Bab I

1.0

Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai latar belakang kajian. Seterusnya pengkaji akan memberikan permasalahan dalam kajian yang akan dilakukan. Pengkaji juga menyatakan objektif kajian ini dilakukan, persoalan kajian, skop atau batasan kajian serta kepentingan kajian.

1.1

Latar Belakang Kajian

Al-Quran merupakan kalam Allah yang di turunkan kepada Rasulullah S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril A.S. (ABIM 2003) mentakrif al-Quran menurut bahasa beerti bacaan manakala dari segi istilah ia membawa erti kalam Allah yang bermukjizat di turunkan kepada nabi Muhamad di tulis dalam beberapa mashaf, di petik daripada riwayat-riwayat mutawatir dan membacanya merupakan satu ibadah. Isi kandungan al-Quran merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan manusia iaitu dari sudut pendidikan, akhlak, ekonomi, politik dan sosial. Ini berdasarkan dalil Al-Quran surah Al-Furqan ayat 1 firma Allah: ‫تبرك الدي نرل الفرقان على عبده ليكون العالمين نديرا‬ Maksudnya:Maha suci (tuhan) yang menurunkan Furqan (Quran) kepada hambaNya, supaya dia memberi peringatan kepada seluruh alam. Selain itu juga keunikan al-Quran juga dari sudut ilmu qiraatnya yang memerlukan seseorang menguasai beberapa ilmu untuk memantapkan penguasaan bacaan al-Quran

1

Sekiranya mata pelajaran al-Quran di jadikan pelajaran wajib untuk memasuki sesebuah universiti pasti para pelajar akan lebih memberi perhatian kepada ilmu al-Quran. rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dalam pendidikkan negara kerajaan telah menggubal falsafah pendidikan negara. Apabila pelajar-pelajar menyambung pelajaran peringkat menengah mereka tidak dapat mengikuti sukatan pelajaran yang telah ditetapkan pada peringkat sekolah menengah.mengikut ayat yang diturunkan oleh Allah S. FPN menyatakan pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis ari segi intelek. Pelajar-pelajar daripada sekolah harian biasa atau sekolah menengah bukan aliran agama mempunyai masalah dalam penguasaan tulisan jawi dan membaca al-Quran berbanding dengan sekolah menengah aliran agama. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. 2 . Kelemahan ini sekaligus menyebabkan ilmu al-Quran semakin terpinggir dalam arus masyarakat yang moden ini.T. Qiraat Sab’ie. tarannum dan lain-lain lagi. berakhlak mulia.2 Kenyataan Masalah Pada masa kini ini masyarakat sering membicarakan mengenai isu kelemahan pelajar-pelajar sekolah menguasai bacaan al-Quran. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Namun ada sesetangah pelajar tingkatan satu yang boleh membaca iqra’ pada tahap satu. berketrampilan. Pelajar-pelajar Islam juga dikenal pasti kurang berminat terhadap al-Quran kerana menumpukan kepada pelajaran yang lain sesuai dengan minat dan keperluan semasa. Masalah ini boleh dikategorikan kepada beberapa masalah iaitu masalah pelajar yang tidak langsung boleh membaca al-Quran. Masalah pelajar-pelajar tidak dapat menguasai asas al-Quran pada peringkat sekolah rendah lagi. boleh membaca al-Quran tanpa tajwid dan tidak boleh membaca al-Quran secara bertarannum.W. Contohnya beberapa ilmu qiraat al-Quran iaitu ilmu tajwid. 1.

3. Sejauhmanakah perbezaan tahap penguasaan matapelajaran kemahiran al-Quran di antara pelajar yang mempunyai latar belakang pendidikan kelas aliran agama dengan kelas aliran bukan agama. 2.1. 4.3 Objektif Kajian Kajian ini dilakukan untuk melihat pencapaian pelajar di dalam Kelas Kemahiran Al-Quran serta tahap penguasaan pelajar dalam bacaan al-Quran: 1. Apakah tahap penguasaan matapelajaran kemahiran al-Quran di kalangan pelajar di SMK dan SMKA. Mengetahui kelemahan pelajar dalam menguasai matapelajaran kemahiran al-Quran. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar kelas kemahiran alQuran. 3. Mengetahiu kaedah penyampaian pengajaran guru. Menilai tahap penguasaan di kalangan pelajar mempunyai latar belakang pendidikan aliran agama dengan kelas aliran biasa 1. Apakah yang mempengaruhi tahap penguasaan matapelajaran kelas kemahiran al- Quran. 1. 2.5 Skop Dan Batasan Kajian Terdapat beberapa batasan kajian yang dilakukan oleh penyelidik seperti: 3 .4 Persoalan Kajian 1.

4 . Jika seseorang itu tidak mempalajari al-Quran. 2) Pelajar yang terlibat dalam kajian ini ialah pelajar-pelajar Kelas Kemahiran al-Quran tingkatan 2 3) Kajian ini hanya terbatas kepada item-item yang di senaraikan didalam soal selidik 1. Kepentingan kajian tetang pencapaian pelajar Kelas Kemahiran al-Quran adalah untuk: 1. menghayati dan mengamalkan bacaan al-Quran dengan fasih dan bertajwid serta mampu untuk mengajarkan kepada orang lain. Ini kerana al-Quran merupakan bacaan dalam solat.6 Kepentingan Kajian Al. Guru perlu mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam ilmu al-Quran. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam menguasai ilmu al-Quran. 2.Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara mutawatir melalui perantaran malaikat Jibril dan membacanya merupakan suatu ibadah.1) Kajian ini hanya dijalankan di sekolah menengah di Daerah Sabak Bernam. Selangor. maka dia tidak akan dapat solat dengan sempurna. Setiap orang Islam wajib membaca serta mempelajari al-Quran.

Menurut beliau. mendapati sikap pelajar mempunyai kaitan yang rapat dengan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.0. 2.0 Pengenalan Dalam bab ini akan menceritakan tentang minat dan sikap pelajar tehadap al-Quran. sikap mempunyai peranan yang tersendiri dalam merealisasikan objektif pengajaran bagi semua mata pelajaran.1 Minat dan Sikap Pelajar Terhadap Tilawah al-Quran Minat dan sikap pelajar merupakan faktor yang menentukan pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan keputusan ini menunjukkan pelajar berminat terhadap pelajaran Tilawah al-Quran. Hamid Awang (1977) membuat kajian tentang kaedah belajar dan sikap pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia mendapati sikap dan kaedah belajar mempunyai kaitan yang rapat dengan pencapaian mereka. Menurut Aminah Idris (1997) yang menjalankan kajian tentang minat pelajar terhadap program Tilawah al-Quran memberikan min antara 3. mengulangkaji 5 . serta mempunyai hubungan yang baik dengan pensyarah dan sebaliknya. kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran dan kajian-kajian lepas. Kajian yang dibuat oleh Juriah (1975) tentang masalah pencapaian murid-murid bukan Melayu dalam peperiksaan MCE 1974. pelajar yang sikapnya positif. mempunyai kaedah belajar yang baik. Kelas Kemahiran al-Quran.Bab II Sorotan Kajian-kajian Lalu (Literature Review) 2.63 hingga 4. Kepentingan sikap dalam pendidikan menurut Rammers & Gage (1943).

dapatlah dirumuskan bahawa pelajar yang mempunyai sikap positif terhadap pelajaran mereka didapati mempunyai tahap pencapaian yang lebih baik di dalam pembelajaran mereka berbanding dengan pelajar yang bersikap antagonis terhadap pembelajaran al-Quran. (ABIM 2003) mentakrif al-Quran menurut bahasa beerti bacaan manakala dari segi istilah ia membawa erti kalam Allah yang bermukjizat di turunkan kepada nabi Muhamad di tulis dalam beberapa mashaf. Isi kandungan al-Quran merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan manusia iaitu dari sudut pendidikan. Berdasarkan firman Allah 6 .A. Keputusan ini menunjukkan pelajar bersikap sederhana positif terhadap program tilawah alQuran.33 hingga 2. 2.pelajaran.2 Kelas Kemahiran al-Quran Al-Quran merupakan kalam Allah yang di turunkan kepada Rasulullah S. akhlak. hampir separuh tidak menyiapkan tugasan dan kebanyakkan daripada mereka kurang berbincang dengan rakan dan guru berkaitan dengan Tilawah al-Quran. ekonomi.W melalui perantaraan malaikat Jibril A. Manakala hasil kajian tentang sikap memberikan min antara 1. di petik daripada riwayat-riwayat mutawatir dan membacanya merupakan satu ibadah. sebilangan kecil ponteng kelas. Ini berdasarkan dalil Al-Quran surah Al-Furqan ayat 1 firma Allah: ‫تبرك الدي نرل الفرقان على عبده ليكون العالمين نديرا‬ Maksudnya:Maha suci (tuhan) yang menurunkan Furqan (Quran) kepada hambaNya. Daripada tinjauan kajian lepas.99. Islam adalah cara hidup yang merangkumi seluruh amalan kehidupan hidup di dunia yang akan dihisab di akhirat. Begitu juga pelajar yang berminat dan bersikap positif pembelajaran Tilawah al-Quran mempunyai pencapaian yang baik dalam bidang Tilawah alQuran. supaya dia memberi peringatan kepada seluruh alam. Peranan pendidikan Islam sangat besar dalam mendidik manusia supaya mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Mereka didapati bosan untuk belajar al-Quran. membaca al-Quran di waktu lapang dan menonton siaran berkaitan Tilawah alQuran.S. politik dan sosial.

ulum al-Quran dan qiraat al-sab. Pelajar-pelajar kelas ini akan mengikuti peperiksaan khas yang dijalankan semasa tingkatan tiga dan tingkatan lima. KKQ telah di laksanakan di sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) sejak tahun 1986 sebagai sebahagian aktiviti ko-kurikulum di sekolah.3 Objektif Kelas Kemahiran al-Quran Setelah mempelajari Kemahiran al-Quran murid dapat: 1. Status murid yang dipilih untuk mengikuti kelas ini dari kalangan murid yang baik dan lancar membaca al-Quran. Kelas kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran juga adalah merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di SMKA dan KAA berdasarkan pekeliling KP(BPPP)Sulit/03/9/JPP/M(87) kelas ini hendaklah dilaksanakan di sekolah tertentu. Membaca dan menghafal surah-surah tertentu daripada al-Quran secara bertajwid dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. tajwid. 2.” Oleh yang demikian itulah Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Jabatan Pendidikan Islam (JAPIM) dan Moral telah mewujudkan Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ).dalam surah Al-Zalzalah ayat 7 dan 8 yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan amalan kebaikan walau sebesar zarah maka dia kan dipertontonkan balasannya.ie. hafazan. JAPIM dari masa ke semasa sentiasa mengadakan kursus-kursus khas kepada guru-guru yang mengajar KKQ di SMKA dan SMK yang mempunyai aliran KAA bagi menambah atau melengkapkan guru-guru dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan. tarannum. Pelaksanaan ini berdasarkan keputusan jawatankuasa pelancarangan pelajaran (JPP) pada tahun 1985. Memahami 7 . Peperiksaan dilaksanakan dalam bentuk lisan dan juga objektif (aneka pilihan) meliputi aspek tafsir. 2. Untuk merealisasikan perjalanan kelas ini jawatan guru al-Quran di SMKA dan KAA telah diperuntukkan di bawah senarai perjawatanan tahun 2002. Kelas ini di perluaskan ke kelas aliran agama (KAA) di sekolah menengah kebangsaan (SMK) mengikut sukatan pelajaran yang di tetapkan.

Setiap murid yang mengikuti kelas ini akan mengikuti Peperiksaan Khas yang dilaksanakan semasa tingkatan tiga dan juga tingkatan lima 2. Penilaian dilakukan oleh guru Kelas Kemahiran al-Quran itu sendiri dan peperiksaan disediakan oleh Jawatankuasa Khas di Kementerian Pelajaran Malaysia.5 Status Dan Peranan Guru Kelas Kemahiran Al-Quran Guru Al-Quran adalah jawatan Over & Above diberi kepada sekolah menengah harian biasa yang mempunyai KAA dan juga SMKA. 4. ia mempunyai peperiksaan dan penilaian secara khusus. 4. 2. Skrip jawapan calon akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk diperiksa dan diberi markah. Murid yang lulus dalam peperiksaan tersebut akan dianugerahkan sijil yang ditandatangani oleh timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (JAPIM) yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Khas Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz AlQuran. tajwid. Mengetahui dan membezakan wajah-wajah bacaan Qiraat Sabie. Peperiksaan Lisan akan dilaksanakan oleh guru yang mengajar mengikut panduan yang telah ditentukan. 2.4 Peperiksaan dan Penilaian Bagi mata pelajaran Kelas Kemahiran al-Quran. tarannum. surah dan asbabun-nuzul. dan menghayati perkara-perkara yang berkaitan dengan al-Quran merangkumi aspek sejarah penulisan. pembukuan. ulum quran dan qiraat sabie. Di antara tugas dan tanggungjawab guru Al-quran ialah: 8 . pengumpulan. Panduan dan format ujian akan dihantar kepada guru berkenaan. Markah yang telah siap akan dihantar kepada Kementerian untuk disatukan dengan markah peperiksaan objektif. Peperiksaan dilaksanakan dalam bentuk lisan dan juga objektif (anika pilihan) meliputi aspek hafazan. Semua soalan disediakan oleh Jawatankuasa Khas di Kementerian Pelajaran Malaysia. 5. Antara peperiksaan dan penilaian yang dilakukan kepada pelajar: 1.3. Peperiksaan objektif dilaksanakan serentak di seluruh negara. 3.

ketrampilan. 4.6 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran Ahmad Mohd Salleh (1997) mendefinisikan kaedah pengajaran sebagai segala kegiatan terarah yang dijalankan oleh guru dalam rangka menyampaikan pengajaran yang berkesan. Manakala Rashidi Azizzn dan Abd Razak Habib (1998) mendefinisikan kaedah mengajar bermakna tindakan-tindakan yang dilakukan oleh guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. guru-guru disarankan supaya lebih banyak menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan. 8. Menjadi tempat rujukan warga sekolah berkaitan dengan Al-Quran dan aspek kemahiran Al-Quran. Membimbing murid-murid membaca AL-Quran. Mereka boleh (dengan budibicara) diminta mengajar mata pelajaran lain seperti Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sekiranya masih terdapat kekosongan dalam jadual mereka. pengetahuan. Aktiviti pemulihan hendaklah diberikan kepada pelajar yang lemah. 5. Bertanggungjawab melaksanakan projek-projek khas yang berkaitan dengan AlQuran seperti Kelas Pemulihan dan sebagainya. Menanam minat murid dan warga sekolah kepada Al-Quran sehingga terbentuk masyarakat celik Al-Quran. Dalam pembelajaran berkumpulan. sikap. 3. 9 . kaedah pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk membantu murid-murid memperoleh maklumat. Berdasarkan dua definisi tersebut. kebiasaan.1. Menurut Aminah Idris (1997) hasil kajiannya mencadangkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. 7. 2. Bertanggungjawab membasmi buta Al-Quran di kalangan pelajar. Mematuhi arahan pengetua sekolah dan menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa. pelajar-pelajar turus (naqib) dilantik dan dikehendaki membantu guru untuk membimbing pelajar-pelajar dalam kumpulannya. Guru-guru disarankan agar mengadakan aktiviti-aktiviti pengukuhan seperti menentukan ayat-ayat yang perlu dibaca pleh pelajar secara individu dan secara bantuan rakan sebaya atau ibu bapa pelajar. 6. Melaksanakan Kelas Kemahiran al-Quran. 2. minat dan nilai-nilai yang digunakan.

Kaedah ini merupakan latihan yang diberikan kepada pelajar dengan memberikan petikan ayat alQuran dan pelajar dikehendaki menjelaskan hukum tajwid yang terkandung di dalam ayat tersebut. pertama: Kaedah Talaqqi yang bermaksud guru memberikan contoh bacaan kepada pelajar. objektif pengajaran yang dirancangndan alat bantu mengajar. samada yang terdapat pada guru.Aminah Idris (1997) dalam kajiannya tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran mendapati guru kerap menggunakan kaedah menyoal. Sesuatu kaedah yang sesuai bagi seseorang guru mungkin tidak sesuai dengan guru yang lain atau guru yang sama tetapi dalam situasi yang berlainan. pada pelajarmahupun pada fizikal bilik darjah. Keenam: Kaedah Tatbiqi Tajwid. Guru meneliti bacaan pelajar sehingga bacaan pelajar fasih dan lancar. Pemilihan sesuatu kaedah atau gabungan beberapa kaedah pengajaran tertentu memerlukan guru membuat guru membuat beberapa pertimbangan penting. Kedua: Kaedah Mushafahah iaitu guru memberikan contoh bacaan kepada pelajar secara individu dan pelajar mengikut bacaan guru. Ketiga: Kaedah Tiqrar yang bermaksud bacaan berulang-ulang. kumpulan atau kelas secara berulang-ulang. Seorang pelajar akan membaca dan akan disemak oleh rakan-rakan dalam kumpulan tersebut. kaedah membaca beramai-ramai. kumpulan atau individu. Keempat: Kaedah Halaqah / Tadarrus. dapatlah disimpulkan bahawa keberkesanan sesuatu kaedah pengajaran bergantung kepada banyak faktor. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada kajian-kajian yang telah dilakukan. tasmic. tadarrus dan latih tubi amat jarang digunakan kerana bilangan pelajar di dalam kelas terlalu besar iaitu antara 40-49 orang. Jamaluddin Ridhwan (1997) menjelaskan kaedah pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran yang boleh digunakan oleh guru. Guru memperdengarkan bacaan dan pelajar mengikut bacaa guru secara individu. kemudian pelajar mengikut contoh bacaan guru secara beramai-ramai. Pelajar membaca secara bergantiganti di dalam kumpulan. Perkara penting yang perlu diberikan perhatian ialah sesuatu kaedah yang dipilih perlu mengambil kira peringkat kebolehan pelajar. Kelima: kaedah Tasmic iaitu pelajar mendengarkan bacaan dihadapan guru dan guru menilai bacaan pelajar. Setiap kaedah mempuyai kebaikan dan kelemahan yang tersendiri. kaedah perbincangan kumpulan dan menyelesaikan hukum tajwid. Kaedahkaedah lain seperti talaqqi mushafahah. 10 .

1 Reka bentuk kajian.0 Pengenalan Bab ini menjelaskan kaedah kajian yang meliputi reka bentuk kajian. 11 . 3. Kajian ini menggunakan kaedah tinjaun yang dijalankan dalam bentuk soal selidik dan ujian pencapaian sebagai alat mengumpul maklumat. kaedah penilaian juga dilakukan melalui markah peperiksaan yang diperolehi oleh setiap pelajar. Sampel dipilih secara rawak tanpa mengira kelas. Besar dan SMKA Simpang Lima . Besar. Penyelidik telah memilih dua buah sekolah di daerah Sabak Bernam iaitu SMK Seri Bedena Sg. latar belakang serta pencapaian akademik pelajar. prosedur kajian dan tatacara analisa data kajian. Sasaran terdiri daripada pelajar tingkatan tiga di SMK dan SMKA tersebut. Keduadua sekolah tersebut terletak di luar bandar.Bab III Metodologi Kajian 3. Sg. Penyelidik memilih dua sekolah yang mempunyai aliran yang berbeza iaitu sekolah aliran agama dan bukan aliran agama. Selain itu. instrumen kajian.2 Populasi Dan Persampelan Penyelidik melakukan penyelidikan tentang pencapaian pelajar dalam Kelas Kemahiran alQuran di sekolah menengah di Selangor. 3. populasi dan sampel kajian.

Untuk satu set soal selidik adalah berkaitan latar belakang pelajar dan pengajaran dan pembelajaran kelas kemahiran al-Quran di sekolah. 3. penyelidik menjalankan ujian bacaan terhadap sampel. Penyelidik telah melakukan penyelidikan di dua buah sekolah yang berbeza. mereka yang berada di tingkatan tiga akan menhadapi peperiksaan KKQ yang dijalankan khas untuk pelajar tingkatan 3 dan pelajar tingkatan 5. Semua maklumat yang dikumpul adalah melalui soal selidik dan pemerhatian. satu set ujian pembacaan petikan al-Quran secara bertajwid.3 Instrumen Alat kajian yang dilakukan terdiri daripada satu set soal selidik untuk untuk pelajar . Manaka ujian pembacaan petikan ayat al-Quran dihadapan penyelidik. Penyelidik melihat dan mendengar sendiri bacaan pelajar. 3. Seterusnya penyelidik memberi penerangan kepada pelajar tujuan penyelidikan ini dan menerangkan cara menjawab soal selidik. Selain itu data dikumpul melalui markah peperiksaan tilawah al-Quran yang diberikan oleh guru Kelas Kemahiran al-Quran kepada setiap pelajar di sekolah yang terpilih dalam menjalankan kajian ini. Selepas itu.Para pelajar ini telah mengikuti kelas Kemahiran al-Quran sejak dari tingkatan satu lagi. Setiap pelajar yang di uji membaca mengambil masa selama 3 minit seorang. Contohnya pemerhatian untuk mengetahui adakah pelajar membaca bacaan 12 .4 Kaedah Pengumpulan Data.5 Kaedah Menganalisis Data Penyelidikan ini adalah dijalankan mengikut kaedah kualitatif yang memberi tumpuan kepada pengumpulan data secara terperinci tentang penguasaan murid tahun satu dalam bacaan alQuran secara bertajwid. Kini. Penyelidik telah memilih pelajar tingkatan satu sebagai sample. 3.

Kebiasaan dan Sikap Pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Tahun Dua Universiti Teknologi Malaysia. 1997. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd. Tesis Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia.L. penyelidik menggunakan skor 1 tidak memuaskan. Tesis Sarjana Pendidikan Universiti Malaya. N. Kuala Lumpur. 1990. Aminah Idris. Rammers. Al-Quran Dan Pembelajarannya Di Malaysia. 1943. 3 sederhana. 4 baik dan 5 sangat baik. 1997. Education Measurement and Evoluation New York: Herpe and Bros. 2 memuaskan. Rendah. H. Men. Pedagogi Dan Metodologi. 1997.H. Penilaian Program Tilawah al-Quran Sek. & Gage. Penyelidik telah menganalisis data yang dikumpul melalui komputer menggunakan sistem SSPS Rujukan Abd Halim El-Muhammady. 13 .ayat al-Quran terpilih dengan baik. Jurnal Pendidikan Islam 3: 1 – 11 Ahmad Mohd Salleh. Pendidikan Islam : Falsafah. Hamid Awang.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful