You are on page 1of 8

MENINGKATKAN PERATUS KEHADIRAN MURID RMT

MENGAMBIL MAKANAN SETIAP HARI

Subiyamin Bin Sulaiman (Guru Besar) , AJK RMT


Sekolah Kebangsaan Durian Mas II, Bandar AMBS, Dungun, Terengganu.

ABSTRAK
Ketidakhadiran murid yang layak menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
untuk makan makanan yang disediakan merupakan suatu masalah yang agak serius
di Sekolah Kebangsaan Durian Mas 2. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti
punca mengapa mereka tidak makan makanan RMT dan mencari jalan untuk
mengatasi masalah tersebut. Adalah diharapkan agar masalah ini dapat
dirungkaikan dan tindakan sewajarnya dapat diambil. Jumlah pelajar RMT Sekolah
Kebangsaan Durian Mas 2 ialah seramai 128 orang dan kajian ini melibatkan 20
orang murid yang paling kerap tidak mengambil RMT. Objektif kajian adalah untuk
meningkatkan peratus kehadiran murid RMT untuk mengambil makanan yang
disediakan setiap hari. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti punca pelajar
tidak mengambil RMT dan mengambil langkah-kangkah untuk mengatasi masalah
tersebut bersama-sama warga sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG). Tinjauan awal telah dijalankan dengan melihat pola ketidakhadiran
pelajar mengambil RMT pada tahun 2015 dan awal tahun 2016 iaitu dalam tempoh
2 bulan iaitu bulan Februari dan Mac 2016. Tempoh soal selidik dijalankan selama
dua bulan iaitu April dan Mei dan didapati berlaku peningkatan kehadiran murid
RMT berkenaan berdasarkan rekod peningkatan kehadiran sepanjang bulan kajian.

1.0 REFLEKSI AMALAN KEHADIRAN MURID RMT


Kebiasaannya, sejak dari tahun 2015, berdasarkan rekod kehadiran murid
mengambil RMT, coraknya sangat tidak memuaskan. Termasuklah tiga bulan
kebelakangan ini. Apabila diamati dan disoal secara rambang, pelbagai alasan
diperolehi, antaranya ialah datang sekolah lambat, sudah makan dirumah, menu
tidak sedap dan sebagainya. Dengan kajian ini diharapkan memberi perubahan dan
tindakan seterusnya dapat diambil bagi membendung gejala murid RMT tidak
mengambil makanan.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


2.1 Objektif Umum
Secara umumnya, objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan peratus
kehadiran murid RMT mengambil makanan setiap hari. Diharapkan dengan
peningkatan peratus kehadiran murid RMT dapat manfaatkan sepenuhnya
usaha murni kerajaan untuk membantu murid yang kurang berkemampuan
dalam mengatasi masalah ekonomi dan meringankan beban murid tersebut
selain dari membantu mereka mendapat makanan yang lebih berkhasiat dan
seimbang.

2.2 Objektif Khusus


i. Meningkatkan kehadiran murid RMT untuk mengambil makanan.
ii. Mengenalpasti punca-punca ketidakhadiran murid RMT untuk mengambil
makanan setiap hari.

3.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran terdiri daripada 20 orang murid RMT Sekolah Kebangsaan Durian
Mas II yang kritikal dari segi kehadiran mengambil makanan RMT setiap hari.
Taburan Subjek Kajian adalah seperti berikut:

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6


4 4 4 2 3 3

4.0 PERLAKSANAAN KAJIAN


4.1 Tinjauan Masalah
Pemasalahan ketidakhadiran murid mengambil RMT diperolehi melalui
laporan daripada Penyelaras RMT serta rekod pengambilan makanan murid
RMT.

4.2 Analisis Tinjauan Masalah


Berdasarkan tinjauan masalah tersebut didapati bahawa responden yang
dikenalpasti itu sama dengan senarai nama yang diperolehi daripada rekod
pengambilan makanan murid RMT. Punca mereka tidak mengambil makanan
RMT ialah:
i. Murid kerap tidak hadir ke sekolah.
ii. Murid datang lewat ke sekolah.
iii. Makanan yang disediakan tidak menarik dan tidak sedap.
iv. Tidak suka makan di awal pagi.

Untuk kajian ini, dokumen soal selidik telah diberikan kepada responden
untuk menganalisis masalah ketidakhadiran mereka. Jadual 1 menunjukkan
hasil soal selidik dari 20 orang responden.
BIL SOALAN YA
1 Saya datang lewat ke sekolah 9
2 Saya kerap tidak hadir ke sekolah 4
3 Saya tidak suka makan pada waktu pagi 2
4 Makanan yang disediakan tidak menarik dan tidak sedap 5
Jadual 1: Soalan Soal Selidik

PUNCA MURID TIDAK MENGAMBIL


RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

Datang lewat ke
10%
sekolah
Makanan tidak menarik
20% 45% dan tidak sedap
Kerap tidak hadir ke
sekolah

25% Tidak suka makan pagi

Carta 1

Hasil daripada soal selidik yang dijalankan ke atas 20 orang


responden, di dapati 45% murid tidak mengambil RMT disebabkan oleh
murid datang lewat ke sekolah. Seterusnya, 25% murid tidak mengambil
RMT disebabkan makanan yang disediakan tidak menarik dan tidak sedap. Ini
menjadi penyebab mereka tidak makan makanan yang disediakan. 20 %
murid pula menyatakan punca mereka tidak mengambil RMT adalah
disebabkan mereka kerap tidak hadir ke sekolah. Ini secara tidak langsung
mereka tidak akan makan makanan yang disediakan setiap hari persekolahan.
Manakala 10% daripada hasil dapatan daripada soal selidik yang dijalankan
menyatakan murid tidak mengambil RMT kerana mereka tidak suka makan
pada waktu pagi. Jika mereka makan pagi akan menyebabkan mereka sakit
perut.
4.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Bagi mencapai peratus kehadiran murid RMT mengambil makanan melebihi
95%, semua masalah yang di nyatakan perlu diatasi dengan segera. Beberapa
pendekatan telah dijalankan, antaranya:

Langkah 1 : Mesyuarat Khas Jawatankuasa RMT

Satu mesyuarat khas Jawatankuasa bagi membincangkan keperluan


mengadakan kajian tindakan ini. Dalam mesyuarat tersebut telah dipersetujui
beberapa perkara yang perlu dilaksanakan oleh semua pihak yang terlibat
seperti:
Semua guru bertugas harian RMT perlu kenal pasti:
i. murid RMT yang kerap tidak hadir ke sekolah
ii. murid yang datang lewat makan
iii. murid yang tidak suka makan pagi
iv. makanan yang disediakan tidak menarik dan tidak sedap

Langkah 2 : Cara mengatasi masalah

I. Program Cakna Guru Besar

a) Guru Besar dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling sekolah


mengadakan perjumpaan dengan murid-murid yang tidak hadir ke
sekolah melebihi 3 hari tanpa sebab dalam kelompok yang kecil.
Nasihat dan kata-kata semangat diberikan. Murid ini akan terus
dipantau kehadiran mereka melalui semakan buku kedatangan
murid. Anugerah Khas Guru Besar telah diwujudkan khas untuk
murid-murid yang hadir penuh pada tahun ini dan tahun
seterusnya. Pada Hari Anugerah Kecemerlangan yang diadakan
pada setiap akhir tahun persekolahan, murid-murid yang
mempunyai kehadiran penuh akan dianugerahkan sijil dan plak
yang tercatat nama mereka.

b) Lawatan Muhibah ke rumah murid


Guru Penolong Kanan HEM bersama-sama beberapa orang
guru telah ke rumah murid untuk mengenalpasti sebab masalah
kenapa murid tidak hadir ke sekolah dan secara tidak langsung
tidak mengambil makanan RMT. Kata-kata nasihat dan
perangsang telah diberikan kepada murid tersebut dan ibu bapa.
Ibu bapa mereka diminta memberi kerjasama untuk memantau
keadaan anak mereka semasa hari persekolahan dan memastikan
anak mereka sampai ke sekolah. Ibu bapa juga diminta untuk
merujuk kepada guru kelas atau guru kaunseling jika ada sebarang
masalah yang menyebabkan anak mereka tidak mahu hadir ke
sekolah.

c) Temubual dengan guru kelas


Satu perjumpaan dengan guru-guru kelas yang mengajar
murid yang kerap tidak hadir ke sekolah dijalankan. Guru-guru
diminta memberi perhatian yang lebih kerap daripada biasa
terhadap murid berkenaan supaya mereka berminat untuk hadir
ke sekolah . Selain itu, mereka juga diminta sentiasa memantau
kehadiran murid tersebut ke sekolah.

d) Sehari bersama kaunselor sekolah


Satu perjumpaan khas diadakan sehari bersama kaunselor
sekolah dengan murid-murid yang kerap tidak hadir ke sekolah.
Pengisiannya ialah memberi motivasi dan nasihat melalui
beberapa aktiviti latihan dalam kumpulan supaya mereka sedar
dan rasa seronok hadir ke sekolah.

II. Atasi pelajar datang lambat ke sekolah

a) Memujuk murid datang awal ke sekolah


Guru bertugas RMT dan guru kelas telah diminta untuk
berbincang dengan murid tersebut untuk mengetahui sebab
murid itu datang lewat ke sekolah. Guru-guru tersebut telah
memainkan peranan yang baik bagi memastikan murid tersebut
boleh datang awal untuk makan makanan RMT. Guru kelas telah
memberikan kata-kata nasihat termasuk sedikit motivasi yang
bertujuan untuk memujuk mereka supaya datang awal ke sekolah.

b) Temubual dengan ibu bapa


Beberapa orang guru telah berjumpa dan berbincang dengan
ibu bapa murid tersebut secara tidak formal . Guru tersebut telah
meminta kerjasama daripada ibu bapa agar dapat memastikan
murid dapat datang lebih awal ke sekolah untuk menikmati
makanan RMT. Pelbagai kebaikan dan manfaat tentang
pengambilan makanan RMT juga dijelaskan kepada ibu bapa.
c) Aktiviti Jom Kumpul Bintang
Satu aktiviti telah dijalankan terhadap murid lewat dimana
mereka akan diberi bintang jika datang awal dan makan makanan
RMT. Namun jika mereka masih datang lewat, bintang akan
diambil semula. Sedikit ganjaran akan diberikan kepada murid
yang dapat mengumpul banyak bintang. Semakkan jumlah bintang
akan dibuat setiap 2 minggu sekali dan ganjaran diberikan dalam
bentuk wang saku sekolah, alat tulis dan kek cawan.

III. Buku Tebus Kupon

Bagi murid yang tidak boleh makan di awal pagi dan murid
yang tidak menggemari menu yang disediakan, kupon akan diberikan
kepada mereka setiap hari mengikut jumlah harga makanan RMT
tersebut. Sekiranya murid tersebut tidak mengambil kupon pada hari
itu dan memakan makanan RMT, kupon mereka akan disimpan dalam
Buku Tebus Kupon. Jumlah kupon yang dikumpul boleh ditebus
dalam bentuk wang saku sekolah atau alat tulis.

4.4 Analisis Selepas Tindakan Dijalankan


4.4.1 Hasil daripada perlaksanaan tindakan, peratus kehadiran murid
mengambil makanan RMT telah menunjukkan peningkatan.

4.4.2 Jadual 2 menunjukkan peratus kehadiran 20 orang murid RMT


berkenaan bagi 2 bulan pertama persekolahan. Peratus kehadiran
pada bulan Februari ialah 32% dan bulan Mac ialah 30%.

Bulan Peratus Kehadiran


Februari 32
Mac 30
Jadual 2

4.4.3 Jadual 3 menunjukkan peratus kehadiran 20 orang murid RMT


sepanjang bulan kajian dijalankan. Peratus kehadiran pada bulan April
ialah 61% dan Mei ialah 70%. Ini menunjukkan peningkatan setelah
kajian dan langkah-langkah mengatasi dilaksanakan.

Bulan Peratus Kehadiran


April 61
Mei 70
Jadual 3
4.4.4 Graf 1 menunjukkan peratus kehadiran murid RMT dari bulan
Februari hingga Mei.

PERATUS KEHADIRAN MURID RMT


80
70
70
60
61
50
40
30
32 30
20
10
0
Februari Mac April Mei

Graf 1

4.5 REFLEKSI KAJIAN


Berdasarkan kajian yang telah dibuat didapati bahawa terdapat
peningkatan kehadiran murid RMT mengambil makanan setiap hari. Tetapi
masih tidak mencapai 95 % kerana beberapa kengkangan daripada murid itu
sendiri. Antara kekangangan terbesar adalah masalah kehadiran mereka ke
sekolah. Ahli Jawatankuasa RMT harus bekerjasama dengan pihak sekolah
untuk menyelesaikan masalah ketidakhadiran murid ini ke sekolah secara
tidak langsung mengambil makanan RMT.
Begitu juga dengan sikap responden yang agak memilih tentang menu
makanan yang telah disediakan. Kehadiran mereka akan merosot pada hari
yang menyediakan menu yang mereka tidak gemari walaupun pelbagai
nasihat telah diberikan oleh guru yang bertugas.
Sepanjang melaksanakan kajian ini, didapati bahawa usaha yang
berterusan amatlah penting terutamanya dalam menyeru dan mengajak
semua murid RMT untuk mengambil makanan RMT setiap hari.

5.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Kajian yang telah dilaksanakan adalah untuk melihat ketidakhadiran murid
mengambil RMT dan mengenalpasti puncanya. Kajian seterusnya haruslah lebih
khusus kepada kaedah menarik minat murid RMT untuk mengambil makanan setiap
hari agar peratus kehadiran murid RMT mecapai lebih 95%.
BIBLIOGRAFI

Kementerian Pendidikan Malaysia (2008). Buku Manual Kajian Tindakan (Edisi


Ketiga), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1993). Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah.


Unit Kesihatan Sekolah, Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

P. Cahanar, Irwan Suhanda (2006). Makan Sehat Hidup sehat. Penerbit Buku
Kompas.

Raahmah M. A. (1999). Rancangan Kesihatan Sekolah. Buletin Kesihatan


Masyarakat, 5, 90-91.

Abdullah Sani Yahya. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. Penang: Rhythm Industries
Sdn. Bhd.

You might also like