You are on page 1of 38

Kaedah Pengajaran Sejarah

KULIAH 1

GURU SEJARAH BERKESAN
Latar belakang
Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajlb dipelajari oleh semua murid secara berterusan
selama lima tahun di sekolah menengah. Tujuan mata pelajaran ini diajar di sekolah adalah untuk
memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia. Di
samping itu, mata pelajaran Sejarah dapat mewujudkan pembangunan negara bangsa Malaysia,
semangat patriotisme clan kesefahaman antarabangsa. Dapatan pemeriksaan Jemaah Nazir Sekolah
menunjukkan mata pelajaran Sejarah kurang diminati oleh murid. Hal ini berkait rapat dengan kaedah
pengajaran guru. Pengajaran Sejarah yang berkesan bergantung kepada sikap, keupayaan, kemahiran dan
pengetahuan guru itu sendiri. Mengikut Brown (1980), pula "Menguasai Kurikulum Sejarah bukanlah
merupakan perkara yang sukar tetapi kelemahan sebenar terletak pada cara penyampaiannya". Oleh
sebab itu, kaedah pengajaran guru tidak berkesan menjadi punca utama murid kurang berminat terhadap
mata pelajaran Sejarah.

Guru Sejarah berkesan :
1. mempunyai latar belakang pengetahuan sejarah yang kukuh;
2. mempunyai latihan profesional yang mencukupi, terutama dalam bidang kurikulum dan pedagogi
sejarah;
3. mempunyai sikap yang positif terhadap peranannya sebagai guru sejarah dan sentiasa mencari jalan
untuk melengkapi dirinya dengan isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran Sejarah;
4. mempunyai daya imaginasi, kreatif, kritis dan inovatif,
5. mempunyai ciri-ciri peribadi yang menarik, aktif dan daya kecindan (sense of humour);
6. berupaya mengenal pasti perbezaan latar belakang murid agar dapat menggunakan pendekatan
Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences) dalam pengajaran;
7. berupaya menyediakan sokongan persekitaran pembelajaran yang berkesan untuk menjayakan
Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD);

8. menyedia dan memberi peluang belajar kepada murid untuk menghayati mata pelajaran Sejarah;

9. berusaha menggunakan sumber pembelajaran dan keupayaan yang maksimum;
10. sentiasa membuat penilaian kendiri dan kajian tindakan berdasarkan kekuatan dan kelemahan
pengajaran dan pembelajaran;
11. mempunyai kemahiran:
• mengurus bilik darjah dengan cekap dan berkesan;
• mengurus kerja projek, lawatan dan pengajaran secara kumpulan dengan berkesan;
• melaksanakan pembelajaran berasaskan aktiviti (activity based learning) dan pembelajaran berasaskan
pemikiran (brain based learning);
• mengurus bahan pembelajaran yang diperlukan dan
• merancang program atau aktiviti secara sistematik.
12. peka kepada perubahan terkini seperti penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK),
Pembelajaran Bestari, dan Pembelajaran Kontekstual.

KULIAH 2
PENGURUSAN MATA PELAJARAN SEJARAH

Pengurusan mata pelajaran Sejarah merupakan aspek penting dalam menentukan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan mata pelajaran Sejarah berasaskan perancangan,
penyelarasan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan penambahbaikan panitia serta persatuan mata
pelajaran.

1. Panitia Mata Pelajaran
Panitia mata pelajaran Sejarah hendaklah ditubuhkan di sekolah untuk mempertingkat pengurusan
panitia dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
4/1986 KP(BS) 8591/J1d.11(44) bertarikh 13 Mac 1986.

1.1 Latar belakang
1.1.1 Kejayaan murid dalam pembelajaran, motivasi dan minat mereka terhadap mata pelajaran Sejarah,
mempunyai hubung kait yang rapat dengan kebolehan, kemampuan dan keberkesanan guru yang
mengajar. Oleh itu, guru mempunyai tanggungjawab dan peranan yang penting dalam menentukan
matlamat pencapaian murid di sekolah.
1.1.2 Guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah hendaklah menggembleng tenaga dan menyelaraskan
aktiviti. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berkongsi ilmu,

pengalaman serta kepakaran untuk memperbaik kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah berupaya mencari penyelesaian
masalah dalam bidang pengajaran bahkan juga berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar
murid.
1.2 Struktur Organisasi Panitia Mata Pelajaran Sejarah
1.2.1 Panitia mata pelajaran Sejarah adalah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang
mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah.
1.2.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh guru kanan mengajar mata pelajaran Sejarah
(beropsyen Sejarah) dilantik sebagai ketua panitia. Seorang setiausaha dilantik dalam kalangan guru
Sejarah, sementara pengetua menjadi penasihat.
1.2.3 Ketua Panitia mata pelajaran Sejarah secara automatik menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah.
3

1.3 Tujuan Panitia Mata Pelajaran
1.3.1 Memperbaik, meningkatkan kualiti serta keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
sejarah.
1.3.2 Berikhtiar dan berusaha untuk menguasai strategi pengajaran berinovatif yang dapat mendorong
serta menggerakkan kecenderungan murid terhadap pembelajaran sejarah.
1.3.3 Mempertingkat pencapaian prestasi murid dalam mata pelajaran Sejarah berdasarkan Nilai Letak
Kerja (Take Off Value - TOV) murid ke arah mencapai sasaran yang ditetapkan dalam rancangan
akademik sekolah.
1.3.4 Mewujudkan kerjasama antara panitia mata pelajaran dengan persatuan sejarah bagi menyokong
dan memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran.
1.3.5 Mempertingkat tahap profesionalisme ahli panitia Sejarah dalam penguasaan Sukatan Pelajaran dan
Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah serta kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terkini.
1.3.6 Menyemai nilai-nilai murni dan kemahiran pemikiran sejarah supaya dapat melahirkan murid yang
peka, menghayati sejarah tanah air dan dunia serta berfikiran kritis, analitis dan bersemangat
patriotisme.
1.4 Pengurusan Panitia Sejarah
1.4.1 Dokumen panitia hendaklah sistematik, lengkap dan kemas kini serta mudah diakses.

4. berasaskan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang disediakan bagi setiap tingkatan. (Sila rujuk Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil.5. 1.5.7 Menggunakan dapatan analisis ujian atau peperiksaan bagi tujuan merancang program penambahbaikan.3 Prosedur mesyuarat seperti memberitahu tarikh.4. merekacipta atau mengubahsuai.5.3 Memastikan murid mempunyai buku teks Sejarah. Peranan Panitia Mata Pelajaran Sejarah 1. sama ada dengan cara membeli.5 Merancang menambah bahan bantu mengajar dibilik darjah seperti perisian TMK. diedarkan kepada ahli panitia dan pihak pengurusan sekolah.4 Mesyuarat perlulah ada kesinambungan dengan agenda mesyuarat yang lepas iaitu mengandungi agenda mengesahkan minit mesyuarat dan perkara berbangkit sebelum agenda mesyuarat yang baru dibincangkan.6 Menyelaras soalan-soalan ujian dan peperiksaan. masa.1.4.2 Mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya sekali sepenggal.5. tempat dan agenda mesyuarat. minit mesyuarat hendaklah diedarkan kepada setiap ahli panitia tidak lewat daripada tujuh hari selepas mesyuarat berkenaan dijalankan. 1. 1. 1.4 Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah.2 Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan Sejarah dengan mengambil kira takwim persekolahan clan tahap pencapaian murid. 1.5.1 Memperoleh Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini untuk kegunaan ahli- ahli panitia.2/1991: Panduan Pengurusan Mesyuarat Dan Urusan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan untuk memperoleh mak-lumat berkaitan pengendalian mesyuarat berkesan). 1. 1. 1. 1.5.5. 1. .5 Selepas sesuatu mesyuarat diadakan.4.5.

5.5.5.14 Mendapatkan maklumat ikhtisas yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sejarah dan pensejarahan seperti jurnal sejarah. melaksana.13 Mewujudkan jaringan kerja dengan bahagian dan jabatan di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta agensi-agensi kerajaan yang lain.17 Memain peranan menjamin kualiti kerja bertulis murid. 1. pengalaman dan kepakaran dengan panitia mata pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah berhampiran dan menyelaras projek-projek kajian sejarah.6.5.22 Merancang kajian keperluan panitia.5. 1.10 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran. Tugas mengajar bukan sahaja mementingkan isi pelajaran semata-¬mata tetapi juga unsur-unsur moral. akhlak.5. 1. berdisiplin.5. 1. 1. bermoral tinggi.8 Mengambil inisiatif merancang dan melaksanakan program atau aktiviti ke arah meningkatkan profesionalisme panitia melalui latihan-latihan berterusan. 1. 1.19 Bekerjasama dengan persatuan-persatuan sejarah (seperti Persatuan Sejarah Daerah dan Persatuan Sejarah Negeri). kertas-kertas kerja dan lain-lain yang berkaitan. Surat Pekeliling Ikhtisas.11 Membimbing Persatuan Sejarah sekolah dalam merancang dan mengatur program atau aktiviti terutama aspek yang berkaitan dengan kajian sejarah.21 Merancang dan mengaturkan pelbagai aktiviti seperti Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan. perpaduan. 1.18 Mewujud dan memanfaatkan sudut mata pelajaran Sejarah di bilik darjah. penyeliaan klinikal.5.15 Mengoptimumkan penggunaan bahan sumber yang sedia ada. kewarganegaraan serta pemikiran logik.6 Penutup 1. kritis dan kreatif. Usaha ini akan dapat melahirkan warganegara yang berpengetahuan. 1.5. 1.5.9 Merancang. memantau dan menilai program atau aktiviti panitia serta mengambil tindakan penambahbaikan. 1.5. bimbingan.16 Mengkaji dan melaksanakan projek-projek panitia yang mempunyai ciri¬ciri yang praktikal.5. mewujudkan galeri sejarah di sekolah bagi memupuk minat murid terhadap mata pelajaran ini. .1. 1.12 Menyediakan Laporan Tahunan Panitia dan Persatuan Sejarah untuk makluman clan tindakan pihak pengurusan sekolah.20 Menyediakan belanjawan panitia berdasarkan peruntukan yang ditetapkan. 1.5.5. boleh diubahsuai mengikut situasi dan berfaedah. perkembangan staf dan perbincangan profesional sesama ahli panitia. 1. bersatu padu dan berguna kepada masyarakat.5. kebudayaan. 1.1.

2.2 Melalui aktiviti persatuan murid dapat mempelajari kaedah menangani sesuatu masalah dan mengamalkan nilai-nilai murni. bendahari dan beberapa orang ahli jawatankuasa dalam kalangan murid. arkib dan lain-lain yang .2.1.1 Penubuhan Persatuan Sejarah adalah berasaskan konsep bahawa gerak kerja kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah.3 Keahlian persatuan adalah terbuka kepada semua murid.4.2.5 Sebuah jawatankuasa dibentuk terdiri daripada pengerusi.4 Memberi peluang kepada murid untuk belajar Sejarah melalui gerakerja seperti pengkajian. temu ramah dengan orang sumber. 2. muzium.1. Persatuan Sejarah Persatuan Sejarah sekolah hendaklah ditubuhkan selaras dengan keperluan gerak kcrja kokurikulum sekolah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. bakat.2 Struktur Organisasi Persatuan Sejarah Sekolah 2. minat.2.4 Tujuan Penubuhan Persatuan Sejarah Sekolah 2.4. Gerak kerja kokurikulum khususnya Persatuan Sejarah. jasmani dan rohani.2.3 Mempertingkat minat dan penglibatan murid dalam pembelajaran sejarah melalui program dan aktiviti anjuran persatuan.6.2 Mewujudkan kerjasama antara Persatuan Sejarah dengan persatuan lain dalam usaha menjayakan sesuatu projek atau program untuk kepentingan bersama.1 Mewujudkan semangat kerjasama antara Persatuan Sejarah dengan panitia sejarah.1 Latar belakang 2. 2. KP(BS)8591/J1d.4.1/1985. Menyedari hakikat ini.11(29) bertankh 2 Januari 1985: Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah. lawatan ke tempat-¬tempat bersejarah.2. 2.4 Perlembagaan Persatuan Sejarah hendaklah digubal. jelaslah bahawa tanggungjawab utama panitia mata pelajaran Sejarah bukan hanya setakat mencapai kecemerlangan bidang akademik tetapi juga membantu menerapkan nilai-nilai murni dan semangat patriotisme. boleh menyediakan pengalaman tersebut bagi perkembangan intelek.1.2 Guru Penasihat Persatuan Sejarah secara automatik menjadi ahli Jawatankuasa Persatuan Unit Kokurikulum Sekolah. sosial. 2. 2. setiausaha. 2. 2. 2. 2.4.1 Pengetua melantik seorang guru penasihat Persatuan Sejarah sekolah. 2.2.

4. artifak.berkaitan. 2. jasmani dan rohani.4. 2. berdisiplin clan sebagainya dalam diri murid. 2. 2.2 Mesyuarat Jawatankuasa digalakkan sekurang-kurangnya tiga kali setahun iaitu pada awal.4. arkib dan tempat.4.4 Keputusan mesyuarat hendaklah diminit. 2.7 Berusaha menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dan patriotisme seperti beradab.10 Memastikan keseimbangan perkembangan intelek dengan emosi. 2. filem slaid¬. 2. Sesalinan surat diserahkan kepada guru penasihat persatuan.5. sifat demokratik di samping meningkatkan minat.5. kesanggupan berusaha dan memperbaik diri sendiri. 2. surat panggilan mesyuarat yang mengandungi agenda hendaklah diedarkan kepada semua ahli jawatankuasa.5 Pengurusan Persatuan Sejarah 2. bakat dan kemahiran murid dalam sesuatu bidang yang diceburi.5 Sesalinan senarai ahli jawatankuasa dan ahli yang didaftar.5.1 Perlantikan ahli jawatankuasa dibuat bagi setiap tahun akademik dalam mesyuarat agung. video. . jujur.6 Sebarang perubahan terhadap perlembagaan dan pendaftaran ahli hendaklah dimaklumkan kepada pengetua. 2. bertatasusila.4. sosal. taat. pertengahan dan akhir tahun. 2. Membuat koleksi bahan-bahan sejarah seperti gambar. Membina model.3 Sebelum mengadakan mesyuarat. ii. Lawatan sambil belajar ke muzium. iii.5.6.6 Peranan Persatuan Sejarah 2. Menganjurkan kuiz sejarah di peringkat sekolah. difail dan diedarkan kepada semua ahli jawatankuasa dan sesalinan diberikan kepada guru penasihat persatuan. 2. V.5 Memupuk dan menonjolkan bakat murid dalam program dan aktiviti persatuan. 2.5. keratan akhbar dan sebagainya.1 Jawatankuasa persatuan hendaklah merancang aktiviti-aktiviti dan projek yang boleh dijalankan adalah seperti: i.5. 2. iv.8 Melatih murid memperkukuh ciri-ciri kepemimpinan. bertanggungjawab. Peraduan mengarang atau menulis Kajian Sejarah Tempatan serta tajuk-tajuk sejarah yang berkaitan. diserahkan kepada guru penasihat.4.tempat bersejarah yang lain.9 Mengukuhkan interaksi dn integrasi dalam kalangan warga sekolah.6 Memupuk semangat kerjasama dan bekerja secara sepasukan.

Rakaman wawancara dengan orang sumber. congkak. ting-ting dan lain-lain. xiii. ceramah dan sebagainya dengan tujuan meningkatkan pembelajaran Sejarah. Mengadakan pameran sejarah di peringkat sekolah. viii.6. 2. Peranan dan tanggungjawab utama sekolah bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran-kemahiran tertentu kepada murid. X. 2. Menganjurkan sesi seminar.6. Mengadakan lakonan atau pementasan yang berteraskan peristiwa sejarah. bahkan melahirkan murid yang dapat memberi sumbangan ke arah hidup yang harmonis. Mengadakan permainan tradisional seperti gasing.4 Membuat penilaian impak terhadap semua aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan supaya dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan bagi tujuan penambahbaikan. bertoleransi dan berdisiplin.5 Membentangkan prestasi persatuan dan kedudukan kewangan dalam mesyuarat agung.2 Jawatankuasa merancang dan menentukan jadual perjumpaan ahli persatuan pada hari-hari tertentu dalam sesuatu minggu serta tarikh menjalankan program yang dirancang.6 Bekerjasama dengan persatuan sejarah di sekolah-sekolah yang berhampiran dalam semua aspek yang berkaitan. rujukan dan hasil-hasil yang telah diusahakan oleh persatuan (sekiranya pihak sekolah mempunyai kemudahan dan tempat yang mencukupi). xi. 2.7 Penutup Sebagai sebuah institusi pendidikan. bersatu padu. Perancangan program dan aktiviti Persatuan Sejarah yang disediakan secara terancang dan teliti dapat membantu memenuhi hasrat yang diharapkan.6. Menghias dan melengkapkan bilik atau galeri sejarah di sekolah dengan bahan-bahan sumber. 2. sekolah adalah tempest bagi melahirkan murid yang mempunyai sahsiah yang baik serta dapat menghayati nilai- nilai murni berasaskan Prinsip-prinsip Rukun Negara.6. vii.7 Menyediakan laporan kegiatan dan kehadiran ahli dalam program persatuan P seperti yang dikehendaki dalam buku panduan pengurusan kokurikulum sekolah. 2.6. 2. bengkel.vi. Justeru. ix.3 Mencatatkan kehadiran ahli persatuan dalam semua sesi perjumpaan dan program. wau. . Merekacipta laman web sekolah. 2. . X11.6. Mendokumenkan peristiwa-peristiwa sejarah sekolah dan persekitarannya. sekolah mempunyai banyak peranan dan tanggungjawab.

.

3 Penggunaan bahan sumber yang betul dan sesuai dapat membantu merangsang tahap imaginasi dan kreativiti murid dalam mata pelajaran Sejarah. 3.2 Bagi membolehkan keadaan seperti ini berlaku murid perlu diberikan pengalaman secara langsung tentang peranan dan pengalaman sejarawan melalui kaedah pembelajaran konstruktivisme* dan kontekstual**. 3.5 Penggunaan bahan sumber dapat mempertingkat dan memperkembang Kemahiran Pemikiran Sejarah***. BAHAN SUMBER Sejarah boleh dijadikan mata pelajaran yang menarik dan menyeronokkan. murid diharap dapat mengemukakan soalan-soalan dan mencari jawapan-jawapan yang tepat.1.1. peristiwa semasa dan penjelasannya dapat dimanfaatkan kehidupan seharian murid. Dalam konteks ini. 3. penggunaan bahan sumber.1. 1.1 Pengajaran dan pembelajaran mestilah berasaskan pemahaman Sejarah. Murid dapat memahami pelajaran dengan lebih mudah lagi.4 Penggunaan bahan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah perlu diseimbangkan dengan penggunaan pelbagai kaedah lain yang sesuai dengan tajuk yang diajar.1 Penggunaan Bahan Sumber 3.KULIAH 3 3. Murid boleh memahami secara imaginatif dan kreatif tentang aktiviti. 3. .6 Pengajaran Sejarah berbantukan bahan sumber akan dapat memudahkan guru menyampaikan isi pelajaran. Dengan bimbingan guru.1. 3. membuat ramalan dan kajian masa depan. 3. pengajaran dan pembelajaran Sejarah perlu menggunakan bahan- bahan sumber yang sesuai dengan keupayaan dan kebolehan pemikiran murid.1. 3. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan.2 Jenis-Jenis Bahan Sumber Terdapat dua jenis bahan sumber yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah iaitu bahan sumber primer dan bahan sumber sekunder. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran.

• dokumen • Arkib Negeri • gambar • Muzium Negara • peta • Muzium Negeri • salinan gambar atau gambar bercetak • • Memorial Kemerdekaan • akhbar yang diperoleh dalam bentuk asal • • Memorial Tunku Abdul Rahman • • Memorial Tun Abdul Razak • • Memorial Tun Hussein Orin Dokumen sejarah.3.2 Bahan Sumber Sekunder Bahan Sumber Tempat diperoleh Bahan-bahan bercetak seperti: • • Pusat Sumber Sekolah • buku teks • • Pusat Akses Sekolah • buku rujukan • • Makmal Komputer Sekolah . persetujuan dan • • Kota Portugis • pengisytiharan • • Kota Belanda • • Bukit Malawati • gambar asal • Bukit Kepong • gambar pameran dinding • gambar slaid dan tempat-tempat lain • gambar lukisan 3.1 Bahan Sumber Primer Bahan Sumber Tempat diperoleh • orang sumber • artifak • Arkib Negara.2.2. antaranya adalah: • • Galeri Perdana • laporan oleh saksi yang hadir dan • • Galeria Seri Perdana melihat sendiri perkara yang berlaku • • Galeri Pendidikan • laporan rasmi • • Muzium Lenggong (Perak Man) • surat-surat persendirian • • Lembah Bujang • surat-surat rasmi • • Gangga Negara • surat-surat perjanjian.

Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. membuat imaginasi. . idea atau perkaitan ynag tidak bermakna kepada mereka. 1993). meneroka bukti. Apabila mereka bertemu dengan objek. masyarakat dan alam pekerjaan. maka mereka akan sama ada menginterpretasikan apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik (Brooks & Brooks. *** Kemahiran Pemikiran Sejarah meliputi kemahiran memahami kronologi.• buku Sejarah • • Perpusatakaan Awam Daerah • majalah • akhbar • Perpustakaan Awam Negeri Perpustakaan Negara • internet • • Jabatan Penerangan • laman web • • Persatuan Sejarah Negeri • CD dan CD ROM • •• • Persatuan Sejarah Malaysia Perbadanan Kemajuan Pelancongan Negeri • Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. membuat rasionalisasi. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. ** Pembelajaran kontektual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu. membuat interpretasi.

merumus dan menilai fakta-fakta Sejarah secara rasional.1 Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pemahaman Sejarah pula dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bermaksud memahami secara kritis dan imaginatif tentang segala aspek kehidupan manusia masa silam dan kini.1.1. mensintesis dan membuat penilaian yang berterusan mengikut pentaksiran terkini. Hal ini dapat direalisasikan melalui satu sistem penilaian yang baik dan terancang. perubahan dan kesinambungan.2 Selain menguji murid mengenai fakta.4 Sejarah melibatkan penyelidikan dan inkuiri. tarikh dan definisi.1. guru harus mengambil kira kepelbagaian tahap kecerdasan murid.KULIAH 4 PENILAIAN Penilaian hendaklah dilihat sebagai satu usaha untuk mengesan pencapaian dan prestasi murid. Dalam membuat penilaian. Oleh itu.1.2. Penyelidikan memberi ruang yang lugs kepada murid untuk menganalisis. Penilaian juga dapat menunjukkan kebolehan murid dalam menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari. strategi pengajaran dan pembelajaran telah dikaji semula dan salah satu aspek yang diberi penekanan penting ialah dari segi perkembangan jasmani. guru perlu mengubahsuai kaedah dan cara penilaian prestasi murid. Pemahaman ini boleh diperoleh jika kesemua aspek dikaji dan dianalisis. rohani clan intelek murid. guru menguji murid aspek kognitif yang lebih tinggi seperti menganalisis.3 Sejarah adalah mata pelajaran yang dapat merangsang pemikiran.1 Penilaian Formatif .1 Tujuan Penilaian 4. emosi. Mata pelajaran ini membolehkan murid melihat secara empati dan menganalisis bagaimana manusia menggunakan masa. 4. 4. 4. ruang.2 Jenis-Jenis Penilaian 4. 4. 4.

4. Penggunaan soalan secara bijak dapat menggalakkan pembelajaran berkesan. Soalan Dalam Penilaian Penyoalan merupakan satu aspek penting dalam proses penilaian. Penilaian ini dijalankan secara berkala mengikut arahan pihak sekolah. Penilaian ini dijalankan pada setiap kali pengajaran dan pembelajaran.1 Peringkat Mengetahui • Memadan Mengingat kembali maklumat.2. soalan harus berdasarkan aras yang boleh mencabar daya pemikiran murid. fakta • Menama dan definisi yang telah diperolehi • Menyatakan daripada sesuatu sumber atau bacaan. Soalan boleh digolongkan kepada beberapa peringkat.Penilaian formatif bertujuan untuk mengesan perkembangan pembelajaran murid secara berterusan. • Melabel • Menyenarai . dianalisis dan dijadikan asas dalam merancang pengajaran clan pembelajaran serta program peningkatan prestasi murid seterusnya. Hasil penilaian direkod.2 Penilaian Sumatif Penilaian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pencapaian murid secara keseluruhan dalam satu tempoh yang ditetapkan. Aras soalan mengikut Taksonomi Bloom adalah seperti jadual berikut: Soalan Aras Kemahiran Domain Kognitif Contoh frasa atau perkataan untuk objektif perlakuan yang boleh diukur • Mentakrif 4. Mengikut Bloom (1956). teknik pengayaan clan sebagainya. Penyoalan boleh dilakukan sama ada secara lisan atau bertulis.3. Hasil penilaian direkodkan oleh guru bagi menunjukkan murid sudah menguasai pengetahuan. Hasil penilaian itu boleh digunakan untuk merancang langkah¬-langkah tertentu dalam pengajaran berikutnya seperti teknik pemulihan. kemahiran dan nilai.

Soalan jenis ini memerlukan • mengukur tindak balas pemikiran tentang sesuatu • menyukat ataupun membuat perbandingan.3.2 Peringkat Memahami • mengubah Mengembangkan kemahiran murid • menganggar bagi menyatakan idea utama dengan • menerangkan Menggunakan perkataan mereka • memberi contoh sendiri. 4. Dala . Jelaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan dalam Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dalam abad ke- 15. Nyatakan dua barangan yang diperbuat daripada getah. • menentukan • menukar • menambah • meramalkan • membuat inferens • menghubungkait • mencirikan • mengelas • membanding dan membeza Contoh soalan: i.• Memerihal • mengenal pasti • melakar • melukis • menulis Contoh soalan: i. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama? ii.

4 Peringkat Menganalisis Mengasingkan maklumat kepada beberapa komponen untuk memahami struktur organisasi dan hubungan antara komponen. .3 Peringkat Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan dan pengalaman untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru • menjana idea • mengitlak • menjelaskan dengan contoh • mengira • menunjuk cara • mengubahsuai • menghitung Contoh soalan: i. Bagaimanakah sesuatu masyarakat itu dikatakan bertamadun? 4. Sistem pendidikan telah membawa kepada perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu.3. • membuat andaian • membuat kesimpulan • mengawal pembolehubah • menyelesaikan masalah • menjelaskan melalui contoh • menyusun mengikut keutamaan • menggunakan perhubungan ruang dan masa • membuat urutan • menghuraikan • mengasingkan • mencerakin • memilih Contoh soalan : i.3. Beri pendapat anda.Soalan Aras Kemahiran Domain Kognitif Contoh frasa atau perkataan untuk objektif perlakuan yang boleh diukur 4.

Berdasarkan pengetahuan sejarah kamu.3.4. memberi rasional dan pendapat dengan tujuan atau alasan tertentu.5 Peringkat Mensintesis Menggabungkan komponen- komponen untuk menghasilkan keseluruhan idea atau struktur yang baru dan kreatif.3. apakah kesan sekiranya Malayan Union dilaksanakan di Tanah Melayu? Soalan Aras Kemahiran Domain Kognitif Contoh frasa atau perkataan untuk objeknf perlakuan yang boleh diukur 4.6 Pcringkat Menilai Melakukan pemilihan melalui diskriminasi. • menaksir • mengkritik • mentafsir • mewajarkan . • Merancang • Menggabungkan • Meringkaskan • Membina • Merangkakan • Membina • Berkomunikasi • Mengeksperimen • Menganalogi • Mereka cipta • Mengkonsepsikan • Mereka bentuk • Membuat hipotesis • Membuat gambaran mental • Mendefinasikan secara operasi Contoh Soalan: i.

Bagi tiap-tiap soalan.4. • Pemarkahan dapat dilakukan secara Objektif • Boleh digunakan untuk mengukur "judgement" dan juga ingatan murid • Boleh diubahsuai mengikut kandungan mata pelajaran Contoh Soalan: Arahan: Jawab soalan berikut. Soalan berbentuk objektif adalah seperti berikut: L Aneka Pilihan Kekuatan Kelemahan • Tidak menggalakkan murid meneka • Sukar digubal terutama apabila hendak jawapan yang betul mengukur "judgement" murid. Apakah kesan pembukaan terusan tersebut terhadap Tanah Melayu? . C dan D. a. 1. guru mungkin memerlukan lebih daripada satu kaedah untuk mendapatkan penilaian yang terbaik. pilih satu jawapan sahaja. Terusan Suez dibuka pada tahun 1869. Sejauh manakah Dasar Pendidikan Kebangsaan mencapai hasrat perpaduan nasional? 4.1 Gerakerja Bertulis Kaedah ini terdiri daripada pelbagai jenis dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. 4. B.4 Kaedah dan Bentuk Penilaian Guru mempunyai banyak pilihan dalam menentukan kaedah atau bentuk penilaian yang hendak dijalankan.• menyokong • membuat keputusan • mengesan kecondongan Contoh soalan: i. Bentuk Objektif Ujian objektif merupakan proses mengingat kembali fakta sejarah yang telah dipelajari. Dalam situasi tertentu. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A.

B. Melaka dibuka oleh pada tahun 1402. Kekuatan Kelemahan • Tidak menggalakkan murid meneka jawapan • Sesuai untuk murid mengingati fakta fakta khas. Arahan. Peningkatan perdagangan iv. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat berdasarkan pilihan jawapan yang diberikan. Apakah peranan mereka? A. perkataan atau simbol • Hanya mengukur ingatan murid (aras kognitif rendah). ii dan iii B. Penasihat British. Residen British. 2. C. Persaingan kuasa barat iii.i. 2. Residen Jeneral. iii dan iv Soalan 2 berdasarkan jadual berikut. Pengeksploitasian hasil bumi A.. Gabenor Negeri-Negeri Selat. Penghapusan sistem beraja ii. i dan iv D. Nama-nama di atas ialah pegawai-pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu. D. Menyudahkan Jenis gerakerja bertulis ini memerlukan murid mengisi tempat kosong berdasarkan pilihan jawapan yang diberikan pada ayat atau sesuatu perenggan. ii. * Parameswara * Sultan Mansur Shah * Sultan Alauddin Riayat Shah Contoh soalan : 1. i dan ii C. Zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka tercapai semasa pemerintahan _____________ .

Mengenal pasti dan Mentafsir Kekuatan Kelemahan • Sesuai untuk mengukur pengetahuan murid mengenai nama-nama tokoh.iii. iv. tempat dan penstiwa • Murid memberi pentafsiran yang berbeza-beza. • Menggalakkan murid menjawab sembarangan Contoh Soalan: Pilih jawapan yang paling tepat berkenaan negeri-negeri yang ditakluki oleh Kerajaan Melayu Melaka. Memadan Kekuatan Kelemahan * Bersifat objektif * Mempunyai tindak balas yang banyak dalam satu-satu item yang diuji • Bukan merupakan kaedah yang terbaik untuk menguji kefahaman dan pertimbangan murid Ruang A ¨ Perjanjian Pangkor • ¨ Melaka diserang Portugis ¨ Singapura diduduki British Ruang B • Sultan Hussein • Sultan Mahmud • Sultan Abdullah .

Tiap-tiap jawapan diberi markah. __________________________________________________ ii. Jawapan Pendek Kekuatan Kelemahan • Tidak menggalakkan murid meneka • Sesuai untuk memastikan murid mengingati fakta * Hanya menguji ingatan murid Contoh Soalan: 1. Tok Janggut ii. __ ___________________________________________ . i. Soalan Berstruktur Ujian ini memerlukan jawapan yang pendek dan padat. ____________________________________________ iii. Haji Abdul Rahman Limbong 2. Senaraikan tiga sebab penentangan Tok Janggut. i.v. Namakan lokasi penentangan. Soalan-soalan menjurus kepada tajuk kecil dan boleh dikemukakan sebaik sahaja pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Siapakah Sultan yang terpaksa menyerahkan Pulau Pinang kepada British? A. Kekuatan Kelemahan * Soalan ini mudah digubal • Jawapan yang diberi mudah disemak • Dapat menilai pemahaman murid secara spontan • Soalan hanya memfokuskan tahap pengetahuan murid sahaja • Murid terikat dengan struktur soalan Contoh soalan : 1.

4. Penilaian ini dilakukan secara senyap dengan memerhatikan tingkah laku murid tanpa mengira masa. perbualan dan sebagainya. iii. ii. boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk seperti temu ramah. sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. 2. Kekuatan Kelemahan • Mudah digubal • Sukar dinilai secara objektif • Memberi peluang kepada murid • Menggalakkan murid menjawab melahirkan idea sembarangan.3 Kaedah Pemerhatian Cara ini adalah paling sesuai untuk mengesan nilai-nilai murni melalui tingkah laku. pengetahuan murid dapat diketahui serta-merta. 4. Contoh soalan : 1.b. dan iv. Bentuk Subjektif Latihan berbentuk esei diberi oleh guru supaya murid dapat menggunakan pengetahuan sendiri selain fakta yang disampaikan oleh guru. Antara kebaikan penilaian ini adalah: i.2 Kaedah Lisan Penilaian secara lisan lazim dilakukan oleh guru. sikap dan penghayatan murid terhadap pelajaran.4. Penilaian ini . Buat perbandingan pelaksanaan Sistem Ahli dan Sistem Kabinet negara kita hari ini.4. memberi peluang kepada murid berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya. boleh dijalankan sama ada secara formal atau tidak formal. Murid dapat dilatih berfikir secara kritis dan analitis semasa menjawab soalan. • Menjadi petunjuk mengenai pengetahuan murid secara keseluruhan • Mengukur keupayaan murid menulis. Mengapakah Negeri-negeri Melayu menjadi rebutan kuasa-kuasa luar pada kurun yang ke-19? Bincangkan.

KULIAH 5 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Proses pengajaran dan pembelajaran mencakupi aspek-aspek perancangan pelajaran. 4. penglibatan murid. kerjasama. Kelemahan yang dikenal pasti diberitahu segera kepada murid. penyampaian. kepimpinan dan keupayaan mengelola boleh dinilai dengan kaedah ini.5. model. Di samping itu.2 menggunakan bahan bantu mengajar secara meluas seperti carta. 4.5. Faktor ini merupakan masalah yang dihadapi oleh guru apabila mereka hendak membuat penilaian. 4. Contohnya dalam komponen Kajian Sejarah Tempatan. Penilaian yang berkesan dapat dicapai jika guru benar-benar memahami semua urusan pembinaan alat penilaian serta dapat mentadbir dan membuat pentafsiran secara tepat.1 penilaian secara bertulis perlu diberikan tetapi tidak membebankan murid. peta.5.5 Penilaian Murid Lemah Tahap kecerdasan murid adalah berbeza-beza. aspek-aspek inisiatif. dan 4. penilaian di bilik darjah dan penutupan pengajaran turut diberi perhatian. 4.haruslah dilakukan secara tidak formal.5 penilaian secara lisan dan pemerhatian adalah digalakkan.5. . Guru henclaklah mempunyai senarai semak tentang perkara yang hendak dinilai. pemeriksaan latihan dan tugasan murid.3 semakan clan pemarkahan perlu dilakukan di hadapan murid. Guru perlu mengetahui kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid yang lemah. persediaan awal. rajah dan bahan-bahan lain untuk menarik minat murid.5. peneguhan. Antara langkah yang boleh diambil adalah: 4.4 murid dibenarkan menggunakan buku sebagai rujukan. perkembangan pelajaran dan teknik penyoalan guru.

tepat. dan mengambil kira konsep-konsep spesifik. . Time Frame) b. sesuai dengan peruntukan masa. 1. bahan bantu mengajar yang sesuai dan takwim persekolahan (tarikh-tarikh ujian dan peperiksaan peringkat sekolah.Specific. merangkumi bidang kognitif. daerah. Objektif pengajaran bagi sesuatu pelajaran hendaklah: i. 1. Rancangan Pelajaran Rancangan pelajaran mempunyai dua unsur iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH). iii. munasabah dan tempoh masa (SMART. c. afektif dan psikomotor. berdasarkan tahap potensi murid. dan d. KP(BS) 8591/J1d. Guru perlu menyediakan RPT dan RPH selaras dengan kehendak Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1 Penyediaan RPH perlu mengandungi sekurang-kurangnya tiga perkara iaitu: Objektif Objektif merupakan kenyataan yang tepat dan jelas tentang perubahan tingkah laku yang diharapkan pada murid setelah selesai rnempelajari sesuatu tajuk. b. ii. Accurate. ii. sesuai dan boleh dicapai berdasarkan tahap keupayaan murid. iv. iii. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. ditulis secara jelas tentang apa yang diharapkan daripada murid. realistik. aspek-aspek penggunaan buku teks. merangkumi sepanjang tahun persekolahan semasa. Reasonable.2 Rancangan Pelajaran Harian 1. Measurable. ada aras pemeringkatan tajuk (ansur maju).2. Aktiviti Aktiviti untuk mencapai objektif hendaklah: i. boleh diukur. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran terkini.1.XV/ (3) bertarikh 4 Januari 1999. negeri dan kementerian).1 Rancangan Pelajaran Tahunan Penulisan RPT disediakan sebelum sesi persekolahan awal tahun bermula berdasarkan: a. selari dengan objektif pelajaran yang ditetapkan. tahap kebolehan murid.

v. 2.TOV) murid. guru dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan bagi merancang tindakan penambahbaikan. Persediaan Awal Sebelum memulakan pengajaran. merancang dengan jelas matlamat dan objektif pengajaran. Maklumat TOV dapat membantu guru merancang aktiviti pengajaran clan pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan murid. aspek ini perlu diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. menyampaikan kandungan pelajaran dengan lebih berkesan. dan v. Justeru. 2. Oleh itu. kaedah dan teknik mengajar serta penggunaan bahan bantu mengajar. guru hendaklah memahami dengan jelas langkah yang akan diambil berdasarkan perancangan yang telah disediakan. 2.3 pengajaran clan pembelajaran Sejarah merupakan kesepaduan pengetahuan. kepelbagaian aktiviti.1 objektif yang hendak dicapai pada akhir pengajaran perlu jelas. Penerapan nilai murni dan unsur patriotisme juga perlu diberi penekanan. Perkara-perkara berikut dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran: 2. pemilihan isi pelajaran. 2. spesifik dan berasaskan Taksonomi Bloom. menghadapi murid dengan penuh keyakinan. aktiviti dikaitkan dengan hands-on dan minds-on. c. guru perlu mendedahkan pemahaman dan penghayatan idea serta konsep Sejarah yang relevan dengan kehidupan harian agar murid merasakan mereka terlibat dengan peristiwa sejarah berkenaan. Refleksi Kenyataan sejauh mana objektif tercapai atau refleksi memerlukan guru membuat penilaian kendiri untuk mengetahui keberkesanan pengajaran clan pembelajaran. iii.2 mengenal pasti Nilai Letak Kerja (Take Of Value . memaksimumkan penggunaan masa melalui kaedah yang terancang dan sistematik. ii. kemahiran pemikiran sejarah dan penghayatan nilai-nilai murni.4. dan vii.2 Penyediaan RPH adalah untuk membolehkan guru: i. iv.. 1.5 semasa pengajaran dan pembelajaran guru hendaklah berusaha memupuk nilai dan semangat . vi. menentukan isi pelajaran yang mencukupi untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan. mengambil kira penglibatan murid secara menyeluruh. nilai dan kemahiran seperti kemahiran belajar. 2.2. menarik dan menyeronokkan.

kemudahan TV Pendidikan dan sebagainya). Guru turut melaksanakan pendekatan integrasi merentasi kurikulum serta menerapkan kemahiran berfikir dengan berpusatkan murid. 2. isu-isu semasa dan pengalaman serta persekitaran murid.2 Bagi men menjelaskan konsep sejarah. Penyampaian dan Perkembangan Pelajaran 3. cetakan laman web. 3. Murid digalakkan memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari tanpa bergantung kepada arahan guru. Aktiviti yang dilaksanakan perlu memperlihatkan pemeringkatan dan perkembangan pelajaran.5 Pengajaran yang berkesan. * menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan tajuk.patriotik serta iktibar melalui rentetan peristiwa sejarah. dan * melibatkan murid secara aktif dan interaktif di dalam bilik darjah. Di samping itu. 3 . 3. bahan maujud.4 Pengajaran yang berkesan bukan sahaja menggalakkan daya ingatan semata-¬mata tetapi turut mengambil perhatian kepada minat dan kefahaman murid.7 Penggunaan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dapat: * meningkatkan kebolehan dan keupayaan murid. 3. majalah.3 Guru menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan berkesan secara optimum serta melaksanakan aktiviti mengikut tahap kebolehan murid. Antaranya: * mengumpul maklumat * mengelas maklumat * mentafsir maklumat * menganalisis maklumat * mensintesis maklumat * mengaplikasi maklumat 2. guru perlu . memerlukan guru bijak menggunakan masa dengan optimum bagi membolehkan tajuk yang diajar dapat disempumakan mengikut perancangan.8 Memastikan bahan bantu mengajar bersesuaian disedia dan dimanfaatkan secara optimum (buku teks. guru perlu menghubungkaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian dan persekitaran murid. guru dapat menanam sikap patriotik dalam kalangan murid. 3. merangsang dan memotivasikan minat murid. Di samping itu. Berdasarkan kaedah sebab dan akibat.1 Guru hendaklah melaksanakan set induksi yang dapat menarik perhatian. guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira kaedah penyampaian daripada mudah kepada kompleks.6 pengajaran guru yang berkesan dapat meningkatkan kemahiran dan minat belajar dalam kalangan murid melalui pelbagai kaedah. 2. dekat kepada jauh dan konkrit kepada abstrak. Set induksi hendaklah menjurus ke arah kesediaan minda mereka seperti mengaitkannya dengan pelajaran lepas. kajian masa depan dan sebagainya.

ii. spesifik. Guru bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara dan harus mengelak daripada memberi jawapan kepada soalan yang dibangkitkan.7 Guru membuat penilaian berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mengenal pasti penguasaan kefahaman murid secara individu bagi merancang tindakan penambahbaikan. menarik semula perhatian murid kepada perkara yang dibincangkan. v.menggunakan laras bahasa dan istilah yang tepat bagi memudahkan idea yang ingin disampaikan dapat difahami oleh murid. memperkenalkan suatu tajuk yang baru. diajukan semula kepada murid yang menyoalnya. menyusun soalan dari aras rendah kepada aras tinggi. Contoh dan pandangan murid dapat membantu mengukuhkan kefahaman. Guru boleh menyediakan soalan-soalan bermula dengan "Apakah". 4. soal jawab memainkan peranan yang penting untuk: i. antaranya berdasarkan Taksonomi Bloom.6 Guru yang berkesan akan menyampaikan pengajaran secara fleksibel mengikut situasi. mempengaruhi fokus perbincangan 4. 3. "Bilakah”. Sebaliknya. Pengajaran dan pembelajaran tidak perlu terikat kepada kaedah pengajaran yang terhad. 4. ii. Soalan perlu dirancang bagi mengelakkan jawapan "Ya" atau "Tidak". Guru menyebarkan soalan ke seluruh kelas. memberi penekanan kepada fakta-fakta yang kurang jelas. merangsang dan menimbulkan minat murid kepada tajuk yang diajar. "Siapakah".5 Guru hendaklah menggunakan contoh atau pandangan yang pernah dibangkitkan oleh murid. soalan murid dijawab pula oleh murid lain 4. dan vi. "Mengapakah" dan "Bagaimanakah" serta aras kesukaran soalan berdasarkan tahap kebolehan murid. dan iv. iii.3.4. Justeru. terutama apabila idea yang dibangkitkan oleh murid menyimpang daripada arah perbincangan. "Di manakah". . umum yang diarahkan kepada kelas seluruhnya. mendapatkan pandangan atau maklumat daripada murid. memberi masa untuk murid berfikir dan mengikut rentetan peristiwa sejarah (kronologi). guru memberi galakan dan bimbingan supaya dijawab oleh murid sendiri. iv. guru perlu mempelbagaikan cara penyoalan supaya terdapat soalan: i. mengemukakan soalan bertumpu dan bercapah serta mengikut tahap kebolehan murid.1 Dalam pengajaran dan pembelajaran. 3. maksud yang jelas dan mudah difahami. Teknik Penyoalan 4. 4.2 Guru mengemukakan soalan mengikut pelbagai aras kognitif. kepercayaan diri clan minat mereka bagi memantapkan daya ingatan. iii.

6.4 Murid berinteraksi secara aktif dengan guru. merujuk laman web. Pembelajaran berlaku apabila murid turut terlibat secara aktif. Pada pendapat kamu. Galakkan penglibatan murid secara aktif dalam kumpulan. 5.5. menyediakan laporan dan membentangkan hasil kumpulan. 5. tetapi soalan berkenaan bukanlah jenis soalan yang menjurus kepada jawapan. 5. mengapakah Rancangan Briggs dilaksanakan bagi menghalang kegiatan komunis? ii. murid lain dan bahan sumber pembelajaran. Mclalui aktiviti kumpulan. perbahasan dan lakonan. 4. mengkaji peta.2 Dalam pengajaran clan pembelajaran. 5. dan iii. 5. Dalam hal ini.4. 5.1 Aktiviti 1: Mengkaji Gambar . Pada pendapat kamu.6 Guru perlu memberi respons dan peneguhan yang sesuai terhadap jawapan murid untuk menambah minat dan motivasi belajar. bukankah dengan penempatan kaum Cina di kampung baru bertujuan untuk menghalang kegiatan komunis? (Soalan i adalah lebih baik daripada soalan ii kerana soalan tersebut tidak menjurus kepada jawapan). Mereka perlu memberi respons yang sesuai terhadap soalan dan latihan termasuk bahan latihan interaktif TMK bagi mewujudkan interaksi yang berkesan.3 Murid membuat persediaan awal dengan membawa peralatan atau bahan yang diperlukan. Penglibatan Murid 5. ii. mengkaji jadual dan graf. guru merangsang minda dan minat murid bagi menggalakkan mereka terlibat dalam proses pembelajaran. murid dapat : i.6 Pelaksanaan Aktiviti Pelbagai aktiviti boleh dilakukan dalam pengajaran Sejarah dengan melibatkan murid supaya dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan. 5.7 Guru boleh membimbing dengan mengemukakan soalan. Contohnya: i. Mereka juga digalakkan membuat catatan dan rujuk secara spontan daripada pengajaran guru.1 Pengajaran Sejarah yang berkesan memerlukan penyertaan aktif murid supaya mereka melalui proses pengalaman pembelajaran. Antara aktiviti tersebut adalah perbincangan berdasarkan gambar. pembelajaran lebih penting daripada pengajaran. berbincang dalam kumpulan tentang pengalaman dan pengetahuan berdasarkan tajuk yang diberi. buku teks dan bahan-bahan bacaan. Saling membantu untuk mengemukakan hasil kerja kumpulan yang berkualiti.

Murid boleh membina imej atau pandangan mengenai sesuatu peristiwa lama. Berikut dicadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk melaksanakan aktiviti tersebut: Langkah I .Membahagikan murid kepada kumpulan-kumpulan. Langkah V . Langkah VI .Guru membuat ulasan dan rumusan melalui perbincangan.Guru meminta murid dari kumpulan lain memberi komen terhadap jawapan kumpulan. Biasanya. guru dicadangkan supaya mengambil langkah- langkah berikut: Langkah I . Semasa menggunakan gambar sebagai bahan aktiviti.6.Guru memberi komen terhadap jawapan kumpulan.Guru memperuntukkan masa kepada kumpulan untuk mengkaji gambar dan mencari jawapan kepada soalan-soalan yang diedarkan. Langkah II .Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Guru memberi masa yang cukup kepada kumpulan-kumpulan untuk menyiapkan tugasan ini. Langkah II Guru mengedarkan beberapa soalan kepada setiap kumpulan bersama-sama gambar yang akan dikaji. .Guru meminta murid dari kumpulan lain memberi komen terhadap jawapan kumpulan.3 Aktiviti 3: Projek Berkumpulan Projek berkumpulan merupakan suatu aktiviti pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Langkah IV .Gambar-gambar sejarah yang terdapat dalam buku teks. Guru membuat rumusan daripada hasil perbincangan.Guru menyuruh murid meneliti bahan bacaan yang diedarkan dan mencari jawapan bagi soalan yang telah diberikan. 5. Langkah V .6. Langkah III . Kumpulan-kumpulan im diarah supaya melantik seorang ketua dan seorang pencatat. kecil (lima hingga enam orang murid setiap kumpulan). 5.Guru mengedarkan bahan bacaan dan juga soalan yang telah disediakan.Ketua atau wakil setiap kumpulan membaca jawapan kumpulan masing-masing. Murid boleh digalakkan untuk mengkaji seberapa banyak perkara berkenaan gambar itu dari sudut sejarah.2 Aktiviti 2: Mengkaji Bahan Bacaan Guru boleh menggunakan buku teks dan bahan-bahan bercetak untuk menjayakan aktiviti ini. majalah dan laman web merupakan bahan konkrit yang merekodkan peristiwa masa lalu. Langkah VI . Langkah III . Langkah IV.Ketua kumpulan atau wakil diminta menyampaikan jawapan yang telah disediakan secara bergilir-gilir. gambar-gambar boleh digunakan untuk memperkenalkan sesuatu topik baru melalui kajian secara terperinci terhadap gambar itu.

Murid akan menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkan. semangat kerjasama dan sikap saling membantu dapat dipupuk. 5. Guru memilih aspek-aspek tertentu dalam topik yang diajar untuk dilakonkan oleh murid. Mereka akan membuat tafsiran atau memberi jawapan berdasarkan arahan dan soalan guru. Langkah VI . Mengkaji Peta Aktiviti ini boleh dijalankan secara kelas atau kumpulan. ii. guru boleh melaksanakan aktiviti seperti berikut: i. Teknik ini adalah sebagai satu . Langkah II .Guru mengenal pasti tajuk projek untuk setiap kumpulan murid. Murid meneliti peta yang diberikan. Lakonan Aktiviti ini boleh dilaksanakan secara spontan atau secara terancang. Mengkaji Jadual dan Graf Untuk melaksanakan aktiviti ini.8.8 Kaedah lain dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah 5.Murid dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tugasan Langkah III-Guru memberi garis panduan kepada kumpulan tentang prosedur untuk melaksanakan projek. pelaporan dan penilaian. 5. Perbahasan Perbahasan merupakan aktiviti yang boleh memberi peluang kepada penyertaan murid. Lakonan yang terancang memerlukan penyediaan skrip sebelum aktiviti dilaksanakan. Murid yang tidak terlibat dalam perbahasan boleh diberikan peluang untuk menilai dan mengadili perbahasan tersebut melalui sesi perbincangan.7 Selain daripada aktiviti yang dicadangkan di atas. dicadangkan guru merujuk kepada garis panduan bagi Aktiviti 3: Projek Berkumpulan. pelaksanaan.yang dapat mendorong murid untuk membuat kajian atau penyelidikan.1 Theory Of Constraints For Education ( TOCFE ) TOCFE adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang memberi penekanan kepada kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasarkan pemikiran yang logik dan sistematik menerusi penggunaan teknik pemikiran kritis dan kreatif yang mudah serta konkrit. Melalui aktiviti projek berkumpulan. Aktiviti projek hendaklah merangkumi aspek perancangan. Langkah yang dicadangkan adalah seperti berikut: Langkah I . iii. Langkah IV . iv.Sesi perbincangan dan penilaian dijalankan selepas pembentangan.

i. • kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif • Pembelajaran Koperatif • penglibatan komuniti. teori kecerdasan pelbagai dalam satu pengajaran. pembelajaran nilai murni dan kerohanian).pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid.2 Experiential Activities Planner (EAP) EAP merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan beberap pedagogi seperti kemahiran berfikir. EAP merangkumi lima aspek pembelajaran seperti berikut: • belajar dalam suasana yang riang dan harmonis. murid dan guru berupaya: • mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. • Kajian kes (modifikasi kelakuan dan tingkah laku. Objektif Teknik TOCFE Menerusi pelaksanaan teknik TOCFE dalam pengajaran dan pembelajaran.8. • proses pembelajaran individu dan kecerdasan pelbagai i. Kaedah pelaksanaan TOCFE Guru menggunakan teknik TOCFE melalui kaedah berikut: • Aktiviti bercerita (mendedahkan pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan). dan • Kandungan huraian sukatan pelajaran (kemahiran berfikir dan perancangan strategik) 5. iii. Teknik TOCFE Terdapat tiga Teknik TOCFE yang boleh diaplikasikan iaitu: • Teknik Awan (The Cloud) • Teknik Sebab dan Akibat (Logic Branch) • Teknik Penyelesaian Masalah (Problem Solving) ii. • berkomunikasi dengan baik. • menyelesaikan masalah dengan berkesan. Prosedur EAP : • warm-up . dan • memperoleh pembelajaran sepanjang hayat. • membuat keputusan secara bertanggungjawab dan bersama. kajian masa depan.

• pengenalpastian masalah • penerokaan individu • keria kumpulan • komunikasi • rumusan ii. Langkah-langkah Pelaksanaan EAP Semasa pengajaran dan pembelajaran. Bentuk Pembelajaran Kontekstual Dalam proses pembelajaran secara kontekstual. • Menganalisis kandungan tema / tajuk • Memilih topik atau tajuk dan subtajuk • Menentukan objektif / hasil pembelajaran yang ingin dicapai • Mengemukakan soalan tentang tajuk atau topik • Merancang penggunaan EAP secara sistematik • Menyediakan media rangsangan dan bahan bantu mengajar • Mengadakan raptai • Membuat demonstrasi pengajaran di bilik darjah • Membuat penilaian selepas pengajaran dan pembelajaran iii. masyarakat dan alam pekerjaan.3 Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Kontekstual adalah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu. Kelebihan EAP Kaedah EAP membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran agar menjadi lebih bermakna dan menggembirakan. Kaedah ini memerlukan guru mengaplikasikan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Pembelajaran menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. i. guru boleh menggunakan langkah-langkah pelaksanaan EAP sebagaimana yang disenaraikan.8. 5. Penekanan juga perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pembelajaran akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru yang bermakna dalam rangka minda mereka. murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk . Kaedah ini mengambil kira aspek penglibatan murid secara aktif dan koperatif dalam aktiviti sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

8. pengajaran dan pembelajaran. guru perlu mendedahkan kepada murid tentang apakah yang telah berlaku (sejarah) dan apa yang sedang berlaku (trend dan perubahan terkini). dinamik dan berketrampilan. kreatif. i. Murid dapat merancang masa depan sesuai dengan hasrat melahirkan masyarakat Malaysia berwawasan. guru perlu membimbing murid membuat pertimbangan terhadap kemungkinan apa yang akan berlaku pada masa hadapan dan impaknya sebelum membuat keputusan terbaik. Melalui KMD murid akan menyedari bahawa masa depan sentiasa berubah dan penuh cabaran. Kemahiran KMD Melalui KMD guru hendaklah melatih murid untuk meramal masa hadapan dengan asas-asas tertentu melalui kemahiran khusus KMD seperti: • Pemahaman konsep KMD • Pengumpulan maklumat • Ramalan dan analisis • Imaginasi dan kreatif • Strategi mengatasi cabaran • Proses inovasi sosial • Membina senario • Penjelasan nilai-nilai masa depan .PEMAHAMAN KEMAHIRAN---------PENILAIAN 5. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual Dalam pendekatan kontekstual. rasional. Dalam proses membuat Kajian Masa Depan. mesti memenuhi keperluan strategi yang berikut: MOTIVASI--------. Seterusnya.pembelajaran yang berikut: • Menghubungkait (Relating) • Mengalami (Experiencing) • Mengaplikasi (Applying) • Bekeriasama (Cooperating) • Memindahkan (Transfering) ii.4 Kajian Masa Depan (KMD) Kajian Masa Depan merupakan salah satu strategi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membina keupayaan murid untuk menghadapi cabaran hidup dan berfikiran jauh ke hadapan.

6 Belajar Sambil Main Pembelajaran sejarah merupakan pembelajaran yang dinamik. segala pengetahuan yang diperoleh perlu berkisar pada ciri-ciri sejarah.my. http://www. Walau bagaimanapun. Sumber rujukan TMK.kpm.8. Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran secara konstruktivisme mengubah peranan guru dan murid menjadi lebih: • berfikir • faham • ingat • yakin • berkemahiran sosial • seronok 5. Justeru. i. Melalui kaedah ini. Kaedah belajar sambil bermain dapat membantu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan lebih berkesan. Selain itu. murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.ppk.net. boleh didapati daripada laman web yang dibangunkan oleh KPM seperti http://myschoolnet. menarik dan menyeronokkan.8.my/ dan sebagainya. guru boleh menggunakan perisian yang . Guru boleh memanfaatkan Portal e-Pembelajaran. 5.• Dimensi kemapanan 5.cikgu. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan. yang menggunakan sistem pengurusan pembelajaran bagi menyediakan kandungan digital setempat (indigenous) untuk tujuan pembelajaran on-line. murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah.8. murid akan seronok belajar tanpa menyedari mereka belajar dalam suasana tidak tertekan dan dapat mengingati fakta-fakta secara tidak langsung.7 Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Guru digalak menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid berinteraksi dengan bahan dan peristiwa serta memperoleh kefahaman yang jelas. guru memberikan lebih penekanan kepada peranan murid. Dalam proses ini.5 Pembelajaran Konstruktivisme Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Sesuatu pengetahuan individu murid adalah hasil daripada pengalamannya. Melalui kaedah ini.

Peneguhan diberi sama ada pujian secara lisan atau bukan lisan (mimik muka. .1 Guru mengakhiri pengajaran dengan membuat penutupan kognitif (rumusan berkaitan tajuk yang diajar perlu dilakukan secara lisan atau bertulis).dibekalkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan. 9. Peneguhan Guru memberi peneguhan kepada murid mengikut situasi pembelajaran. guru juga memastikan murid membuat pembetulan kesalahan bagi meningkatkan potensi diri mereka. menunjukkan kesalahan murid dan memberikan penghargaan kepada penghasilan latihan yang terbaik. sama ada objektif yang dirancang tercapai atau sebaliknya. Di samping itu. 8. Penutupan Pengajaran 9. isyarat tangan. Guru juga perlu membuat teguran terhadap perlakuan negatif yang dilakukan oleh murid. Guru hendaklah memberi ulasan yang membina. Guru mempelbagaikan kaedah peneguhan agar pujian yang diberi dapat memotivasikan murid.1 Guru memberi latihan clan tugasan serta kerja rumah mengikut tahap. 8. 9. Pemeriksaan Latihan dan Tugasan Murid 7.2 Latihan dan kerja rumah perlu diperiksa mengikut kekerapan yang munasabah. Tugasan hendaklah dipelbagaikan bentuknya dan selari dengan pemeringkatan tajuk agar murid tidak ketinggalan dalam pembelajaran serta mempunyai pelbagai kemahiran.2 Guru juga hendaklah membuat penutupan sosial melalui kenyataan yang mententeramkan emosi murid dan meminta murid membuat persediaan untuk pelajaran berikutnya. potensi clan keupayaan murid. 8. Penilaian di Bilik Darjah 8. 7.2 Proses penilaian hendaklah dijalankan secara berterusan.1 Guru perlu melaksanakan penilaian secara lisan atau bertulis untuk mengukur sejauh mana penguasaan pembelajaran murid serta mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka.3 Hasil penilaian memberi maklum balas keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. pergerakan postur badan dsb). 7. 6. Pusat Perkembangan Kurikulum atau yang dibangunkan sendiri oleh guru.

2) Ipoh : First Copy (M) Sdn. Teriemahan). Educational Leadership. (1999). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. R. Jurnal Pendidikan Guru. disposition and classroom practices of history teachers in Malaysia Secondary School. Pendidikan sejarah. falsafah.(2003). (1965). London: Cambridge University Press. Frames of mind.H. New York : Harper & Row Garvey Brian. teori dan amalan.83-94. Benjamin S. (1986). Yusuf Ibrahim. ____________________ (1999). (2000). Abd. Rashid Omar. Helping Students Think and Value: Strategies for teaching the social studies. H. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Johnson. Pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah sekolah Malaysia. What is history : The era appoach. (1999). Cognitive domain. Bloom. Kemahiran berfikir merentasl kurikulum: pendekatan pedagogi dan wawasan pendidikan bestari.G. Gardner. Bhd.P.G. INC. & Books. Teknik mengajar sejarah. Kartim Baharun. (1999). Collingwood (1985). H.Rujukan Abdul Rahim Abd. Pancaminda: Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk sekolah rendah. Taxonomy of Educational Objectives Handbook. Carr. New Jersey: Prentice-Hall. J. (1994). Models of history teaching in the secondary schools. Bentong: PTS Publications & Distributors Jasbir Sarjit Singh et al. University of Manchester. (1956). Up and out: Using creative and critical thinking skills to enhance learning. dlm. Englewood Cliffs. Mankato: Allyn and Bacon. J. London : Oxford University Press Hazri Jamil. New York : Harper and Row Brooks. Fraenkel. (1998). (1983). Critical thinking skills. Idea sejarah. 57(3). Aini Hassan.(Ed. (Muhd. Shah Alam: Fajar Bakti. Bhd. (1980). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. . M. Rashid. The courage to be constructivist. (1977). A. Mata Pelajaran Sejarah KBSM – Apa yang baru? Dlm. 19. Thesis Phd.

Pengajaran kemahiran berfikir arcs tinggi: kesediaan guru mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. R. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Perkins. (1966). Rajendran. (1999). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. G.S. 2001). Binchart & Winston Inc. Penilaian kendalian sekolah. (2001). Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum 2001). (1991). Kajian mass depan. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Dalam Seminar Pameran Projek KBKK: Pusat Perkembangan Kurikulum.Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). (1973). (1999). Phillips. Critical thinking and education. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum (1994). London: Martin Robinson Mlouly.E. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Strategi pengajaran kemahiran berfikir secara penyebatian penuh dalam mata pelajaran Sejarah. The teaching of thinking. 2001). Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. New Jersey : Lawrence Earlbaum Associates. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Publishers. Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM.J.Classrooms questions: What kind? New York: Harper and Row. Psychology for effective teaching.A. Bhd. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum Marsan Osman. Model kemahiran berfikir dan strategi berfikir.E. Mayer. POSTED BY PROF. Ng See Ngean. (1985). Kementerian Pendidikan Malaysia.AMEY AT 8:27 AM NO COMMENTS: POST A COMMENT Newer PostOlder PostHome . Nickerson.. Model kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. 2001). N. (1977). Teknik pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah. J. Pengajaran kemahiran berfikir: teori dan amalan.S. New York : Holt. (1997). Pengukuran dan penilaian dalam pendidikan.N & Smith. 1-2 Ogos. H. Sanders. Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM Tingkatan Empat. E. D. R. Bangi: UKM. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

AMEY Mahasiswa Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Sabah dalam Bidang Pendidikan Dengan Sains Sosial. VIEW MY COMPLETE PROFILE .Subscribe to: Post Comments (Atom) ABOUT ME PROF.Sabah.(Sejarah).Berasal dari Daerah Kota Belud.