You are on page 1of 3

Definisi Psikologi Pendidikan

‘Psiko’ sering dikaitkan dengan perasaan, jiwa, mental, dan emosi dan‘psikologi’
pula adalah kajian mengenai perasaan, jiwa, mental dan emosi. Kesemua takrifan
itu adalah persepsi pertama yang terlintas dalam pemikiran kita apabila
mendengar perkataan-perkataan tersebut. Bagaimanapun Kamus Dewan
memberi maksud psikologi sebagai kajian tentang proses mental dan pemikiran,
terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan. Pola pemikiran
dan perlakuan seseorang ataupun sesuatu kumpulan tertentu dengan
kebijaksanaan memahami sifat manusia.

Psikologi pendidikan

Pada asasnya, psikologi pendidikan adalah sebuah disiplin psikologi yang khusus
mempelajari, meneliti, dan membahas seluruh tingkah laku manusia yang terlibat
dalam proses pendidikan yang meliputi tingkah laku belajar (oleh siswa), tingkah
laku mengajar (oleh guru), dan tingkah laku belajar mengajar (interaksi guru dan
murid). Psikologi pendidikan menurut sebahagian ahli psikologi merupakan sub
disiplin psikologi dan bukannya psikologi itu sendiri.

Menurut Arthur S. Reber (1998) menyatakan psikologi pendidikan adalah sebuah
sub disiplin ilmu psikologi yang berkaitan dengan teori dan masalah kependidikan
yang berguna dalam hal-hal seperti penerapan prinsip-prinsip belajar dalam kelas,
pengembangan dan pembaharuan kurikulum, ujian dan evaluasi bakat dan
kemampuan, sosialisasi dan interaksi proses-proses tersebut denganpendayagunaan
ranah kognitif dan penyelenggaraan pendidikan keguruan.

Secara praktis, Barlow (1985, dalam Tardif, 1987) mendefinisikan psikologi
pendidikan sebagai sebuah pengetahuan berdasarkan riset psikologis yang
menyediakan serangkaian sumber-sumber untuk membantu dan melaksanakan
tugas sebagai seorang guru dalam proses belajar mengajar secara lebih selektif.
Dalam buku Educational Psychology yang diterjemahkan Buchori (1978),
psikologi pendidikan adalah studi sistematis tentang proses-proses dan factor-
faktor yang berhubungan dengan pendidikan manusia.

Menurut Wikipedia, Psikologi pendidikan merupakan kajian tentang bagaimana
manusia belajar dalam latar pendidikan, keberkesanan campur tangan pendidikan,
psikologi pengajaran, dan psikologi sosial sekolah sebagai pertubuhan. Walaupun
istilah "psikologi pendidikan" dan "psikologi sekolah" seringnya digunakan
sebagai sinonim untuk satu sama lain, para penyelidik dan ahli teori cenderung
dikenali sebagai ahli psikologi pendidikan, manakala pengamal di sekolah atau
dalam keadaan berkait sekolah dikenali sebagai ahli psikologi sekolah. Psikologi

perkembangan kurikulum. atau kejuruteraan dengan fizik. termasuk reka bentuk pengajaran. Di universiti. naluri melawan. . Fantino mentakrifkan naluri sebagai pola tingkah laku yang semulajadi dan bukanlah sesuatu yang dipelajari.pendidikan khas. pengetahuan sedia ada yg diwarisi utk capai tujuan tanpa dipelajari atau membuat latihan dan bentuk tingkah laku adalah sama bagi semua ahli kumpulan yang dikenali sbg ‘tingkah laku’. naluri merendah diri. naluri ingin berkumpulan. seringnya dengan menumpukan subkumpulan seperti kanak-kanak bergeliga dan mereka yang kehilangan upaya.pendidikan melibatkan diri tentang bagaimana pelajar belajar dan berkembang. serta dan menyumbang kepadanya. naluri jijik. pembelajaran organisasi. naluri memperagakan diri. Naluri berlaku melalui tiga peringkat iaitu adanya desakan untuk capai sesuatu tujuan tanpa apa-apa rangsangan. desakan dan motivasi yang setiap satunya mempunyai penjelasan yang tersendiri. khususnya bidang psikologi. Psikologi pendidikan pula menjelaskan berbagai-bagai bidang dalam kajian pendidikan.2 Konsep-konsep asas psikologi Terdapat empat konsep yang menjadi asas kepada psikologi iaitu naluri. naluri meruntuh dan membina. naluri ketawa dan sebagainya. naluri minta tolong. keperluan. naluri ingin memiliki. naluri keibubapaan. Manusia mempunyai beberapa naluri antaranya naluri melarikan diri. jabatan psikologi pendidikan biasanya terletak di bawah fakulti pendidikan dan disebabkan ini. teknologi pendidikan. mungkin mengakibatkan kekurangan kandungan psikologi pendidikan dalam buku teks pengenalan psikologi. naluri mencari makanan. Ia memiliki hubungan dengan disiplin psikologi yang seolah-olah hubungan antara perubatan dengan biologi. naluri kejantinaan.7. dan pengurusan bilik darjah. Menurut Hilgard (1979) naluri ialah kuasa semulajadi biologi yang mendorong seseorang bertindak mengikut sesuatu cara. 1. Naluri tersebut dikenali sebagai naluri asas atau tersusun dalam diri manusia seterusnya menjadi pengerak tingkah laku manusia dan asas kehidupan manusia. naluri ingin tahu. Sebahagian psikologi pendidikan dapat difahami menerusi hubungannya dengan disiplin-disiplin yang lain. Psikologi pendidikan meminjam daripada bidang sains kognitif dan sains pembelajaran.

Desakan merupakan fenomena dalaman yang dialami individu apabila berlaku ketidakseimbangan dalam badan. desakan dahaga yang disebabkan oleh keperluan minuman iaitu air dan desakan seks yang disebabkan oleh keperluan kejantinaan. Keperluan fisiologi atau hayat merupakan keperluan yang wujud daripada kekurangan atau keperluan organik seperti makanan. semakin tinggi motivasinya. air. Motivasi wujud secara semulajadi dan ianya tidak diwarisi. udara. Kekurangan sesuatu keperluan asas seperti makanan. Motivasi atau pergerakan ialah kecenderungan organism untuk menjalankan aktiviti yang dirangsang oleh suatu insentif. Tingkah laku seperti ini wujud kerana ketegangan fisiologi atau psikologi. dan seks. Kekurangan ini mewujudkan desakan supaya kekurangan ini dapat dipenuhi. Terdapat tiga jenis desakan utama yang dialami oleh individu iaitu desakan lapar yang disebabkan oleh keperluan makanan. Manakala keperluan psikologi wujud daripada hubungan antara organisma dan manusia dengan persekitaran.Keperluan bermakna sesuatu yang dikehendaki oleh seseorang individu untuk berfungsi secara berkesan. Semakin kuat keinginan untuk mencapai sesuatu. seks. Abraham Maslow membahagikan keperluan kepada dua kategori iaitu keperluan fisiologi atau hayat dan keperluan psikologi. objek. Nukilan fatiah ibrahim . dan kasih sayang yang diperlukan oleh badan membentuk ketidakseimbangan. dan menuju arah pencapaian satu-satu matlamat. minuman.