You are on page 1of 19

TOPIK 1 ASAS KAJIAN

TOPIK 1 ASAS KAJIAN
Dr. David Lim Chong Lim

PENGENALAN
Kajian memberikan kita pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu
kita membuat keputusan dalam pelbagai konteks. Bagaimanapun istilah “kajian” biasa
digunakan dengan makna “pengutipan data” (data collection). Ahli-ahli politik menyatakan
mereka menggubal polisi berasaskan kajian, manakala ahli-ahli perniagaan memaparkan
hasil kajian untuk meyakinkan pengguna tentang produk yang mereka jual.

Dalam kajian, pengutipan data adalah penting kepada hala tuju masa depan penyelidik
atau organisasi/institusi tertentu, orang-orang berkepentingan, yang menaja sesuatu kajian
itu. Dalam kajian pendidikan, misalnya, masalah-masalah pendidikan dikaji oleh para guru
untuk mendapatkan penyelesaian, penjelasan atau ilmu baru yang boleh membantu guru-
guru meningkatkan prestasi mereka dan juga pelajar-pelajar mereka.

Data kajian boleh dikutip melalui pelbagai cara dan daripada pelbagai sumber, yang
akhirnya diringkaskan dalam satu dokumen. Bagaimanapun, sekiranya data ini tidak dapat
ditafsir dengan baik, ia tidak dianggap sebagai satu kajian. Secara ringkas, data kajian
perlu dikutip dan ditafsir secara sistematik berdasarkan tujuan kajian yang jelas. Dalam hal
ini, kajian boleh didefinisikan sebagai pendekatan saintifik, iaitu sistematik, kepada kajian
tentang sesuatu/beberapa masalah. Di sini, sistematik atau saintifik bermaksud kajian
dibuat dengan menggunakan hubungan logik yang tidak hanya berlandaskan kepercayaan
yang tidak mempunyai bukti nyata. Hubungan logik dan sistematik ini melibatkan
penjelasan tentang kaedah pengutipan dan penganalisisan data, memberi penakrifan yang
sesuai terhadap hasil kajian, menjelaskan sebab-sebab berkaitan hasil yang diperoleh
serta menjelaskan segala batasan yang boleh memberi kesan kepada hasil kajian.

OBJEKTIF
Selepas anda tamat membaca topik ini, anda sepatutnya boleh:

1. menjelaskan asas-asas kajian dan pelbagai jenis kajian;
2. mengenal pasti kriteria kajian berkualiti; dan
3. menjelaskan tanggungjawab etika seseorang penyelidik dan pengguna/penaja
kajian.

OUM
1

ASAS KAJIAN TOPIK 1 PETA MINDA TOPIK Kajian Dalam Pendidikan Inkuiri Saintifik • Alternatif • Kelebihan Kajian Kriteria Kajian Berkualiti Etika Kajian 1. Tujuan kajian boleh dikelaskan seperti berikut: OUM 2 . kajian dibuat untuk mengutip maklumat secara sistematik sebagai satu langkah ke arah menyelesaikan sesuatu masalah tertentu.1 MENGAPA MENYELIDIK? Secara dasarnya.

Kajian jenis ini secara amnya dikenali sebagai kajian asas (basic research) atau kajian tulen (pure research). Ia menjadi sumber kepada kebanyakan idea saintifik dan cara berfikir tentang dunia ini. Kajian asas memajukan pengetahuan asas tentang dunia sosial. kajian dibuat hanyalah untuk meningkatkan kefahaman teori-teori sedia ada atau menghasilkan teori-teori baru dengan tidak mengambil kira aplikasi hasil kajian. Pada satu hujung. terdapat kajian yang hasilnya dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah harian.1: Tujuan menjalankan kajian Projek kajian boleh diletakkan dalam satu kontinum berdasarkan kepada tujuan dan konteks penyeliddikan. Kajian jenis ini dikenali sebagai kajian gunaan (applied OUM 3 . Pada hujung lagi satu.TOPIK 1 ASAS KAJIAN Rajah 1.

Kita tidak perlu mempersoalkan kesahan. ASAS KAJIAN TOPIK 1 research). seperti juga kumpulan profesional lain.1 Kajian Kuantitatif dan Kualitatif Terdapat beberapa jenis kajian yang boleh dilakukan oleh guru untuk menangani masalah amalan yang mereka hadapi. maka segala ilmu kita akan menjadi tetap. dikatakan menghadapi cabaran yang amat kompleks. misalnya. misalnya. iaitu tidak pernah berubah. Justeru. amat jelaslah bahawa para guru perlu menjalankan kajian.2 KAJIAN DALAM PENDIDIKAN 1. Kita tercabar untuk membuat refleksi tentang andaian. mereka perlu mendapatkan pengetahuan sedia ada dalam bidang pendidikan. manakala topik-topik lain dalam modul ini akan memberi penjelasan secara lebih mendalam. Setiap jenis kajian mempunyai matlamat dan kaedahnya tersendiri. antropologi dan falsafah (Freebody. Para guru. pendidikan atau perniagaan. Keadaan ini memaksa mereka membuat adaptasi dan terus berfikir sepanjang mereka menjalankan tugas-tugas mereka. keadaan institusi (institutional setting). 2003). Pada dasarnya. Apakah hubungan antara guru dengan kajian dalam konteks pendidikan? 2. iaitu inkuiri yang sistematik ke atas masalah dan isu yang telah dikenalpasti berkaitan dengan tugas-tugas mereka.2. Di tempat kerja. dan juga daripada disiplin-disiplin ilmu erkaitan seperti sosiologi. Bagaimanakah kajian dapat membantu guru melihat semula. iaitu daripada dinamika sosio-budaya. 1. OUM 4 . yang tidak mempunyai penyelesaian mudah. soalan berkaitan polisi atau menyelesaikan masalah sosial. pedagogi. Berikut dijelaskan perkara-perkara asas yang membezakan jenis-jenis kajian ini. nilai dan amalan. andaian atau makna sebenarnya. menilai dan memperbaiki amalan pengajaran mereka? Sekiranya kita tidak menghadapi sebarang masalah. polisi kurikulum dan sebagainya. maklumat dan penyelesaian kepada setiap masalah mudah diperoleh. kita sentiasa menghadapi masalah berkaitan kerja kita. menyoal dan mencari kaedah untuk memperbaiki proses kerja kita supaya kita dapat membuat keputusan berasaskan maklumat yang betul. yang seterusnya dapat memperbaiki amalan profesional kita. disebabkan wujudnya jurang antara pengetahuan kita dengan pengetahuan umum dan juga pengetahuan umum itu sendiri. Latihan 1. Semua pengetahuan. jawapan kepada pemasalahan yang kita hadapi tentunya tidak boleh didapati semudah itu. Mengapakah guru perlu menjalankan kajian? 3.1 Apakah perbezaan utama antara kajian asas dan kajian gunaan? 1. psikologi. Dalam keadaan sebenar. Penyelidik gunaan menggunakan pengetahuan mereka untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah harian.

Jadual 1. ujian. kesan. Bagaimanapun. sebab dan Memahami fenomena sosial. Reka Bentuk Dibentuk sebelum kajian dijalankan. akibat yang dirancang dan tidak dirancang (intended & unintended consequences). ialah kajian yang menekankan kepada penghasilan makna (production of meaning). dan penakulan kuantitatif dianggapkan mempunyai lebih tinggi kebolehpercayaan dan kesahan. TOPIK 1 ASAS KAJIAN Kajian kuantitatif adalah satu bentuk inkuiri positivis yang menekankan pemerolehan fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi (Ary. Jacobs & Razavieh (2002). 1998). iaitu pandangan subjektif seseorang. misalnya. dan juga persampelan seting dan subjek kajian. menjana teori. Induktif. Kelebihan kajian ini ialah ia berasaskan kepada kerangka teori yang berkaitan framework). 2002. data numerik lebih meyakinkan penyelidik dan pengguna tentang fenomena yang secara logik (coherent theoretical diselidik. iaitu berfokus kepada pemahaman fenomena sosial daripada perspektif peserta kajian. sebagaimana yang dijelaskan oleh Brown dan Dowling (1998). “Bagaimanakah pelajar-pelajar lain bertindak terhadap mereka?”. Dibentuk semasa kajian dijalankan. keanihan seseorang (idiosyncrasies). Pendekatan Deduktif. Sampel Menggunakan sampel besar. Kajian Kualitatif. menguji teori. Alat-alat Menggunakan alat-alat piawai.1: Perbezaan antara Kajian Kuantitatif dan Kualitatif Kuantitatif Kualitatif Tujuan Menyelidik hubungan. 6th ed. Analisis Analisis statistik ke atas data numerik. (1998: 22). Menggunakan interaksi bersemuka. Jacobs & Razavieh. Belmont CA: Wadsworth OUM 5 . kajian ini mempunyai kelemahan utama. dan sebagainya. Selain itu. Brown & Dowling. Sumber: Ary. Bagaimanakah guru menangani tingkah laku ganas”. untuk mengkaji tingkah laku ganas pelajar di sekolah. Berlainan daripada hanya bergantung kepada fakta dan rahah. Deskripsi dan interpretasi naratif. iaitu pengkuantifan semata-mata tidak dapat menjelaskan sepenuhnya kebanyakan masalah dalam pendidikan. penyelidik perlu mengkaji lebih daripada hanya melapor jenis dan bilangan peristiwa (incidents). Menggunakan sampel-sampel kecil. keredaan dan hasrat tersembunyi? Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ary et al. Dia perlu memerhati dan menemu bual pelajar-pelajar ganas dan cuba mencari sebab mengapa mereka menjadi ganas dan juga bertanya mereka soalan seperti: “Bagaimana pelajar-pelajar ini mempersepsikan guru mereka dan pelajar-pelajar di sekolah?”. Soalan-sialan begini memerlukan jawapan dalam bentuk kualitatif. kajian kualitatif mengambil kira apa yang tidak disentuh oleh kajian kualitatif. Introduction to Research in Education. Bagaimanakah kita mengkuantitatifkan “perkara” seperti perasaan.

mengkritik dan menteorikan andaian-andaian yang mendasari idea. sebab penyelidik secara individu akan memberi penekanan kepada pelbagai aspek kajian. Sekiranya anda berpuas hati dengan amalan anda. anda boleh menjelaskan bagaimana dan mengapa anda rasa demikian dan memberikan bukti untuk menyokong tuntutan anda.2 Kajian Tindakan Salah satu daripada bentuk kajian pendidikan yang kerap digunakan pada masa ini ialah penyeldikan tindakan (action research). anda boleh bertindak untuk memperbaikinya dan menunjukkan bukti setakat mana amalan itu telah dibaiki. tiada satu pun pendekatan kepada kajian tindakan.2. seperti aspek teknikal atau nilai yang diperoleh daripada kajian. Sekiranya anda rasa amalan anda perlu diberi perhatian. pemahaman dan amalan penyelidik sendiri. Sebagaimana yang dijelaskan oleh McNiff (2002: 15): Kajian tindakan ialah cara tertentu menyelidik pembelajaran anda sendiri. Ia adalah cara yang praktikal untuk anda menilai amalan anda sama ada telah mencapai tahap yang sepatutnya. Bagaimanapun. iaitu satu jenis inkuiri berebentuk reflektif-kendiri yang mempersoal. Kajian tindakan juga digunakan dalam bidang-bidang lain seperti kajian sosial dan pengurusan untuk meningkatkan profesionalime. ASAS KAJIAN TOPIK 1 1. Secara amnya penyelidik-penyelidik akan melalui langkah-langkah asas berikut (McNiff 2002): OUM 6 .

2: Langkah-langkah asas dalam kajian tindakan Kajian tindakan adalah tidak linear. yang mana laporannya boleh ditulis sebagai beberapa kertas kajian yang berbeza. penyelidik boleh memecahkannya kepada beberapa bahagian. TOPIK 1 ASAS KAJIAN Rajah 1. OUM 7 . tetapi melibatkan proses putaran yang akan mewujudkan putaran baru kajian tindakan dalam jangka masa tertentu. Bagi kajian yang mengambil masa panjang.

Berikut adalah beberapa topik sebenar kajian pendidikan yang telah dijalankan oleh pelajar-pelajar Sarjana Muda dan Sarjana daripada sebuah universiti tempatan yang boleh menjadi panduan kepada anda untuk memilih topik kajian: • Respons daripada pelajar terhadap maklum balas guru (Teh Yock Suak) • Keberkesanan paradigme pengajaran terus terhadap pengajaran inferensi (Ellen Drabble) • Penggunaan teknik motivasi untuk meningkatkan kemahiran bacaan (Puteri Rohani Megat Abdul Rahim) • Struktur pengetahuan metakognitif guru-guru pelatih: Satu kajian kes (Ranjit Singh Gill) • Penggunaan strategi CIS ke atas pengurusan universiti dan formulasi UIS (Qiang Qian) Sampel Kertas Kajian yang Diterbitkan 1. Proses membuat refleksi dan belajar bersama dalam projek ini membantu peserta untuk berfikir.” Tina Cook.1 (2004) Kertas ini. Dapatan kajian menunjukkan bagaimana beberapa kriteria diterlebih generalisasi atau OUM 8 . Educational Action Research 12. Tanya diri anda mengapa anda berminat tentang topik-topik ini dan bagaimana kajian ini dapat membantu anda dan murid-murid anda nanti. Kajian dilaksana berasaskan Cambridge Certificate in English Language Teaching to Adults (CELTA) dan berfokus kepada bagaimana kriteria penaksiran untuk sijil ini ditafsir dan dioperasikan oleh pendidik guru di New Zealand.4 (2004). melaporkan projek kajian tindakan tentang penaksiran pengajaran bahasa kedua. “Reflecting and learning together: Action research as a vital element of developing understanding and practice. Unsur utama dalam kertas ini ialah bagaimana refleksi ‘in action’ dan ‘on action’ (Schön) membantu peserta daripada latar belakang berbeza untuk memahami dan memperbaiki amalan mereka melalui peningkatan pengetahuan dan keyakinan diri serta pengetahuan mereka daripada perspektif orang lain. “The assessment of second language teaching. ASAS KAJIAN TOPIK 1 Fikirkan beberapa topik kajian yang anda berminat dan senaraikannya dalam sehelai kertas. Kertas ini. ELT Journal 58. 2.” Craig Thaine. mempelajari sesuatu. menjelaskan bagaimana pendekatan kajian tindakan membantu peserta dalam memperbaiki amalan mereka dan bekerja sama. “Penaksiran pengajaran bahasa kedua”. menunjuk dan menukar unsur-unsur amalan mereka berpandukan bukti-bukti yang dikumpul. mereka bentuk. “Refleksi dan pembelajaran bersama: Kajian tindakan sebagai unsur penting untuk membina kefahaman dan amalan”.

“Pembelajaran matematik dalam bilik darjah berkomuniti inkuiri”. kerjaya dan keperluan peribadi/sosial pelajar. kepada para pendidik guru bahasa kedua. Implikasi dari segi kajian antarabangsa dan cadangan untuk mengkaji program kaunseling turut dikemukakan.3 KAEDAH INKUIRI SAINTIFIK DALAM KAJIAN Matlamat sains ialah untuk mengembangkan ilmu dan mencari kebenaran. School Psychology International 25. TOPIK 1 ASAS KAJIAN bertindih dengan kriteria lain. cuba menjawab persoalan tentang apakah tindakan tertentu yang perlu diambil guru untuk mewujudkan budaya inkuiri dalam kelas matematik sekolah menengah. Kajian ini meneliti 19 rancangan tindakan para pendidik Timur Laut China yang menyarankan matlamat pejabat ini. 1. Analisis berkisar kepada pemerhatian dalam bilik darjah serta temu bual dengan para pelajar dan guru untuk menunjukkan bagaimana guru menentukan norm dan amalan yang berfokus kepada pemahaman matematik dan justifikasi tentang idea dan penghujahan serta untuk mencerap amalan pembelajaran yang para pelajar gunakan sebagai respons mereka kepada kaedah inkuiri ini.ZPD) digunakan sebagai kerangka asas untuk menjelaskan pembelajaran sebagai “peningkatan penyertaan dalam komuniti yang mengamalkan inkuiri dalam matematik”. OUM 9 . 3. para pendidik berpendapat bahawa matlamat pejabat ini perlu meliputi bantuan kepada guru untuk mengatasin isu-isu peribadi dan kerja mereka. Journal for Research in Mathematics Education 35. “Perceived needs of educational administrators for student services offices in a Chinese context: School counselling programs addressing the needs of children and teachers”.” Merrilyn Goos. Sonya Corbin Dwyer & Kathryn McNaughton. Isu-isu yang dibangkitkan adalah penting kepada para pendidik guru bahasa Inggeris. Teori-teori pembelajaran sosio-budaya dijadikan kerangka untuk meneliti amalan pengajaran dan pembelajaran dalam sebuah kelas dalam masa dua tahun. para pentadbir kanan telah mencadangkan supaya Pejabat Perkhidmatan Pelajar diwujudkan di sekolah-sekolah rendah.4 (2004). Keadaan di negara China hari ini memerlukan pendekatan secara holistik terhadap pendidikan. “Learning mathematics in a classroom community of inquiry. Kertas ini. yang menimbulkan pula masalah kepada kebolehpercayaan (reliability). Konsep “zon pembangunan proksimal” (zone of proximal development . Selain itu. 4. Penyelidik pula cuba mencapai matlamat ini melalui teori-teori dan hipotesis-hipotesis. Ramalan (predicting) dan pemahaman merupakan dua daripada tujuan kita menggunakan teori. atau lebih meluas. Dalam seminar di Changchun. Dapatan kajian menunjukkan terdapat literatur tentang model program bimbingan untuk membantu pembangunan akademik. Kertas ini mencadangkan beberapa cara bagaimana kriteria ini boleh diubah suai.3 (2004).

sampel dan kaedah yang (replicable) digunakan sebelumnya. yang tidak dapat dicerap (observe) secara terus. Kajian saintifik menggunakan proses tertentu yang menggabungkan pemikiran induktif dan deduktif serta pencerapan dan pengujian hipotesis kepada aktiviti-aktiviti yang berasaskan pemikiran reflektif. Kepada kebanyakan orang. yang sememangnya memerlukan teori. kita perlu tahu dan faham mengapa pemboleh-pemboleh ubah (variables) berkait. Kaedah dan pemikiran saintifik amat bergantung kepada konsep-konsep yang membolehkan kita memahami sesuatu perkara serta berfikir tentangnya dan berkomunikasi dengan orang lain secara abstrak. Teori adalah pernyataan yang menjelaskan pertalian antara beberapa pemboleh ubah dalam sesuatu fenomena bersama sebab dan kesannya. Konsep dan konstruk digunakan pada peringkat teori. sementara pemboleh ubah digunakan pada peringkat empirikal. jenis persoalan yang timbul akan berbeza mengikut kefahaman seseorang tentang sesuatu fenomena. Matlamat utama sains ialah untuk menghasilkan generalisasi yang sah dan mencari hubungan antara beberapa pemboleh ubah. Justeru. Apakah itu sains? Sains adalah satu sistem cara yang dapat menghasilkan ilmu pengetahuan. Proses kajian saintifik digunakan untuk membina dan menguji pelbagai hipotesis melalui pemikiran induktif-deduktif. fizik. Analitikal Ia mengikut kaedah saintifik untuk memecah dan menjelaskan fakta empirikal. iaitu sains fizikal (matematik. sosiologi. ekonomi). membuat ramalan dan menentukan hubungan penyebab (causal relationships). ASAS KAJIAN TOPIK 1 Untuk membuat ramalan. Berasaskan teori Ia bergantung kepada pengetahun lepas. Boleh diulang Kajian boleh diulang mengikut keadaan. Kaedah saintifik adalah satu siri langkah-langkah yang diguna untuk membangunkan dan menghalusi sesuatu teori. Subjek sains akan menentukan teknik dan alat yang digunakan dalam kajian. Teliti Usaha dibuat untuk mengurangkan kesilapan.2: Ciri-ciri Sains Ciri-ciri Sains Empirikal Data empirikal diperoleh mengikut keadaan tertentu. Konsep pada peringkat tinggi diguna untuk menjelaskan perkara-perkara yang lebih spesifik. Setiap orang akan menganalisis masalah yang sama dengan cara yang berbeza bergantung kepada persepsi masing- masing yang telah dilazimkan oleh persekitaran yang berbeza. Sains mempunyai ciri-ciri berikut: Jadual 1. gambaran/imej sains dapat dilihat melalui dua klasifikasinya. biologi) dan sains sosial (psikologi. kimia. OUM 10 . Perlu diingatkan bahawa inkuiri saintifik adalah salah satu daripada kaedah menganalisis masalah. Logikal Kesimpulan dibuat berasaskan logik dan hasil kajian. penyelidik akan dapat memahami fenomena yang dikaji. Melalui pemahaman hubungan ini. tetapi terdapat juga beberapa kaedah lain yang boleh digunakan untuk menyelesaikan permasalahan kita.

Apa yang jarang disebut ialah pengetahuan yang diturunkan daripada generasi ke generasi itu mungkin berasaskan kepada beberapa prasangka yang tidak rasional. TOPIK 1 ASAS KAJIAN 1. apa yang kita alami sendiri. kita dapat merasainya. Ia juga boleh menyebarkan idea yang salah. (d) Mistri Media Siaran TV. dan menyebabkan kita menerima maklumat yang salah. yang mungkin disebabkan oleh pelaporan yang kurang tepat. seperti juga kajian saintifik yang menghasilkan ilmu yang tepat dan berguna hanya untuk sesuatu masa atau konteks tertentu. Pengalaman peribadi merupakan sumber pengetahuan OUM 11 . tetapi mungkin mempunyai kesilapan. tradisi atau pengetahuan umum sebagai sumber maklumat. yang menjadikan pengetahuan itu sebagai “natural” atau ianya mungkin telah berubah setiap kali ia dipindahkan kepada generasi baru. selain sains. kebarangkalian saya menang akan meningkat. (b) Tradisi Pengetahuan yang berasaskan tradisi biasanya diterima sebagai betul disebabkan ia telah melalui ujian masa. tetapi ia mungkin membenarkan kepalsuan logik mempengaruhi pemikiran kita.” Adakah terdapat kesilapan dalam logik ini? Jelaskan. (c) Pengetahuan Umum Maklumat dan pengetahuan boleh juga didapati daripada apa yang diketahui oleh semua orang yang mempecayainya. dan kita terimanya sebagai benar.4 ALTERNATIF KEPADA SAINS DALAM PENGHASILAN ILMU “Sekiranya saya sentiasa kalah dalam permainan tenis. Pengetahuan daripada sumber-sumber ini biasa mencukupi untuk interaksi harian kita. kesilapan yang disebabkan kekurangan pengetahuan atau amat bergantung kepada autoriti. Bagaimanapun. Kebanyakan apa yang kita tahu adalah daripada apa yang diajar oleh ibu bapa kita. apa yang mereka sajikan mungkin tidak memberi gambaran sebenar. dan justeru boleh dipercayai. surat kabar. kita dapat mengalaminya. para guru dan pakar serta daripada buku dan media biasanya boleh diterima sebagai betul. Mereka mungkin memberi maklumat atau pengetahuan yang salah sebab terdapat juga pakar yang mempunyai tujuan tertentu yang tidak profesional dengan sengaja memberi maklumat yang salah untuk mengembangkan idea yang bias. sekali lagi saya bermain. (e) Pengalaman Peribadi Apabila sesuatu berlaku. apa yang kita baca dalam buku-buku atau apa yang kita tonton dalam TV atau filem. ia mempunyai batasan tertentu sebab kepakaran seseorang itu mungkin lebih rendah daripada apa yang dijangkakan. majalah dan media lain adalah penting kepada kita sebagai sumber maklumat. (a) Autoriti Pengetahuan yang diperoleh daripada ibu bapa. Bagaimanapun. filem. Pengetahuan umum (commonsense) ini adalah penting dalam kehidupan harian. Maklumat dan ilmu boleh didapati daripada pelbagai sumber. Sandaran kepada autoriti untuk mendapatkan pengetahuan mempunyai kebaikan terutama dari segi mudah dan cepat mendapatkan pengetahuan. yang kita tidak sedar tentangnya.

Fokus ini menjadi lebih kuat sekiranya perkara itu serasi dengan idea prapencerapan (preconceived) kita. • Kesan Halo (Halo effect): iaitu. tetapi ia juga dapat memesongkan (distort) kita. apabila kita memberi tumpuan kepada perkara tertentu sahaja dan tidak kepada perkara-perkara lain. Apa yang kita rasa benar. mencari maklumat lain atau menimbulkan persoalan lain. ASAS KAJIAN TOPIK 1 yang penting kepada kita. 1. kita mengandaikan perkara ini benar dalam situasi-situasi lain. Pendekatan saintifik adalah berasaskan dua perkara penting. iaitu teori saintifik.5 KEBAIKAN PENDEKATAN SAINTIFIK Faktor kritikal yang membezakan kajian yang menggunakan pendekatan saintifik daripada kajian yang menggunakan sumber pengetahuan lain ialah kajian saintifik lebih daripada proses pengutipan dan penganalisisan data. Kedua-dua aspek ini adalah penting yang berkait dengan tiga aspek utama pendekatan sains. Rajah 1. apabila kita memperoleh bukti yang membawa kepada kepercayaan kita. iaitu logik and pencerapan. • Keputusan lebih awal (premature closure): iaitu keputusan yang kita buat apabila kita rasa kita sudah pun mempunyai segala jawapan yang kita perlukan dan kita rasa kita tidak perlu lagi mendengar pendapat orang lain. apabila kita terlebih membuat generalisasi terhadap objek atau seseorang yang mempunyai ciri-ciri cemerlang.3: Pendekatan saintifik OUM 12 . mungkin satu kesilapan atau persepsi/keputusan yang terpesong. Pengalaman peribadi ini dikukuhkan melalui empat kesilapan utama: • Terlebih generalisasi (overgeneralisation): iaitu. pengutipan data dan penganalisisan data. • Pencerapan terpilih (selective perception): iaitu. yang membawa kita kepada memberi penilaian yang berlebihan kepada objek atau orang tersebut.

Dalam model ini. teori mungkin atau mungkin tidak dinyatakan secara eksplisit. Daripada satu bentuk tertentu yang dijangka berasaskan logik atau teori kepada pencerapan yang menguji sama ada bentuk yang dijangka itu sebenarnya wujud. daripada satu set pencerapan tertentu (specific observations) kepada penemuan bentuk (discovery of a pattern) yang mempunyai susunan.5.5.1 Model Sains Tradisi Dalam model sains tradisi. Ia adalah satu proses untuk menyatakan definisi operasional. (a) Model Induktif – bergerak daripada perkara spesifik kepada umum (general). TOPIK 1 ASAS KAJIAN 1. Pencerapan digunakan untuk membukti sesuatu hipotesis atau sebaliknya. iaitu: (a) Teori – digunakan untuk menggarap idea yang dihasilkan dalam bentuk hipotesis. hipotesis tertentu dibina berasaskan prinsip-prinsip umum. Semasa kita mereka bentuk kajian. (b) Model Deduktif – bergerak daripada umum kepada spesifik. prinsip- prinsip umum dibina daripada pencerapan yang spesifik. atau menyatakan operasi terperinci untuk mengukur pemboleh ubah. Dalam model ini.4: Hubungan antara model induktif dan deduktif OUM 13 .2 Model Deduktif dan Induktif Kajian melibatkan penggunaan teori. (b) Operasionalisasi – menyatakan makna semua pemboleh ubah yang terlibat dan bagaimana pemboleh ubah ini diukur. Hipotesis DEDUKSI Teori-teori Pencerapan INDUKSI Generalisasi Empirikal Rajah 1. (c) Pencerapan – melihat dan membuat pengukuran ke atas apa yang dilihat. walaupun ia perlu dinyatakan secara eksplisit semasa kita mempersembahkan dapatan kajian dan kesimpulannya. terdapat tiga unsur utama. 1.

sampel kajian perlu dijelaskan dan bukti perwakilannya perlu ditunjuk. Usaha perlu dibuat untuk mengurangkan pengaruh atau bias penyelidik semasa memilih dan merekod data. untuk menyelesaikan satu set masalah. penyelidik perlu menyatakan keberangkalian kesignifikanannya dan margin ralat yang digunakan. Selain itu. Justeru. tetapi ada batasan yang boleh mengganggu keseluruhan kajian. sesetengah batasan tidak memberi kesan besar kepada dapatan kajian. (d) Piawai Etika yang Tinggi Sesuatu projek kajian yang memberi keutamaan kepada pengawalan para peserta kajian daripada prasangka atau bahaya. dan juga kaedah yang digunakan untuk mengutip data perlu dinyatakan secara eksplisit. (b) Penerangan yang Jelas tentang Proses Kajian Proses kajian perlu diterangkan secara terperinci supaya ia boleh diulang dan disahkan oleh penyelidik-penyelidik lain. Penyampaian dapatan kajian perlu dibuat secara terbatas. Aspek etika akan dibincangkan dengan lebih panjang kemudian. Sekiranya kita menggunakan data dasar (primary data). (e) Dapatan yang Dibincang dengan Jelas Penyelidik perlu menggunakan kaedah menganalisis data yang sesuai. kecuali sumber yang perlu dirahsiakan. Tujuannya mungkin untuk menguji sesuatu hipotesis. menyeluruh. Bagaimanapun. kebolehpercayaan dan kesahan data perlu disemak dan disahkan. Kajian yang baik biasanya mempunyai ciri-ciri saintifik berikut: (a) Tujuan Kajian yang Jelas Sebab atau tujuan menjalankan kajian perlu dinyatakan dengan jelas untuk mengelakkan kekeliruan. dapatan kajian perlu diterangkan dengan jelas. dilaksana dan diuji dengan baik. Sekiranya ujian statistik digunakan. yang boleh memberi kesan kepada dapatan kajian. persoalan tentang kebolehpercayaan dan kesahan akan timbul. penyelidik perlu menyatakan tujuan kajian secara bertulis dengan jelas. dan analisis ini perlu dibuat secara terperinci. atau untuk mencari prinsip-prinsip umum atau mentafsir tingkah laku yang boleh digunakan untuk menjelas. Sekiranya sumber dan/atau kaedah tidak dinyatakan dengan jelas. Sebarang generalisasi yang melebihi bukti akan mengundang impresi yang tidak baik. Sekiranya penyelidik menyatakan kajiannya tidak mempunyai apa-apa batasan. mudah difahami dan disusun supaya mudah dibaca. (f) Batasan Kajian Dinyatakan dengan Jelas Oleh sebab setiap projek kajian menghadapi batasan tertentu. yang pada masa yang sama dapat menghasilkan keputusan berkualiti. (c) Perancangan dan Pelaksanaan yang Sistematik Proses menjalankan kajian perlu dirancang dengan cermat untuk mengurangkan ralat (error). termasuk skop dan batasan kajian serta definisi yang tepat kepada istilah-istilah utama yang digunakan. Sumber literatur dan data. OUM 14 . tepat. jelas. ASAS KAJIAN TOPIK 1 1.6 KRITERIA KAJIAN YANG BAIK Pengetahuan yang berguna dan boleh dipercayai hanya diperoleh daripada kajian yang dirancang. meramal atau mengawal peristiwa (event) dalam situasi tertentu. mungkin ia boleh dipersoalkan. penyelidik perlu menyatakan batasan-batasan ini atau kesilapan yang berlaku semasa kajian dijalankan. akan diberi nilai yang tinggi.

5. Pernyataan Betul/Salah 1. satu kumpulan pelajar di sekolah kerajaan) mempunyai hak untuk mengetahui tentang jenis dan tujuan kajian.htm 1. Model tradisi sains menggunakan logik induktif. Masalah etika boleh timbul daripada pelbagai sumber. (2000) sebagai meliputi: OUM 15 . kita mula daripada mencerap data dan membina generalisasi dan kemudian menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah yang dicerap. Dalam kajian.2 Tandakan (B ) sekiranya betul atau (S) sekiranya salah. 4. Secara dasarnya.com/education/research. Dalam deduksi. subjek kajian (misalnya. yang secara amnya telah dikenal pasti oleh Cohen et al. Peranan teori ialah penyampaian (representation). Hipotesis yang baik ialah yang boleh diuji. bertingkah laku dan/atau berhubung dengan orang lain. kita mula daripada mencerap data dan membina generalisasi dan kemudian menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah yang dicerap.7 ETIKA KAJIAN Etika adalah norma yang memandu kita untuk membuat pilihan. Lawati laman web berikut untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian.support4learning. Penyelidik perlu memberi perhatian yang serius terhadap masalah berkaitan etika yang mungkin berlaku. Dalam deduksi. 3. sebagaimana yang dinyatakan oleh McNamee (2002). Teori membantu kita memahami apa yang kita cerap. 6. TOPIK 1 ASAS KAJIAN Yang mana antara ciri-ciri kajian di atas yang anda rasa paling penting? Mengapa? Latihan 1. sementara model ialah penjelasan. http://www. dan sama ada mereka ingin menyertai kajian atau tidak. 2. sama ada secara langsung atau tidak langsung. etika merujuk kepada kesesuaian tingkah laku penyelidik terhadap mereka yang menerima kesan kajian.

Pemerolehan data sekondar (secondary data) juga boleh menimbulkan masalah salah laku etika. dan • tingkah laku dan keobjektifan penyelidik. organisasi atau individu berkenaan. apabila penyelidik mengambil data peribadi individu yang enggan menyertai sesuatu projek kajian. • konteks kajian. penyelidik perlu memohon kebenaran untuk mendapatkan bahan- bahan daripada agensi. menganalisis dan melapor dapatan-dapatan kajian. • kaedah pengutipan data. penyelidik secara tidak sengaja atau sebaliknya menceroboh privasi bakal peserta atau penyampai maklumat apabila penyelidik membuat panggilan pada masa yang tidak sesuai. dan • penggunaan praktikal data yang dikutip. misalnya. Isu-isu berkaitan privasi mungkin timbul apabila. Contoh polisi kajian diberi di bawah: OUM 16 . Antara isu-isu etika termasuk: • kerahsiaan peserta kajian. • jenis peserta. • penyertaan secara sukarela dan hak peserta untuk menarik diri daripada sebahagian kajian atau sepenuhnya. Di peringkat awal kajian. • prosedur yang akan digunakan. • jenis data yang dikutip. • keizinan dan kemungkinan penipuan di pihak peserta. • reaksi peserta terhadap cara penyelidik mengguna. ASAS KAJIAN TOPIK 1 • jenis projek kajian. • menjaga kerahsiaan data daripada individu yang boleh dikenal pasti. Masalah etika mungkin akan timbul sekiranya badan-badan yang memberi kelulusan tidak diberi penjelasan secukupnya atau peserta tidak jelas tentang objektif kajian. misalnya.

asp Cadangkan tanggungjawab etika kajian pendidikan dan pembuat-keputusan institusi.2. termasuk staf. penerbitan hasil. Pertandingan dalam kajian boleh memberi pengaruh kuat dan positif. 1. tekanan daripada pertandingan boleh menggugat amalan kajian yang baik. Semua pertanyaan berkaitan kepatuhan kepada polisi ini hendaklah ditujukan kepada Timbalan Naib Canselor (Kajian). 1. Komunikasi antara ahli-ahli penyelidik. atau terlalu mementingkan keselamatan sehingga kajian bertahap biasa. sekiranya ia menyebabkan penyediaan dan penyerahan laporan dibuat secara tergopoh- gapah.edu.7. Ia juga memberikan kerangka yang akan melindungi penyelidik daripada kemungkinan salah faham dan juga memberikan langkah-langkah untuk diikuti sekiranya terdapat sebarang kecurigaan atau tuduhan berkaitan salah laku kajian. 1.1. Penyelidik bertanggungjawab untuk mencapai dan mengekalkan piawai keluhuran intelektual tertinggi apabila melaksanakan kajian. semuanya ini akan menyumbang kepada penambahbaikan dan peningkatan etika kajian.anu. Bagaimanapun. 1.TOPIK 1 ASAS KAJIAN 1.5: Contoh dokumen polisi “Amalan Kajian yang Baik” Sumber:http://info. 1. Yang penting antaranya ialah menegakkan piawai etika serta kesahan dan ketepatan dalam pengutipan dan pelaporan data. 1. dan ulangan kajian atau sambungan kajian oleh penyelidik lain. Prinsip am yang menjadi panduan kepada kajian telah lama digubal. Proses kajian akan mengawal kebenaran. Penyelidik perlu memahami polisi ini dan tentukan peruntukan-peruntukannya dipatuhi. Australian National University (selepas ini "Universiti") bertanggungjawab mematuhi piawai integriti kajian tertinggi dan memestikan para penyelidik menunjukkan piawai etika profesional tertinggi. Kegagalan mematuhi peruntukan-peruntukan ini boleh dijadikan sebab untuk tindakan disiplin. termasuk semakan rakan. pembahagian laporan kajian kepada beberapa laporan kecil untuk memperbanyakkan penerbitan. pembentangan dan perbincangan tentang kerja di mesyuarat pakar-pakar. Apabila membuat interpretasi polisi ini. OUM 17 . tanpa mencuba yang lebih kreatif dan inovatif. Polisi ini menjelaskan piawai untuk semua orang yang mengendalikan kajian di Universiti ini. 1. Tanggungjawab komuniti kajian kepada orang awam dan ia sendiri hendaklah diberi pengiktirafan sewajarnya. menyelenggara dan rujukan terhadap rekod kajian.6.au/policies/Policies/Research/Other/ Responsible_Research_Practice.3. Tanggungjawab ini menjadi lebih penting sekiranya amalan profesional atau polisi awam didefinisi atau diubah berdasarkan dapatan kajian. sifat sesuatu disiplin tertentu perlu diambil kira.8.4. Rajah 1.5. membantu meningkatkan kualiti dan menyegerakan hasil kajian. Penyelidik mempunyai tanggungjawab menentukan kerja-kerja mereka membantu menyemarakkan profesion mereka dan juga Universiti di mana mereka berkhidmat. pelajar pascasiswazah dan prasiswazah serta pelawat akademik ke Universiti ini.

misalnya. soalan berkaitan polisi atau menyelesaikan masalah sosial. Nyatakan dengan ringkas maksud ciri ini. Kajian gunaan – Kajian yang dibuat untuk menyelesaikan masalah harian. keanihan seseorang. pandangan subjektif seseorang. misalnya. tetapi mempunyai matlamat yang sama. menyatakan skop dengan jelas. dan sebagainya. Kajian kualitatif – Kajian yang menekankan kepada penghasilan makna yang mengambil kira apa yang tidak disentuh oleh kajian kualitatif. Kajian yang baik mempunyai ciri-ciri yang sama. kita telah melihat beberapa jenis kajian yang berbeza. UJIAN 1 1. iaitu ianya sistematik. Dalam topik ini. Jelaskan dengan ringkas mengapa kajian tindakan adalah penting kepada para guru. Memang tidak ragu-ragu lagi bahawa kata-kata ini benar. Salah satu daripada ciri-ciri kajian yang baik ialah: “Menyatakan batasan kajian dengan jelas”. mematuhi piawai etika yang tinggi dan menyatakan segala batasannya. Kajian tindakan – Kajian yang menekankan kepada penilaian amalan harian. tetapi seperti mana Bell (1999) dan lain-lain berpendapat. 3. ASAS KAJIAN TOPIK 1 RUMUSAN Kerap kali dikatakan bahawa satu-satunya cara untuk mempelajari tentang kajian ialah dengan melakukannya sendiri. Nyatakan dengan ringkas perbezaan antara kajian asas dan kajian gunaan. banyak masa akan terbuang sekiranya prosedur-prosedur asas kajian tidak dipatuhi. iaitu untuk menguji apa yang kita tahu dan menghasilkan pengetahuan baru atau cara baru kita melihat dunia ini. GLOSARI Kajian asas – Kajian yang dibuat untuk meningkatkan kefahaman teori-teori sedia ada atau menghasilkan teori-teori baru dengan tidak mengambil kira aplikasi hasil kajian. Kajian kuantitatif – Kajian yang menekankan pemerolehan fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi. sama ada telah mencapai tahap yang sepatutnya. OUM 18 . pendidikan atau perniagaan. 2. akibat yang dirancang dan tidak dirancang.

1. Jelaskan apa yang anda faham tentang Model Deduktif dan nyatakan bagaimana anda menggunakan model ini dalam kajian. 2. TOPIK 1 ASAS KAJIAN UJIAN 2 Kajian boleh dibuat sama ada dengan menggunakan Model Induktif atau Model Deduktif. Jelaskan apa yang anda faham tentang Model Induktif dan nyatakan bagaimana anda menggunakan model ini dalam kajian. 3. Berikan satu contoh kajian tindakan yang boleh dibuat dengan menggunakan Model Deduktif. OUM 19 .