You are on page 1of 18

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKASURAT


1. Pengenalan Daerah Jempol 1
2. Pengenalan Pejabat Kesihatan Daerah Jempol 2
3. Pengenalan Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut 3-5
4. Data dan statistik 6-11
5. Perbincangan 12-13
6. Rumusan 14-15
7. Lampiran dan Rujukan 16

0
PENGENALAN DAERAH JEMPOL

1
Daerah Jempol merangkumi lima buah mukim iaitu Mukim Serting Ilir, Mukim

Serting Ulu, Mukim Rompin, Mukim Jelai dan Mukim Kuala Jempol. Daerah Jempol

merupakan daerah yang terbesar di Negeri Sembilan dengan keluasan 148,277.31

hektar. Daerah Jempol disempadani oleh beberapa daerah lain iaitu Daerah Jelebu,

Daerah Tampin, Daerah Kuala Pilah, Daerah Segamat,Johor dan Daerah Bera,

Pahang.

PEJABAT KESIHATAN DAERAH JEMPOL

PKD Jempol diurustadbir oleh tiga orang Pegawai Kesihatan Daerah dan

dibantu oleh lebih kurang 78 orang anggota dari berbagai disiplin yang sama-sama

mendokong Piagam Pelanggan Pejabat Kesihatan Daerah Jempol.

Antara unit yang terdapat di dalam pejabat kesihatan ini adalah unit

Inspektorat yang berfungsi bagi menguatkuasa undang-undang yang berkenaan,

menghalang jangkitan penyakit dan memberi perkhidmatan kesihatan. Unit ini di

bahagikan pula kepada beberapa unit iaitu:

VEKTOR (Penyakit berjangkit bawaan vektor)


CDC (Bahagian kawalan penyakit berjangkit)
NCD (Penyakit tidak berjangkit)
BAKAS (Bekalan air dan kesihatan alam sekeliling)
UPP (Unit penyiasatan dan pendakwaan)
UPK (Unit promosi kesihatan)
KMAM (Kawalan mutu air minuman)
KPAS (Kesihatan pekerjaan alam sekitar)
Unit HIV/TB

2
PENGENALAN PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)

Penyakit Tangan, kaki dan mulut (HFMD) adalah penyakit berjangkit umum

yang disebabkan oleh sekumpulan enterovirus, termasuk Coxsackievirus A16 (CA16)

dan Enterovirus 71 (EV71). Jangkitan EV71 menjadi perhatian khusus kerana ia

boleh menyebabkan penyakit yang teruk pada kanak-kanak, kadang-kadang

mengakibatkan kematian. Banyak wabak HFMD telah dilaporkan di negara-negara

Rantau Pasifik Barat, termasuk Jepun, Malaysia dan Singapura, dan di seluruh

China. Insiden HFMD, terutama yang disebabkan oleh jangkitan EV71, tampaknya

menjadi meningkat di seluruh negara.

Banyak wabak kecil dan besar yang berkaitan dengan jangkitan EV71 telah

dilaporkan di seluruh dunia sejak awal 1970-an. Kanak-kanak yang dijangkiti

penyakit HFMD mempunyai symptom seperti demam, masalah kulit di tangan dan

kaki, dan vesikel di dalam mulut. Walaubagaimanapun,ada juga kes yang melibatkan

sistem saraf pusat (CNS) dan edema di paru-paru. Di Rantau Pasifik Barat, wabak

meluas telah dilaporkan dalam banyak negara, termasuk Australia, Brunei, China,

Jepun, Malaysia, Mongolia, Republik Korea, Singapura, dan Vietnam. Beberapa

3
negara juga telah melaporkan kes-kes yang membawa maut, dengan penyakit CNS

teruk atau edema pulmonari. Contohnya,pada tahun 2009 terdapat wabak di tanah

besar China yang terlibat 1 155, 525 kes, 13 810 kes-kes yang teruk dan 353

kematian.

Di Sarawak, Malaysia, wabak HFMD, terutama disebabkan oleh jangkitan

EV71, bermula pada awal April 1997. Dari 1 Jun - 30 Ogos 1997, jumlah yang

daripada 2628 kes telah dilaporkan kepada Jabatan Negeri Sarawak Kesihatan.

Sepanjang wabak ini, 889 kanak-kanak dimasukkan ke hospital, termasuk 39 pesakit

dengan meningitis.Seramai 29 kanak-kanak yang sebelum ini sihat telah meninggal

dunia. Kemudian pada tahun 1997, wabak yang melibatkan 4625 kemasukan ke

hospital berlaku di Semenanjung Malaysia, menyebabkan 11 maut kes. Program

pengawasan untuk HFMD kemudian didirikan di Sarawak pada Mac 1998. Antara

bulan Mac 1998 dan Jun 2005, sebanyak 4290 spesimen telah dikumpulkan .

Bagaimanapun, hanya peratusan kecil sahaja kanak-kanak yang dijangkiti

mengalami gejala serius dan pakar perubatan tidak pasti mengapa. Sehingga kini,

belum ada vaksin atau rawatan khusus untuk menyembuhkan penyakit ini. Tetapi kes

yang teruk diberikan penjagaan sokongan dan kadangkala pesakit dibekalkan

dengan protein darah. Seperti virus lain, ia memang sentiasa berkembang

(bertambah). Jangkitan ini berlaku pada kanak-kanak yang tidak pernah terdedah

kepada jenis enterovirus lain sebelum ini. Apabila virus ini mula menyerang, kita tiba-

tiba berhadapan dengan kes EV71 yang teruk, kata Dr Zarifah Hussain Reed, pnulis

bersama laporan WHO mengenai penyakit tangan, kaki da mulut, merangkap

4
pengarah perubatan syarikat bioteknologi di Malaysia yang menjalankan kajian

mencipta vaksin untuk penyakit berkenaan.

TANDA DAN GEJALA PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)

TANDA DAN GEJALA:

Demam
Sakit Tekak
Ulser pada tekak, mulut dan lidah
Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 7mm) pada tangan, pergelangan

tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak

tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya.


Sakit kepala
Hilang selera makan

KOMPLIKASI

Biasanya disebabkan oleh kekeringan air dalam badan atau dehidrasi apabila

kanak-kanak yang mendapat ulser mulut tidak boleh makan dan minum. Virus

enterovirus juga menyasarkan sistem saraf, otak dan jantung pesakit menyebabkan

radang otak meningitis dan inflamasi serta keradangan otot jantung (miokarditis).

Kemungkinan juga berlakunya sawan berikutan demam panas.Ibu bapa adalah

diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka

mendapat tanda-tanda HFMD.

5
PENGUMPULAN DATA DAN STATISTIK

Pengumpulan data dan statistic dikumpul bagi melengkapkan laporan

epidermiologi. Daerah Jempol dipilih kerana Daerah ini merupakan daerah yang

terbesar di Negeri Sembilan di mana ianya merupakan penyumbang utama bagi

penyakit Tangan,Kaki dan Mulut. Berdasarkan maklumat yang dapat dikumpul,

pentafsiran data dilakukan mengikut graf-graf dibawah

1) Kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut Daerah Jempol dari tahun 2010-2014

6
Berdasarkan graf diatas, Daerah Jempol telah menyumbang banyak kes

Penyakit Tangan,Kaki dan Mulut bermula tahun 2010 hingga tahun 2014. Namun

begitu, bilangan kes HFMD berkurang pada tahun 2011 dan semakin meningkat

pada tahun berikutnya. Penurunan kes pada tahun 2011 adalah mungkin daripada

program kesihatan yang dijalankan oleh staf kesihatan.

2) Kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut Daerah Jempol dari Bulan Januari

hingga Bulan September 2014

Graf diatas adalah merupakan kes HFMD yang dicatatkan dari bulan Januari

hingga bulan September 2014 di daerah Jempol. Kes HFMD dikatakan semakin

meningkat dari sebulan ke sebulan. Sehingga bulan September 2014, sebanyak

71 kes telah dilaporkan. Kini sebanyak 4 kes lagi dilaporkan pada bulan Oktober

2014.

Kes ini semakin meningkat kerana kurangnya kesedaran mengenai tahap

kebersihan anak-anak oleh segelintir ibu bapa.

7
3) Kes HFMD mengikut Jenis Virus dari tahun 2010 hingga 2014

Graf diatas adalah merupakan graf taburan kes HFMD mengikut virus dari

tahun 2010 hingga 2014. Kanak-kanak yang dijangkiti virus HFMD dibahagikan

kepada coxsackie A16, coxsackie A, enterovirus 17 dan lain-lain virus.

Bagi tahun 2010 hingga 2014, telah mencatatkan jumlah terbesar bagi

taburan virus coxsackie A16 kerana virus ini seringkali menjangkiti kanak-kanak.

Jumlah terbesar yang dicatatkan adalah pada tahun 2012 adalah sebanyak 31

kes. Bagi tahun 2010 sebanyak 20 kes dikesan disebabkan virus tersebut. Bagi

tahun 2013 dan 2014 kes HFMD mencatatkan penurunan kes virus coxsackie

A16 sebanyak 12 kes bagi tahun 2013 dan 6 kes pada tahun 2014.

Pada tahun 2010 hingga 2014, jumlah kes bagi virus coxsackie A dan

enterovirus 71 adalah sebanyak 1 kes. Manakala bagi tahun 2011 hingga 2013,

mencatatkan sifar kes bagi enterovirus 71 dan coxsackie A. Seterusnya bagi

tahun 2014, 1 kes dicatatkan disebabkan oleh virus coxsackie A dan 1 lagi kes

8
disebabkan oleh lain-lain virus. Hal ini menunjukkan bahawa virus coxsackie A16

merupakan virus penyebab yang utama dalam kes HFMD di daerah Jempol

berbanding virus coxsackie A dan enterovirus 71 yang hanya mencatatkan 1 kes

sahaja.

4) Kes HFMD mengikut klasifikasi kes dari tahun 2010-2014

Graf diatas menunjukkan kes HFMD yang berlaku di daerah Jempol

mengikut klasifikasi umur seperti 1bln-2thn, 3thn-5thn, 6thn-8thn, 9thn-11thn dan

12 thn. Pada tahun 2012 kes kanak-kanak berumur 1bln-2thn meningkat dengan

mendadak sebanyak 25 kes disebabkan kurang penjagaan kebersihan diri anak-

anak oleh ibu bapa. Pada tahun yang sama kes kanak-kanak berumur 6thn-8thn

mencatatkan 3 orang peningkatan.

Bagi tahun 2013 dan 2014, kes HFMD menurun dengan mendadak sebanyak

12 kes bagi tahun 2013 manakala bagi tahun 2014 sebanyak 8 kes. Kes kanak-

kanak berumur 9thn-11thn mencatatkan 2 orang bagi tahun lagi dan kanak-kanak

berumur 3thn-5thn bagi 2014.

Namun begitu, bagi tahun 2010 kanak-kanak berumur 3thn-5thn dicatatkan

seramai 5 orang. Namun sepanjang tahun 2011 sehingga 2013 mencatatkan

bilangan sifar bagi kanak-kanak berusia 3thn-5thn. Pada tahun 2011, seramai 15

9
orang kanak-kanak berusia 1bln-2thn telah dicatatkan sementara bilangan sifar

dicatatkan bagi bilangan kanak-kanak yang berumur selain dari 1bln-2thn.

5) Kes HFMD mengikut kaum dari tahun 2010- 2014

Graf diatas menunjukkan taburan kes HFMD mengikut kewarganegaraan dari

tahun 2010 hingga 2014. Bagi tahun 2010 hingga 2014, orang melayu

mencatatkan jumlah tertinggi di daerah Jempol. Bagi tahun 2012, sebanyak 29

orang melayu dicatatkan. Disebabkan kurang kesedaran mengenai tahap

penjagaan kebersihan kanak-kanak oleh ibu bapa. Sementara 3 orang kanak-

kanak dari kaum cina.

Namun begitu, berlaku penurunan kes yang melibatkan orang melayu bagi

tahun 2013 dan 2014. Sementara bagi tahun 2013, sebanyak 9 kes manakala

bagi tahun 2014 sebanyak 7 kes telah dicatatkan. Hal ini disebabkan pelbagai

aktiviti kesedaran mula dianjurkan oleh staf kesihatan. Pada tahun 2010,

mencatatkan 20 orang kanak-kanak melayu dan sifar bagi kanak-kanak india dan

cina. Manakala bagi tahun 2012 dan 2013 adalah sebanyak 6 kes melibatkan 3

10
orang kanak-kanak cina pada tahun 2012 dan 3 orang lagi pada tahun 2013.

Pada tahun 2011, 3 orang kanak-kanak india dicatatkan dan bilangan menurun

kepada sifar sebingga tahun 2013. Namun naik semula kepada seseorang pada

tahun 2014.

6) Kes HFMD mengikut tempat jangkitan dari tahun 2010-2014.

Graf diatas menunjukkan bilangan kes HFMD mengikut jenis tempat jangkitan

dari tahun 2010-2014 yang terdiri daripada tadika, rumah asuhan, sekolah,

contact dan lain-lain.

Bagi tahun 2010 hingga 2014, tadika mencatatkan jumlah terbesar bagi

taburan jenis tempat jangkitan dalam daerah Jempol. Pada tahun 2010 dan 2011

mencatatkan persamaan masing-masing sebanyak 10 kes yang dilaporkan di

tadika. Pada tahun 2014, kes dilaporkan di tadika dan 4 lagi kes dilaporkan di

tadika dan 4 lagi kes dilaporkan melalui jangkitan contact.

11
Lain-lain jangkitan hanya dilaporkan sebanyak 1 kes pada tahun 2012. Pada

tahun 2012, tadika mencatatkan jangkitan yang paling tinggi sebanyak 29 kes.

Manakala pada tahun 2013 tadika mencatatkan penurunan sebanyak 2 kes

disebabkan pelbagai kegiatan promosi kebersihan dilakukan di tadika oleh staf

kesihatan. Namun peningkatan kes jangkitan melalui contact dan rumah asuhan

meningkat pada 2013 sebanyak masing-masing 5 kes dilaporkan.

PERBINCANGAN

Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan HFMD dengan virus

coxsackie A16, yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku

pada tahap yang sederhana. Kadangkala, terdapat jenis kuman virus lain seperti

virus coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus

coxsackie merupakan salah satu jenis virus yang terdapat di dalam kelompok

virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus polio, virus coxsackie dan

echovirus. HFMD merupakan penyakit berjangkit sederhana.

Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar daripada

hidung dan tekak atau najis mereka tang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini

amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Ia tidak

boleh merebak kepada atau daripada binatang, kata Dr Mazidah. Tempoh

pengeraman selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini adalah diantara dua

hingga enam hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut

biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang

pada hari kelima hingga ketujuh tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan,

kaki akan hanya hilang dalam tempoh 10 hari.

Faktor-faktor risiko penyakit HFMD boleh menjangkiti mana-mana kanak-

kanak dan dimana sahaja tanpa mengira kawasan geografi. Kanak-kanak yang

berumur di bawah lima tahun amat rentan terhadap penyakit ini tetapi

12
kemungkinan juga ada. Penyakit ini juga biasanya menjangkiti kanak-kanak yang

berumur diantara dua minggu hingga tiga tahun. Ini kerana kanak-kanak

mempunyai daya tahan badan yang lemah dan mudah dijangkiti berbanding

orang dewasa.

Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan

persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan

kebersihan diri dan persekitaran dimana ia mudah berlaku di tempat sesak serta

mutu kebersihan yang rendah. Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-

kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-

kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-

kanak. Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti

pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak dibawah jagaan

mereka sepertimana yang disarankan dalam Garis Panduan Pengendalian

Kanak-Kanak Di Taska Dan Pra-Sekolah dan Pelan Tindakan Bersepadu Bagi

Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut.

Amalkan mencuci tangan secara konsistan menggunakan air bersih dan

sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas

menukar lampin dan mencuci najis.


Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
Tiadak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan

minuman serta mainan.


Ibu bapa/ penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih

dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.


Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak

(seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan

awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

13
RUMUSAN

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut ialah sejenis jangkitan virus yang

disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus ( setakat ini

terdapat 66 jenis telah dikenalpasti). Terdapat beberapa jenis virus yang

menyebabkan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut. Virus yang biasa menjadi

penyebab penyakit ini ialah virus coxsackie A16. Kadangkala terdapat jenis

kuman virus lain seperti virus coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh

mencetuskan penyakit ini.

Virus coxsackie merupakan salah satui daripada jenis virus yang terdapat di

dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus. Di Malaysia, kuman

Echovirus 7 atau Echo 7 telah dikenalpasti sebagai virus yang menjadi punca

kematian seorang kanak-kanak dan mungkin juga tiga kanak-kanak yang lain,

baru-baru ini. Wabak Penyakit HFMD yang berlaku tempoh hari (Sarawak 1997)

adalah disebabkan oleh virus coxsackie dan enterovirus 71 (EV71). EV71 telah

disahkan menjadi penyebab 4 dari 31 kematian akibat penyakit di Sarawak. Jika

kanak-kanak mengalami demam panas, air liur meleleh, tiada selera makan dan

minum, keadaan ini merupakan gejala biasa bagi masalah sakit kerongkong,

mahu tumbuh gigi dan juga jangkitan telinga. Bagaimanapun, salah satu

daripada kumpulan simptom ini yang biasanya terlepas pandang iaitu ulser mulut

dan bibir melepuh.

HFMD merupakan penyakit berjangkit sederhana. Ia merebak melalui

sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar melalui hidung dan tekak atau

najis meraka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit

pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Ia tidak boleh merebak kepada

14
atau daripada binatang, kata Dr Mazidah, Pakar Perunding Kanak-kanak Hospital

Pakar Perdana, Kota Bharu Kelantan. Tempoh pengeraman selepas seseorang

itu dijangkiti kuman virus ini adalah diantara dua hingga enam hari. Gejala seperti

demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga

atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari kelima hingga ketujuh tetapi

lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hilang dalam tempoh 10 hari.

Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor

secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya

peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti

kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan,

muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera

membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak mereka ke

hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti diatas ke

sekolah, pra-sekolah atau nursery. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak

dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

15
LAMPIRAN

Virus Coxsackie penyebab HFMD

Graf tren HFMD di Malaysia pada tahun 2012

RUJUKAN

PORTAL RASMI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/193
LAMAN WEB

16
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kuman bertambahkuat//Article/article
print

17