You are on page 1of 45

PENDAHULUAN

Pengenalan

Dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, kita memerlukan paradigma dalam pengajaran

dan pembelajaran. Potensi diri pelajar perlulah dieksploitasi secara maksimum dan

optimum agar pembelajaran dan pengajaran bukan sahaja menjadi lebih menarik dan

berkesan malah menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan dalam pencapaian diri

pelajar-pelajar. Peranan guru terpaksa ditransformasikan daripada penyampai ilmu

pengetahuan kepada pemudah cara atau fasilitator; membimbing pelajar meneguhkan

strategi pembelajaran dan pemprosesan maklumat agar mereka berupaya menentukan

hala tuju pemikiran mereka serta merangka strategi pencapaian. (BPG 2002)

Berdasarkan pernyataan demikian, program Pendidikan Jasmani telah pun

memberi sumbangannya yang tersendiri terhadap kesejahteraan pelajar (Cai, 1998; Darst

dan Pangrazi, 2006; dan Wuest dan Butcher, 2006). Matlamat program pendidikan

jasmani di sekolah rendah adalah untuk membangunkan dan meningkatkan hasil

pembelajaran pelajar. Hasil pembelajaran ini termasuklah domain kognitif, afektif, dan

1

psikomotor dengan menyediakan pelajar dengan program-program yang seuai (Butcher

dan Wuest,1999; Griffin dan Sheehy, 2004. Pendekatan yang dicadangkan bagi mata

pelajaran ini ialah pembelajaran melalui kegiatan Pendidikan Jasmani yang merangkumi

tiga aspek penting iaitu penglibatan murid secara aktif dan selamat, interaksi yang kreatif

dengan rakan, bahan dan alat serta penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti

pembelajaran. Teknik pengajaran guru perlu sesuai dengan kebolehan murid dengan

mengambil kira penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan kajian masa depan

kecerdasan pelbagai dan konsep konstruktivisme untuk meningkatkan minat murid

terhadap pelajaran.

Justeru, pendekatan pembelajaran koperatif telah lama disarankan dalam mata

pelajaran Pendidikan Jasmani. Kaedah ini merupakan satu program untuk pembangunan

professional dan peribadi individu (Rekha & Ganesh, 2012). Menurut Effandi Zakaria

(1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran di mana pelajar-pelajar

saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil. Pembelajaran

koperatif berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling

membantu untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan

menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan daripada guru.

Menurut Salvin (1982 dalam Mohd Fadzli Ali 2007), kaedah pembelajaran koperatif

merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid yang terdiri daripada

pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat

yang sama. Pembelajaran koperatif hanya berkesan apabila ia mempunyai tiga ciri iaitu

ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama untuk berjaya.Ciri-

ciri penting kaedah koperatif ialah sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli

sahaja iaitu ketua kumpulan, tetapi semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk

menyelesaikan masalah tersebut. Guru perlu prihatin untuk memberikan ganjaran dan

pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga

memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat. Guru boleh menguji dan

2

memberi gred berdasarkan pretasi kumpulan, kadang-kadang berdasarkan gred individu.

Sasaran utama adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri

sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.

Dengan ini, Kaedah“Team Games Tournament” (TGT) dipilih sebagai subjek

kajian bagi menilai keberkesanan untuk meningkatkan penglibatan murid dalam mata

pelajaran Pendidikan Jasmani di kalangan murid-murid sekolah rendah. Kaedah “Teams

games tournament” (TGT) adalah salah satu model pembelajaran kooperatif yang mudah

diterapkan, melibatkan murid tanpa harus ada perbedaan status, melibatkan peranan

murid sebagai tutor rakan sebaya dan mengandungi unsur permainan dan

reinforcement.Strategi ini juga menegaskan bahawa murid seharusnya tidak dibezakan

dengan warna kulit, keturunan,agama, jantina mahupun mental masing-masing Aktiviti

permainan yang dirancang dalam pembelajaran kooperatif kaedah “Teams games

tournament” (TGT) dapat menyediakan suasana belajar yang lebih relaks di samping

memupuk nilai tanggungjawab, kepemimpinan, kejujuran, kerjasama, persaingan sihat

dan penglibatan murid untuk belajar. Kaedah“Team Games Tournament” (TGT) juga

menekankan interaksi sosial antara rakan sebaya membawa kesan positif terhadap

pencapaian pelajar, perubahan hubungan antara ahli dan sikap terhadap mata pelajaran

dan sekolah. Oleh itu, kaedah “Team Games Tournament” (TGT) diperlukan untuk

mengurangkan jurang antara pelajar serta meningkatkan pencapaian dan mengeratkan

perhubungan antara individu dengan bekerjasama dalam kumpulan.

Refleksi Pengalaman Lalu

Pengkaji telah menjalani latihan mengajar di salah sebuah sekolah di kawasan Simpang

Empat iaitu Sekolah Kebangsaan Simpang Ampat. Semasa pengkaji mengajar kelas

3

Tahun 5 Gigih dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Masalah yang pengkaji hadapi

ialah murid-murid tidak melibatkan diri dalam kumpulan yang diagihkan dengan

sepenuhnya. Perkara ini telah menyebabkan pengkaji terpaksa mengambil masa yang

agak lama untuk memberikan arahan untuk membentuk kumpulan dan mengawal kelas

dengan baik. Objektif pengajaran dan pembelajaran juga tidak tercapai secara

optimumnya.

Pengkaji dapat mengesan masalah ini melalui pemerhatian terhadap mimik muka

murid dan kesungguhan murid untuk melakukan aktiviti. Walaupun pengkaji memberi

penerangan secara berkali-kali, namun murid masih tidak melakukan aktiviti dengan

bersungguh-sungguh dan sebaliknya berkata kepada pengkaji bahawa mereka ingin

bermain bola sepak. Situasi ini juga berlaku terhadap murid perempuan, mereka tidak

ingin melakukan aktiviti terutamanya apabila berada dalam kumpulan bersama lelaki.

Antara ayat yang sering didengar oleh pengkaji ketika sesi pengajaran dan pembelajaran

pendidikan jasmani ialah “cikgu, saya tak suka sama kumpulan dengan dia”, “tak mau

buat la cikgu”, “cikgu,nak main bola”. Setiap kali kelas Pendidikan Jasmani dijalankan,

inilah ayat yang terkeluar oleh murid kerana tidak mahu bercampur diri dalam kumpulan

yang tidak digemari. Berikutan hal-hal sedemikian menyebabkan murid kurang berminat

dan tidak ingin melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Jasmani.

Mengimbas kembali pengalaman mengajar semasa praktikum pertama dan

kedua, pengkaji membahagikan murid-murid secara rawak dalam kumpulan dengan

jumlah antara lima dan enam orang bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Kebanyakan kumpulan dapat bekerjasama untuk melakukan aktiviti yang

diberikan. Namun, pengkaji mendapati bukan semua murid dapat melibatkan dalam

kumpulan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dengan ini, pengkaji

mendapati murid akan memberi pelbagai alasan seperti tidak ingin berada dalam

kumpulan yang ada murid berlainan jantina dengannya, ingin berada sekumpulan dengan

4

terdapat kalangan rakan sekumpulan yang bertindak secara bersendirian dan cuba menjalankan 5 . Selain itu. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak bergaul dengan baik atau sukar menyesuaikan diri mereka dalam kumpulan. hanya murid yang berkemahiran sahaja yang melakukan aktiviti manakala murid-murid yang lemah tidak diberi peluang untuk melakukan aktiviti terutamanya murid perempuan yang agak lemah. Murid-murid juga sentiasa bertengkar dalam kumpulan masing-masing terutamnya kumpulan mereka ditewaskan dalam sesuatu permainan. lambat bergerak. pengkaji mengesan murid- murid yang menunjukkan tingkah laku yang negatif antara rakan sekelas seperti ejek- mengejek. dan berpuak-puak. Lantaran itu. Pengkaji dapat melihat perkara ini apabila murid yang bersaiz besar.rakan karib mereka dan pelbagai rungutan lain. Pada mereka. Mereka disisihkan dan dipinggirkan. memilih rakan yang disenangi dan berada dalam persekitaran kumpulan yang mempunyai persefahaman yang sama dari segi emosi dan sosial. pengkaji telah membahagikan murid-murid dalam kumpulan dengan jumlah murid sebanyak lima dan enam orang. Pengkaji mendapati masalah yang sama masih berlaku. timbul masalah bagi guru untuk mengagihkan kumpulan kerana kesan daripada perlakuan negatif ini. tolak-menolak. Pengkaji berbuat demikian sebagai langkah untuk meninjau respons murid-murid berfokus kepada tingkah laku dan penglibatan murid-murid. murid yang mempunyai masalah dalam menguasai sesuatu kemahiran dan pergerakan telah disisihkan semasa melakukan fasa kemuncak atau semasa pertandingan dan permainan kecil dijalankan. Oleh itu. Tambahan lagi. dan tidak dapat melakukan kemahiran tidak akan diberikan peluang untuk bermain dalam permainan yang dijalankan. murid mengambil masa yang lama untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada rakan-rakan yang disukai. Situasi ini telah menyebabkan murid-murid berpencapaian rendah berasa tersisih dan mula tidak yakin dengan diri sendiri apabila mereka tidak memberi sumbangan semasa aktiviti kumpulan. Apabila saya meminta murid melakukan aktiviti. Masalah yang timbul berlaku kerana rasa tidak puas hati. Pada awal praktikum ketiga. Selain itu.

Selain daripada menempatkan mereka dalam kumpulan. 6 . pelbagai persoalan yang bermain di fikiran pengkaji tentang kaedah apadah yang perlu digunakan untuk pengajaran Pendidikan Jasmani. Oleh yang demikian. saya tidak bertindak sebagai pembina semangat berpasukan yang menggalakkan pembinaan nilai amanah dan komitmen kerja.aktiviti secara individu tanpa menghiraukan pendapat rakan sekumpulan yang lain. Hal ini disebabkan murid yan berkemahiran mengkhuatiri bahawa murid yang lemah akan membawa kekalahan untuk kumpulan mereka selagi mereka rasa hanya mereka yang berkemahiran untuk melakukan aktiviti tersebut. Dengan ini. Situasi ini juga menyukarkan pengkaji untuk memberikan sepenuh perhatian kepada murid yang berasa bosan. Punca utama terjadinya masalah ini ialah murid yang lemah dan kurang berkemahiran tidak mahu melibatkan diri dalam ativiti pengajaran dan pembelajaran kerana mereka tidak diberi peluang untuk melakukan aktiviti. jelaslah apabila aktiviti diberikan kepada kumpulan. Murid ini langsung tidak memberi kerjasama kepada ahli kumpulannya dengan tidak menyertai sebarang aktiviti atau melakukan aktiviti secara lewa semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Walaupun cara pelaksanaan ini berasaskan kaedah konstruktivisme. pengkaji berpendapat bahawa masalah murid yang aktif dan berkemahiran mendominasi aktiviti tidak memberi peluang kepada murid yang lemah atau kurang berkemahiran untuk melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Maka timbullah beberapa persoalan dalam diri pengkaji seperti “Adakah kaedah yang sebelum ini tidak sesuai dengan tahap murid?” dan “Mengapakah sebahagian besar murid tidak mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan?” Renungan mendalam terhadap amalan mengajar saya mendedahkan kelemahan diri sendiri semasa melaksanakan teknik berkumpulan. murid-murid saya masih pasif. Ini menyebabkan murid tidak mewujudkan sifat prihatin dan bekerjasama antara ahli kumpulan.

guru akan memberikan ganjaran ekstrinsik sama ada melalui pujian atau hadiah maka ganjaran intrinsik dapat diraih melalui kepuasan yang didapati apabila kumpulan dapat bekerjasama menghasilkan satu tugasan yang dibanggakan dan berfaedah bagi semua. 7 . kajian menunjukkan bahawa motivasi seseorang itu meningkat apabila diberikan ganjaran yang setimpal. menyatakan bahawa faedah utama Pembelajaran Kooperatif ialah keupayaannya meningkatkan keyakinan diri pelajar dan menimbulkan motivasi untuk terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran. Melalui kaedah ini. dipetik daripada Panitz. Melalui kajian ini. Dalam kaedah ini. murid akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Memandangkan masalah murid-murid kurang membentuk sahsiah dalam penglibatan kumpulan dari aspek kerjasama semasa melakukan aktiviti. Johnson and Johnson (1989. Bersandarkan teori behaviouris Skinner. 1998). maka pengaji mengambil inisiatif ini untuk mengetengahkan kajian ini bagi membantu murid-murid menguasai dan meningkatkan hasil pembelajaran aspek kognitif dan afektif oleh murid dengan baik dengan kaedah “Team Games Tournament” (TGT). Ini tentunya akan semakin mendorong pelajar untuk mencapai hasil yang terbaik dalam apa sahaja yang dilakukan. diharapkan dapat memberi kesedaran tentang potensi kaedah ”Team Games Tournament” sebagai kaedah yang berkesan. Kajian ini juga diharap dapat memberikan satu suntikan semangat kepada para pendidik agar menggunakan kaedah ini untuk menimbulkan keseronokan belajar dan dalam pada itu membantu menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan menarik.

FOKUS KAJIAN Huraian Fokus Kajian Biarpun terdapat pelbagai masalah yang telah dikesan dalam refleksi pengalaman yang lalu. Melalui pemerhatian awal. Murid yang berkemahiran akan menunjukkan sikap yang sombong dan berlagak. Selain itu. Mereka sering kali tidak memberi peluang kepada murid-murid yang lain untuk melakukan aktiviti. pengkaji ingin memfokuskan kajian ke arah penyelesaian masalah yang melibatkan sahsiah murid iaitu aspek penerimaan murid dalam konteks kerjasama. Selagi murid yang kurang berkemahiran melakukan aktiviti yang dirancang dengan tidak baik akan ditertawakan oleh rakan yang lain. murid yang lebih berkemahiran akan melakukan aktiviti dan memonopoli aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta tidak memberi peluang kepada murid yang lemah untuk melakukan aktiviti. tingkah laku murid yang negatif seperti menunjukkan sikap yang sombong dapat dikesan oleh pengkaji semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Masalah ini juga disebabkan ketidakseimbangan dalam taburan kekuatan ahli kumpulan. murid yang lemah akan cepat berasa bosan yang tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar oleh guru. Dengan ini. Murid yang berkemahiran sentiasa akan berada dalam kumpulan yang sama dan kumpulan ini akan 8 . Hal ini menyebabkan berlakunya pengajaran dan pembelajaran tidak menarik disebabkan sesetengah daripada mereka sudah tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang.

Pengumpulan Data Awal Sepanjang menjalani praktikum fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Simpang Ampat. Antara kriteria-kriteria yang menyebabkan masalah yang dihadapi oleh pengkaji ialah antaranya wujud kumpulan yang tertentu. Murid suka memilih rakan-rakan yang mahir dalam sesuatu permainan dan mengasingkan rakan yang tidak berkebolehan dan menyebabkan pengkaji sukar untuk membuat kumpulan. guru perlu bijak menyesuaikan tahap dan kadar pengajaran untuk memenuhi keperluan murid pada masa kini. Hal ini terjadi disebabkan oleh peningkatan bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah boleh mengakibatkan wujudnya kumpulan-kumpulan kecil murid. Acapkali pengkaji sering mendengar keluhan murid yang menyatakan bahawa mereka tidak menyukai ahli kumpulan yang telah ditetapkan seperti “Cikgu.menjadi lebih kuat sering memenangi tempat teratas dalam aktiviti Pendidikan Jasmani yang dijalankan. Bagi memaksimumkan tahap pencapaian fizikal yang sama rata di antara murid maka murid haruslah dikelompakkan dalam kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan. Murid yang lemah juga menyatakan bahawa 9 . pengkaji mendapati masalah yang sering timbul setiap kali pengajaran Pendidikan Jasmani ialah masalah pembentukan sahsiah murid dalam aspek bekerjasama secara berkumpulan. kami tak suka kumpulan dengan dia. Pengkaji perlu mengumpulkan maklumat secara terperinci mengenai masalah penglibatan dan penerimaan murid dalam konteks kerjasama. Segala maklumat perlu dikumpulkan agar dapat menjadi bukti yang kukuh mengapa kajian ini perlu dilakukan. Oleh hal yang demikian. Dia tak pandai main”.

proses pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan juga akan menyebabkan murid-murid tidak dapat ikut aktiviti yang dilakukan oleh pengkaji. Akibatnya murid akan berasa tidak puas hati untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang dengan maksimum dan lebih membimbangkan ialah persoalan sejauh mana objektif dan hasil pembelajaran dicapai. Hasil analisis tinjauan masalah tersebut telah membuktikan bahawa murid-murid tidak mempunyai nilai kerjasama yang kukuh dan tinggi.mereka tidak minat untuk melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani kerana sesetengah rakan tidak mahu mengambil mereka sebagai rakan sekumpulan. Kegagalan pengkaji dalam menyusun corak pengajaran yang baik dan penampilan diri yang kurang positif akan menyebabkan murid-murid kurang yakin dengan pengajaran pengkaji dan tidak berminat untuk melakukan aktiviti yang telah dirancang oleh pengkaji. Setelah mengadakan beberapa kali sesi kolaboratif bersama pensyarah dan rakan-rakan. Oleh yang demikian. tidak berinteraksi secara maksimum bagi mencapai matlamat pembelajaran serta kurang bermotivasi untuk bersaing dengan rakan bagi meningkatkan prestasi pembelajaran. proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi memastikan bidang pendidikan melahirkan modal insan yang berjaya di dunia dan akhirat. pengkaji berpendapat. pengkaji telah mengenalpasti satu kaedah atau intervensi untuk mengatasi masalah penerimaan murid yang sering 10 . aspek yang disebutkan tadi dapat dibina dan dipupuk melalui Pendidikan Jasmani. Kebanyakkan murid lebih mementingkan diri sendiri dan hanya ingin mencapai kemenangan. Tambahan pula. Justeru. Hal ini mendorong murid yang lemah hilang keyakinan untuk beraksi dan tidak ingin melibatkan diri dalam setiap aktiviti Pendidikan Jasmani kerana tidak mahu ditertawakan oleh rakan yang lain. tiada sifat kebergantungan antara sesama rakan sekelas. Pemilihan rakan dalam pasukan merupakan faktor utama guru terpaksa meleraikan mereka daripada memilih sendiri rakan sepasukan untuk melakukan aktiviti. murid yang lemah dalam sesuatu kemahiran akan menjadi punca atau penyebab kepada kekalahan kumpulan.

Pengkaji juga berpengetahuan dalam menggunakan kaedah pengumpulan data seperti temu bual dan yakin bahawa subjek kajian mampu menunjukkan perubahan tingkah laku selepas intervensi dilaksanakan. Pelaksanaan intervensi adalah mudah untuk diuruskan. Kebolehtadbiran Menurut Syahida. Selain itu. tarikh. Dalam kaedah ini pembelajaran ini hanya berpusatkan kepada pelajar dan guru hanya sebagai pembimbing dan pemudah cara. A. kajian ini juga diharapkan dapat membuktikan bahawa kaedah ini dapat menimbulkan minat dan motivasi murid ini terhadap pembelajaran. (2013). Kriteria Pemilihan Fokus Kajian Bagi memastikan fokus kajian ini sesuai dilaksanakan oleh pengkaji. pengkaji telah menilai kesesuaian fokus kajian ini berdasarkan enam kriteria pemilihan fokus kajian di bawah. Kaedah ini bukan sahaja dapat membantu murid dalam pembelajaran malah membantu guru Pendidikan Jasmani sekolah rendah dari segi perancangan strategi pengajaran dan pembelajaran yang ingin disediakan.dibangkitkan. pengkaji merangka kajian dengan menentukan masa. Pengkaji mendapati kaedah “Team Games Tournament” boleh mengatasi masalah penerimaan murid dari aspek kerjasama. kebolehtadbiran merupakan ciri praktik yang terdapat dalam sesuatu ujian dan ia merupakan faktor penting dalam sesuatu ujian. Pengkaji telah mengambil satu kaedah pembelajaran koperatif Mod TGT atau “Team Games Tournament”. 11 . lokasi dan tempoh pelaksanaan kajian untuk melancarkan kajian. Sekaligus.

Murid-murid dapat saling berkoperatif untuk belajar semasa pengajaran dan pembelajaran. fokus kajian ini adalah penting untuk diberi penekanan. 12 . Oleh yang demikian. hasil daripada kajian ini dapat dimanfaatkan oleh setiap murid sekolah ketika aktiviti Pendidikan Jasmani bagi membolehkan kaedah “Team Games Tournament” diimplementasi dengan tersusun dan bersistematik. Kaedah yang dikemukakan juga boleh diguna pakai sebagai panduan untuk merancang aktiviti- aktiviti lain dan boleh diaplikasikan dalam mata pelajaran lain. Interaksi antara guru dengan murid serta murid dengan murid juga akan menjadi lebih efektif dan menjadikan situasi pembelajaran lebih berkesan.Kepentingan Kajian tindakan ini penting untuk mengatasi masalah penerimaan murid dalam kumpulan dan mengurangkan masalah tingkah laku negatif dengan menggunakan kaedah ini. Sekiranya masalah yang dihadapi ini tidak diselesaikan akan menyebabkan berlakunya kegagalan murid-murid itu untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Kaedah “Team Games Tournament” yang berjaya akan memberi impak yang besar kepada guru-guru bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Justeru. Kebolehgunaan Kajian ini membolehkan kaedah “Team Games Tournament” ini digunakan dalam pengajaran bukan sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani namun secara tidak langsung kajian ini dapat digunakan dalam mata pelajaran lain dengan mengaplikasikan penggunaan murid berkemahiran sebagai pembimbing kepada murid yang kurang berkemahiran.

Bagi memastikan pelaksanaan kajian berjalan dengan lancar komunikasi antara pengkaji dengan subjek kajian memainkan peranan yang penting supaya arahan yang disampaikan jelas dan tepat. Pengkaji tidak memerlukan pengurusan yang sukar kerana menggunakan sepenuhnya masa pengajaran dan pembelajaran seperti yang ada dalam jadual waktu peribadi pengkaji dan memudahkan pengkaji melaksanakan tanpa menjejaskan waktu pengajaran guru-guru lain terhadap subjek lain. Di samping murid-murid dalam kumpulan perlu sentiasa bersedia dan berkolaborasi supaya kajian dapat dijalankan dengan lancar. Selain itu.Kawalan Pengkaji mempunyai kawalan terhadap tempoh pelaksanaan dengan mengawal tempoh masa. guru mata pelajaran dan guru-guru sekolah yang lain bagi mendapatkan maklumat tentang subjek kajian. Kolaborasi bersama penyelia memberi ruang kepada pengkaji untuk mendapatkan pandangan individu yang lebih bepengetahuan dan berpengalaman dalam melaksanakan kajian tindakan ini. wujudnya kolaborasi antara pensyarah yang dilantik oleh pihak institut dan pengkaji bagi membincangkan tindakan dan penambahbaikan terhadap kajian yang dilaksanakan. Contohnya pengkaji sentiasa berbincang dengan guru kelas. Kolaborasi antara pengkaji dan murid juga penting bagi menilai keberkesanan tindakan pengkaji. 13 . Kolaboratif Kajian ini melibatkan pelaksanaan kolaborasi yang melibatkan kerjasama antara pihak sekolah serta pentadbiran sekolah dengan pengkaji.

Tindakan Berdasarkan masalah yang dihadapi berkaitan pembentukan sahsiah murid berkemahiran yang kurang memuaskan dengan mendominasikan aktiviti tanpa memberi peluang kepada murid yang lemah. bersatu dalam sebuah kumpulan. Menurut Johnson dan Holubec (1994). Pengkaji mencadangkan untuk membina satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baru iaitu kaedah “Team Games Tournament” untuk meningkatkan penglibatan dan penerimaan murid dari aspek kerjasama. Dengan ini. pembelajaran koperatif adalah satu kedah pengajaran yang menggunakan kumpulan-kumpulan kecil dan menggalakkan pelajar- pelajar bersama-sama untuk memaksimumkan tahap pembelajaran individu serta rakan- rakan yang lain. Kaedah “Team Games Tournament” merupakan salah satu teknik berasaskan pembelajaran koperatif di mana dapat melahirkan murid-murid yang saling berkerjasama serta saling bantu membantu dengan rakan sekumpulan. Murid-murid akan saling bergantung dan belajar sesama lain untuk menguasai sesuatu kemahiran.Kerelevanan kepada sekolah Kerelevanan kaedah “Team Games Tournament” ini dapat dilihat dari sudut mengeratkan hubungan antara murid supaya mereka sanggup menerima satu sama lain tanpa melakukan tingkah laku yang negatif. Kaedah ini memberi faedah kepada pihak sekolah bagi meningkatkan suasana yang harmoni dan menyatupadukan kesinambungan antara warga sekolah di samping dapat meningkatkan pencapaian murid sekiranya mereka saling belajar sesama lain. guru dapat mengetahui dengan jelas tahap kebolehan 14 .

Manakala ahli kumpulan yang lain juga boleh memberi undian kepada instruktor dari kumpulan lain sekiranya mendapati 15 . pengkaji akan menyediakan satu carta instruktor kelas bagi undian instruktor yang terbaik dan juga sebagai sesuatu pujian kepada instruktor yang berusaha. Hasil ujian mendapati pencapaian pelajar dapat ditingkatkan dan pelajar saling bergantungan antara satu sama lain. (2003) telah menjalankan kajian menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dalam membantu pelajar-pelajar yang mempunyai tahap pencapaian yang lemah dalam pelajaran. Kaedah ini akan dijalankan dengan cara membahagikan murid kepada enam kumpulan kecil secara sama rata. kemahiran berfikir. pemilihan pelajar adalah berdasarkan kemahiran dan kebolehan mereka ataupun menggabungkan pelajar-pelajar yang lemah supaya pelajar berpotensi ini dapat membantu pelajar yang lemah. Selain itu. Setiap instruktor perlu menjalankan tugasan dengan bertanggungjawab supaya mendapat satu sticker undian dari ahli-ahli kumpulan. Pengkaji akan menyediakan kad nama yang berbeza warna dengan membezakan kumpulan masing-masing. Instruktor akan bertukar kepada orang lain pada setiap minggu iaitu instruktor akan menjalankan tugas sebanyak dua waktu dalam seminggu. meningkatkan pencapaian pelajar. Murid yang berkemahiran akan mendapat bip sebagai instruktur dalam kumpulan sendiri.ataupun pencapaian serta kelemahan pelajar dalam sesuatu kemahiran yang diajar di mana guru boleh memberi penekanan terhadap kemahiran tersebut dengan kerjasama dan bimbingan murid-murid sekumpulan. Dalam sesebuah kumpulan. Instruktor yang dipilih akan berusaha menolong rakan-rakan lain bagi membimbing mereka dengan cara dan keusahawan sendiri. motivasi dan juga menguasai pengetahuan secara berterusan oleh pelajar. Hasil kajian mendapati pembelajar secar koperatif melahirkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan menberi lebih keyakinan diri kepada pelajar untuk belajar. Joseph et al. Ia dapat meningkatkan pemahaman pelajar.

Mengikut pendapat Shahabuddin et.instruktor tersebut telah menjalankan tugasan dan memberi bimbingan yang baik. Oleh itu. Instruktor yang mendapat sticker yang terbanyak akan diberi ganjaran manakala ahli-ahli kumpulan masing-masing juga perlu membantu instruktor kumpulan sendiri bagi mengumpul sticker untuk kumpulan sendiri. malah mereka akan berasa amat dihargai kerana terlibat dalam semua aktiviti. namun mereka juga boleh sebagai pembantu kepada murid yang kurang berkemahiran itu sekiranya mendapati instruktor tersebut kurang dapat membimbing ahli-ahli kumpulan. 16 . kaedah pembelajaran koperatif yang digunakan ini dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan kepada pelajar. kaedah koperatif ini dapat memupuk sifat penyayang kerjasama. Setiap murid hanya mempunyai satu sticker pada setiap waktu pengajaran dan pembelajaran untuk memilih instruktor yang baik dengan melekat ke atas carta instruktor dengan petak yang disediakan. Dengan ini. kaedah “Team Games Tournament” ini dapat membentuk sahsiah yang baik semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. hubungan yang erat antara murid dan sebagainya. Murid akan berasa gembira kerana mereka akan belajar bersama-sama di dalam kumpulan. Murid yang selalu mendominasikan aktiviti juga perlu memberi laluan dan kehormatan kepada instruktor. Ganjaran akan diberi kepada kumpulan yang mendapat sticker terbanyak pada akhir tempoh perancangan sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid tidak akan berasa diri mereka terasing. Murid hanya boleh melekatkan stiker selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran selesai. Instruktor akan bertukar secara bergilir-gilir supaya setiap murid dapat memainkan peranan dan mengelakkan situasi yang hanya dimonopoli oleh murid yang berkemahiran manakala murid yang kurang berkemahiran juga sanggup memberi bimbingan sesama lain.al (2007).

melalui kaedah “Team Games Tournament”. 28 . II. Meningkatkan kerjasama kumpulan semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Objektif Khusus I. Mengekalkan perubahan tingkah laku murid terhadap masalah kerjasama kumpulan dalam Pendidikan Jasmani selepas menggunakan kaedah “Team Games Tournament”. OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN Objektif Umum Kaedah “Team Games Tournament” dapat meningkatkan kadar penglibatan dan penerimaan antara murid dalam aktiviti kumpulan secara berkomitmen.

Adakah pengajaran kaedah “Team Games Tournament” dapat meningkatkan minat dan motivasi untuk belajar secara berkumpulan 18 .III. Meningkatkan minat dan motivasi untuk belajar secara berkumpulan melalui kaedah “Team Games Tournament”. Adakah tingkah laku murid kekal bekerjasama dalam aktiviti Pendidikan Jasmani setelah kaedah „Team Games Tournament‟ dilaksanakan dalam kumpulan pembelajaran Pendidikan Jasmani? III. Persoalan Kajian. Adakah murid bekerjasama semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dengan menggunakan kaedah “Team Games Tournament”? II. I.

Penduduk yang dari kelas sederhana termasuklah guru. Penduduk dari kelas bawah pula bekerja sebagai petani. Pengkaji menjalankan praktikum di sekolah ini selama tiga bulan dan dapat melihat permasalahan yang timbul dalam sekolah tersebut. Latar belakang responden 19 . Sekolah tersebut mempunyai kira-kira 650 orang murid dan 50 orang guru yang menjadi jentera pentadbir dan pendidik murid-murid. PESERTA KAJIAN Latar belakang sekolah Pengkaji menjalankan kajian di sebuah sekolah di kawasan Simpang Empat iaitu Sekolah Kebangsaan Simpang Ampat.peniaga dan sebagainya. penoreh getah dan buruh. Majoriti penduduk di Kampung Simpang Empat adalah berbangsa Melayu yang terdiri daripada pelbagai taraf sosioekonomi.

kebanyakan murid berasa pada tahap yang baik.Kajian ini melibatkan 31 orang murid daripada kelas 5 Gigih yang terdiri daripada 14 orang lelaki dan 17 orang perempuan. Walaupun kelas ini kurang menonjol dalam bidang akademik. Semua responden berumur dalam lingkungan 11 tahun. Ini disebabkan kelas ini adalah kelas yang kedua dalam sekolah ini. Kemudian. Ada murid juga telah memegang jawatan-jawatan seperti kutua kelas. Dari segi tahap kecergasan pula. Didapati juga tiada seseorang pun mengalami masalah kesihatan. Di samping itu juga. melalui ujian yang telah dilakukan oleh pengkaji. Kelas ini rata-ratanya dipelopori oleh murid perempuan berikutan pencapaian akademik perempuan di sekolah ini lebih baik. Kebanyakan murid hanya memperolehi pretasi akademik yang sederhana dan lemah. pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber. Justeru pengaji memilih murid kelas ini untuk mengetahui pelbagai latar belakang murid bagi membantu pengkaji mengubah masalah murid berkemahiran memonopolikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji telah menjelaskan pecahan peratus responden mengikut pelbagai maklumat seperti jadual di bawah. 20 . terdapat beberapa orang murid adalah anak guru di sekolah tersebut. Murid dalam kelas ini berlatar belakangkan kehidupan suasana kampung yang bersifat ala moden. Oleh itu. Responden juga hanya terdiri daripada satu kaum iaitu kaum Melayu yang tinggal di kawasan sekitar Kampung Simpang Empat. penolong ketua kelas. dari segi fizikal pula majoriti murid kelas ini bersaiz kecil dan hanya seorang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. namun masih ada dua orang atlet sekolah yang berada di dalam kelas ini.

5% Lemah 11 35. AGAMA Islam 31 100% 4.4% 5. JANTINA Lelaki 14 45.2% Perempuan 17 54.7% Pengawas Pusat Sumber 2 6.Jadual 4 Jadual Pecahan Sampel BIL MAKLUMAT BILANGAN PERATUS 1. Masalah Kesihatan Ya 3 9.8 peratus.8% 2. Peratusan sampel mengikut jantina juga dijelaskan dalam bentuk carta bar seperti rajah 1.2 peratus dan murid perempuan terdiri daripada 54.3% Pecahan menunjukkan bahawa murid lelaki terdiri daripada 45.0% Sederhana 20 64.2% Penolong Ketua Darjah 1 3. Pretasi Akademik Cemerlang 0 0.5% 6.2% Pengawas 3 9. BANGSA Melayu 31 100% 3. JAWATAN Ketua Darjah 1 3.5% Murid Biasa 24 77.7% Tidak 28 90. 21 .

Rajah 1 Peratusan Sampel Mengikut Jantina Sampel Jantina 18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 Lelaki Perempuan Rajah 2 Peratusan Sampel Mengikut Jawatan Responden Sample Jawatan Responden 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 KETUA KELAS PENOLONG KETUA PENGAWAS SEK. PENGAWAS PUSAT MURID BIASA KELAS SUMBER Series 1 Series 2 Series 3 22 .

3 0. Dari pemantauan yang dijalankan responden memilik jumlah adik beradik antara 2 hingga 8. Sejumlah murid- murid dari kelas ini turut disenarai menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT).15 0. Dari kelas pertengahan adalah ibu bapa atau waris yang bekerja di sektor awam dan peniaga kecil manakala dari kelas rendah pula adalah terdiri daripada petani kecil-kecilan dan pekerja buruh.35 0.05 0 PEJABAT AWAM GURU BURUH PENIAGA PETANI 23 . Rajah 3 Peratusan pekerjaan ibu bapa Responden PEKERJAAN IBU BAPA RESPONDEN 0.25 0.4 0.1 0.2 0. Majoriti responden berasal daripada keluarga yang bertaraf sosioekonomi dari kelas sederhana dan rendah.

Reflect •tindakan yang (Penilaian) dirancang •kaedah mengumpul •keputusan tindakan data •menilai 4.PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN Langkah-langkah Tindakan Kajian ini juga menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis dan Mc Taggart (1988) dengan menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya. Plan(Perancangan) 5. Action(Tindakan) dan Menganalisis Data) •dalam 4 minggu •keputusan tindakan •dilaksanakan ke atas 26 orang responden tahun 5 Rajah 3 Model Kemmis dan Mac Taggart 1998 28 . Reflect(Refleksi) •Fokus isu masalah •tinjauan dan analisis masalah 2. 1. Observe(Pemerhatian 3.

Langkah Kelima : Refleksi dan Penilaian Hasil dapatan yang diperolehi akan dinilai untuk tindakan penambahbaikan pada masa akan datang dan untuk tujuan lanjutan kajian pada masa akan datang. Langkah Keempat : Pemerhatian dan Menganalisis Data Pemerhatian akan dilaksanakan sepanjang kesemua sesi aktiviti Pendidikan Jasmani murid-murid bersama instruktor masing-masing bagi memperolehi dan menganalisis hasil dapatan data. iii. v. setiap tindakan akan mengikut jadual pelaksanaan kajian tindakan yang telah dirangka dan akan setiasa dikemaskini. langkah-langkah tindakan yang hendak diambil telah dirangka dan dirancang dengan baik. Langkah Pertama : Pengenalpastian Isu dan Masalah Tinjauan isu dan masalah yang akan di kaji ialah mengenai pembentukan sahsiah yang rendah dalam kalangan murid dari aspek kerjasama. i. Pelan tindakan untuk kajian tindakan ini adalah diubahsuai daripada Model Kajian Tidakan Kemmis dan Mc Taggart (1988). 25 . iv. Langkah Ketiga : Pelaksanaan Tindakan Dalam melaksanakan tindakan. ii. Langkah Kedua : Perancangan Tindakan Bagi membantu menangani masalah ini.

b) Kenalpasti Tingkah Laku Sasaran Pengkaji mengenal pasti tingkah laku negatif murid yang tidak bekerjasama dalam kumpulan berdasarkan pemerhatian awal yang telah dilakukan selari dengan aspek insaniah dan kemahiran yang ingin diperhatikan serta dipertingkatkan. Intervensi kaedah TGT Rekodkan pemerhatian Kenal pasti tingkah laku dalam pengajaran dan tingkah laku sasaran pembelajaran Pendidikan Jasmani Ubah suai aktiviti yang Rekodkan data dan menarik dan sesuai senarai semak melalui dengan penggunaan pemerhatian guru kaedah TGT a) Rekodkan Pemerhatian Tingkah Laku Pengkaji akan membuat pemerhatian awal terhadap tingkah laku murid semasa murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. pengkaji akan menjalankan kaedah kaedah "Team Games Tournament" dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani seperti yang ditunjukkan dalam Rajah ii. c) Intervensi kaedah “Team Games Tournament” dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Pengkaji akan menentukan kriteria-kriteria untuk memperolehi markah melalui aktiviti kumpulan. Setiap responden perlu bekerjasama untuk mencapai 26 .PELAKSANAAN INTERVENSI Merujuk kepada proses ketiga dalam Model Kajian Tindakan Kurt Lewin.

pengkaji melaksanakan tindakan yang telah untuk mengatasi masalah berkenaan. Langkah-langkah dalam pembelajaran koperatif menggunakan kaedah TGT adalah seperti berikut: 1. bangsa. d) Ubahsuai Aktiviti yang Menarik dan sesuai Pengkaji akan mempelbagaikan aktiviti mengikut kesesuaian serta mengubah cara pengagihan kumpulan supaya murid berada dalam berlainan kumpulan setiap kali aktiviti permainan kumpulan. matlamat aktiviti tersebut. Berdasarkan kajian tindakan ini. jantina. pujian atau sebagainya. Sekiranya seorang daripada ahli kumpulan tidak melakukan . Setelah masalah dikenal pasti. 27 . pengkaji akan mengedarkan borang senarai semak kepada murid untuk meninjau sejauh manakah kaedah “Team Games Tournament” ini berhasil. Ganjaran yang diberikan boleh berbentuk hadiah. Kemudian tindakan perancangan tersebut dilaksanakan bagi melihat keberkesanan kepada penyelesaian masalah tersebut. motivasi belajar. dan latar belakang yang berbeza murid. Ahli kumpulan dipilih secara rawak mengikut susunan nombor di dalam kelas tanpa mengambil kira tahap kecerdasan. pengkaji telah mengenal pasti masalah dan membuat kajian kepada murid daripada Tahun 5 Gigih di Sekolah Kebangsaan Simpang Ampat berkaitan masalah pengkaji untuk meningkatkan pembentukan sahsiah murid dalam kumpulan dari aspek kerjasama. e) Rekodkan Data dan Senarai Semak Setelah intervensi dijalankan setiap kali pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. maka markah dan skor akan kurang. Murid dibahagikan kepada kumpulan masing-masing terdiri daripada lima orang. kebolehan akademik.

pengkaji memberikan ganjaran atau penghargaan kepada kumpulan yang mempunyai prestasi yang terbaik atau telah memenuhi kriteria-kriteria tertentu. Pertandingan individu ini bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan murid terhadap sasuatu konsep dan kemahiran yang telah dipelajarinya. 5. definisi dan pengertian. Setelah itu. 7.2. 3. Pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan penyampaian guru dalam menerangkan isi kandungan pelajaran seperti paparan masalah. Hasil pertandingan akan dibandingkan dengan sebelumnya dan markah diberikan. Setiap ahli kumpulan diingatkan bahawa mereka dianggap belum selesai mempelajari kemahiran yang diajar sehinggalah semua ahli kumpulan mengetahui dan memahami pembelajaran tersebut. Murid-murid menjalani pertandingan-pertandingan yang diadakan oleh guru. Murid boleh melakukan tugasan tersebut secara serentak mahupun saling bergilir bertukar pendapat kepada rakan kumpulan membincangkan masalah dalam kumpulan atau apa sahaja jenis perbincangan bagi menguasai sesuatu kemahiran yang dipelajari. Namun. pemberian contoh serta demonstrasi perlakuan. Tujuan langkah ini adalah untuk memperkenalkan konsep serta mendorong rasa ingin tahu murid terhadap pembelajaran. 6. 4. sijil. Ganjaran yang diberikan boleh berbentuk hadiah. pujian atau sebagainya. Pengkaji akan melakukan pelbagai pertandingan pada sesi kemuncak pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani untuk murid-murid tersebut. Terjemahan konsep dilaksanakan dengan memberikan tugasan kumpulan. Penerapan ini telah 28 . maklumat. Murid bukan sahaja dituntut untuk mengisi lembaran kerja yang diberi tetapi mempelajari konsep yang telah diajar. Markah seterusnya dijumlahkan untuk membentuk skor kumpulan. Rakan kumpulan tidak boleh membantu antara satu sama lain. pengkaji tidak alpa pada fokus pembelajaran dan tunjang pembelajaran yang sepatutnya.

Pengkaji akan menganalisis data berdasarkan pemerhatian awal yang dijalankan ke atas tahun 5 Gigih. Pengkaji menggunakan borang senarai semak untuk mendokumentasikan pemerhatian yang dilakukan berkenaan keberkesanan kaedah ini terhadap murid sebelum dan selepas kaedah ini diperkenalkan. Pengkaji menjalankan 29 .dilakukan oleh pengkaji untuk melihat perubahan yang berlaku pada sahsiah respondenresponden. Tindakan yang dilakukan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menambah baik kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani iaitu kaedah “Team Games Tournament” dan guru sebagai fasilitator mendorong minat murid untuk melibatkan diri dalam kumpulan dengan sepenuhnya. Kaedah Mengumpul Data Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian untuk mengenal sejauh manakah kaedah “Team Games Tournament” ini dapat meningkatkan penglibatan dan penerimaan antara murid secara berkomitmen. Pengkaji juga menjalankan sesi temubual tidak berstruktur terhadap seorang murid tahun 5 GIgih. Pemerhatian adalah merupakan perkara yang dilakukan setiap hari sama ada secara sedar atau pun tidak sedar. (i) Pemerhatian Proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal adalah salah satu aspek yang perlu ada dalam pemerhatian.

kajian pemerhatian bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah “Team Games Tournament” untuk meningkatkan kerjasama antara murid semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Kemudian. Dalam kajian ini. isi-isi penting daripada responden mengenai realiti sebenar pengalaman responden terhadap TGT dapat diperoleh. pengkaji melakukan pemerhatian berstruktur dengan menggunakan senarai semak pemerhatian agar data kajian mudah dikumpul dan dianalisis untuk memerhatikan aspek yang ingin dikenal pasti. Temubual dijalankan pada minggu terakhir intervensi semasa masa rawatan dijalankan. pemilihan instrumen temubual dilihat bertepatan dengan objektif kajian. 30 . isi-isi penting daripada responden mengenai realiti sebenar pengalaman responden terhadap TGT dapat diperoleh. Terdapat beberapa aspek telah digariskan dalam senarai semak pemerhatian dan aspek-aspek tersebut adalah berkaitan dengan tingkah laku dan reaksi yang responden tunjukkan semasa mereka menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dilihat bertepatan dengan objektif kajian. Temubual dijalankan pada minggu terakhir intervensi semasa masa rawatan dijalankan. Sehubungan dengan itu. Melalui temubual. Melalui temubual. data hasil temubual dianalisis. (ii) Temu Bual Temubual dijalankan ke atas murid-murid kelas 5 Gigih bagi memperoleh pendapat dan pandangan mereka mengenai kaedah “Team Games Tournament” semasa pembelajaran Pendidikan Jasmani serta menyokong kepada objektif kajian.

Soal selidik akan dijalankan pada setiap minggu untuk melihat sejauhmana tahap peningkatan kerjasama murid. Triangulasi adalah satu keperluan dalam sesuatu kajian untuk mengukuhkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini. Pada sesi Pendidikan Jasmani pertama. Data yang diperolehi daripada satu instrumen akan dihubungkaitkan dengan instrumen yang lain. Bagi memastikan kesahan dan 31 . Setelah itu. Soal selidik tersebut mempunyai tujuh item soalan sahaja. Item soal selidik yang disediakan pengkaji meliputi konstruk yang ingin dinilai iaitu aspek kerjasama. pengkaji mengumpul semula borang soal selidik untuk dianalisis. Soal selidik diedarkan kepada murid selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Jenis soal selidik yang digunakan ialah secara binary iaitu terdapat dua pilihan jawapan yang mana murid perlu memilih sama ada setuju atau tidak setuju dengan pernyataan-pernyataan yang diberikan. Soal selidik yang digunakan oleh pengkaji merupakan soal selidik yang diubah suai daripada pengkaji yang terdahulu. Perancangan Semakan Data Semakan data akan dijalankan menggunakan kaedah triangulasi atau “triangulation”. pengkaji memberikan penerangan ringkas kepada murid tentang cara menjawab soal selidik. begitu juga sebaliknya. maka hal ini adalah perlu disokong dan selari dengan data yang diperolehi melalui instrumen borang soal selidik. (iii) Soal Selidik Murid Pengkaji telah memilih instrumen soal selidik bagi meninjau tingkah laku murid yang dapat dilihat ketika TGT dijalankan. Sebagai contoh sekiranya pemerhati mendapati bahawa murid-murid dapat bekerjasama dan seronok dalam melakukan aktiviti berkumpulan.

pengkaji telah melaksanakan kaedah mengumpul data secara merakam video sebagai bahan bukti yang sahih dalam menganalisis kesahihan data yang telah dikumpul pada tinjauan awal manakala pengambilan foto adalah bukti pelaksanaan. 32 . pengkaji turut melakukan pengulangan pengumpulan data akhir kajian sebanyak dua kali bagi mengukuhkan kesahan yang dilaksanakan. pengkaji akan dapat melakukan satu kesimpulan yang akan merangkumi keseluruhan dapatan kajian serta mengenal pasti penambahbaikan yang dapat dijalankan dalam kajian berkaitan pada masa yang akan datang.kebolehpercayaan kajian. Hasil daripada kesemua analisis instrumen ini. Selain itu.

Kajian ini dijalankan untuk memudahkan pembentukan sahsiah antara murid dari aspek kerjasama dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. DAPATAN KAJIAN Dalam bab ini. pengkaji dapat melihat perubahan murid dari segi pencapaian dan peningkatan mereka dalam melibatkan diri dalam kumpulan secara bekerjasama untuk mencapai tugasan. Selepas kajian dijalankan. 33 . pengkaji membuat kesimpulan berdasarkan hasil dapatan yang telah dijalankan ke atas murid tahun 5 Gigih. Dalam dapatan kajian ini. pengkaji akan menganalisis dapatan data yang diperolehi melalui kaedah pemerhatian dan soal selidik serta temu bual tidak berstruktur yang dijalankan ke atas responden merujuk kepada persoalan-persoalan yang dibuat dapat diterima atau tidak.

5% 2. Berbanding dahulu dengan sekarang.0% 19. Adakah kemahiran kamu semakin meningkat 31 0 setelah melaksanakan pembelajaran 100% 0% Pendidikan Jasmani secara berkumpulan? 4.5% 9.Analisis data i.0% pertandingan yang cikgu anjurkan di akhir sesi pembelajaran? 6.3% 3. Adakah kamu suka mengikuti pembelajaran 29 2 Pendidikan Jasmani secara berkumpulan? 90.5% antara kawan-kawan? 5. Jadual 1 Peratusan Pilihan Jawapan Bagi Setiap Item Borang Temu Bual BIL ITEM SETUJU TIDAK SETUJU 1. Analisis data soalan kajian 1: Adakah murid bekerjasama semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dengan menggunakan kaedah “Team Games Tournament”? Berikut adalah analisis menyeluruh mengenai temu bual yang telah dijalankan terhadap 31 orang responden. Adakah kawan kamu memberikan kerjasama dalam 28 3 semua aktiviti berkumpulan? 85. adakah kamu 29 2 rasakan perubahan positif dari segi kerjasama 90. Adakah kamu mahu cikgu terus pembelajaran 31 0 Pendidikan Jasmani seperti sekarang ini? 100% 0% 34 .7% 14. Adakah kamu bekerjasama dalam kumpulan 27 4 untuk mencapai kemenangan dalam setiap 81.5% 9.

Pada item soalan yang kelima. Di samping itu juga. Item soalan yang kedua yang menyatakan adakah rakan setiap responden memberikan kerjasama dalam setiap aktiviti berkumpulan? Sebanyak 85. Berdasarkan jadual di atas. 100% respoden bersetuju dengan item ketiga dan keenam yang menyatakan kemahiran setiap responden meningkat apabila melaksanakan aktiviti secara berkumpulan pada item yang ketiga dan semua responden bersetuju untuk pengkaji meneruskan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah “TGT‟ dalam pembelajaran Pendidikan Jasmani pada item soalan enam.7% respoden menyatakan setuju dengan item soalan manakala 14.5% masih tidak suka mengikuti aktiviti secara berkumpulan. Dalam pada masa yang sama.0% responden bersetuju dengan menyatakan mereka bekerjasama dalam kumpulan untuk bersaing mencapai kemenangan menerusi setiap pertandingan yang dijalankan oleh pengkaji pada akhir sesi pembelajaran Pendidikan Jasmani manakala 19% responden adalah sebaliknya. bagi item soalan empat.5% merasakan perubahan positif dari segi aspek kerjasama setiap rakan yang ditunjukkan semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran Pendidikan Jasmani manakala 9.5% responden merasakan sebaliknya.3% responden sebaliknya. 90.5% menyatakan yang mereka lebih suka melaksanakan aktiviti pembelajaran Pendidikan Jasmani secara berkumpulan manakala 9. 81. terdapat 95. Jadual menunjukkan peratusan mengenai kerjasama antara murid 5 Gigih selepas intervensi kaedah “TGT‟ dilaksanakan ke dalam pembelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5G. 35 .

100 100 100 90.5 81 100 TIDAK SETUJU 9.5 14.7 100 90.5 19 0 ITEM SOALAN SETUJU TIDAK SETUJU Rajah 5 Graf Analisis Data Temu Bual Responden 5G ii.5 85.5 85.7 90 81 80 70 PERATUS (%) 60 50 40 30 20 10 0 1 2 3 4 5 6 SETUJU 90.5 90.3 0 9. 36 . pengkaji menggunakan instrumen borang soal selidik yang diedarkan setiap minggu kepada setiap murid bagi pengumpulan data. Analisis data soalan kajian 2 Adakah tingkah laku murid kekal bekerjasama dalam aktiviti berkumpulan semasa aktiviti Pendidikan Jasmani setelah kaedah “Team Games Tournament‟ dilaksanakan dalam pembelajaran Pendidikan Jasmani? Bagi menjawab soalan 2.

4% 28. Sumber: Noraizah Damiri.2% 4.3% 71. Item Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Jumlah Soalan (Setiap Setuju Setuju Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Tidak Setuju Setuju Setuju Minggu) 81.1% 81.2% 4.8% 100% 37 .8% 95.8% 100% 71.4% 28.7% 14.0% 19. Aktiviti berbentuk kumpulan menyeronokkan. Melalui aktiviti berpasukan. 7. Aktiviti ini saya sukai. (2008).5% 100% 81.8% 81.0% 19.9% 38. Aktiviti ini menggalakkan saya untuk tahu apa yang saya pelajari dalam Pendidikan Jasmani.Jadual 2 : Borang soal selidik terhadap aktiviti pembelajaran TGT BIL KENYATAAN SETUJU TIDAK SETUJU 1.8% 100% 0% 100% 66. Jurnal Penyelidikan IPGK Temenggong Ibrahim Johor Bahru.3% 95.3% 100% 61. 5.0% 90. Aktiviti ini memudahkan saya belajar sesuatu kemahiran yang diajar guru 4.1% 42.9% 76.2% 23. 3.2% 23.5% 100% 76. Forum dan Strategi Pembelajaran Koperatif.5% 9.2% 4. Meningkatkan Tahap Minat Guru Pelatih Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Negara Bangsa Melalui Teknik Lakonan.5% 9. saya dapat bertukar-tukar pendapat untuk melakukan kemahiran yang betul.7% 33.6% 85.0% 95. 1.3% 90. kerjasama dengan rakan dapat diwujudkan.2% 4.0% 85. 2.7% 14. 75-91 Jadual 3 Peratusan Pilihan Jawapan Bagi Setiap Item Soal Selidik No.0% 19.6% 85. 6.9% 95.7% 14.0% 19.8% 100% 57. Baghwant Kaur. Melalui aktiviti berpasukan. Aktiviti ini membantu saya mengingat kemahiran secara berperingkat.

Buku Manual Kajian Tindakan. (4th ed. How to design and evaluate research in education. (8th ed). (2011). Retrif pada 25 Februari 2013 daripada http://faizalhjyusof. D.L.. Chuah Y.R. Asia Pacific Journal of Educators and Education. Bhd. Berdasarkan dapatan yang telah dikumpulkan menunjukkan perubahan yang positif pada setiap minggu kaedah “TGT‟ dijalankan oleh pengkaji. Bhd. Vol. (2010). Developmental physical education for all children.). Buku 1.& Donney. Wallen.Kajian Tindakan:Konsep & Amalan dalam Pengajaran. Teori Kecerdasan Pelbagai. Faizal bin Hj Yusof.(2011). New York: McGraw Hill Companies. Semakin ramai responden bersetuju kaedah “TGT‟ meningkatkan tahap kerjasama murid Tahun 5 Gigih terhadap pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani RUJUKAN Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsudin(2011). Segala data telah dikumpul dalam jadual 3. Kaedah Penyelidikan. Gallahue. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Inc. J.com Freankel. Bhd.P (2006).C. (2008).(2003). United Stated: Human Kinetics.(2007). N.blogspot. Chow Fook Meng(PhD) dan Jaizah Mahamud. Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam pelaksanaan kurikulum. Ikhsan Othman & Rohizani Yaakub.Selangor Darul Ehsan:Penerbitan Multimedia Sdn. F. Bagi menjawab soalan kajian 2 pengkaji menggunakan borang soal selidik secara berperingkat pada setiap minggu sepanjang intervensi . 25.. Hasil analisis jadual telah menunjukkan berlakunya peningkatan peratusan yang ketara pada setiap minggu sepanjang intervensi. 2010 38 . 21–32. Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan: Selangor Darul Ehsan:Penerbitan Multimedia Sdn.E. Malaysia: McGraw- Hill (Malaysia) Sdn.

Johor Darul Ta’zim: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia Johor. S. (2009). Menguasai penyelidikan tindakan. Koh Boh Boon. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Sofian Omar Fauzee. D. Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan. Wee Eng Hoe (2000). Multimedia Sdn. Zainudin Abu Bakar. R. Magill. Badrul H. Ipoh: Perpustakaan Negara Malaysia. Australia: Deakin University Press. Singapore.murid dan alam belajar. Cetakan Kedua. Penyelidikan Pendidikan. Kemmis. Shah Alam. (2014)..Selangor. Foundations of Education. Tesis tidak diterbitkan. New York. Carlifonia : A Sage Publications Company.Kartini A. Psikologi pendidikan dan pedagogi. D. (2006). Fajar Bakti Sdn. A. Pendekatan pengajaran guru dalam proses pembelajaran kelas. What Every Teacher Should Know About Student Motivation. (1988).A & Bucher.. Victoria. Bhd. R. 39 . Mohd Najib Abdul Ghafar. A.(2001). Panduan Melaksanakan kajian tindakan di sekolah. Exercise Science. (2008). (2012). Shaharudin Abdul. (2001). (2004). Bhd. Mohd Safarin Nordin & Nor Hisham Muhammad Nor. Bhd. Shamsuddin. Malaysia. (2011). Wuest. Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Edisi Kedua.. Pedagogi asas pendidikan. Mok Soon Sang. (1985). (1999).Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani. and Sport. & McTaggart. Mohd.. Practice conditions. Ahmad S. Noraffandy Yahaya. S. Aziz. McGraw. S.s5 Walker.C. Kuala Lumpur: Freemind Horizons.m. Rosli. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Motor learning – concepts and applications.Hill. McGraw –Hill.M. The action research planner.

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan.Zuber Hassan. Evaluating the KPLI Physical Education Programme. Kementerian Pelajaran Malaysia. LAMPIRAN 1 BORANG PEMERHATIAN BERSTRUKTUR Tingkah Laku Responden Responden KOD T1 T2 T3 T4 R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 R11 R12 R13 R14 R15 R16 40 . (2005).

T3 Murid-murid dalam setiap kumpulan memberikan kerjasama dan menyokong pimpinan ketua kumpulan. T6 Murid melakukan aktiviti dengan seronok. R17 R18 R19 R20 R21 R22 R23 R24 R25 R26 Catatan : Kod Tingkah Laku Responden T1 Murid-murid dapat berbincang. 41 . T4 Murid-murid memberi sokongan seperti menyorakkan rakan-rakan mereka semasa aktiviti dijalankan. menyelesaikan masalah dan bertindak secara berkumpulan dengan baik. T5 Murid melakukan aktiviti mengikut kehendak guru dengan betul. T2 Murid dalam kumpulan masing-masing tidak menunjukkan sikap negatif antara sesama ahli kumpulan.

2 Melakukan aktiviti dengan bersungguh-sungguh 2 2.3 Mengulang aktiviti secara berkali-kali untuk melepasi cabaran.3 Tidak sabar melakukan dan bersungguh-sungguh untuk melakukan aktiviti seterusnya. 3.1 Mendengar arahan guru 1 1.1 Melakukan aktiviti dengan lakuan yang betul. 3.2 Bekerjasama dalam kumpulan 1.1 Mimik muka yang gembira seperti senyum dan ketawa 2. 3 3.3 Melakukan aktiviti dengan teratur 2.LAMPIRAN 1 Bil Aspek Kod 1. 42 . Melibatkan diri secara aktif 1.2 Memberi kerjasama yang baik dalam kumpulan. Seronok dan menerima cabaran semasa melakukan aktiviti 2. Menunjukkan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran 3.

dijalankan oleh guru? Adakah rakan anda memberi peluang 4.2 Menjawab soalan pengkaji mengenai lakuan-lakuan yang betul atau tidak betul. pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani? 2. Memberi maklum balas yang aktif 4.1 Bertanyakan soalan berkaitan kemahiran yang dilakukan 4 4. rakan? Adakah rakan anda membantu anda untuk 6. Adakah anda suka cara guru mengajar? Adakah anda seronok dengan aktiviti yang 3. kepada anda melakukan aktiviti? Adakah anda suka belajar bersama-sama 5. LAMPIRAN 2 SENARAI SEMAK BORANG TEMU BUAL TARIKH : MASA : TINDAKAN BIL ITEM YA TIDAK CATATAN Adakah anda ingin ikut serta dalam aktiviti 1.4. melakukan aktiviti? 43 .

memberi tunjuk ajar cara melakukan aktiviti? Adakah anda ingin membantu rakan anda 8. yang tidak dapat melakukan aktiviti? LAMPIRAN 3 BORANG SOAL SELIDIK RESPONDEN Nama : Kelas : Kumpulan : Tarikh : Sila tandakan ( / ) pada jawapan pilihan anda. Adakah anda suka jika rakan anda 7. Saya sangat berminat dengan aktiviti Pendidikan Jasmani. 1. YA TIDAK 44 . YA TIDAK 2. Saya yakin ketika melakukan sesuatu kemahiran Pendidikan Jasmani.

Saya selesa dengan kesemua muid. YA TIDAK 4. Saya mampu untuk menguasai setiap kemahiran yang diajar. Saya sering memberi semangat kepada rakan semasa melakukan sesuatu kemahiran.3. YA TIDAK 5. YA TIDAK 45 .