You are on page 1of 8

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA, KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA PROGRAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DI LUAR BILIK DARJAH

PROJEK KAPAL TERBANG


LAWATAN BERMAKLUMAT KE
KOTA KINABALU - KUNDASANG, SABAH

Tarikh : 26 28 September 2017


Hari : Selasa Khamis
Tempat : Kota Kinabalu Kundasang, Sabah
Penglibatan : 19 orang murid PPKI
25 orang guru dan PPM
KERTAS KERJA LAWATAN BERMAKLUMAT KE
KOTA KINABALU - KUNDASANG, SABAH
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK DANAU KOTA

1.0 LATAR BELAKANG

Program Pendidikan Khas Integrasi SK Danau Kota mempunyai sebanyak


sepuluh(10) buah kelas yang menempatkan seramai 86 orang murid-murid berkeperluan
khas. Kesemua murid berkeperluan khas ini terdiri daripada pelbagai jenis keupayaan
seperti Sindrom Down, Autisme, Slow Learner, Hyperactive, Cerebral palsy, Attention
Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) dan lain-lain.
Tahap keupayaan yang berbeza bagi setiap murid memerlukan kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang pelbagai demi membantu mereka mendapat pendidikan yang
terbaik. Oleh yang demikian, perancangan untuk mengadakan lawatan bermaklumat ini
merupakan salah satu kaedah pembelajaran di luar bilik darjah yang bermanfaat untuk
memberi pendedahan kepada murid-murid PPKI tentang beberapa perkara yang berkaitan
dalam kehidupan mereka.
Justeru itu, semua peserta lawatan yang terpilih kali ini perlu menunjukkan
komitmen yang tinggi bagi menjayakan lawatan bermaklumat ini. Selain itu, lawatan pada
kali ini mempunyai kelainan berbanding pada tahun-tahun yang lepas kerana para peserta
lawatan akan dibawa menaiki pengangkutan udara iaitu kapal terbang. Lawatan ini
merupakan perancangan lawatan yang pertama dalam sejarah PPKI SK Danau Kota
untuk membawa menaiki pengangkutan udara. Majoriti murid PPKI tidak
mempunyai pengalaman menaiki kapal terbang, justeru ini merupakan satu proses
pembelajaran yang terbaik dalam kehidupan mereka.
2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi pengalaman istimewa kepada murid PPKI untuk menaiki


pengangkutan udara iaitu kapal terbang dan memahami fungsi dan
kepentingan pengangkutan kepada manusia.
2.2 Meningkatkan pengetahuan dalam ilmu geografi sesuatu tempat,
perkembangan sains dan teknologi serta pembangunan setempat.
2.3 Memberi peluang murid mempelajari dan merasai pengalaman kawasan
bercuaca sejuk di kawasan tanah tinggi.
2.4 Memberi pendedahan tentang budaya kehidupan masyarakat setempat,
mempelajari cara hidup flora dan fauna serta memupuk kesedaran dalam
menghargai alam sekitar.
2.5 Dapat membandingkan pengetahuan sedia ada dengan pengalaman baru
untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka.
2.6 Memberi peluang kepada murid PPKI untuk berinteraksi dan bersosial
dengan masyarakat.
2.7 Memberi peluang kepada masyarakat untuk melibatkan diri dengan individu
berkeperluan khas dan seterusnya menerima kehadiran mereka dalam
masyarakat.
2.8 Meningkatkan kemahiran sosial dan adaptif murid berkeperluan khas supaya
dapat belajar untuk berdikari demi persediaan masa depan mereka.

3.0 KUMPULAN SASARAN

3.1 Seramai 19 orang murid Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah


Pembelajaran. Murid-murid ini adalah terdiri daripada pelbagai kategori iaitu
:
Autism
Syndrome Down
Cerebral Palsy
Slow Learner
Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
Lain-lain
3.2 Seramai 19 orang guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) anggaran
satu murid, satu penjaga (demi keselamatan dan penjagaan secara
terkawal)
3.3 Jumlah keseluruhan seramai 44 orang

4.0 TARIKH

Tarikh : 26 28 September 2017


Hari : Selasa - Khamis

5.0 DESTINASI LAWATAN

a) Kota Kinabalu Sabah

Pasar Filipina

b) Kundasang, Sabah

Desa Cattle Dairy Farm


Kinabalu Park
Rumah Terbalik
Jambatan Tamparuli
Pekan Kundasang
6.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA:

6.1 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn Norhayati binti Haron


Naib Pengerusi : Pn Nor Zuraihan binti Ismail
Penyelaras : Pn Liza binti Ramli
Setiausaha : Pn Nadiah binti Abu Bakar
Bendahari : Cik Nuraliyah binti Azeme

6.2 JAWATANKUASA PELAKSANA

Tajaan : Pn Norazilla binti Abdullah


Pn Sarinah binti Abdullah
Pn Noor Azira binti Ghazali
Pn Nooni Kartini binti Ahmad
Siti Zaimah binti Abd Rahman
Pn Nasiha binti Ismail
En. Muhammad Ridzuan bin Azmi
Pengangkutan Udara : Pn Munirah binti Mokhtar
Pn Nadiah binti Abu Bakar
Pengangkutan ke KLIA : En. Mohd Nazri bin Md Noor
En. Mohd Faizal bin Noordin
Pengangkutan di Sabah : Pn Norhamidah binti Azizan
Makanan dan Minuman : Pn Noorzilawati binti Md Nasir
Pn Hafizatul Shahana binti Jamari
Pn Nik Nabila binti Nordin
Penginapan : Cik Nuraliyah binti Azeme
Pn Nurroihan binti Alias
Keselamatan & Kecemasan : Pn Normala binti Morkam
Dokumentasi : Cik Arifah Farhani binti Abdul Rahim
Disiplin dan Aktiviti : Pn Nadiah binti Abu Bakar
Pn Yusrina binti Abu Bakar
Jurukamera : Pn Liza binti Ramli
Pn Nor Azura binti Abu Hassan
Bayaran tiket & Kewangan : Pn Norhaida binti Mohamad
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN & PENDAPATAN
7.1 Anggaran Perbelanjaan

7.1.1 Harga Tiket Pengangkutan Udara (Kapal Terbang - Pergi dan Balik)
44 orang X RM500 = RM 22,000
7.1.2 (Pengangkutan awam bas persiaran & van di Sabah) = RM 6,000
7.1.3 (Pengangkutan pergi balik dari sekolah ke KLIA2 ) = RM 1000
7.1.4 Penginapan
2 Malam X 44 Orang X RM50.00 = RM 4,400
7.1.5 Makan Minum
3 Hari X 44 Orang X RM 20.00 = RM 2,640
7.1.6 Tiket-tiket
Anggaran semua tempat berbayar = RM 899.70

i. Desa Cattle Dairy Farm


a. Dewasa RM 5 X 25 org = RM 125
b. Kanak-kanak RM 3 x 19 org = RM 57
ii. Kinabalu Park RM 3 x 44 orang = RM 132
iii. Rumah Terbalik
a. Dewasa RM 10.60 x 25 orang = RM 265
b. Kanak-kanak RM 5.30 x 19 orang = RM 100.70
iv. Spa Ikan RM 5 x 44 orang = RM 220

7.2.5 Kecemasan & Kontigensi = RM 300.00

JUMLAH BESAR = RM 37,239.70

7.2 Anggaran Pendapatan

7.2.1 Murid - 19 orang X RM300.00 = RM 5,700


7.2.2 Guru & PPM - 25 orang X RM450.00 = RM 11,250
7.2.3 PCG = RM 1,500
7.2.4 Sumbangan Aktiviti PIBG = RM 1,500
7.2.5 Lain-lain (sumbangan individu dan organisasi) = RM 17,289.70
JUMLAH BESAR = RM 37,239.70
8.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH / HARI MASA TEMPAT

4.00 pagi Berkumpul di SK Danau Kota


4.30 pagi Bertolak ke KLIA2
5.30 pagi Dijangka sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur 2(KLIA 2)

26 September 2017 09.15 pagi Penerbangan dari KLIA2 Kota Kinabalu


11.00 pagi Dijangka sampai di Kota Kinabalu
(SELASA) 12.00 tengah hari Makan tengahari / Solat
Bertolak ke Kundasang

3.30 petang
Melawat Jambatan Tamparuli, Rumah Terbalik & Shah Bandar
4.00 petang
Dijangka sampai di Pusat Latihan Islam Kundasang
6.00 petang
Check-in hostel
Makan malam
Rehat

6.00 pagi Solat /Persiapan diri /Sarapan pagi


Menaiki bas ke tempat lawatan
Desa Cattle Dairy Farm
27 September 2017 Kinabalu Park
Pekan Nabalu
(RABU) hingga Ladang Teh
Tagal Fish Massage Sg Moroli

Makan tengahari/Solat
Pulang ke Chalet
6.00 petang Solat/Makan malam
Rehat

6.00 Pagi Solat /Persiapan diri /Sarapan pagi


7.00 pagi Bertolak ke Kota Kinabalu
09.00 pagi Melawat Pasar Filipina
12.30 tgh hari Makan tengahari
28 September 2017 3.00 petang Solat di Masjid Negeri
Bertolak ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu
(KHAMIS)
09.00 malam Penerbangan dari Kota Kinabalu KLIA2
11.30 malam
Dijangka sampai KLIA2
12.00 tengah
Bertolak ke SK Danau Kota
malam
Dijangka sampai di SK Danau Kota
02.00 pagi
9.0 PENUTUP
Diharap agar perancangan program lawatan bermaklumat ke Kota Kinabalu-
Kundasang, Sabah ini dapat direalisasikan hingga jayanya. Setinggi-tinggi harapan dan
doa kami agar terdapat ramai pihak yang berbesar hati untuk memberikan sumbangan
serta bantuan dalam pelaksanaan program ini demi memberikan sinar kegembiraan untuk
murid-murid berkeperluan khas kami.
Semoga pelaksanaan program ini dapat memberi pengetahuan, pengalaman dan
impak yang besar kepada murid-murid PPKI di samping dijadikan pengalaman yang
bermakna buat mereka semua.

Disediakan oleh;

NADIAH BINTI ABU BAKAR


(Setiausaha lawatan)

You might also like