You are on page 1of 28

HADIS-HADIS SAHIH

Berkaitan Perlakuan
(LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER)

OLEH:
Mohd Izwan bin Md Yusof
Muhd Najib bin Abdul Kadir
Mazlan bin Ibrahim
Khadher bin Ahmad
&
Murshidi bin Mohd Noor

Disusun Oleh : Saiful Azhar bin Saadon

"Katakanlah (Wahai Muhammad):
"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui
batas terhadap diri mereka sendiri (dengan
perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu
berputus asa dari rahmat Allah, kerana
sesungguhnya Allah mengampunkan segala
dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

al-Zumar 39 : 53

2015

GAY. HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT (LESBIAN. BISEKSUAL DAN TRANSGENDER) ISI KANDUNGAN HALAMAN KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) i PENDAHULUAN 01 DEFINISI LGBT DAN PERSEPSI PENDOKONG LGBT MUSLIM DI BARAT TERHADAP AL-QUR’AN DAN AL-HADITH 02 HADITH-HADITH BERKENAAN LGBT 05 SUMBER DAN KEDUDUKAN HADITH BERKENAAN PERLAKUAN SONGSANG LGBT 06 TAKHRIJ DAN FIQH HADITH SAHIH BERKENAAN PERLAKUAN LGBT 07 INTIPATI PERBAHASAN 18 KESIMPULAN 19 RUJUKAN 20 .

segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerena dengan keizinanNya Jakim dapat menerbitkan risalah bertajuk ‘Hadis-Hadis Sahih Berkaitan Perlakuan Lesbian. Gay. Kejahilan atau salah tafsiran terhadap hukum menyebabkan segelintir masyarakat menganggap gejala LGBT sebagai suatu norma kehidupan serta hak kebebasan individu. Pelan Strategik Jakim 2015-2019 iaitu memantapkan dan mempelbagaikan isi kandungan agama dalam media cetak. Jakim mengambil inisiatif menerbitkan bahan penerbitan berkaitan gejala LGBT untuk disebarluaskan bagi memberi lebih pengetahuan dan kesedaran sama ada kepada golongan yang terlibat ataupun masyarakat di pelbagai peringkat. Pelan Strategik Jakim 2015-2019 yang bertujuan memantapkan kefahaman dan penghayatan Islam secara syumul bagi melahirkan khaira ummah. Gejala LGBT merupakan sebahagian daripada permasalahan sosial serta wabak yang melanda dunia. Strategi Pertama. Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan Teras 4. BISEKSUAL DAN TRANSGENDER) KATA ALUAN KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) Alhamdulillah. elektronik dan media baharu. Bagi menangani isu ini. Biseksual. dan kesedaran kepada masyarakat berkaitan perlakuan LGBT berdasarkan hadis-hadis sahih. Malaysia tidak terkecuali daripada permasalahan tersebut dan bangsa Melayu beragama Islam secara umumnya dikenalpasti turut terlibat dalam permasalahan ini. DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA . Selain program-program yang dilaksanakan. Justeru penyebaran risalah ini adalah suatu medium dakwah yang berkesan dan merangkumi segenap lapisan masyarakat kerana diterbitkan dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dan Transgender (LGBT) ini. Perkara ini juga selaras dengan Teras 4. Penerbitan risalah ini juga diharap dapat memberikan pengetahuan. Jakim mengambil pendekatan mendekati golongan ini dengan melaksanakan aktiviti temuseru (outreach) ke kawasan yang dikenalpasti serta menarik minat mereka untuk mengikuti program ‘Ilaj Wa Syifa’ (rawatan dan pemulihan) yang dianjurkan oleh Jakim. pemahaman. Strategi Keempat.HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT i (LESBIAN. GAY. Gejala LGBT ini perlu diperjelaskan melalui perspektif agama termasuklah perspektif hadis kerana ia menjadi sumber kedua dalam Islam disamping al-Quran.

5 Pensyarah di Universiti Utara Malaysia. Emel: kap6994_murshid@yahoo.7 Justeru. HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT 01 (LESBIAN. 2008.V. Islam Dalam Sabda. dalam usaha memahami ayat-ayat al-Qur’an dan mengetahui syariatnya. 1 Calon Doktor Falsafah di Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah. ibadah. GAY. BISEKSUAL DAN TRANSGENDER) pendahuluanOLEH: Mohd Izwan bin Md Yusof 1. akhlak dan mu‘amalat. Sintok. 6 Abdul Hayei Abdul Sukor. Emel:mazib@ukm. maka perjalanannya sesat dan tidak akan mencapai maksud yang dikehendakinya. 12. Emel:abunaseh@ukm. sama ada dalam bidang aqidah. hadith sebagai sumber kedua dalam Islam telah mengambil ruang yang sangat besar dalam budaya tamadun umat Islam sejak zaman Nabi s. Ini kerana. Madya Dr. Akademi Pengajian Islam. 7 Mustafa Abdul Rahman.com. Selangor : Dewan Pustaka Fajar.com 2 Prof. Kuala Lumpur : Al-Amani Publishers. Hadith 40 : Terjemahan dan Syarahnya. Khadher bin Ahmad 4 & Murshidi bin Mohd Noor 5 ebarang permasalahan yang menimpa umat manusia perlu dirujuk kepada al-Qur’an dan al-Hadith sebagai panduan yang utama. Kuala Lumpur.my.my 4 Pensyarah di Jabatan al-Quran dan al-Hadith. Fakulti Pengajian Islam UKM. Kedah. Mereka yang berpandangan hanya mencukupi dengan al-Qur’an tanpa hadith. 2003. perbuatan homoseksual (liwat dan al-sihaq) serta transgender atau perbuatan wanita menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai wanita (al-mutasyabbih) turut dibincangkan di dalam al-Hadith. Mazlan bin Ibrahim 3.6 Bahkan.my 3 Prof. dan para sahabat sehingga kini.edu. Universiti Malaya. Emel: jayabumi04@yahoo. di Jabatan Usuluddin dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam UKM. Emel: khadher82@um. p. Imam Ahmad menegaskan bahawa satu-satunya jalan untuk mempelajari fiqh Islam dan syariatnya ialah melalui hadith. di Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam UKM. .aw. Dr. Muhd Najib bin Abdul Kadir 2. p.

yang mengalami masalah kecelaruan seks apabila memiliki kecenderungan untuk melakukan hubungan intim dengan kaum sejenis iaitu lelaki bersama lelaki dan perempuan bersama perempuan. Juz 1. Manakala. Maka Kami selamatkan dia dan ahlinya (keluarganya dan pengikutnya) melainkan isterinya. HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT 02 (LESBIAN. 10 Blanch Consulting. iaitu kaum Sodom dan kaum Amoro. Oleh itu. Allah menggambarkan azab yang menimpa ke atas kaum Nabi Lut a. Biseksual. yang merujuk kepada komuniti Lesbian. yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu?”. Makna dan Nilai-Nilai Pendidikannya. bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. transgender pula merujuk kepada seseorang yang identiti jantina atau ekspresi jantinanya berlawanan atau bertentangan dengan norma tradisi serta ciri fizikal seksualnya10. Bil. 2003. Allah SWT telah menjelaskan tentang permasalahan homoseksual yang berlaku di kalangan umat Nabi Lut a. Gay pula merujuk kepada kaum lelaki yang tertarik (secara seksual atau romantiknya) terhadap lelaki yang lain. sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri. lesbian merujuk kaum perempuan yang tertarik (secara seksual atau romantiknya) terhadap perempuan yang lain.s. 8 Abdul Mustaqim. “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan. Yogyakarta. lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan". Jurnal Ulumuna.s. 1995. Volume XV. p. .2. Kisah al-Qur’an : Hakikat.2. 2011. dan Transgender (LGBT) bukan merupakan isu baru. 304. DEFINISI LGBT DAN PERSEPSI PENDOKONG LGBT MUSLIM DI BARAT TERHADAP AL-QUR’AN DAN AL-HADITH Menurut Blanch Consulting. Gay. suatu daerah di negeri Syam9. Orientasi seksual yang dilakukan sesama pasangan sejenis atau homoseksual disebut di dalam hadith dengan istilah liwat (homoseksual) dan al-sihaq (lesbian)8. Sementara itu.265-290. Beirut : Dar al-Fikr. Jam’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ayat al-Qur’an. Ayat di atas jelas menggambarkan perilaku umat Nabi Lut a. Perbuatan homoseksual tersebut jelas merupakan perkara yang keji sebagaimana firmanNya pada ayat 80-84. GAY. 9 Abu Ja‘far Muhammad Ibn Jarir al-Tabari. adalah dia tergolong dalam orang-orang yang dibinasakan. Sebaliknya. Sagepub UK : Journal of Homosexuality. p. Di dalam ayat al-Qur’an tersebut.s. p. Definition of LGBT. Dan tiada jawapan oleh kaumnya melainkan mereka berkata “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini. Ingatlah tatkala dia berkata kepada kaumnya “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji. biseksual merujuk kepada seseorang yang tertarik (secara seksual atau romantiknya) terhadap lelaki dan perempuan. Surah al-A'raf yang bermaksud: “Dan Nabi Lut (juga Kami utuskan). Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). BISEKSUAL DAN TRANSGENDER) Permasalahan kecelaruan seksual dan jantina.

wujud kecenderungan di kalangan ilmuan dan pengamal LGBT Muslim khususnya di Barat yang menyokong perbuatan homoseksual. Translation and ed. 2001. Nahas13.yoesuf.nl/engels/islamic_studies. The Quran Morality and Critical Reason : The Essential Muhammad Shahrur. Pada waktu yang sama. 14 M Sharur. Beliau menjelaskan bahawa pentafsiran klasik berkaitan pengharaman homoseksual perlu dinilai dan diberi pentafsiran baru. The Story of Lot and the Qur’ans Perception of the Morality of Same-sex Sexuality. Ini dibuktikan berdasarkan pandangan Amreen Jamal yang mengkritik pentafsiran ayat berkaitan umat Nabi Lut a. dengan memberikan pentafsiran baru yang ternyata menyeleweng daripada pentafsiran yang muktabar. Islamic Studies on Homosexuality. seiring dengan keterbukaan masyarakat pada masa kini yang dapat menerima perlakuan homoseksual. Beliau menegaskan dosa homoseksu- al tidak seberat dosa zina dan punca umat Nabi Lut a. diazab kerana berlakunya keganasan seksual11. Ini kerana. URL : http://www. . yang disebut sebanyak 14 tempat di dalam al-Quran (misalnya 6:85-87.com/user/aquarius/Qurannotes.w. dan para sahabat masih boleh dipertikaikan oleh pemikir “Pada waktu yang sama. mereka menolak hadith untuk dijadikan sumber hukum di dalam Islam yang melarang perlakuan LGBT.htm. Leiden:Brill. selagi perlakuan seks di tempat umum dielakkan. p. menggunakan ayat-ayat al-Qur’an. mereka berhujah bahawa pengumpulan hadith pada zaman Nabi s. Jamal. 13 O. 2004.html).204. khususnya yang menceritakan tentang kisah umat Nabi Lut a. URL: http://www. 54:33-40) yang kononnya mengharamkan homoseksual.s. GAY. Beliau menegaskan al-Qur’an tidak menzahirkan larangan kegiatan homoseksual yang dilakukan secara tersembunyi. p. Queer Sexuality and Identity in the Quran and Haditp.1-88. 12 Malik. Bahkan mempunyai perasaan dan hubungan sesama pasangan sejenis tidak salah.s.well. dan Shahrur14.Nahas.s. 38:11-14. BISEKSUAL DAN TRANSGENDER) Sepanjang penelitian oleh pengkaji. diazab kerana berlakunya keganasan seksual.a. Christmann. 2009. mereka menolak hadith untuk dijadikan sumber hukum di dalam Islam yang melarang perlakuan LGBT. sebaliknya menegaskan di antara punca umat Nabi Lut a. By A. HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT 03 (LESBIAN. UK : Journal of Homosexuality 41 (1).s. Pandangan ini disokong oleh Malik12. 2004.” 11 A.

menyebabkan kelayakannya sebagai sumber hukum di dalam Islam boleh dipertikai. 2010. Beliau juga mengaku beliau adalah seorang gay. BISEKSUAL DAN TRANSGENDER) Islam yang progresif masa kini. 33. Diversity of Sexuality in Islam. “Mereka mempertikaikan adakah benar Baginda SAW pernah mengeluarkan arahan sedemikan di dalam sabdanya. dilihat mendominasi keadaan.16 Terdapat banyak hadith berkenaan larangan perlakuan LGBT yang dipertikaikan oleh ilmuan dan pendokong LGBT Muslim. Afrika Selatan. sedangkan para muhaddithin menegaskan bahawa hadith tersebut adalah hadith yang sahih. 2 16 ibid. HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT 04 (LESBIAN. Sila rujuk Bjorn Krondorfer. Beliau merupakan seorang Imam di Afrika Selatan dan pengasas kepada pertubu- han The Inner Circle yang bertujuan membela hak komuniti LGBT Muslim di Cape Town. The Equal Rights Review.33. p.Five. Justeru. Vol. p. lesbian (al-sihaq) dan transgender (al-mutasyabbih) yang didakwa tidak selari dengan ajaran Islam. namun begitu pengkaji hanya akan meneliti beberapa hadith berkaitan larangan homoseksual (liwat). dan menjadi sumber hukum yang menjadi dalil syarak. selain al-Qur’an yang melarang perlakuan LGBT. . tidak hairan hukuman yang berunsur kebencian kepada perlakuan LGBT meliputi homoseksual dan transgender yang diambil dari hadith. mereka mempertikaikan adakah benar Baginda SAW pernah mengeluarkan arahan sedemikan di dalam sabdanya. Ketidaktentuannya dan percanggahan yang berlaku di dalam hadith.” 15 Muhsin Hendricks. GAY. p.15 Ia dilihat oleh ilmuan dan pendokong LGBT Muslim sebagai bertentangan dengan sifat mulia Rasulullah SAW yang digambarkan di dalam al-Qur’an. 2011. Oleh itu.

sebenarnya terdapat banyak hadith yang secara jelas menerangkan larangan dan ancaman terhadap golongan ini. Gay. Rujuk pada jadual 1. pengkaji menyenaraikan hadith dan seteruskan menjelaskan fokus perbincangan hadith-hadith tersebut yang berkaitan dengan LBGT. BISEKSUAL DAN TRANSGENDER) HADITH-HADITH BERKENAAN LGBT D alam meneliti hadith-hadith yang berkaitan dengan Lesbian. dan Transgender (LGBT) ini. Biseksual.HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT 05 (LESBIAN. . GAY. Bagi memudahkan lagi perbincangan.0 di bawah.

hadith yang disenaraikan sebelum ini. Merujuk kepada jadual 2.0 di sebelah secara ringkas menyebutkan sumber terhadap hadith. Berdasarkan kepada carian dan rujukan terhadap sumber-sumber utama hadith.hadith tersebut. . BISEKSUAL DAN TRANSGENDER) SUMBER DAN KEDUDUKAN HADITH BERKENAAN PERLAKUAN SONGSANG LGBT Sebelum penjelasan lanjut terhadap hadith-hadith yang disenaraikan sebelum ini.0 ini. adalah sangat wajar diteliti sumber dan kedudukan hadith . HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT 06 (LESBIAN. pengkaji melihat bahawa hadith-hadith mengenai LGBT boleh diperolehi daripada pelbagai sumber atau kitab-kitab utama hadith sama ada daripada sumber yang diperakui kesahihan hadith dan martabatnya. GAY. Jadual 2. didapati bahawa terdapat pelbagai sumber yang dapat dirujuk untuk mendapatkan penjelasan daripada hadith tentang golongan LGBT ini.

terdapat juga hadith yang secara fokus tertumpu terhadap sesuatu isu sahaja. al-Mu‘jam al-Awsat ditahqiqkan oleh Tariq bin ‘Aud Allah bin Muhammad dan ‘Abd al-Muhsin bin Ibrahim al-Husaini. Biseksual Dan transgender) 07 L G TAKHRIJ DAN FIQH HADITH SAHIH BERKENAAN PERLAKUAN LGBT B erhubung dengan perbincangan terhadap hadith. Gay. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Alami.w. berkata. j.” 17 17 Hadith riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awasat [no.324. Shu`ab al-Iman.a. Lihat Sulayman bin Ahmad bin Ayyub Abu al-Qasim al-Tabarani (1415H). dan tidaklah seorang lelaki bersedap-sedapan dengan seorang lelaki melainkan mereka juga (sedang) berzina.hadith 5075].266 dan Abu Bakr Ahmad bin al-Husain al-Bayhaqi (1410H).a. pengkaji akan membahaskan secara ringkas terhadap fokus perbincangan bagi setiap hadith yang telah disenaraikan.hadith 4157] dan al-Bayhaqi dalam Su‘ab al-Iman [no. ditahqiqkan oleh Muhammad al-Sa‘id Basyuni Zaghlul.7. HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT (Lesbian. . p. p. Bahkan. Sebahagian hadith menjelaskan beberapa perkara yang berkaitan dengan golongan LBGT ini. j. Hadis Pertama Daripada Abu Musa al-Ash‘ari r. al-Qahirah: Dar al-Haramain. bersabda: Maksudnya: “Tidaklah seorang wanita itu bersedap-sedapan dengan seorang wanita melainkan mereka adalah berzina. Nabi s.4.

24 Sunan Ibn Majah. .21 al-Mustadrak ‘Ala al-Sahihayn. Sunan Ibn Majah. j. hadith ini berstatus sahih. 2. j. 4. p. hadith 4462. 57. 23 ‘Abd Allah Bin ‘Ali Bin al-Jarud Abu Muhammad al-Naysaburi (1988)..cit. p. 497. 124.hadith 2732. Kedua-dua jenis perlakuan ini dinamakan sebagai golongan lesbian (bagi sesama wanita) dan gay (bagi sesama lelaki) atau disebutkan juga golongan homoseksual. hadith 4157.t. Bayrut: Mu’assasah al-Kitab al-Thaqafiyyah. Kitab al-Hudud. 2. j.t. no. hadith ini adalah berstatus sahih walaupun dikatakan sanadnya terputus. p. j.” Hadith ini terdapat di dalam karya Sunan al-Bayhaqi. Kedua-dua perbuatan terkutuk ini adalah termasuk dalam kategori zina.29 18 Sulayman bin Ahmad bin Ayyub Abu al-Qasim al-Tabarani (1415H). 469. al-Muntaqa Min al-Sunan al-Musannadah.cit. Bayrut: Dar al-Fikr.t. p. al-Mustadrak ‘Ala al-Sahihayn. 26 Muhammad Bin ‘Isa Abu ‘Isa al-Tirmidhi al-Sulami (t. Bab Fi al-Hudud. 21 Sulayman bin Ahmad bin Ayyub Abu al-Qasim al-Tabarani (1415H).27 Musnad Abi Ya‘la. al-Qahirah: Mu’assasah Qurtubah.. Kitab al-Hudud. p.al-Qahirah: Mu’assasah Qurtubah. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. j. 395. 2. Hadith ini menjelaskan tentang hukum wanita bersedap-sedapan (termasuk bersetubuh) dengan wanita lain dan lelaki yang mendatangi lelaki lain.28 dan Musnad Ahmad Bin Hanbal. op. Sunan Abi Dawud. p. 208. no.19 Menurut Shu‘ayb al-Arna’ut. kerana hal sebegini tidak memberikan apa-apa kesan kepada kesahihan matannya. no. 348.). 300.26 Sunan al-Daraqutni. no. 2.t. (T. no. HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT (Lesbian. Bayrut: Dar al-Ma‘rifah. hadith 2561. Kitab al-Hudud Wa al-Diyat Wa Ghayrihi. Musnad al-Imam Ahmad Bin Hanbal. bunuhlah pelaku dan orang yang dilakukan perlakuan itu. j.t.p. no. 20 Ibid. .20 Oleh yang demikian. 25 Muhammad Bin Yazid Abu ‘Abd Allah al-Qazwayni (t. 564. Gay. 27 Ali Bin ‘Umar Abu al-Hasan al-Daraqutni al-Baghdadi (1966). op. j. p. Sunan al-Daraqutni. hadith 10460.25 Sunan al-Tirmdihi.Musnad al-Imam Ahmad Bin Hanbal.22 al-Muntaqa Li Ibn al-Jarud. 28 Ahmad Bin ‘Ali Bin al-Muthanna Abu Ya‘la al-Musili al-Tamimi (1984). 4. j. tetapi sanadnya terputus.).1. al-Jami‘ al-Sahih Sunan al-Tirmidhi.). 4. Hadis Kedua Maksudnya : “Jika kamu dapati seseorang melakukan amalan kaum Lut. 856. hadith 1456.). 19 Ahmad Bin Hanbal Abu ‘Abd Allah al-Shaybani (t. j. Kitab al-Hudud.cit. Bayrut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.266. hadith 140.): Dar al-Fikr. p. 29 Ahmad Bin Hanbal Abu ‘Abd Allah al-Shaybani (t.18 dan Musnad Ahmad.). no.4.23 Sunan Abi Dawud. op. no. Kitab al-Hudud.t. p. hadith 8047. 22 Muhammad Bin ‘Abd Allah Abu ‘Abd Allah al-Hakim al-Naysaburi (1990). no. p. p. 24 Sulayman Bin al-Ash‘ath Abu Dawud al-Sajistani al-Azdi (t. hadith 820. Biseksual Dan transgender) 08 G Hadith ini terdapat di dalam karya al-Mu‘jam al-Awsat.

t. 2. j.. Lihat Muhammad Bin Yazid Abu ‘Abd Allah al-Qazwayni (t. Al-Albani mengatakan bahawa hadith ini berstatus hasan sahih. 348. 30 Beliau menrupakan penganalisis kepada status hadith yang terdapat di dalam karya al-Mustadrak. 4. 31 Beliau merupakan penganalisis hadith-hadith yang terdapat di dalam karya Sunan Abi Dawud. op. p. op. Lihat Muhammad Bin ‘Abd Allah Abu ‘Abd Allah al-Hakim al-Naysaburi (1990). hadith ini mengandungi sanad yang sahih. 2.). 4. p. 09 HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT (Lesbian. j.. 32 Beliau merupakan penganalisis hadith-hadith yang terdapat di dalam karya Sunan Ibn Majap. op. Gay.t.t. 564. Menurut al-Dhahabi. p. .cit.cit.. 856. al-Albani32 mengatakan hadith ini berstatus sahih. Lihat Ahmad Bin ‘Ali Bin al-Muthanna Abu Ya‘la al-Musili al-Tamimi (1984). 30 status hadith ini adalah sahih. 1.33 kesemua rijal yang terdapat pada sanad hadith adalah dalam kategori sahih. j..cit.. Menurut Husayn Salim Asad. Biseksual Dan transgender) Menurut al-Hakim. 300. Lihat Sulayman Bin al-Ash‘ath Abu Dawud al-Sajistani al-Azdi (t.31 Namun begitu. ketika mengulas hadith yang terdapat di dalam Sunan Ibn Majah. beliau mengatakan bahawa status hadith ini adalah da‘if. j. 395.). Lihat Ahmad Bin Hanbal Abu ‘Abd Allah al-Shaybani (t. 34 Beliau merupakan penganalisis kepada hadith-hadith yang terdapat di dalam Musnad Ahmad.cit. Namun begitu. p. op. ketika Shu‘ayb al-Arna’ut34 menganalisis hadith yang terdapat di dalam karya Musnad Ahmad. 33 Beliau merupakan pentahqiq kepada karya Musnad Abi Ya‘la. tetapi tidak diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. op. j. p.). Ia mempunyai shahid yang menyokongnya.cit.

3. Al-Khattabi dalam Ma‘alim al-Sunan mengatakan bahawa perbuatan kaum Nabi Lut ini dihukum dengan sedemikian berat kerana seolah-olah para fuqaha’ merujuk kepada maksud di sebalik seksaan dan azab Allah SWT yang telah menghujani batu ke atas kaum Lut sehingga mereka terbunuh semuanya. Bayrut: Mu’assasah al-Risalah. 168-169. p. kerana keda‘ifan yang masih ada khilaf itu lebih sebatan. Ma‘alim al-Sunan. keda‘ifan perawi ini masih dalam perselisihan di sebanyak 100 kali kalangan ulama. Manakala pelaku yang belum berkahwin disebat sebanyak 100 kali sebatan. Hukumnya berbeza dengan keda‘ifan yang tiada khilaf di kalangan ulama. Halab: al-Matba‘ah al-‘Ilmiyyah. al-Nakha‘i.37 35 Misalnya Yahya bin Ma‘in mengatakan bahawa hadith yang diriwayatkan oleh ‘Amru bin Abi ‘Amru adalah da‘if. p. . al-Hasan dan Qatadah. j. Pendapat ini merujuk kepada pandangan Sa‘d bin al-Musayyab. Hadith di atas menyatakan tentang larangan perlakuan seperti kaum Nabi Lut a. 37 Abu Sulayman Hamad bin Muhammad bin Ibrahim bin al-Khattab al-Busti al-Khattabi (1351H/1932M). walaupun perawi ini dikritik oleh sebahagian ulama. Bahkan ia adalah pandangan yang kuat dalam mazhab al-Shafi‘i. memandangkan sanad dan matannya yang dihukumkan sahih oleh kebanyakan ulama. tetapi tidak dibunuh.35 Bagi pengkaji.36 Oleh itu. Lihat Yusuf Bin al-Zaki ‘Abd al-Rahman Abu al-Hujjaj al-Mizzi (1980). 168. kemungkinan dikatakan da‘if oleh beliau adalah disebabkan terdapat perawi yang Manakala bernama ‘Amru bin Abi ‘Amru pada sanad hadith riwayat Imam Ahmad. pengkaji tidak dibunuh.s. j. 10 HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT (Lesbian. 36 Misalnya Imam Ahmad bin Hanbal yang meriwayatkan sendiri hadith ini. Tahdhib al-Kamal.. iaitu mati disebabkan oleh hukuman rejam dengan batu bagi pelaku yang telah berkahwin. tetapi bagi sebahagian ulama yang lain berkahwin disebat menerima periwayatan beliau. iaitu melakukan hubungan seks sesama lelaki atau homeseksual serta hukuman bunuh terhadap kedua-dua pelakunya. Gay. menerima periwayatan perawi ini dengan mengatakan bahawa riwayat yang datang daripada perawi ini adalah tidak mengapa. ‘Ata’ bin Abi Rabah. Oleh yang demikian.332. membuat kesimpulan bahawa hadith yang dikemukakan ini berstatus sahih. Biseksual Dan transgender) Menurut pengkaji. Lihat ibid. dikritik oleh sebahagian pelaku yang belum ulama akan kedabitannya. Sedangkan diperintahkan bunuh orang yang mengajak melakukan perbuatan itu adalah merujuk kepada makna di dalam syariat. 22. tetapi ringan berbanding keda‘ifan yang tiada khilaf di kalangan ulama. p.

218. al-Qahirah: Maktabah al-Sunnah. 46 Ahmad Bin Shu‘ayb Abu ‘Abd al-Rahman al-Nasa’i (1991). 38 Hadith ini diriwayatkan oleh al-Bayhaqi di dalam karyanya al-Sunan39 dan Sha‘b al-’Iman. HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT (Lesbian. 4. j.41 al-Nasa’i di dalam karyanya al-Sunan al-Kubra. 11. p. hadith 7337. p.cit. al-Musil: Maktabah al-‘Ulum Wa al-Hikam. 41 Sulayman Bin Ahmad Bin Ayyub Abu al-Qasim al-Tabrani (1983). ketika mereka masing-masing menganalisis sanad hadith yang terdapat dalam karya Musnad Abi Ya‘la dan Musnad Ahmad. Gay. j. 44 Ahmad Bin Hanbal Abu ‘Abd Allah al-Shaybani (t..t. 2. p.cit. 38 Hadith riwayat Ahmad dalam al-Musnad [no... 309. c. 309. Op..cit. sanad hadith ini terdapat mutaba‘ahnya melalui saluran sanad daripada Khalid bin Makhlad daripada Sulayman bin Bilal daripada ‘Amru.. hadith 2817. no. op. hadith 589.. p. op. Biseksual Dan transgender) 11 G Hadis Ketiga Maksudnya: “. no.43 Imam Ahmad di dalam karyanya Musnad Ahmad. 1. p. beliau mengatakan bahawa terdapat perawi yang bernama ‘Amru yang tidak kuat dalam periwayatan hadith. no.45 Bagi sanad hadith yang diriwayatkan oleh al-Nasa’i. 39 Abu Bakr Ahmad Bin al-Husayn Bin ‘Ali al-Bayhaqi (1344 H)..46 Walaupun demikian.).” (Nabi SAW menyebutkan tiga kali). 43 Ahmad Bin ‘Ali Bin al-Muthanna Abu Ya‘la al-Musili al-Tamimi (1984). op. al-Mu‘jam al-Kabir. p. 42 Ahmad Bin Shu‘ayb Abu ‘Abd al-Rahman al-Nasa’i (1991).Musnad al-Imam Ahmad Bin Hanbal. Lihat Ahmad bin Hanbal (1421H/2001M). p. 2. no. op. j.4. j. 203..396.cit.j. Namun menurut al-Nasa’i. melakukan perbuatan kaum Nabi Lut. no.cit.al-Qahirah: Mu’assasah Qurtubah. 414. hadith 11546. Kitab al-Rajm. Op. Allah melaknat sesiapa yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut.cit. 45 ‘Abdun Bin Humyad Bin Nasr Abu Muhammad al-Kassi (1988). 322. 48 Ahmad Bin Hanbal Abu ‘Abd Allah al-Shaybani (t.t. j.40 al-Tabrani di dalam karyanya al-Mu‘jam al-Kabir. j. 47 Ahmad Bin ‘Ali Bin al-Muthanna Abu Ya‘la al-Musili al-Tamimi (1984).). Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. 4.83 dan al-Hakim (1411H/1990M). hadith 2539. 4. no. hadith 5373.hadith 2913].cit. p.cit. no. hadith 17473. Bab al-‘Ayn. dan al-Hakim dalam al-Mustadrak [no. j.44 dan ‘Abdun bin Humayd di dalam karyanya Musnad ‘Abdun Bin Humayd. p. Kitab al-Hudud. 354. mereka mengatakan bahawa sanad hadith ini adalah sahih. 40 Abu Bakr Ahmad Bin al-Husayn al-Bayhaqi (1410 H). . op.. j. 322. p. al-Muntakhab Min Musnad ‘Abdun Bin Humayd. 4. Sunan al-Nasa’i al-Kubra. bagi Husayn Salim Asad47 dan Shu‘ayb al-Arna’ut48.5. p.Allah melaknat sesiapa yang mendatangi binatang.1.hadith 8052]. j. 414. Op. p. 4.42 Abu Ya‘la di dalam karyanya Musnad Abi Ya‘la. j. 466..

didapati bahawa terdapat pelbagai ancaman dan azab yang boleh dikenakan terhadap golongan yang berperlakuan demikian. 12 HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT (Lesbian. Walau bagaimanapun di dalam hadith ini. Justeru.s. diperselisihkan di kalangan ulama akan kethiqahannya. hadith pertama hingga hadith ketiga dengan jelas menyebutkan tentang golongan gay atau homeseksual disebutkan dalam hadith sebagai perlakuan kaum Nabi Lut AS. 49 Ahmad Bin ‘Ali Bin Hajar Abu al-Fadl al-‘Asqalani al-Shafi‘i (1984). pandangan Abu Zur‘ah al-Razi dan ramai lagi adalah berbeza dengan pandangan yang dikemukakan oleh al-Nasa’i mengenai ‘Amru.49 Oleh yang demikian. . pandangan yang lebih tepat ialah pandangan yang mengatakan bahawa sanad hadith ini adalah sahih. iaitu homoseksual (liwat). bahkan pada hadith yang ketiga. j. Hadith ini juga menyebutkan tentang perlakuan kaum Nabi Lut a. menyebutkan bahawa pelaku dan orang yang mengajak melakukan perbuatan tersebut hendaklah dijatuhkan hukum bunuh. termasuk dalam laknat Allah adalah golongan yang melakukan seks dengan binatang. Nabi SAW menyebutkan laknat Allah terhadap golongan atau sesiapa yang melakukan perbuatan sepertimana telah dilakukan oleh kaum Nabi Lut a. Biseksual Dan transgender) Kemungkinan mereka mengatakan sahih kerana perawi hadith yang bernama ‘Amru yang dikritik oleh al-Nasa’i. Di antaranya. 72. Gay.s. Dapat dirumuskan bahawa. Bayrut: Dar al-Fikr. Tahdhib al-Tahdhib. 8. Misalnya Abu Zur‘ah al-Razi mengatakan bahawa perawi ini adalah thiqah. p. mereka mendapat laknat Allah dan RasulNya. Daripada penjelasan hadith. Bahkan. itu.

op.). Manakala golongan wanita yang menyerupai lelaki juga sedemikian. hadith 1435.cit.t. no. p. Kitab al-Libas.cit. op.56 Oleh yang demikian. p. HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT (Lesbian. op. ia merujuk kepada golongan lelaki yang menyerupai wanita dari pelbagai sudut.t.cit. Abi Dawud [Kitab al-Libas.6. j. 51 Abu al-Qasim Sulayman Bin Ahmad al-Tabrani (1415).11. op..hadith 1894] dan Ahmad dalam musnadnya [no.). 105. hadith 3574]. op. p. 54 Muhammad Bin ‘Isa Abu ‘Isa al-Tirmidhi al-Sulami (t..t.).. 2.cit. 1. p. op. p. op. 117. op. p. no.cit.t). 53 Muhammad Bin Yazid Abu ‘Abd Allah al-Qazwayni (t. 614.55 Al-Albani mengatakan bahawa status hadith ini adalah sahih. 55 Abu al-Qasim Sulayman Bin Ahmad al-Tabrani (1415)..51 Sunan Abi Dawud. Ruh bin ‘Ubadah pula berseorangan diri meriwayatkan hadith ini daripada Zakariyya. Golongan wanita yang menyerupai lelaki ini dikenali sebagai tomboi atau pengkid.cit. 136.t). 5. 50 Hadith al-Bukhari [Kitab al-Libas.. no. no.w melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.. hadith ini adalah dalam kategori sahih.. sehingga menonjolkan seseorang lelaki itu sebagai wanita. 2. no. j. Golongan transgender dilaknat oleh Nabi SAW sama ada lelaki yang menyerupai wanita atau sebaliknya. Bab ( ) no. Kitab al-Adab.t.hadith 2910 dan 2150] dengan terdapat tambahan lain pada matan iaitu ( ). p. hadith 1435. Bab ( ).cit. 117. j. Ibn Majah (t. no. 2. j. 458... j. bukan lagi sebagai lelaki. 434. Dalam hal ini. Al-Tabrani mengatakan bahawa hadith ini hanya diriwayatkan oleh Zakariyya daripada ‘Umar.hadith 5435].cit. j. Lihat al-Bukhari (1407H/1987M). p. Biseksual Dan transgender) 13 T Hadis Keempat Daripada Ibn ‘Abbas RA berkata: Maksudnya: "Rasulullah s.52 Sunan Ibn Majah. Golongan ini dikenali dengan istilah mak nyah ataupun pondan di negara kita. j. Abu Dawud (t. no. 458.a. Kitab al-Nikah." 50 Hadith ini terdapat di dalam karya al-Mu‘jam al-Awsat. j. dan Ahmad bin Hanbal (t. j. op. Ibn Majah [Kitab al-Nikah.cit.53 dan Sunan al-Tirmidhi54.. hadith 4097.). p.18. . 18.cit. op.239.6. 52 Sulayman Bin al-Ash‘ath Abu Dawud al-Sajistani al-Azdi (t. Gay. 56 Sulayman Bin al-Ash‘ath Abu Dawud al-Sajistani al-Azdi (t. hadith 2784. p. Bab ( ). j. hadith 1904. 2.t).

. tidak dapat perbezaan yang ketara dari sudut pemakaian mereka antara lelaki dan wanita.cit. no. op. dan [Kitab al-Hudud. 59 Hadith riwayat al-Bukhari dalam sahihnya [Kitab al-Libas (Pakaian). p. (1421H/2001M).hadith 6331]. p." 59 57 Al-Imam al-Hafiz Ahmad bin 'Ali bin Hajar al-'Asqalani (2001M/1321H).cit. no. dan Umar juga telah mengeluarkan si fulan. Bab Manafikan Orang Yang Melakukan Maksiat dan Menyerupai Wanita { }. 241 dan j.a.10.. ditahqiqkan oleh 'Abd al-Qadir Shaybah al-Hamad. p. no.11. sebahagian perwatakan.58 Hadith Kelima Daripada Ibn 'Abbas r. 111 serta Ahmad bin Hanbal. 58 ibid.345.4.345. j. Bentuk atau jenis pakaian itu adalah berbeza mengikut adat dan budaya pada setiap negeri atau wilayah. p.a.18. tetapi tidak ada penyerupaan pada perkara yang baik.a. pergerakan dan sebagainya. cuma dibezakan dengan kaum wanita berhijab atau bertudung dan menutup kepala.a berkata: Maksudnya: "Nabi s. Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Imam Abi 'Abd Allah Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari." Ibn ‘Abbas menambahkan lagi: "Maka Nabi s. HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT (Lesbian.57 Sheikh Abu Muhammad bin Abi Hamzah berkata : Zahir lafaz hadith tersebut merupakan tegahan daripada menyerupai dalam apa jua keadaan.. op. serta riwayat Ahmad dalam musnadnya [Musnad Bani Hashim. Bab Menghalau Keluar Lelaki Yang Menyerupai Wanita Dari Rumah { }. Bidayah Musnad 'Abd Allah bin 'Abbas r. dengan sabdanya: "Keluarlah mereka daripada rumah-rumah kamu. Manakala Ibn Hajar menambah. .w telah mengeluarkan si fulan.hadith 1878]. Gay.w mengutuk (melaknat) lelaki yang bersifat kewanita- an dan wanita yang bersifat kelakian. 140. makna ( ) iaitu: tidak harus bagi lelaki untuk menyerupai wanita dari aspek pakaian dan perhiasan yang dikhususkan untuk wanita dan sebaliknya. j. j.p. Kadang kala pada suatu tempat itu. Lihat al-Bukhari (1400H). demikian juga pada percakapan dan ketika berjalan (pergerakan).hadith 5436]. namun yang sering dan diketahui adalah menyerupai pada pakaian. Saudi: Maktabah al-Malik Fahad al-Wataniyyah. Biseksual Dan transgender) 14 T Al-Tabari berkata.

maksud tersebut adalah merujuk kepada tindakan untuk menjauhkan golongan ini daripada bergaul dengan orang-orang Islam. p. Kemungkinan tindakan itu adalah dengan membuang daerah atau negeri di mana si fulan itu tidak boleh bergaul rapat dengan masyarakat sekeliling yang dikenalinya lagi. Batu Caves. di mana terdapat tindakan dan hukuman yang telah dilakukan oleh Nabi SAW terhadap golongan tersebut. Fulan yang dimaksudkan dalam hadith itu adalah seorang lelaki pondan yang sering bergaul rapat dengan wanita. .60 60 Majlis Tertinggi Urusan Keislaman Mesir (2000). Selangor: Thinker's Library.) Thinker's Library. Apakah yang dimaksudkan dengan “mengeluarkan” golongan ini daripada rumah-rumah kamu? Berdasarkan kepada perbincangan ulama. Sunnah Rasulullah Dari Kupasan Hadis. Lelaki tersebut cenderung berperwatakan dan mempunyai tabiat seperti seorang wanita dengan cenderung untuk bercakap lemah lembut. Namun. dikukuhkan lagi dengan tindakan Umar al-Khattab yang telah mengeluarkan salah seorang daripada golongan ini. Biseksual Dan transgender) Hadith ini adalah kesinambungan kepada hadith keempat sebelum ini yang menyebutkan bahawa Nabi SAW melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita atau sebaliknya. 15 HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT (Lesbian. Nabi SAW menetapkan bahawa tindakan yang boleh dilakukan terhadap gologan ini adalah dengan dengan mengeluarkan mereka daripada rumah-rumah orang Islam. terdapat tambahan isu dalam hadith ini. 176. berbicara dan beramah mesra serta menghabiskan waktu bersama dengan kaum wanita berbanding lelaki. Gay. memberi kesan yang buruk kepada wanita jika mereka terus bersama kerana ia boleh menimbulkan banyak fitnah dan menjerumuskan kepada perkara negatif. mampu menceritakan gambaran wanita. Bahkan. Kecenderungan dan perilaku lelaki pondan sedemikian. (terj.

Maka sabda Nabi s.w berkata kepada saudara Ummu Salamah iaitu 'Abd Allah bin Abi Umayyah: "Jika Allah membebas- kan Ta'if bagi kamu pada esok hari. 61 Hadith riwayat al-Bukhari dalam sahihnya [Kitab al-Nikah.a.hadith 4834]. Bahkan. di mana pada zaman Nabi s..a. no.a. Lalu Nabi SAW memberi amaran agar tidak membawa masuk pondan itu ke rumah-rumah orang Islam. op. HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT (Lesbian.w berada di rumahnya dan terdapat di sebuah rumah seseorang yang berkelakuan wanita. j. Bab { }. Larangan Nabi SAW agar menjauhkan golongan ini daripada rumah kediaman orang-orang Islam adalah seperti mana hadith sebelum ini iaitu untuk memelihara keluarga dan menghindarkan daripada berlaku gejala yang negatif dan menimbulkan fitnah yang lebih besar. Lihat al-Bukhari (1400H).16.w."61 Hadith yang juga menyebutkan tentang golongan transgender. terdapat seorang pondan. . Gay.cit. maka akan aku tunjukkan pada kamu rumah Binti Ghaylan. Apa yang dimaksudkan oleh Nabi SAW adalah melarang umat Islam daripada bergaul dengan golongan ini. yang datang dengan empat dan pergi dengan lapan anggota". p.a. 262. ketika bersama dengan golongan ini adalah sukar untuk menjamin ketulusan dalam beragama dan tidak juga boleh menjadi keselamatan daripada timbulnya fitnah. Biseksual Dan transgender) 16 T Hadis Keenam Daripada Ummu Salamah: Maksudnya: "Bahawa Nabi s.w: "Jangan sekali-kali mereka itu masuk ke dalam rumah-rumah kamu. Maka Nabi s.

.68 Menurut al-Hakim. p. p.a. no. pada hadith ini. Kitab al-Siyar. op. hadith 9253.cit. j. p. j. al-Riyad: Maktabah al-Ma‘arif li al-Nashr wa al-Tawzi‘. 64 Abu al-Qasim Sulayman Bin Ahmad al-Tabrani (1415). p. Lihat Abu Dawud (1424H).). no.397.cit.. Sunan al-Nasa’i. j.. Hadith ini menyebutkan bahawa Nabi s. menyatakan bahawa di antara Maksudnya: : "Nabi s. p." 62 62 Hadith riwayat Abu Dawud [Kitab al-Libas.65 Sunan al-Nasa’i al-Kubra. p. 4. Kitab al-Libas. j. no.a. op. 137 dan Abu ‘Abd al-Rahman Ahmad bin Shu‘aib bin ‘Ali al-Nasa’i (1417H).. p.a. j. hadith 7415. Kitab al-Libas.a.). 458. Kitab al-Libas.cit. no.67 dan Musnad Ahmad bin Hanbal. 62. op. Biseksual Dan transgender) 17 T Hadis Ketujuh Hadith ini terdapat di dalam karya al-Mustadrak ‘Ala al-Sahihayn.. hadith 984. hadith 5751.cit...t.cit. no.. Oleh yang demikian. no.w mengutuk penyerupaan tersebut adalah dari sudut pemakaian. Oleh itu. 215.cit.w. Kitab al-Hazr Wa al-Ibahah. no. 65 Sulayman Bin al-Ash‘ath Abu Dawud al-Sajistani al-Azdi (t. 2. 1. di mana hanya disebutkan penyerupaan menyalahi gender sahaja tetapi tidak secara khusus. op. 67 Muhammad Bin Hibban Bin Ahmad Abu Hatim al-Tamimi al-Busti (1993). p. 68 Ahmad Bin Hanbal Abu ‘Abd Allah al-Shaybani (t. op. 4.hadith 9253]. hadith 4098.66 Sahih Ibn Hibban.). Hadith ini adalah pelengkap kepada penjelasan kepada hadith sebelum ini. .cit. op. j.64 Sunan Abi Daripada Abu Hurairah r. 70 Sulayman Bin al-Ash‘ath Abu Dawud al-Sajistani al-Azdi (t. berkata: Dawud. secara khusus Nabi s.69 Al-Albani mengatakan bahawa status hadith ini adalah sahih70.t. turut melaknat golongan lelaki yang berpakaian wanita dan wanita yang berpakaian lelaki.t. p. hadith ini adalah berstatus sahih dan boleh dijadikan hujah di dalam hukum agama.w. 296. 397. 458. j.5. Bab { }. j. 13. j. hadith 4098. no. 2. op. Kitab al-Libas. hadith ini adalah sahih dan menepati syarat Muslim. no. hadith 8292. op. 63 Muhammad Bin ‘Abd Allah Abu ‘Abd Allah al-Hakim al-Naysaburi (1990).cit. 66 Ahmad Bin Shu‘ayb Abu ‘Abd al-Rahman al-Nasa’i (1991). hadith 7415. 2. p. 5. (melaknat) lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki. Gay.cit. Bab Pada Pakaian Wanita. 69 Muhammad Bin ‘Abd Allah Abu ‘Abd Allah al-Hakim al-Naysaburi (1990). no. 215.. op. 325.63 al-Mu‘jam al-Awsat.hadith 3575] dan al-Nasa'i dalam sunannya [Kitab 'Ashrah al-Nisa'.11. HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT (Lesbian. j.

Ilmuan dan pengamal LGBT Muslim semestinya menginsafi. Bahkan. adalah thabit dari hadith sahih yang telah dikemukakan sebelum ini. dan kaumnya serta petunjuk mengenai perlakuan keji umat Nabi Lut a. al-Qasas al-Qur’ani ‘Ardu Waqa‘i ‘ wa Tahlil Ahdat. Afrika Selatan yang secara jelas mengisytiharkan dirinya sebagai seorang gay setelah 60 hari berpuasa. hadith kedua dan hadith ketiga) menyentuh tentang perlakuan gay dan lesbian. yang tidak membenarkan perlakuan homoseksual.71 Berkenaan larangan perlakuan transgender. hadith kelima.w. maka dapatlah dirumuskan bahawa kesemua 7 buah hadith yang dikemukakan dalam kajian ini adalah bertaraf sahih. bahawa segala persepsi mereka kononnya Nabi s. Apatah lagi perihal perlakuan dan azab yang menimpa umat Nabi Lut a. matan dan status hadith. imej beliau sebagai Imam di Cape Town. sekali-kali tidak akan berkompromi dengan perlakuan yang jelas dikeji dan dilarang oleh Allah SWT. 473. apa yang dinyatakan oleh Muhsin Hendricks mengenai sifat hadith Nabi SAW yang dikatakan tidak konsisten dan tidak melambangkan keperibadian Nabi SAW.jil. BISEKSUAL DAN TRANSGENDER) INTIPATI PERBAHASAN Setelah pengkaji meneliti takhrij.cit.w. adalah sesuatu yang sangat mencemarkan imej Islam. 72 op. yang hanya semata-mata menampilkan pendekatan berkasih sayang semata-mata dan tidak tegas terhadap perbuatan mungkar adalah tertolak sama sekali. Bahkan Nabi s. dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an sebanyak 18 kali. kerana ternyata golongan ini telah wujud pada zaman Nabi SAW dan bagaimana petunjuk yang diberikan oleh Baginda dalam menangani mereka. Berdasarkan pandangan ulama bahawa hadith sahih dapat dijadikan hujah agama.a.a. tidak pernah mengeluarkan hadith yang melarang perlakuan LGBT adalah salah. 2007.2. manakala 4 daripadanya (hadith keempat. p. HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT 18 (LESBIAN.s. Damsyiq : Dar al-Qalam.72 71 Solah al-Khalidi. GAY. Bjorn Krondorfer Diversity of Sexuality in Islam.s.s. p. hadith keenam dan hadith ketujuh) menyentuh mengenai perlakuan transgender. 3 daripadanya (hadith pertama. meliputi kisah Nabi Lut a. maka kesemua hadith yang sahih jelas melarang perlakuan LGBT yang ternyata mengundang kemurkaan Allah SWT dan laknat oleh Nabi SAW. Daripada 7 buah hadith sahih tersebut.1. Justeru. Ia sama sekali tidak mewakili imej Islam. .

Bahkan hadith-hadith yang telah dibincangkan sebelum ini perlu disebarluaskan dalam menangani perlakuan LGBT yang semakin berleluasa khususnya di kalangan Muslim. GAY. Ia seterusnya dapat dijadikan panduan dalam membimbing golongan ini dalam menyedarkan mereka. HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT 19 (LESBIAN. dapat menepis segala persepsi salah di kalangan ilmuan dan pengamal LGBT Muslim yang mendokong perlakuan songsang ini. bahawa apa yang difahami dan dilakukan oleh mereka adalah salah di sisi agama. BISEKSUAL DAN TRANSGENDER) kesimpulan Adalah diharapkan bahawa dengan dapatan kajian berkenaan hadith Nabi SAW yang melarang perlakuan LGBT. seharusnya dijadikan panduan dan renungan agar perlakuan LGBT dijauhi sama sekali. .s. Ia sekaligus menobatkan hadith adalah sentiasa relevan dan signifikan dalam menjadi sumber hukum Islam yang kedua dalam melarang perlakuan LGBT selepas al-Qur’an. Kebimbangan terhadap azab Allah yang ditimpakan kepada umat Nabi Lut a.

1988. Yogyakarta. Bayrut: Dar al-Fikr. ‘Abd al-Rahman Bin Abi Abi Hatim Muhammad Bin Idris Abu Muhammad al-Razi. Musnad al-Humaydi. Ahmad Bin Shu‘ayb Abu ‘Abd al-Rahman al-Nasa’i. 1952. 1988. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Bayrut: Dar al-Ma‘rifap. al-Riyad: Maktabah al-Ma‘arif li al-Nashr wa al-Tawzi‘. Ahmad Bin Hanbal Abu ‘Abd Allah al-Shaybani. Beirut : Dar al-Fikr. Damsyiq: Dar al-Ma’mun li al-Turath. 2001. Sunan al-Daraqutni. Abu Ja‘far Muhammad Ibn Jarir al-Tabari. 1984. al-Jarh Wa al-Ta‘dil. t. 1991. Undang-Undang Syariah diterjemah oleh Rohani Abdul Rahim. Sulayman bin al-Asy‘at al-Sajastani al-Azdi. BISEKSUAL DAN TRANSGENDER) rujukan ‘Abd Allah Bin ‘Ali Bin al-Jarud Abu Muhammad al-Naysaburi. Sunan al-Nasa’i al-Kubra. Jurnal Ulumuna. A. ‘Ali Bin ‘Umar Abu al-Hasan al-Daraqutni al-Baghdadi. Fayd al-Qadir Sharh al-Jami‘ al-Saghir. 1415H.1424H. Al-’Ahad Wa al-Mathani. Kuala Lumpur : Al-Amani Publishers Abdul Mustaqim. Kanz al-‘Ummal Fi Sunan al-Aqwal Wa al-Af‘al. al-Mu‘jam al-Awsat. Abdur Rahman I. Abu Dawud. al-Qahirah: Maktabah al-Sunnah. Tahdhib al-Tahdhib. Jam’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ayat al-Qur’an. HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT 20 (LESBIAN. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. 1989. 1356H. Taqrib al-Tahdhib. Ahmad Bin ‘Ali Bin Hajar Abu al-Fadl al-‘Asqalani al-Shafi‘i. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Doi. ‘Abd Allah Bin al-Zubayr Abu Bakr al-Humaydi. Abu Bakr ‘Abd Allah Bin Muhammad Abi Shaybah al-Kufi. t. 1991. . Musnad al-Imam Ahmad Bin Hanbal. ‘Ali Bin Hisam al-Din al-Muttaqi al-Hindi.t. Ditahqiqkan oleh Husain bin Salim Asad. Abu Ya‘la. Dimashq: Dar al-Ma’mun Li al-Turath. Volume XV. Kisah al-Qur’an : Hakikat. 1984. al-Qahirah: Mu’assasah Qurtubah. Kitab al-Rajm. Bayrut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. Ahmad bin ‘Ali bin al-Muthanna Abu Ya‘la al-Mawsili al-Tamimi 1404H/1984. Ahmad Bin ‘Ali Bin Hajar Abu al-Fadl al-‘Asqalani al-Shafi‘i. Makna dan Nilai-Nilai Pendidikannya. al-Musannaf Fi al-Ahadith Wa al-’Athar.2. Islam Dalam Sabda. GAY. 1995. Abdul Hayei Abdul Sukor. Musnad Abi Ya‘la. al-Riyad: Maktabah al-Rushd. al-Sunan al-Kubra Wa Fi Dhaylihi al-Jawhar al-Naqi. Hayder ’Abad: Majlis Da’irah al-Ma‘arif al-Nizamiyyah al-Ka’inah Fi al-Hind. Suriya: Dar al-Rashid.t. Bil. Abu al-Qasim Sulayman Bin Ahmad al-Tabrani. UK : Journal of Homosexuality 41 (1). Ahmad Bin ‘Amru Bin al-Dahhak Abu Bakr al-Shaybani. ‘Abdun Bin Humyad Bin Nasr Abu Muhammad al-Kassi. al-Muntakhab Min Musnad ‘Abdun Bin Humayd. 1966. Ahmad Bin ‘Ali Bin al-Muthanna Abu Ya‘la al-Musili al-Tamimi. 1344H. 1409H. 1995. Bayrut: Mu’assasah al-Risalah. Abu Bakr Ahmad Bin al-Husayn Bin ‘Ali al-Bayhaqi. ‘Abd al-Ra’uf al-Manawi. Sunan Abi Dawud. The Story of Lot and the Qur’ans Perception of the Morality of Same-sex Sexuality. al-Qahirah: Dar al-Haramayn. Bayrut: Mu’assasah al-Kitab al-Thaqafiyyah. al-Muntaqa Min al-Sunan al-Musannadah. Musnad Abi Ya‘la. 2011. 1986. 2003. Misr: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra. al-Riyad: Dar al-Rayah. Jamal.

) Thinker's Library. 2001. Selangor: Thinker's Library.1351H/1932. Muhammad ‘Abd al-Rahman bin ‘Abd al-Rahim al-. 1967. Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Imam Abi ' Abd Allah Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari. Halab: al-Matba‘ah al-‘Ilmiyyah. ditahqiqkan oleh 'Abd al-Qadir Shaybah al-Hamad. BISEKSUAL DAN TRANSGENDER) rujukan Al-Harith Bin Abi Usamah dan al-Hafiz Nur al-Din al-Haythami. Imams and Homosexuality : A Post Gay Debate in the Netherlands. Definition of LGBT. Al-Madinah al-Munawwarah. (terj. Abu ‘Abd al-Rahman Ahmad bin Shu‘aib bin ‘Ali al-Nasa’i. Majlis Tertinggi Urusan Keislaman Mesir. Ibn Majah. al-Riyad: Maktabah al-Rasyd. al-Riyad: Maktabah al-Ma‘arif li al-Nashr wa al-Tawzi‘. t. Muhsin Hendricks.p: al-Maktabah al-Islami. Abu Bakr Ahmad bin al-Husain al. Sahih Ibn Hibban Bi Tartib Ibn Bilban. Bayhaqi. Ditahqiqkan oleh Muhammad al-Sa‘id Basyuni Zaghlul.t. Hekma. The Equal Rights Review. Al-Imam al-Hafiz Ahmad bin 'Ali bin Hajar al-'Asqalani. 2011. 1409H. . HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT 21 (LESBIAN. 1993. t. al-Qahirah: al-Matba‘ah al-Salafiyyah. Bughiyyah al-Bahith ‘An Zawa’id Musnad al-Harith. 2010. Sunnah Rasulullah Dari Kupasan Hadis. Ibn Abi Shaybah. Shu`ab al-Iman. Muhammad Nasir al-Din al-Albani. 2011. Singapura : Pustaka Nasional Pte Ltd.com/user/aquarius/Qurannotes. 2000.(1410H). 2004. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Dosa-Dosa Besar terj. UK : Journal of Sexualities 5 (2).. Ibn Hajar. Bayrut: Mu’assasah al-Risalah.Five. Muhammad Bin ‘Isa Abu ‘Isa al-Tirmidhi al-Sulami. Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Yazid al-Qazwaini. Sunan Ibn Majah. Mubarakfuri. Muhammad Nasir al-Din al-Albani. al-Riyad: Maktabah al-Ma‘arif. Ditahqiqkan oleh Kamal Yusuf al-Hut. Sahih Wa Da‘if al-Jami‘ al-Saghir Wa Ziyadatuh. 1400H. Bayrut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.t. al-Jami‘ al-Sahih Sunan al-Tirmidhi. Muhammad Bin ‘Abd Allah Abu ‘Abd Allah al-Hakim al-Naysaburi. Saudi: Maktabah al-Malik Fahad al-Wataniyyah. 2002. Vol. Muhammad Bin Hibban Bin Ahmad Abu Hatim al-Tamimi al-Busti.t. Abu Sulayman Hamad bin Muhammad bin Ibrahim bin al-Khattab al-Busti al. Batu Caves. URL: http://www. Kitab al-Hudud. Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari al-Ja‘fi. Muhammad bin Ahmad bin Uthman al-Dhahabi. Abu Bakr ‘Abd Allah bin Muhammad bin Abi Shaybah al-Kufi. GAY. Malik. 1417H. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Alami.. T. al-Jami‘ al-Sahih al-Musnad min Hadith Rasul Allah SAW wa Sunanih wa Ayyamih. Ma‘alim al-Sunan. Sunan al-Nasa’i. 2003.well.t. oleh Syed Ahmad Semait. Bjorn Krondorfer. Kaherah: Dar al-Fikr. t. 1990. al-Musannif fi al-Ahadith al-Athar. Khattabi. Sagepub UK : Journal of Homosexuality. Bukhari. al-Mustadrak ‘Ala al-Sahihayn. Diversity of Sexuality in Islam. al-Riyad: Maktabah al-Ma‘arif li al-Nashr wa al-Tawzi‘. Blanch Consulting. 1417H.htm. Queer Sexuality and Identity in the Quran and Haditp. Tuhfah al-Ahwadhi bi Sharh Jami‘ al-Tirmidhi. 1992. al-Nasa’i. al-Silsilah al-Da‘ifah.

Solah al-Khalidi. 2004.t. Hashiyah al-Sanadi ‘ala Sunan Ibn Majah (Kifayah al-Hajah fi Sharh Sunan Ibn Majah). 1980.nl/engels/islamic_studies. 1983. Sulayman Bin Ahmad Bin Ayyub Abu al-Qasim al-Tabrani. Tabarani. Ditahqiqkan oleh Tariq bin ‘Aud Allah bin Muhammad dan ‘Abd al-Muhsin bin Ibrahim al-Husaini.html) Sanadi.p.: Dar al-Fikr. Translation and ed. Yusuf Bin al-Zaki ‘Abd al-Rahman Abu al-Hujjaj al-Mizzi. Mustafa Abdul Rahman. Sulayman Bin al-Ash‘ath Abu Dawud al-Sajistani al-Azdi. Tirmidhi. Abu ‘Isa Muhammad bin ‘Isa bin Sawrah al-. HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT 22 (LESBIAN. Sahih Muslim dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah.. 1415H. Ditahqiqkan oleh Muhammad Nasir al-Din al-Albani al-Riyad: Maktabah al-Ma‘arif li al-Nashr wa al-Tawzi‘. Leiden:Brill. Nur al-Din ‘Ali Bin Abi Bakr al-Haythami. Damsyiq : Dar al-Qalam. Sulayman Bin Ahmad Bin Ayyub Abu al-Qasim al-Tabrani. The Quran Morality and Critical Reason : The Essential Muhammad Shahrur. GAY. al-Mu‘jam al-Kabir.1.t. Bayrut: al-Maktab al-Islami. Bayrut: Mu’assasah al-Risalah. al-Rawd al-Dani al-Mu‘jam al-Saghir. Islamic Studies on Homosexuality. . URL : http://www. Jil. Majma‘ al-Zawa’id Wa Manba‘ al-Fawa’id. al-Musil: Maktabah al-‘Ulum Wa al-Hikam. Tahdhib al-Kamal. 1417H. Sunan Abi Dawud. 1985. 2008. Beirut: Dar al-Jalil.yoesuf. 1412H. al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi‘. al-Mu‘jam al-Awsat. Sunan al-Tirmidhi. Sulayman bin Ahmad bin Ayyub Abu al-Qasim al-. Bayrut: Dar al-Fikr. 2009. M Sharur. 2007. al-Qahirah: Dar al-Haramain.Nahas. t. T. 2000. Hadith 40 : Terjemahan dan Syarahnya. t. BISEKSUAL DAN TRANSGENDER) rujukan Muslim bin al-Hajjaj Abu Husain al-Qusyairi al-Naisaburi. Muhammad bin ‘Abd al-Hadi al-. By A. Christmann.t. O. Selangor : Dewan Pustaka Fajar. al-Qasas al-Qur’ani ‘Ardu Waqa‘i‘ wa Tahlil Ahdat.

PhD. Pensyarah Kanan. BISEKSUAL DAN TRANSGENDER) senarai penulis Mohd Izwan bin Md Yusof Calon Doktor Falsafah. Fakulti Pengajian Islam. PhD.com .my Mazlan bin Ibrahim. PhD. HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT 23 (LESBIAN.my Khader bin Ahmad. Universiti Kebangsaan Malaysia abunaseh@ukm. Universiti Malaya khadher82@um. Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia jayabumi04@yahoo. Universiti Utara Malaysia.my. Universiti Kebangsaan Malaysia mazib@ukm. Profesor Madya Jabatan Usuluddin dan Falsafah. Profesor Jabatan Pengajian Al-Qur’an dan Al. Sintok. Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith Akademi Pengajian Islam. Najib bin Abdul Kadir. kap6994_murshid@yahoo. Jabatan Pengajian Al-Qur’an dan Al. Fakulti Pengajian Islam.edu. PhD. Murshidi bin Mohd Noor.Sunnah.com Muhd. GAY. Pensyarah Kanan.Sunnah. Kedah.

BISEKSUAL DAN TRANSGENDER) nota .HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT 24 (LESBIAN. GAY.