Pulau Pandan jauh ketengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang jua. Begitulah indahnya pantun budi di atas untuk menggambarkan betapa perlunya kita mengenang jasa orang yang pernah berbudi kepada kita. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya menyiapkan kerja kursus Geogarafi PMR 2008.

Ribuan terima kasih kepada guru geografi saya, Puan Rozlinna yang telah banyak mencurahkan bakti seta membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih juga kepada Tuan Pengetua SMK Kuala Kubu Bharu, Tn.Hj Manap bin Jarkasi kerana memberi kerjasama dan memberi nasihat beliau sepanjang kami menjalankan tugasan ini.

Penghargaan ini saya tujukan juga kepada ahli keluarga saya yang sentiasa memberi sokongan dan galakan dalam bentuk moral dan material ketika saya memerlukannya.

Akhir sekali, terima kasih juga kepada rakan-rakan saya Fadhila, Fazlin, Norliza, serta rakan-rakan saya yang lain. Terima kasih saya ucapkan.

Kawasan kajian yang dipilih ialah kawasan Pekan Kuala Kubu Bharu,Hulu Selangor.

Saya memilih Pekan Kuala Kubu Bharu sebagai kawasan kajian kerana berhampiran dengan sekolah dan tempat tinggal saya. Ini memudahkan saya untuk mengumpul data dan membuat kajian.

Manakala pemilihan Jepun sebagai negara bandingan kerana saya telah mempelajari sistem pengangkutan di negara Jepun semasa Tingkatan 2.

Tempoh masa yang digunakan untuk menjalankan kajian ini ialah selama 6 hingga 8 minggu mengikut tempoh yang telah ditetapkan iaitu bermula April higga Mei 2008.

O bjek tif

kerja kursus ini adalah seperti berikut: a. Menyenaraikan jenis-jenis sistem pengangkutan di Pekan Kuala Kubu Bharu.

b. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di Pekan Kuala Kubu Bharu.

c. Menghuraikan kepentingan sistem pengangkutan Pekan Kuala Kubu Bharu ,Hulu Selangor dan bandingannya dengan Jepun.

d. Menyatakan kesan-kesan perkembangan jaringan system pengangkutan terhadap alam sekitar dan bandingannya dengan Jepun.

e. Mengkaji langkah-langkah penyelesaian di Pekan Kuala Kubu Bharu , Hulu Selangor dan bandingannya dengan Jepun.

Melalui kajian ini, saya berasa bersyukur kerana berpeluang untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang jaringan sistem pengangkutan di Pekan Kuala Kubu Bharu dan Jepun.

Pekan Kuala Kubu Bharu terletak di dalam daerah Hulu Selangor dan dibawah pentadbiran Majlis Daerah Hulu Selangor. Bentuk muka bumi di kawasan ini adalah rata dan beralun. Keluasan Pekan Kuala Kubu Bharu kira-kira 3 km² .

Pekan ini terletak kira-kira 30 km dari bandar Tanjung Malim, Perak dan 15 km dari Pekan Rasa.

D ala m

proses menyiapkan kajian ini, saya memilih beberapa kaedah bagi memperoleh data dan maklumat iaitu:

a. KAEDAH PEMERHATIAN:
Saya menjalankan pemerhatian untuk mengetahui system pengangkutan di Pekan Kuala Kubu Bharu.

a.

RUJUKAN: Saya juga telah menggunakan buku teks geografi tingkatan 1 dan 3, atlas, buku rujukan dan melayari internet bagi mendapatkan maklumat tambahan di kawasan kajian.

JENIS SISTEM PENGANGKUTAN

Melalui hasil pemerhatian, saya dapati sistem pengangkutan yang terdapat Pekan Kuala Kubu Bharu ialah jalan darat iaitu jalan raya.

Didapati jalan raya di Pekan Kuala Kubu Bharu adalah jalan sehala dan dua hala serta selorong.

Jalan raya di Pekan Kuala Kubu boleh dihubungkan dengan stesen keretapi KTM dan komuter kira-kira 5km dari pekan ini. Selain itu, jalan raya di pekan ini menghubungkan kawasan berhampiran seperti Tanjung Malim, Rasa dan Bukit Beruntung.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI PEKAN KUALA KUBU BHARU

KEGIATAN EKONOMI Kegiatan ekonomi utama di Pekan Kuala Kubu Bharu ialah perniagaan . Keadaan ini menyebabkan jalan raya dibina sebagai jalan pengangkutan utama untuk menghantar barangan dari pembekal kepada para perniaga. Selain itu, ia juga memudahkan pengguna di Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan barangan seperti barangan pengguna. Di sekitar Pekan Kuala Kubu Bharu terdapat kawasan pertanian seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan penternakan seperti ikan dan ayam. Jalan raya digunakan untuk menghubung kawasan sekitar bagi mengangkut hasil pertanian untuk dipasarkan di Pekan Kuala Kubu Bharu. Saya bersyukur kerana adanya jalan raya membolehkan saya sebagai penduduk di sini mendapatkan barangan keperluan dengan mudah.

GOVERNAN Pihak governan memastikan jalan raya di Pekan Kuala Kubu Bharu sentiasa baik dan selesa sebagai contoh jalan sehala di wujudkan bagi melancarkan lalu lintas. Walaupun Pekan Kuala Kubu Bharu adalah kecil, governan turut memasang lampu isyarat iaitu di jalan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama waktu pergi dan balik persekolahan. Selain itu, jalan raya yang baik disediakan oleh governan bagi memudahkan penduduk sekitar pergi ke pekan ini bagi mendapatkan barangan dan perkhidmatan seperti sekolah, klinik, hospital, pejabat pos dan lain-lain.

KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN

Peta minda menunjukkan kepentingan jaringan sistem pengangkutan di Pekan Kuala Kubu Bharu

  

   

Kepentingan jaringan sistem pengangkutan di Pekan Kuala Kubu Bharu 

  

KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN KETERSAMPAIAN

Jalan raya di pekan Kuala Kubu Bharu dapat menghubungkan ke stesen komuter di Kuala Kubu Bharu. Penduduk boleh mendapatkan perkhidmatan komuter dengan adanya jalan raya ini untuk sampai ke destinasi lain seperti Rasa, Rawang, Kuala Lumpur dengan cepat, murah dan selesa.

Dengan adanya jalan raya, selain daripada menggunakan kenderaan persendirian, kemudahan perhikmatan kenderaan awam seperti bas dan teksi telah memudahkan ketersampaian penduduk ke kawasa-kawasan lain seperti Rasa, Batang Kali, Rawang, Bukit Beruntung, Tanjung Malim dan Kuala Lumpur.

Saya berasa bersyukur kerana saya boleh menggunakan jalan raya bagi memudahkan saya pulang ke kampung di Pahang.

MEMUDAHKAN PENGGUNA MENDAPAT BARANG KEPERLUAN DAN PERKHIDMATAN

Jalan raya juga memudahkan para pengguna di sekitar Kuala Kubu Bharu mendapat barang keperluan di Pekan Kuala Kubu Bharu. Selain itu juga, dengan adanya jalan raya membolehkan pengguna mendapatkan perkhidmatan dengan mudah seperti hospital, sekolah, pejabat pos, bank dan lain-lain lagi.

Di Jepun pula, lebuh raya Honshu-Shikoku digunakan untuk mengangkut barangan perindustrian ke bandar raya Tokyo.

Saya sebagai pengguna amat berbangga dengan adanya sistem jalan raya yang baik di Kuala Kubu Bharu telah banyak memberi kemudahan kepada penduduk setempat.

KESAN-KESAN PERKEMBANGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM SEKITAR DI KUALA KUBU BHARU

1. PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara berlaku disebabkan pelepasan gas pencemar iaitu gas carbon monoksida dan carbon dioksida daripada asap kenderaan yang banyak di Pekan Kuala Kubu Bharu. Oleh itu, menyebabkan pencemaran udara di kawasan kajian. Keadaan ini turut berlaku di Jepun yang mana peningkatan kenderaan telah menyebabkan pencemaran udara berlaku.

2. MEWUJUDKAN LANSKAP YANG MENARIK

Pembinaan jalan raya di Pekan Kuala Kubu Bharu telah mewujudkan lanskap yang menarik. Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor telah menanam banyak pokok bunga dan pokok di sepanjang jalan raya di pekan ini. Penanaman pokok juga menjadikan laluan pejalan kaki terlindung daripada panas matahari.

Saya berasa bangga kerana pembinaan jalan raya di pekan Kuala Kubu Bharu ini mengambil kira aspek keindahan alam sekitar.

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN

1. PETROL TANPA PLUMBUM

Penggunaan petrol tanpa plumbum juga dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Ia juga dapat menjaga kualiti udara. Kebanyakan petrol tanpa

plumbum telah diamalkan oleh pengguna-pengguna kenderaan di Kuala Kubu Bharu. Manakala di Jepun pula langkah yang diambil ialah dengan mengguna petrol tanpa plumbum dan penggunaan kereta api laju yang menggunakan elektrik.

2. PENANAMAN POKOK

Di Kuala Kubu Bharu antara langkah yang di ambil ialah dengan menanam pokok sepanjang jalan. Selain mengindahkah kawasan Pekan Kuala Kubu Bharu pokok-pokok ini berfungsi untuk menyerap carbon dioksida dalam proses fotosintesis. Saya amat berbangga kerana kawasan kajian saya masih lagi mempunyai kawasan hijau.

Jadual

Jadual Menunjukkan Jenis Pengangkutan yang Melalui Jalan Raya di Pekan Kuala Kubu Bharu

Bil 1 2 3 4 5

Jenis Kenderaan Kereta Bas Motosikal Lori Van Jumlah

Bilangan Kenderaan Pengguna 115 21 70 35 60 301

 Sumber: Pemerhatian di Jalan Kuala Kubu Bharu pada Jam 2.00 petang hingga Jam 3.00 petang

Graf

Bilangan Kenderaan yang melalui Jalan Raya di Pekan Kuala Kubu Bharu

Daripada hasil kajian saya dapati bahawa jenis pengangkutan utama di sini ialah pangangkutan jalan raya. Perkembangan ini dipengaruhi oleh faktor bentuk muka bumi dan kegiatan ekonomi. Kepentingan sistem pengangkutan jalan raya ialah membolehkan ketersampaian dan perkembangan ekonomi. Kesan daripada pembinaan jalan raya menyebabkan pencemaran udara dan perubahan lanskap. Oleh itu, langkah penyelesaian penggunaan petrol tanpa plumbum dan penanaman pokok telah diambil. Saya sungguh berbangga tinggal di kawasan ini kerana mempunyai kemudahan pengangkutan jalan raya.

Kita patut menghargai kemudahan jalan raya kerana memudahkan kita menjalani aktiviti kehidupan seharian.

Bil

Perkara

Muka surat

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Senarai kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan kajian Kaedah kajian Dapatan kajian Rumusan Lampiran

10. Rujukan

Abd Rahim Md Nor, 2004. Geografi Tingkatan Tiga. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Piara Singh, 2005. Geografi Tingkatan 4 dan 5. Selangor: Vivar Printing Sdn. Bhd.

Chong Mui Sen, 2006. Geografi PMR. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

http://www.geocities.com

Borang Pemerhatian
Nama pelajar: ___________________________ Tingkatan: ______________________________ Nama sekolah: __________________________

Jenis kenderaan

Kekerapan

Bilangan

Nama jalan: ________________________________________ Masa : ____________________________________________ Tarikh: ____________________________________________

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful