BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 1: PENGERTIAN DAN KONSEP Tahukah anda, penilaian hendaklah

dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P & P), bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar 1.1 Sinopsis Topik ini membincangkan konsep-konsep penting dalam penilaian dan pentaksiran bahasa Melayu iaitu pentaksiran, pengujian, penilaian. Di akhir topi k, para pelajar akan menjalankan beberapa aktiviti serta menjawab beberapa soalan untuk menguji pemahaman anda. Rujukan lanjut melalui sumber internet, perbincangan dalam talian serta aktiviti kolaboratif bersama pensyarah anda boleh juga dilakukan.

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 1.2 Hasil pembelajaran 1.2.1. Konsep pentaksiran 1.2.2. Konsep pengujian 1.2.3. Konsep penilaian 1.2.4. Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian 1.3 Kerangka Konsep 1.4Pentaksiran Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi halhal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 3 melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:i. Instrumen ii. Kumpulan yang ditaksir iii. Respon iv. Kumpulan yang menaksir v. Skor 1.5 Pengujian . Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik. . Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu. . Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran . Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest. . Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru. Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya,

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan. 1.6 Penilaian Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv ) menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives. Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum.

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 5 Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk: . mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar. . menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. . membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan temanteman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. . menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka. . membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka; dan . membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk P&P membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan. kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.7 Perkaitan antara Pentaksiran. . PENILAIAN PENGUJIAN PENTAKSIRAN Berdasarkan rajah di atas. Pengujian dan Penilaian Rajah 1.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 1.

c. semester dan akhir tahun. a. penilaian. sila jawab soalan-soalan dibawah. dan pengukuran ini dalam bentuk grafik. Sila nyatakan tujuan-tujuan pengujian. Sejauh manakah kertas ujian bulanan. pengukuran. dan penilaian dilakukan. Sila buat catatan dan rumusan tentang perbezaan antara konsepkonsep pengujian.8 Aktiviti Arahan: Anda dikehendaki mengumpul satu set bahan ujian bulanan. b.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 1. Berdasarkan maklumat yang diperoleh. semester dan akhir tahun yang dibina menepati ciri-ciri pentaksiran yang berkesan? .

2. 2. dua aspek ini akan dibincangkan serta aktiviti yang berkaitan boleh dijalankan bersama pensyarah anda untuk memudahkan pemahaman anda. Bloom pada tahun 1956 dan seterusnya Domain Krathwohl. tujuan pendidikan dibahagi kepada beberapa domain (ranah.Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan.2.2. Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Menjelaskan taksonomi Bloom. .2. Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu.4. taksonomi Solo. Dalam hal ini. dan domain Krathwohl.3. Selamat berjaya ! 2.1. Dalam panduan pembelajaran ini. 2.1 Sinopsis Sebagaimana yang anda tahu.2. 2. dan penilaian.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 2: TAKSONOMI DAN DOMAIN KRATHWOHL 2. Menghuraikan konsep pentaksiran. Menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu. kawasan) dan setiap domain tersebut diperincikan berdasarkan hierarkinya. pengujian.2 Hasil Pembelajaran 2.

iaitu: 1.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 2. 2. dan keterampilan berfikir. dan mengoperasi mesin. Cognitive Domain (Domain Kognitif). . melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual. seperti pengetahuan. dan cara penyesuaian diri. berenang. 3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan.3 Kerangka Konsep 2.4 Taksonomi Bloom Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain. pengertian. apresiasi. sikap. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi. seperti minat.

Kemampuan dan Keterampilan Intelektual Pengetahuan (Knowledge) Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan. Aplikasi (Application) Pada tahap ini. fakta-fakta. pola. Pengetahuan ii.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Domain Kognitif Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. arahan. Analisis (Analysis) Pada tahap analisis. seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan. prosedur. jadual . metodologi . dan sebagainya. . metodologi. gagasan. seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit. Pemahaman (Comprehension) Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran. diagram. peraturan. prinsip dasar. dan sebagainya. teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar. rumus. Domain ini terdiri dari dua tahap iaitu: i. definisi. urutan. laporan.

Persepsi 2. Penilaian (Evaluation) Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian. Penyesuaian (Adaptation) 7. gagasan..BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 11 Sintesis (Synthesis) Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan. Penciptaan (Origination) . Mekanisme (Mechanism) 5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response) 6. Respons Terpimpin 4. . Domain Psikomotor 1. metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya. Persediaan (Set) 3.

Tanggapan (Responding) .BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 12 2.5 Domain David Krathwohl . Penghargaan (Valuing) . Penerimaan (Receiving/Attending) . Domain Afektif . Pengorganisasian (Organization) . Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai (Characterization by a Value or Value Complex) .

b. http://pkukmweb.pdf .nwlink.gmu.html 2. Aras kesukaran/ kognitif Taksonomi Bloom.edu/ndabbagh/Resources/Resources2/krath stax. http://classweb.com/~Donclark/hrd/bloom. Sila nyatakan bilangan soalan yang dianalisis mengikut aras Bloom. anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan. Setelah itu.6 Aktiviti Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami Taksonomi Bloom dan Domain Krathwolh. Sila huraikan sejauh manakah penggunaan Domain Krathwohl dalam soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun untuk setiap kelas di sekolah anda. Lawatilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut: 1.htm 3. c.my/~upak/pdffile/2008E/aqilah. http://www. 1. Analisis soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun di sekolah anda dari segi: a.ukm.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Arahan: 2.

JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang). JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.2. Penggunaan JSU dalam pembinaan item ujian .2.2 Hasil pembelajaran 3.1.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 3: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN 3. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. Memahami aspek-aspek dalam penyediaan JSU 3. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak terancang.1 Sinopsis Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian.2. 3.

Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan. amali.5 Kepentingan JSU . . . Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % . . . Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. . esei. kandungan dan aras kemahiran.4 Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU) . Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan. . Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran. kertas kursus dan lain-lain. . Bilangan item yang mengikut bentuk.80%. 3. JADUAL SPESIFIKASI UJIAN KEPENTINGAN JSU DEFINISI LANGKAH PEMBINAAN JSU .BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 15 3. . Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran. Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif. Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.3 Kerangka konsep 3.

Contoh di atas boleh disesuaikan dengan keperluan dan spesifikasi di sekolah. Fonem segmental 2 2 1 1 1 . BM sebelum dan selepas merdeka 2 2 1. Definisi. Bil Bentuk Soalan Objektif Kemahiran Aras Kognitif Bidang/Topik/Topik Kecil Jam 1 2 3 4 5 6 Jumlah Item 1. . cara penghasilan 3 2 1 1 .2 Linguistik BM 15 12 .1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 5 4 . Asal usul BM. Pengenalan linguistik Definisi. alat artikulasi. Fonem suprasegmental 1 1 Jumlah 40 32 Jadual 1: Contoh JSU .3 Fonologi 20 16 . Linguistik Diskriptif 1 5 4 1 1 1. Sejarah. Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 16 .

soalan objektif (30 soalan) b. Ujian objektif . Kefahaman 1.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 17 3. Ujian esei. Penggunaan 2. dan psikomotor Domain Kognitif 6.6 Langkah-langkah Membina JSU Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu a. jumlah soalan bagi setiap topik dikira: = Jumlah masa X Jumlah soalan Jumlah Masa keseluruhan Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom Tiga domain: kognitif. Analisis 3. 1 markah bagi 1 item c. Penilaian Sukar 5. dan lain-lain. Ujian struktur . . afektif. Pengetahuan Mudah Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji? . Sintesis 4.

esei dll) . guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. . Nyatakan mata pelajaran .BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 18 Langkah V: . struktur. data yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan. Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif. Justeru. Pemarkahan Langkah VI . Orang-orang yang berkaitan dengan ujian seperti calon. Nyatakan tingkatan . Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah soalan sukar) . Susunan nombor soalan mengikut tajuk Rumusan Dalam penilaian. JPU berperanan penting. pengkelasan atau bimbingan.

Sediakan satu JSU berdasarkan format ditetapkan.htm 3. Kertas 1 mengandungi 20 soalan objektif.emoe.my/ipba/rdipba/cd1/article123.pdf 2. Tetapkan bilangan item.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 19 Arahan: Anda dikehendaki menyediakan kertas 1 Peperiksaan Semester yang telah ditetapkan.com/kheru2006/iv. http://apps. .7 Aktiviti .geocities. peruntukan masa dan peratusan item mengikut aras kognitif berdasarkan topik dalam sukatan pelajaran. .gov. Layarilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan. 1. http://www.

Hasil tugasan anda perlu dimasukkan dalam folio pembelajaran anda. Memahami serta menghuraikan konsep-konsep ujian.2. guru sewajarnya dapat menentukan dengan jelas kedudukan ujian sebagai alat penilaian dalam pendidikan.3.2.2. Dengan itu. 4.2. 4.1 Sinopsis Anda telah membincangkan konsep penilaian dan kepentingannya dalam pendidikan serta P&P di dalam bilik darjah. kita akan membincangkan bagaimana untuk membina bahanbahan ujian untuk para pelajar kita dan pada akhir topik ini. . Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan objektif.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 4 : PEMBINAAN UJIAN 4. anda bolehlah menjawab soalan-soalan dalam aktiviti yang diberi serta berbincang dengan pensyarah anda. 4.4.2. 4. Ujian bermaksud bahan-bahan yang tertulis yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan subjektif. dalam proses menilai ini. Dalam topik ini anda.1.2 Hasil Pembelajaran 4. Mengaplikasikan kemahiran pembinaan soalan .

Jenis-jenis Ujian Berikut ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif.1. Ini berguna bagi guru untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti P&P. kelemahan dan kekuatan pelajarpelajar dalam pembelajaran mereka. .3 Kerangka Konsep 4. 4. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek. Ujian Objektif Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 4.4 Pendahuluan Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar.5. item jenis padanan. 4. item jenis aneka pilihan dan kloz.5.

. Item Melengkapkan Penyataan contoh: a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah turun. Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan) Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. dan aneka pilihan. Item Salah -Betul Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). padanan. Item-item itu ialah format salah-betul. b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja. Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan. Jenis soalan: contoh: a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas) b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut) ii.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Item Respons Bebas i. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan.

Kata Bilangan Contoh 1.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Item Padanan Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan. 3. Item aneka pilihan berbentuk soalan b. 2. a. Kata Adjektif Bentuk C. Budak baik selalu dipuji. Item Aneka Pilihan Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. Kata Adjektif Pancaindera B. Kata Adjektif Sifatan A. Kata Adjektif Perasaan D. Jenis jawapan terbaik c. Gadis cantik itu anak Pak Zaini. 4. Dia amat rindu akan emaknya. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut. Analogi .

Item Jenis Struktur . berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya.5. pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. pentadbiran dan pemarkahan. Item Jenis Esei . Soalan Subjektif Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. 4. Kemudian. Pada mulanya.2. Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian. sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Pembinaan Ujian . ini semua tidak sukar dilakukan.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 24 Item Jenis Cantuman Teknik Kloz Teknik menggunakan ujian kloz. mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks. dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu.

Kesahan Gagasan ii. Kebolehpercayaan Ujian Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji. Rumusan Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. kandungannya. Antaranya ialah objektif ujian. Kesahan Isi b. Kesahan Serentak d. kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan seterusnya aras ujian itu sendiri.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah: i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat Kesahan (validity) a. Kesahan Ramalan c. .

.Tunjukkan soalan-soalan yang dibina itu kepada guru panitia Bahasa Melayu dan bincangkan bersamanya tentang kelebihan dan kelemahan pembinaan item objektif tersebut berdasarkan garis panduan membina item ujian objektif.7 Aktiviti Anda dikehendaki membaca dan memahami aspek-aspek pembinaan ujian dan sila sediakan carta pengurusan grafik bagi perkara-perkara yang berikut: a. sintesis dan penilaian. aplikasi. Senaraikan dan huraikan garis panduan membina item objektif dan esei. Kemudian buat laporan menyeluruh tentang pencapaian pelajar anda dan kaitkan keputusan itu dengan item yang telah dibina dari segi kelebihan atau kelemahannya. Aplikasikan atau ujikan item tersebut kepada pelajar anda.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Arahan : 4. b. Item yang anda bina mestilah merangkumi 4 soalan untuk setiap aras iaitu pengetahuan. analisis. kefahaman. Sila bina 24 item objektif aneka pilihan untuk menguji kemahiran tatabahasa bagi pelajar anda.

pdf .my/ipba/rdipba/cd1/article123.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Layari Internet untuk mendapatkan maklumat lanjut. http://apps.usm.my/education/publication/JPP239_ PEMBINAAN%20DAN%20PENGESAHAN%20UJIAN%20MEMBACA.gov.pdf 2.emoe. 1. http://www.

Pencapaian.2 Hasil Pembelajaran 5.3 Kerangka Konsep .2.3 Menerangkan dan menganalisis ujian kefasihan. 5. 5. kemajuan dan ujian bakat. Kemajuan. Ujian Kefasihan.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 5 : JENIS PENILAIAN BAHASA 5. 5. 5.Sumatif. pencapaian.2 Menganalisis dan membanding-beza jenis penilaian.1 Sinopsis Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami jenis penilaian bahasa yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan proses p&p Bahasa Melayu.2.2. Ujian Bakat.1 Menghuraikan dan menjelaskan jenis penilaian bahasa. Jenis penilaian tersebut merangkumi ujian Formatif.

iaitu ujian formatif.5 Ujian Formatif Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. . Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek. 5. jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji. ujian bakat dan ujian pencapaian.6 Ujian Sumatif Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 5. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta.ujian kefasihan. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas. 5. ujian sumatif.ujian kemajuan.4 Ujian Formatif dan Sumatif Terdapat beberapa jenis ujian. Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran.

Peperiksaan akhir tahun 7. Maklum balas kepada pelajar dan guru: kemajuan dan kelemahan. Terhad kepada tugasan Sifat 4.8 Ujian Bakat. Pensijilan atau penggredan 2. Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan Manakala ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing. bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari. Pada akhir unit/kursus 3. Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Sepanjang pengajaran Masa 2.Kognitif 4. . Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah muridmurid telah menguasai kemahiran. Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan dan mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan. Senang sukar 6. Fungsi 1.Rujukan norma 5. psikomotor dan afektif Penekanan 3. Ujian Pencapaian. Dibentuk khas Alat 6.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 5. Berubah-ubah Kesukaran 5. Rujukan kriteria Jenis ujian 7. Kognitif.7 Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif Ujian Formatif Perbezaan Ujian Sumatif 1. Beraneka jenis 5.

tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi. . Ujian Kefasihan Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. mengubah bentuk. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian Pencapaian Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH NOTA TAMBAHAN Ujian Bakat Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik. atau struktur sesuatu bahasa. menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.

2. Anda dikehendaki mendapatkan seberapa banyak maklumat yang berkaitan dengan tajuk di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. Nyatakan kesesuaian dan keberkesanan kaedah tersebut untuk menguji kemahiran bahasa yang telah anda pilih itu.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH AKTIVITI Arahan 1. Kemudian buat banding beza antara kaedah-kaedah penilaian bahasa yang telah dihuraikan di atas menggunakan borang pengurusan grafik. Sila ambil satu contoh kaedah penilaian bahasa di atas untuk menilai satu kemahiran bahasa. .

2. Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui pemerhatian penilaian melalui portfolio.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui pemerhatian.2. bermakna dan tidak menakutkan pelajar. 6.3. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.2 Hasil Pembelajaran 6. kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 6 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA 6.2.1 Menghuraikan kaedah penilaian melalui portfolio.1 Sinopsis Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel. 6. . 6.

rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh. Ia memerlukan perancangan. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 6. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza.3 Kerangka Konsep 6. .4 Penilaian Melalui Porfolio Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Selain portfolio.

halatuju. menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan. digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred. . Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik. menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).4.4. 6.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 35 6. matlamat. .1 Tujuan Portfolio Tujuan portfolio ialah untuk : .3 Ciri-ciri Portfolio (a) Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional. menilai secara sumatif pembelajaran. . . menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar 6. . Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan. pengalaman dan harapan. .4. Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan. (b) Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik.2 Kegunaan Portfolio . Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi. . prosedur kerja.

Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. . dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran. . komen.4. Portfolio Hasil Terbaik .4 Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina. pengetahuan dan kefahaman. 6. (e) Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif. Portfolio Kerja Harian . Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahirankemahiran. (d) Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.5 Bagaimana Menilai Portfolio? . E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru A 3 Membentuk suku kata A 2 Menyebut bunyi huruf N 1 Permulaan mengenal huruf . Portfolio Dokumen 6. seperti di bawah ini.4. Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 36 (c) Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan.

Buku log . Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 37 .5 Penilaian Melalui Pemerhatian. Refleksi kendiri murid . Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P. Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid . Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru. . Gambar dan foto 6. 6. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif. Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.7 Kebaikan Penilaian Portfolio . 6. Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid . Catatan jurnal .6 Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio Sesebuah portfolio mengandungi: . jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar. . Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran .afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran. Senarai semak yang disediakan oleh guru . Nota-nota yang disediakan oleh guru .4.4.

Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran. .5. .5. Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan. Jenis-jenis Pemerhatian 6. Bentuk Perancangan . Kualiti Pemerhatian . Memerhati apa yang telah dirancang secara open ended . Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 38 6. Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang. Antaranya ialah: . . . .2 Strategi Pemerhatian . rekod anekdot. Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru. afektif.3 Pelaksanaan Proses Pemerhatian Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian. bahan dan persekitaran.psikomotor. .5. Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran. Berterusan mengikut keperluan yang dirancang. . rubrik yang merangkumi aspek kognitif.4 Fungsi Pemerhatian .5. 6. Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan. . Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek. 6.1 Jenis Pemerhatian Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai: .

2.6 Rumusan.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 6. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai. AKTIVITI 1. . Anda juga dikehendaki membuat penilaian murid dalam kelas anda berdasarkan penilaian portfolio. Sediakan laporan ringkas tentang kelebihan dan kelemahan kaedah penilaian tersebut. Anda dikehendaki mendapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan. dan sikap bias serta prasangka penilai. Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar.

2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui soal jawab. 7.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui kontrak pembelajaran. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu.2 Hasil Pembelajaran 7.2.1 Sinopsis Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel. bermakna dan tidak menakutkan pelajar.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 7: KAEDAH PENILAIAN BAHASA 7. 7. kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. .2.

Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan. .3 Kerangka Konsep 7. Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 41 Kaedah Penilaian Bahasa Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran Penilaian Melalui Soal Jawab 7. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas. .4. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan.4 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran 7.1 Cara Pelaksanaan . Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.

Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan. Hasil Pembelajaran . .BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 42 .3 Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan? . Format / Bentuk 7. c. Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan.2 Fungsi Kontrak Pembelajaran Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan : a.4. . pelajar mengenal pasti dan merekod. Penilaian objektif tugasan . menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri. Sesetengah tugasan memerlukan kontrak yang amat formal. Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. b. Penilaian .4 Format Kontrak Pembelajaran Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat.4.4. yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas. 7. 7. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut.

..................... ........................................... Nama : .................................. Objektif : 1............................................... 3...............................BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas................ Nama: Nama: Nama: ........................................................................................................................................................ Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu KONTRAK PEMBELAJARAN Mata Pelajaran : .............. . 2................ Tahun/Tingkatan :......... Tugasan : ................................................................... .......................................................................................... Perkembangan Peringkat Apa yang ingin dicapai pada peringkat ini Bagaimana akan dilaksanakan pada peringkat ini Tempoh masa pelaksanaan peringkat ini Bagaimana penilaian peringkat ini dibuat Catatan Tandatangan murid Tandatangan rakan sebaya Tandatangan guru ................

Penggunaan teknik ini dalam P&P.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 7. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal. Biasanya. . ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsepkonsep . soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir. Di samping itu.1 Cara Pelaksanaan Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.5 Penilaian Melalui Soal Jawab Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar. kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan.5. 7. Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan.

Bagaimana anda menjalankan Penilaian Kontrak Pembelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Pilih satu bahan pengajaran grafik untuk sesi pengajaran Bahasa Melayu kelas KBSR.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH AKTIVITI 1. . Huraikan dengan contoh-contoh yang tepat dan cara pelaksanaannya. anda mahu menguji dan menilai murid melalui kaedah soal jawab. sediakan soalan-soalan yang sesuai untuk menguji pemahaman murid tentang grafik. Sediakan rumusan tentang pencapaian murid anda dan keberkesanan kaedah tersebut. 2.

Modul ini membincangkan tajuk penilaian melalui projek sahaja. bermakna dan tidak menakutkan pelajar.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui projek 8.2.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 8: KAEDAH PENILAIAN BAHASA 8. 8. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu.3 Kerangka Konsep . Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. Tajuk penilaian melalui kertas kerja akan disampaikan ketika interaksi bersemuka.2 Hasil Pembelajaran 8.1 Sinopsis Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel.2 Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui projek 8. kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira.

Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. . . Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil disediakan. Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi. Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. projek bermaksud secara amali. 1989). Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Apakah tujuan pembelajaran Projek ini? Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut: . (Wiggins. Dalam konteks kurikulum sekolah. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab. .4 Penilaian Melalui Projek .BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 47 8.

7 Langkah-langkah untuk menjalankan Projek. 8. Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan. persembahan. Langkah 5 : Penilaian hasil projek. . Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek. kinestetik ). Langkah 3 : Pelaksanaan strategi. lakonan. Tidak ada satu jawapan yang benar. membina model. Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu. 8. kemahiran merancang. . . Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu. . kebolehan membuat tugasan bersama orang lain. . . Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 48 8. Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat. Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi. Extended tasks assignment seperti menulis puisi. Jangka masa yang panjang . Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan. . . Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah. melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji. .6 Jenis-jenis penilaian Projek . visual. poster atau model. Latihan dan soalan open-ended untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis. . . Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.5 Ciri-ciri Penilaian Projek . . Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti. integrasi pengetahuan. Langkah 2 : Penilaian awal projek. Tugasan prestasi drama.

Tahniah ! Anda telah berjaya menamatkan Modul Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan jayanya. . Soalan 1 hendaklah dibincangkan bersama pensyarah / tutor anda. Pastikan anda membuat latihan yang diberikan untuk membolehkan anda menguasai modul ini.BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 49 Arahan: 1. Murid-murid secara berkumpulan akan menghasilkan pelbagai bahan dan produk. kemudian sila lengkapkan pengetahuan anda dalam borang pengurusan grafik yang sesuai. Soalan 2 hendaklah dijawab secara bertaip dan diserahkan kepada pensyarah/tutor anda. ----------------------------------------MODUL TAMAT-------------------------------------------AKTIVITI . Anda dikehendaki membaca dan memahami tajuk di atas. Anda memberi tugasan membuat satu projek tentang galakan membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah anda. Arahan:. anda dikehendaki menyediakan senarai semak yang lengkap untuk menilai keberkesanan produk atau bahan yang dihasilkan oleh murid. 2.

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful