You are on page 1of 1

Sinopsis Jurnal Komunikasi Berkesan

Komunikasi yang berkesan mempunyai lima ciri . Ciri pertama ialah kefahaman iaitu
orang lain faham apa yang kita maksudkan. Kedua ialah keseronokan iaitu komunikasi
yang tiada mesej khusus tetapi perbualan untuk menimbulkan rasa seronok dalam
suasana yang lebih santai dan tidak formal. Ketiga pengaruh ke atas sikap iaitu untuk
mempengaruhi sikap, nilai dan kepercayaan orang lain. Keempat untuk menjadikan
perhubungan yang bertambah baik dan yang kelima dengan harapan adanya tindakan
yang menyusuli. Dalam komunikasi berkesan kita hendaklah berpegang kepada etika
kejujuran, tidak menuduh, nilai bersama, gambaran tepat, berkata benar, mematuhi
etika, selaras, tidak mengganggu, sikap positif,dan daya ekspresif.