You are on page 1of 3

SJK(T) LADANG BULOH AKAR

32810 PARIT
PERAK DARUL RIDZUAN
Tel : 05-2563860
Faks : 05-2563860
E-mel : ABD8453@1bestarinet.yes.my
________________________________________________________________________________________
1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
PERAK EXCELLENT

Ruj.Tuan :
Ruj.Kami : SJKTLBA/KPJ/01/17
Tarikh : 19 Mei 2017

Kepada,

Supt Mohamad Zainal Bin Abdullah


Ketua Polis Daerah,
Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MELAWAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH PERAK


TENGAH

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan sekolah kami berhasrat untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu
Pejabat Polis Daerah Perak Tengah.Sehubungan dengan perkara di atas, berikut merupakan butiran lawatan :

Tarikh : 24.05.2017 (Rabu)

Masa : 2.00 hingga 4.30 petang

Bilangan : 21 orang murid dan 9 orang guru pengiring

3. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk merapatkan hubungan di antara komuniti sekolah
dan pihak polis, mewujudkan kesedaran kesalahan jenayah dalam kalangan murid-murid dan mengutamakan
konsep community policing dalam kalangan murid-murid sekolah.

4. Semoga pihak tuan dapat mempertimbangkan permohanan kami ini.Kerjasama pihak tuan amat kami
hargai dan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian dimaklumkan ,terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..

(SELVARANI A/P RAMASAMY)

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


SJK(T) LADANG BULOH AKAR

SJK(T) LADANG BULOH AKAR


32810 PARIT
PERAK DARUL RIDZUAN
Tel : 05-2563860
Faks : 05-2563860
E-mel : ABD8453@1bestarinet.yes.my
________________________________________________________________________________________
1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
PERAK EXCELLENT

Ruj.Tuan :
Ruj.Kami : SJKTLBA/UPSR/04/17
Tarikh : 05 Mei 2017
Melalui :
Guru Besar
SJKT Kampar, Ipoh

Kepada,
Pn.Usha A/P Kuppusamy
SJKT Kampar, Ipoh

Tuan,

MOHON UNTUK BERTUGAS SEBAGAI PENCERAMAH BENGKEL TEKNIK MENJAWAB UPSR


2017 DI SJKT LADANG BULOH AKAR,PARIT.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

5. Untuk makluman, Bengkel Teknik Menjawab UPSR 2017 bagi matapelajaran Bahasa Melayu di
SJKT Ladang Buloh Akar akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 09.05.2017 (Selasa)

Masa : 2.00 hingga 4.00 petang

Tempat : SJKT Ladang Buloh Akar, Parit.

6. Sehubungan itu, pihak kami ingin mendapat khidmat Pn.Usaha A/P Kuppusamy untuk bertugas
sebagai penceramah bengkel tersebut. Besarlah harapan kami, semoga pihak Tuan dapat memberikan
kerjasama untuk menjayakan program tersebut.

Segala kerjasama Tuan dan penceramah amatlah dihargai dan diucapkan berbanyak terima kasih.

Sekian dimaklumkan ,terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..
(KUNASUNDARI A/P NALLASAMY)

Guru Kanan Pentadbiran

SJK(T) LADANG BULOH AKAR