You are on page 1of 2

adab tingkatan 5

BAB 1 ADAB BERMUSAFIR

1. Pengertian Musafir : perjalanan dari suatu tempat ke suatu tempat yang tertentu dengan
tujuan kebaikan dan memberikan manfaat

2. Hukum Bermusafir

Hukum Situasi
Wajib Orang Islam yang mampu menunaikan ibadah haji di Mekah
Sunat Menziarahi Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid al-Aqsa, dan menziarahi
kaum keluarga serta orang sakit
Harus Hukum asal serta bagi tujuan yang diharuskan oleh syarak
Makruh Musafir tanpa tujuan atau matlamat
Haram Ke tempat-tempat haram/maksiat atau bertujuan melakukan maksiat

3. Adab-adab Bermusafir

Sebelum Berdoa memohon petunjuk


Bermusafir
Menyediakan keperluan asas

Berniat untuk kebaikan


Ketika Melantik seorang ketua
Memulakan
Musafir Mengucapkan selamat tinggal

Berdoa ketika menaiki kenderaan

Melakukan solat sunat musafir dan membaca doa musafir


Semasa Mengerjakan solat secara jamak atau qasar
Bermusafir
Tidak merosakkan alam sekitar

Sentiasa mengingati Allah

4. Hikmah Beradab Semasa Bermusafir

a. Memperoleh keberkatan dan keselamatan daripada Allah SWT.

b. Terhindar daripada perkara maksiat dan kejahatan

d. Dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan saling menghormati.

e. Alam sekitar tidak akan tercemar

5. Implikasi Tidak Beradab Semasa Bermusafir


a. Terlibat dengan perkara-perkara yang tidak diingini.

b. Terdedah kepada maksiat atau kejahatan

c. Jiwa tidak tenteram dan gelisah kerana tidak melaksanakan tuntutan agama.

d. Perjalanan yang tidak lancar dan ditimpa dengan pelabagi masalah.