You are on page 1of 7

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga pergi ke Kajang untuk menghadiri majlis
perkahwinan anak Pak Long Jaafar. Kami sampai sejurus majlis tersebut dilangsungkan.
Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Pak Long Jaafar dan Mak Long Kiah.
Saya lihat ramai orang kampung yang sibuk bergotong-royong di rumah Pak Long. Ada yang
sedang memasang khemah, membuat pelamin dan juga menyediakan bahan untuk memasak
lauk-pauk di penanggah.
Ibu mengajak aku ke ruang dapur. Kami turut membantu mengupas bawang dan ubi
kentang. Suasana riuh-rendah. Ayah dan abang pula membantu menyiang ayam. Aku lihat
abang nyaris-nyaris muntah kerana tidak tertahan dengan bau hanyir ayam.
Upacara pernikahan dilangsungkan pada sebelah malam. Selesai sahaja akad nikah,
majlis berinai diadakan. Para tetamu pula dijemput makan di khemah yang telah disediakan.
Keesokan harinya, majlis persandingan diadakan pada pukul 2.00 petang. Pengantin
diarak dengan bunga manggar serta paluan kompang. Selepas itu, kedua-dua mempelai duduk
di atas pelamin. Cantik sungguh Kak Sarah, bisikku kepada emak. Pak Long Jaafar dan
Mak Long Kiah dijemput menepung tawar pengantin diikuti kaum keluarga terdekat. Tetamu
yang menepung tawar pengantin dihadiahkan sekuntum bunga telur. Selesai sahaja upacara
menepung tawar, pengantin dan para tetamu makan di khemah yang telah disediakan.
Selepas selesai makan, tetamu beransur pulang. Kami sekeluarga juga ingin pulang
awal kerana abang akan menduduki peperiksaan SPM pada pukul 8.00 pagi esok. Sebelum
pulang, Pak Long Jaafar sempat mengucapkan terima kasih kepada kami kerana sudi
menghadiri majlis perkahwinan anaknya. Mak Long Kiah pula menghulurkan bungkusan
yang berisi nasi dan lauk-pauk sebagai buah tangan untuk kami.

1. Bilakah majlis perkahwinan anak Pak Long Jaafar diadakan ?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. Mengapakah abang aku nyaris-nyaris muntah ?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
3. Perkara berikut diadakan semasa hari persandingan, kecuali

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

4. Apakah yang dihadiahkan kepada tetamu yang menepung tawar pengantin ?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

5. Apakah hubungan antara penulis dengan Sarah ?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------- -----
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sabtu 12 Mac 2005

7.40 pagi
Berhimpun di kantin sekolah. Seramai 40 orang ahli unit beruniform akan menyertai
perkhemahan di Ulu Kenas, Kuala Kangsar. Cikgu Kamal sibuk memberi arahan
kepada kami.

8.30 pagi
Bas bertolak meninggalkan kawasan sekolah. Sepanjang perjalanan kami menyanyi
dengan iringan petikan gitar Cikgu Azmi.

10.30 pagi
Sampai ke tapak perkhemahan. Kami diarahkan mengangkut segala peralatan seperti
khemah, peralatan memasak dan bekalan makanan.

11.00 pagi
Setiap kumpulan memasang khemah dengan bantuan guru-guru. Beberapa orang
murid perempuan dengan bantuan Cikgu Ng Mei Kwan dan Cikgu Nona sibuk
memasak untuk makan tengah hari.

1.00 petang
Makan tengah hari. Walaupun hanya berlaukkan sardin dan telur goreng, kami makan
dengan begitu berselera. Selepas makan kami berehat.

2.00 petang
Dibawa meredah hutan. Perjalanan agak sukar. Pegawai Jabatan Hutan Kuala
Kangsar yang mengetuai kami turut menerangkan tentang beberapa jenis pokok dan
kegunaannya. Tiba-tiba kami terdengar jeritan. Rupa-rupanya beberapa orang budak
perempuan terserempak dengan seekor biawak bukit.

4.30 petang
Kembali ke tapak perkhemahan. Cikgu Kamal membenarkan kami mandi di sungai.
Kami bersorak kegembiraan.

8.00 malam
Makan malam. Sambil makan, Cikgu Kamal memuji kerjasama yang kami tunjukkan
setakat ini.

8.30 malam
Persembahan kebudayaan. Setiap kumpulan diminta membuat satu persembahan.
Guru-guru pun tidak kurang hebatnya. Cikgu Nurul berduet dengan Cikgu Nona
menyampaikan lagu Aci Aci Buka Pintu. Cikgu Azmi pula menghiburkan kami
dengan petikan gitar dan lawak jenakanya yang mencuit hati.
Ahad 13 Mac 2005

6.00 pagi
Setelah mandi, murid Islam solat subuh dan murid bukan Islam menghadiri kelas
Pendidikan Moral. Kemudian setiap kumpulan menyediakan sarapan pagi, iaitu roti
dan telur setengah masak.

8.00 pagi
Aktiviti mencari harta karun. Setiap kumpulan diberikan sebuah peta.

10.00 pagi
Cikgu Kamal mengarahkan setiap kumpulan membuka khemah dan mengemaskan
barang-barang kerana bas yang membawa kami pulang akan sampai sebentar lagi.

11.00 pagi
Bas mula meninggalkan tapak perkhemahan Ulu Kenas yang memberikan banyak
pengalaman dan kenangan kepada kami.

1. Berapa orangkah yang menyertai perkhemahan ke Ulu Kenas?

2. Mengapakah murid-murid perempuan menjerit apabila terserempak dengan


biawak bukit?

3. Pada pendapat kamu, apakah jawatan Cikgu Azmi di sekolah?

4. Maksud berduet dalam petikan di atas ialah

5. Siapakah yang mengetuai perkhemahan tersebut?

You might also like