POLITIK DAN KENEGARAAN ISLAM

Dasar-Dasar Pemerintahan Isalam Di Malaysia : Diantara Teori Dan Realiti Dari Aspek :

Sumber Pemerintahan
Sistem pemerintahan Islam adalah sebuah sistem yang lain sama sekali dengan sistem sistem pemerintahan yang ada di dunia. Baik dari aspek asas yang menjadi landasan berdirinya, pemikiran, pemahaman, standar serta hukum-hukum yang dipergunakan untuk melayani kepentingan umat, maupun dari aspek undang-undang dasar serta undang-undang yang diberlakukannya, ataupun dari aspek bentuk yang menggambarkan wujud negara tadi, maupun hal-hal yang menjadikannya perbezaan sama sekali dari seluruh bentuk pemerintahan yang ada di dunia ini. Sistem pemerintahan Islam tidak berbentuk monarchi. Bahkan, Islam tidak mengakui sistem monarchi, maupun yang sejenis dengan sistem monarchi. Kalau sistem monarchi, pemerintahannya menerapkan sistem waris (putra mahkota), dimana singgasana kerajaan akan diwarisi oleh seorang putra mahkota dari orang tuanya, seperti kalau mereka mewariskan harta warisan. Sedangkan sistem pemerintahan Islam tidak mengenal sistem waris. Namun, pemerintahan akan dipegang oleh orang yang dibai'at oleh umat dengan penuh ridla dan bebas memilih. Sistem monarchi telah memberikan hak tertentu serta hak-hak istimewa khusus untuk raja saja, yang tidak akan bisa dimiliki oleh yang lain. Sistem ini juga telah menjadikan raja di atas undang-undang, dimana secara pribadi memiliki kekebalan hukum. Dan kadangkala raja hanya simbol bagi umat, dan tidak memiliki kekuasaan apa-apa, sebagaimana raja-raja di Eropah. Atau kadangkala menjadi raja dan sekaligus berkuasa penuh, bahkan menjadi sumber hukum. Dimana raja bebas mengendalikan negeri dan rakyatnya dengan sesuka hatinya, sebagaimana raja di Saudi, Maroko, dan Yordania. Lain halnya dengan sistem Islam, sistem Islam tidak pernah memberikan kekhususan kepada khalifah atau imam dalam bentuk hak-hak istimewa atau hak-hak khusus. Khalifah tidak memiliki hak, selain hak yang sama dengan hak rakyat biasa. Khalifah juga bukan hanya sebuah simbol bagi umat yang menjadi khalifah namun tidak memiliki kekuasaan apa-apa. Disamping khalifah juga bukan sebuah simbol yang berkuasa dan membolehkan memerintah serta mengendalikan negara beserta rakyatnya dengan sesuka hatinya. Namun, khalifah adalah wakil umat dalam masalah pemerintahan dan kekuasaan, yang mereka pilih dan mereka bai'at dengan penuh redha agar menerapkan syari'at Allah atas diri mereka. Sehingga khalifah juga tetap harus terikat dengan hukum-hukum Islam dalam semua tindakan, hukum serta pelayanannya terhadap kepentingan umat. Disamping itu, dalam pemerintahan Islam tidak mengenal wilayatul ahdi (putra mahkota). Justru Islam menolak adanya putra mahkota, bahkan Islam juga menolak mengambil pemerintahan dengan cara waris. Islam telah menentukan cara mengambil pemerintahan yaitu dengan bai'at dari umat kepada khalifah atau imam, dengan penuh ridla dan bebas memilih. Para ilmuwan Muslim membahaskan masalah ini dengan panjang lebar. Ada berpendapat menyatakan Islam tiada sama dengan demokrasi, ada juga yang berpendapat ia adalah sama dengan demokrasi. Ada berpendapat, di sana ada persamaan dan juga perbezaan.Fahmi Huwaidi dalam bukunya al-Islam wa al-Dimuqratiyah menjelaskan bahawa dua keadaan yang menjadi kesalahan besar kepada Islam iaitu ketika seseorang yang menyatakan Islam sama dengan demokrasi dan ketika ia menyatakan Islam menentang demokrasi. Sesungguhnya perkara ini memerlukan kepada kebebasan dan penjelasan yang mendalam. 1

Beliau juga menjelaskan bahawa Islam tidak dapat disamakan dengan sistem-sistem yang lain sama ada faham autokrasi. jenis. teokrasi dan demokrasi dengan pengertian yang sempit. ³umat´ tidak harus terikat oleh sesuatu tempat. Jaminan berpelembagaan untuk kebebasan berkumpul dan luahan pendapat dan hak-hak kebebasan lain-lain yang akan membantu menjamin siapa yang akan membuat keputusan atau dipilih untuk buat keputusan supaya boleh memilih dari pilihan-pilihan yang terbaik.POLITIK DAN KENEGARAAN ISLAM Dr. umat dan syariat merupakan pemegang kekuasaan penuh dalam negara Islam. Umat adalah pemegang kekuasaan tertinggi. 2 . kekuasaan rakyat adalah secara mutlak.Demokrasi mengandungi prosedur-prosedur demi untuk mencapai keputusan secara kolektif dalam suasana menjamin penyertaan secara maksima yang boleh tercapai bagi mereka yang berkepentingan. Apabila perkara ini terjadi. yang hidup dalam satu iklim di mana individu-individu di dalamnya terikat oleh ikatan darah. Menurut Islam. Menurut demokrasi Barat.Umat tidak boleh bertindak melebihi batas-batas yang ditetapkan dalam ajaran Islam..Dengan cara itu rakyat terhindar daripada memilih seorang pemimpin yang tidak mereka kehendaki dan dari sistem yang menindas mereka. Ini disebabkan kekuasaan tertinggi dalam Islam sangat utuh dan mantap yang berpadu kepada umat dan syariat Islam. maka sistem demokrasi yang digambarkan sebagai terbaik menjadi lebih kejam daripada kediktatoran. Umat boleh membuat dan membatalkan undang-undang dan segala keputusan meskipun keputusan itu bertentangan dengan norma-norma susila atau bertentangan dengan kepentingan manusia secara keseluruhan. digunakan untuk membela kepentingan sesetengah kelompok yang kuat dan meruntuhkan nilai-nilai murni termasuk nilai-nilai murni demokrasi itu sendiri.termasuklah kepentingan ini ialah : i. Meskipun demokrasi Barat memiliki kelebihan-kelebihan. Matlamatnya adalah untuk material semata-mata manakala Islam meliputi kerohanian dan kebendaan dengan memberi semua keperluan tersebut secara seimbang. Dyiauddin al-Ris dalam bukunya yang bertajuk Nazariah al-Siyasah al-Islamiah menyebut: Kalimat ³bangsa´ atau ³rakyat´ dalam sistem demokrasi hanya terhad dalam rakyat negara tërsebut atau dikenali sebagai ³Nasionalisme´. Bangsa tersebut dibatasi oleh sempadan geografi. iii. Perkara ini berbeza dengan Islam yang mana kekuasaan itu tertakluk kcpada undang-undang Islam. kepentingan golongan majoriti yang memerintah dan jaminan kepada hak minoriti. Oleh itu. tetapi ia tidak memiliki sebarang prinsip yang membatasinya atau nilai-nilai yang menjadi landasan kehidupannya seperti kebebasan mutlak. bahasa dan kebudayaan. Ini adalah untuk memastikan keputusan kolektif dipersetujui oleh sebilangan suara yang secukupnya untuk membuat keputusan tersebut. Demokrasi ialah kesepakatan rakyat untuk memilih sebahagian orang yang akan memerintah dan mengatur urusan mereka. kepentingan hak untuk samarata ii. darah atau bahasa tetapi terikat dalam bentuk akidah. Prinsip undang-undang iv. Demokrasi boleh difahami sebagai satu sistem yng mempunyai undang-undang berprosedur yang mengkhususkan siapa yang berwibawa untuk membuat sesuatu keputusan secara kolektif dan melalui prosedur apakah yang harus digunakan untuk membut keputusan.

malah melakukan keterlaluan-keterlaluan yang melampau dalam pemerintahannya seperti penghinaan terhadap Yang Dipertun Agung. Di mana rakyat tidak mengambil penyertaan terhadap perwakilan tonggak pemerintahan. trend autoritarian bukan sahaja menular dalam kerajaan tetapi dalam Umno juga. Hujah pimpinan Umno dalam mempertahankan pembatasan demokrasi iaitu: i. definisi sedemikian yang difahami dari demokrasi adalah amat sesuai dengan nilai-nilai syura yang diamalkan dalam ajaran Islam. Bahkan demokrasi terkenal dengan sikap menabur dan mengkhianati janji. Demokrasi juga bermaksud kuasa politik dan segala hak politik diserahkan kepada rakyat. Bagi pemikir-pemikir politik Islam yang utama. kita melihat Barat cuba menafikan kemenangan beberapa parti politik yang dikatakan Islam seperti parti Refah. Ia memiliki keperluan luaran sebagai sebuah negara demokrasi. keadilan. persamaan yang lebih lengkap dan mantap sifatnya dalam ajaran Islam. kewujudan elitis politik. Ramai penganalisis yang menganggap Malaysia sebagai sebuah µrejim kacukan¶ yang tidak autoktratik tetapi tidak juga demokratik. politik demokrasi moden ialah pemerintah di mana pemerintah dipertanggungjawabkan dalam tindakan mereka dihadapan orang awam dari rakyat jelata yang bertindak secara tidak langsung melalui wakil-wakil rakyat yang dipilih dalam satu suasana persaingan dan permuafakatan. kegunaan kuasa polis secara besar-besaran dan pencabulan sistem kehakiman. FIS dan Nahdah di atas pentas demokrasi. Seharusnya difahami bahawa demokrasi mutlak adalah idealisme yang tidak mungkin tercapai sepenuhnya. Di samping itu.Jauh daripada memperkenalkan pembaharuan politik dan demokratik. Namun ada sebahagian pemikir Islam mendesak supaya umat Islam tidak berfikir secara dikatomi demokrasi mahupun diktator sahaja tanpa melihat elemen-elemen Islam seperti syura. pemerintahan Mahathir telah menyekat kebebasan dan Mahathir tidak bersedia untuk berbuat demikian. Bagi Lim Kit Siang. Berlakunya jurang antara demokrasi yang ideal sebagaimana ianya difahami dengan kenyataan yang berlaku dalam suasana demokrasi hari ini. keutamaan meningkatkan taraf hidup rakyat iii. Bagi Tun Suffian. Janji yang tidak ditunaikan hari ini terbantut dengan wujudnya realiti-realiti seperti survival politik. Ada juga melihat Malaysia sebagai 'semi -demokrasi'. penangkapan dan pendakwaan pemimpin pembangkang. perlu disesuaikan amalan demokrsi dengan pengalaman sejarah dan suasana objektif tempatan. kurangnya penyertaan rakyat dan kegagalan mendidik orang ramai tentang demokrasi dan hak mereka. Walaupun demikian ada di kalangan pemikir Islam menganggap dengan penuh keyakinan demokrasi tidak sesuai dengan Islam. Demokrasi juga bukan sahaja bentuk kerajaan tetapi juga satu bentuk masyarakat. 3 .POLITIK DAN KENEGARAAN ISLAM Demokrasi sebenarnya cara atau metode bagi menghalang sokongan yang memerintah untuk terus menerus menyesuaikan kuasa yang ada padanya untuk kepentingan matlamatnya sahaja. sensitiviti isu-isu etnik yang jika tidak dikawal perdebatan awam tentangannya akan memudaratkan kestabilan sosial ii. Fenomena inilah yang berlaku di dalam Malaysia. tiada kebebasan akhbar dan media. namum ia juga mempunyai peraturan-peraturan drakonian yang membatasi pembangkangan dan yang memberi kuasa yang sangat luas kepada eksekutif. Atau dengan kata yang berbeza sedikit. Ini menambahkan lagi kecurigaan terhadap demokrasi. kepentingan tertentu atas nama perwakilan rakyat. perlembangaan dan parlimen.

ia tidak sama dengan demokrasi Barat yng memberi kebebasan mutlak seratus peratus kepada rakyat sehingga boleh melakukan apa saja atas nama demokrasi. Untuk mencapai kemajuan kita perlu ada ide-ide yang baik. vox Dei iaitu suara ramai adalah suara Tuhan. Bangsa-bangsa Barat cuba mendakwa bahawa demokrasi tidak cacat dan menanggapnya sebagai satu sistem yang tidak siapa boleh mempertikaikan atau mengubahnya. Demokrasi adalah ciptaan manusia dan sudah tentu ia jauh daripada sempurna. Pindaan-pindaan baru kepada perlembagaan Umno seperti undi bonus kepada mereka yang dicalonkan untuk jawatan tinggi parti ± meningkatkan kuasa kepimpinan parti dan penguncupan tatacara demokratik dalam urusan dalamannya. terlaksananya rancangan-rancangan kita bermakna faktor-faktor ini ada pada kita. Harus diingat juga bahawa demokrasi bukan agama Tuhan. Tetapi hanya dengan ini sahaja tidak menjamin kita akan maju.´ Bagi Mahathir. perancangan yang rapi dan pengurus yang terbaik dalam melaksanakan pembangunan negara. pengamalan demokrasi di Malaysia mengikut acuannya sendiri. Tetapi percayalah demokrasi bukan suara Tuhan dan jauh daripada sempurna. wawasan. bahkan ia penuh dengan kecacatan dan yang boleh membinasakan pengamalnya dan menjadikan mereka mangsa kezaliman sistem demokrasi yang tidak kurang buruknya daripada kezaliman sistem feudal atau pun sistem diktator.Mereka menciptakan slogan Vox populi. mereka telah menjadi mangsa demokrasi tanpa sedikit pun memperolehi manfaat. Keadilan Dan Kesaksamaan Diantara Kaum 4 . Beliau istilahkan sebagai µDemokrsi Asia¶.¶ yang mementing disiplin dan mendahulukan kepentingan awam sebagai kunci untuk mencapai perpaduan negara dan pertumbuhan ekonomi. Mahathir juga percaya untuk membawa keutuhan sesebuah negara memerlukan demokrasi dan autoritariannisme wujud seiringan.Majunya negara kita. kejayaan sesebuah negara bukan bergantung kepada sistem demokrasi sahaja tetapi adalah ide-ide. Mahathir Mohamad sekali lagi menjelaskan : ³ Malaysia berjaya juga menggunakan sistem demokrasi.´ Dalam Perasmian Perhimpunan Agung UMNO tahun 1997. memilih kerajaan dan mempunyai pentadbiran yang berkesan. µNilai Asia Baru¶ atau µDemokrasi ala Malaysia.Menurutnya.POLITIK DAN KENEGARAAN ISLAM Bagi Mahathir. pendekatan yang boleh menjayakan ide-ide berkenaan dan pengurus-pengurus yang berkebolehan. Walaupun ia mengamalkan demokrasi tetapi dalam beberapa hal. Mahathir Mohamad dalam Konvesyen UMNO sempena ulangtahun yang ke 50 (11 Mei 1996) menjelaskan : ³ ramai yang kononnya menerima demokrasi sebagai sistem politik tetapi kerana tidak faham apa ianya demokrasi. demokrasi mesti disesuai dan diselaraskan dengan keadaan setiap negara dan budayanya.

Jawabnya: Ya!. Umar berkata kepada yahudi berkenaan: ³Carilah seorang yang dapat memutuskan kes ini´. Lebih memalukan jika mereka pula lebih bermoral daripada kita dalam mernguruskan harta rakyat mereka. maka bukan muslim bukan sahaja tidak mahu menerima Islam. 1/55). Shuraih dilantik menjadi hakim besar oleh µUmar. Disebabkan keadilan yang pernah ditunjukkan oleh para khalifah yang adil dalam sejarah merekalah maka ribuan manusia menganut Islam atau ingin berlindung di bawah pemerintahan Islam. Kata Umar: aku menyerumu dengan nama Allah. Shuraih yang merupakan seorang muslim yang bertakwa lagi bijak dalam penghakiman. 5 . Lantas Umar bertanya: Kenapa wahai Salman?´ Jawabnya: Engkau berikan kamu semua seorang sehelai. Kata yahudi berkenaan: ³Aku redha dengan Shuraih al-µIraqi sebagai hakim. apabila umat Islam gagal mempamerkan sistem dan perlaksanaan pemerintahan yang adil lagi saksama. Sekalipun keadilan itu terpaksa dirasai kepedihannya oleh pemerintah sendiri. Rakyat tidak bangga untuk mendengar cerita pemimpin mereka mewah dengan penuh tanda tanya tentang hartanya dan berjalan dengan penuh kebongkakan seakan dia ialah maharaja yang tidak boleh dikalahkan atau dipersalahkan. I¶lam al-Muwaqq¶in. Justeru itulah al-µAdl wa al-Musawah (keadilan dan kesaksamaan) adalah teras kepada pemerintahan dalam Islam. Lalu Umar memanggil anaknya Abd Allah. µUmar mencubanya sehingga cacat. sedangkan engkau memakai dua helai´. Khalifah Umar bin al-Khattab pernah membahagi-bahagikan kepada rakyatnya pakaian lalu beliau naik ke atas mimbar dan berkata: ³Wahai manusia dengarlah!´ Tiba-tiba bangun Salman al-Farisi berkata: ³Kami tidak mahu dengar´. maka engkaulah penjaminnya maka hendaklah engkau pulangkan semula dalam keadaan yang elok dan tidak cacat´. bukankah pakaian yang aku pakai ini adalah peruntukanmu yang engkau berikan padaku´. (lihat: Ibn Qayyim alJauziyyah. Beliau pernah berkata kepada gabenor yang dilantiknya iaitu Abu Musa al-µAsy¶ari: ³Wahai Abu Musa! Sesungguhnya engkau hanyalah salah seorang dari orang ramai. Kata µUmar: ³Jangan tergesagesa wahai Salman´. (Ibn Qutaibah. Seseorang pemerintah dibangga dan dikasihi oleh rakyatnya apabila terselah keadilannya. ini. µUyun al-Akhbar. Apabila diangkat kes ini kepada Shuraih dia berkata kepada Umar yang merupakan seorang khalifah yang berkuasa: ³Engkau telah mengambilnya dalam keadaan elok. Ini keadilan dan keinsafan. Kerana kes itu. bahkan tidak memandang hormat kepada Islam. ketika beliau berkuasa sebagai khalifah lalu berselisih dengan seorang yahudi yang merupakan rakyat negaranya mengenai kuda yahudi berkenaan yang hendak dijual.POLITIK DAN KENEGARAAN ISLAM Rakyat akan bangga melihat pemimpin mereka adil amanah terhadap harta negara. Maka kata Salman: ³Sekarang kami akan dengar´. Lihatlah Khalifah µUmar bin al-Khattab. Maka kita tidak peliklah mengapa umat ini sepanjang sejarahnya amat merindui dan mencintai pemerintahan al-khulafa al-rasyidin terutama Khalifah Umar bin al-Khattab r. Seseorang yang adil lagi berkelayakan itu ditabalkan. 1/109).a. bukan dipecat. Namun. melainkan Allah menjadikan engkau yang paling berat menanggung beban antara mereka´.

Betapa pentingnya perpaduan kaum dan semangat muhibah dipupuk di peringkat awal lagi. Kepelbagaian budaya dan agama diterima sebagai satu entiti kekuatan.W. Kita percaya. supaya kamu berkenal-kenalan. Apa yang lebih penting ialah kerajaan ingin melihat masyarakat berbilang kaum berbudaya keperibadian kebangsaan Malaysia yang lebih ekstensif menjangkau batasan suku kaum sempit dengan Islam dijadikan sebagai komponen utama kebudayaan nasional. 6 .POLITIK DAN KENEGARAAN ISLAM Prinsip kesaksamaan ini ditegaskan oleh banyak nas-nas Islam. maka kerana itulah ketegangan dan perbalahan antara etnik dapat diatasi dengan bijak dan saksama. Etnik majoriti merasa selamat dan etnik minoriti pula turut menikmati keamanan. Kerajaan telah mengatur pelan dan strategi perpaduan melalui beberapa dasar sedia ada untuk membentuk masyarakat berbilang kaum yang utuh lagi padu. (Surah al-Hujurat: 13). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Mengakui kerumitan pelaksanaannya. kerajaan telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) hasil daripada ilham YAB Perdana Menteri. Kerajaan juga telah secara perlahan-lahan menghapuskan pengkelasan dan identifikasi kelompok etnik mengikut jenis pekerjaan ataupun aktiviti ekonomi kesan daripada strategi penjajahan British ke atas negara kita dahulu.A. Dasar keadilan dan amanah kerajaan juga telah lama dilaksanakan dalam konteks memantap dan memperkukuhkan hubungan etnik. Ini adalah tompok pemerintahan Islam pada zman selepas kewafatan Rasulullah S. tidak ada sebuah negarapun yang mampu melahirkan rasa selamat golongan minoriti kecuali dalam kes Malaysia. Firman Allah (maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan. dasar dan ruang yang diwujudkan oleh pihak kerajaan. kerajaan meminta rakyat agar insaf serta faham tentang kepentingan perpaduan antara kaum dan perlunya dihakis kebudayaan kesukuan yang menidakkan kebudayaan nasional. Cekap dan Amanah´ pula menampilkan integriti tinggi yang dikehendaki kerajaan di kalangan kakitangan awam khususnya. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. kemajuan ekonomi dan pembangunan fizikal kerana peluang. pembangunan dan kemajuan negara secara bersama. Kerajaan juga sentiasa berwaspada dan berusaha mengelakkan ketegangan dan pergaduhan etnik walau apapun puncanya. yang mementingkan rakyat dan kesaksamaan rakyat. mengwujud dan mengekalkan identiti nasional negara dan masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu. Respons kerajaan kepada tuntutan etnik minoriti sentiasa adil dan saksama. Golongan minoriti kadangkala menikmati lebih kelebihan (walaupun kebiasaannya sedikit berkurang) dalam sektor pekerjaan. Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Ini mengurangkan rasa tersisih dan kurang selamat di kalangan etnik minoriti. Polisi ´Bersih. dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak. bukannya melemahkan. Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) telah digubal sebagai garis panduan dalam membentuk. Kerajaan Malaysia dalam ruang yang ada sejak daripada selepas Peristiwa 13 Mei 1969 berusaha membentuk perpaduan dan keutuhan masyarakat berbilang kaum yang mempunyai identiti nasional dan tidak menghalang hak-hak bukan Islam dalam menjalani semua aktiviti kehidupan. lagi Maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Beberapa istilah berkaitan misalnya istilah ³undang-undang Islam´ dan istilah ³pentadbiran´ undang-undang itu sendiri ada hubungan dengan perlaksanaan undang-undang itu sendiri. Bertitik tolak dari semangat Perkara 3. Selaras dengan tuntutan semasa untuk memperkemaskan pentadbiran hal ehwal Islam.. Pembebasan sesebuah tanah jajahan seperti Malaysia dan pembentukan sesebuah negara moden biasanya ditanda oleh pembentukan sebuah perlembagaan bertulis. Tertakluk kepada Perlembagaan Negeri. kerajaan-kerajaan negeri telah mula mengasingkan tiga institusi penting iaitu Majlis /Jabatan Agama. Sabah dan Sarawak hendaklah membuat peruntukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri itu. Apa yang menarik perhatian ialah di Wilayah-wilayah Persekutuan. Perlembagaan-perlembagaan bagi negeri-negeri yang tidak beraja (Melaka. amalan dan upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja adalah meliputi seluruh Persekutuan. harus difahami berdasarkan perkembangan perundangan negara terutama zaman sebelum merdeka iaitu zaman penjajahan Inggeris. maka perkara-perkara lain berkaitan mempunyai hubungan dengan pentadiran hal ehwal agama Islam misalnya penubuhan Majlis/Jabatan Agama Islam di negeri-negeri. Mahkamah Syariah dan lain-lain. Apa yang perlu difahami ialah dalam perkara yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama Islam. Jabatan Mufti dan Mahkamah Syariah apabila undang-undang induk (pentadbiran hukum Syarak) dipinda dengan memperuntukkan fungsi Majlis secara jelas iaitu membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong/Sultan berkenaan dengan semua perkara yang berhubung dengan agama Islam di dalam negeri kecuali perkara-perkara hukum Syarak iaitu penubuhan Jabatan Mufti dan yang berhubung dengan pentadbiran keadilan iaitu penubuhan Mahkamah Syariah. Keistimewaan Perlembagaan Persekutuan ialah dengan memasukkan empat elemen tradisi dimana antaranya ialah agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong juga menjadi Ketua Agama Islam bagi Wilayah-wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur.POLITIK DAN KENEGARAAN ISLAM Peruntukan Undang-Undang Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia kini. Majlis Agama negeri menjadi pihak berkuasa utama di dalam negeri masing-masing. serta kedudukan dan keistimewaan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam dalam negeri sebagaimana diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri. maka atas sifat Raja sebagai ketua Agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya. Perlembagaan Persekutuan dianggap sebagai undang-undang tertinggi negara Dari segi definisi. Labuan dan Putrajaya) dimana Parlimen diberi kuasa untuk membuat undang-undang mengenai pentadbiran hal ehwal Islam dan penubuhan Majlis Agama untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkaraperkara berhubung dengan agama Islam. Jabatan Mufti. Pengalaman-pengalaman mereka menjajah negara ini dan seterusnya memperkenalkan beberapa statut atau undang-undang bertulis dimana sebahagiannya telah dikekalkan hingga ke hari ini juga harus diteliti kerana ia mempunyai hubungan dalam konteks perkembangan pentadbiran undang-undang Islam. Pulau Pinang. dan. segala hak. tetapi dalam apa-apa perbuatan. keistimewaan dan kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua Agama Islam tidak tersentuh dan tercacat. perlembagaan merupakan suatu himpuan peraturan tertinggi yang telah dipersetujui bersama dan maksud setiap peruntukan memberi manfaat kepada warga selain memasyurkan sebagai sebuah negara merdeka. Perlembagaan Persekutuan juga telah memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri masing-masing termasuk di Wilayah-wilayah Persekutuan. undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran undang-undang Islam adalah diluluskan oleh Parlimen yang juga berfungsi 7 .

penjagaan anak. Badan Perundangan Negeri tidak diberi kuasa menggubal suatu peruntukan yang melebihi daripada peruntukan berkenaan dan harus mengambikira perkara 75 Perlembagaan Persekutuan. Zakat fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya. perceraian. yayasan. penyusunan dan acara bagi mahkamah-mahkamah Syar`iyyah. Menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu. pemberian. taraf anak. maskawin.POLITIK DAN KENEGARAAN ISLAM sebagai Badan Perundangan Persekutuan. yang akan mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini. perlu difahami bahawa status undangundang yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama atau hukum Syarak hanya berkuat kuasa di dalam Wilayah-wilayah Persekutuan sahaja dan sama seperti undang-undang Islam yang digubal di negeri-negeri. pengambilan anak angkat. dalam Perkara 3 (5) Perlembagaan Persekutuan dimana peruntukan dibuat bagi memberi kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang mengenai pentadbiran hal ehwal Islam dan penubuhan Majlis Agama Agama Islam. pembahagian harta dan amanah bukan khairat. Wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat agama. khairat dan yayasan khairat yang dijalankan. Mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama Islam. 8 y y y . Keanggotaan. perkahwinan. amanah. Namun. kecuali perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan. (29) Kerajaan-kerajaan negeri yang lain juga diberi kuasa untuk menggubal undang-undang yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam di bawah Jadual Kesembilan Senarai 2 Senarai Negeri Butiran 1 memperuntukkan: y Hukum Syarak dan Undang-undang diri dan keluarga bagi orang-orang yang menganut agama Islam.(28) namun peruntukan yang diluluskan hanya berkuatkuasa di negeri-negeri jika Badan Perundangan Negeri menggubal atau meminda undang-undang kesalahan jenayah Syariah di negeri masing-masing supaya selaras dengan peruntukan berkenaan. tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan. nafkah.´ Malah. y y y Mengadakan atau menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam. perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama Islam dan khairat. termasuk hukum Syarak yang berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat. Kuasa tersebut dibuat dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Jadual Kesembilan Senarai 1 Senarai Persekutuan Butiran 4 (k) yang memperuntukkan bahawa ³Undang-undang dan acara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan termasuk menentukan Hukum Syarak dan lain-lain undang-undang diri bagi maksud undang-undang Persekutuan. Kerajaan-kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahankesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan iaitu peruntukan hukuman bagi kesalahan-kesalahan termasuk kesalahan jenayah Syariah untuk seluruh Persekutuan. pertunangan.

Di kalangan masyarakat Islam sendiri hal ini menjadi duri di dalam daging yang amat menyakitkan. fikiran dan bisikan naluri mereka. Kita tahu wujudnya laman-laman web di dalam Internet. malah baru-baru ini masyarakat Islam di Malaysia dikejutkan juga oleh penulis Nora Marzuki dengan komennya tentang tudung wanita yang dirasakan agak menyentuh hukum agama. Voltaire mengisytiharkan bahawa ''Saya tidak menerima apa yang anda katakan. Kes buku tulisan Salman Rushdie The Satanic Verses amat menggemparkan masyarakat Islam. dan hal ini sama seperti laman web yang mempamerkan tohmahan tidak berasas kepada Islam dan baginda Rasulullah s. terutamanya apabila ditulis secara senda gurau sebagai bahan ketawa. politik dan sosial sehingga pandangan tentang hal ini menjadi terlalu banyak disebarkan ke seluruh dunia tanpa sempadan ini. risalah dan surat yang dikeluarkan untuk tujuan memburuk-burukkan ajaran Islam di samping lawak jenaka yang mempersendakan nilai-nilai ajaran agama.POLITIK DAN KENEGARAAN ISLAM Kebebasan Bersuara Di dalam ajaran Islam setiap kebebasan mempunyai batas dan hadnya yang tertentu. ''Hak pertama ialah kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat di mana saja mereka berada di dalam dunia ini''. artis.a. Tetapi saya akan bermati-matian mempertahankan kebebasan anda untuk bersuara''. Apa yang berlaku di dalam masyarakat Islam rasanya amat menggalakkan orang bukan Islam yang menaruh permusuhan kepada Islam menjadi amat terdorong untuk melahirkan rasa permusuhan mereka kepada umat dan agama Islam melalui hak dan kebebasan bersuara ini. Bekas Presiden Amerika Syarikat. termasuklah memberikan idea dan pandangan tentang segala-galanya di dalam masyarakat tanpa ragu-ragu lagi. 9 .w mengenai perkahwinan baginda dengan wanita-wanita yang menjadi isteri baginda yang amat disalahtafsirkan oleh musuh Islam itu. semua yang terlibat dengan penampilan kepada masyarakat seperti penulis. Pejuang kebebasan wanita Bangladesh juga menurut jejak Salman Rushdie ketika mengemukakan komen-komennya yang amat sinikal tentang kitab suci al-Quran dan undangundang syariah. Medan terbaru yang dimasuki oleh manusia moden pada hari ini ialah medan teknologi dan komunikasi maklumat yang telah dipergunakan dengan seluas-luasnya oleh mereka untuk mencari keuntungan kebendaan seperti berdagang dan berniaga. termasuk memperniagakan bahan-bahan lucah dan tidak bermoral. Franklin Roosevelt ketika mengemukakan empat perkara dalam gagasan kebebasan menegaskan bahawa. pengusaha filem dan sebagainya telah memasuki gelanggang masing-masing dengan penuh kebebasan untuk menyata dan menterjemahkan perasaan. Hak bersuara umpamanya bukanlah diberikan tanpa sempadan sehingga semua orang boleh berbicara apa saja yang ia mahu tanpa mempunyai prinsip dan asas yang tertentu. kartunis. Sejak itu. buku-buku yang tertentu. Masyarakat Barat yang terkenal dengan masyarakat permisif tanpa terikat dengan prinsip nilai akhlak kerohanian memanglah memberikan hak yang luas kepada kebebasan ini. Laman baru ini juga dimasuki oleh orang-orang yang ingin memberikan pandangan dan pendapat peribadi tentang agama.

juga tertakluk kepada ajaran yang tertentu. termasuk ketika melaksanakan segala hak asasi manusia. berfirman di dalam surah Al-Nisa'. Malah seperti yang dapat kita saksikan rakyat kita sendiri telah menggunakan teknologi ini dengan segala kebebasannya menyibarkan maklumat sama ada betul atau palsu. Jika ia kaya ataupun miskin. berbicara atau bercakap. maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Dua perkara itu ialah kebenaran dan keadilan. Kebenaran dan keadilan ini pula adalah berdasarkan prinsip dan ajaran Islam yang sebenarnya. maka semuanya tertakluk kepada nilai-nilai yang ditentukan oleh agama. mengeluarkan fatwafatwa tertentu dan sebagainya sehingga laman-laman seperti ini menjadi amat eksklusif dan diminati. Demikian juga di dalam perkara-perkara yang lain. Malahan kita juga tersinggung dengan penampilan program TV yang terlalu banyak menonjolkan nilai permisif dalam hubungan lelaki wanita.POLITIK DAN KENEGARAAN ISLAM Mungkin ramai juga yang mengetahui wujudnya filem yang cuba menceritakan secara menyeleweng tentang Nabi Isa a. Falsafah hak asasi manusia yang tidak terbatas menjustifikasikan kelakuan manusia.t. iaitu tentang kehidupan seks baginda seperti filem The Last Temptation of Christ. Oleh itu. jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan.w. Berkahwin dan berketurunan. Maka janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana ingin menyimpang daripada kebenaran. Dan jika kamu memutarbelitkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi. Makan dan pakailah dengan bebas. berlakon. Pendeknya manusia harus mendalami ilmu pengetahuan berasaskan world view Islam yang mendalam untuk memahami segala sesuatu yang bersumberkan ilmu pengetahuan dan gagasan moden dari Barat. Kita sebenarnya merasa amat tersinggung sekiranya hak asasi ini dipergunakan oleh media Barat untuk memberikan imej yang negatif terhadap umat Islam seperti yang banyak berlaku di dalam media Barat selama ini. Allah s. ayat 135: ³Wahai orang-orang yang beriman. termasuk para ibu bapa. termasuk menulis. guru-guru. 10 . sama ada yang selaras dengan fitrah kejadiannya atau pun tidak. Maka sesungguhnya Allah adalah maha mengetahui segala apa yang kamu kerjakan. Oleh itu. dalam menangani hal ini nampaknya hanya akal budi dan ilmu yang berasaskan kepada agama dan nilai moralnya yang akan dapat menjadi panduan bagi manusia melawan kehendak hati yang berasaskan kebebasan mutlak hukuman manusia itu. pemimpin masyarakat dan sebagainya.´ Ayat ini memberikan dua asas penting dalam kehidupan kita. menyanyi.s. perjudian dan sebagainya. minuman keras. Seperti yang diterangkan di atas bahawa di dalam dunia moden dengan sistem teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih ini kebebasan tersebut akan dipergunakan dengan seluas-luasnya tanpa tapisan dan sempadan. bukan kebenaran dan keadilan yang diomong-omongkan oleh orang-orang yang tidak berilmu atau berdasarkan emosi dan sentimen tertentu. cerita tentang orang dalam bentuk tohmahan atau fitnah. Banyak program dari Barat yang menonjolkan perkara ini termasuk di dalam programprogram jenakanya seperti program Friends yang amat digemari oleh generasi muda. menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Hal ini sebenarnya yang meletakkan beban yang amat berat ke atas bahu kita sebagai insan yang beragama dan beriman. Islam telah mengehadkan kebebasan ini di dalam berbagai-bagai bidang. tetapi hal ini tertakluk kepada sistem dan peraturan yang tertentu.

perundangan.POLITIK DAN KENEGARAAN ISLAM Kesimpulan Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah menepati dengan definisi yang diperkatakan oleh ulama masa kini dan terdahulu. Tugas kita sekarang ini adalah untuk mengisi dan memantapkan lagi apa-apa yang perlu diperkemaskan dan tidak lagi menghabiskan masa mempertikaikannya kerana telah jelas bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang terbukti dari segi sejarah. pembangunan dan penghayatan Islam. 11 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful