PELBAGAI laporan analisis dikemukakan terhadap punca dan kesan krisis ekonomi semasa yang bermula di Wall Street

, Amerika Syarikat, menjangkau ke Eropah dan semakin menular ke Asia. Kebanyakan penganalisis menuding jari kepada sistem kewangan dan institusi perbankan Amerika Syarikat yang gagal menangani krisis pinjaman subprimer pada 2007. Kesan krisis pinjaman subprimer memang merunsingkan sehingga institusi kewangan seteguh Merrill Lynch dan Lehman Brothers lumpuh baru-baru ini. Selain mengenal pasti punca krisis, banyak juga cadangan dikemukakan untuk mewujudkan sistem kewangan lebih lestari dan berdaya tahan. Sistem kewangan dan perbankan Islam mula disebut-sebut sebagai lebih adil, praktikal dan lestari. Selain itu, campur tangan kerajaan juga diperlukan, tidak seperti amalan sistem ekonomi bebas - untuk memastikan pasaran dan sistem kewangan tidak terdedah kepada manipulasi golongan pemodal yang hanya mementingkan keuntungan material semata-mata. Bahkan timbul juga persoalan mengenai asas dan kerangka ekonomi lestari yang memberi penekanan kepada keadilan sosial dan kebajikan masyarakat melebihi keuntungan kelompok pemodal yang memang sudah kaya-raya. Persoalan berbentuk filsafat itu sedikit sebanyak membolehkan kita mengenalpasti skop serta jawapan kepada pelbagai persoalan semasa, sama ada ekonomi, kewangan, perbankan, alam sekitar dan politik menggunakan pendekatan lebih komprehensif dan bersepadu. Pendekatan itu juga membolehkan golongan pakar dan teknikal yang selama ini sangat terikat dengan pendekatan serpihan dan keluar daripada kepompong pemikiran masing-masing supaya lebih bersikap terbuka dan holistik. Bagi golongan pencinta alam, konsep pelestarian tidak terhad kepada krisis dan pencemaran alam sekitar. Pelestarian juga membabitkan gaya hidup, sistem berfikir, kerangka ekonomi, percaturan politik dan sistem kemasyarakatan. Lestari dalam pengertian komprehensif turut membabitkan keadilan serta kesaksamaan dari segi program pembangunan dan pembahagian kekayaan. Saya bersetuju dengan pendapat sebahagian besar pemikir alam sekitar bahawa krisis alam sekitar khususnya dalam konteks pemanasan global disebabkan kehidupan tidak lestari yang ditunjangi sifat tamak untuk mengaut kekayaan menerusi pelbagai aktiviti 'pembangunan' walaupun menyusahkan orang lain dan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem. Kehidupan lestari bermakna kehidupan diasaskan kepada amalan dan gaya hidup sesuai dengan keperluan generasi sekarang dan akan datang. Dalam konteks alam sekitar misalnya, penggunaan sumber perlu dilakukan secara optimum tanpa menjejaskan keseimbangan ekosistem dan pemuliharaan flora dan fauna. Cara hidup lestari membabitkan penghayatan minda lestari dalam seluruh bidang kehidupan. Dari segi perumahan misalnya, kehidupan lestari menganjurkan kita menggunakan bahan, sistem dan pendekatan mesra alam bermula daripada konsep reka bentuk kawasan dan bangunan perumahan, penggunaan sumber tenaga dan air, bahan murah tetapi cekap dari segi guna sumber, pencegahan hakisan tanah hinggalah aspek pembiayaan dan pakej kewangan.

Secara purata. Aspek yang diberi keutamaan tidak hanya menjurus kepada air. penjimatan penggunaan air. Anggaran itu dibandingkan dengan keupayaan sumber alam menghasilkan semula sumber berkenaan. Di kalangan pencinta alam. tamak dan gelojoh dari segi penggunaan sumber dan manipulasi sistem kewangan. perundangan. Manipulasi pasaran dengan membeli rumah di luar kemampuan kewangan peribadi untuk dijual atau disewa pada harga jauh lebih tinggi � sebagaimana punca krisis subprimer. Konsep tapak ekologi juga semakin lumrah digunakan untuk mendidik orang ramai supaya menghayati cara hidup lebih lestari. urus tadbir dan kewangan. malah adalah negara paling boros. malah seluruh sumber yang diperlukan untuk membolehkan sistem perkhidmatan air itu berfungsi dengan sebaiknya.' Tapak ekologi per kapita adalah kaedah untuk menentukan penggunaan secara realiti yang boleh digunakan sebagai cara mendidik orang ramai mengenai konsep keupayaan menanggung ekosistem dan lebihan penggunaan. Gaya hidup dan komitmen pelestarian boleh diukur menggunakan analisis tapak ekologi. pengawetan dan pelupusan juga diambil kira. Analisis tapak ekologi bertujuan mengukur permintaan sumber alam dengan membandingkan terhadap keupayaan ekosistem untuk penghasilan semula dalam bentuk anggaran keluasan tanah dan marin diperlukan seseorang manusia apabila menggunakan sesuatu produk atau perkhidmatan. maka tidak hairan Amerika Syarikat terdedah kepada pelbagai risiko.Bagi pencinta alam sekitar. modal insan. Sistem pengiraannya berasaskan keluasan tanah menggunakan unit 'hektar global' (gha) menunjukkan kesannya kepada ekosistem. berbanding Switzerland 4. rumah yang ideal daripada aspek pelestarian ialah ruang digunakan secara optimum biarpun kecil untuk keperluan sesebuah keluarga menggunakan sumber tanpa pembaziran. setiap penduduk dunia mempunyai 1. Daripada segi angka memang Amerika Syarikat negara antara paling kaya. kehidupan lestari menitik-beratkan aspek perlindungan sumber air. seperti tenaga.3 dan China 1. Ketika ini tapak ekologi di Amerika Syarikat ialah 9. guna dan kitar semula dan penjimatan sumber dalam keseluruhan proses terbabit. adalah perlakuan tidak lestari dan bercanggah dengan idealisme pencinta alam yang menitikberatkan aspek kesederhanaan. Semakin besar nilai gha maka maknanya semakin negatif kesan alam sekitar sesuatu aktiviti 'pembangunan. Malaysia 2. kaedah mapan pengumpulan dan rawatan air sisa. tetapi juga adalah negara paling banyak menyumbang kepada cara hidup yang tidak lestari. Aspek penompokan sisa bagi pelbagai aktiviti penghasilan. Dengan tahap pelestarian paling rendah di kalangan negara maju. teknologi. Dari segi perkhidmatan air pula.9 gha per kapita bagi pembangunan lestari. Amerika Syarikat bukan saja dikenali sebagai penghasil karbon paling besar yang menyebabkan pemanasan global. membazir.5 gha. .5.

Penulis ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia ARKIB : 24/11/2009 Pembangunan mapan utamakan rakyat Oleh SHAHARUDIN IDRUS ISU pembangunan mapan sering diperdebatkan sejak konsep ini diperkenalkan pada 1987 dalam Laporan Bruntland. Jadi sebagai negara yang bergerak ke taraf negara maju. pembangunan itu harus seimbang antara ketiga-tiga komponen pembangunan mapan tadi. sosial mahupun ekonomi. konsep pembangunan mapan itu sukar untuk ditakrif. Semua negara diberi amaran tentang perlunya manusia menjaga dan memulihara alam sekitar sewaktu giat mengejar kemajuan. Namun harus disedari bahawa sesuatu yang berada dalam keadaan keseimbangan itu tidak mungkin akan dapat melonjakkan perubahan. Justeru. Namun persoalannya adakah wujud keseimbangan yang dimaksudkan itu atau yang kita cari selama ini? Rentak dan irama pembangunan telah berubah sejak Sidang Kemuncak Bumi Rio de Jeneiro pada 1992. alam sekitar dan sosial serta budaya masyarakat. . Ini supaya nikmat kemajuan masa kini boleh pula dinikmati oleh generasi akan datang. Lazimnya. Kekayaan pula digunakan untuk membangunkan jati diri masyarakat. difahami dan lebih-lebih lagi digunakan dalam aspek pembangunan negara. Dalam masa yang sama alam sekitar yang masih segar perlu dijaga dan dipelihara sementara yang rosak dipulihara. Ekonomi tumbuh segar bagi membina kekayaan. Walaupun begitu. Ia bermakna perlu wujudnya keseimbangan daripada segi ekonomi. Kepelbagaian takrif tentang pembangunan mapan muncul berikutan keperluan untuk menyesuaikan tuntutan pembangunan mapan dengan keadaan setempat sesebuah negara. Charles Handy dalam The Hungry Spirit: Beyond Capitalism . keseimbangan pembangunan perlu diperhalusi.Hal ini secara sinis diungkapkan tokoh sarjana bidang tingkah laku organisasi.A Quest for Purpose in the Modern World (1997) bahawa sifat tamak haloba dan kerakusan dalam sistem kapitalisme membuatkan manusia hilang punca mengenai nilai dan erti kehidupan. Pembangunan mapan atau lestari memberi implikasi berbeza terhadap asas perancangan negara sama ada fizikal. konsep ini dikaitkan dengan suatu bentuk pembangunan seimbang. Ia telah mengundang perbahasan berterusan.

meningkatkan amalan terbaik bagi kegiatan dalam dunia korporat dan sebagainya.telah disedut ke negara Britain untuk menyokong Revolusi Industri di sana. Walaupun begitu. gagasan ini diterjemahkan melalui pembentangan Bajet 2007. Daripada isu sampah-sarap yang terbiar hinggalah kepada perumahan terbengkalai. membangun hubungan manusia dengan alam sekitar yang lebih beretika. hutan dan getah . 2008.bijih timah. Oleh kerana Malaysia sendiri masih belum dapat menggerakkan secara lebih terarah intipati pembangunan mapan itu. Pembangunan modal insan yang berintegriti. negara terusterusan dihantui oleh pelbagai isu yang amat pelbagai sifatnya. Sementara negara-negara miskin di Afrika mengubah suai konsep itu dengan menekankan soal pembangunan beretika. serta penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar menjadi tunjang pembangunan lestari yang mendasari prinsip negara berdaya huni. Kini kita sendiri mengemudi negara menuju ke sebuah negara maju menjelang tahun 2020. beretika dan beriltizam. Negara juga mempertahankan ekuiti antara generasi dalam tanggungjawab pembangunan. Gagasan ini diperlihatkan melalui Wawasan 2020 dan diperhalusi menerusi Misi Nasional 2057. Kini.Hingga kini Malaysia belum memiliki takrifnya sendiri tentang pembangunan mapan. Ketiga-tiga aspek tersebut perlu diharmoni dan diserasikan untuk memacu negara ke mercu kejayaan. Walaupun demikian. pemusnahan alam sekitar pastinya berlaku untuk membangunkan kawasan . prinsip-prinsip asas pembangunan mapan telah diterima pakai oleh Malaysia. Setelah menempuh tahun-tahun yang sukar untuk mencapai pembangunan yang diimpikan pada awal kurun ke-19. Walaupun Malaysia mengamalkan prinsipprinsip mapan tetapi pembangunan di negara ini mengikut acuannya sendiri dengan tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi segar. agenda pembangunan di setiap negara menggunakan konsep mapan bagi mendasari program pembangunan masing-masing. Lebih nyata. Pertumbuhan ekonomi yang tinggi dituntut untuk menjana pembangunan. 2009 dan diperteguhkan lagi dalam Bajet 2010. Ia mengundang pelbagai reaksi. Apa yang tersirat di sebalik falsafah pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang jarang disentuh ialah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaya huni (livable country). Switzerland telah memberikan iltizam tanpa berbelah bagi untuk menggerakkan pembangunan berlandaskan konsep tersebut dengan memasukkan pembangunan mapan ke dalam perlembagaan negaranya. segala sumber semulajadi . kelestarian sosial diperteguhkan walaupun pada ketika tertentu alam sekitarnya terpaksa dikorbankan.

Keputusan kerajaan untuk menukar nama Kementerian Wilayah Persekutuan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar semasa pembentangan Bajet 2010 amat dialu-alukan. hutang kad kredit menunjukkan kehidupan di bandar yang kian mencengkam warganya. hampir 90 peratus penduduk Selangor kini tinggal di kawasan perbandaran. Namun jika mengikut sesetengah takrifan kawasan bandar. asakan pembangunan yang hebat ini kemudiannya merubah kawasan pertanian menjadi kawasan tepu bina atau bandar. Konsep daya huni (livable) digembleng untuk meneliti aspek kelestarian bandar dalam konteks pembangunan lestari memberi makna bahawa penduduknya sentiasa ceria. Dan setelah sekian lama. Penduduk bandar melebihi jumlah 70 peratus penduduk negara ini. sosial dan fizikal yang segar. Ia bukan sahaja akan memberikan kelegaan kepada warga bandar tetapi juga untuk meneruskan kelangsungan politik kerajaan sendiri kerana tidak semua penduduk bandar yang mampu mengharungi kehidupan yang kian mendesak. sibuk dengan pelbagai aktiviti ekonomi. Justeru. Satu-satunya jalan terbaik untuk keluar dari situasi itu ialah meluaskan amalan cara hidup beretika. Hubung kait antara pembangunan mapan yang diterjemahkan dalam bentuk bandar lestari dengan menelitinya melalui konsep bandar berdaya huni (livable city). adalah amat wajar untuk menubuhkan sebuah kementerian yang menjaga kepentingan warga bandar yang rata-ratanya berada di kalangan kelas bawahan dan selebihnya kelas menengah dan atasan. Warga bandar dilihat paling mudah terancam (vulnerable) kerana peningkatan harga petroleum yang berterusan misalnya akan terus menggugat rentak kehidupan masyarakat bandar yang bergantung sepenuhnya kepada sumber tenaga tersebut untuk sebarang aktiviti ekonomi mahupun sosial. industri dan komersial. Malaysia terpaksa juga berdepan dengan pelbagai kebenaran yang boleh menggugat kesejahteraan warga bandar.pertanian. Malahan ada juga kawasan yang berhutan bertukar menjadi kawasan perumahan. . Amalan yang sewajarnya dimulakan dari dalam diri setiap insan untuk memastikan kehidupan mereka akan terus berada di dalam kesejahteraan pada masa kini dan masa hadapan. menarik dan sihat. hening kehijauan. Salah satu kebenaran yang terus-menerus menggegar ketenangan warga bandarnya adalah kemiskinan. Sementara jumlah warga yang diisytihar muflis. terlibat dengan pinjaman ah long. Malah menggugat keutuhannya sebagai sebuah negara merdeka dan akhirnya boleh menafikan gagasan Satu Malaysia. selamat. Sebagai negara yang pesat membangun.

di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI).Maka tumpuan adalah terhadap masyarakat dan kehidupan harian sebagaimana yang dijelmakan dalam aspek pemikiran urbanisme baru. PENULIS ialah Felo Penyelidik dan Pensyarah Kanan. Semua komponen ini apabila wujudnya akan membawa kepada kesejahteraan bandar. Konsep daya huni bandar ini juga cuba melewati aras antara disiplin dan transdisiplin dalam penghayatan dan pengukuran bandar berdaya huni dan memenuhi hasrat besar negara untuk mencapai kesejahteraan yang diidamkan. penuh kehijauan. Konsep ini yang diartikulasikan menerusi keberdayahuniannya yang menjadikan bandar itu lebih "hidup dan menceriakan" penghuninya dari semua lapisan etnik dan peringkat umur. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini secara berterusan dan aktif melihat isu-isu pembangunan dan pembandaran mapan serta meneroka makna dan permasalahan yang berkait dengannya melalui konsep bandar berdaya huni tadi. wujud pertumbuhan ekonomi dan sebagainya. kepentingan pelbagai pihak diambil kira untuk membolehkan pengumpulan maklumat dan data yang lebih menyeluruh dari alam sekitar tabii. Kumpulan penyelidik yang menggelarkan kumpulannya sebagai Kumpulan Penyelidikan Pembandaran Lestari (Sustainable Urbanization Research Group). sihat. Dalam mengartikulasikan bandar berdaya huni ini. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) . alam sekitar binaan. mempunyai daya tarikan sosioekonomi. aktiviti ekonomi. Ciri-ciri daya huni itu dirungkai menerusi kesan tindakan penduduk dalam kawasan perbandaran yang menggunakan perkhidmatan bandar setiap hari. Pendekatan itu membolehkan pemerhatian dibuat menerusi ruang dan masa dalam jangka singkat seperti dalam satu putaran harian. dan aspek sosio-budaya masyarakatnya. selamat. Sesuatu bandar itu sewajarnya bersih.

Namun ini tidak bermakna usaha mencapai pembangunan mapan diabaikan. Malaysia sendiri merupakan antara negara membangun yang terkehadapan dalam hal ini. Negara maju mendahului usaha tersebut. Hingga kini pembangunan sering mendapat keutamaan dan alam sekitar terus-terusan menjadi mangsa pembangunan. Begitu ramai pengkaji yang menyetujui bahawa pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar sukar bergerak seiringan. Malah sebelum pengenalan konsep pembangunan mapan. pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar tentu amat sukar dicapai. Malaysia telah mempunyai usaha-usaha untuk memelihara alam sekitarnya sendiri misalnya melalui undang-undang. pembangunan kini hendaklah tidak menjejaskan alam sekitar agar kita dan keturunan kita nanti akan dapat terus menikmati alam ini. Namun. pengurusan hutan dan sebagainya. Jika begitu. Ini kerana keadaan di negara maju seperti ketersediaadaan undang-undang. Dengan kata lain. Pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar atau lebih dikenali dengan pembangunan mapan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan penduduk dunia kini tanpa menjejaskan kemampuan penduduk dunia akan datang untuk memenuhi keperluan mereka pula. kempen. . kepakaran dan penerimaan masyarakat sudah sedia menyokong pembangunan mapan itu. bercakap lebih mudah daripada melakukannya.Malaysia Dan Pembangunan Tanpa Menjejaskan Alam Sekitar Azrina binti Sobian Pegawai Penyelidik 15/09/2006 | Utusan Malaysia Pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar merupakan satu bentuk pembangunan yang ingin dicapai mana-mana negara di dunia ini. Usaha mencapai pembangunan mapan disambut baik pelbagai negara. teknologi. Negara-negara membangun dan mundur agak lewat dalam hal ini.

Kedudukan ini jauh meninggalkan negara Jepun dan United Kingdom yang masing-masing diletakkan pada tangga ke-78 dan 91. pelbagai teknologi pengurusan alam sekitar yang telah dibangunkan di . dari 142 buah negara yang dikaji. mana satukah yang harus kita terima? Pada pandangan penulis. Misalnya. Malaysia berjaya menduduki tangga ke-68. Namun. nasalah itu mungkin masih boleh dikawal. pencemaran udara. Malaysia sebenarnya amat bertuah kerana dapat mempelajari daripada apa yang telah berlaku di negara maju.Mungkin kerana usaha berterusan itu. Ini adalah hasil daripada pembangunan yang hendak kita capai. Sebagai sebuah negara membangun. indeks ini dikeluarkan hasil dari kerjasama World Economic Forum's Global Leaders for Tomorrow Environment Task Force. Jika dikaitkan dilihat Indeks Kemapanan Alam Sekitar (Environmental Sustainability Index) pada tahun 2002. Antara petunjuk-petunjuk tersebut adalah kualiti air. Indeks ini mengukur pencapaian keseluruhan kemapanan alam sekitar sesebuah negara. pencemaran udara dan pelbagai lagi sejak akhir-akhir ini menimbulkan pandangan bahawa keadaan alam sekitar negara begitu teruk sekali. Untuk pengetahuan semua. Jadi. Sekali lagi Malaysia meninggalkan jauh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (45) dan United Kingdom (65). Kedudukan Malaysia dalam indeks yang ditunjukkan tadi agak mengejutkan. Manakala. Siapa sangka negara sekecil Malaysia boleh mengatasi negara-negara maju yang lain. masalah alam sekitar memang berlaku di Malaysia. masalah pembuangan sisa. Malaysia menduduki tempat teratas dalam indeks tersebut. Pembongkaran pelbagai masalah alam sekitar yang seperti pencemaran sungai. kita boleh membangun sebagaimana negara maju dan dalam masa yang sama mengelak daripada mengalami masalah alam sekitar yang telah berlaku di negara itu. Dalam masa yang sama. Malaysia memperbaiki kedudukannya pada tangga ke-38 daripada 146 negara. 20 petunjuk utama telah dikaji. keselamatan reaktor nuklear dan pengeluaran gas rumah hijau. Malaysia mencapai kedudukan kemapanan alam sekitar yang agak baik. Kedudukan Malaysia yang begitu baik ini agak bertentangan dengan keadaan alam sekitar negara yang kita fahami. penebangan hutan secara haram. Malah. Di bawah indeks ini. The Yale Center for Environmental Law and Policy dan Columbia University Center for International Earth Science Information Network (CIESIN). di antara negaranegara dalam ASEAN. pada tahun 2005 pula.

Dalam pada itu. Dalam masa yang sama seminar ini juga akan menjelaskan pandangan hidup Islam berkaitan pembangunan dan pemeliharaan sumber alam negara. Seminar ini akan melihat bentuk pembangunan negara dan bagaimana ini memberi kesan kepada alam sekitar di samping menggariskan kaedah pemuliharaan alam sekitar yang terbaik. Tidakkah penjelasan ini mempunyai persamaan dengan konsep pembangunan mapan yang dijelaskan di atas? Dengan itu amatlah penting kita memahami isu-isu pembangunan negara dan alam sekitar terutamannya dari sudut pandangan hidup Islam. Oleh itu. Ini kerana adanya perbezaan sumber dan budaya antara pelbagai negara. Untuk meningkatkan kefahaman tentang perkara ini. . cadangan dan sebagainya. penyertaan mereka. Oleh itu. Bukan itu sahaja. Malahan. Manakala. perlulah diingat bahawa jalan penyelesaian dan teknologi yang digunakan itu tidak semestinya sesuai untuk Malaysia. pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar sebenarnya bukan sesuatu yang asing. Semoga penganjuran seminar ini dapat membantu memberi kefahaman berkait pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar di Malaysia. IKIM akan menganjurkan Seminar "Pembangunan Tanpa Menjejaskan Alam Sekitar: Satu Pandangan Islam" pada 19-20 September ini. Konsep ummah dalam Islam secara tidak langsung menunjukkan kepada kita bahawa penggunaan satu-satu sumber itu hendaklah mengambilkira keperluan kita dan keperluan umat Islam yang lain.negara-negara maju itu boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah alam sekitar negara. kita tidak boleh bergantung kepada satu bentuk jalan penyelesaian sahaja tetapi kita juga memerlukan beberapa rancangan lain bagi menyokong pembangunan yang sedang dijalankan. dalam bentuk memberi pandangan. perlu ada pengubahsuaian jika jalan penyelesaian dan teknologi itu hendak digunakan di negara ini. seorang Muslim yang hanya mementingkan diri sendiri adalah terkeluar dalam lingkungan ummah Islam. Bagaimanapun. aduan. Pada pandangan hidup Islam. pembangunan yang dijalankan akan menjejaskan persekitaran hidup orang awam. dalam banyak keadaan keperluan ummah adalah lebih diutamakan berbanding keperluan seorang Muslim itu. tidak boleh dinafikan jika kita benarbenar ingin mencapai pembangunan dengan persekitaran yang baik.

Penilaian Impak Persekitaran (EIA). Konsep Kekangan: Halangan terhadap teknologi dan organisasi sosial berkaitan dengan keupayaan alam sekitar untuk memenuhi keperluan generasi akan datang. merupakan penilaian yang dibuat terhadap kesan negatif dan positif sesuatu pembangunan terhadap kualiti alam sekitar baik dari segi persekitaran fizikal mahupun persekitaran manusia. Sumber: dipetik daripada Rozalli Hashim. 2005 dalam buku Pengurusan Pembangunan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Jika laporan penilaian yang dibuat menunjukkan bahawa . b). Suruhanjaya Dunia bagi Pembangunan dan Alam Sekitar (World Commission on Environment and Development) atau yang dikenali sebagai Suruhanjaya Brundtland (1987) mendefinisikan Pembangunan Mapan sebagai. yang mesti diberikan keutamaan. boleh dikatakan bahawa sesuatu pembangunan yang hendak dilaksanakan mestilah mempunyai timbangtara yang positif dengan alam sekitar.Pembangunan Mapan Pembangunan mapan merupakan peningkatan kecekapan ekonomi. Merujuk kepada dua konsep Pembangunan Mapan diatas. ³Pembangunan mapan ialah pembangunan yang memenuhi keperluan hari ini tanpa berkompromi dengan keupayaan generasi akan datang dalam memenuhi keperluan mereka´ Ia mengandungi dua konsep utama: a). Pentingnya EIA dalam Konteks Pembangunan Lestari Pernyataan di atas dengan jelas dapat menunjukkan pentingnya EIA dalam konteks Pembangunan Lestari (mapan). Konsep Keperluan: Lebih khusus merujuk keperluan asasi masyarakat miskin dunia. perlindungan dan pemuliharaan sistem ekologi dan perkembangan dalam kehidupan semua manusia.

Kajian Kes dan sebagainya. Saya juga berharap agar pengisian untuk pengajaran dalam kursus ini mempunyai dua bentuk kombinasi pengajaran iaitu secara teori melalui pengajaran di dalam kelas dan juga secara praktikal iaitu Kerja Lapangan dan Kajian Kes. EIA merupakan salah satu komponen yang amat penting dalam merealisasikan Konsep Pembangunan Mapan. Oleh itu.pembangunan yang hendak dijalankan lebih banyak memberikan kesan negatif daripada kesan positif terhadap kualiti alam sekitar dalam jangka masa pendek dan panjang maka projek pembangunan tersebut harus dibatalkan. Faedah yang diperolehi daripada krusus ini diharap bukan sahaja memberikan ilmu pengetahuan tentang EIA dalam bentuk teori semata-mata tetapi juga dalam bentuk yang lebih menjurus kepada praktikal seperti Kerja Lapangan. Soalan 2: Dari segi kandungan krusus EIA. saya berharap agar apa yang diajar di dalam krusus ini dapat memberikan faedah yang berguna kepada saya seperti apakah kepentingan dan tujuan Penilaian Impak Persekitaran dibuat sebelum sesuatu projek pembangunan dijalankan. . EIA dapat menjamin sesuatu projek pembangunan ³mesra alam´ dan ³meningkatkan Sosioekonomi´ jika laporan EIA yang dibuat adalah telus dan tidak dipengaruhi oleh manipulasi ³Orang Dalam´.

Malah. isu ini juga amat dekat dalam kalangan ahli akademik yang menjalankan pelbagai kajian yang mana hasil dapatan menjurus kepada sustainable competitive advantage. pembiayaan daripada bank yang memberi keutamaan kepada projek-projek yang berkonsepkan hijau merangsang lebih ramai pengusaha menguruskan teknologi dan operasi dengan mengambil kira kesan kepada alam sekitar. . pemasaran dan perniagaan selain penyelidikan yang dijalankan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan pertumbuhan. Prof. Madya.Konsep Hijau Realisasikan Pembangunan Lestari 7 JULAI 2010 / 24 REJAB 1431H ========================== ³UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA´ (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY) Konsep Hijau Realisasikan Pembangunan Lestari Oleh: Siti Fatimah Abdullah PROUUM ONLINE: Kebanyakan syarikat besar yang mencipta inovasi dan kreativiti sedang menuju ke arah teknologi hijau melalui penggunaan teknologi atau perkakasan yang mesra alam untuk menjamin pembangunan lestari. Dr. Timbalan Pengerusi ³2nd International Conference on Technology and Operations Management (ICTOM)´. teknologi. ³Seminar yang berfokus kepada teknologi hijau memberi penekanan terhadap aspek operasi. Hartini Ahmad berkata.

Sementara itu. semalam. Green Technology. Process Design and New Product Development . budaya kerja dan pengurusan yang berkesan bagi mengelakkan pembaziran. lapan kertas kerja yang bermutu akan menerima anugerah ³Best Paper Award´ pada hari terakhir seminar seterusnya diterbitkan dalam jurnal berwasit iaitu Journal of Technology and Operation Management (JTOM) terbitan College of Business (UUM COB) dan Jurnal Manajemen Teknologi (JMT) terbitan Institut Teknologi Bandung (ITB). Operation Management.´ tambahnya. Technology Adoption. Technology Transfer. sebanyak 75 kertas kerja dibentangkan antaranyaTechnology Assessment. Dr. Tegasnya. .³Justeru. pengamal profesional dan penyelidik dalam bidang pengurusan teknologi dan operasi untuk mencari solusi bagi menangani masalah yang timbul. meningkatkan potensi keuntungan. kecekapan operasi perlu diintegrasikan bersama konsep hijau untuk meningkatkan corporate social responsibility yang secara tidak langsung berkaitan dengan masyarakat dan generasi akan datang. ia berkait rapat dengan amalan bagaimana memberi perkhidmatan terbaik melalui proses. ³Prosedur yang salah menyebabkan sesuatu projek yang baik tergendala dan mendatangkan kerugian. Intellectual Property Rights in Management. usaha ini membentuk sinergi di antara ahli akademik. Robotics in Manufacturing. Jelasnya. mencapai matlamat dengan amalan pengurusan yang berkesan.´ jelasnya sebelum merasmikan ICTOM di Langkawi anjuran UUM COB. Prof. Jelasnya. Supply Chain Management. Technopreneurship. Mohamed Mustafa Ishak menyifatkan pengurusan teknologi dan operasi memainkan peranan penting dalam organisasi untuk menguruskan sumber manusia. Menurut Hartini. Naib Canselor UUM.

memberi galakan kepada mereka untuk berkongsi idea. Jordan.Menurutnya. cabaran. Bertemakan Technology and Operations Management: Seeking Dynamism. Libya. meningkatkan komunikasi serta kerjasama antara penyelidik dan pengamal. seminar kedua yang diadakan ini. . United Kingdom. ICTOM adalah medan pertukaran idea dengan pakar-pakar dari pelbagai sektor. telah menarik 82 peserta dari beberapa negara seperti Kanada. Yemen. Beliau menyifatkan seminar dengan kerjasama ITB merupakan smart patnership yang penting antara Malaysia dan Indonesia yang memberi manfaat secara kolektif sehingga menarik minat ITB untuk membuka kampus luar di Malaysia. Pakistan dan sebagainya. dan strategi. membincangkan isu. membina jaringan. Competitiveness and Sustainability.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful