You are on page 1of 2

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

YANG DIHORMATI, EN MOHD AFFENDY BIN HAJI MOHD SAAD, KETUA UNIT PEMBANGUNAN
KEMANUSIAAN, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TEMERLOH,

YANG BERUSAHA, PN NORMAH BINTI HUSSEIN, GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN BAHAGIA,

YANG DIKASIHI BARISAN GURU-GURU PENOLONG KANAN, GURU-GURU DAN SETERUSNYA MURID-
MURID SK JALAN BAHAGIA YANG DISAYANGI SEKALIAN.

ALHAMDULLILAH, PADA PAGI INI KITA SEMUA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL DALAM SATU
MAJLIS IAITU MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH YANG DIANJURKAN OLEH UNIT HAL
EHWAL MURID BERSAMA-SAMA DENGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH.

PIHAK SEKOLAH JUGA MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN EN MOHD AFFENDY BIN HAJI MOHD SAAD DI
MAJLIS YANG JULUNG KALINYA DILAKSANAKAN DI SEKOLAH INI.

MAJLIS JUGA INGIN MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN IRONMAN TEMERLOH YANG MENYAMBUT


KEHADIRAN MURID PADA PAGI INI. BELIAU YANG DIMAKSUDKAN IALAH EN MOHD FAIZ BIN MUDA,
DARI UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH, TEMERLOH.

GURU-GURU DAN MURID-MURID SEKALIAN,

BAGI MENDAPAT KEBERKATAN DAN KELANCARAN MAJLIS INI, SAYA MEMPERSILAKAN ENCIK ZULHILMI
BIN ZAKARIA, DARI UNIT DISIPLIN SK JALAN BAHAGIA UNTUK BACAAN DOA. DIPERSILAKAN

(DOA)

SETERUSNYA, MAJLIS MENJEMPUT PN NORMAH BINTI HUSSEIN, GURU BESAR SK JALAN BAHAGIA
UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN. DIPERSILAKAN.

(UCAPAN GURU BESAR)

MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS UCAPAN PUAN GURU BESAR SEBENTAR TADI.

SETERUSNYA, MAJLIS MEMPERSILAKAN EN MOHD AFFENDY BIN HAJI MOHD SAAD, KETUA UNIT
PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN DARI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TEMERLOH UNTUK
MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN DAN SETERUSNYA MELANCARKAN PROGRAM JOM KE
SEKOLAH PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2017. DIPERSILAKAN.
(UCAPAN EN MOHD AFFENDY)

MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS UCAPAN EN MOHD AFFENDY SEBENTAR TADI.

GURU-GURU DAN MURID-MURID SEKALIAN,

SETERUSNYA MAJLIS KITA DISERIKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN YANG AKAN DIJAYAKAN OLEH
MURID-MURID DARI KELAS 5 BRILLIANT. MARI KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN MEREKA.

(PERSEMBAHAN)

SETERUSNYA, MAJLIS MEMPERSILAKAN PN NORMAH BINTI HUSSEIN, GURU BESAR SK JALAN BAHAGIA
UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KENANG-KENANGAN KEPADA :

1. EN MOHD AFFANDY BIN HAJI MOHD SAAD, KETUA UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TEMERLOH

2. EN. MOHD FAIZ BIN MUDA, IRONMAN TEMERLOH DARI UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN
HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH, TEMERLOH

DENGAN SEMPURNANYA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH DAN PENYAMPAIAN


CENDERAMATA TADI, MAKA BERAKHIRLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA HARI INI.

SEMOGA PADA TAHUN 2017 INI, MURID-MURID SK JALAN BAHAGIA LEBIH BERSEMANGAT UNTUK
HADIR LEBIH AWAL KE SEKOLAH PADA SETIAP HARI DAN MENJADIKAN SEKOLAH INI SEBUAH TEMPAT
YANG MENYERONOKKAN DALAM DIRI SETIAP MURID DAN DIHARAPKAN SK JALAN BAHAGIA MENJADI
SEKOLAH YANG BOLEH DICONTOHI DAN TERBAIK DI TEMERLOH.

JOM KE SEKOLAH !!!

SEKIAN, TERIMA KASIH.