You are on page 1of 4

Jawatankuasa Penyeliaan Kantin 2017

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA PENYELIAAN KANTIN

BIL 2/ 2017

SMKA SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB

Tarikh: 8 Februari 2017


Masa: 230 ptg
Tempat: Bilik ABM

Kehadiran:
Pn. NurulAin bt Zaini
Pn. Rozita latip
Pn. Nurhayatul Azwa bt Misli
Pn. Sh.Fadzilah Wan Ibrahim

1.0 Ucapan Alu - Aluan Pengerusi


1.1 Mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penyeliaan Kantin kerana menghadiri
mesyuarat kantin kali ini .

(Tindakan: Ketua AJK Penyeliaan Kantin)

2.0 Pengesahan minit

2.1 Puan Sharifah.Fadzilah telah megesahkan minit lepas dan telah disokong oleh Puan
Rozita.
2.2 Semua telah sedia maklum tentang isu-isu kantin yang telah dibincangkan dalan
mesyuarat yang pertama.

(Tindakan:AJK Kantin)

3.0 Operasi kantin

3.1 PK HEM telah memaklumkan kepada setiausaha kantin supaya mencadangkan


pengusaha kantin dapat menyediakan makanan yang lebih berkhasiat kepada murid. Tidak
dibenarkan sama sekali menjual makanan yang tidak sihat seperti nugget, air botol dan makanan
ringan.
3.2 Semua pekerja diwajibkan memakai apron dan penutup kepala dengan kemas.
Jawatankuasa Penyeliaan Kantin 2017

3.3 Peruntukan keceriaan kantin ditanggung sendiri oleh pengusaha kantin tersebut.
3.4 Jadual Operasi Kantin telah dipersetujui untuk bermula seawal pukul 700 pagi hingga
300 ptg. Ini adalah hasil daripada tinjauan yang telah dibuat.Pada hari Sabtu dan Ahad,kantin
akan beroperasi dari jam 900-2 ptg.
3.5 Menu kantin pada waktu makan tengahari perlu diperbanyakkan. Makanan selalunya
sudah kehabisan menjelang makan tengahari.
3.6 Puan Rozita telah mencadangkan supaya disediakan menu yg khusus setiap hari.
3.7 Harga makanan juga perlu dipamerkan dan haruslah mengikut harga di dalam kontrak.
( Tindakan : AJK Kantin & Pihak kantin)

4.0 Kebersihan Kantin

4.1 Puan Nurul Ain telah mengusulkan skop serta rincian tugas pembersihan dan telah
melantik beberapa orang pelajar untuk membantu.
4.2 Kebersihan kantin pada hujung minggu adalah di bawah pemantauan pengawas serta
AJK Kantin di kalangan pelajar.
4.3 PK HEM telah mengingatkan supaya AJK Kantin sentiasa memantau akan operasi
kantin.Para ibu bapa juga telah dimaklumkan untuk menjaga kebersihan di kantin dan membawa
balik sampah sekiranya ada.
( Tindakan : AJK Kantin)

5.0 Hal hal lain

5.1 Puasa Sunat


5.1.1 Pada hari-hari berpuasa sunat, kantin akan dibuka khusus untuk guru-guru sahaja. Akan
tetapi kantin hanya akan dibuka pada petang bagi kemudahan pelajar membeli makanan
untuk berbuka puasa.

5.2 Gotong Royong Menukar Alas Meja Kantin


5.2.1 Puan Nurul Ain memaklumkan bahawa beliau sedang menunggu THYE company untuk
menghantar tikar getah yang akan digunakan untuk mengalas mejakantin.
5.2.2 Puan Nurul Ain juga mencadangkan untuk membuat gotong royong bagi menukar alas
meja kantin.
Tindakan: AJK Kantin

Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam mesyuarat
tersebut. Semoga apa yang dibincangkan dapat sama-sama dilaksanakan dengan jayanya.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 410 petang .
Jawatankuasa Penyeliaan Kantin 2017

Disediakan oleh:

(PUAN SHARIFAH FADZILAH WAN IBRAHIM)


Setiausaha AJK Penyeliaan Kantin

Disemak oleh:

(PUAN NURUL AIN BINTI ZAINI)


Ketua AJK Penyeliaan Kantin
Jawatankuasa Penyeliaan Kantin 2017