You are on page 1of 1

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu tempoh kajian dan aspek

yang dikaji. Dari segi tempoh kajian iaitu 10 tahun bermula 2001 hingga 2010 kerana sepanjang
tempoh tersebut berlaku sumbangan yang pesat dalam sejarah hidup Dr Zeti Akhtar Aziz

Manakala dari aspek yang dikaji pula terdapat 3 perkara yang difokuskan. Pertama
mengenai latar belakang Dr Zeti Akhtar Aziz. Dengan kajian ini, hasil dapatan akan mengetahui
pendidikan dan keturunan beliau. Selainitu, kajian ini juga memfokuskan sumbangan yang
dilakukan oleh Dr Zeti Akhtar Aziz dalam bidang ekonomi kepada negara Malaysia.

Sorotan Kajian Lepas :

Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan latar belakang dan
sumbangan Dr Zeti Akhtar Aziz. Antaranya ialah penulis bernama Mohammad Firdaus yang
bertajuk Tokoh-Tokoh Pentadbiran Korporat banyak menceritakan tentang kisah hidup Dr Zeti
Akhtar Aziz iaitu penglibatan beliau dalam Gabenor Bank Negara

Selain itu, penulis bernama Muhamad Ali Atan yang bertajuk Membangunkan
Sosioekonomi Melayu. Penulis ini menceritakan mengenai Dinamo Ekonomi Baru (DEB) yang
dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). Ia bertujuan untuk kemiskinan
tanpa mengira kaum dan mengstruktur semula masyarakat supaya negara dapat membangun
dengan stabil,aman di samping hasil pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.
Pengstrukturan semula masyarakat adalah supaya jenis kaum tidak sinonim dengan kegiatan
ekonomi. Strategi serampang dua mata ini tertumpu kepada usaha menambah pendapatan
golongan miskin dan penduduk luar bandar, memodenkan sektor pertanian, meningkatkan
tahap pelajaran, mewujudkan golongan komersial Bumiputera dan menambah pegangan ekuti
korporat Bumiputera.

Kaedah Kajian :

Bagi melaksanakan kajian ini, penulis akan menggunakan beberapa kaedah untuk
mendapatkan maklumat. Pada mulanya, penulis akan menjalankan penyelidikan kepustakaan