan peratus kaedah penulisan Rasm Uthmani Item 01.5 40 50 50 50 SS 0 0 50 37. Pernyataan Hukum mempelajari adalah Fardhu Kifayah Hukum mempelajari bacaan Qiraat adalah tuntutan wajib Peratus ( % ) STS TS KS S 0 0 0 62. 02.5 32. responden mengetahui dan mengetahui mengenai hukum mempelajari Rasm Uthmani. 4 . 02. Jadual 4 : Taburan peratus hukum menggunakan Rasm Uthmani. Seramai 40 orang setuju bahawa mempelajari Rasm Uthmani adalah tuntutan wajib. Manakala pada item 4. Seramai 40 orang responden amat memahami mengenai keutamaan untuk mempelajari kaedah Rasm Uthmani.

seramai 4 orang responden atau 10% sahaja yang kurang setuju mengamalkan kaedah Rasm Uthmani dengan cara membuat kajian. Item 2 mencatatkan peratusan yang paling tinggi berbanding dengan item lain iaitu 100%. Keseluruhan responden sangat setuju mempelajari kaedah Rasm Uthmani secara sistematik bagi mengukuhkan lagi amalan mereka dalam penghafazan Al-Quran. Kalimah rasm boleh difahami dengan dua cara pemahaman iaitu bentuk tulisan Al-Quran atau kaedah dalam penulisan Al-Quran. kebanyakan responden setuju mendapatkan bimbingan guru yang arif bagi memantapkan lagi pengamalan meraka menggunakan kaedah Rasm Uthmani.T yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s. Manakala pada item 5. khat thuluth atau Riqa’ah. 5 . Kaedah penulisan pula adalah cara menulis sesuatu kalimah itu sama ada huruf-hurufnya ditambah. Antara beberapa kaedah penulisan yang dapat dikesani oleh para ulama ialah kaedah penulisan yang dinamakan kaedah Rasm Uthmani.Jadual 5 : Taburan peratus pengamalan para pelajar terhadap Rasm Uthmani Item 01. 05. Bentuk tulisan yang dimaksudkan ialah jenis tulisan atau khat seperti khat khufi. Pernyataan Membuat kajian tentang pembacaan dan penulisan Rasm Uthmani Mempelajari kaedah Rasm Uthmani secara sistematik Kaedah mendengar kaset. Bagi item 1. Bab 1: Pendahuluan Al-Quran adalah kalam Allah S. 02. Allah juga telah menentukan kaedah-kaedah tertentu untuk membentuk kalimah Al-Quran.a. Bersama bentuk bacaan mutawatir yang diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril. 03. CD dan DVD Pembacaan bertajwid juga dapat diperbetulkan dengan Rasm Uthmani Bimbingan guru yang arif STS TS 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 Peratus ( % ) KS S 10 65 0 25 0 0 0 75 35 85 SS 25 100 0 65 15 Seterusnya pada jadual 5 diatas menunjukkan analisis berkenaan taburan peratus berdasarkan pengamalan para pelajar dalam kehidupan seharian.W. 04. dikurangkan atau sebagainya.w amat terpelihara darinsegi bentuk tulisan dan bacaan.

berkaitan dengan susunan huruf-hurufnya. Ibrahim (2007. rasm Qiyasi dan Rasm Arudi. yang 6 . penyambungan dan pemisahan.w dan bagindalah yang memerintah agar ia digunakan dalam penulisan al-Quran ketika itu. menyambung dan menggantikan huruf.a. 1. huruf-huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah. penyusunan. Rasm juga dapat diertikan sebagai petunjuk adanya sesuatu lafaz atau boleh ditakrifkan sebagai apa-apa sahaja yang berkaitan dengan jenis-jenis khat. hanya kaedah rasn uthmani dan Rasm Qiyasi sahaja yang digunakan dalam penulisan Al-Quran manakala Rasm Arudi pula digunakan dalam penulisan syair-syair arab. Rasm Uthmani juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para sahabat yang bertanggungjawab menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm tersebut. Selain itu. kalimah rasm bermaksud penulisan-penulisan berhubung dengan ejaan huruf-huruf yang berbentuk perkataan dalam ayat dari segi penggunaan.35) menyatakan Rasm Uthmani juga diistilahkan sebagai “Rasm Mushaf” oleh “Majma’Buhuth al-Islamiyyat” yang bermaksud “ketentuan atau pola yang digunakan oleh Saidina Uthman binAffan bersama sahabat yang lain ketika penulisan al-Quran.0 Pengertian Rasm Uthmani Rasm ialah pembentukan ( taswir) lafaz atau perkataan melalui penggabungan huruf-huruf Hijaiyah atau gambaran-gambaran kalimah yang dapat dituturkan. Rasm Uthmani juga dinamakan sebagai Rasn Tauqifi kerana kebanyakkan ulama berpendapat bahwa rasm tersebut merupakan kaedah yang diajar oleh Rasulullah s. Manakala Ilmu Rasm satu ilmu yang membincangkan cara-cara menulis lafaz-lafaz atau ungkapan bagi memelihara huruf-hurufnya dari segi lafaz. Menurut Abdul Qadir Leung (2008) . Daripada tiga kaedah tersebut. Rasm Uthmani pula ditakrifkan sebagai ilmu yang membincangkan kaedah penulisan kalimah-kalimah ayat Al-Quran yang diguna dan dipersetujui oleh Khalifah saidina Othman ketika proses penyalinan dan penulisan Al-Quran dilakukan. mengurang.Terdapat tiga kaedah penulisan yang digunakan untuk menulis kalimah-kalimah arab iaitu Rasm uthmani.

2. Hadis ini dijadikan sebagai sandaran: ’‫الق الدواة، وحرف القلم، وأنصب الباء،وفرق السين ولتعور الميم، وحسن ال، ومد‬ ‫الرحمن، وجود الرحيم، وضع قلمك على أذنك اليسر فإنه أذكر لك‬ Yang bermaksud: “ Gunakan dakwat. Antara faktor-faktor yang dimaksudkan ialah kaedah penulisannya adalah Tauqifi daripada Rasulullah s. jelas menunjukkan bahawa Rasm Uthmani sangat perlu dipelajari dan diberi keutamaan apabila seseorang itu hendak menulis atau membaca kitab suci al-Quran.T kerana Rasulullah s. maka sesungguhnya ia akan mengingatkan kamu. Ini bermakna rasm ini adalah datangnya daripada Allah S. penulisannya meliputi tujuh huruf al-Quran yang meliputi wajah-wajah qiraat yang mutawatirah dan ianya juga bertepatan dengan pembentangan terakhir bacaan Al-Quran.1 Rasm Uthmani bersifat Tauqifi dan bukan Taufiqi Rasm Uthmani merupakan satu kaedah penulisan yang diajar oleh Rasulullah s. merupakan salah satu rukun bacaan alQuran. tajamkan pena.w.a.w tidak akan mengajar sesuatu kepada para sahabat melainkan setelah mendapat wahyu dari Allah. sempurnakan bulatan pada penulisan huruf mim.W.a. panjangkan sebutan al-Rahmaan.terdapat dalam mushaf-mushaf yang dikirimkan ke pelbagai daerah dan bandar serta mushaf yang berada di tangan Saidina Uthman sendiri”.” 7 .0 Kepentingan Rasm Uthmani. letakkan pena kamu di atas telinga kirimu. dan lagukan bacaan alRahiim. 2.w kepada para sahabat. perindahkan kalimah Allah. Daripada pengertian yang dapat difahami.a. pisahkan penulisan huruf sin. Terdapat beberapa faktor yang dijadikan sandaran oleh para ulama’ untuk memperkukuhkan kenyataan ini. sempurnakan penulisan huruf ba’.

a. Walaupun ada pendapat yang bertentangan dengan kenyataan di atas.a.T. Madinah . Setiap pembacaan yang mendapat ganjaran ialah pembacaan yang menepati rukun. 2. antaranya sabda Rasulullah s. Ia lebih diyakini kerana para sahabat Rasulullah s. namun pendapat itu ditolak kerana kaedah penulisannya terdedah kepada kesilapan disebabkan tiada sandaran yang mantap.2 Rasm Uthmani menjadi sebahagian Rukun bacaan al-Quran Membaca Al-Quran adalah digalakkan dalam Islam dan akan mendapat ganjaran kepada yang membacanya.w .W. Sekiranya berlaku penambahan atau pengurangan terhadap huruf-huruf Al-Quran ianya beerti seseorang telah mengurangkan mukjizat Al-Quran dipertanggunjawabkan di akhirat kelak. Pembacaan yang tidak menepati rukun dikira syaz atau bacaan ditolak. Para ulama telah bersepakat mangatakan bahawan rukun bacaan Al-Quran ada tiga perkara. Kaedah-kaedah ini juga sering mengalami perubahan dan sekiranya ia berlaku kepada kitab suci Al-Quran pastinya berlaku penyelewengan yang merosakan kalimah dan kefahaman terhadap tafsiran ayat-ayat AlQuran yang mutawatir.a. Para ulama telah bersepakat tidak mengakui “quraniyyat” (kequranan) qiraat Syazzat dan lebih jelas qiraat syazzat dianggap sebagai tafsir atau penjelasan terhadap qiraat yang terkenal diakui kesahihannya.w turut mengamalkannya dan tidak pernah menginkarinya. Banyak hadis yang menerangkan Al-Quran diturunkan dalam tujuh huruf. Suatu perkara yang harus difahami oleh umat islam ialah setiap huruf-huruf al-Quran mempunyai mukjizat tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah S.3 Merangkumi Tujuh Huruf Al-Quran Antara faktor yang sangat penting yang menjadikan Rasm Uthmani perlu diberi keutamaan ialah kaedah penulisannya berkaitan dengan tujuh huruf Al-Quran dan bertepatan dengan wajah-wajah qiraat yang pernah diajar oleh Rasulullah s. 8 . Salah satunya ialah hendaklah bertepatan dengan salah satu daripada mushaf Uthmani sama ada yang dihantar oleh Saidina Uthman ke Mekah.w kepada para sahabat. 2. Kufah . Basrah dan Syam ataupun yang berada dalam simpanan Saidina Uthman sendiri.Kenyataan hadis ini menjadi pegangan kebanyakan para ulama sama ada salaf dan juga khalaf untuk berhujah tentang keistimewaanya.

w dan membuat semakan bacaan buat kali terakhir. bahawa Ibn ‘Abbasr.w telah bersabda: Jibril a. dan akhirnya ia menambahkan kepadaku sehingga selesai tujuh huruf. telah menceritakan kepadaku ‘ Ubayd bib Abd Allah.a. Ketika peristiwa ini berlaku. perselisihan cara tasrif. naka aku sentiasa mengulanginya dan aku juga sentiasa memintanya supaya ditambah kan. perselisihan pada cara i’rab. peselisihan pada cara ikrab ( analisa nahu). isymam dan sebagainya. perselisihan pada dari segi ibdal (tukar).4 Bertepatan dengan Pembentangan Bacaan Al-Quran Terakhir Setelah sempurna penurunan Al-Quran maka Jibril telah mendatangi Rasulullah s.a telah menceritakan bahawa Rasulullah s.a. Rasulullah ditemani 9 . telah menceritakan kepadaku ‘Uqayl bin Ibn Syihab. ia telah berkata. sudah tentulah mushaf yang dihasilkan tidak merangkumi semua huruf dan menjadikan sesuatu mushaf itu hanya sesuai untuk bacaan qiraat tertentu sahaja dan tidak bagi qiraat yang lain.s telah mengajarkan kepadaku satu huruf. imalah. Oleh itu sekiranya kaedah penulisan Rasm Uthmani tidak digunakan dalam penulisan Al-Quran. kata nama sama ada ia mufrad. perselisihan dari segi menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan perselisihan pada lahjah sama ada tebal atau nipis. Salah satu pendapat yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tujuh huruf membawa maksud tujuh cara bacaan yang berbagai –bagai dan merangkumi unsur-unsur berikut. 2. muthanna atau jamak dan sama ada ia muzakkar atau muannas.” Terdapat berbagai andaian ulama mengenai maksud tujuh huruf .Yang bermaksud: “ Telah menceritakan kepada kami Sa’id bin ‘Ufayr. tashil. perselisihan mendahului atau mengakhirkan sesuatu huruf atau kalimah.

Oleh itu. Contohnya pada: Hazaf berlaku dalam tiga bentuk: ‫ . 3. Zaid telah melakukannya mengikut apa yang didengari semasa berlakunya pembentangan itu. Huruf-huruf tersebut ialah Alif ( Ya ( ‫ ) ي‬pada kata permulaan ( fawatih ) surah tertentu Al-Quran. Hazaf Ikhtisor bermaksud hazaf peringkasan seperti pembuangan alif pada kata jamak Muzakkar Salim dan Jamak Muannanth Salim. semasa Saidina Abu Bakr dan Saidina Uthman memberi tangggungjawab untuk mengumpul dan menulis semmula ayat-ayat Al-Quran. Contohnya hazaf alif pada kalimah “miaad” 10 . Sebarang ayat yang pernah diturunkan semasa hayat Rasulullah s. Hazaf Insyarah bermaksud hazaf yang bertujuan menunjukkan wajahwajah qiraat mutawatirrah tertentu contohnya.0 Kaedah Penulisan Rasm Uthmani Antara berikut adalah beberapa kaedah penulisan Rasm Uthman yang terdapat di dalam al-Quran . 3.oleh Zaid bin Thabit.)ا‬wau ( ‫ ) و‬dan • Hazaf Iktisor yang bermaksud hazaf pembatasan yang bermakna hazaf alif pada kalimah-kalimah tertentu tanpa melibatkan kalimah-kalimah lain.1.1 Kaedah Pembuangan Atau Pengurangan ( Hazaf ) Hazaf bermaksud membuang atau menggugurkan huruf-huruf hijaiyah tertentu dalam struktur kalimah tertentu Al-Quran.w atau terdapat catatan sahabat yang tiada di dalam pembentangan terakhir itu dianggap musnah dari penulisan A-Quran. 3.1 • • Pembahagian Hazaf.a.

Huruf Wau dan Huruf Ya.walaupun ia berhubung dengan dhamir ( ganti nama ). Ibdal huruf Alif kepada huruf Wau.2 Kaedah Al-Ziyadah Ziyadah bermaksud penambahan huruf –huruf tertentu pada kalimah-kalimah tertentu pada kalimah tertentu di dalam Al-Quran. Contoh. Ia merupakan satu kaedah yang yang perlu diberi perhatian dalam penulisan Rasm Uthmani. Dalam Penulisan Rasm Uthmani. Contoh.3 Kaedah Al-Ibdal Maksud Al-Ibdal ialah menukarkan atau menggantikan suatu huruf kepada huruf yang yang lain . Dalam penulisan Mushaf Rasm Uthmani. Huruf yang menggantikan sesuatu huruf itu tidak boleh dibaca sama sekali. 11 . Huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi pada semua keadaan pada bacaan. empat kalimah yang selalu berulang-ulang iaitu: ii. tetapi sebaliknya yang dibaca adalah huruf asal yang digantikannya.3. huruf-huruf ziyadah ialah Huruf Alif . Ibdal huruf Alif kepada huruf Ya dalam beberapa keadaan tertentu iaitu apabila huruf Alif terletak dihujung kalimah. Antara contoh kaedah Ziyadah ialah: • Ziyadah Huruf Wau pada kalimah ‫”"ساوريكم‬ • Ziyadah Huruf Ya pada kalimah ‫”"افاين‬ 3. huruf-huruf yang digantikan itu terbahagi kepada lima bahagian iaitu: i.

iv.0 Hukum Menggunakan Rasm Uthmani Hukum mempelajari Rasm Uthmani adalah Fardhu Kifayah. Ibdal huruf Thulathi Wau kepada huruf Alif o Semua kata nama dan kata perbuatan yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf ketiganya ialah Waw akan diibdalkan kepada huruf Alif pada kalimah beberapa kalimah yang tertentu. )رحمت‬Contoh. Semua kalimah ( ‫ ) رحمة‬ditulis dengan Ta’Marbutah melainkan pada tujuh tempat dalam al-Quran yang ditulis dengan Ta’ Maftuhah ( ‫ . Ibdal huruf Ta’ Marbutah kepada Ta’ Maftuhah pada beberapa kalimah tertentu. v. Para ulama’ telah berselisih pendapat mengenai hukum 12 . Kalimahkalimah yang dimaksudkan ialah: 4.iii. Ianya merupakan satu keperluan di mana ia dapat menentukan cara menulis sesuatu kalimah contohnya huruf Ta’ ditulis dengan Ta’ Mafthuhah atau Ta’ Marbutoh. Ibdal huruf Nun kepada huruf Alif dalam keadaan tertentu iaitu apabila huruf Nun Tawkid Khafiyyah pada dua kalimah. Rasm Uthmani sangat penting dipelajari dan dikaji khususnya apapbila hendak ditulis atau dibaca kerana ianya dapat memelihara daripada kesalahan dalam penulisan Al-Quran. Contoh.

2. manakala Imam Malik ketika ditanya “ bolehkah Al-Quran ditulis dalam bentuk penulisan gaya baru”?. apakah boleh ditulis dalam Rasm Imlai. Hasil daripada bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh guru-guru telah memberi kefahaman yang baik dalam mendalami kaedah penulisan Rasm Uthmani. Tidak ada buku panduan khusus yang menerangkan cara kaedah penulisan Rasm Uthmani. Walau bagaimanapun terdapat beberapa permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tahfiz ini.mengikuti Rasm Uthmani dalam penulisan al-Quran. 7. Sehubungan dengan itu Ahmad Ibn Hambal telah menyatakan “ haram hukumnya menyalahi Rasm Uthmani seperti dalam hal penulisan “ya” atau “alif” atau “wau . Tempoh masa yang singkat iaitu enam bulan tidak mencukupi untuk mengajar kaedah penulisan Rasm Uthmani kerana mengikut sukatan pelajaran Maahad Tahfiz. 4. maka dapatlah dirumuskan bahawa tahap kefahaman pelajar-pelajar tahfiz ini mengenai Rasm Uthmani berada di paras yang baik. Bilangan pelajar yang ramai dalam satu bilik darjah menyukarkan guru memberi pemerhatian kerana bilangan guru yang sedikit. 3. Kurangnya aktiviti sampingan dalam pengajaran al-Quran yang menggunakan VCD atau komputer. beliau menjawab tidak boleh dan mesti mengikuti bentuk penulisan yang pertama kali”. 6. Antara masalah – masalah yang di hadapi ialah: 1. Tidak ada pengawasan pihak berkaitan terhadap buku-buku yang diedarkan di Mahaad Tahfiz. 13 . 5. Perbezaan cara pengajaran dan pembacaan al-Quran diantara sekolah dan rumah. Bab 11 : Hasil kajian (tahap kefahaman pelajar mengenai Rasm Uthmani) Hasil daripada analisis dan perbincangan yang telah dijalankan. Tidak ada kursus-kursus intensif yang berterusan kepada guru-guru dan pelajar.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan telah mengambil satu langkah yang baik dalam hal ini dengan menerbitkan buku panduan akan tetapi buku tersebut tidak tersebar ke negeri-negeri lain untuk dimanfaatkan bersama. Bab 111 : Kesimpulan dan Cadangan Secara umumnya. Bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru serta dorongan daripada ibu bapa memainkan peranan yang besar di dalam melahirkan huffaz yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam kaedah Rasm Uthmani. ada di sesetengah negeri telah mengambil inisiatif sendiri dalam menyediakan buku latihan sebagaimana yang dilakukan di negeri Kelantan pada tahun 1994 tetapi ia tidak ada daya tarikan yang boleh menarik minat murid seperti warnawarni dan lain-lain. hasil kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar di Maahad Tahfiz Baitul Marhabbah ini menggunakan kaedah penulisan Rasm Uthmani bagi melancarkan hafazan mereka.Dari masalah-masalah yang disebut tadi masalah yang paling penting yang dihadapi oleh guru-guru dan pelajar ialah ketiadaan buku panduan yang khusus berkaitan dengan cara mengajar dan mencari maklumat berkaitan kaedah Penulisan Rasm Uthmani. 14 . Mengenai buku latihan khusus tentang pengajaran al-Quran menggunakan kaedah penulisan Rasm Uthmani. ia tidak memadai dan tidak menyatakan secara jelas cara pengajaran. Dengan hanya bergantung kepada catatan panduan yang terdapat di dalam buku iqra’. Keprihatinan dan perhatian adalah penting dalam menjaga golongan huffaz ini agar suatu hari nanti lahirlah mereka yang betul-betul menjaga serta mempertahan kesucian ilmu Al-Quran sehingga akhir zaman. Sebagai kesimpulannya. Kebanyakan guru menyediakan latihan-latihan untuk pengajaran al-Quran atas inisiatif sendiri. Pihak Unit Pendidikan Islam dan Moral. sistem pembelajaran dan kaedah yang digunakan dalam memahami Rasm Uthmani perlu adalah amat penting bagi menjamin keberkesanan dalam menghafaz Al-Quran. Majoriti daripada pelajar-pelajar ini memahami kaedah penulisan Rasm Uthmani dan mereka turut mengamalkan Rasm Uthmani ketika membaca dan menghafal ayat-ayat suci Al-Quran.

3. Modul HBQE1203 Rasm AlUthmani.al-Burhan fi Ulum al-Quran. Meteor Doc Sdn. Mohd Aderi Che Noh dan Rohani Ahmad Tarmizi. 2. Bhd.RUJUKAN 1.scribd. Meteor Doc. utusan Printcorp Sdn. com 15 . (2009). Rasm Al-Uthmani. 4. 5. www. Abdullah Al-Zarkasyi.Jurnal Pendidikan Malaysia ( 2009 ). Panduan Membaca Al-Quran Rasm Uthmani dan Kelebihannya. Bhd. Sdn. Bahagian Hal Ehwal Islam JPM. Bhd. Beirut dar al Makrifah. Rahman Abd Ghani. Ahmad kamaruddin Ibrahim. Kuala Lumpur. Ahmad Kamarudin Ibrahim dan Abd. Badaruddin Mohd b. (1990).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful