You are on page 1of 4

1.

Pada tahun 1897, kerajaan British menubuhkan lembaga pesuruhjaya wang untuk mengeluarkan
wang kertas. Apakah kesan penggunaan mata wang tersebut?

A Menghapuskan mata wang kerajaan Melayu

B Mewujudkan sistem kewangan moden

C Melicinkan urusan perdagangan

D Menjana pertumbuhan ekonomi

2. Pepatah Melayu di bawah digunakan dalam pendidikan tidak formal orang Melayu.

Siakap senohong gelama ikan duri,

bercakap bohong lama-lama mencuri

Mengapakah pepatah tersebut digunakan?

A Mengekalkan sastera lisan

B Mengajar membina pantun

C Menerap unsur pengajaran

D Menentukan hukuman yang diterima

3. Jadual di bawah berkaitan dengan perubahan upacara pertabalan sultan setelah kedatangan
Islam.

Sebelum Islam Selepas Islam


Ciri Lafaz ikrar

Lafaz ikrar tersebut dapat disamakan dengan

A proses baiah

B musyawarah

C majlis syura

D sistem khalifah
4. Rajah di bawah menunjukkan perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.

Mendulang

Pam Kelikir

Kapal korek

Perkembangan tersebut berkaitan dengan

A pengusaha

B perburuhan

C perundangan

D pengkhususan

5. Senarai berikut merupakan mata wang yang digunakan di Tanah Melayu.

Kijang
Kupang
Wang katun

Mengapakah mata wang tersebut digunakan?

A Menunjukkan kewibawaan pemerintah

B Melambangkan kekayaan negeri

C Memudahkan urusan perdagangan

D Menarik minat pedagang asing


6. Garis masa di bawah menunujukkan perlaksanaan sistem tiket kredit.

Sin Kheh
Dibekalkan tiket X Dihantar ke
menandatangani
majikan
perjanjian

Apakah x?

A Diiringi pegawai buruh

B Diuruskan pengurus agensi

C Diambil pemborong buruh

D Diawasi undang-undang buruh

7. Urus niaga berikut sukar dilaksanakan dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional.

Pajakan
Penjualan
Pembelian

Mengapa keadaan demikian berlaku?

A Tiada rekod pemilikan

B Halangan pembesar

C Hak mutlak raja

D Larangan adat

8. Senarai di bawah ialah bank pada kurun ke-20.

Kwong Yik Bank


Bank of Malaya
Ban Hin Lee Bank

Apakah ciri persamaan bank-bank tersebut?

A Bank untuk pertanian

B Bank cawangan Eropah

C Bank tempatan terawal

D Bank membuat mata wang

You might also like